Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, October 10, 2012

Malaysia “Pakar Perangi Rasuah”? Tahniah…Sila Buka Semula Skandal Scorpene & Kes Altantuya!!

Rasuah di Malaysia Malaysia Pakar Perangi Rasuah? Tahniah...Sila Buka Semula Skandal Scorpene & Kes Altantuya!!

Apapun tahniah kami ucapkan ketika membaca sahaja keratan akhbar semalam di Berita Harian, memaparkan pujian demi pujian diterima oleh beberapa delegasi luar terhadap prestasi Malaysia dalam menangani gejala rasuah di Malaysia. “Yang terharunya” ramai yang nak belajar dan ikut amalan Malaysia. Hebat….

Sekarang ini, kita boleh melihat pelbagai siasatan dan dakwaan berkenaan dengan kes rasuah di Malaysia :
Scorpene Malaysia Malaysia Pakar Perangi Rasuah? Tahniah...Sila Buka Semula Skandal Scorpene & Kes Altantuya!!
Jika dalam keadaan dan tahap sekarang ini pun negara Malaysia sudah diangkat dan dipuji melambung seperti ini, kami merasakan jikalau kerajaan Malaysia berbesar hati membuka semula kes siasatan bagi skandal pembelian Scorpene dan kes pembunuhan gadis Mongolia ini, pastinya lebih ramai negara akan membuka mata melihat “keberanian” dalam membentung gejala rasuah di Malaysia ini…..Sekurang-kurangnya menambah satu lagi potfolio kejayaan kerajaan Malaysia termasuklah melibatkan SPRM.
“Bukanlah lebih baik begitu?”
Malangnya apa yang berlaku sekarang ini? Negara asing pula yang lebih berminat dengan pengendalian kes yang sarat dengan  elemen rasuah, skandal hubungan dengan gadis model Mongolia ini dan juga pembunuhan. Apa yang boleh kami katakan, memalukan.

Di mana SPRM dan pihak-pihak yang bertanggungjawab daripada Malaysia ketika ini?
“Bukan tak minta SPRM membuka semula kes ini, ada. Tetapi SPRM tidak berminat untuk meneruskannya. “
Hierarki mahkamah Perancis meletakkan bukti yang dikemukakan & yang diperolehinya cukup membolehkan kes skandal Scorpene ini dibuka semula dan diteruskan untuk siasatan yang lebih mendalam. Itu sebablah, kes skandal Scorpene ini dibuka semula pada 16 Mac 2012 oleh Mahkamah Perancis, tetapi sehingga ke hari ini tiada satu pun laporan berita terpampang di laporan berita mereka. Adakah mereka lebih berminat dengan berita _________ & berita berbentuk sebegini ___________. Entahlah, tak sanggup kami menulisnya.
“Sedangkan inilah antara kes rasuah di Malaysia paling “hebat” ketika ini. Tetapi hakikatnya?”
Azilah Sirul Altantuya Malaysia Pakar Perangi Rasuah? Tahniah...Sila Buka Semula Skandal Scorpene & Kes Altantuya!! 
Apatah lagi cara kes pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Shariibuu ini pun diberhentikan secara tiba-tiba sehingga menimbulkan banyak tanda tanya daripada jawapan yang sedia ada. Sehingga sekarang rakyat Malaysia masih lagi tidak menemui jawapan bagi persoalan seperti:
  1. Apa motif pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Shariibuu oleh 2 orang UTK yang menjadi “bodyguard” kepada Datuk najib semasa menjadi TPM sebelum ini? Sedangkan Altantuya hanya seorang penterjemah…
  2. Siapa yang bagi arahan sehingga membolehkan Bom C4 yang digunakan untuk meletupkan mayat Altantuya dibawa keluar daripada simpanan Kementerian Pertahanan Malaysia?
  3. Siapa yang arah rekod keluar masuk Altantuya ke Malaysia dipadamkan?
  4. Lagi?
Sebenarnya kami sendiri tiada masalah dengan pembelian senjata atau kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia tetapi dengan syarat ia mestilah dilakukan dengna telus, harga berpatutan dan kualiti yang dijamin.

Sedangkan terdapat bukti yang menunjukkan semasa pembelian kapal selam Scorpene ini:
  • Bayaran komisen telah diberikan kepada syarikat Perimeker sebanyak RM500 juta
  • Dan…..terdapat bayaran yang diberikan kepada syarikat Terasasi yang berpangkalan di Hong Kong sebanyak RM142 juta
  • Kedua-dua syarikat ini didakwa ada kaitan dengan Razak Baginda
  • Jumlah kedua-dua komisen adalah berjumlah RM642 juta. Berapa banyak projek pembangunan yang dapat dilakukan dnegan duit sebanyak ini? Erm…..
Hakikatnya Perimeker tiada pengalaman langsung dalam urusan pembelian atau perolehan kapal senjata di mana-mana di dunia. Macam mana tu? Bertambah teruk lagi apabila siasatan setakat ini mendapati syarikat Terasasi telah menjual dokumen rahsia Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada syarikat di Perancis. Bagaimana boleh terbongkar maklumat ini?

Apabila pejabat syarikat Talis di Perancis telah disita dan pihak yang bertanggungjawab menemui dokumen sulit milik TLDM yang telah diberikan oleh syarikat Terasasi. Jelas setakat ini?
Mahkamah Perancis Scorpene Malaysia Pakar Perangi Rasuah? Tahniah...Sila Buka Semula Skandal Scorpene & Kes Altantuya!!
Sayang seribu kali sayang, negara asing pula yang mengadili & membuat siasatan kes yang melibatkan wang rakyat Malaysia wang kita semua bagi mencari kebenaran disebalik skandal pembelian kapal selam Scorpene dan pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Sedangkan ia institusi awam di Malaysia yang sepatutnya bertindak melakukannya. Dah “terbalik” sekarang ini…..- Beritasemasa

0 comments: