Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, December 5, 2012

Exco: S'gor turunkan kamera AES Jumaat


Exco Selangor Ronnie Liu berkata pihak berkuasa terbabit pada hari Jumaat ini akan menurunkan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik yang dipasang di negeri itu.
"Saya akan maklumkan masanya kepada pemberita," kata Liu yang bertanggungjawab ke atas kerajaan tempatan.

Kamera perangkap laju itu dipasang di kilometer 6.6 Lebuhraya Lembak Kelang Selatan (SKVE) dan di kilometer 301.6 di Lebuhraya Utara Selatan.

Liu turut mempersoalkan satu gambar yang didakwa menunjukkan pekerja menurunkan kamera berkenaan di SKVE, yang beredar di ruang Internet.

"Ianya palsu. Ia mungkin (dirakam) ketika mereka memasang (kamera) tersebut. Saya sudah hantar orang untuk periksa dan kamera itu masih ada," katanya.

Selangor akan menurunkan kamera berkenaan selepas memberi tempoh selama 14 hari kepada kontraktor AES supaya berbuat demikian dalam masa dua minggu.

Beliau mendakwa, Jabatan Pengangkutan Jalan dan kontraktor berkenaan gagal memohon untuk mendapatkan kebenaran merancang bagi memasang alat berkenaan – yang dianggap sebagai struktur haram.

0 comments: