Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, December 3, 2012

Selangor Roboh AES Minggu Ini

Ronnie (kiri) bersama Exco Yaakob Sapari di lokasi AES di km 6.6 Jalan Kajang Puchong (SKVE)
Kerajaan Selangor bertegas akan merobohkan dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang secara haram di negeri itu dalam minggu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, Kementerian Pengangkutan hanya ada dua hingga tiga hari lagi untuk menanggalkan kamera tersebut.

Menurut beliau, jika arahan itu gagal dipatuhi, kerajaan negeri menerusi Majlis Perbandaran Sepang (MPS) akan merobohkannya.

“Kita beri masa dua hingga tiga hari lagi kepada kementerian untuk tanggalkan. Jika tidak, kita sendiri akan robohkannya. MPS akan turun untuk berbuat demikian.

“Kita akan maklumkan kepada media sebelum ia dirobohkan. Ini bagi membuktikan ketelusan kerajaan negeri,” katanya ketika dihubungi.

Kerajaan Negeri sebelum ini menetapkan dua minggu kepada Kementerian Pengangkutan, bermula 12 November lalu untuk menanggalkan AES di Selangor.

0 comments: