Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, February 20, 2013

Hutang Negara Malaysia 2013 Sebelum Bubar Parlimen (Lebih RM547.79 Bilion). Jangan Risau Semua! Sebab..

Sumber Beritasemasa

Hutang negara Malaysia 2013 : Cakap-cakap yang mengatakan hari Jumaat ini Datuk Seri Najib bakal bubar parlimen (KLIK SINI) semakin kuat kedengaran bagi mengelak ketidaktentuan pasaran saham BSKL.

Dan baru-baru ini Tun Mahathir sekali lagi tampil di media mengingatkan rakyat Malaysia tidak perlulah risau dengan hutang negara Malaysia ketika ini. Kerajaan boleh membayarnya. Benarkah?

Hutang Negara Malaysia 2013 : Mahathir Kata Jangan Risau Sebab…


  1. Zaman beliau (Mahathir), Maybank untung sekitar RM300 juta sahaja. Sekarang? RM6 billion
  2. Malaysia juga mempunyai simpanan yang besar di institusi seperti Tabung Haji, Permodalan Nasional Bhd, Petronas dan juga melalui Skim Felda.
  3. Keseluruhan aset BNM, termasuk rizab antarabangsa (US$140.2 bilion), berjumlah US$158 bilion.
  4. Dengan ekonomi Eropah agak lembap ketika ini, pelaburan Malaysia sekarang dikatakan lebih banyak datang dari Timur.
  5. Eksport Malaysia terus meningkat, surplus (lebihan dagangan) masih meningkat
Kami tertarik dengan kenyataan Tun Mahathir yang mangatakan simpanan yang kita ada ketika ini ada sekitar US$140 bilion. Kira-kira bersamaan sekitar RM431 bilion.
Jikalau sudah dinamakan hutang pasti akan ada “faedahnya” di mana hutang negara Malaysia ketika ini berada pada paras RM547 bilion dengan faedah sekitar 4%. Malaysia sebenarnya terpaksa membayar sejumlah faedah sekitar RM21.88 bilion. Untuk 2 tahun terahir ini kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib telah meminjam sejumlah lebih RM100 bilion. Satu angka yang agak besar sebenarnya.

Hutang Malaysia Sebelum Najib Bubar Parlimen 2013?


Hutang Bank Negara 2013 Hutang Negara Malaysia 2013 Sebelum Bubar Parlimen (Lebih RM547.79 Bilion). Jangan Risau Semua! Sebab..
  • Tahun 2012 : Hutang RM502 bilion
  • Terkini, Februari Tahun 2013 : Hutang RM547 + RM21.88 bilion (kadar fedahnya 4%) +  pinjam lagi (RM50 bilion) = RM618.88 bilion
  • Tahun 2014 : Hutang RM618.88 bilion (termasuk kadar faedah 4%) + pinjam lagi sekurang-kurangnya (RM50 bilion) = RM693.64 bilion
  • Tahun 2015 : Hutang RM693.64 bilion (termasuk kadar faedah 4%) + pinjam lagi sekurang-kurangnya (RM50 bilion) = RM771.39 bilion
  • Tahun 2016 : Hutang RM771.39 bilion (termasuk kadar faedah 4%) + pinjam lagi sekurang-kurangnya (RM50 bilion) = RM852.24 bilion
  • Tahun 2017 : Hutang RM852.24 bilion (termasuk kadar faedah 4%) + pinjam lagi sekurang-kurangnya (RM50 bilion) = RM936.33 bilion
  • Tahun 2018 : Hutang RM936.33 bilion (termasuk kadar faedah 4%) + pinjam lagi sekurang-kurangnya (RM50 bilion) = RM1.023 trilion
  • Tahun 2019 : Hutang RM1.023 trilion (termasuk kadar faedah 4%) + pinjam lagi sekurang-kurangnya (RM50 bilion) = RM1.114 trilion
  • Tahun 2020 : Hutang RM1.114 trilion (termasuk kadar faedah 4%) + pinjam lagi sekurang-kurangnya (RM50 bilion) = Kita boleh mencapai hutang sehingga RM1.21 trilion menjelang tahun 2020.

Jikalau beginilah hutang negara pada masa itu? Apa akan jadi kepada negara dan rakyat Malaysia pada masa itu?
Jikalau negara seperti Jepun, Singapura…negara apa lagi, banyak hutang kita tidak hairanlah. Hasil bumi tiada. Singapura dengan tanah yang sekangkang kera itu, apa yang boleh diusahakan? Malah mereka terpaksa keluar modal untuk import pula. Tetapi mereka tetap merupakan antara negara terkaya di dunia bersama-sama dengan Brunei (KLIK SINI).  Malaysia?
  1. Tanah cukup luas dan subur untuk pertanian
  2. Tuhan telah anugerahkan Malaysia dengan limpahan emas hitam (petroleum) & gas asli di perairan Malaysia
  3. Kepala sawit, getah, balak
Nilai hutang yang dibuat oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib sejak beliau memerintah sehinggalah ke hari ini Februari 2013. Sudah lebih RM200 bilion hutang dilakukan. Apa hasilnya?
Tercari-cari juga kami bagaimana hutang negara boleh melambung sebanyak ini dalam tempoh hanya beberapa tahun sahaja :
  1. Nak dikatakan Malaysia menyediakan pendidikan percuma pun tidak juga.
  2. Nak dikatakan Malaysia menyediakan pinjaman pendidikan tanpa sebarang faedah secara keseluruhannya, pun tidak juga. Hanya segelintir sahaja.
  3. Nak dikatakan duti eksais 80% dikurangkan menjadi 60%, pun tidak juga
  4. Nak dikatakan harga minyak diturunkan, pun…….tidak juga
Sedangkan hutang yang mula dilakukan oleh Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah hanya berada pada kadar RM286 bilion sahaja berdasarkan data hutang negara pada tahun 2008.
Hutang Najib Razak 2013 Hutang Negara Malaysia 2013 Sebelum Bubar Parlimen (Lebih RM547.79 Bilion). Jangan Risau Semua! Sebab..
Sumber Bank Negara Malaysia (BNM)

Hutang Negara Malaysia Di Bawah Datuk Najib Razak?

  • Hutang Negara Akhir Tahun 2009 : RM348.6 bilion
  • Hutang Negara Akhir Tahun 2010 : RM390.356 bilion
  • Hutang Negara Akhir Tahun 2011 : RM438.467 bilion
  • Suku Kedua 2012 : RM476.68 bilion
  • Suku Ketiga 2012 : RM484.621 bilion
  • Awal Suku Keempat 2012 : RM505.7 bilion
  • Suku Pertama 2013 : Sekitar RM547.79 bilion
Yang rakyat risaukan adalah apa yang akan berlaku selepas ini. Adakah cukai akan dinaikkan di masa hutang negara Malaysia terus melonjak tinggi? Syarikat yang terpaksa membayar cukai yang tinggi, akhirnya akan mengalihkan bayaran cukai yang dikenakan kepada rakyat Malaysia. Akhirnya, apa jadi selepas itu?

0 comments: