Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Sunday, February 24, 2013

Media Massa UMNO BN Putar Belit Kenyataan TG Nik Aziz


Kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkaitan Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bukan menghina rakyat sebaliknya mengecam motif pemberian itu.

Mempertahan ucapan Mursidul Am PAS itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kenyataan berkenaan diputar belit sekaligus membuktikan tahap kerosakan media kawalan Umno.

“Saya dengar sendiri seluruh ucapannya yang tak menghina rakyat tapi hina motif penggunaan wang untuk memperbodohkan rakyat. Ada dua perbezaan.

“Nik Aziz dituduh hina rakyat yang tidak langsung tertera dalam ucapan beliau. Ini membuktikan betapa bobrok, rosaknya media Umno untuk cuba mengaibkan pemimpin yang menampilkan akhlak baik.

“Bila saya baca sekaligus, sukar mempercayai. Bila saya rujuk kenyataan lengkap. Ternyata sekali lagi fitnah yang direkayasa mahu dijadikan bukti sahih,” katanya.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian pada rakaman dua minit yang mengulas fitnah berleluasa media Umno terhadap ucapan Nik Aziz sepulangannya dari Mekah.

Ia berikutan TV3 dan Utusan galak memfitnah kononnya Nik Aziz menyamakan penerima BR1M sebagai haiwan sedangkan maksud perumpamaan lain.

Anwar berkata, media kawalan Umno termasuk TV3 sebaik-baiknya perlu memberi peluang kepada rakyat untuk menilai sendiri ucapan asal Nik Aziz tetapi ia mustahil berlaku.

“Bagi rakyat dengar, TV3 beri ruang kepada Nik Aziz yang pada istilah Umno, mustahil berlaku. Jadi, kita doakan supaya perubahan (politik) berlaku ,” katanya.

0 comments: