Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Saturday, March 9, 2013

Ahli perniagaan ternak ikan sturgeon gergasi


SEORANG ahli biologi, Robinson Orozco memegang seekor ikan sturgeon betina seberat 181 kilogram di Sturgeon

BASCOM, Florida - Seorang ahli perniagaan, Mark Zaslavsky menternak sejumlah ikan sturgeon gergasi di sebuah kolam ternakannya di sini, Amerika Syarikat.

Zaslavsky, 60, yang berasal dari Ukraine menternak ikan itu untuk tujuan mendapatkan telur-telur haiwan tersebut untuk dijadikan kaviar yang merupakan makanan untuk golongan kaya.

Terdapat ikan sturgeon di kolam ternakannya yang mempunyai berat sehingga 181 kilogram. Dia mula mengusahakan ternakan ikan sturgeon itu pada tahun 2001 di ladang Sturgeon Aquafarms.

Zaslavsky mempunyai 2,000 pelanggan. Antara pelanggannya ialah beberapa buah restoran Rusia di New York.
Ikan tersebut boleh hidup lebih 100 tahun di habitat liar.

0 comments: