Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, March 7, 2013

Keganasan Di Sabah Berpunca Dari Tun Mahathir - Wilfred Bumburing

Sumber KelabGB


Saya menyokong penuh cadangan dan gesaan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim agar kerajaan memanggil satu sessi perbincangan meja bulat peringkat Parlimen untuk mencari penyelesaian terhadap pencerobohan oleh anasir asing di Lahad Datu yang kini sudah menular ke daerah lain di Sabah.

Dalam hal sama, kerajaan Negeri Sabah juga harus berbuat demikian melalui Jawatankuasa Keselamatan di peringkat negeri yang turut melibatkan kerajaan dan pihak pembangkang.

Saya juga menyeru kepada kerajaan untuk memberikan maklumat serta merta dan tepat kepada rakyat mengenai perkembangan sebenar dan terkini dan jangan membiarkan rakyat bergantung kepada berita dari luar negara; khususnya berita melalui talian dari Filipina yang saya pasti tidak memberikan maklumat sebenar yang memihak kepada negara kita.

Bagi pihak rakyat Malaysia di Sabah, saya menyalahkan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir sebagai satu-satunya orang yang bertanggungjawab kepada keadaan yang dihadapi oleh rakyat Sabah sekarang akibat daripada Projek IC yang dimulakannya; di mana ribuan rakyat asing telah diberikan kad pengenalan, terutamanya mereka yang datang dari Filipina sama secara sah atau tidak atas alasan yang hanya dia sendiri yang tahu.

Saya juga sama sekali tidak setuju dengan kenyataan beliau yang mengatakan bahawa pasukan keselamatan kita tidak melepaskan tembakan ke arah pengganas atas alasan mereka adalah Islam. Pandangan beliau ini bertentangan dengan pendirian yang diambil oleh pihak berkuasa ke atas insiden Memali and puak Al-Maunnah di Sauk dan kenyataan yang beliau keluarkan merupakan satu penghinaan kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia secara keseluruhan dan orang Sabah secara khusus.

Keadaan di Lahad Datu sepatutnya boleh dikawal dan kehilangan nyawa di kalangan anggota keselamatan kita boleh dielakkan sekiranya pihak berkuasa telah mengambil langkah yang sama.


Pencerobohan oleh anasir asing dan seterusnya kehilangan nyawa di kalangan warga kita boleh dianggap sebagai satu tindakan menyerang kedaulatan negara kita dan satu cabaran langsung yang ditujukan kepada DYMM Yang DiPertuan Agong.

Oleh itu segala usaha seharusnya telah diambil secara langsung bagi menangani masalah ini. Kegagalan dalam menangani krisis ini secara serta merta menunjukkan bahawa sememangnya kerajaan persekutuan telah gagal untuk melindungi kita dari pencerohohan anasir asing.

Sehubungan dengan perkara ini, saya menyeru kepada semua pihak untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada pasukan keselamatan kita untuk menjalankan tugas mereka dalam mempertahankan kedaulatan kita dan saya juga menyeru kepada semua pihak untuk tidak menyebarkan maklumat yang mungkin akan menjejaskan operasi yang mereka jalankan.

Saya sesungguhnya bersimpati dengan keluarga wira kita yang telah terkorban; kehilangan nyawa seperti ini boleh dielakkan sekiranya kerajaan persekutuan telah mengambil tindakan pantas sebaik sahaja kedaulatan negara kita berhadapan dengan ancaman sepertimana yang telah berlaku di Lahad Datu.

Saya juga menyuarakan rasa turut sedih dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga anggota keselamatan yang telah terkorban dan berdoa agar mereka tabah menghadapi suasana yang menyedihkan ini. Inilah doa ikhlas dari saya. -Datuk Seri Wlifred Bumburing


Dr Mahathir Akui Beri Kerakyatan Kepada Pendatang Filipina Di Sabah


SHAH ALAM : Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis mengakui memberi kerakyatan kepada pendatang Filipina di Sabah ketika memegang tampuk pemerintahan negara kerana mereka memenuhi syarat ditetapkan undang-undang. "Ramai (pendatang Filipina) di Sabah, berada di sana bukan satu dua hari tapi sudah 20 tahun 30 tahun, mereka cakap bahasa Melayu dan berhak jadi rakyat Malaysia," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas Program Bicara Minda Tun Dr Mahahir Mohamad: Masa Depan Melayu dan Islam Selepas PRU-13" di sini hari ini, beliau berkata masalah timbul apabila ada orang tidak senang apabila ada orang mendapat kerakyatan Malaysia. "Mereka yang berhak jadi rakyat dan penuhi syarat, kita bagi.

Saya akui saya bagi, di zaman saya, saya bagi. Orang ini sebelum kita merdeka mereka ulang alik dari selatan Filipina ke Sabah kerana mereka tidak terima sempadan digaris penjajah.

"Begitu juga dengan mereka yang datang menyeberang lautan dari Sumatera ke Semenanjung Malaysia," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita memetik Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Mohamed Azmin Ali yang mendakwa perkembangan terbaharu siasatan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) dalam isu pendatang asing di Sabah mendapati Dr Mahathir seorang "pengkhianat negara".

"Kita memang terima sesiapa yang berada di sini adalah rakyat di sini, kenapa nak tolak mereka? Mereka bekerja, kalau buat jenayah, undang-undang pun akan dikenakan juga kepada mereka," kata Dr Mahathir.

Mengenai dakwaan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob mengarahkan pengeluaran resit kad pengenalan sementara semata-mata untuk tujuan pilihan raya, beliau berkata: "Sama ada secara kebetulan atau sengaja saya tidak tahu.

" Beliau berkata adalah menjadi hak kepada pendatang Filipina itu untuk mengundi sesiapa sahaja apabila mereka mendapat kerakyatan Malaysia.

Ditanya sama ada beliau sanggup disapina dalam pendengaran awam RCI itu, Dr Mahathir berkata: "Jika mereka minta saya, saya akan pergi.... saya tidak pernah tolak sapina."
- BERNAMA

0 comments: