Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Sunday, June 9, 2013

MP cabar Najib jawab tuntutan delegasi Mongolia

MP Ampang Zuraida Kamaruddin mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menjawab tuntutan dari delegasi Mongolia ke Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur, Jumaat lalu yang mahu satu perbicaraan baru diadakan untuk mengenalpasti pembunuh Altantuya Shaariibuu.

“Saya menggesa Najib Razak menjawab persoalan yang telah dilontarkan berkenaan kes pembunuhan Altantuya. Kes ini telah berlarutan selama tujuh tahun tanpa sebarang penyelesaian dan sehingga kini masih tiada seorang pun dihukum bersalah atas trajedi tersebut.

“Najib Razak dan Razak Baginda yang berkait rapat dengan kes pembunuhan Altantuya  masih lagi menjalani hidup seperti biasa. Dua kakitangan Unit Tindakan Khas Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar telah disabitkan bersalah membunuhan Altantuya, walaupun motif pembunuhan tidak diketahui,” katanya dalam satu kenyataan.

Zuraida seterusnya turut mencabar menteri pembangunan wanita Datuk Rohani Karim untuk membangkitkan isu berkenaan kerana Altantuya yang terbunuh dalam kes pembunuhan berkenaan merupakan seorang ibu kepada dua orang anak kecil.

“...Dato Rohani Abdul Karim sepatutnya menekankan kepentingan kes ini diselesaikan kerana ia melibatkan pembunuhan kejam seorang wanita Mongolia yang mempunyai dua anak yang masih kecil.

“Saya ingin melihat samada beliau berani untuk mengetengahkan isu ini kepada Perdana Menteri yang jelas ingin mencuci tangan dalam kes ini,” katanya.

Presiden Persekutuan Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg yang menjadi wakil ke persidangan berkenaan pada hari Jumaat lalu berkata, perbicaraan baru harus dimulakan untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas kematian Altantuya.

"Kami membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk bertindak atas ini dan supaya perbicaraan segera diadakan," tegasnya.

Beliau yang diiringi kira-kira 70 anggota delegasi berkata MWF juga berharap agar bantuan kewangan diberikan kepada dua orang anak mendiang Altantuya.

Pengarah eksekutif MWF, Ariunna Shagdarsuren pula berkata pertubuhan berkenaan memutuskan untuk membawa mesej itu bagi pihak keluarga si mati selepas bertemu dengan bapa Altantuya.

"Bapanya telah meminta kami supaya membangkitkan perkara ini kerana beliau perlu memberitahu cucunya mengapa ibu mereka mati di Malaysia," katanya.

"Sudah bertahun-tahun berlalu, berapa lama lagi mereka perlu menunggu?-Mkini

0 comments: