Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, July 17, 2013

MP Dedah Kematian Dalam Tahanan Terbaru


Belum reda dengan kes kematian dalam tahanan, satu lagi kes dilaporkan berlaku hari ini di Pusat Pemulihan Akhlak Penjara Batu Gajah, Perak apabila seorang pesalah ditemui mati dengan kesan lebam.

Chew Siang Giap, 26, ditemui mati di pusat itu awal pagi hari ini, sekaligus menambah tekanan kepada pihak kerajaan yang sudah menerima kritikan pelbagai pihak untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).

Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar mengedarkan satu laporan polis yang dibuat bapa mangsa, Chew Ba di lobi Parlimen hari ini.

Bapa mangsa memberitahu, beliau menerima panggilan telefon daripada Pusat Pemulihan Akhlak memaklumkan kematian anaknya sekitar jam 2.19 pagi tadi.

Semasa tiba di Hospital Batu Gajah pada jam 8.30 pagi untuk pengecaman mayat mangsa, Chew memberitahu penemuan "kesan" pada mayat badan anaknya.

"Saya menemui kesan hitam seperti calar pada telinga, bahu dan peha semasa mengecam anak saya," katanya dalam laporan polis itu.

Kes kematian ini dijangka menambah lagi tekanan terhadap Putrajaya, yang ketika ini masih bergelut dengan pembangkang membabitkan isu penubuhan IPCMC.

Majlis Peguam, kumpulan masyarakat sivil dan beberapa ahli politik dari kerajaan dan pembangkang mendesak IPCMC ditubuhkan untuk melaksanakan reformasi terhadap pasukan polis sejak 2006. ~the malaysian insider

0 comments: