Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Sunday, July 14, 2013

TIDAK PUAS Dengan PUSAT SERVIS, MAKCIK Pecah CERMIN Kereta MERCEDES MILIKNYA

BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita berusia 52 tahun memecahkan cermin kereta mewahnya bernilai RM630,000 sebagai protes terhadap sebuah pusat servis yang dikatakan gagal menangani masalah bateri keretanya. Kang Lee Chuin mengetuk cermin hadapan kereta Mercedes Benz S300 miliknya dengan tukul besar beberapa kali di pusat servis di Bukit Tengah kira-kira pukul 4 petang, Jumaat semalam.

Seorang pekerja pusat servis itu cuba untuk bercakap dan menenangkannya tetapi gagal. Suaminya, Oh Chwee Hoe, 61, turut berada di tempat kejadian tetapi tidak berkata apa-apa apabila isterinya mengayunkan tukul itu. Dia kemudian menghubungi sebuah operator trak tunda untuk memindahkan keretanya.

Kang, yang menjalankan perniagaan sebuah restoran makanan laut dengan suaminya, berkata dia datang untuk mengambil kereta Mercedes Benz S300nya yang berada di sana sejak 18 Jun lalu.

"Staf yang bertugas bercakap berbeza-beza  kenapa kereta saya masih tidak diperbaiki. Mula-mula mereka memberitahu saya bahawa bateri kereta saya yang bermasalah dihantar ke Jerman untuk diperbaiki, ada staf lain yang berkata ia dibetulkan di Pulau Pinang.

"Itu adalah cara terakhir saya melepaskan kemarahan kerana ini bukan kali pertama saya menghadapi masalah dengan kereta baru yang saya beli 18 bulan lalu.

"Terdapat masalah dengan pencucuhan selepas tiga bulan dan sesuatu yang tidak kena dengan sistem penggera.

"Pada 18 Jun, enjin kereta pula tidak boleh dihidupkan. Jadi, saya tidak dapat menjemput emak mertua saya yang berusia 80 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas.

"Dia terpaksa menunggu di lapangan terbang lebih tiga jam kerana saya terpaksa memanggil teksi untuk membawanya pulang ke rumahnya," katanya.

Kang berkata kereta Mercedes Benz itu adalah kereta kesembilannya, sambil menambah lapan keretanya sebelum ini yang merupakan kereta terpakai tidak memberi masalah begini banyak. Kang juga menambah dia akan menghantar keretanya ke bengkel lain untuk menggantikan cermin yang pecah dan membaiki bateri kereta.

Ketika ditemui pemberita, seorang kakitangan pusat perkhidmatan berkata pengurus tidak berada di situ dan tiada siapa yang diberi kuasa untuk mengulas mengenai hal ini. Pegawai Komunikasi Korporat Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd Emily Lek berkata dalam satu kenyataan bahawa pembuat kereta itu memandang serius perkara itu.

"Kepuasan pelanggan adalah penting kepada kamin dan kami akan bekerjasama dengan penjual kami untuk memastikan perkara ini diselesaikan," katanya.

0 comments: