Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, January 23, 2014

Selangor: Skim Mesra Usia Emas perkenal insentif tambahan rai hari lahir ahli

SMUE warga emas MB ijok 01
SHAH ALAM, 23 JAN: Skim Mesra Usia Emas (SMUE) akan memperkenalkan insentif tambahan khusus bagi meraikan ulangtahun kelahiran setiap ahli di bawahnya.

Melalui insentif terbabit, setiap warga emas yang berdaftar layak menerima RM500 setiap kali menyambut ulang tahun kelahiran mereka.

Ketua Pegawai Operasinya, Kamsani Nasir, berkata insentif itu adalah satu lagi nilai tambah daripada SMUE kepada warga emas yang masih hidup untuk menikmati hasil negeri.

smue 03
“Insentif ini masih diperingkat cadangan dan akan dilaksanakan selepas dipersetujui serta diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerjaan Negeri (MMKN).

“Sehingga kini, kita mempunyai beberapa bentuk penyampaian dengan kaedah yang difikirkan bersesuaian. Kita akan lihat bentuk yang mana paling efektif dan rasional untuk dilaksanakan,” katanya.

Sebelum ini, SMUE memperkenalkan Program ‘Jom Shopping’ sebagai insentif tambahan dengan pemberian kupon membeli belah bernilai RM100 kepada setiap ahlinya.

Sejak dilancarkan pada Julai 2011, lebih 102,836 warga emas dibawa membeli belah di pasaraya terpilih dengan perbelanjaan RM10.284 juta.

“Dihujung usia ini, warga emas sering mengalami ‘bird nest syndrome’, yang mana mereka berasa sunyi duduk sendirian di rumah dan anak pula keluar bekerja atau tinggal berasingan.

“Dengan adanya Jom Shopping ini, ia menjadi peluang untuk mereka berjumpa sahabat lama atau bertemu kenalan baru di luar kampung mereka. Kita nampak keceriaan ketika itu, selain berkesempatan membeli belah barangan keperluan mereka,” katanya.-Selangorkini

0 comments: