Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, February 6, 2014

Anggota TUDM hadapi 7 pertuduhan Akta Angkatan Tentera, isu dakwat kekal

12364_630961973608383_385669783_n
SHAH ALAM, 5 FEB: Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal dihadapkan ke Mahkamah Tentera atas tujuh pertuduhan kerana membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal pada hari pembuangan undi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Mejar Zaidi Ahmad berkata, beliau menerima Perintah Sidang semalam dan akan berhadapan pertuduhan di Kompleks Mahkamah TUDM Pangkalan Udara Kuala Lumpur, pada 7 Februari ini.

Lima daripada pertuduhan berkenaan di bawah Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972 sementara dua lagi membabitkan Seksyen 51 akta sama.

Seksyen 50(2) adalah membabitkan kesalahan tidak patuh kepada pegawai atasan yang boleh dipenjara tidak lebih dua tahun, manakala Seksyen 51 pula tidak patuh kepada perintah tetap yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau hukuman ringan lain.

Semua pertuduhan berkenaan merujuk pada tarikh 1 Mei 2013 di dua lokasi berbeza iaitu perkarangan Balai Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kepala Batas dan Pangkalan Udara Butterworth.

Ketika dihubungi Selangor Kini, Zaidi menjelaskan, beliau adalah Pegawai Memerintah No 12 Skuadron (pesawat F-5E), namun sudah dilucutkan jawatan.

Katanya, selepas membuat laporan polis berhubung dakwat kekal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang digunakan ketika hari pembuangan undi tidak kekal seperti yang sepatutnya.

Sehingga kini, beliau tidak dibenarkan terbang walaupun masih mendapat gaji dan elaun seperti biasa.

0 comments: