Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, February 4, 2014

TMJ beri keterangan insiden Larkin

Sumber Mkini

Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim Ismail memberi keterangan berhubung insiden kekecohan di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Larkin Sabtu lalu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Laman Facebook JDTFC hari ini mengeluarkan gambar Ismail yang juga Tengku Mahkota Johor (TMJ) keluar dari kenderaan di hadapan pejabat PBNJ.

Dimuatkan juga keterangan bertulis: "TMJ hadir di Pejabat PBNJ untuk beri keterangan kepada pihak FAM."

Ia dipercayai berkaitan insiden pergaduhan pada perlawanan Piala FA antara kedua pasukan antara Johor Darul Takzim (JDT) dan T-Team pada Sabtu.

Dalam pertemuan itu, T-Team enggan meneruskan perlawanan pada babak kedua selepas mendakwa pemain importnya Evaldo Rodrigues Goncalves Cardoso dan Fabio Flor serta jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo dikasari pengurusan tertinggi JDT.

Insiden itu didakwa berlaku ketika mereka menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa pertama.

Laporan namakan presiden PBNJ

T-Team, yang ketinggalan 2-1 ketika itu, mendakwa mereka tidak dapat meneruskan perlawanan atas faktor keselamatan.

Sementara itu, polis Terengganu berkata, empat laporan polis diterima daripada T-Team berhubung insiden itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, jurucakap polis Terengganu mengesahkan, satu laporan oleh Fabio menamakan presiden PBNJ.

Bagaimanapun tidak dapat disahkan sama ada isi kandungan laporan polis itu sama seperti yang tersebar di laman media sosial termasuk di laman Facebook JDTFC sendiri.

Malam tadi, Bernama melaporkan Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata, pengurusan, dua pemain import serta jurulatih kecergasan T-team membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu antara pukul 9 malam dan 12.30 tengah malam Ahad.

Polis berkata akan menyiasat, memanggil dan merakamkan percakapan saksi-saksi kejadian.

0 comments: