Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, March 12, 2014

Azizah: 'Langkah Kajang' masih hidup

Sumber Mkini

"Langkah Kajang" masih hidup dan bakal merintis jalan ke Putrajaya kata calon pilihan raya kecil (PRK) PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam temubual bersama Malaysiakini Wan Azizah berkata walaupun Ketua Umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bertanding, kehadiran beliau sebagai 'konduit' atau saluran perhubungan bagi memastikan pentadbiran Selangor ditingkatkan.

Menurut beliau penglibatan sebagai ahli dewan undangan negeri akan menguatkan keupayaan beliau sebagai presiden parti kerana mampu berurusan terus dengan kerajaan negeri Selangor.

"Tentunya (Langkah Kajang) masih hidup. Bukan (siapa pegang) jawatan yang kita perkatakan tetapi pentadbirannya.

"Sekarang saya mahu berada di dalam kerana saya bertindak sebagai 'konduit'. Banyak kajian tunjukkan pemimpin wanita lebih pandai berunding," kata beliau.

Wan Azizah yang juga presiden PKR bagaimanapun tidak mengesahkan sama ada beliau akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor setelah menang 23 Mac depan.

"Tentunya (jawatan MB) bukan sesuatu yang saya cari tetapi saya mahu berkhidmat untuk rakyat.

“Saya bukan kira kedudukan sebab kedudukan itu amanah dan kalaulah kita nak fikirkan penambahbaikan Selangor dengan Tan Sri Khalid, dengan Anwar, juga parti PAS, DAP dan PKR di akar umbi kita akan gemblengkan tenaga begitu supaya bagi satu tarikan untuk dapat sokongan ke Putrajaya," kata beliau.

Wan Azizah turut menafikan terdapat beberapa pasukan dalam PKR yang cuba mempengaruhi keputusan kerajaan negeri contohnya pengambilalihan perkhidmatan air.

Beliau berkata semua pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat tela hpun bersetuju berdiri di belakang Khalid bagi memastikan rakyat mendapat manfaat setelah pengambilalihan industri air dari syarikat swasta berlaku di negeri itu.

"Sebenarnya saya fikir ia hanya salah faham yang berlaku dan sekarang kita telah bersatu dan menyokong Tan Sri Khalid dan langkah kerajaan negeri untuk membantu rakyat Selangor," kata beliau.

PKR memilih Wan Azizah menggantinya Anwar, yang juga suaminya, yang hilang kelayakan bertanding selepas dijatuhkan hukuman lima tahun penjara ekoran pertuduhan meliwat.

Wan Azizah akan menentang calon MCA Chew Mei Fun. Kempen 11 hari bermula semalam dan pembuangan undi akan dilakukan 23 Mac depan.

0 comments: