Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, March 12, 2014

Kes Anwar: ICJ anggap Mahkamah Rayuan ‘salah laksana keadilan’


SHAH ALAM: Suruhanjaya Juri Antarabangsa (ICJ) menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan kes membabitkan bekas pembantu peribadinya sebagai “salah laksana keadilan”.

ICJ dalam satu kenyataan berkata, 'pusingan-U' yang dilakukan Kerajaan Malaysia terhadap Anwar jelas melanggar standard hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kerana Mahkamah Tinggi pada 2012 telah membebaskan pemimpin pembangkang itu.

"Artikel 377B Kanun Keseksaan Malaysia jarang sekali digunakan di Malaysia tetapi telah digunakan sebanyak dua kali terhadap Anwar,” katanya dalam satu kenyataan yang ditandantangani Pengarah Serantau ICJ bagi Asia dan Pasifik, Sam Zarifi.

Katanya keputusan untuk membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi “pasti menimbulkan keraguan kepada kebebasan dan kesaksamaan badan kehakiman Malaysia” dan “mencemarkan reputasi sistem undang-undang di negara ini.”

Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Hakim Datuk Balia Yusuf Wahi yang mengetuai panel tiga hakim itu bagaimanapun, membenarkan permohonan Anwar untuk menangguhkan keputusan itu sehingga rayuan dibuat kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan itu.

Anwar kemudian dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dan dibenarkan meninggalkan mahkamah.

Ekoran keputusan itu, Anwar hilang kelayakan untuk bertanding sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang yang dikosongkan penyandang daripada PKR iaitu Lee Chin Cheh. -

AFEEQA AFEERA
Selangorkini

0 comments: