Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, August 11, 2014

Analisa Isu MB Selangor: Tembelang Hudud Pula Yang Pecah

 Sumber Tranungkite

"Saya pernah menjangkakan bahawa PAS jadi mangsa berhelah PKR dan DAP berkaitan hudud. Kenyataan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, menjelaskan bahawa punca keretakan PR ialah apabila PAS membawa usul hudud Kelantan ke Parlimen. Bagi PKR dan DAP, hudud berada di luar agenda persetujuan bersama PR. Apabila PAS bawa ke Parlimen, maka PAS sudah langgar persetujuan bersama itu. PAS diumpamakan sebagai budak nakal yang selalu membawa masalah dalam PR.

Bukankah itu bermakna PAS tidak boleh membawa apa-apa agenda berkaitan hudud selagi PAS berada dalam PR. Kalau begitulah maksud tersirat dan tersurat agenda bersama PR, maka apa erti PAS duduk bersama di dalam PR. PAS diikat dan terikat. Usahkan hendak dibawa ke Parlimen melalui demokrasi, bercakap tentang hudud pun PAS sudah dikata macam-macam oleh rakan Pakatan.

Dek isu MB Selangor ni, kini segala tembelang telah pun pecah. PAS faham lain. PKR dan DAP faham lain. PAS dengan hujah membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan. PKR dan DAP pula dengan hujah yang tidak membolehkan hudud dilaksanakan. Itu baru untuk Kelantan. Untuk orang Islam saja pulak tu. Boleh kita harap hudud dijayakan di peringkat nasional jika PR menawan Putrajaya? Fikir sendirilah.

Nampaknya prinsip bersama PR telah menipu PAS. Sebab itulah saya pernah mencadangkan agar agenda hudud yang diperjuangkan oleh PAS ini dinyatakan secara jelas. Berikut ialah petikan penulis dalam artikel berjodol Tahaluf Siyasi: Tercabar Dan Mencabar.

Penulis mencadangkan agar satu para ditambah dalam tahaluf siyasi itu iaitu PAS dibenarkan untuk melaksanakan syariah, khususnya hukum hudud melibatkan umat Islam sahaja melalui sistem demokrasi berparlimen. Ini bermaksud PAS hanya dapat melaksanakan hukum tersebut sekiranya mendapat undi majoriti di Parlimen. Para ini lebih jelas dan adil untuk PAS, Pakatan Rakyat dan rakyat umumnya. Justeru, pertelagahan dan kesangsian tidak akan berlaku lagi di dalam Pakatan. Inilah satu solusi yang terbaik untuk menguatkan Pakatan.

Tembelang sudah pun terdedah. Bila-bila masa pun apabila PAS bersuara tentang hudud, PAS dipersalahkan secara tersembunyi atau terbuka. PAS dilihat tidak betul oleh PKR dan DAP. PAS dikatakan punca keretakan PR. PAS dikatakan penyebab jika PR kehilangan banyak kerusi dalam PRU14. PAS dihentam habis-habisan termasuk oleh  AJK musang berbulu ayam.

Masanya telah tiba untuk PAS buat keputusan. Kecelaruan hari ini telah mendedahkan segala-galanya buat PAS hatta musuh dalam selimut telah menampakkan wajahnya.Kalau PAS ambil jalan keluar dari PR dan berjuang bersendirian, seiring dengan itu PAS juga perlu menunjukkan jalan keluar kepada AJK PAS Pusat yang menjadi duri dalam daging. Masih belum tertangkap si durjana ini?"

0 comments: