Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Sunday, January 11, 2015

100 bot terbang ditempah

Sumber Sinar

Kapal laut terbang Jebat M727 meluncur di persisir perairan Selat Melaka, semalam.
Kapal laut terbang Jebat M727 meluncur di persisir perairan Selat Melaka, semalam.

BANDARAYA MELAKA - Aron Rinani Sdn Bhd sudah menerima tempahan 100 bot terbang keluaran syarikat berkenaan dari beberapa negara luar meskipun pada masa ini bot terbang model Jebat M727 masih di peringkat ujian laut.

Presiden Rinani Group, Noor Azerai Ahmad berkata, tempahan itu membuktikan keyakinan banyak pihak terhadap kemampuan bot terbang berkenaan.

Menurutnya, pesawat itu mempunyai pelbagai kegunaan termasuk untuk tujuan mencari dan menyelamat, pengawasan laut, pengangkutan komersil serta pelancongan maritim.

Ekoran tempahan dan permintaan yang dijangka meningkat, katanya, Aron Rinani dijangka akan memulakan  operasi di kilang fasa kedua menjelang bulan hadapan.

“Pada masa ini, kilang fasa pertama di Masjid Tanah hanya mampu mengeluarkan tujuh unit setahun manakala kilang fasa kedua pula dijangka 50 unit setahun.

“Kumpulan pertama bot terbang Jebat M727 ini dijangka dapat diserahkan kepada pelanggan menjelang pertengahan tahun ini,” katanya.

Pembinaan pesawat Jebat M727 itu menjadi kenyataan ekoran satu memorandum persefahaman (MoU) antara Rinani Group dan syarikat Korea Selatan, ARON Flying Ships Ltd Februari lalu.

Antara ciri-ciri menarik bot terbang itu adalah mampu mencapai kelajuan melebihi 200 kilometer sejam dengan kepakaran teknologi Wing in Ground (WIG).

Tambah Noor Azerai, ekoran pembabitan Aron Rinani dalam pembinaan M727 di Melaka, sebuah bandar  bersepadu di Telok Gong, Masjid Tanah, akan dibangunkan dan dijangka beroperasi menjelang 2017.

0 comments: