Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, September 30, 2015

Berita Terkini MARA : Permohonan Pinjaman Loan Mara Untuk IPTS Masih Belum Buka? Mengapa?

Sumber Beritasemasa

Berita Terkini MARA : Permohonan Pinjaman Loan Mara Untuk IPTS Masih Belum Buka? Mengapa?

Ada menteri mengatakan kejatuhan memberikan rahmat kepada Malaysia. Rahmat kata mereka. Tetapi tahukah mereka anak bangsa kita sedang menghadapi masalah dan derita di luar negara dek kerana nilai ringgit Malaysia terus jatuh dan jatuh daripada hari ke sehari sehingga berlaku lambakan duit ringgit Malaysia kita di pasaran sekarang ini.

Tan sri Zeti kata jikalau mahu nilai ringgit Malaysia naik semula, antaranya selesaikan segera isu 1MDB, dan masalah ketidaktentuan politik di Malaysia.

Natijahnya, pelajar-pelajar kita yang belajar di luar negara perlu ikat perut untuk meneruskan usaha menampung kos perbelanjaan mereka di negara luar terutamanya yang bergantung harap dengan bantuan MARA apatah lagi yang menggunapakai 100% duit keluarga dan ibu bapa lagilah teruk.

Masalah tersebut tidak berlegar kepada pelajar luar negara sahaja. Tetapi sudah mula berjangkit kepada pelajar yang menimba ilmu IPTS di Malaysia. Berita Semasa dimaklumkan kewangan MARA dalam keadaan sesak atas sebab-sebab tertentu termasuk perlu menampung kos tambahan yang tinggi terutamatanya pelajar tajaan mereka di luar negara disebalik kejatuhan nilai ringgit Malaysia pada ketika ini.

Sebelum ini, Majlis Amanah Rakyat Malaysia telah melancarkan apa yang dipanggil dan dikenali sebagai Skim Bank Mara yang meliputi bantuan pinjaman pelajaran terbuka kepada mana-mana pelajar yang sambung pengajian bagi peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda Degree, Sarjana Master, Doktor Falsafah PHD hasil kerjasama dnegan pihak bank. Butiran ada Berita Semasa kongsikan melalui LINK di bawah ini :

KLIK SINI :

Butiran Lengkap Skim Bank MARA Untuk Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Master, PHD?

Tetapi ianya telah ditutup sementara waktu. Apabila Berita Semasa dimaklumkan butian lengkap mengenai pinjaman MARA yang terbaru dan terkini akan dibuka semula sekitar bulan November atau Disember 2015. Mungkin. Mungkin, itu kata kakitangan MARA.

Kata kakitangan MARA memaklumkan :

1) Kewangan Majlis Amanah Rakyat Malaysia MARA agak sesak

2) Sudah ada kalangan IPTS yang sudah sedia maklum dengan perancangan perkembangan terkini sekarang, telah mula menjalinkan usahasama dengan bank-bank komersil untuk dijadikan menyediakan kemudahan pinjaman kepada para pelajar mereka kelak

3) Ada kemungkinan besar pelajar IPTS dikenakan kadar faedah untuk pinjaman MARA yang diberikan kepada pelajar. Walaubagaimanapun, butiran lengkap belum dipastikan lagi. Nantikan pengumuman rasmi dan berita terkini MARA kelak.

4) Apa maknanya apabila sudah ada kerjasama dengan pihak Bank? Komitmen dengan Bank. Ya…Komitmen.


Persoalannya sekarang ini, adakah dengan pinjaman MARA yang terbaru ini kelak akan menyebabkan :

- Nama peminjam pendidikan MARA yang baru ini secara automatiknya tersenarai dalam rekod CCRIS? Sama seperti peminjam yang lain yang buat pinjaman peribadi?

- Adakah mereka akan dikejar pembayaran semula sama seperti peminjam-peminjam pinjaman peribadi yang lain?

Dan akhir sekali, Berita Semasa berharap sangatlah kepada pihak Majlis Amanah Rakyat MARA jangan terlalu lama biarkan anak-anak bangsa kita terkapai-kapai di Institut Pengajian Tinggi Swasta IPTS tanpa sebarang kenyataan rasmi daripada anda. Berikanlah kenyataan tentang perkembangan terkini mengenai skim pinjaman MARA ini. Janganlah diam begitu sahaja. Hakikatnya :

- Ada pelajar yang terpaksa keluar daripada IPTS dek kerana menunggu terlalu lama permohonan pinjaman MARA yang masih lagi tidak dibuka sedangkan bayaran yuran yang cukup tinggi terpaksa ditanggung mereka

- Pelajar dalam keadaan sesak dalam meneruskan pengajian dan kehidupan seharian dek kerana kewangan yang tidak mencukupi

- Bagi Berita Semasa, masa bagi kalangan pelajar adalah cukup emas dan kritikal untuk mereka mencari alternatif dengan sesegera mungkin bagi meneruskan survival mereka menimba ilmu di peringkat yang lebih tinggi

- Jangan biarkan anak-anak bansga kita tertunggu

0 comments: