Sumber: http://msomelayu.blogspot.my
SESUDAH SUBUH
Nik Omar tenang untuk bergerak ke pusat penamaan calon. |
PUTERA sulung yang juga anak kedua bekas Mursyid Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar Nik Abdul Aziz, 53, jadi isu bermula sejak awal lagi. Sebaik Parti Amanah Negara (Amanah) ditubuhkan apabila beliau menunjukkan minat kepada wadah pembaharu itu, ia sudah menjadi isu.
Bahkan beliau sudah pun diumumkan telah menyertai parti itu siap memegang jawatan dengan menggunakan nama samaran sebagai Muhammad Marwan. Di situlah kontroversi terpacak.
Hal ini diumumkan oleh Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dalam satu majlis makan malam di Petaling Jaya. Pengumuman Nik Omar dengan nama "Muhammad Marwan" itu sedikit menganggu penyertaan Nik Omar kerana beliau mahu begerak secara diam-diam sehingga sampai waktunya kerana demi maslahat keluarganya.
Post bersama Nik Omar. |
Post bersama Nik Abduh. |
Katanya telah dibuat janji untuk tidak mendedahkan nama sebenarnya (Nik Omar) kerana maslahat kelauarga, kerana penyertaannya ke dalam Amanah kurang disenangi keluarganya dan dianggap sebagai mendurhaka kepada perjuangan ayahnya.
Pendedahan itu kurang menyenangkan Nik Omar sendiri. Tetapi tidaklah sampai beliau undur ke belakang daripada meneruskan niatnya. Dalam kaca matanya, Amanah adalah perjuangan atau wadah yang menyambungkan prinsip dan dasar siasah ayahnya, Islam. Apa yang berlaku dalam Pas "perompakan" kuasa dalam muktamar Pas di Kuala Selangor sangat mengecewakannya. Tentulah juga penghalangan adiknya Nik Abduh untuk memasuki ke Pengkalan Chepa ikut mengilankannya.
Saya sendiri tidak berpuas hati dan kurang percaya, apakah benar Nik Omar bersama Amanah? Selama ini saya tidak nampak dia berminat dengan politik berbanding adiknya Nik Abduh. Nik Abduh memang berminat dan serius dalam politik. Bahkan Allahyarham Tok guru sendiri bercerita fasal anak-anaknya dan politik.
Berjumpa Nik Omar
Sehinggalah saya berjumpa dengan beliau sendiri di Gombak, saya bertanyakan dan merisik hatinya, dan jelas dari nada percakapannya beliau mirit kepada Amanah dan mula menaruh perhatian mendalam kepada politik. Ini barang kali berlaku selepas ketiadaan ayahnya dimana beliau sudah berasakan tanggungjawab meneruskan perjuangan dipusakainya terletak dibahunya.
Saya tidak bercakap lebih daripada apa yang patut dengannya saat itu, melainkan cuba memberi ingatan agar menjaga keharmonian keluarganya dan jangan berbalah adik beradik. Saya memesan supaya beliau sebagai anak lelaki sulung menjaga hati dan perasaan ibunya serta keharmonian keluarganya. Paling utama saya tegaskan jangan bertegang perasaan dengan Nik Abduh adiknya.
Saya sedar saya tidak berhak untuk berkata demikian tetapi kerana kasih dan sayang saya kepada Tok guru Nik Aziz, serta janji saya kepada Tok guru untuk "menjaga" anaknya (Nik Abduh) dalam politik, saya memberanikan untuk berkata demikian biarpun tidak dihargai.
Saya mengingatkan perkara ini kerana nafsu politik terlalu besar dan buas hingga kadang kala manusia tenggelam dalam lautannya, dan ledakannya menyebabkan manusia sanggup melakukan apa sahaja. Bukan sahaja sedia memutuskan tali silaturrahim, berantakkan anak beranak, kawan putus kawan tetapi sampai sanggup berbunuhan. Ini kuasa dan syaitan politik yang sangat saya takuti dan perbuatan ini sangat sia-sia.

Selepas pendedahan penyertaan ke dalam Amanah di Shah Alam itu , Nik Omar mendiamkan diri dan tidak ada lagi cerita mengenai dirinya. Nik Omar seakan bersuluk dan terus tawaqus dengan sikapnya. Hinggalah ia bermula semula, apabila diambang pembubaran parlimen nama beliau disebut-sebut dan bermain di bibir umum akan ikut sama menyertai pilihan raya.
Nama Nik Omar menjadi isu panas apabila Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim membuka cerita, kononnya Nik Omar akan bertanding dalam pilihan raya dan proses rundingan (dengan keluarga) sedang berjalan.
Sekali lagi Wan Abdul Rahim membuka cerita dan mencipta isu politik di Kelantan. Selepas Wan Abdul Rahim memberi gambaran malahan menyebut nama Nik Omar akan menyertai pilihan raya dan bertanding atas tikit Amanah, suhu politik di Kelantan terus menggelegak dan pansnya sampai ke Pulau Melaka. Orang ramai ternanti-nanti dan mula membuat perhitungan apakah kenyataan Wan Rahim kali ini meleset lagi. Ramai yang tunggu untuk "keronyok" Wan Rahim.
Ia makin menjadi tanda tanya, apabila Nik Omar pula menafikan pengumuman dibuat Wan Rahim itu. Penafiannya secara bersimbolik dengan menegaskan yang beliau masih ahli Pas. Ia dikukuhkan pula dengan kenyataan (respons) oleh Nik Abduh yang menegaskan abangnya tidak akan menyertai Amanah apa lagi bertanding dalam pilihan raya.
Alasan diberikan Nik Abduh berkaitan diri Nik Omar itu kerana keluarga tidak merestui, dan tidak yakin yang Nik Omar akan langgar piagam keluarga.
"Tidak akan berlaku (Nik Omar) menyertai Amanah, tiada rundingan, keluarga kami nafi, ini propaganda nak pecah belahkan rakyat Kelantan," demikian nafi Nik Abduh seperti mana dipetik. Maknawi yang cuba diangkat oleh Nik Abduh bahawa usaha meletakan mereka berdua berkubang dalam satu lubang sebagai usaha jahat untuk mengkhianati rakyat Kelantan yang telah aman dibawah panji-panji pemerintah ayahnya selama 28 tahun.
Manakala Nik Omar juga turut menafikan dengan berkata; "Semua bergantung kepada bonda, selagi bonda tidak izin, bonda minta tidak terlibat, kita kena terima. Bonda melihat mungkin kerana berlaku pertembungan."
Penjelasan Nik Omar dan Nik Abduh itu meredakan keadaan, khasnya bagi saya sangat meyenangkan kerana ia tidak memungkinkan berlaku apa ditakuti saya pertembungan dua beradik dalam satu kubang siasah duniawi.
Kenyataan melegakan.
Barang kali selepas Tuan Sabariah Tuan Ishak, sayalah yang amat berdukacita kalau apa digembar gemburkan itu menjadi kenyataan; Nik Omar dan Nik Abduh akan bertembung sesama sendiri. Jika kejadian ini berlaku maka saya gagal untuk melaksanakan janji dan menjalankan amanah saya seperti saya lafazkan kepada Tok guru Nik Aziz. Tetapi penafian dan penjelasan oleh kedua beradik itu melegakan saya, terutamanya daripada Nik Omar yang sangat menitik beratkan kepada restu ibunya.
Justeru semasa berjumpa dengan Nik Abduh semasa kenduri di rumah bapak mertuanya Abdul Fatah Haron, di Pasir Mas, saya bertanya mengenai desas desus kemungkinan akan berlaku perlawanan di antara kedua beradik itu. Memang orang politik khususnya daripada Amanah dan penonton yang membencikan Pas, suka serta mahu melihat Nik Omar ber boxing dengan Nik Abduh tanpa memakai glove.
Di pertemuan itu saya bertanya dari hati ke hati kepada Nik Abduh disamping mengharap dengan harapan yang tinggi. "Duh.. harap tidak akan berlaku pertandingan adik beradik di Chempaka seperti didesas desuskan, jangan...kalau boleh, malahan wajib dielakkan," begitu kata saya sambil bersalaman dengannya.
"Insya-Allah... Insya-Allah ia tidak akan berlaku pertembungan," kata Nik Abduh sambil menggengam salam saya dengan mata kami saling bertentangan. Penjelasan itu serius dan ikhlas ia melegakan perasaan saya. Saya berdoa semoga harapan saya termakbul dan tidak akan berlaku pertandingan dua beradik itu yang dinantikan oleh umum untuk menepuk tangan dan menyoraknya.
Memang khalayak politik yang tidak ada "peripolitik" suka kalau kedua beradik bergocoh sesama sendiri hatta sampai terkorban, suka kalau suami isteri hingga memisahkan ranjang asmara. Kecam.
Terus tidak percaya.
Sehinggalah 12 jam menjelang hari penamaan calon saya masih tidak percaya dengan apa yang akan berlaku, Nik Omar akan turun ke gelanggang membawa panji Amanah. Setiausaha Amanah Kelantan, Rushdan Mustapa memberi hintkepada saya mengenai apa yang akan berlaku esok, dengan mengatakan Nik Omar akan bertanding. Saya membuang begitu sahaja hint itu kerana menyakini Nik Omar tidak akan melakukan itu.
Walaupun saya sudah mengetahui yang Nik Abduh ditolak ke parlimen Bachok oleh Pas, tetapi masih tetap tidak percaya Nik Omar sedia menyingsing tangan turun ke gelanggang meskipun tidak akan berdepan dengan daging darah sendiri. Pengesahan Nik Abduh bertanding di Bachok setidak-tidaknya sudah menghuraikan sebahagian kebimbangan saya, walaupun pengiriman beliau ke Bachok itu mengilankan.
Berita-berita yang Nik Omar akan turun terus bergentayangan, ia menjadi tular dalam media sosial, namun saya tetap juga tidak yakin. Walaupun di majlis pengumuman calon Pakatan Harapan di Kadok, nama "Mohamad Omar" diumumkan bertanding di Chempaka dan sosoknya tidak hadir, saya masih tidak percaya bahawa nama itu mewakili Nik Omar.
Apa yang membuat saya tidak yakin berpandukan kepada kenyataan dan pengakuan Nik Omar, yang restu keluarga dan ibu penting. Saya tidak mengira beliau mendapat permit atau lesen itu dengan mudah. Dan apabila beliau bertanding bermakna beliau sudah mendapat titikan doa daripada ibunya.
Kerana tidak yakin Nik Omar akan turun, saya sudah pun bersiap sedia untuk ke pusat penamaan calon membabitkan dua sahabat saya, Husam Musa dan Takiyuddin Hassan di Dewan MPKB Kota Bharu. Bagi saya pertandingan kedua ini merebut kerusi parlimen Kota Bharu juga adalah pertandingan dua beradik yang menghiriskan perasaan.
Sejarah mengetahui bagaimana kedua mereka ini adalah orang-orang kesayangan dan harapan saya dalam Pas Kelantan sebagai penerus kerajaan Tok guru. Saya membuang "tungku" Tiga Abdul kerana ingin meletakkan mereka sebagai "tungku" baru, tetapi gagal. Kerana itu saya mahu melihat sendiri proses penamaan calon mereka.
Selepas Subuh masuk satu maklumat dalam Whatsaap saya, sekeping gambar menunjukkan Nik Omar sedang menanda-tangani sesuatu (borang) dengan dikeliling beberapa orang. Saya menatap beberapa kali orang berkopiah putih membongkok sedang menulis itu apakah ianya Nik Omar. Walaupun ada keterangan disertakan, ia mengatakan Nik Omar saya masih sangsi.
Sekitar jam 7:00 pagi, Rushdan menelefon saya bertanya apakah saya sudah siap sedia. "Abeti sudah siapa ke, kita dalam perjalanan ke tempat Abeti, kita ke Pengkalan Chepa...," begitu kata Rushdan seakan mengarah tegas.
"Untuk apa ke Pengkalan Chepa ana nak ke tempat Husam?" jelas saya menyatakan tujuan yang sudah ditanam dalam diri.
"Tempat Nik Omar serah borang, Abeti perlu ke sana, penting...," katanya tegas.
Kata-kata Rushdan itu mungkin tidak sebagai gurauan lagi, apa lagi dipadankan dengan gambar yang saya terima, Nik Omar sedang menanda tangani borang pencalonan, bahawa sudah sah Nik Omar akan bertanding. Namun sebagai seorang yang bersikap negatif minded saya masih belum percaya selagi tidak melihatnya dengan mata sendiri.
Menjadi prinsip saya sesuatu itu harus dilihat dengan mata kepala sendiri dan akan melapurkan walaupun ia tidak disenangi hatta ke atas kawan sendiri.
Dalam perjalanan saya menghitung sendiri menyemak permainan politik. Dalam politik apa jua boleh berlaku. Yang menggaru kepala saya, apakah benar Nik Omar akan hadir atau pun borangnya akan diserahkan oleh pencadang dan penyokongnya sahaja?
Dalam perjalanan ke Pengkalan Chepa itu terfikir juga apakah "Mohamad Omar" yang diumumkan di Kadok itu sebenarnya Rushdan Mustafa. Maklumlah Rushdan Setiausaha Amanah yang gigih tetapi tidak diberikan kerusi, namun redha apakah mungkin Chempaka kerusinya? Terfikir.
Jam 8:45 pagi, Rushdan mulai mendapat gambar di tempat perarakan calon Amanah. Salah satu gambar ditunjukkan kepada saya, memaparkan wajah Nik Omar. Saya masih tidak percaya dengan gambar itu. Gambar boleh menipu sesiapa sahaja, apa lagi dalam dunia manusia menjadi kian gila kreatif, membuat superimpose.
Saya menatapnya berkali-kali dan berjuru-jurus. Gambar yang sedikit kabur meragukan keyakinan saya. Kereta dipecut laju menuju ke kawasan penamaan calon untuk melihat sendiri apa yang berlaku.
Sewaktu saya dan Rushdan tiba di tempat perarakan, Nik Omar sedang berarak untuk memasuki ke pusat penamaan calon. Saya berlari melupa keuzuran diri dan melintas di hadapannya. Berdegup kencang jantung saya, apabila melihat yang segak, berkopiah putih dan siap bersamping, benar dia adalah NIK OMAR NIK ABDUL AZIZ. Begitu melihat saya, dia sedikit tertegun sambil melepaskan senyuman "Nik Aziznya" mengorak ke arah saya dan kami berpelukan.
"Alhamdulilah, Insya-Allah selamat.." kata saya.
Beberapa saat dunia saya seperti berputar ligat dan berada di luar luar realiti. Wajah Nik Omar saya menatap sedalam-dalamnya penuh cermat. Mata saya mungkin berpintar, saya nampak wajah itu bertukar bersilih ganti, sekali menjadi wajah Nik Abduh, sekali menjadi wajah arwah Tok guru, dan sedetik kemudian menjadi wajah Nik Omar. Dan beberapa saat saya seakan melihat ketiga-tiga wajah wajah itu bergumpal menjadi satu wajah besar yang hebat.
Orang ramai yang mengiringi pengarakan calon-calon Amanah itu, Nik Omar (Chempaka), Hazmi Hassan (Panchor) dan Mejar Mat (parlimen Pengkalan Chepa) tidak menyedari apa yang berlaku kepada saya.
Selepas merakam gambar dan membuat live facebook, sehingga Nik Omar memasukkan ke kawasan pusat pencalonan, saya meninggalkan perarakan dan mencari ruang tersudut untuk mencatat status dalam facebook.
Saat saya menghantar status air mata bercucuran. Hati menjadi sebak dan hiba sekali. Apa yang mengusik minda saya, ialah Tok guru...sambil mencatat status dengan mata berkaca, diam-diam dalam hati saya berkata, "ah Tok guru dua puteramu bersiap sedia pagi ini turun ke gelanggang untuk meneruskan legasi mu. Tentu kau bahagia menyaksikannya."
Seorang di Chempaka dan satu di Bachok. Dengan air mata yang jatuh dengan sangat "anjul" (perlahan) saya mendoakan dan berharap biarlah kerusi Chempaka yang diduduki Tok guru akan diduduki pula oleh Nik Omar. Dan kerusi parlimen Bachok akan diduduki oleh Nik Abduh.
Alangkah lebih indah lagi kalau selepas 9 Mei nanti, Nik Abduh akan megah membawa suara rakyat dan Islam di parlimen sementara Nik Omar pula dinobatkan sebagai MB untuk meneruskan pembelaan Islam di Kelantan yang ditanamkan oleh ayahnya. Semoga kedua-duanya selamat dan mendapat restui ibu dan rakyat khas rakyat yang mencintai Tok guru Nik Abdul Aziz. [wm.kl.9:01 am 30/04/18]
Sumber: http://msomelayu.blogspot.my
Baca Seterusnya......

Gambar awal yang saya terima tetapi tidak menyakinkan. |
"Alhamdulilah, Insya-Allah selamat.." kata saya.
Beberapa saat dunia saya seperti berputar ligat dan berada di luar luar realiti. Wajah Nik Omar saya menatap sedalam-dalamnya penuh cermat. Mata saya mungkin berpintar, saya nampak wajah itu bertukar bersilih ganti, sekali menjadi wajah Nik Abduh, sekali menjadi wajah arwah Tok guru, dan sedetik kemudian menjadi wajah Nik Omar. Dan beberapa saat saya seakan melihat ketiga-tiga wajah wajah itu bergumpal menjadi satu wajah besar yang hebat.
Hazmi diapit Rushdan. |