Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Sunday, November 22, 2009

History Mystery For US



Abraham Lincoln was elected to Congress in 1846.
John F. Kennedy was elected to Congress in 1946.

Abraham Lincoln was elected President in 1860.
John F. Kennedy was elected President in 1960.

Both were particularly concerned with civil rights.
Both wives lost their children while living in the White House.

Both Presidents were shot on a Friday.
Both Presidents were shot in the head

Now it gets really weird.

Lincoln 's secretary was named Kennedy.
Kennedy's Secretary was named Lincoln .

Both were assassinated by Southerners.
Both were succeeded by Southerners named Johnson.

Andrew Johnson, who succeeded Lincoln , was born in 1808.
Lyndon Johnson, who succeeded Kennedy, was born in 1908.



John Wilkes Booth, who assassinated Lincoln , was born in 1839.
Lee Harvey Oswald, who assassinated Kennedy, was born in 1939.


Both assassins were known by their three names.
Both names are composed of fifteen letters.

Now hang on to your seat.

Lincoln was shot at the theater named 'Ford.'
Kennedy was shot in a car called ' Lincoln ' made by 'Ford.'

Lincoln was shot in a theater and his assassin ran and hid in a warehouse.
Kennedy was shot from a warehouse and his assassin ran and hid in a theater.

Booth and Oswald were assassinated before their trials.

And here's the kicker...

A week before Lincoln was shot, he was in Monroe , Maryland
A week before Kennedy was shot, he was with Marilyn Monroe.

Creepy huh? Send this to as many people as you can, cause:
Hey, this is one history lesson most people probably will not mind reading!

Baca Seterusnya......

JAPANESE T'SHIRTS.










Baca Seterusnya......

Colour Picker








Baca Seterusnya......

Monday, November 9, 2009

Perlunya didikan agama diberi keutamaan


KADANG-KADANG kita terfikir, adakah kita memberikan masa yang setimpal kepada pengajian agama jika dibandingkan dengan masa yang kita berikan kepada pelajaran biasa.Misalnya enam tahun untuk sekolah rendah, ditambah dengan lima tahun sekolah menengah, dicampur dengan dua tahun tingkatan enam dan tiga atau empat tahun untuk ijazah sarjana muda, dua tahun untuk sarjana dan mungkin empat tahun untuk ijazah kedoktoran. Antara 21 hingga 23 tahun tempoh masa dikhaskan untuk sekolah dan universiti.

Sedikit sangat terdapat dalam 21 tahun itu dimasukkan pengajian agama kecuali kalau seseorang itu mencari sendiri guru yang boleh membimbing sehingga betul-betul memahami apa yang diperlukan untuk menjadi seorang insan yang beriman.

Masalahnya bermula dengan ibu bapa yang mungkin tidak mengambil berat tentang perlunya anak-anak mendapat pengajian agama yang lengkap bukan setakat pandai membaca al-Quran sahaja.

Kalau ada pun kelas sebelah petang untuk sekolah agama selalunya hanyalah setakat sekolah rendah sahaja.

Daripada keadaan dan suasana yang tidak memberikan keutamaan kepada pengajian agama yang betul inilah timbul bermacam-macam fahaman dan muncul pelbagai jenis orang seperti Ayah Pin dan Rasul Melayu yang mempunyai pengikut tapi baru-baru ini ditangkap pihak berkuasa.

Mereka yang menjadi pengikut ini bukannya terdiri orang tidak berpelajaran tetapi mereka yang mempunyai ijazah dan sarjana. Misalnya sebelumnya al-Arqam diharamkan, ramai pengikutnya yang terdiri daripada golongan terpelajar yang sudah terpengaruh dengan pelbagai tuntutan ketuanya termasuk dikatakan dilantik oleh Nabi Muhammad.

Pernah juga terdengar penceramah daripada luar negara yang berceramah hanya untuk golongan ahli-ahli korporat dan mereka memberikan sumbangan berjuta ringgit kepada penceramah yang kononnya begitu mendalam ilmu agamanya.

Mudahnya orang kita terpengaruh disebabkan kurangnya ilmu pengetahuan tentang agama. Kebanyakannya asas keagamaan mereka begitu lemah dan mudah terpengaruh dengan kumpulan yang mampu mempengaruhi dengan ilmu songsang. Mereka yang menjadi pengikut ini tidak mempunyai ilmu untuk menangkis fahaman yang tidak betul.

Ekoran daripada sikap "tidak takut Tuhan" inilah berlaku macam-macam penyelewengan, penipuan, jenayah dan seribu satu macam kesongsangan tabiat yang dilakukan oleh orang yang berpelajaran tinggi. Ada juga yang mengaji tidak tamat, tetapi dengan sedikit ilmu menggunakannya untuk tujuan yang menyimpang.

Hari ini kita terbaca tentang "siang hari pakai tudung, malam jadi kupu-kupu malam" di kalangan pelajar kita yang tidak malu lagi menggadai tubuh mereka. Begitu juga kelab-kelab gay dan lesbian.

Kesemua ini adalah ketidakmampuan mereka untuk menangkis pengaruh Barat yang mereka baca dan saksikan melalui televisyen, internet, majalah dan surat khabar.

Desakan kehidupan juga menyebabkan ibu bapa tiada masa untuk mendidik anak-anak dalam bidang agama kerana kedua-duanya terpaksa bekerja untuk menampung keperluan kehidupan.

Ramai anak-anak yang ditinggalkan di rumah jagaan kanak-kanak atau dijaga oleh pembantu rumah yang kebanyakannya orang asing seperti rakyat Indonesia dan Filipina. Jarang sekali bagi mereka yang sedar perlunya ilmu agama membawa guru ke rumah atau menyuruh anak-anak mereka mengikuti kelas-kelas agama.

Di sinilah jabatan-jabatan agama sama ada berbentuk kerajaan atau badan-badan bebas yang disahkan untuk mengambil tindakan daripada peringkat kampung, daerah, bandar dan negeri bagi memastikan pengajian agama ini diberikan suatu keutamaan sama seperti yang diberikan kepada perkara-perkara berkaitan ekonomi dan politik.

Tidak kurang juga masa yang terluang bagi ibu bapa ditumpukan kepada politik, baik di peringkat cawangan, bahagian. Kalau peringkat negeri, maka lagi kuranglah masa untuk anak-anak.

Ini juga boleh menimbulkan macam-macam perkara yang kurang sihat seperti rebutan kedudukan, jawatan, dengki mendengki walaupun mempunyai pelajaran tinggi. Ini dapat kita saksikan sedang berlaku hari ini.

Kalaulah ilmu agama yang betul dapat diberikan secara percuma dalam pelbagai bidang dan peringkat, misalnya yang ingin tahu pasal belajar perkara yang asas, yang ingin mendalam misalnya dalam bidang tasawuf boleh mengikuti bidangnya.

Kita sedia maklum memang ada ceramah agama lepas-lepas sembahyang di masjid-masjid tetapi ini tidak mencukupi kerana kadang-kadang mereka yang betul-betul berminat mencari guru boleh tersalah pilih.

Kita perlu ingat bahawa ilmu yang pertama dituntut untuk kita pelajari ialah ilmu mengenal diri sebelum kita mengenali Allah.

Oleh Dato' Salleh Majid (Bekas Presiden BSKL)

Baca Seterusnya......

Thursday, November 5, 2009

Dilema PAS: Pintu UG tutup tak berkunci?

Ketika PKR disindir dengan gelaran bateri 3A (Azizah, Anwar dan Azmin), dibincangkan peranan tiga anak Ibrahim (Anwar, Khalid dan Zaid), PAS yang tidak ketinggalan dengan tiga anak Ali-nya (Hasan, Mustaffa dan Ibrahim) pula dihantui dengan 3U (UMNO, Utusan Malaysia dan Unity Government).

Isu Kerajaan Perpaduan (Unity Government, UG) terus diajukan terhadap PAS melalui media cetak arus perdana, terutamanya Utusan Malaysia dan Berita Harian, walaupun Presiden Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa PAS telah menutup pintu rundingannya dengan UMNO.

Misalnya, dalam satu rencana berjudul Pas sedia korban prinsip perjuangan demi pakatan (m/s19, Berita Harian, 3 November2009), diakhiri dengan memetik hujah “seorang pemimpin PAS” yang berbunyi, “Bagi saya, walaupun dikatakan pintu rundingan dengan UMNO sudah tutup, tapi ia masih ‘belum dikunci’. Kami tahu, persoalan yang bermain di fikiran pengikut setia Pas hari ini ialah apa akan berlaku jika Nik Aziz ‘tidak ada’ lagi nanti.”

Muktamar Khas Luar Biasa

PAS mungkin keberatan untuk mengangguk kepada cadangan Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya mengadakan Muktamar Khas Luar Biasa, setelah melihat pengalaman MCA yang tidak habis-habis bergelut dalam kemelut sehingga hari ini.

Namun demikian, EGM mahupun kemelut MCA hari ini adalah berbeza jika dibandingkan dengan situasi PAS. Kemelut MCA berpunca daripada kekurangan sumber selepas parti itu dibadai tsunami pada 8 Mac 2008. Perselisihan antara pemimpin bukan kerana pertembungan idea, tetapi pertentangan kepentingan. Buktinya, dua pemimpin tertinggi yang saling berbalah itu sanggup berganding setelah menyedari bahawa diri mereka saling memerlukan untuk meneruskan survival politik masing-masing.

Sebaliknya, pergelutan PAS adalah pertembungan antara dua (atau lebih) idea yang menentukan hala tuju parti itu pada masa depan. Persoalan yang terpampang di depan adalah pemilihan antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional untuk dijadikan pakatan politiknya.

Sememangnya, perhitungan kepentingan seperti kuasa (jawatan dalam kerajaan) dan sumber akan diambil kira oleh pucuk pimpinan PAS ketika membuat pilihan, dan ia sesuatu yang wajar dalam politik. Namun, pertimbangan tersebut tidak boleh terbatas sekadar kepada kepentingan jangka pendek, malah juga perlu melihat kepada kepentingan jangka panjang dan idealisme perjuangannya.

Pemimpin PAS terbelenggu

Dan di sinilah terperangkapnya PAS selepas tsunami politik 8 Mac 2008, membuka ruang seluas-luasnya kepada UMNO untuk menangguk di air keruh. Bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi membuat kejutan pada pertengahan Julai 2008, apabila mengesahkan bahawa pertemuan sulit diadakan antara pimpinan peringkat tertinggi UMNO- PAS untuk membincangkan penubuhan kerajaan campuran di Selangor selepas PRU ke-12.

Motif pendedahan ini cukup jelas, apabila Muktamar PAS pada Ogos 2008 menyaksikan bagaimana perwakilan merungut bahawa PAS terpinggir dalam kerajaan negeri yang dikuasai PR. Apa yang dikeluhkan secara tersurat adalah bagaimana PAS tidak dihargai parti komponen PR; namun apa yang dipendamkan secara tersirat adalah bagaimana Hasan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor, gambar kiri) terpaksa memberi laluan kepada Khalid Ibrahim (dari PKR) untuk menyandang jawatan Menteri Besar Selangor, kerana keputusan peringkat pusat untuk bersama PKR dan DAP.

Cubaan pertama UMNO gagal memecah-belahkan PR, sekadar berjaya mencetuskan polemik, sebelum Anwar Ibrahim turun ke gelanggang untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh. Apabila Anwar Ibrahim menumpaskan UMNO dengan majoriti yang lebih besar, maka PAS memilih untuk “bersama harapan ke Putrajaya”, daripada “bersama kemungkinan UMNO tenggelam pada 16 September”.

Tetapi, cadangan “kerajaan campuran” menjelma semula dalam idea “kerajaan perpaduan” dan sebagainya, setelah harapan Anwar Ibrahim ke Putrajaya berkecai.

Asakan demi asakan…

Tidak dinafikan, UMNO mula terkeluar dari kesuramannya setelah Najib Razak mengambil alih kedudukan Abdullah Ahmad Badawi sebagai PM dan Presiden UMNO. Idea Kerajaan Perpaduan terus diasak bertubi-tubi terhadap PAS, sehingga apabila Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkempen di PRK Manek Urai, Kerajaan Perpaduan ditawarkan kepada pihak lawannya!

Malah, lidah parti UMNO, Utusan Malaysia sanggup mengambil pendirian untuk memihak Nasharuddin Mat Isa ketika pemilihan PAS, dengan menyerang sehabis-habisnya calon yang dilabelkan sebagai “Erdogan”, misalnya Husam Musa (gambar kanan), Khalid Samad dan sebagainya.

Apa yang memelikkan, tidakkah perwakilan PAS berasa hairan mengapa jentera propaganda musuhnya sanggup menyokong sesetengah pemimpin dalam parti dirinya? Tidak pernahkah mereka cuba memahami motif sebenarnya media milik musuh politik berbuat demikian?

Retorik yang disuapkan kepada masyarakat Melayu-Islam saban hari adalah “PAS lebih sanggup korban prinsip perjuangan Islam-nya untuk bekerjasama dengan DAP, daripada memantapkan perpaduan umat Melayu-Islam bersama UMNO”. Retorik ini senang menusuk hati, sehingga PAS kelihatan gagal menangkisnya dengan hujah yang bernas.

Main mengikut rentak UMNO

Persoalannya, mengapa PAS yang berjaya membezakan dirinya daripada UMNO sebelum PRU ke-12, kini gagal berbuat demikian? PAS kelihatan lebih pasif apabila terpaksa menjawab serangan UMNO yang memperbesarkan perbezaan antara PAS dengan DAP, dengan nama Islam dan Melayu.

PAS, terutamanya sesetengah pemimpin tertinggi gagal melihat kelebihan PR sebagai pakatan politik yang memiliki lebih banyak persamaan dari segi prinsip, berbanding BN. Misalnya, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan jelas melanggar prinsip “tidak bersalah sehingga dibuktikan”. Dengan sebulat suara PR bersetuju untuk memansuhkan ISA, sementara tiada pandangan sehaluan antara parti komponen BN.

Dalam isu keadilan sistem kehakiman, bila ditonjolkan dengan “Lingam Tape”, PR sebulat suara menuntut tindakan diambil ke atas mereka yang terlibat; namun tiada pandangan sepakat di kalangan BN. Dalam isu tragedi kematian Teoh Beng Hock, rampasan kuasa kerajaan negeri Perak, malah isu pembunuhan Altantuya, PR memiliki pendirian yang sama.

Lebih menarik, apabila pemimpin PR berganding bahu turun ke jalan raya untuk menuntut kebebasan bersuara, berpersatuan dan berhimpun, water cannon ditembak ke arah pintu ibu pejabat PAS Pusat. Malah, penyokong PAS terpaksa berdarah di Bagan Pinang. Serangan-serangan ini dilakukan oleh mereka yang menawarkan “Kerajaan Perpaduan” bersama PAS.

Motif UMNO cukup jelas, PAS dijangka tidak menerima Kerajaan Perpaduan. Maka idea ini dilontarkan untuk mewujudkan persepsi bahawa “PAS tidak bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan Melayu-Islam”. Cuma, mengapa PAS tidak menentang kembali bola tersebut, dengan menuntut agar UMNO mendapat persetujuan parti komponen BN sebelum idea ini ditawarkan?

Kesimpulan

Selagi PAS mengatur langkahnya mengikut rentak UMNO, ia tidak akan terkeluar daripada perangkap ini. PAS sememangnya bebas memilih pakatan politiknya, dengan syarat menanggung risikonya. Situasi PAS jauh berbeza daripada MCA, namun masih boleh mengambil ikhtibar daripada kemelut MCA.

Apa yang paling dahsyat untuk MCA lantaran kemelut ini adalah, hampir kesemua pemimpin parti ini kehilangan kredibiliti dan integriti, aset yang paling bernilai dalam politik. Kuasa dan pangkat bersifat sementara, tetapi pengaruh politik kekal selama-lamanya.

Mustahil pemimpin PAS tidak menyedari segala-gala ini, kerana PAS kekal sebagai parti yang paling mantap di peringkat akar umbi. Kekuatan ini bukan bergantung kepada berapa kerajaan negeri yang dikuasai, bilangan kerusi yang diisi dalam dewan rakyat, tetapi integriti yang terbina sepanjang ini.

Pengundi yang mengundi PAS, PKR dan DAP pada PRU ke-12 bukanlah pengundi yang membabi buta. Jikalau pemimpin PAS menang atas manifesto yang diedar, atas janji yang ditabur, maka mereka yang membuat sesuatu di luar manifesto dan janjinya itu bakal dikunci pintunya oleh pengundi pada PRU ke-13.

Sumber MerdekaReview (Lim Hong Siang)

Baca Seterusnya......

Wednesday, November 4, 2009

Kerajaan Kelantan Bakal Batalkan Perjanjian Dengan Petronas


Kerajaan Kelantan mengkaji kemungkinan membatalkan perjanjian menyerahkan hak cari gali kepada Petonas jika royalti petroleum tidak diberikan kata Exco ekonomi dan kewangannya, Datuk Husam Musa.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Meteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan di Dewan Rakyat hari ini bahawa Kelantan hanya akan diberi Wang Ehsan oleh Kerajaan Pusat daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan telah menghantar surat kepada Perdana Menteri mengenai tuntutan bayaran royalti 5 peratus, yang berjumlah RM1 bilion, hasil petroleum dan gas cecair di peraiaran Kelantan.

Kerajaan negeri membuat tuntutan tahun ini berdasarkan laporan dari Jabatan Perangkaan bahawa cari gali petroleum itu telah beroperasi sejak 2004 dan tuntutan royalti RM1 bilion itu dikira bermula dari 2004 hingga kini.

Keputusan untuk mengkaji kemungkinan membatalkan perjanjian hak cari gali itu dicapai dalam mesyarat Exco hari ini berikutan pengumuman Najib pagi ini di Parlimen dan ia akan dikaji oleh panel peguam yang akan dilantik oleh kerajaan negeri.

Husam turut mempertikaikan penggunaan istilah "wang hsan" sebagai bentuk bayaran kepada Kelantan sedangkan "bayaran royalti" digunakan untuk bayaran di Terengganu , Sabah dan Sarawak.

"Nyata asas yang disebut oleh Perdana Menteri (kedudukan lokasi cari gali di luar pesisiran pantai sejauh) 3 batu nautika adalah tidak berasas bagi kes-kes Sabah, Sarawak dan Terengganu."

Ia sengaja digunakan untuk mendiskriminasikan kerajaan dan rakyat Kelantan," katanya.

Hussam juga berkata, kerajaan negeri mahu wang ehsan dibayar terus kepada kerajaan negeri dan sebuah badan penyelaras akan ditubuhkan yang akan turut dianggotai wakil kerajaan pusat untuk memantau penggunaan wang tersebut.

Beliau berharap Perdana Menteri dapat mengkaji semula dan mengambil kira tuntutan ini berdasarkan prinsip kesaksamaan, kedaulatan wilayah dan semangat federalisma yang utuh serta penghormatan perjanjian yang temaktub demi kesejahteraan dan kehormanian Malaysia.

Menurut Husaam antara isu yang akan dicadang di pertimbangkan oleh panel peguam ialah:

1. Kemungkinan mengambil tindakan mahkamah untuk membatalkan perjanjian penyerahan hak kepada Petronas untuk cari gali dan mengeluarkan sumber petoleum dan lautan negeri Kelantan 1975 jika tuntutan royalti minyak tidak dipatuhi.

2. Kerajaan negeri mungkin akan mengambil tindakan mahkamah di luar negara termasuk perintah injunksi menghentikan pengeluaran di JDA (Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand) dan CAA (Kawasan Pengurusan Komersial Malaysia-Vietnam) yang melibatkan entiti dan syarikat antarabangsa.

Segala keputusan muktamad akan ditentukan kemudian setelah mengambil pandangan dari penal peguam tersebut.

Sumber Detikdaily

Baca Seterusnya......

Kerajaan Selangor Mahu Dr Asri Disiasat Secara Adil


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu Jabatan Agama Islam Selangor atau JAIS memberi penjelasan munasabah mengenai isu penahanan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin.

Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan lewat hari ini, Tan Sri Khalid berkata, langkah ini perlu kerana pelbagai persoalan dan pertikaian timbul berhubung cara penahanan itu dibuat.

Katanya, Kerajaan Negeri telah dimaklumkan bahawa JAIS memiliki kuasa yang bebas dari kekangan kerajaan negeri dalam menguatkuasakan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor, masih menyiasat kes Dr Asri yang dikatakan mengajar agama tanpa tauliah.

Khalid menggesa Jais supaya memberi penjelasan sewajarnya kepada rakyat Selangor yang terkesan dengan penangkapan Dr Asri.
Pasukan penguatkuasa JAIS dengan bantuan polis malam tadi menahan Dr Asri di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang.

Dr Asri yang dituduh mengajar agama tanpa tauliah ketika itu sedang memberi ceramah kepada lebih 300 hadirin.

Penahanan ini menarik perhatian umum kerana Dr Asri adalah bekas Mufti Perlis.

Sementara itu, dalam satu sidang akhbar petang tadi Pengarah Jais Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata siasatan terhadap Dr Asri akan disegerakan.

Dr Asri Zainul Abidin akan didakwa selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selesai menjalankan siasatan.

“Kita telah pun menerima banyak aduan tentang kegiatan Dr Asri ini sejak beberapa tahun yang lalu dan kita memang telah beberapa kali cuba mengambil tindakan dan kali ini kami berjaya dan beliau akan didakwa selepas kertas siasatan itu siap,’katanya.

Bekas Mufti Perlis itu akan didakwa bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003.

Khusrin Munawi menafikan pendakwaan ini bermotifkan politik. Pihaknya bertindak mengikut peruntukkan undang-undang yang telah ditetapkan.

Tambahnya, Jais juga telah bertindak kepada sekurang-kurangnya 10 orang penceramah agama yang menjalankan kuliah di Selangor tanpa tauliah.

“Kepada mana-mana pihak yang ingin membuat ceramah di negeri Selangor ini dinasihatkan agar mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan diminta menghormati undang-undang dan titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Dimana semua pihak tidak terkecuali, dimana sahaja di dalam negeri Selangor ini perlu mendapatkan tauliah dari Jabatan Agama Islam,”jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Bangunan Jais, petang tadi.

Mengulas isu penyebaran ajaran Wahabbi, Datuk Khusrin berkata ia tidak sesuai untuk dijelaskan sekarang, memandangkan siasatan masih dijalankan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Berita Harian hari ini yang mendakwa Jais menyiasat bekas mufti Perlis ini kerana menyebarkan ajaran Wahabbi.

Dr Asri mencabar pihak yang membuat tuduhan itu supaya tampil dan mengemukakan bukti.

Sumber GB

Baca Seterusnya......

UMNO (BN) Dalangi Tindakan JAIS - YB Khalid Samad


Ahli parlimen Shah Alam tersepit apabila didakwa mempunyai "rekod jenayah" tetapi sehingga kini gagal mendapatkan penjelasan polis berkenaan perbuatan jenayah yang telah dilakukannya.

Akibat "rekod jenayah" beliau itu, Khalid Samad tidak diberikan tauliah menyampaikan kuliah agama di Selangor walaupun beliau mendapat kelulusan awal daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Dalam surat jabatan itu bertarikh 10 Julai 2008, pemimpin PAS itu diberikan tauliah mengikut kategori-kategori D1 (boleh mengajar atau berceramah) dan D2 (mengajar fardhu ain atau berkitab).

Kebenaran itu bagaimanapun dibatalkan olej Jais dalam suratnya 28 Oktober 2008 susulan tapisan keselamatan polis Selangor mendapati Khalid, adik kandung bekas menteri Datuk Shahrir Samad, mempunyai "rekod jenayah."

Setelah Khalid meminta penjelasan dalam suratnya hujung September lalu, polis Selangor berkata semakan polis Bukit Aman mendapati beliau mempunyai "rekod jenayah".

Jenis jenayah yang didakwa dilakukan oleh bekas ahli jawatankuasa pusat PAS itu tidak pula dinyatakan dalam surat ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Selangor bertarikh 27 Oktober 2009 kepada beliau - yang diterima semalam.
'Jelaskan apa rekod saya...'

Bercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Khalid menulis kepada IPK untuk mendapatkan butiran mengenai "jenayahnya" itu.

"Saya minta mereka jelaskan, apa rekod saya... Tetapi saya difahamkan mereka tidak dapat beri rekod untuk orang perseorangan, walaupun yang minta itu tuan punya badan sendiri," katanya.

Sebaliknya, kata beliau, polis memintanya menghubungi Jais untuk mendapatkan butiran berkenaan.

"Ini aneh. Apa hal Jais nak tanya rekod jenayah untuk saya. Sepatutnya kalau saya ada rekod jenayah, kononnya, saya tanya pada polis apa rekodnya, dia beritahu sayalah," katanya.

Beliau juga menyifatkan tindakan Jais tidak meluluskan permohonannya untuk mendapatkan tauliah "terlalu berbau politik."

"Saya ini dalam keadaan tersepit. Nak dapatkan penjelasan daripada Bukit Aman pun tak boleh, nak buat rayuan kepada (Jais) pun tak boleh dan ini bagi saya sesuatu yang terlalu berbau politik," katanya.

Beliau mendakwa, Jais telah mengambil tindakan yang mempunyai unsur politik apabila menggunakan hak dan bidang kuasanya untuk menyekat penceramah yang telah lulus ujian kelayakan sepertinya.

'Saya lulus temuduga'

"Kalau nak ambil tindakan bukan atas sebab tak ada tauliah tapi ambil tindakan atas ajarannya tak betul. Dan ianya perlu dibuktikan di mahkamah.

"Tapi bila ada (sistem) tauliah ini, dia ada kuasa untuk menghalang. Atas apa sebab sekalipun, ia tidak boleh dipertikaikan (kerana) ia merupakan hak dan kuasa mutlak (Jais) dan ini terdedah pada disalahguna.

"Hakikatnya saya telah lulus temuduga di (Jais). Maknanya kemahiran atau kemampuan atau layaknya saya untuk menyampaikan khutbah dan tazkirah tidak dipertikaikan dari segi agamanya, " kata Khalid..

Menurutnya lagi, ajaran Islam yang dibawa oleh penceramah-penceramah dalam PAS sepertinya, juga tidak berbeza daripada ajaran daripada penceramah yang ditauliahkan Jais.

"Orang macam Tok Guru Nik Aziz dan sebagainya ada keterlibatan dia dalam politik sebagai pimpinan utama PAS. Tetapi benda-benda ini semua sepatutnya tidak diambil kira.

"Saya rasa mereka juga tahu bila mereka mengajar agama, mereka juga tidak timbulkan isu PAS-Umno dan sebagainya. Atas platform ceramah politik barulah begitu," katanya.

Khalid berkata, beliau sendiri tidak membawa mesej politik ketika menyampaikan khutbah, tetapi sebaliknya membawa mesej ajaran Islam secara umum.

Malaysiakini difahamkan, Khalid telah menyampaikan khutbah Jumaat di kira-kira 20 masjid dan surau di sekitar Shah Alam semenjak dipilih menjadi wakil rakyat pada Mac tahun lalu.

Menurutnya lagi, beliau berharap menteri besar akan memanggil mesyuarat dengan exco Selangor untuk mengkaji perubahan-perubahan yang boleh dilakukan ke atas proses pentauliahan penceramah agama.

"Memang (Jais) di bawah (Majlis Agama Islam Selangor) yang terletak bawah Sultan. Tetapi kerajaan negeri pun ada exco agama yang ada peranan," katanya lagi. -malaysiakini

Sumber MalaysiaKini

Baca Seterusnya......

Monday, November 2, 2009

Cara-cara meningkatkan daya ingatan

Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yg pelupa? Anda asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi. Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:

Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat / data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan

Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yang seimbang atau rujuk dahulu doktor yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Baca Seterusnya......

Aktifkan karisma dalam diri anda

Karisma bermaksud daya tarikan yang dimiliki oleh seseorang dan dia boleh mempengaruhi orang lain dengan keistimewaan tersebut. Setiap orang adalah unik dan mempunyai kekuatan tarikan tersendiri. Memiliki karisma membolehkan anda untuk mencipta kehidupan yang lebih baik.Artikel kali ini adalah menyentuh cara kita meningkatkan karisma diri. Karisma menjadikan diri seseorang itu popular, disenangi dan dikagumi serta dihormati.Adakah anda seorang y6ang berkarisma?

Cara-cara mudah dan segera untuk tingkatkan karisma diri:-

1) Wajah yang disenangi. Mulai sekarang anda perlu menjadi seorang yang mudah tersenyum. Senyum itu sedekah. Senyuman yang ikhlas adalah terpancar dari dalam diri yang bersih, jujur dan merasakan senang dengan kehadiran sesiapa sahaja tanpa syarat. Percayalah dengan melemparkan senyuman semasa bertemu seseorang, bercakap dengan wajah yang manis akan menambat hati sesiapa yang melihat. Saya amat terpegun melihat gelagat seorang kerani bank yang bercakap dengan wajah yang tersenyum dengan pelanggannya. Saya lihat pelanggan tersebut berasa gembira mendapat khidmat dari pekrja tersebut.Senyuman telah meningkatkan karisma seseorang dengan begitu hebat. JIka anda sukar untuk tersenyum , anda perlulah berlatih di hadapan cermin dan cuba ukirkan senyuman tersebut. Senyuman lamabang kegembiraan, keramahan dan kemesraan

2) Pelihara adab sopan pada perkataan dan perbuatan

Orang yang berkarisma adalah mereka yang bertutur kata dengan sopan dan tingkahlaku yang beradab. Akhlak yang baik ini akan disenangi oleh sesiapa sahaja. Setiap orang akan tertarik kepada mereka yang bersopan. Jadi anda perlu berakhlak mulia supaya karisma anda meningkat

3) Hormati orang lain

Anda adalah seorang yang penting dan orang lain juga penting. Jika ini yang anda amalkan maka semua orang akan tertarik kepada anda. Ini adalah kerana sesiapa sahaja yang berada di samping anda akan rasa dihargai. Mereka ingin selalu berada dengan anda.

4) JAdi pendengar yang baik

Setiap orang amat gemar bercerita tentang hal mereka. Karisma anda akan dapat ditingkatkan jika anda menjadi seorang pendengar yang baik. Berikan orang lain peluang bercakap dan menyuarakan pendapat mereka . anda boleh memggalakkan mereka bercakap dengan memberikan sedikit dorongan minima iaitu seperti mengiakan dan menganggukkan kepala. Sesiapa sahaja akan suka pada anda kerana anda telah menjadikan mereka dapat meluahkan apa yang mereka ingin perkatakan

5) Tunjukkan minat anda pada apa yang mereka minat.

Komunikasi akan menjadi lancar jika seseorang yang kita bertemu ditanya tentang kegemaran mereka atau menceritakan kejayaan mereka. Apabila anda menunjukkan minat anda pada mereka ianya sebagai menghantar isyarat bahawa anda adalah sealiran dengan mereka.Anda akan dilayan dengan baik dan dihormati.

6) Pujian - Jangan lokek menghadiahkan pujian jika anda melihat sesuatu yang menyenangkan pada orang lain. Pujian ikhlas akan dapat meningkatkan karisma anda kerana anda dianggap sebagai orag yang perihatin dan suka mengambil berat

7) Bersifat penyayang

Seseorang yang penyayang amat disukai semua orang. Anda hendaklah sentiasa mengucapkan saya sayang pada semua orang dan semua orang sayang pada saya walau di mana sahaja saya berada. Sulai orang lain nescaya orang lain akan menyukai anda dan menyayangi anda

8) Jujur ,amanah dan bertanggung jawab
Sifat ini memang akan meningkatkan kredibiliti anda. Anda akan dikagumi kerana skap ini adalah sikap yang disenangi semua orang

9) Personaliti yang anggun

JIka dalaman anda telah baik maka hiasan luar juga amat penting . Pakaian yang sesuai mengikut suasana, tempat dan majlis akan memperlihatkan karisma anda

10) Tingkatkan kemahiran berkomunikasi. Berlatih bertutur dengan intonasi yang menyenangkan dan mudah difahami oleh orang lain. Bercakap dengan penuh keyakinan akan dapat meningkatkan karisma anda

11) Berdoalah supaya Allah memperelokkan tingkah laku anda.

12) Karisma yang paling hebat ialah anda menjadi insan yang bertaqwa. Inilah puncak segala karisma diri yang telah ditunjukkan contoh dan tauladan oleh Nabi junjugan kita Muhammad s.a.w

Selamat meningkatkan karisma anda!

http://mindataqwa.blogspot.com

Baca Seterusnya......