Oleh Mazlan Aliman
Bila
saya dedahkan beberapa hari lalu mengenai pinjaman saham FGVH melalui
FB, saya menerima terlalu banyak respon mengenainya. Suka saya jelaskan,
mereka yg terselamat adalah peneroka yg tidak menandatangani apa2
perjanjian pinjaman dengan bank samada perjanjian yang pertama dan blue
form.
Sehingga hari ini masih tidak diketahui status pinjaman
pertama manakala notis bayaran balik blue form berjumlah 800 unit atau
RM3640 telah mula dihantar kpd peneroka atau pentadbir/waris. Saya
sarankan agar semakan dibuat kerana interest atas pinjaman telah mula
dikira setiap hari selagi pinjaman tidak dibayar.
Adalah malang
rata2 peneroka atau waris yg menemui saya menyangka 800 unit saham FGVH
yg mereka dapat adalah percuma. Mereka keliru kerana istilah yg digembar
gemburkan adalah durian runtuh. Mereka menyumpah bila terima penyata
pinjaman dari bank terbabit.
Sebab itu dari awal lagi saya telah
mengingatkan para peneroka dan waris agar berfikir banyak kali sebelum
sign apa2 borang. Jangan gopoh dan pertimbang risiko yang akan timbul.
Ada seorang menantu peneroka mengadu pada saya, ipar duai dia bertengkar
siapa yg nak ambil tgjawab bila bapa mereka meninggal dunia bulan puasa
baru2 ini. Ada waris yang dinamakan sebagai peminjam pening kepala bila
surat bank sampai; walhal yang beria2 dulu suruh sign adalah adik
beradik.
Saya belum dedah lagi ada peneroka kena halau dari
rumah, ada anak peneroka mati dibunuh keluarga sendiri, curi kad
pengenalan ibu dan bg tau pengurus Felda yg ibunya dah meninggal dunia
pasal nak ambil duit RM15k dan berbagai aduan yg dimaklumkan pada saya.
Dulu
bila ANAK bg pandangan, orang fitnah macam2. Sampai ada yg sebut, kalau
tergadai tanah pun bukan kita sorang. Main saham ni untung puluh ribu
bodoh siapa yang tak ikut. Saya kata interest ni 5%, dikira setiap
hari...dosa besar. Ada peneroka mengolok cakap saya, ala masuk neraka
ramai2....
Maaf, saya tak ada niat nak pulang paku buah keras
atau nak padankan muka peneroka...Bahkan ANAK akan tubuh suatu taskforce
utk tangani isu yg berbangkit dari saham FGVH ini. Insyaallah,
taskforce yg akan dilancarkan pada 7 sept ini akan membantu peneroka dan
waris yg teraniaya dan tak tau nak mengadu pada siapa.
Apapun keadaannya, ANAK tetap bersama warga Felda!