Friday, September 28, 2012
JPJ pasang 14 kamera AES dalam fasa pertama
Posted by Suhaimi at 10:51 AM 0 comments
Hutang Malaysia Sebelum Bajet 2013, RM476.68 Bilion. Kerajaan Diberikan Amaran Lagi!!
Sumber : The Economist
Jumlah Hutang Kerajaan Malaysia Tahun 2007 – September 2012?
- Hutang Malaysia 2007 : RM247 bilion
- Hutang Malaysia 2011 : RM421 bilion (Laporan : Hutang Negara Mencecah RM437.2 Bilion @ 52.7% Daripada KDNK. Bakal Cecah RM1 Trillion Tahun 2020)
- Hutang Malaysia Mac 2012 : RM456.1 Bilion. (Laporan : Menteri kata jangan risau, tidak pelru bimbang)
- Jun 2012 : RM470.76 Bilion (Laporan : Hutang Malaysia 2012 (Terkini) Mencecah RM470.76 Bilion : Meningkat RM14 Bilion (54.8/55%)!!)
- September 2012 (terkini): RM476.68 bilion : (Laporan hari ini)
Hutang Kerajaan Malaysia Sebelum Bajet 2013
Sumber : Bank Negara
- Kami berharap kerajaan Malaysia sudah pun mengambil ikhtibar dan mengambil tindakan yang drastik termasuklah berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2010 atau Laporan Transparency International.
- Apa perlu dilakukan adalah mengurangkan pembaziran amalan rasuah ataupun disebut leakages dalam laporan Ketua Audit Negara termasuk rasuah dan penyelewengan yang menyebabkan kerugian yang besar. Bagaimana laporan Ketua Audit pada masa itu, semak sini (BONGKAR) Laporan Ketua Audit Negara 2010. Apa Respon Kerajaan Selepas Ini?
- Fitch Rating : Memberikan peringatan & amaran kepada kerajaan Malaysia kerana profil kredit Malaysia yang mula meningkat naik. Petanda tersebut menunjukkan di sini ada kemungkinan kewangan Malaysa ketika ini dalam keadaan lemah.
- Apatah lagi, kerajaan Malaysia masih belum membentangkan pelan yang meyakinkan untuk menangani ancaman defisit fiskal belanjawan persekutuan dan jumlah hutang persekutuan.
- Standard & Poor’s : Jika kerajaan Malaysia tidak membuat pembaharuan yang drastik untuk mengurangkan pembaziran dan usaha membendung rasuah yang boleh megurangkan defisit fiskal, PENARAFAN KREDIT Malaysia besar kemungkinan akan dipotong.
- Apabila penarafan kredit Malaysia mula dipotong, Malaysia akan berada dalam “masalah”
Posted by Suhaimi at 10:45 AM 0 comments
Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (Alternatif) Bernilai RM233 Bilion Bertemakan : “Ekonomi Rakyat, Negara Berkat”
Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (Belanjawan Alternatif 2013)
- Lokasi : Dewan Rakyat
- Tarikh : 26 September 2012
- Masa : 2:00 petang
- Pembentang : Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang Malaysia)
- Tema : ‘Ekonomi Rakyat Negara Berkat’
Pembentangan Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (Alternatif)
Intipati Belanjawan 2013 Alternatif Pakatan Rakyat : Bertujuan mengawal inflasi dan menurunkan hutang
- Mengangkat martabat golongan wanita
- Reformasi dan ketelusan GLC
- Membina daya saing ekonomi
- Mengangkat martabat wanita
- Hasil minyak untuk negeri
- Reformasi membanteras jenayah
- Perumahan untuk rakyat
- Menurunkan harga kereta.
(i) Belanjawan 2013 Alternatif Pakatan Rakyat : Tawaran Kebajikan Bernilai RM33.5 Bilion
- Reformasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk membubar 1MDB yang fungsinya bertindih dengan Khazanah
- Penubuhan syarikat minyak negeri antaranya PetroSabah, PetroTerengganu
- Penubuhan Perbadanan Perumahan Negara bagi menyediakan rumah mampu milik secara besar-besaran.
- Mengalih sumber manusia dan kewangan polis kepada membanteras jenayah selain kenaikan gaji lima peratus kepada anggotanya.
- Kenaikan gaji 20 peratus kepada kakitangan perubatan
- Sistem bidaan AP dibuat secara terbuka sehingga 2015 sebelum ia dihapuskan
- Penurunan Harga kereta melalui pengurangan cukai eksasis sebanyak 20 peratus (RM2 bilion)
- Elaun Guru (RM2.4 bilion)
- Penyediaan Wifi Percuma (RM1.2 bilion)
- Hapus tol PLUS & 2 lagi konsesi lain dalam tahun pertama (RM6.4 bilion)
- Hapus PTPTN & pemberian pendidikan percuma (RM6 bilion)
- Caruman Wanita Nasional (RM3 bilion)
- Peruntukan 20 peratus royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak (RM12.5 bilion)
- Peruntukan setiap tahun melalui Caruman Wanita Nasional (RM3 bilion)
(ii) Belanjawan 2013 Alternatif Pakatan Rakyat : Sumber Pendapatan?
- Sebanyak RM134.6 bilion pendapatan negara diperoleh dari sumber cukai iaitu cukai langsung (RM102.3 nilion), cukai tidak langsung (RM32.4 bilion).
- Pendapatan bukan cukai ialah RM56.8 bilion
- Lesen dan permit (RM13.9 bilion)
- Pelaburan (RM36.7 bilion)
- Lain-lain (RM6.2 bilion),
- JUMLAH : Pendapatan keseluruhan RM191.5 bilion.
Posted by Suhaimi at 10:35 AM 0 comments
SEMUA BENDA BERTASBIH MEMUJI ALLAH!: Penelitian Ultrasonic, seorang saintis Amerika masuk Islam
bahawa sekumpulan ilmuwan yang mengadakan penyelidikan mendapatkan suara halus yang keluar dari sebahagian tumbuhan yang tidak boleh didengar oleh telinga biasa. Suara tersebut berjaya disimpan dan dirakam dengan sebuah alat perakam tercanggih yang pernah ada.
Juga ketika lafas Allah terdengar, getaran di atas suara (ultrasonic / ultra sound) tersebut berubah menjadi gelombang elektrik optik yang dapat ditangkap oleh monitor. Mukjizat ini membuat seorang saintis terkenal Amerika memilih masuk Islam.
Dilaporkan bahawa sebuah pasukan saintis dari Amerika mendapati bahawa sebahagian daripada tumbuh-tumbuhan khatulistiwa juga mengeluarkan frekuensi di atas suara tersebut. Dan itu hanya dapat ditangkap oleh peranti canggih.
Para saintis ini selama tiga tahun melakukan penyelidikan dan melihat fenomena seperti ini membuat mereka tercengang sangat hairan.
Para saintis berjaya menganalisis denyutan atau detak suara tersebut sehingga menjadi isyarat-isyarat yang bersifat cahaya elektrik (kahrudhoiyah) dengan sebuah alat canggih yang bernama oscilloscope.
Akhirnya para saintis tersebut boleh menyaksikan denyutan cahaya elektrik ini dapat diubah menjadi gelombang elektrik optik dan lebih dari 1000 kali dalam satu saat berulang-ulang!
Prof. William Brown (alm.) yang memimpin para pakar sains untuk mengkaji fenomena tersebut mengisyaratkan setelah dicapainya hasil bahawasanya tidak ada tafsiran ilmiah atas fenomena tersebut.
Padahal seperti diakui oleh sang profesor bahawa pihaknya telah menyerahkan hasil kajian mereka kepada universiti-universiti serta pusat-pusat kajian di Amerika dan Eropah, akan tetapi semuanya tidak sanggup menafsirkan fenomena malah semuanya tercengang tidak tahu harus komentar apa.
Saat pasukan ini membuktikan penemuan mereka di hadapan sebuah pasukan penyelidik Britain. Kebetulan dalam pasukan itu ada seorang yang beragama Islam.
Setelah melakukan uji cuba selama lima hari, saintis Inggeris juga menjadi terkagum-kagum dengan apa yang mereka lihat. Namun, saintis muslim ini mengatakan bahawa hal ini sudah diyakini oleh kaum muslimin sejak 1400 tahun yang lalu.
Mereka yang mendengar ucapan itu memintanya untuk lebih jauh menjelaskan masalah yang disebutnya. Ia kemudian membaca ayat dalam Al-Quran yang berbunyi:
"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun. "(QS: Israa ': 44).
Tidaklah suara denyutan halus tersebut melainkan lafadz jalalah (nama Allah Subhanahu wa Ta'ala) sebagaimana tampak dalam skrin. Maka keheningan dan kehairanan yang luar biasa menghiasi dewan di mana ilmuwan tersebut berbicara.
Subhanallah, Maha Suci Allah! Ini adalah salah satu mukjizat dari sekian mukjizat agama yang haq ini! Segala sesuatu bertasbih mengagungkan nama Allah Subhanahu wa Ta'ala. Akhirnya orang yang bertanggung jawab terhadap kajian ini, iaitu Profesor William Brown menemui sang ilmuwan muslim untuk membincangkan tentang agama yang dibawa oleh seorang Nabi yang ummi (tidak boleh baca tulis) sebelum 1400 tahun lalu tentang fenomena ini.
Maka ilmuwan tersebut pun menerangkan kepadanya tentang Islam, setelah itu ia memberikan hadiah Al-Qur'an dan terjemahnya kepada sang profesor.
Selang beberapa hari selepas itu, Profesor William mengadakan ceramah di Universiti Carnegie Mellon, ia berkata:
"Dalam hidupku, aku belum pernah menemui fenomena semacam ini selama 30 tahun menekuni pekerjaan ini, dan tidak ada seorang saintis pun dari mereka yang melakukan pengkajian yang sanggup menafsirkan apa makna dari fenomena ini."
"Begitu pula tidak pernah ditemui kejadian alam yang boleh menafsirinya. Akan tetapi satu-satunya tafsir yang boleh kita dapati adalah dalam Al-Quran. Hal ini tidak memberikan pilihan lain buatku selain mengucapkan Syahadatain "
Profesor ini telah mengumumkan Islamnya dihadapan para hadirin yang sedang terkejut. Kemuliaan hanyalah bagi Islam, ketika seorang ilmuwan sedar dari kelalaiannya, dan mengetahui bahawa agama yang haq ini adalah Islam. Sumber globalmuslim.web.id
Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 10:22 AM 0 comments
Wednesday, September 26, 2012
2952 SAMAN Dikeluarkan Kamera AES Dalam 2 HARI
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan
PETALING JAYA: Apabila lampu bertukar kuning, anda hanya mempunyai dua saat sebelum ia bertukar menjadi merah dan kamera akan menangkap anda melakukan kesalahan lalu lintas di bawah Automated Enforcement System (AES).
Masa yang diberikan adalah di dalam pertimbangan "elemen manusia" sekiranya anda tidak boleh untuk berhenti serta-merta apabila lampu isyarat bertukar.
Di bawah sistem itu, anda diberikan kelonggaran 10kph melebihi had laju, menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Solah Mat Hassan.
Sebagai contoh, jika had kelajuan 110kph, anda hanya akan "ditangkap" kamera AES jika anda memandu melebihi 120kph, katanya pada satu taklimat media di sini, semalam.
"Oleh itu, pesalah tidak lagi boleh berkata mereka hanya memandu beberapa kilometer melebihi had laju atau lampu isyarat bertukar merah serta merta."
Solah juga berkata sistem ini yang mula berkuatkuasa pada hari Ahad lalu dengan 14 kamera dipasang di kawasan yang sering berlaku kemalangan di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dimana 10 kamera untuk pesalah yang memandu melebihi had laju dan empat lagi kamera untuk menangkap pesalah yang melangggar lampu merah.
Dalam dua hari, 2952 pesalah telah ditangkap oleh kamera, 809 melakukan kesalahan memandu laju dan 2143 lagi melakukan kesalahan melanggar lampu merah, tambah beliau.
Solah berkata bahawa kamera ini akan dipasang di 817 kawasan hitam di seluruh negara pada tahun depan.
Beliau berkata dengan resolusi 11 megapiksel, kamera ini mampu menangkap imej yang jelas walaupun kenderaan bergerak pada kelajuan tinggi.
"Imej yang ditangkap akan dihantar secara automatik kepada pusat kawalan AES dan nombor pendaftaran kenderaan pesalah akan diperiksa dengan pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan sebelum notis saman diposkan kepada pemilik kenderaan.
"Pesalah akan menerima notis saman mereka dalam tempoh lima hari dari tarikh mereka melakukan kesalahan. Mereka diberi tempoh dua bulan untuk membayar kompaun RM300 mereka. Jika tidak mereka boleh diheret ke mahkamah jika enggan membayar," katanya.
Solah menegaskan bahawa penggunaan AES bukanlah bertujuan untuk mengeluarkan saman, tetapi untuk mendidik pengguna jalan raya menjadi lebih berhemah dan mengurangkan bilangan kematian disebabkan kemalangan di negara ini.
Oleh itu, beliau berkata, papan tanda diletakkan untuk memberi amaran yang mencukupi akan kewujudan kamera itu.
Dua syarikat konsesi, Ates Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd bertanggungjawab melakukan operasi AES, dimana setiap satu syarikat melabur antara RM300 juta dan RM400 juta.
Posted by Suhaimi at 2:13 PM 0 comments
Monday, September 24, 2012
Sony perkenal PlayStation 3
PLAYSTATION 3 . Sony Corp. menyatakan gajet terbaharunya itu adalah lebih kecil, nipis dan ringan.
TOKYO - Syarikat pengeluar barangan elektrik, Sony Corp. memperkenalkan gajet permainan videonya iaitu PlayStation 3 (PS3) yang lebih kecil, nipis dan ringan menjelang cuti akhir tahun nanti.
Langkah itu dilakukan sebagai persediaan untuk menangani saingan yang semakin sengit daripada telefon pintar.
Pengumuman itu dibuat semalam, sehari sebelum menjelang acara tahunan Tokyo Game Show yang akan dihadiri oleh pencipta-pencipta permainan video bersama produk masing-masing.
Model terbaharu PS3 itu mempunyai saiz yang hampir sama dengan sebuah komputer riba dan separuh lebih kecil berbanding saiz model asal yang diperkenalkan pada tahun 2006.
Model terbaharu itu ditawarkan dengan dua pilihan cakera keras dalaman lebih besar iaitu 500 gigabit dan 250 gigabit berbanding model sedia ada iaitu 320 dan 160 gigabit.
Pelancaran global akan bermula pada 25 September di Amerika Utara menerusi versi PS3 yang memiliki kapasiti cakera dalaman 250 gigabait. Gajet itu dijual pada harga AS$269 (RM823) seunit.
Posted by Suhaimi at 12:52 PM 0 comments
Perbandingan Income Tax Malaysia vs Singapura vs Hong Kong.
Sumber Beritasemasa
Kita hanya perlu buat penilaian mudah. Jangan saratkan pemikiran sibuk nak convert matawang sampai ke harga barang pula. Ini kerana tindakan tersebut di anggap bahlol.
Rujuk carta.
Hong Kong.
HK = Gaji 1 - 40k = sebanyak 2 percent.
HK = Gaji 80k - 120k = 12%.
Singapura.
SG = Gaji 20K - 30K = 2%
SG = Gaji 80k - 11.5%
Malaysia.
MAS = Gaji 2.5k - 5k = 1%
MAS = Gaji 70k - 100k = 24%
Katalah aku berada di HK. Dan gaji aku bawah 40k aku kena bayar cukai sebanyak 2%.
Gaji di HK = beli barang dengan matawang HK. Dengan 40k dan cukai 2%.
Kalau aku di SG, gaji aku bawah 30k dan aku kena bayar cukai sebanyak 2% juga.
Gaji si SG = beli barang dengan matawang SG. Dengan 30k dan cukai 2%.
Kalau aku duduk malaysia.
Gaji bawah 20k. Aku kena bayar cukai sebanyak 3%.
Nampak tak perbandingan ringkas seperti neh?
Di Malaysia:
Gaji lebih rendah = cukai lebih tinggi = harga barang lebih mahal = nilai wang semakin susut = inflasi.
Kita terpaksa mengeluarkan lebih wang untuk mendapatkan satu2 barang = situasi sekarang.
Rakyat malaysia tidak pernah mengeluh jika disuruh bayar cukai. Namun biarlah setimpal dengan apa yang mereka mampu tawarkan or at least, sesuai dengan keadaan semasa. Dan atas neh merujuk kepada cukai pendapatan individu semata2. Maybe dorang tak berapa kesah kot..
Tapi bagaimana pula dengan GST? GST yang akan dilaksanakan bila2 masa selepas BN menang PRU - 13.
Pergi pindah duduk sana.
Jangan. Jangan suka2 nak halau rakyat malaysia pergi pindah duduk negara lain. Ini kerana setiap rakyat malaysia berhak menentukan dasar negara. Setiap warganegara ada hak tersebut. Ada yang nak guna dan ada yang taknak guna. Tetapi tiada sesiapa berhak nafikan or halang kita dari gunakan hak tersebut.
Aku memilih untuk guna. Jadi perkara yang paling penting untuk ubah sistem neh ialah ubah kepimpinan. Sebenarnya GST boleh dilaksanakan jika kerajaan mengurus kewangan dengan baik. Aliran dan pusingan wang kena lah memihak kepada seme.
Caranya mudah, jangan utamakan sistem kapitalis sepertimana yang dibuat oleh kerajaan kini. Ini kerana sistem kapitalis mementingkan keuntungan semata2. Sasaran mereka sudah semestinya profit first, society interest second. Sedangkan kita mahu faedah untuk masyarakat dan keuntungan seiringan supaya masing2 boleh mendapat faedah daripadanya.
Jika mensasarkan keuntungan keterlaluan, jadi la macam proton. Kualiti takdak, harga hancur, cukai melampau, rakyat terbeban. Dasar yang tidak bagus demi melindungi kapitalis.
Menurut info yang aku dapat dari beritasemasa, mereka2 yang membayar cukai pendapatan cuma lah 2 juta dari 12.5 juta rakyat malaysia yang membayar EPF.
12.5 juta pembayar EPF = mereka2 yang bekerja sebab tue ada potongan kwsp.
2 juta pembayar cukai individu = mereka2 yang bayar cukai di atas.
Ini bermaksud 10.5 juta rakyat malaysia tak bayar cukai pendapatan individu. Kenapa? Oleh kerana bn cakap mereka telah memberi kebaikan, kemajuan dan kemewahan kepada rakyat, pasal apa 10.5 juta rakyat malaysia masih lagi bergaji di bawah 2.5k sebulan?
Ini bermaksud majoriti rakyat malaysia = bergaji rendah = kategori tidak mampu.
Nak collect wang mereka melalui cukai pendapatan individu tak boleh so kerajaan perkenalkan bermacam cukai untuk mengutip wang mereka. Pemikiran aku mudah. Tiada masalah cukai demi cukai. Namun pulangan semula haruslah berbaloi. Itu satu perkara.
Yang kedua, daripada kerajaan sibuk kenalkan cukai itu cukai neh, ada baiknya kerajaan cari jalan untuk tingkatkan tangga gaji di malaysia. Ingatlah, semakin banyak rakyat malaysua bergaji rendah, maka semakin banyaklah yang bayar cukai. Dan bila semakin banyak yang bayar cukai, automatik kerajaan boleh susutkan atau hapuskan cukai2 sampingan yang tidak perlu. Demi kemajuan kita bersama.
So sebelum sibuk nak perkenalkan gst dan lain2 cukai untuk merealisasikan wawasan ke arah negara yang berpendapatan tinggi, tinggikanlah pendapatan rakyat malaysia terlebih dahulu. Ketika itu baru la boleh korek cukai dari kocek mereka.
Tetapi jangan pula korang buat begini. Naikkan tangga gaji 10%, cukai yang dikutip daripada kenaikan tersebut menjadi 20% pula. Jika beginilah caranya, naik atau tak naik, apa beza? Tetap mendesak dan menindas rakyat juga. Biarlah berbaloi demi kepentingan kita bersama.
Posted by Suhaimi at 12:25 PM 0 comments
Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik...
Sumber Kelab GB
Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap
Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.
Teruna : Assalamualaikum.
Bapa Gadis : Waalaikumusalam.
Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.
Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : Eh.
Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.
Bapa Gadis : Nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah.
Bapa Gadis : Oh.
Teruna : ??
Hampir 5 minit senyap tanpa suara.
Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.
Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.
Teruna : Segan cik. Hehe
Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu Gadis : Eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?
Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit.
Bapa Gadis : Boleh takde masalah.
Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu.
Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni.
Teruna : Berapa tu mak cik?
Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki.
Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.
Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.
Teruna : Erm. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?
Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya.
Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah).
Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak.
Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa.
Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?
Bapa Gadis : hmm. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu Gadis : Abahnya!
Teruna : (kah kah kah. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot.
Teruna : Kali terakhir bila?
Ibu Gadis : Err.
Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm.
Ibu Gadis : Kenapa?
Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak? Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.
Teruna : Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar.
Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada.
Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami.
Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa.
Lagilah saya berdosa sangat-sangat.
Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.
Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna : Lama lagilah camtu.
Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula
Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.... berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa Gadis : Hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : Hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. ” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.
Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.
Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa Gadis : Serius lah sikit.
Teruna : Betul dah tu pakcik. Hehe....Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok.
Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu.
Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik. Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.
Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 5 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya.
Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat.
Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.
Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa Gadis : Hmm. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah.
Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.
Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis
“Andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu. " :)”
“Petang ni dia takde mood nak keluar, sorry. Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.”
TAMAT
Sumber fitri hadi Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 12:17 PM 0 comments
Wednesday, September 19, 2012
Kastam sudah bersedia untuk pelaksanaan GST
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) telah bersedia untuk menguruskan
sistem percukaian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekiranya
kerajaan memutuskan untuk melakasanakannya di negara ini.
Ketua
Pengarah Kastam Datuk Khazali Ahmad berkata jabatan itu diberi
tanggungjawab mentadbir pelaksanaan GST dan sehubungan itu persiapan
awal perlu dilakukan.
"Kami harus bersedia dari segi
kepegawaian dan sistem (yang akan digunakan). Tidak payah menunggu
pengumuman baru bersedia. Jadi tak jadi, jabatan tetap bersedia.
"Kami
tidak mahu berada dalam keadaan tidak bersedia apabila kerajaan
memutuskan untuk melaksanakannya," katanya kepada pemberita selepas
menghadiri rumah terbuka Kastam Sabah di Tawau yang turut dihadiri
Pengarah Kastam Sabah
Datuk Dr Janathan Kandok serta pemimpin-pemimpin tempatan.
Beliau
berkata selain mengadakan latihan dan kursus berkaitan untuk petugas
jabatan itu, pihaknya turut menganjurkan kursus-kursus kesedaran untuk
pihak berkepentingan lain.
Khazali berkata dari segi kemudahan dan peralatan, pihaknya sedang merangka sistem komputer yang bersesuaian dengan sistem GST.
Mengenai
pencapaian kutipan cukai agensi itu yang sehingga 17 September mencatat
RM22.5 bilion, beliau berkata ia merupakan peningkatan sebanyak 6.69
peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Antara faktor penyumbang kepada peningkatan kutipan cukai itu ialah perkembangan ekonomi negara yang baik, katanya.- Bernama
Posted by Suhaimi at 11:18 AM 0 comments
ORANG SABAH KUAT SEKS???
Merujuk pada bancian penduduk Sabah dan Sarawak dari tahun 1970 sehingga ketahun 2010 yang dipetik dari The Malaysian Insider, jelas sekali menunjukkan penambahan penduduk Negeri Sabah secara mendadak.
Memang agak mengejutkan kerana Sarawak mengalami penambahan penduduk sebanyak 148%, manakala Sabah mengalami lonjakan pertambahan penduduk sebanyak 390%.
Ini bererti bilangan penduduk Sabah bertambah sebanyak 242 % lebih dari negeri Sarawak. Peratusan pertambahan penduduk sebenarnya jauh lebih tinggi jika diambil kira bahawa pada tahun 1970 penduduk Sarawak adalah lebih ramai melebihi penduduk Sabah sebanyak lebih 300,000 orang.
Senario menakjubkan ini menunjukkan pertambahan penduduk secara exponential, dengan kata lain kadar pertambahan penduduk Sabah jauh lebih cepat dari Sarawak.
Perbandingan pertambahan penduduk lebih adil dan logik dibuat dengan negeri Sarawak kerana keadaan persekitaran dan kadar kematian yang hampir sama dengan kedua-dua negeri.
Alasan pertambahan penduduk yang mendadak terhadap negeri Sabah disebabkan oleh kemasukan pendatang asing dan penerimaan sebagai warganegara Malaysia dinafikan oleh kebanyakan menteri dan pemimpin kita. Tapi tidak ada seorang menteri pun dapat menerangkan dan menjelaskan fenomena misteri ini dengan tepat.
Beberapa hari yang lepas, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ada mengatakan bahawa dia akan mendedahkan segala-galanya tentang dakwaan pemberian kewarganegaraan songsang kepada warga asing pada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.
Beliau juga menegaskan bahawa ada pihak keluarga pembangkang diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia?
Berhubung isu pertambahan kerakyatan luar biasa ini, rakyat Sabah ingin tahu adakah lonjakan demografi ini disebabkan pemberian warganegara songsang atau pun memang rakyat Sabah mempunyai keinginan seks yang teramat tinggi dan mampu melahirkan anak yang kerap sepanjang tempoh 20 tahun lalu?
Jika disebabkan pemberian warganegara songsang, bagaimana pula cara untuk mengatasinya sekaligus membawa pihak yang terlibat ke muka pengadilan dan yang paling penting apa yang harus dilakukan dengan rakyat yang mendapat kewarganegaraan secara songsang ini?
Jika kerajaan masih tidak dapat menjelaskan fenomena misteri ini, sudah pastinya 'Orang Malaya' akan beranggapan bahawa memang benar 'Gangnam Olang Sabah Style' mengakibatkan penambahan penduduk yang pesat.
Salam Hormat,
NOOR HALIM DATUK HAJI ZAINI
Posted by Suhaimi at 11:00 AM 0 comments
Isu Burung Walit: Noh "Udang" Mengamuk Atau Buat-buat mengamuk?
Pada 15 September 2012, sekitar jam 11 pagi di Pekan Tanjong Karang, che'GuBard, Komrad Azhar (Penyelaras bersama SAMM Selangor) dan komrad- komrad SAMM Sg.Besar (team Utara Selangor) telah hadir di Pekan Tanjong Karang bersama YB Sue Lim serta lebih 400 penternak burung walit dari seluruh negara untuk menghantar memorandum bagi mengenengahkan isu yang berpanjangan dalam industri burung walit khususnya mengenai isu penghantaran / penjualan produk ke negara China.
Pagi yang sama juga secara tiba - tiba dibuat rumah terbuka hujung Syawal depan Pejabat Umno Tanjong Karang. Menurut salah seorang 'Tok Sidang' yang turut hadir majlis itu diadakan saat akhir mungkin kerana itu cara untuk mengumpulkan ramai orang Umno 'berkubu' depan pejabat sendiri dan juga akan diceritakan selepas itu kononya penternak burung walit yang hadir (kebetulan ramai orang cina) bertindak biadap serang majlis hari raya orang melayu. Sudah menbaca taktik ini kami hanya berkumpul di seberang jalan besar. Hanya wakil 6 orang dan hampir 10 pengiring sahaja dibenarkan melintas jalan rapat ke pejabat Umno.
Kehadiran kami disambut Noh Omar sendiri. Kami dijemput duduk. Saya duduk betul - betul di sebelah Noh Omar. Sebaik sahaja saya duduk dia terus tanya saya dan Yahya Shaari (PKR) dengan nada berbisik menyindir "kau orang ni tahu ke isu burung walit ni?"
Katanya lagi dari beribu sarang hanya ratus je daftar. Menurut dia PBT di Selangor pun nak saman dan minta kami agar tolong jangan saman. Cukup terkejut dengan seorang menteri apabila beliau berkata "kau tahu kenapa cina - cina ni tak nak daftar rumah burung....luar rumah burung tapi ada yang simpan dadah,senjata...macam-macam lagi itu sebab tak nak daftar dan bagi kita masuk 'check'.."
Rupanya isu rumah burung ini juga dalam kepala pemikiran Menteri turut dipandang dari aspek pemikiran perkauman yang tajam.
Majlis dimulakan seorang moderator bercakap keliling semua penyokong Umno bersorak, polis kelihatan bertindak profesional menjaga sekitar meja rundingan berlaku.Wakil penternak memulakan dengan membaca memorandum menjelaskan masalah. Kesian saya lihat wakil penternak itu memang diakui mutu bahasa kebangsaannya lemah sedikit tetapi ia bukan alasan penyokong yang ramai mengelilingi meja rundingan bawah khemah depan pejabat Umno itu menjerit menyindir.Ada yang dengan selamba bercakap "apalah cina ni nak cakap banyak ...cakap melayu pun gagap"
Selepas itu pembesar suara diambil alih oleh Noh Omar menjawab persoalan. Kami membiarkan dia bercakap lebih 30 minit. Bukan sekadar bercakap mengenai isu tetapi dia turut guna kesempatan itu hambur tuduhan dan sindir pakatan rakyat. Malah secara terang - terang dia marah penternak kerana jumpa DAP.
Bagi che'GuBard mudah penternak burung walit ada masalah yang lama tak selesai, mereka datang jumpa kami maka kami bawa mereka berjumpa Menteri Pertanian selepas dengar masalah mereka. Ini tidak salah sepatutnya menteri ucap terima kasih bukan tunjuk ego sombong. Kami bukan golongan datang mengamuk depan pejabat orang seperti mana mereka datang serang pejabat PKR. Kami bukan geng baling cat lari. Datang secara bertamadun untuk bincang selesai masalah rakyat. Oleh sebab itu kami beri Noh bercakap lebih 30 minit. Kemudian seorang wakil penternak bangun nak bercakap ramai mula bersorak, untuk tenangkan keadaan kami bincang YB Ng Sue Lim akan bercakap menjawab sindiran dan tuduhan liar Noh Omar dan che'GuBard akan bangun menggulung.
30 minit bagi peluang Noh Omar bercakap bila saya nak bangun bercakap
dia terus mengamuk tak tentu pasal
Namun bila YB Ng Sue Lim bercakap keadaan mula kecoh bukan sekadar penyokong Umno, Noh sendiri mula berdiri dan marah- marah. che'GuBard mula bangun nak bercakap, tolak menolak berlaku. Terus Ketua Polis Daerah muncul rampas microphone kami dan minta bersurai lalu iring kami ke seberang jalan.
Beberapa orang Umno juga berlari ke arah seberang jalan merentap beberapa banner yang dibawa dan lari semula ke khemah Umno.
Kemudian Noh tidak diam sahaja terus pula guna akaun twitternya menyerang dengan mengatakan kami penakut dan sebagainya. Hanya mampu tersenyum dan kesian dengan cara politik 'anak jantan ala Umno' bercakap di gelanggang sendiri lebih 30 minit merapu, bila orang mula nak menjawab dia terus meroyan.
Isunya tidak akan selesai selagi kita punya menteri yang ego dan sombong seperti ini. -chegubard Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 10:50 AM 0 comments
Tuesday, September 18, 2012
SIT-UP VS CRUNCH: MANA LEBIH BERKESAN?
Terdapat
banyak pergerakan dalam sukan yang memberi tumpuan untuk mengecilkan
atau meleperkan perut, tetapi hari ini yang paling popular adalah up
duduk dan crunches. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan.
Perbandingan
kebaikan dan keburukan antara kedua-dua pergerakan adalah hampir
seperti sit-up dan crunches adalah seperti berikut, seperti yang dipetik
dari Livestrong, Ahad (2012/09/16).
Pergerakan duduk-up dilakukan dalam kedudukan berbaring, lutut bengkok dengan kaki rata di atas kedudukan lantai dan tangan di sebelah telinga atau di hadapan dada. Dengan kekuatan otot abdomen anda, bahagian atas badan diangkat ke atas untuk bergerak lebih dekat dengan lutut.
Kelebihan:
Seseorang itu perlu melaksanakan sit-up gerakan relatif daripada pergerakan yang susah dan ini bermakna lebih banyak kalori dibakar. Otot abdomen Atas yang dipanggil obdominis rectus atau kerja yang paling sukar jadi kesan paling dirasai dalam seksyen itu.
Kekurangan:
Perlu alat atau rakan kongsi latihan untuk memegang kaki untuk kekal rata di atas lantai. Di samping itu, yang ramai mengadu sakit belakang semasa melakukan pergerakan ini dan kesakitan yang timbul kadang-kadang tidak berbaloi dengan keputusan yang diperolehi.
2. Crunch
Terdapat variasi yang luas dalam pergerakan seperti "bicycle crunch" dan sebagainya. Hampir sama dengan sit-up kerana ia dilakukan dalam kedudukan berbaring, perbezaan adalah pelbagai pergerakan dan kedudukan kaki rata di atas lantai.
Kelebihan:
Pergerakan bukan hanya tertumpu pada otot abdomen tetapi ia juga meliputi keseluruhan otot abdomen dan ianya adalah lebih dinamik. Jika dilakukan dengan pergerakan asas, senaman ini tidak memerlukan kekuatan atau kecerdasan yang tinggi dan tidak perlu rakan kongsi latihan serta alat untuk memegang kaki. Kesakitan yang minimum adalah juga penting untuk kejayaan, kerana jika tidak merasa sakit sakit, pesenam biasanya cenderung untuk cepat bosan.
Kekurangan:
3. Kesimpulan
Memang diakui, sit-up tidak sesuai untuk kebanyakkan orang. Sesetengah orang yang mempunyai masalah dengan otot dan tulang belakang tidak digalakkan untuk berbuat demikian, kuasa yang diperlukan adalah sangat besar dan terdedah mencetuskan kecederaan belakang.
Crunch agak lebih selamat dan selesa walaupun keputusan tidak akan dapat dilihat secepat sit-up, terutamanya jika pergerakan itu tidak dilakukan dengan betul. Untuk baru ingin memulankannya, dinasihatkan supaya menguatkan otot abdomen terlebih dahulu sebelum beralih kepada variasi baru pergerakan yang lebih berat seperti sit-up. Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 10:05 AM 0 comments
Penyanyi Wanita Chechen Yang Jelita Bersuara Seakan Siti Nurhaliza
Posted by Suhaimi at 9:37 AM 0 comments
Pilihan Raya Kampus Serentak Bukti Wujud Campurtangan ‘Orang Politik’
SHAH ALAM 17 SEPT: Penetapan tarikh Pilihan Raya Kampus (PRK) secara
serentak pada 20 dan 25 September ini membuktikan dakwaan mahasiswa
wujudnya campurtangan ‘orang politik’ sebelum ini benar.
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Safwan Anang
berkata ini membuktikan dakwaan Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin
Nasution Ismail 20 Jun bahawa terdapat satu konspirasi PRK yang
dipanggil ‘OPS 2020′.
Dokumen ini didakwa mengandungi penlibatan beberapa agensi kerajaan
seperti polis dan Biro Tata Negara (BTN) yang akan menetapkan bila
tarikh PRK ini akan berlangsung.
Bagaimanapun hasrat Saifuddin untuk membahaskan perkara ini di
parlimen tidak dihiraukan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri
Khaleed Nordin.
Langkah ini jelas Safwan menghakis kuasa autonomi kampus dan sepatutnya tidak perlu campurtangan orang luar.
“Sepatutnya tidak pernah berlakunya tarikh pilihan raya kampus secara
serentak di kebanyakkan kampus. Sekarang yang mengejutkan kita.
“Sekarang KPT umumkan pilihan raya berjalan serentak cuma beberapa
kampus berlangsung pada tarikh lain,” katanya ketika dihubungi TV
Selangor.
Jelasnya, PRK sepatutnya berlangsung pada Mac atau April namun ditangguh sehingga pengumuman tarikh dibuat oleh KPT.
“Kami rasakan mengapa setiap kali PRK mesti timbul isu universiti tidak mengumumkan tarikh berkenaan lebih awal.
“Bayangkan setengah universiti diberi masa dua minggu untuk membuat
persediaan. Jadi sebab itulah kita turun untuk menuntut enam tuntutan,”
katanya.
Beliau menambah, tarikh pilihan raya ini sepatutnya dimasukkan terus
dalam jadual tahunan dan bukannya membuatkan mahasiswa tertanya-tanya
mengenainya.
Semalam, hampir 800 mahasiswa berarak dan berkumpul dari Masjid Jamek
ke perkarangan pusat membeli belah Sogo bagi menyatakan tuntutan kepada
KPT untuk melaksanakan enam tuntutan ‘Deklarasi Mahasiswa’.
Enam tuntutan tersebut ialah penetapan tarikh pilihan raya kampus,
mahasiswa terlibat menguruskan pilihan raya kampus, pemantauan pilihan
raya kampus, kebebasan berkempen, sistem pengundian telus dan peruntukan
dana kepada calon.
Posted by Suhaimi at 9:25 AM 0 comments
Tiga Politeknik Premier Jadi Universiti Politeknik 2015
Beliau berkata politeknik terbabit ialah Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Politeknik Johor Bahru.
Program perintis telah dilaksanakan di Politeknik Ungku Omar dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain seperti Universiti Teknologi Mara dan kumpulan pertama akan menerima ijazah bersama pada konvokesyen politeknik itu bulan ini.
"Saya harap ini akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar politeknik untuk terus menyambung pelajaran di peringkat ijazah di dalam politeknik sendiri," katanya pada sidang media selepas merasmikan konvokesyen ke-12 Politeknik Seberang Perai, di sini, Sabtu.
Ab Rahim berkata penubuhan universiti politeknik di bawah Agenda Transformasi Politeknik itu diyakini mampu membina upaya politeknik untuk membangunkan sumber manusia yang memenuhi keperluan model baru ekonomi yang berasaskan inovasi dan kreativiti.
Mengulas mengenai portal alumni institusi tersebut yang dilancarkannya sebelum itu, beliau berkata portal berkenaan adalah platform terbaik untuk mengumpul alumni yang telah berjaya.
Dengan adanya portal ini, alumni boleh menjadi mentor kepada mahasiswa yang baharu menempuh alam universiti selain berkongsi pengalaman mengenai alam pekerjaan dengan graduan yang baharu menamatkan pengajian, katanya.
"Memang kita ketahui kalau gerakan alumni di seluruh institusi pengajian tinggi dilaksanakan dengan berkesan, setiap institusi sama ada IPTA, IPTS malah politeknik, kolej komuniti akan menjadi institusi yang begitu gemilang di masa hadapan," katanya.
Beliau berkata setakat ini sebanyak 22,000 alumni politeknik telah mendaftar di portal alumni dan usaha menjejaki yang lain sedang dijalankan.
Pada konvokesyen kali ini 3,078 pelajar akan menerima diploma dan sijil masing-masing pada istiadat yang berlangsung selama tiga hari itu. -BERNAMA
Posted by Suhaimi at 9:22 AM 0 comments
Muhyiddin & Melayu terkaya didunia, Syed Mokhtar: Ia bermula dgn Stamford
Oleh Mailbag
Kita
semua sudah sedia maklum bahawa Muhyiddin Yassin merupakan rakan
kongsi Syed Mokhtar Albukharey. Syed Mokhtar sekarang mengawal beberapa
kompeni berikut: Melayu terkaya di dunia, (Syed Mokhtar Albukhary)
telah menjadi begitu kaya kerana dia telah berusaha bersungguh-sungguh,
menjadi kroni Muhyiddin dan mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad.
Dia mendapatkan hampir semua asetnya dengan mudah. Ia semua bermula
dengan Stamford Holdings.
Kita semua sudah sedia maklum bahawa
Muhyiddin Yassin merupakan rakan kongsi Syed Mokhtar Albukharey. Syed
Mokhtar sekarang mengawal beberapa kompeni berikut:
MMC
DRB Hicom
Proton
Malakoff
Johor Port
Senai Airport
Port of Tanjong Pelepas
Bank Muamalat
Padiberas Nasional
CSR Sugar
Gardenia
MPH Bookstores
Penang Port
Sekarang dia mahukan…..
RTM
KTMB
Bank Islam
Melayu
terkaya di dunia, (Syed Mokhtar Albukhary) telah menjadi begitu kaya
kerana dia telah berusaha bersungguh-sungguh, menjadi kroni Muhyiddin
dan mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad. Dia mendapatkan hampir
semua asetnya dengan mudah. Ia semua bermula dengan Stamford Holdings.
Stamford & keuntungan 4,622%
Stamford
Holdings Sdn Bhd merupakan syarikat perladangan yang berdaftar di
Malaysia dibawah Akta Syarikat dan 90% daripada ekuitinya dimiliki oleh
keluarga Seet dari Singapura, keluarga Gan dan Wang dari Malaysia.
Pada
tahun 1994, Stamford memohon kepada kerajaan Johor kebenaran untuk
memajukan sebuah kawasan estet industri di bahagian tanah miliknya
berdekatan ibu negeri Johor Baharu. Walaupun demikian, tiada apa yang
berlaku empat tahun selepas itu.
Pada tahun 1998, dua orang
rakyat Malaysia dan mengatakan bahawa mereka adalah rakan niaga Ketua
Menteri Johor (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan mereka berkemungkinan
besar dapat mempercepatkan kelulusan permohonan Stamford. Dua orang
lelaki ini adalah Syed Mokhtar Albukhary and Datuk Yahya Taib.
Pertemuan mereka diadakan di Singapura.
Salah satu syarat utama
adalah Stamford mesti bergabung dengan mereka bersama Tan Sri Muhyiddin
Yassin diman Stamford akan mengekalkan saham sebanyak 70% dalam
syarikat usahasama ini dan mereka bertiga akan menyalurkan RM1,800,000
(lebih kurang RM3,397.50 per ekar) ke dalam Kompeni usahasama itu untuk
mengusahakan 1,766 ekar daripada 8,310 ekar jumlah keluasan tanahnya.
Pada
lewat tahun 1989,Stamford bersetuju dengan tawaran itu dan
keempat-empat parti menubuhkan sebuah syarikat usahasama, yang telah
membuat permohonan baru kepada kerajaan negeri Johor bagi menukar tanah
seluas 1,766 ekar yang asalnya adalah kawasan perladangan kepada
kawasan perindustrian. Permohonan baru ini diluluskan dengan serta
merta.
Apabila hartanah itu kemudiannya dijual pada tahun 1994,
kumpulan Muhyiddin yang pada mulanya melaburkan RM1.8 juta telah naik
kepada RM 83.2 juta (4622%)
Ambil alih
Pada
tahun 1992 pula, Syed Mokhtar Albukhary dan Datuk Yahya Taib sekali
lagi membuat pertemuan dengan pengarah Stamford dengan membuat tawaran
untuk tanah lebihan yang berjumlah 6,544 ekar milik syarikat Stamford
di Johor. Namun, syarat adalah berbeza kali ini. Mereka sanggup
membayar RM30 000 untuk seeker kepada Stamford tetapi meminta 70%
kelebihan dalam ekuiti.
Apabila Stamford meminta agar mereka
mengekalkan syarat pegangan 70% dalam ekuiti dan kumpulan Albukhary-
Taib- Yassin membayar RM 70 000 untuk per ekar untuk ekuiti sebanyak
30%, salah seorang daripada rakan Muhyiddin ini memberi amaran kepada
pengarah Stamford bahawa dokumen pemilikan berada di atas meja MB dan
boleh ditandatangai pada bila-bila masa sahaja. Stamford tidak
bersetuju.
Beberapa hari kemudian, Muhyiddin memanggil Stamford
semula dan memberitahu mereka, “Saya ada dokumen berkaitan di atas meja
saya. Apa yang hanya saya perlu lakukan adalah menandatanganinya dan
Stamford Holdings tidak akan lagi memiliki lagi 4000 ekar tanah lagi.
Sekarang, adakah anda bersetuju untuk memajukan tanah dan saya
mengambil 70%? Sekali lagi Stamford tidak bersetuju.
Minggu yang
berikutnya, mereka menerima surat daripada kerajaan negeri Johor yang
ditandatangani Muhyiddin yang memberitahu bahawa kerajaan sudah
mengambil alih tanah itu.
Konspirasi
Pada
bulan Julai 1994, kerajaan negeri Johor dengan rasminya memperolehi
tanah itu bagi pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor
dibawah Akta Pengambilan Tanah.
Stamford Holdings melalui
pengarahnya, Gan Tee Kian memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur pada bulan Februari 1995 dengan mendakwa bahawa Muhyiddin, Syed
Mokhtar dan Yahya melanggar perjanjian dibawah Akta Pengambilan Tanah
apabila memperolehi tanah melalui Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam
Negeri Johor dan menyaman ketiga-tiga mereka ini kerana bersubahat
mendapatkan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah.
Dalam saman
itu, Stamford Holdings mendakwa mereka bertiga telah menyalahgunakan
beberapa bahagian dalam akta itu untuk mendapatkan 6,600 ekar tanah
melalui Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor melalui anak
syarikatnya, Kelana Ventures Sdn Bhd.
Stamford Holdings juga
menamakan kerajaan negeri Johor sebagai defendan dalam saman itu,
mendakwa Muhyiddin dan dua lagi rakan niaganya bersubahat menggunakan
kuasa kerajaan negeri untuk mendapatkan tanah itu. Stamford Holdings
mahu mahkamah mengisytiharkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri
Johor tidak mempunyai hak untuk menggunakan Akta Pengambilan Tanah
untuk memiliki tanah itu.
Ia juga telah mendakwa bahawa syed
Mokhtar dan Yahya telah berkonspirasi dengan Muhyiddin untuk
mendapatkan tanah itu. Dalam saman itu, Stamford Holdings berusaha
untuk mendapatkan deklarasi bahawa cara pemilikan tanah telah dibuat
dengan niat jahat dan ia tidak sah.
Dua mingu kemudian, kes telah dipindah ke Mahkamah Tinggi Johor Baharu.
Semuanya tidak benar
Pada
24 Februari 1995, Pentadbiran Tanah Johor Baharu telah memberi
pampasan sebanyak RM239,099,583.00 kepada Stamford ke atas hartanahnya.
Ini bernilai RM36,670 per ekar.
Pada 15 April 1995, Mahkamah
Tinggi Johor Bahru membatalkan saman Stamford Holdings dengan
menyatakan bahawa syarikat itu tidak mempunyai alasan untuk mengambil
tindakan ke atas 5 defendan itu. Peguam Stamford kemudian membawa kes
itu ke Mahkamah Rayuan.
Pada 28 Disember 1995, Kelana Ventures Sdn Bhd memberi jumlah wang pampasan kepada Mahkamah Tinggi Johor.
Pada
14 Mac 1996, sejumlah RM10,585,894.90 telah didepositkan oleh Kelana
Ventures kepada Mahkamah Tinggi johor sebagai tunggakan faedah.
Seterusnya, apabila Stamford Holdings mencabar pampasan yang diberi
Pentadbiran Tanah, pampasan itu telah dikaji semula oleh Mahkamah Tinggi
Johor kepada RM63,565,982.20 menjadikan ia berjumlah RM313,251,460.10
(lebih kurang RM48,000 per ekar).
Pada 12 November 1996, lebihan
jumlah RM63,565,982.20 juga didepositkan kepada Mahkamah Tinggi Johor
Baharu oleh Kelana Ventures Sdn Bhd.
Pada masa kes ini didengar
di Mahkamah Rayuan, Asiaweek telah membuat liputan yang komprehensif
terhadap kes ini, dengan memetik semula setiap perkataan dalam
perbualan telefon Muhyiddin kepada salah seorang pengarah Stamford.
Ketua Menteri Johor pada masa itu telah menafikan semua dakwaan yang
dilaporkan oleh Asiaweek dengan mengatakan,
“Tiada satupun
kebenaran dalam dakwaan yang dibuat terhadap saya” tetapi gagal
mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap majalah itu. Ini
telah membuktikan dakwaan Asiaweek bahawa mereka mempunyai rakaman
perbualan antara Muhyiddin dan Stamford Holdings menjadi penghalang
untuk Muhyiddin untuk mengambil sebarang tindakan terhadap mereka.
Penyelesaian diluar mahkamah
Pada
11 Disember 1997, Mahkamah Rayuan telah membatalkan keputusan Mahkamah
Tinggi Johor dan memerintahkan semua perbicaraan saman sivil itu
diteruskan bergantung kepada rayuan oleh defendan.
Pada 10 Jun
1998, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada defendan untuk
menerbalikkan keputusan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan
Mahkamah Rayuan dan mengarahkan juga sebarang perbicaraandi Mahkamah
Tinggi Johor diberhentikan.
Tanpa meneruskan kes ini di Mahkamah
Persekutuan, kesemua pihak bersetuju untuk membuat penyelesaian diluar
mahkamah dan Perintah Kebenaran direkodkan di Mahkamah Tinggi Johor
Baharu. Hakim Zainun Ali merekodkan perintah setelah peguam kepada
syarikat serta defendan bersetuju untuk menyelesaikan perkara itu di
kamar hakim dan kesemua pihak terlibat bersetuju terhadap jumlah
terakhir iaitu RM 405 juta sebagai pampasan terhadap pemilikan hartanah
oleh kerajaan negeri mengikut Akta Pemilikan Tanah (kira-kira RM 62
000 per ekar).
Hakim pada ketika itu mengarahkan Kelana Ventures
untuk membayar perbezaan jumlah RM92,115,606.80 terus kepada Stamford
Holdings tetapi membenarkan mereka tempoh 18 bulan untuk menyelesaikan
pembayaran. Jumlah itu bukanlah sebagai ganti rugi tetapi pampasan
terhadap mereka. Dia juga mengarahkan Kerajaan negeri dan juga/atau
Pentadbir Tanah untuk menghalang Kelana Ventures untuk menduduki tanah
dalam tempoh 3 bulan dari hari Perintah Kebenaran dicatatkan. Kawasan
tanah freehold ini merupakan mukim Tebrau di Johor Baharu.
Tiada tindakan terhadap Syed Mokhtar, Yahya Taib mahupun Muhyiddin Yassin
Dalam
pada itu, hakim juga memerintahkan Stamford Holdings untuk menyerahkan
geran tanah kepada Kelana Ventures dalam masa dua bulan daripada
Perintah Kebenaran dicatatkan dan membayar pampasan kepada pekerja yang
diberhentikan akibat perpindahan milik tanah kepada Kelana Ventures.
Hakim juga mengarahkan kesemua saman sivil, rayuan dan yang lain tindakan yang lain oleh plaintif diselesaikan dan dihapuskan.
Tiada
tindakan diambil keatas Syed Mokhtar Albukhary, Datuk Yahya Taib
mahupun Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kemudiannya menjadi Timbalan
Perdana Menteri Malaysia-Mailbeg
http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2011/12/stamford-holdings-sdn-bhd.html
Posted by Suhaimi at 8:18 AM 0 comments
Lelaki Mendakwa "Pengamal Perubatan Islam" Cuba Lakukan Hubungan Seks Dengan Pesakit,
Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dilakukan Jheains pada pukul 12.30 tengah hari tadi, ketika cuba melakukan perbuatan keji tersebut yang didakwa sebahagian daripada cara rawatan, dengan seorang wanita berusia 24 tahun di rumah mangsa.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jheains Ahmad Husaini Mustafa berkata pada mulanya, suspek dari Kuala Lumpur dihubungi mangsa untuk mengubati dirinya yang menghadapi masalah mendapatkan anak.
"Apabila tiba di rumah mangsa, suspek kemudian menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk merawat mangsa dan melakukan 'nikah batin' iaitu menikahkan dirinya dengan wanita itu tanpa mengikut ajaran Islam yang sebenar.
"Suspek kemudiannya cuba mengambil kesempatan dengan melakukan seks ke atas mangsa yang ketika itu sudah terpedaya dengan rawatan lelaki itu, sebelum rumah itu diserbu Jheains," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ahmad Husaini berkata dalam serbuan yang dilakukan hasil maklumat dan aduan orang ramai, suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai anak itu, ditahan sebelum sempat melakukan hubungan seks dengan mangsanya.
"Kita percaya suspek bukan seorang yang pandai agama tetapi menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran hanya untuk memperdaya mangsa sebelum mengambil kesempatan ke atas mangsa," katanya.
Beliau berkata beberapa barangan turut dirampas termasuk senaskhah Al-Quran dan sebuah kitab yang dipercayai digunakan untuk memperdaya mangsa.
Katanya, lelaki itu dipercayai sudah lama menjalankan kegiatannya, dan siasatan awal mendapati suspek telah merawat tiga wanita.
Ahmad Husaini berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana mempermainkan ayat Al-Quran; Seksyen 50 Enakmen sama kerana mencemar dan menghina Agama Islam; dan Seksyen 77 Enakmen sama kerana memikat wanita untuk melakukan niat jahat.- Bernama Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 7:46 AM 0 comments
Kerajaan Gagal Pantau Pembekal Netbook 1Malaysia Serah Komputer Tidak Berkualiti
TEMERLOH – Entah di mana silapnya, berdozen Netbook 1Malaysia yang diedarkan kepada pelajar di daerah ini terpaksa dihantar ke kedai komputer untuk dibaiki atas pelbagai kerosakan.
Gambar: Mohd Pauzi menunjukkan Netbook 1Malaysia milik anaknya yang terpaksa dibaiki.
Ada antara ibu bapa yang ditemui kecewa kerana hanya sempat menggunakan produk itu dalam tempoh seminggu, malah lebih teruk ada yang mendakwa langsung tidak boleh menggunakannya sejak diterima tiga bulan lalu.
Mohd Pauzi Abdul Ghani, 32, dari Bandar Bera, berkata, dia sedikit terkilan apabila dimaklumkan anaknya, netbook berkenaan langsung tidak boleh digunakan.
Menurutnya, netbook yang diterima anaknya dalam satu majlis pengagihan Jun lalu itu cuba dihidupkan, namun langsung tidak boleh berfungsi.
“Saya sedikit terkilan kerana sudah membeli modem untuk mengakses internet tetapi netbook pula rosak, saya hantar baiki pada 19 Jun lalu dan hari ini baru siap dibaiki,” katanya sewaktu mengambil semula netbooknya di salah sebuah kedai komputer, di sini.
Mohd Pauzi berkata, sebagai bapa penerima, dia tidak menafikan sumbangan kerajaan dalam membantu pelajaran anaknya, tetapi sedikit terkilan apabila produk yang dibekalkan tidak berkualiti.
“Saya takut benda-benda macam ini dimanipulasikan pihak tertentu, mungkin pembekal sendiri tidak mengetahui produk mereka tidak berkualiti, tambahan pula ia diedarkan dalam kuantiti yang banyak dari kilang," katanya.
Mohd Pauzi berkata, dia dimaklumkan memang ramai ibu bapa yang mengeluh mengenai produk itu kerana ada yang baru pakai seminggu sudah rosak.
Sementara itu seorang lagi bapa, Wahid Ahmad Salleh berkata, anaknya juga langsung tidak sempat menggunakan netbook tersebut.
“Anak saya punya pun sama, dapat dalam keadaan sudah rosak, terpaksa hantar ke kedai untuk dibaiki,” katanya.
Sinar Harian yang melakukan tinjauan selama setengah jam semalam turut mendapati dalam tempoh itu tiga pelanggan datang ke kedai semuanya berkaitan netbook yang rosak.
Sinar Harian dimaklumkan kebanyakan ibu bapa menghantar netbook yang rosak pada Jun lalu iaitu selepas menerima pengagihan secara berkelompok di salah sebuah sekolah, di sini.
Menurut pekedai, ada juga ibu bapa yang marahkan mereka sedangkan mereka langsung tidak mengetahui hujung pangkal produk itu.
“Kami hanya bantu orang ramai, kebanyakan netbook yang dihantar mengalami masalah hardisk, motherboard dan screen rosak,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memastikan produk dibekalkan itu berkualiti supaya tidak menyusahkan orang ramai.
“Kita akan usahakan penyelesaian isu ini kerana kita tidak mahu bantuan yang diberikan kerajaan menjadi bebanan pula kepada ibu bapa apabila produk tidak berkualiti,” katanya. -SH
Posted by Suhaimi at 7:37 AM 0 comments
Sunday, September 16, 2012
Perkahwinan , apabila yang mudah disusahkan, yang untung Ah Long
Oleh: rozmal
Amran (bukan nama sebenar), berusia 25 tahun, tinggal di perumahan rumah pangsa di Vista Angkasa, Kuala Lumpur, baru melangsungkan perkahwinan dengan isterinya kira-kira setahun lalu. Tetapi, hantaran perkahwinan yang terlalu tinggi menyebabkan beliau kini berhutang hampir RM25,000 dan diburu oleh “Ah Long”.
Posted by Suhaimi at 3:23 PM 0 comments