Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, October 31, 2012

Windows 8: Kelebihan & Kekurangannya

 Bagi korang yang sudah bosan menggunakan Operating System (OS) yang lama dan ingin beralih ke OS yang baru, pihak Microsoft kini ada penyelesaiannya iaitu dengan Windows 8 yang telah dilancarkan baru-baru ini..Namun, setiap teknologi yang baru dikeluarkan pada peringkat awal, ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Windows 8 secara rasmi telah dilancarkan pada 26 Oktober 2012. Sistem operasi milik Microsoft ini hadir dalam tiga versi, iaitu Windows 8, Windows 8 Pro, dan Windows 8 RT.

Microsoft menjamin para pengguna Windows 8 akan merasakan pengalaman yang sama bagi pengguna desktop, tablet, maupun smartphone. Dengan kata lain, walaupun menggunakan komputer meja atau riba, anda akan merasakan seolah-olah sedang menggunakan sebuah tablet ataupun telefon pintar.

Dengan sistem operasi ini, konsumer boleh berinteraksi sama ada menggunakan jarinya sendiri, mouse (tetikus) ataupun pen yang memudahkan mereka untuk bekerja dan bermain.

Namun seperti yang disalin dari Times of India, ada beberapa kelebihan dan kekurangan Windows 8. Berikut penjelasannya;

Kelebihan: 

1. Penampilan Lebih Dinamis 

Sama seperti telefon pintar dan tablet, komputer yang menggunakan sistem operasi Windows 8 dilengkapi dengan fungsi notifikasi dan informasi terkini, melalui akaun anda di dunia maya. Contohnya, peti masuk surat elektronik (e-mail). Selain itu anda juga akan secara automatis dihubungkan terus dengan website penyimpanan data milik Windows, Skydrive. 

2. Sistem Pencarian Data Lebih Universal 

Dengan Windows 8, anda lebih mudah untuk mencari data yang diinginkan. Hanya cukup menaip nama data di tampilan awal, langsung muncul beberapa pilihan data yang berkaitan. 

3. Kesediaan dan Kemudahan Aplikasi Pendukung 

Anda memiliki banyak pilihan dan kemudahan untuk mendapatkan aplikasi sokongan atau tambahan jika komputer anda menggunakan sistem operasi Windows 8.

Kekurangan: 

1. Tidak Ada Tombol Start dan Close X 

Sayangnya, tidak ada tombol start dan Close X di tampilan muka Windows 8. Hal ini membuat pengguna bingung dan sukar untuk memulakan pekerjaan, menutup pekerjaan atau mengakses program. Meskipun adanya sistem pencarian data, tetapi tombol Start dinilai sangat penting untuk kemudahan pengguna. 

Untuk mengakhiri tugas di Windows 8, anda mesti mengarahkan panah mouse anda ke atas aplikasi. Setelah muncul tombol tangan, anda harus menariknya, dan barulah program tersebut tertutup.

2. Banyak File Atau Aplikasi Tersembunyi 

Ini yang mungkin paling membingungkan bagi pengguna Windows 8. Sebab, semasa program beroperasi, hanya tersedia dua data atau aplikasi yang boleh terbuka secara serentak, sementara data lainnya tersembunyi. Anda mesti menggunakan fungsi pencarian universal untuk membuka data yang lain. 

Sumber: OrangMuo

Baca Seterusnya......

BRIM Senjata Menjatuhkan Pakatan Rakyat PRU13.

 Oleh: mohdnoorawang
"Barisan Nasional akan menggunakan wang BRIM (RM500/RM250) sebagai senjata utama untuk kekal berkuasa walaupun dengan menang dengan majoriti mudah. Dari sumber garakkerja BN/UMNO BRIM adalah langkah akhir untuk meraih undi terutama kawasan luar bandar dan negeri negeri yang majoritinya kawasan melayu dan bumiptra.

BRIM (RM500/RM250) akan diberi pada hampir tujuh juta penduduk Malaysia bermula bulan Febuari 2013. Sumber dari gerakkerja BN/UMNO pemberian BR1M akan digerakkan secara skla yang besar dan akan dihadiri oleh pemimpin utama BN/UMNO dan bakal calun BN/UMNO seluruh negara.

Program BR1M adalah kempen dan medam kempen utama atau perang saraf utama dalam tahun 2013 sebellum menjelang PRU13 yang akan diadakan paling lewat bulan March 2013.

Di Terengganu  satu pelan bertindak dan pelan gerakkerja BN/UMNO akan mengadakan program BR1M secara mega dan wang BR1M akan diagihkan hampir penduduk Terengganu yang rata ratanta berpendapatan dibawah RM800 satu bulan.

Pengerusi JKKKK seluruh Terengganu diarahkan membuat bacian baru kepada penduduk Terengganu yang belum mendapat BRIM peringkat pertama. Dengan BR1M BN/UMNO Terengganu dikatakan mendapat menyambung hayat BN/UMNO Terengganu.

Bagaimana pula pihak pakatan rakyat seluruh Malaysia dengan program BR1M ?. Enam atau Tujuh juta penduduk Malaysia diberi wang BR1M bakal menentukkan PRU13 kepada kedua dua kumpulan politik terbesar. (BN dan PR).

BR1M sukar untuk dilebelkan wang rasuah, Hakikatnya BR1M adalah prorgarm beli undi dalam kempen PRU13 secara tertulis dalam bajet 2013. Seperti kata Tun Mahatir BR1M macam beli undilah.

Negeri Negeri seperti Terengganu, Pahang, Perlis, Sarawak, Sabah, Johor dan Kedah adalah sasaran utama BN/UMNO untuk berkuasa selepas PRU13. Begitu juga negeri Melaka dan Negeri Sembilan.

Mungkin akan berlaku setiap peti undi akan disediakan baucer BR1M (RM500) atau malam malam terakhir kempen setiap rumah di Malaysia akan diberi baucer BR1M sebagai hadiah untuk hadir pada hari meengundi.
Ingat kerja BN/UMNO mlelampau sempadan undang undang dan tidak ada undang undang bial kumpulan Bn/UMNO melakukan. Inilah dikatakan parti UMNO/BN adalah parti syaitan yang dikenali. 

Dari sumber risikan BN/UMNO, Najib dan BN hanya mendapat 135 kerusi parlimen dari 222 kerusi parlimen. pada PRU13. Dengan itu senjata yang terakhir BN/UMNO ialah dengan mengadakan program BR1M (RM500) kumpulan sasar serami 6 juta atau 7 juta penduduk Malaysia.

PR akan menghadapi sedikit kesukaran dan ruang yang terhad bagi mengatasi BR1M. Dan BR1M salah satu punca memperlahankan menawan Ptrujaya pada PRU13.


Baca Seterusnya......

Mahfuz: Jangan bayar saman AES

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar hari ini menyeru orang ramai tidak membayar saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), sebaliknya hadir mempertahankan diri di mahkamah.

Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (KASE) itu berkata, pihaknya sudah menyediakan lebih 100 peguam untuk membantu orang ramai yang menjadi mangsa sistem pemantauan trafik itu, lapor Harakahdaily.

"Kerajaan perlu tarik balik saman yang telah dikeluarkan sejak 13 Oktober 2012.

"Jika kerajaan enggan berbuat demikian saya seru mereka yang sudah menerima saman AES untuk tidak membuat bayaran kompaun sebanyak RM300 itu, ikut arahan yang tertera di kertas saman untuk pergi ke mahkamah dan KASE sedia beberapa orang peguam untuk bantu dalam kes ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli parlimen Pokok Sena itu turut berkata, saman yang dikeluarkan mengelirukan apabila terdapat saman yang diterima menggunakan seksyen79(2) tetapi kesalahan dinyatakan sebagai melebihi had laju.

"Seksyen ini bukan berkaitan had laju tetapi pelanggaran arahan dan isyarat lalu lintas. Di kertas saman itu juga tertera kompaun minima adalah RM300, tetapi sebenarnya adalah tidak melebihi RM500.

"Mengikut seksyen ini juga pengguna jalan raya boleh menggunakan budi bicara mahkamah yang mana kemungkinan kompaun itu boleh dikurangkan menjadi RM50 atau boleh dibebaskan dengan amaran. Saman ini celaru dan keliru, oleh itu jangan bayar kita sedia peguam," beliau dipetik sebagai berkata.

Baca Seterusnya......

Kubah Hijau Masjid Nabi Akan Tinggal Kenangan

Masjid Nabi Bertukar Menjadi Kota Metropolitan Selepas 4 Tahun
Lapuran dari akhbar The Independent melapurkan rancangan Arab Saudi untuk meruntuhkan salah satu dari tiga masjid tertua didunia, iaitu Masjid Nabawi sebaik saja berakhirnya musim haji bulan ini. Ia dikatakan dapat menampung jemaah seramai 1.6j orang dan melibatkan perbelanjaan berbillion dolar.

Kerja-kerja pembinaan akan bermula sebaik saja musim haji tahun ini berakhir. Ia bakal menjadi bangunan yang dapat menempatkan manusia paling ramai didunia iaitu seramai 1.6j orang jemaah. tetapi kebimbangan telah mula timbul apabila melibatkan kesan-kesan tinggalan terpenting dalam sejarah Islam dirobohkan. Kemarahan telah mula timbul dinegara tersebut apabila kerajaan beraja itu tidak mengendahkan tinggalan sejarah penting didalam projek pembangunan Mekah.
Kubah Hijau Masjid Nabi Akan Tinggal Sejarah
Perobohan kubah hijau masjid Nabawi itu dibimbangi akan menjejaskan makam yang menempatkan Rasulullah s.a.w dan dua sahabatnya iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a dan Saidina Umar Al-Khattab r.a. yang betul-betul terletak dibawah kubah tersebut.
Masjid Ghamama bersebelahan Masjid Nabawi
Antara masjid yang bakal dirobohkan juga ialah Masjid Ghamama yang mempunyai nilai yang amat penting dalam sejarah umat Islam. Setakat ini tidak ada perancangan oleh pihak Saudi untuk memelihara masjid tersebut. Mengikut sejarah, masjid ini dinamakan Ghamama ialah kerana di masjid inilah Nabi s.a.w membuat solat Istiskah (mohon hujan). Perkataan Ghamama bermaksud awan dimana akan muncul secara tiba-tiba dan membawa hujan selepat Nabi s.a.w selesai solat tersebut. Banyak lagi peristiwa sejarah di zaman Nabi s.a.w berlaku di masjid tersebut yang sepatutnya dipelihara oleh pemerintah Islam sebagai pengajaran untuk umat Islam dimasa hadapan. Untuk maklumat boleh rujuk disini http://www.islamiclandmarks.com/saudi/madinah/other/masjid_ghamama.html

Antara pihak yang melahirkan kebimbangan ialah Dr. Irfan al-Alawi dari Islamic Heritage Foundation, beliau menyatakan," Tidak dapat dinafikan Madinah perlu dibangunkan, tetapi cara pihak berkuasa menanganinya adalah amat membimbangkan ". Beliau menyatakan lagi," Terdapat berbagai cara untuk membangunkannya yang boleh mengelak atau memelihara tempat bersejarah dalam Islam tetapi sebaliknya mereka memilih untuk merobohkannya".

Teguran paling keras dibuat oleh Syed Zaid Zaman Hamid seorang penganalisis ketenteraan Pakistan apabila beliau menempelak kerajaan Saud dengan perbuatan syirik apabila berusaha memelihara patung berhala di Madain Saleh tetapi di masa yang sama meruntuhkan masjid-masjid yang dibina oleh para sahabat di sekitar Mekah dan Madinah.

Beliau menggesa supaya umat Islam seluruh dunia mengemukakan bantahan samada bertulis atau sebagainya dimana-mana kedutaannya terhadap tindakan Arab Saudi tersebut. Kata beliau lagi, ini bukan isu mazhab tetapi isu melibatkan sejarah umat Islam, keimanan dan kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w dan para tabien yang banyak berjasa terhadap Islam. Apakah sikap umat Islam kalau Yahudi melakukan perobohan terhadap Masjid al-Aqsa, umat Islam akan terus istiharkan perang tetapi apakah kita berdiam diri jika pencapaian umat Islam lebih 1400 tahun dimusnahkan begitu saja tanpa sebarang bantahan?
Papan Iklan Promosi Berhala Madain Saleh terletak diluar Masjid Nabawi. Mereka merasakan sejarah berhala adalah lebih besar berbanding sejarah Masjid Nabi!
Inikah tanda-tanda kerosakan di Madinah yang dimaksudkan didalam hadis yang diberitahu oleh Rasulullah ini?

Berkata Muadz ibn Jabal r.a: bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Makmurnya Baitul Maqdis merupakan kerusakan bagi Yatsrib(Madinah), rusaknya Yatsrib(Madinah) sebagai tanda dimulainya al-malhamah, dimulainya al-malhamah merupakan pembebasan bagi Qostantinopel, dan pembebasan Kostantinopel sebagai tanda keluarnya dajjal”, lalu Muadz ibn Jabal memukulkan tangannya ke paha atau pundak orang yang sedang diajaknya bicara, sambil berkata: sungguh ini pasti terjadi, sebagaimana pastinya engkau duduk disini.
Hadits Hasan riwayat Abu Dawud

Baca Seterusnya......

Tuesday, October 30, 2012

FELDA OIL PRODUCTS TERGADAI KPD SYKT ASING!

 

Felda Oil Products(FOP) ditubuhkan pada tahun 1977. Ia terlibat memproses Minyak Sawit Mentah(CPO). Di Pelabuhan Pasir Gudang ia memproses 100 ribu tan metrik sebulan, selain Pelabuhan Klang 40 ribu tan sebln, Kuantan 80 tan dan Tawau/Lahad Datu 80 ribu tan sebulan.

Asalnya, kepentingan Felda dlm sykt ini 70%; namun mulai tahun 2010, ianya hanya tinggal

30% sahaja. Selain sykt dari Jepun, Iffco Sdn Bhd yg berpengkalan di Dubai telah menguasai kepentingan majoriti dlm syarikat ini.

Selepas kepentingan majoriti dikuasai sykt asing, ia dikenali dengan nama Felda Iffco Oil Products(FIOP). Chief Operating Officer(COO) telah dilantik iaitu Nadaraja menggantikan En Abd Aziz Ahmad. Jawatan paling Strategik selama puluhan tahun yg dinikmati Bumiputera telah bertukar kpd orang asing.

Cara penggabungan antara Felda dengan Iffco untuk menubuhkan FIOP adalah amat meragukan dimana dengan mengurangkan pegangan saham bumiputera asal di syarikat. Ia suatu pengkhianatan kpd Syarikat Bumiputera.

Selepas penggabungan, urusan pemasaran diserah 100% kpd Sykt milik penuh Iffco di Malaysia iaitu IFFCO SEA yg akan menentukan harga dan margin pasaran produk keluaran FIOP. IFFCO SEA memperolehi untung besar kerana memperolehi produk dengan harga rendah dan menjualnya pula kpd pembeli dgn harga lebih tinggi. Walhal secara logik, IFFCO SEA tidak harus mengambil untung atas produk FIOP, kerana mereka telah dibayar komisen atas setiap belian dan jualan produk keluaran FIOP.

IFFCO SEA juga memasarkan hampir 50% produk keluaran FIOP kpd anak2 sykt 100% milik IFFCO spt IFFCO Msia, ERCO Sharjah, IFFCO Pakistan dll. Selain itu, IFFCO juga menjual terus MSM kpd pembeli luar dgn margin keuntungan yg tinggi. Teras utama perniagaan FIOP ialah memproses keluaran produk MSM bukan dengan mengambil alih tugas FELDA yg menjual MSM.

Kesannya, syarikat asing membuat keuntungan manakala Felda menanggung rugi. Unjuran yg ditargetkan tersasar. Sepatutnya bg tahun berakhir Disember 2012, keuntungannya mencecah RM14,892 juta, namun dah berada penghujung Okt, masih rugi.

Sejak kemasukan COO Nadaraja, hampir kesemua kerja2 kontrak dan pembelian barangan syarikat berpindah dari syarikat bumiputera kpd syarikat bukan bumiputera atas arahan beliau.

Pada bulan Jun lalu, Nadaraja mengeluarkan notis 24 jam memecat Pengurus Besar dan Pengurus Pengeluaran yg kedua2nya melayu dan ditukar kpd bangsa lain tanpa alasan munasabah.

Saya paparkan bukti terbaru yg berlaku kpd anak Syarikat Felda, akibat keghairahan mencari rakan strategik asing. Kesannya, syarikat luar buat untung, Felda tanggung rugi. Segala prosedur dan kouta bumiputera sanggup dipinda sedangkan ianya merugikan.

Syarikat asing naik tocang, CEO tempatan dibuang, pegawai kanan dipecat, projek dibolot orang asing, pekerja tempatan yang bekerja puluhan tahun dibuang sesuka hati; matlamat utk meningkatkan keuntungan langsung tidak berjaya.

Apabila FGVH sedang dilanda ketidak stabilan, harga saham tinggal RM4.68, komoditi sawit getah mengalami kejatuhan harga; kesannya amat buruk sekali. Dr Rosli Yaakob, bekas Timbalan Pengarah Bank Negara telah buat analisis awal beberapa bulan lalu. Ramalan beliau tepat 100%. ANAK sampaikan pandangan kpd YAB PM dlm bentuk memorandum lengkap, tapi dipandang remeh.

IFFCO adalah contoh kegagalan dari kerjasama strategik yg tidak adil kpd Felda. Puluh tahun asasnya dibina melalui kegigihan dan pemgorbanan pekerja tempatan. Kini, sedang bermasalah. FGVH juga mula dilanda badai yg telah dimaklumkan kepada saya melalui bukti2 yg akan saya dedah tidak lama lagi....

Sejak PM umum cadangan penyenaraian FGVH di Bursa Msia 7 Okt 2011, berbagai usaha dibuat untuk menghalangnya. Plan penambaikkan dikemukakan. Seminar dan konvensyen dianjurkan. Forum2 intelektual melalui pakar ekonomi dibuat. Perbincangan dgn SKM, Suruhanjaya Securiti dan Bank Negara dilakukan. 

Ia tidak diendahkan. Sebaliknya, dihambur dgn kata2 kesat, HARAM JADAH. Ia keluar dari mulut Perdana Menteri sendiri. Kalau ada pihak yg kata ANAK hanya tahu mengkritik dan membangkang semata2; sebenarnya mereka adalah contoh manusia yg dunianya seperti katak dalam tempurung!

Bila kepentingan Bumiputera semakin mengecil, sykt asing kaya raya; siapa khianat????

Baca Seterusnya......

4 Negeri Pakatan Rakyat Tangguh AES

Sumber Kelab GB

Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di empat negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) akan ditangguhkan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, pelaksanaan AES akan ditangguhkan sehingga kajian mendalam dijalankan dan maklum balas daripada rakyat diperolehi.

"Kita memang tidak setuju dengan pelaksanaan AES.

"Kita akan menilai kembali pelaksanaannya di empat negeri PR. Jika dikira sebanyak 331 biji kamera di empat negeri PR daripada 831 kamera yang akan dipasang di seluruh negara.

Dengan penangguhan ini pengguna jalan raya akan berasa lega dan tidak stres apabila memandu di negeri PR," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Isnin.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata keputusan tersebut diambil bagi memastikan rakyat yang tidak bersalah menjadi mangsa.

"Sebab itu kita hendak tahu sudah berapa banyak saman yang sudah dikeluarkan dan bila saman ini dihantar kepada pesalah," katanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Long See Wool bagi memaklumkan tindakan penangguhan itu dan mahu mengadakan perbincangan lanjut bersama kementerian itu mengenai maklum balas pelaksanaan AES.

Guan Eng berkata setakat ini kerajaan Kedah dan Kelantan sudah pun memaklumkan keputusan menangguhkan pelaksanaan AES dan Selangor dijangka mengumumkannya dalam tempoh terdekat.

"Kita mahu tangguhkan dulu, sehingga kajian mendalam dijalankan.

"Saya juga tidak lihat apa kebaikannya kamera AES ini hendak dikembalikan kepada kerajaan Persekutuan selepas tempoh lima tahun," katanya.

Jelasnya, kerajaan negeri tidak bersetuju dengan beberapa perkara dalam pelaksanaan AES terutamanya yang melibatkan penetapan had lajut.

"Ada kawasan had lajunya 60 kilometer sejam.

Kita mahu tahu adakah had laju ini praktikal pada masa sekarang.


AES Dipulang Kepada Kerajaan Selepas Lima Tahun, Siapa Untung, Soal Guan Eng.

KUALA LUMPUR, 29 OKT – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempersoalkan mengapa Sistem Kamera Automatik (AES) akan dikembalikan kepada Kerajaan Pusat selepas lima tahun.

Guan Eng mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha yang disiarkan akhbar berbahasa Cina, Sin Chiew hari ini.

“Kalau ada kebaikan selepas lima tahun dipulangkan kepada Kerajaan Pusat, saya nak tanya kamera 1Malaysia (AES) dipulangkan? “Saya tidak nampak kebaikan. Dia nak pulangkan semula kerana sudah mengaut keuntungan yang cukup.

“Saya tidak tahu dia (Cho Ha) nampak apa kebaikan kepada kerajaan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Tambah Guan Eng, kerajaan perlu mengkaji semula kadar kelajuan sedia ada yang disifatkan tidak praktikal.

Berdasarkan statistik, 831 buah kamera yang akan dipasang diseluruh Malaysia dengan 331 buah kamera tersebut diletakkan di negeri Pakatan Rakyat (PR).

Tambahnya lagi, semua negeri yang ditadbir PR mengambil langkah menangguhkan pemasangan AES bagi memperincikan segala maklumat penting mengenai perkara ini.

Beliau turut membangkitkan mengenai surat saman yang sehingga kini belum dikirimkan kepada pengguna jalan raya.

“Bila surat saman akan dikirmkan kepada pengguna yang ditangkap (kamera AES)?

“Saya nak tahu bila? Apakah selepas PRU-13 ia akan dihantar?” soalnya lagi.

Sistem AES dipasang di seluruh negara, melibatkan syarikat ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd dengan jumlah pelaburan bernilai RM717 juta.

"Ia perlu disemak semula. Kalau tidak lebih baik jangan pakai kereta, tolak kereta lebih baik," katanya
-selangorku

Baca Seterusnya......

Monday, October 29, 2012

Kanak-Kanak Ini Ketagih Makan Ubat Nyamuk


Seorang kanak-kanak kecil yang dikenali dengan nama Abdillah Syarif mempunyai satu tabiat yang sangat pelik. Dirinya dikatakan amat gemar memakan ubat nyamuk.

Macam pelik, tetapi itulah hakikatnya yang terjadi kepada seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun bernama Abdillah Syarif.   

Kanak-kanak ini gemar memakan ubat nyamuk. Selera pelik ini sudah tentulah berbeza daripada selera kanak-kanak lain yang gemar akan makanan manis seperti kek dan coklat. Dalam sehari, Abdillah yang berasal dari Polewali Mandar, Sulawesi Barat, mampu menghabiskan sebungkus ubat nyamuk.

Ibu bapa Abdillah atau Adit sudah berusaha untuk menghentikan tabiat buruk anaknya itu tetapi bukan saja tidak berhasil, malah,ketagihannya kepada ubat nyamuk semakin bertambah. Tabiat aneh Adit menyebabkan anak keempat pasangan Syarifuddin dan Nurlina itu menjadi terkenal di desanya di Sabang Subik, Kecamatan Balanipa.

Adit mula gemar memakan ubat nyamuk ketika berusia lapan bulan. Pada mulanya, Adit yang belum pandai berjalan ketika itu,mendekati ubat nyamuk dan tiba-tiba memakannya. Hingga kini, dia jadi ketagih dan tiada sehari pun dilalui tanpa memakan ubat nyamuk. Dia juga melakukan tabiat itu secara diam-diam kerana takut dimarahi ibu bapanya.

“Enak dan manis,” katanya ketika ditanya sebab dia gemar memakan ubat nyamuk.

Usaha orang tuanya untuk menghentikan tabiat pelik anak mereka tidak berhasil.Walaupun sudah menyorokkannya di tempat lain, Adit akan mendapatkan ubat nyamuk dari rumah jiran mereka.
“Biasanya kalau tidak menemukan ubat nyamuk di rumah, dia akan mencurinya di rumah jiran,” kata Syarifuddin. Nurlina pula mengatakan tabiat Adit itu mungkin bawaan daripadanya.

“Dulu ketika hamilkan Adit, saya memang gemar mencium asap ubat nyamuk dan mungkin ia menurun kepada anak saya,” katanya.

Menurut doktor pakar pediatrik di Dinas Kesehatan Polewali Mandar, Sih Harjo Boko,Adit menghidap penyakit pica, iaitu kelainan keadaan pola makanan pada kanak-kanak.

Penyakit itu disebabkan kekurangan zat besi dalam diri kanak-kanak dan boleh pulih, bergantung pada keprihatinan ibu bapa menjaga anak mereka.

Baca Seterusnya......

TIP DAN CARA BAYAR PINJAMAN PERUMAHAN


Mari kita kongsi cara bayar pinjaman dengan mudah dan menguntungkan.

1. Bayar loan setelah dapat wang
Apabila kita kena bayar loan rumah setiap 30 hb setiap bulan... tetapi gaji masuk 27 hb contohnya... tak perlu tunggu sampai 30hb baru nak bayar, sebaliknya bayar terus bila dapat gaji... Ramai yang tak tahu anda boleh bayar sebelum due date... dengan cara ini interest dapat dikurangkan dari 30 hari interest ke 25 hari... Jimat untuk 5 hari...

2. Bayar lebih sikit setiap bulan
Sekiranya kena bayar RM 715.70 setiap bulan, jadikan ia nombor bulat seperti RM 730.00 ataupun RM 750.00. Lagi bagus bayar RM 800.00.. jangan terkejut kerana dengan cara ini anda boleh mengurangkan tahun bayaran secara signifikan.

3. Bayar dua minggu sekali
Anda boleh bahagi dua bayaran itu daripada RM 800.00 sebulan kepada RM 400.00 setiap 2 minggu sekali. Ini kerana di dalam kalendar Gregorian - setahun ada 12 bulan tetapi ada 26 forthnights (2 minggu). ia boleh mengurangkan tahun bayaran sehingga 3 tahun! (bergantung kepada bayaran)..

4. Bayar lebih kalau ada tunai di tangan
Kalau ada duit lebih daripada keuntungan perniagaan, bonus gaji, wang pusaka dan wang lebihan cukai boleh dibayar untuk pinjaman rumah.

5. Teruskan bayaran yang sama walaupun interest rate jatuh.
Pada kebiasaannya apabila BLR jatuh, bank akan kurangkan bayaran bulanan. Ini kerana bank tak nak kita bayar lebih - kerana lebihan akan mengurangkan principal - so bank rugi dari segi interest... Oleh itu adalah penting kita mengekalkan bayaran untuk mengurangkan bayaran principal dan sekaligus mengurangkan interest.

6. Bayar lebih sekiranya naik gaji
Kalau gaji kita naik, kita boleh naikkan bayaran rumah sesuai dengan kenaikan gaji. Point Azizi Ali ialah... kalau selama nih kita boleh hidup dengan gaji sebelum ini, apakata kita maintain dengan cara hidup yang sama dan lebihan gaji boleh dibayar kepada bank.

7. Jual barangan terpakai untuk bayar pinjaman rumah
Cadangan yang pelik tapi praktikal. Adakala banyak barang2 lama tetapi berharga yang kita boleh jual. Hasilnya kita boleh bayar kepada bank.

8. Refinance pinjaman rumah ke Bank lain yang menawarkan interest yang lebih Rendah

Sekiranya ada bank yang boleh menawarkan interest yang lebih rendah misalnya dari 8 percent sekarang ke 6.5 percent, apa salahnya kita ambil peluang itu. Walaubagaimanapun setiap kiraan mestilah termasuk charge-charge seperti MRTA, moving cost, lawyer fee dan sbgnya (hidden fee).. Silap-silap... bayaran bulanan boleh lebih tinggi pula

Baca Seterusnya......

Tempat Simpanan Emas Terbesar Di Dunia


Federal Reserve Bank of New York letaknya di New York tepatnya di 33 Liberty Steet, Manhattan , New York , Amerika Syarikat. Bank ini di buka pada 16 November 1914 dan tempat inilah anda boleh melihat emas yang banyak yang tidak akan pernah anda lihat seumur hidup anda kerana disinilah terdapat ruang penyimpanan emas terbesar di dunia.

Di ruangan ini dianggarkan terdapat 10 % dari cadangan emas di dunia atau sekitar 5000 metric tons emas deposit, yang bernilai USD 270 Billion atau setara dengan RM 818 Billion !! Kalau dijual.

Cadangan emas ditempat ini bukan hanya berasal dari Amerika Syarikat tetapi sebahagian simpanan lagi dari 36 negara yang lain dan telah diberi kepercayaan untuk menyimpan emas di The Fed Bank of New York.

Tidak sembarangan orang dapat memasukinya apalagi merekodkan tentang apa yang ada di dalam ruangan penyimpanan tersebut.

  





Baca Seterusnya......

Thursday, October 25, 2012

Proton Preve ‘hatchback’ di pasaran Australia mulai awal tahun 2014

Arenakereta.com

Preve Hatchback 1 Proton Preve hatchback di pasaran Australia mulai awal tahun 2014
Sewaktu sidang media memperkenalkan dua model baharu Proton di Australia International Motor Show (AIMS) 2012 baru-baru ini, Pengerusi Eksekutif Proton Holdings Berhad, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil telah mengesahkan bahawa model Preve dalam versi ‘hatchback’ akan diperkenalkan di pasaran Australia mulai awal 2014.

Melihat kepada kenyataan tersebut, Preve hatchback dijangka akan dilancarkan di pasaran Malaysia paling lewat pada pertengahan tahun 2013. Ini bermakna versi prototaip model itu bakal dilihat di jalan raya tidak lama lagi. Namun belum dapat dipastikan sama ada Preve hatchback akan dibekalkan kotak gear manual untuk digandingkan bersama enjin CFE.
Preve Hatchback 2 Proton Preve hatchback di pasaran Australia mulai awal tahun 2014
Menurut beberapa spekulasi awal sebelum ini, Proton telah membuat keputusan untuk tidak memperkenalkan Preve hatchback CFE versi manual atas alasan permintaan pasaran yang kurang untuk kereta jenis tersebut. Sebagai pembuat kereta, Proton perlu mengutamakan keuntungan berbanding mengeluarkan kereta dalam pasaran ‘niche’ yang sukar memberikan pulangan modal.

Walau apa pun spekulasi yang timbul, prototaip Preve hatchback antara model yang dinantikan-nantikan kemunculannya di jalan raya ketika ini. Jika bernasib baik, kita boleh melihat gambaran awal reka bentuk Preve hatchback dalam tempoh masa 2 atau 3 bulan lagi. Sehingga itu, adakah Proton Preve hatchback mempunyai reka bentuk sama seperti gambaran imej di atas?

Sumber imej Preve hatchback : Theophilus Chin

Baca Seterusnya......

Tuesday, October 23, 2012

Berjalan kaki 5,700km untuk tunaikan haji


SENAD HADZIC
SARAJEVO - Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.

"Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.

Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.

Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.

"Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan.

"Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya," ujar Senad.

"Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya," tambah lelaki itu.

Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria dan bukan Iraq.

Semasa perjalanannya, Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.

Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji. 

Baca Seterusnya......

Monday, October 22, 2012

Tentera Laut Ukraine Latih Ikan Lumba-Lumba Yang Dilengkapi Pistol

Nampaknya, pihak tentera telah menemui idea yang menarik dengan menggunakan ikan lumba-lumba dalam perancangan peperangan mereka. Ikan lumba-lumba yang dilatih oleh pasukan Tentera Laut Ukraine ini akan menjalani latihan khas bagi tujuan ketenteraan termasuk menyerang pihak musuh dan memusnahkan periuk api di laut... Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni...

Pada masa ini, terdapat lebih kurang 10 ekor ikan lumba-lumba yang sedang dilatih dalam satu latihan khas di akuarium laut yang terletak di Sevastopol, Ukraine. Tentera Laut Ukraine kerap melatih haiwan-haiwan ini bagi mengesan objek yang berada di dasar laut.

Melatih ikan lumba-lumba untuk mengesan periuk api di laut bukan lah satu perkara baru kerana sebelum ini, pihak Tentera Laut US juga pernah menggunakan kaedah yang sama. Pada era Soviet Uniòn juga, ikan lumba-lumba telah dilatih untuk memasang periuk api pada kapal-kapal musuh melalui periuk api yang telah dijatuhkan ke laut dengan payung terjun sebelum itu.

Program ini juga dilaporkan untuk melatih ikan lumba-lumba menegsan periuk api dan menandanya dengan menggunakan buoy (pelampung). Tetapi, pihak Ukraine juga merancang untuk melatih ikan lumba-lumba bagi tujuan "menyerang perenang tempur pihak musuh dengan menggunakan pisau khas atau pistol yang akan diletakkan pada bahagian kepala ikan tersebut." menurut pihak RIA Novosti.

Sumber dalaman dari Tentera Laut Ukraine juga memberitahu agensi bahawa latihan yang sedang dijalankan di akuarium laut itu adalah untuk melatih ikan lumba-lumba sebagai "perenang tempur yang ditugaskan untuk mempertahankan kapal-kapal di pelabuhan dan pada masa serbuan."




Baca Seterusnya......

Saturday, October 20, 2012

Lelaki Islam Kahwin Wanita Hindu.. Kata Ulama?

SAIF (kiri) dan Kareena dikerumuni jurugambar di sebuah lapangan terbang di Mumbai semalam.
NEW DELHI - Sebuah sekolah pendidikan Islam, Darul Uloom Deoband menganggap perkahwinan antara pelakon Saif Ali Khan dengan Kareena Kapoor sebagai anti-Islam, lapor portal berita ApunKaChoice semalam.

Mereka membuat kenyataan itu kerana Kareena yang mengamalkan ajaran Hindu tidak memeluk agama Islam sebelum dia berkahwin dengan Saif.

"Mengikut undang-undang Islam, perkahwinan itu dianggap sebagai anti-Islam kerana Kareena tidak menukar agamanya kepada Islam," kata seorang ulama di sekolah tersebut, Habibur Rahman kepada agensi berita Press Trust of India.

Status akad nikah pasangan artis berkenaan masih lagi menjadi tanda tanya sama ada dilakukan mengikut ajaran Islam atau tidak. Pasangan berkenaan pada mulanya mendaftarkan pernikahan mereka di Mumbai pada 16 Oktober lalu.

Majlis resepsi perkahwinan mereka kemudiannya diadakan di sini. Menurut beberapa pihak yang rapat dengan pasangan tersebut, tiada majlis akad nikah seperti yang dilaporkan oleh pihak media. Mereka menyatakan pasangan itu hanya sekadar melafazkan ikrar perkahwinan. Sebelum ini, bapa Kareena, Randhir Kapoor menafikan anak perempuannya itu akan memeluk Islam.

"Tidak ada sesiapa yang menukar agama di sini, seorang insan berkahwin dengan insan yang lain dan mereka tidak kisah mengenai kasta, kepercayaan atau keturunan, " kata Randhir.-Agensi

Baca Seterusnya......

Harga Kereta - Rakyat Malaysia Di dahulukan Australia diutamakan.

Sumber AnakKedah007

Ini Harga di AUSTRALIA
Harga di Malaysia? Tengok jadual la beb.

Pasang sini.
Kilang sini.
Design sini.
RnD sini.
Customer paling banyak kat sini.
Tapi harga sini lebih mahal 
daripada harga di luar negara?
KEBODOHAN apakah itu? Nak banding harga paling murah pun tak lepas. Paling murah kat malaysia pun 59k. Gua ulang RM59K. Itu harga kosong. Nanti mula la dia merapu suruh tambah apa2 jadah lagi. 

Ini di namakan Rakyat Malaysia Di dahulukan Australia diutamakan..!!!

http://anakkedah007.blogspot.com/2012/10/harga-kereta-rakyat-malaysia-di.html

Baca Seterusnya......

Friday, October 19, 2012

Laporan Ketua Audit Negara 2011. Rugi Sekitar RM42.138 Bilion. Selamatkan Duit Rakyat & Negara

Laporan Ketua Audit 2011 (BONGKAR) Laporan Ketua Audit Negara 2011. Rugi Sekitar RM42.138 Bilion. Selamatkan Duit Rakyat & Negara!!
Laporan yang sentiasa ditunggu oleh rakyat malaysia dan kalangan ahli-ahli parlimen yang sentiasa “dahagakan” laporan yang dipanggil Laporan Ketua Audit Negara 2011. Baru sahaja dibentangkan di Parlimen, itupun selepas 2 minggu parlimen bersidang. Apa sebabnya?


Kata menteri, beliau mahu kalangan ahli parlimen menumpukan kepada perbahasan pembentangan Bajet 2013 terlebih dahulu.

Laporan Ketua Audit Negara 1 : Kos Projek Kuarters Untuk Kakitangan Yang Berkahwin RM3.21 bilion Tetapi Tidak Memuaskan

  • Semakan kami terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2011 menunjukkan di sini kontrak untuk membina kuarters untuk kakitangan yang berkahwin menelan kos sebanyak RM3.21 bilion namun hasil projek berkenaan dinyatakan tidak memuaskan
  • Kos untuk 38 projek tersebut – melibatkan 9,455 unit kuarters dari jenis pangsapuri hingga banglo – pada asalnya dianggarkan menelan kos RM1.74 bilion namun meningkat 84 peratus kepada RM3.21 bilion.
  • Dalam banyak-banyak projek itu, hanya satu dijalankan dengan tender terbuka, yang selebihnya siapa dapat?
  • Termasuklah enam daripada projek ini terletak di Lembah Klang dan dianugerahkan kepada Syarikat USL (kerjasama di antara Syarikat Perumahan Negara Bhd dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera Sdn Bhd)
  • Sedangkan Laporan ketua Audit Negara 2011 ada mengatakan USL didapati “tidak berpengalaman” dan pegawai teknikal syarikat itu pula “kurang kompeten” untuk menyiapkan projek tersebut.
  • Erm….jahanam duit rakyat.
Kenapa tiada pengalaman pun boleh dapat? Mungkin mereka tiada pengalaman yang luar biaasa tetapi mungkin ada tangan “yang lur biasa” yang meluluskan”. Seterusnya…

Laporan Ketua Audit Negara 2 : Indah Water Rugi Hampir RM1 bilion

  • Syarikat pembentungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) mengalami kerugian terkumpul secara berterusan sehingga akhir tahun 2010 berjumlah RM888.1 juta
  • Antara sebab kerugian adalah disebabkan kes kecurian di loji olahan kumbahan melibatkan anggaran kerugian berjumlah RM25.40 juta, air kumbahan tidak dirawat mengikut standard ditetapkan, kerosakan struktur loji serta pelanggaran standard efluen melibatkan fi lesen berjumlah RM1.554 bilion
  • Yang menariknya walaupun IWK terus menerima subsidi kerajaan bagi membantu operasi syarikat, tetapi prestasi kewangan IWK masih lagi kurang memuaskan sehingga tidak mampu menjana keuntungan.
  • Setakat 31 Disember 2011, IWK hanya berjaya membangunkan sistem pembentungan negara ke satu tahap lebih baik selepas 17 tahun mengendalikannya. “Tahniah”
Owh…IWK dapat subsidi kerajan juga, ingatkan rakyat sahaja dapat. Sudah tiba dan ketikanya IWK juga perlu dikenakan rasionalisasi subsidi yang dikenakan kepada rakyat sekarang ini. OK. Laporan seterusnya…..

Laporan Ketua Audit Negara 3 : Keuntungan Syarikat GLC Menurun 13.4%

Dalam bahasa mudahnya apabila pendapatan syarikat-syarikat GLC ini menurun, automatiknya pendapatan negara juga bakal terjejas juga.
  • Hanya 23 syarikat yang memperolehi keuntungan sebelum cukai daripada 47 syarikat GLC yang ada. Itu pun daripada 23 syarikat tersebut, hanya 10 syarikat yang membayar dividen kepada Kerajaan.
  • Jikalau disemak semula prestasi keseluruhan keuntungan syarikat GLC menurun sebanyak 13.4% iaitu berjumlah RM39.788 Bilion.

Laporan Ketua Audit Negara 4 : Lain-lain

  1. Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) ditubuhkan pada 26 Julai 2004 dengan modal berbayar RM300 juta yang mana sekarang ini diletakkan di bawah Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) dengan pegangan ekuiti 100%. Hakikatnya, Rekodnya prestasi kewangan RapidKL kurang memuaskan di mana syarikat telah mengalami kerugian pada tahun 2008 dan 2010 walaupun mencatatkan keuntungan pada tahun 2009. Setakat 31 Disember 2010, kerugian terkumpul RapidKL berjumlah RM293.82 juta.
  2. PNS Francais Sdn. Bhd. (PNSF) yang ditubuhkan pada 2 Ogos 2001 telah menukar namanya kepada Malaysia International Franchise Sdn. Bhd. (MyFranchise) pada 18 Jun 2007. MyFranchise adalah syarikat subsidiari milik penuh Perbadanan Nasional Berhad dengan modal dibenarkan berjumlah RM50 juta dan modal berbayar berjumlah RM27 juta. Objektif penubuhan syarikat adalah sebagai alat untuk meningkatkan keuntungan dengan melabur dalam perniagaan francais di luar negara dan dalam negara untuk mewujudkan pendapatan dan meningkatkan keuntungan syarikat. Pengauditan yang dijalankan mendapati prestasi kewangan syarikat bagi tempoh tahun kewangan 2008 hingga 2010 mencatatkan kerugian berturut-turut bagi 3 tahun tersebut. Nasihat kami, syarikat yang mengalami kerugian seperti ini tidak patut diteruskan andai tidak mendapat trasnformasi sewajarnya. Kerugian RM 16 juta.
  3. Kementerian Pertahanan (Kementerian) telah menyediakan kemudahan Rumah Keluarga Anggota Tentera (RKAT) meliputi 4 perkhidmatan iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Darat Malaysia (TD) dan Angkatan Bersama (Markas ATM) dengan melaksanakan 38 projek RKAT dengan kos asal RM1.740 bilion. Sehingga bulan Disember 2011, sebanyak 46,880 unit RKAT pelbagai kelas telah dibina untuk keempat-empat perkhidmatan tersebut. Laporan Ketua Audit Negara 2011 mengatakan kurang memuaskan. Antaranya disebabkan peningkatan kos projek RM174.43 juta (15.5%) kepada RM1.3 bilion berbanding kos kontrak asal berjumlah RM1.12 bilion. Kerugian minima RM 174.43 juta.
  4. Hospital Information System (HIS) telah dibangunkan pada bulan Mac 2002 (Fasa 1) secara reka dan bina (turnkey) meliputi 13 hospital dengan kos berjumlah RM588.11 juta. Pelaksanaan Fasa 2 pula hanya melibatkan penyenggaraan sistem bagi 12 hospital dengan kontrak bernilai RM334.02 juta. Antara sebabnya Laporan Ketua Audit Negara 2011 mengatakan projek ini tidak memuaskan kerana terdapat beza RM 15 juta antara kroni dan bukan kroni. Ditambah pula dengan lebihan bayaran RM540 000, kemudian tipu selenggara RM 1 juta dengan anggaran tipu selenggaraan sebanyak 72.5 kali ganda. Rugi minima RM 30 juta.
  5. Projek Jambatan Sultan Yahya Petra, Kelantan dianugerahkan kepada Konsortium I.S Resourcers Sdn. Bhd. – RIS Capital Sdn. Bhd. secara rundingan terus dalam tempoh 30 bulan iaitu dari 18 Jun 2007 hingga 17 Disember 2009 dengan kos asal RM143 juta. Bagaimanapun, projek ini telah diserah hak kepada Aneka Prestij Sdn. Bhd. pada bulan Mac 2010 untuk menyiapkan baki pembinaan yang gagal disiapkan setelah mendapat persetujuan daripada JKR. Sehingga 31 Disember 2011, kemajuan kerja di tapak adalah 76.5%. Nilai kontrak semasa dijangka akan meningkat kepada RM177.76 juta iaitu peningkatan sejumlah RM34.76 juta (24.3%) berbanding kontrak asal yang bernilai RM143 juta. Peningkatan nilai kontrak ini juga mengambil kira Arahan Perubahan Kerja berjumlah RM20.61 juta yang masih belum diluluskan. Nampaknya, sekali lagi duit rakyat tidak diurus dengan baik angkara Rundingan terus menjadi faktor utama kroni yang tidak berpengalaman dilantik meski terpaksa menggadai kualiti. Itulah punca kos meningkat, projek lewat dan sebagainya. Projek yang sepatutnya siap pada Disember 2009, namun hari ini Oktober 2012, rakyat Kelantan masih belum dapat menggunakan jambatan tersebut. Rugi RM 34.76 juta.
Senang-senang sahaja dileburkan duit negara & rakyat. Rugi juta sana, rugi juta sini. Rugi bilion sana, rugi bilion sini. Jikalau diuruskan dengan baik kewangan negara, berapa ramai rakyat Malaysia yang mendapat manfaatnya?
Semakan secara kasarnya, kami dapati jumlah kerugian yang sekitar RM42.138 bilion berdasarkan rujukan kami terhadap laporan ketua audit negara 2011.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 ini sebenarnya bukanlah perincian SEMUA jabatan, unit dan sebagainya. Sedangkan, lapran yang ada sekarang ini hanya mengambil sampel jabatan, unit dan sebagainya untuk diaudit. Hakikat yang sebenarnya? Wallahualam.-Beritasemasa

Baca Seterusnya......

Saturday, October 13, 2012

Sistem imunisasi serang sel sihat

PADA pertengahan tahun 2002, Azlina Jaafar, 33, kerap kali demam dan mengalami masalah ruam pada wajah. Perubahan pada kulit kedua-dua belah pipinya yang menjadi kemerah-merahan begitu ketara hinggakan rakan-rakannya mula menegur.

Bagaimanapun, wanita itu tidak pernah mengambil peduli dengan teguran itu. Namun, jauh di sudut hatinya itu, dia mengakui berasa bimbang dengan masalah berkenaan.

Ekoran tidak tahan dengan teguran yang sentiasa diterimanya, Azlina akhirnya ke sebuah klinik untuk menjalani pemeriksaan.

Harapan untuk mendapatkan jawapan bagi masalah ruam itu sia-sia kerana doktor yang ditemuinya itu sendiri tidak dapat mendiagnosis jenis atau sebab dia mengalami simptom gangguan kesihatan tersebut.

Azlina yang masih tidak berpuas hati pernah mengulang kunjungan ke klinik yang sama. Begitupun, dia pulang dengan hampa kerana tidak menerima penjelasan tepat apatah lagi ubat-ubatan atau rawatan susulan.

Hinggalah pada satu hari, wanita itu jatuh sakit dengan situasi yang lebih serius. Berat badannya menurun secara mendadak iaitu kira-kira 10 kilogram dalam tempoh singkat.

“Gusar masalah itu berlarutan, saya merujuk masalah saya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pemeriksaan lanjutan,” ujarnya yang mengakui semakin lemah waktu itu.

Autoimun

Selepas menjalani ujian darah dan air kencing di HKL, Azlina akhirnya didiagnosis menghidap Eritematosus Lupus Sistemik (SLE).

“Pada ketika itu, saya masih tidak memahami tentang SLE secara mendalam, walaupun doktor cuba membantu dengan memberikan saya beberapa keping risalah mengenainya,” kata Azlina.

SLE atau lebih dikenali sebagai lupus adalah sejenis penyakit autoimun yang mengakibatkan sistem imunisasi tubuh menyerang tisu-tisu sihat dalam tubuh.

Penyakit itu sebahagian besarnya melibatkan kaum wanita yang berusia antara 15 hingga 45 tahun.


SETIAP pesakit SLE akan mengalami simptom yang berbeza dan salah satu daripadanya ialah ruam. - Gambar hiasan

Penyakit itu tidak mempunyai simptom spesifik dan petandanya berubah-ubah mengikut individu. Oleh itu, ada yang menderita demam yang berlanjutan, mendapat ruam, rambut gugur, sakit sendi, mudah penat ataupun mengalami kemurungan.

Berikutan simptom yang bervariasi itu, komuniti dunia perubatan turut menganggap lupus sebagai penyakit seribu wajah.


Menceritakan lanjut mengenai kehidupannya selepas didiagnosis dengan SLE, Azlina memberitahu, dia perlu mengambil 12 biji jenis prednisolone sehari selain dua jenis ubat yang lain bagi mengubati penyakit itu.

Namun demikian, selepas dua tahun mengambil ubat-ubatan tersebut, dia terpaksa membuat keputusan drastik dengan meninggalkan kerjayanya sebagai kerani akauntan.

“Saya tidak dapat bekerja kerana berterusan mengalami sakit sendi dan kerap kali demam. Lebih teruk, kaki kanan saya menjadi pendek,” ujarnya yang diberitahu doktor, perkara itu terjadi akibat kesan sampingan pengambilan ubat prednisolone yang menjejas ketumpatan tulang.

Guna tongkat


Bertutur lanjut mengenai perubahan fizikalnya itu, Azlina memberitahu, dia terpaksa bergantung kepada tongkat kerana kemerosotan sokongan dan kekuatan kaki.

Oleh itu, doktor yang merawatnya menyarankan Azlina menggunakan tongkat selain selipar yang lebih tinggi supaya dapat membantunya bergerak.

“Saya terpaksa membeli selipar ringan yang diubah suai ketinggian tapaknya. Setakat ini, saya cuma ada tiga pasang untuk kegunaan harian,” tuturnya yang tinggal di Selayang.

Dalam pada itu, Azlina mengakui ekoran menderita penyakit itu, dia pernah memencilkan diri daripada keluarga dan sahabat handai.

Walau bagaimanapun, sikap Azlina itu hanyalah sementara. Daripada menyendiri dan bersedih, wanita itu semakin menerima keadaan dirinya dengan sabar serta tabah.

Semangatnya untuk menempuh kehidupan sebaik mungkin kembali semenjak dia menyertai Persatuan SLE Malaysia pada tahun 2007. Persatuan itu banyak memberi sokongan selain menganjurkan aktiviti-aktiviti berguna untuk para pesakit SLE.
Tambah Azlina, penyertaannya dalam persatuan berkenaan banyak membantunya menjadi seorang positif dan mendapat maklumat berfaedah berkaitan penyakit SLE.

“Bagi sesiapa yang mempunyai masalah ini, lebih elok mereka menyertai persatuan ini kerana banyak perkara boleh dikongsi bersama ahli persatuan yang senasib dan memahami,” katanya.

Persatuan membantu

Pendapat itu turut disokong seorang guru, Loh Pui Yee, 36. Anak sulung daripada tiga adik-beradik itu mula menyertai persatuan SLE selepas didiagnosis pada tahun 1993.

 
SAKIT sendi juga antara simptom penyakit SLE.

Ketika menerima keputusan itu, dia langsung tidak tahu-menahu mengenai penyakit itu sehinggalah terjumpa risalah mengenai ceramah lupus yang diadakan di hospital tempat dia mendapatkan rawatan.

Tanpa berfikir panjang, dia menyertai ceramah tersebut dan mengetahui lebih lanjut mengenai kewujudan persatuan berkenaan.

Sejak hari itu, kakitangan kerajaan berkenaan mula menyedari betapa pentingnya seseorang individu yang menghidap penyakit berkenaan menyertai persatuan kerana tidak semua perkara boleh didapati dengan mudah.

“Saya pernah tertekan kerana penyakit ini tetapi dengan menyertai persatuan, saya dapat menjalani kehidupan seperti insan normal yang lain.

“Mungkin masih ramai yang senasib dengan saya dan tidak mengetahui tempat bagi mendapatkan bantuan dan rawatan.
“Lagipun, SLE rumit untuk dikawal dan memerlukan rawatan berpanjangan. Maka, bagi mereka yang mengalami masalah yang sama, adalah lebih elok menyertai persatuan,” syornya.

Pui Yee menghidap SLE ketika berusia 17 tahun dan mula mengalami perubahan pada diri seperti penglihatan kurang jelas dan kesan bintik-bintik merah pada muka.

Pada permulaan, dia menyangka ia sekadar gigitan nyamuk namun, selepas insiden pengsan di sekolah dan dirujuk ke hospital, barulah dia mengetahui tentang penyakit yang dihidapinya..

Meskipun terpaksa hidup dengan penyakit itu buat selama-lamanya, dia menerima suratan takdir itu dengan hati terbuka.
Hampir 20 tahun menghidap penyakit itu, dia kini hanya mampu bergantung kepada ubat-ubatan dan mengamalkan corak kehidupan yang sihat supaya keadaan dirinya tidak menjadi bertambah teruk.

Baca Seterusnya......

Agenda BN mainkan isu Soros-Pakatan

panduan penjelasan isu semasa book jasa soros bn 131012 icg anwarProjek memburuk-burukkan pembangkang dengan jutawan George Soros -- seperti yang dilaporkan meluas oleh media sekarang -- telah dirancang oleh sebuah jabatan khas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak pertengahan tahun ini.

Melalui sebuah buku tebal Panduan Penjelasan Isu Semasa terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Ketua Umum PKR Awar Ibrahim didakwa mendapat dana spekulator mata wang dunia itu bagi menghadapi pilihan raya umum.

Dengan menonjolkan beliau sebagai ejen Yahudi Zionis, Soros melalui Institut Masyarakat Terbuka (OSI) didakwa mendanai Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) yang disertai Anwar.

"... Anwar merupakan antara ahli majlis eksekutif ICG ... sebahagian besar (pemimpin) dalam ICG adalah berbangsa Yahudi," buku setebal 322 halaman itu dipetik.

"Soros mengkritik tindakan kerajaan Malaysia dan membela Anwar semasa beliau didakwa atas (tuduhan) salah guna kuasa."

Hubungan Soros-Anwar ini dimuatkan dalam bab "Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) dan hubungan Zionis", satu daripada 22 bab yang disusun bagi menjawab isu dan program yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat sehingga Jun lalu.

soros lse fund raising dinner 181206 sorosBagi menggambarkan perhimpunan "BERSIH 3.0 itu kotor" pula, Anwar didakwa memulakan huru-hara pada 28 April lalu dan beliau sendiri disokong oleh ahli parlimen Australia yang pro-hubungan seks sejenis.

Isu-isu lain yang dimuatkan di bahagian ini termasuklah kontroversi Pusat Fidlot Nasional, himpunan BERSIH 3.0, pemerolehan Scorpene, loji pemprosesan nadir bumi Lynas, program Buku Jingga, kematian Teoh Beng Hock, durian runtuh Felda dan penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGV), tuntutan pelobi pendidikan Cina Dong Zong dan kritikan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Buku yang ditulis dalam bentuk soal jawab ringkas ini turut memberikan perhatian khusus kepada Kelantan dan Sabah.

Sumpah PM tentang Altantuya
Isu-isu utama berkaitan negeri pimpinan PAS itu dimuatkan dalam tiga bab khas: tuntutan royalti petroleum, pencemaran air paip dan projek ladang rakyat.

Tiga bab lagi ditujukan bagi menjawab isu di Sabah: kebanjiran pendatang asing, tanah adat dan kempen "Sabah for Sabahans".

panduan penjelasan isu semasa book jasa soros bn 131012 altantuyaBagaimanapun bab terakhir "tuduhan pembunuhan Altantuya (Shaariibuu)" tidak memakai format soal jawab atau penjelasan lengkap seperti bab-bab lain.

Ia hanya memuatkan sepenuhnya sumpah Perdana Menteri Najib Abdul Razak sewaktu menafikan pembabitannya dengan wanita Mongolia itu bersempena kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008.

Sementara 22 bab lagi disusun bagi menjelaskan dasar-dasar kerajaan dan senarai program yang dimajukannya.

Dibahagikan kepada tiga, bahagian pertama 'dasar-dasar negara' dimulakan dengan bab-bab berikut: Wawasan 2020, gagasan 1Malaysia, Rancangan Malaysia ke-10 dan program transformasi kerajaan (GTP).

panduan penjelasan isu semasa book jasa soros bn 131012 contentIa juga menjelaskan tentang Bajet 2012, skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kempen kerajaan mengurangkan rasuah dan kadar jenayah serta langkah mengawal kenaikan harga dan program meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

Satu halaman diperuntukkan untuk menyenaraikan 20 tokoh paling kaya di Malaysia dengan kesimpulan: " ... orang Melayu hanya tiga orang (15 peratus) manakala Cina 16 orang (80 peratus) dan India seorang (5 peratus)."

Ia juga memuatkan statistik-statistik lain yang menunjukkan kemunduran Melayu dalam bidang ikhtisas (profesional), pemilikan ekuiti dan premis perniagaan.

Bab-bab ini diikuti dengan program memajukan bumiputera seperti Teraju sebelum melakarkan "kejayaan negara" di mata dunia.

50,000 naskhah dicetak
Malaysia digambarkan aman makmur walaupun penduduknya berbilang-bilang kaum dan agama; tidak seperti hura-hara yang dialami dalam krisis Asia Barat beberapa bulan kebelakangan.

Buku panduan berbahasa Melayu ini disediakan sebagai rujukan pegawai kempen JASA -- satu daripada beberapa badan utama gerak saraf kerajaan -- dan ia dibuka dengan petikan kata-kata Najib.

panduan penjelasan isu semasa book jasa soros bn 131012 najib"Kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali bermaksud sebagai kewenangan hak kepada mana-mana pihak untuk membuat fitnah dan menghasut api kebencian."

Dalam kata pengantarnya, ketua pengarah JASA, yang juga pemimpin lama Umno, Fuad Hassan berkata buku ini disediakan bagi menjawab sebaran maklumat pantas melalui media Internet.

Pada Mac lalu, menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan Rais Yatim dilaporkan berkata sebanyak 50,000 naskhah akan dicetak, termasuk untuk rujukan orang awam di luar bandar.

Selain JASA, menurut beliau lagi, agensi-agensi yang merujuk buku panduan itu termasuklah Jabatan Penerangan, agensi berita rasmi Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Satu salinan buku ini diperolehi oleh Malaysiakini bulan lalu sewaktu menghadiri siri penjelasan JASA di Kuala Lumpur berhubung bantahan pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan.

Edisi digital buku ini boleh juga diperolehi di laman web rasmi Jasa.

Walaupun bahan-bahan ini disediakan di antara selepas perhimpunan BERSIH pada hujung April lalu dan menjelang penyenaraian FGV akhir Jun, tidak dapat dipastikan bila ia mula dicetak dan diedarkan.-Mkini

Baca Seterusnya......

PM: Tiada salahnya saya jumpa Soros

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bahawa beliau bertemu dengan jutawan George Soros di New York dua tahun lalu.

Najib menegaskan pertemuan di Manhattan itu diadakan "atas permintaan dia" - yang pernah didakwa sebagai penyangak mata wang sewaktu krisis ekonomi Asia pada 1997.

"Ya, saya jumpa atas permintaan dia (Soros), dan selepas Tun Mahathir pun jumpa George Soros. Saya anggap itu tidak ada masalah, bagi saya nak jumpa George Soros.

"Yang penting apa yang dibincangkan. Jadi kita tak bincang nak menjatuhkan kerajaan atau mendapatkan kewangan dan sebagainya. Ia adalah kunjungan hormat yang biasa," katanya selepas diminta pemberita untuk mengesahkan pertemuan itu.

Ditanya apa yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut, Najib yang juga pengerusi BN berkata:

"Ia adalah pertemuan antara dua pihak, ia adalah kunjungan hormat".

"Tidak ada salah, tidak ada niat jahat, dan tidak ada perkara yang perlu dibimbangi," katanya lagi.

Ditanya sama beliau menasihat Soros jangan membiayai kepada "kerajaan boneka", Najib berkata:

"Kami tidak bercakap mengenai perkara itu dan beliau tidak menyentuh mengenai perkara tersebut.

"Saya berjumpa dengannya kerana beliau mahu bertemu dengan saya.

"Dan hakikatnya Tun Mahathir bertemu dengan beliau sebelum ini. Tak ada salah," katanya sambil menegaskan pertemuan tersebut adalah kunjungan hormat dan tidak ada masalah mengenainya.

Baca Seterusnya......

Tan Sri ajak Neelofa lakukan seks

Siapa yang mahu perkara sebegini (gangguan seksual) berlaku dalam industri seni negara. Namun, itulah hakikatnya dan ia berlaku sejak dulu lagi. Saya banyak melalui pengalaman dan diganggu secara seksual oleh golongan VIP daripada seseorang bergelar Datuk sehinggalah Tan Sri. Mereka ada pelbagai cara untuk mendekatkan diri dengan saya – ada yang tawarkan kemewahan dengan memberikan peluang perniagaan, ada juga yang mahu memberikan wang.

Ada juga yang menghubungi semata-mata untuk mengajak saya keluar makan. Bayangkan, mereka sanggup memberikan saya peluang perniagaan serta wang tetapi saya percaya mereka tidak ikhlas dan ada maksud tersirat di sebaliknya.

Tidak perlu saya jelaskan siapa mereka, cuma yang boleh saya beritahu, mereka bukan orang biasa tetapi dalam golongan elit. Begitupun, saya ada pendirian dan tak mahu terjebak dengan perkara negatif begini. Malaysia ini kecil, apa lagi Kuala Lumpur, lambat laun orang akan tahu apa yang kita lakukan, lebih-lebih jika bergelar artis, kisah peribadi bukan rahsia. Untuk jangka masa panjang, saya tidak mahu perkara sebegitu merosakkan reputasi dan imej saya.

Biasanya jika berdepan dengan situasi sebegini, saya ada cara untuk memberi maklum balas dan reaksi.

Saya tolak secara berhemah, sama ada menghubungi melalui telefon atau melalui khidmat SMS. Bila ada Datuk atau Tan Sri pelawa ajak makan, saya akan jawab apa yang sepatutnya. Saya tidak pandai hendak bermanja-manja menjawab panggilan merka.

Pernah juga apabila bersua dan bertentang mata, VIP mempelawa saya untuk meraikan majlis tertentu. Tidak ada masalah untuk saya penuhi permintaan itu, tetapi saya hanya akan pergi jika ada kenalan saya. Selepas majlis selesai, saya tidak akan terima apa-apa ajakan lain, walaupun sekadar nak minum kopi bersama. Namun, pada masa yang sama saya juga tidak mahu mereka sakit hati hingga menimbulkan rasa benci apabila menolak pelawaan mereka.

Saya bimbang nanti mereka boleh bertindak lebih buruk. Macam-macam yang mereka boleh lakukan. Setakat ini belum ada berani pergunakan saya atau ajak sehingga ke bilik tidur. Ada rakan artis yang berdepan pengalaman sebegitu.

Mungkin kerana karekter saya juga. Mereka (golongan VIP) mungkin cuba dekati artis yang mereka temui di kelab malam, saya pula tidak ke kelab malam, apatah lagi minum arak. Saya juga tidak akan keluar bersendirian, sebaliknya sentiasa bersama orang yang rapat dengan saya (terutama keluarga). Nak jumpa sesiapa pun, saya tidak keluar sendiri, pasti ada orang temankan saya.-Neelofa (utaranews)

Baca Seterusnya......

Wednesday, October 10, 2012

Kombinasi Makanan Dan Ubat Yang Berbahaya

Dalam entri kali ini, kami ingin berkongsi tentang info penting mengenai makanan dan ubat-ubatan. Mungkin anda tidak tahu terdapat makanan yang akan menimbulkan interaksi jika diambil dengan ubat tertentu.

Walaupun makanan merupakan sumber penting tenaga di dalam tubuh, tetapi makanan juga boleh membuatkan ubat yang anda ambil menjadi tidak berguna, tiada effect malah boleh menjadi bahaya kepada anda sekiranya diambil secara berterusan. Nak tahu apa kombinasi makanan dan ubat tersebut? Jom baca selanjutnya...

MAKANAN PRODUK SUSU

Kalsium dalam susu dibuktikan boleh mengikat minosiklik dan tetrasiklik dari antibiotik. Gabungan keduanya akan menyebabkan antibiotik tidak larut dan tidak dapat diserap oleh tubuh. Setengah liter susu sahaja sudah cukup untuk mengurangkan keberkesanan antibiotik sehinggan 80 peratus. Selain itu, kalsium juga mengganggu penyerapan ubat osteoporosis.

Sebaiknya, anda perlu menghindari pengambilan susu dalam waktu 2 jam sebelum atau selepas pengambilan ubat.

KEJU

Produk makanan dari keju pula mengandungi tyramine yang akan berinteraksi dengan ubat anti murung (anti depression). Gabungan keduanya akan mengakibatkan enzim yang berfungi untuk mencerna senyawa menjadi tidak aktif. Keadaan ini akan menyebabkan tekanan darah tinggi yang merbahaya.

MAKANAN PANGGANG

Pesakit asma perlu menghindari makanan panggang khususnya daging panggang kerana kandungan karbonnya boleh menyebabkan ubat asma yang diambil menjadi tidak berguna. Selain itu, pengambilan karbon ini juga menyebabkan penyakit asma yang dihidapi menjadi semakin teruk.

MAKANAN BERSERAT

Makanan berserat dikatakan boleh melambatkan kesan banyak ubat seperti ubat diabetes (metformin) dan ubat statin (ubat penurun kadar kolesterol). Sebaiknya, hindari pengambilan makanan berserat seperti buah-buahan dalam masa 2 jam sebelum dan selepas pengambilan ubat tersebut.

SAYURAN HIJAU

Antara contoh sayuran hijau adalah seperti kobis, kacang soya, gandum dan sebagainya. Sayuran hijau yang mengandungi vitamin k berfungsi untuk membantu pembekuan darah, selain pembikan tulang. Jadi, sekiranya anda terpaksa mengambil ubat untuk mencairkan darah, anda sepatutnya menghindari pengambilan sayuran hijau.

JUS BUAH

Jus buah terutamanya jus anggur mengandungi furanokumarin yang merencatkan enzim dalam usus. Enzim yang dimaksudkan berfungsi untuk menghindar bendasing dari masuk ke dalam usus. Pengambilan jus anggur boleh merencatkan keberkesanan ubat yang diambil sehingga anda terpaksa mengambil sehingga 2-3 kali ganda dari dos yang disyorkan.

Elakkan kombinasi jus anggur dengan ubat anti murung (anti depression), ubat alergik, statin dan sebagainya yang berkaitan rapat dengan jantung dan hati. Manakala jus kranberi dan jus buah delima boleh melambatkan kadar pencairan darah oleh hati.

Semoga entri kami kali ini bermanfaat untuk anda!

Baca Seterusnya......

Tol Percuma di Selangor Bermula Januari 2013? Apa Kata Anda?

Tol Selangor (BREAKING NEWS) Tol Percuma di Selangor Bermula Januari 2013? Apa Kata Anda?
Terdetik di hati kami mengapa cadangan seperti tidak dilaksanakan dengan lebih awal lagi? Mengapa perlu tunggu di ambang pilihanraya Umum ke 13, barulah kedengaran mahu melaksanakan penghapusan tol (tol percuma)? Ya…tol percuma di Selangor selepas ini….

Inilah antara berita terbaru yang kami terima yang mana kerajaan Selangor sekarang ini sedang dalam proses untuk melaksanakan tol percuma di Selangor selepas ini.

Bagaimana Kerajaan Selang0r Mahu Melaksanakan Tol Percuma di Selangor?

Kami diberitahu yang mana kerajaan Selangor akan mengambilalih beberapa konsesi lebuh raya yang beroperasi di Selangor dalam masa terdekat ini. Dan dengan pengambialihan beberapa konsesi tol ini pastinya membuka “satu dimensi” baru untuk langkah seterusnya melaksanakan dasar tol percuma di Selangor. Dan dasar tol percuma selepas tol-tol ini dihapuskan, ia dijangka akan dilaksanakan pada Januari 2013.

Rupa-rupanya kerajaan negeri Selangor sekarang mempunyai kepentingan melebihi 30% dalam syarikat seperti :
  1. Syarikat pengendali lebuhraya KESAS (melalui PKNS)
  2. Grand Saga (Taliworks, Kumpulan Peransang Selangor – KPS)
  3. SPRINT (KPS)
Kalau kita semak semula berita sekitar Mei 2012 yang lalu, kerajaan Selangor telah menetapkan syarat baru yang mana semua projek lebuhraya yang mahu dijalankan di Selangor pada masa hadapan memerlukan exit clause. Apa yang dimaksudkan dengan terma “exit clause” :
Exit clause yang dimaksudkan adalah, pengurusan lebuhraya akan diserah semula kepada kerajaan negeri setelah syarikat pengendali konsesi mencapai keuntungan, tanpa mengambil kira tempoh keseluruhan konsesi.
hapus Tol (BREAKING NEWS) Tol Percuma di Selangor Bermula Januari 2013? Apa Kata Anda?
Sumber : The Star Online
Kami petik semula sebahagian maklumat daripada laporan berkenaan tol yang pernah kami keluarkan dahulu, “Hapus Tol PLUS “Bakal” Dilakukan Kerajaan Sekarang VS Malaysia Boleh Muflis!!

Antara Fakta Konsesi Tol Bagi – Lebuhraya-Lebuhraya di Malaysia

Pembinaan Lebuhraya Utara Selatan :
  • Mula Dibuka : 8 September 1994
  • Kos Pembinaan : RM 6 billion
  • Pendapatan : RM24.3 billion
  • Keuntungan : RM 18.3 billion setakat ini………….
  • ROI : 305%
  • Tempoh konsesi : Sehingga Disember 2038.
Pembinaan Lebuhraya Metramac
  • Kos Pembinaan : Hanya RM45 juta
  • Keuntungan : RM440 juta
  • ROI : 978%
  • Pembinaan Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak
  • Kos Pembinaan : Sekitar RM451 juta
  • Keuntungan : RM1.4 billion
  • Tempoh konsesi : selama 38 tahun.
Pembinaan Lebuhraya Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  • Kos Pembinaan : RM1,08 bilion
  • Keuntungan : RM1.61 bilion.
  • Tempoh konsesi : selama 34 tahun
Pembinaan  Lebuhraya Cheras-­Kajang oleh syarikat konsesi Grand Saga Sdn. Bhd. (GSSB)
  • Perjanjian Konsesi ditandatangani : 19 September 1995
  • Lebuh raya Dibuka : 15 Januari 1999.
  • Jarak : 11.5 kilometer itu bermula dari Persimpangan Taman Connaught, Cheras hingga ke Persimpangan Saujana lmpian, Kajang.
  • Kos Pembinaan : RM282 juta
  • Kos Pengambilan Tanah : RM 194.5 juta ditanggung oleh Kerajaan
  • Kos Operasi & Penyenggaraan : RM 147.31 juta (Setakat 31 Disember 2010)
  • Jumlah Kutipan : RM 585.5 juta (Setakat 31 Disember 2010)
  • Tempoh konsesi : Sehingga 2030
Tol Malaysia (BREAKING NEWS) Tol Percuma di Selangor Bermula Januari 2013? Apa Kata Anda?  
Kalau di Amerika, mereka juga di sana memiliki sistem tol di sana. Bezanya di sini dengan Malaysia, di Amerika mana-mana konsesi yang telah mencapai atau melepasi keuntungan yang munasabah akan ditamatkan konsesi dan langkah ini kami lihat tidak membebankan pengguna tol di sana secara berterusan. Cukuplah…nak untung berapa bilion lagi daripada pengguna tol di Malaysia. Inilah yang kami gelarkan “skim cepat kaya” golongan kapitalis di zaman moden.

Tol dalam bandar adalah kos tambahan yang sebenarnya sangat membebankan rakyat yang tinggal di bandar setiap hari, Tidak kira apa peringkat, berbanding tol antara negeri yang dikendalikan PLUS sekarang. Sudahlah dibebankan dengan bayaran meletak kereta yang tinggi, terpaksa pula membayar tol untuk sampai ke tempat kerja.

P/S : Harapan kami juga, beberapa konsesi tol yang dah capai keuntungan yang munasabah itu, tamatkanlah konsesinya. Apa kata anda pula?- Beritasemasa

Baca Seterusnya......