- Sesetengah ibubapa dan pelajar sekolah
“beratur panjang” bagi mendapatkan bantuan RM100 yang sedang rancak
diagihkan ketika ini (Seperti DI SINI)
- Rebat telefon pintar masih terus berjalan
- Pemberian BR1M yang akan bermula dijangka awal bulan Februari 2013 (Tarikhnya DI SINI)
- Dan…cuti sekolah Mac 2013 ini
- Hari terakhir untuk bubar Parlimen ialah 28 April 2013
- Penggal DUN Negeri Sembilan berakhir pada 27 Mac 2013
Bubar Parlimen 2013 : Tarikh-tarikh Penting
Berdasarkan maklumat yang tersebar ketika ini, dan kami rasa ada yang
sudah sedia maklum dan ianya bukan sekadar cakap-cakap yang berlegar di
kedai kopi sahaja. Beberapa tarikh-tarikh penting berkenaan Pilihanraya
Umum telah pun dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk dipertimbangkan :
- Bubar parlimen : 22 Februari 2013 (Jumaat)
- Penamaan calon : 16 Mac 2013 (Sabtu)
- Hari mengundi Piliahnraya Umum ke 13 : 30 Mac 2013 (Sabtu)
Jadi mana-mana yang ada program-program
penting telah pun sepanjang tempoh di atas, boleh susunkan semula
daripada sekarang ini. Manakala kalangan penganalisis politik pula
menjangkakan tarikh terdekat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
bubar Parlimen adalah sekitar 17 hingga 28 Februari 2013 ini. Jadi
sememangnya tarikh bubar parlimen 2013 tidak akan lari daripada tempoh tersebut.
Walauapapun, kami tidak kisah “apa
warna” idelogi politik anda, samada Barisan Nasional ataupun Pakatan
Rakyat. Yang penting bagi kami, tidak kira anda pengundi lama ataupun
pengundi yang baru, ramai-ramai jalankan tanggungjawab anda kepada masa
depan negara.
Ada yang mengatakan, Datuk Seri Anwar
Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 7 sekaligus memimpin
kemenangan Pakatan Rakyat apabila ramai yang melihat dan memerhatikan
daripada jauh rentak sokongan dan populariti kajian Pusat Kajian
Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL)..
Najib Razak & Barisan Nasional Terus Mendapat Sokongan Rakyat..
Pendapat kami pula mengatakan, dalam politik ini sebenarnya boleh disamakan situasinya seperti “untuk tempoh satu minggu sahaja merupakan satu perjalanan yang sangat jauh dan panjang“.
Macam-macam boleh berlaku dalam tempoh seminggu tersebut. Oleh itu, ya
kajian UMCEDEL adalah satu kajian, tetapi kajian di atas tidak
mempengaruhi “mood sebenar” pengundi pada Pilihanraya Umum ke 13 yang
akan datang secara keseluruhannya. Mood penguni boleh berubah dalam
sekelip mata
- Mungkin Barisan Nasional akan merasai buat pertama kali selepas 50 tahun, bergelar pembangkang di Malaysia @
- Anwar Ibrahim akan bersara terus
daripada politik negara dan bergelar pensyarah contohnya dek kerana
kalah dalam Pilihanraya Umum ke 13. Seperti yang Anwar Ibrahim pernah
katakan (DI SINI)
Macam-macam boleh berlaku. Seperti mana yang berlaku ketika zaman Tun Abdulllah Ahmad Badawi menghadapi Pilihanraya Umum ke 12, di mana mendapat kajian populariti yang agak tinggi.
Tetapi hakikanya di lapangan padang yang sebenar semasa PRU ke 12, apa
yang berlaku? Bagi kami sokongan populariti yang diwarwarkan sekarang
samada mendahulu ataupun terus meningkat naik bukanlah satu “kayu ukur”
yang sebenar. Tetapi yang bertitik tolak kepada pendirian, dan harapan
anda semasa hari pengundian kelak?
P/S : Andakah sudah bersedia menghadapi
saat-saat bubar parlimen 2013 tidak lama lagi? Sudah ada pilihan calon
ahli politik mana dan parti politik mana yang bakal jadi pilihan anda?
PP/S : Belumpun belum lagi bubar parlimen 2013, kempen pilihanraya sedang rancak dijalankan ketika ini…