KUALA LUMPUR: Media antarabangsa, AFP melaporkan, tiada masa yang lebih menguntungkan menjadi seorang pengundi di Malaysia, apabila pesaing politik kini menghujani orang ramai dengan wang tunai dalam persaingan pilihan raya yang sengit, mencetuskan kebimbangan tentang hutang negara yang meningkat.
Dengan pilihan raya yang bakal berlangsung pada 5 Mei ini dijangkakan yang paling sengit sejak 56 tahun kemerdekaan Malaysia, perikatan Barisan Nasional (BN) yang telah lama memerintah, memberikan berbilion dolar dalam bentuk wang tunai, kenaikan gaji dan habuan lain kepada kakitangan awam, golongan miskin, warga tua, peladang dan pelajar.
Pakatan Rakyat yang mentadbir empat negeri juga memberikan habuan di peringkat negeri dan berjanji akan memberikan lebih banyak faedah jika ia berjaya menawan Putrajaya.
Jumlah habuan yang diberikan tidak pernah dilihat sebelum ini dan menggambarkan taruhan tinggi di mana kerajaan yang memerintah terdesak untuk mengekalkan kuasa dan keistimewaan lumayan, sementara pembangkang berusaha memanfaatkan peluang terbaiknya untuk membentuk kerajaan.
"Ahli politik hari ini bersungguh- sungguh menanam benih krisis ekonomi untuk diwarisi anak-anak kita," kata Encik Wan Saiful Wan Jan, ketua badan pemikir, Institut bagi Demokrasi dan Ehwal Ekonomi (Ideas).
Tambahnya, jika Malaysia menghadapi krisis kewangan di masa hadapan, ahli sejarah ekonomi mungkin akan mengesan pilihan raya kali ini sebagai puncanya.
Tidak ramai penganalisis yang melihat ancaman bencana serta-merta, sambil menarik perhatian bahawa situasi ini dapat ditangani dengan membuat beberapa pilihan politik sukar selepas pilihan raya.
Tetapi sesetengah penganalisis mengatakan perbelanjaan pembangunan yang sangat diperlukan mungkin akan mengecut jika persaingan politik mengatasi perancangan politik di negara di mana subsidi populis telah menjadi sesuatu yang dijangkakan pengundi.
Dalam e-melnya kepada agensi berita AFP, Datuk Seri Najib berkata "hutang kita tidak akan melebihi 55 peratus GDP".
Tetapi para pengkritik menarik perhatian bahawa hutang awam "tersembunyi" seperti hutang yang dijamin kerajaan telah berganda sejak Datuk Seri Najib mengambil alih kuasa pada 2009.
Penganalisis politik Malaysia, Profesor Bridget Welsh, pula menganggarkan bahawa sejak mengambil alih kuasa, Datuk Seri Najib telah mengagihkan sebanyak AS$19 bilion dana awam atau AS$1,400 bagi setiap pengundi, untuk tujuan "perbelanjaan politik" yang memberi manfaat kepada BN.
Menurut Profesor Welsh, dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU), jumlah itu "merupakan yang paling bayak menjelang pilihan raya".
Sepanjang kunjungannya dalam tempoh berkempen, Datuk Seri Najib juga sering mengingatkan rakyat tentang habuan yang telah diberi dan memberitahu mereka untuk 'membayar balik' manfaat yang diterima di kotak undi.
"Jika beliau menang, ia (habuan) akan menjadi tongkat yang digunakan ahli politik untuk bergantung, lanjutan politik wang," katanya. - AFP.
Tuesday, April 30, 2013
Laporan AFP: Malaysia dicengkam hutang akibat politik rakus Umno BN
Posted by Suhaimi at 2:25 PM 0 comments
Kenapa saya tinggalkan Anwar? Sebab lumayannya wang yang UMNO beri!
Oleh: notan
"Assalamualaikum Saya teringat kisah lampau ketika menghuni di blok D tingkat 3, kolej keempat UM bersama sama sebahagian besar rakan rakan pelajar dari Kelantan termasuk Proffesor Agus Yusof.
Pada masa pemilihan UMNO yang pertama kali menemukan DSAI dan Dato' Suhaimi Kamaruddin untuk jawatan ketua pemuda UMNO, ada seorang senior saya yang mengikuti perkembangannya melalui radio dan setiap perkembangan itu akan dilapurkan di bilik saya, bilik D-304 dan beberapa bilik rakan rakan yang lain termasuk bilik Agus.
Paling menarik apabila senior saya ini memberi komennya terhadap ucapan pendahuluan calon yang bertanding.Katanya "Dato' Suhaimi kata saya serahkan kepada perwakilan untuk memilih tetapi Anwar(masa tu belum dapat dato' lagi)kata saya serahkan kepada ALLAH. Anwar serah kepada ALLAH, sedang Dato suhaimi serah kepada perwakilan, tak dok gapo satu, Anwar sudah menang!
Keyakinan yang tinggi kepada kuasa ALLAH mengatasi segala galanya.Sementara sahabat yang menjadi room mate Agus, ketika mula mula menjadi pensyarah di ITM pernah juga menyatakan bahawa DSAI adalah seorang pemimpin yang mahu memartabatkan Islam, bukan PAS sahaja yang mahu memartabat Islam.DSAI mewakili keinginan ahli UMNO untuk turut sama memperjuangkan Islam.
Akhirnya saya faham dan yakin dengan kata kata sahabat yang ketika mula mula memulakan karier pensyarahnya sudah terdedah dengan apa yang mahu DSAI perjuangan.Dan saya juga faham bahawa ketika DSAI diusir dari UMNO, maka terhakislah usaha menjadikan Islam sebagai panduan dalam UMNO.Saya juga pernah membaca risalah yang ditulis oleh DSAI ketika beliau masih dalam ABIM dan mengajar di Yayasan Anda.Terus terang saya katakan saya kagum dengan cara DSAI menulis dan menyelitkan ayat quran di antara hujah dan keterangannya.Saya yakin DSAI adalah seorang yang mahir dengan quran walaupun saya tidak pernah setuju dengan keputusan DSAI menyertai UMNO.
Saya pernah berkata kepada rakan rakan bahawa DSAI hanya seekor ular yang masuk ke kelompok manusia, terdedah kepada dua kemungkinan samada dia membunuh atau dibunuh.DSAI membuktikan kata kata saya benar kerana akhirnya ular itu dibunuh oleh kelompok manusia yang bernaung di bawah UMNO.
Keputusannya menyertai UMNO adalah salah tetapi kesan dari penyingkirannya amat besar kepada politik negara. Kalau bukan kerana penyingkiran DSAI dari UMNO, usaha pembangkang untuk menyedarkan rakyat tidak akan jadi seperti hari ini.Kalau dulu PAS ditertawakan kerana bermimpi untuk menegakkan negara Islam sedang bertanding cuma 70 kerusi tetapi hari ini mimpi itu bukan mimpi lagi, ianya hampir menjadi kenyataan.Kalau dulu PAS tidak dianggap boleh bergabung dengan DAP kerana ideologi yang bertentangan seperti dua orang yang tidur sebantal tetapi mimpi lain lain tetapi hari ini DAP sudah bersedia menjadi adik kepada PAS dan mempertahankan PAS walaupun masih lagi tegas dengan ideologi mereka.
Itulah perancangan ALLAH yang maha besar dan tidak terfikir oleh manusia sebaliknya manusia yang memakai jenama UMNO tidak dapat melihat hikmah dari segala yang berlaku.Mereka masih lagi bebal dan kebal jahil kerana enggan mengakui yang berlaku ini adalah kehendak ALLAH.Sekuat mana mereka merancang dan berusaha membunuh karektor DSAI, tetapi ALLAH tetap melindunginya, maka sehingga hari ini DSAI terus hidup.
Malangnya UMNO tak pernah berhenti untuk mencuba membunuh DSAI.Lepas satu, datang satu permainan UMNO yang merupakan fitnah walaupun sudah ada bukti yang jelas mengenai fitnah itu, namun UMNO tetap tegar untuk mengatakan itu adalah benar.
Terbaru UMNO mengedarkan risalah yang memuatkan sebab kenapa bekas rakan rakan DSAI meninggalkannya.Berbagai alasan yang diberi termasuk penegasan Dato Eskey bahawa orang yang ada dalam video fitnah itu adalah DSAI dan entah apa apa lagi.Tetapi yang peliknya, kalau benar mereka ini rakan DSAI kenapa selepas meninggalkan DSAI mesti bersubahat dengan UMNO sehingga ada yang mendakwa UMNO sajalah yang benar padahal dakwaan itu sendiri merupakan pembohongan.
Kalau mereka semua berkata sebab kenapa mereka tinggalkan DSAI adalah kerana tawaran kewangan UMNO sukar ditolak sedangkan DSAI tidak pernah memberikan apa apa kepada mereka, itu boleh diterima.
Posted by Suhaimi at 2:20 PM 0 comments
Mahathir Memperorak Peranda Umno Pasir Mas
Sumber MSO
Ahli Umno yang waras atau yang tidak gila seperti mana disebut Inchek Ibrahim Ali yang pernah mengatakan hanya orang gila sahaja menyertai Umno, pasti tidak setuju dengan tindakan Mahathir Mohamad yang bermati-matian memberi sokongan kepada calon Bebas di Pasir Mas. Sebagai ahli Umno dimanakah logiknya Mahathir memberi sokongan kepada seorang calon Bebas yang juga menjadi pengkhianat kepada Umno.
Mahathir: Menyesatkan politik Umno.
Ahli Umno yang mahukan kepada integriti pasti marah dengan politik 'reban ayam' Mahathir itu. Dalam menyokong Inchek Ibrahim, beliau juga akan membela Che Johan Che Pa yang tidak menyerahkan borang pencalonan. Kata Mahathir dia akan menjadi peguam kepada Johan kalau timbalan ketua bahagian Umno Pasir Mas itu dihadap ke mahkamah keadilan parti. Apakah cara dilakukan Che Johan itu boleh diterima oleh ahli Umno seluruhnya?
Mungkin iya bagi ahli Umno gila tetapi tidak bagi yang rasional dan berintegriti dan mementingkan maruah dalam berpolitik.
Mahathir boleh terima apa dilakukan Johan sebab ia satu pengorbanan kepada Inchek Ibrahim Ali. Mahathir berbudi dan terhutang nyawa politik dengan Ibrahim maka dia kena balas dengan apa cara sekali pun. Tetapi apakah maruah parti apabila seorang pengkhianat dipeluk dan dicum? Ahli yang waras dan tidak gila tetap akan melihat tindakan Che Johan itu satu pengkhiantan dan menjatuhkan maruah parti sebab ia tidak akur kepada keputusan parti. Belum pernah dalam sejarah 12 kali pilihan raya ada calon Umno yang pengecut untuk menyerah borang. Tidak pernah...
Sebenarnya apa dilakukan Johan dan Mahathir itu besar implikasi dan risikonya. Ia akan menjadi iktibar untuk masa akan datang. Di masa akan datang akan ada calon Umno tidak menyerahkan borang pencalonan yang dilakukan atas nama pengorbanan atau pun kerana dibayar. Kes yang dilakukan Johan itu akan menjadi rujukkan. Kalau ia dirujuk siapa yang perlu dipersalahkan? Pemimpin hari inilah, Najib, Muhyuddin dan lain-lain. Mereka akan dipersalahkan oleh sejarah dan dunia.
Begitu juga apa dilakukan Mahathir akan dijadikan menjadi percedent, ikutan. Di mana ahli yang buat salah tidak perlu gundah guala kerana mereka akan dibela atau diberi sedikit upah. Mahathir sudah mengajar sesutau yang songsang di dalam Umno. Inilah ajaran sesat dalam parti Melayu berkenaan. Kesesatan atau kerakusan melakukan apa saja kepada parti inilah menjadi Tengku Razaleigh Hamzah bersama rakan-rakan dahulu keluar parti dan menubuhkan Semangat 46. Alasan besarnya Umno sudah terpesong jauh dari landasan asalnya. Dari 'keMelayuan' kepada 'keMamakan".
Sebenarnya cara Mahathir tidak pelik. Di eranyalah Umno telah diharamkan di mahkamah. Dia sendiri juga dipecat dari Umno kemudian masuk kemudian keluar kerana tidak bersetuju dengan presiden, kemudian masuk balik. Dialah yang menulis surat layang memburukkan presiden parti. Cara Mahathir berminan politik sebenarnya sudah tidak waras dan sangat busuk dan jahat. Cuma ahli Umno yang mabuk dengan 'kuntau'nya saja tidak berani berbuat apa-apa, tetap memuji dan memuja Mahathir sebagai hebat walaupun kebusukan sampai ke usus.
Inchek Ibrahim Ali bukan calon Umno, dia adalah calon Bebas yang menggunakan lambang bunga raya. Ibrahim juga dipecat oleh Umno seumur hidup kerana menentang calon Umno dalam dua pilihan raya 2004 dan 2006. Macam mana orang yang telah dibuang seumur hidup dalam parti boleh disokong oleh bekas presiden? Tidakkah itu gila namanya? Mereka yang lurus dan ikhlas berpegang kepada undang-undang dan peraturan tidak dapat menerimanya walaupun cuba disogok dengan wang yang banyak. Lainlah yang gila...
Apa yang berlaku di Pasir Mas baik oleh Johan, Ibrahim dan Mahathir sesuatu yang ganjil dan pelik. Ia adalah terjemahan kepada Umno itu sendiri yang sudah berusia lebih 60 tahun dalam keadaan gayut dan nyanyuk. Ahlinya boleh melakukan apa sahaja kepada parti sehingga mencemarkan maruahnya, kerana politik atau disebabkan keadaan terlalu terdesak.
Kepelikan di Pasir Mas menunjukkan Umno sudah terdesak untuk kalah. Umno akan menghalalkan apa saja demi menyelamatkan kuasa dan kedudukan. Umno sedia mengambil atau menggunakan bukan saja mereka yang tidak waras, hatta haiwan atau binatang pun akan digunakan sekiranya ia dianggap berfaedah. Itulah cara Umno. Apakah situasi ini orang Pasir Mas khasnya ahli Umno tidak faham? Macam mana pula perasaan ahli-ahli Umno dan pimpinan Umno bahagian Pasir Mas yang lain yang ada nilai dan maruah. Dengan apa yang berlaku mereka seolah-olah 'diperlembulaki Sharizatkan' oleh Mahathir, Johan dan Inchek Ibrahim Ali.
Hanafi Mamat sebagai ketua bahagian seakan merelakan apa yang berlaku kerana dia lepas. Hanafi juga menumpang 'tui' Ibrahim di Pasir Mas untuk menang di Tendong. Dia seorang individualistik. Belum tentu Hanafi boleh menang di Tendong kerana bekas Adun Fauzi Muhammad sedang menanti dengan onak dan duri dalam senyap di sana. Hanafi tidak mempedulikan kepada ahli dan pengikut lain. Sikap terima tanpa bantah oleh Hanafi ke atas apa yang berlaku menunjukkan kelemahan dan tidak ada kredibilitinya beliau sebagai seorang ketua.
Jelas penerimaan itu Hanafi mementingkan kedudukan dan bukan menjaga maruah parti dan dirinya. Apa yang boleh diharapkan kepada seseorang yang tidak ada maruah? Kalau begitu elok saja Hanafi letakkan jawatan sebagai ketua bahagian dan serahkan terus kepada Ibrahim Ali. Tidak perlu tanya apakah ia bertentangan dengan perlembagaan atau tidak, lakukan sahaja. Umno kini yang dalam keadaan nazak sudah tidak menghormati perlembagaan dan peraturan lagi. Perlemnbagaan Umno sudah lama dijadikan penyapu punggung untuk membodek. Semuanya menjadi caca merba seperti mana Mahathir tuduh kepada pakatan pembangkang.
Pengundi di Pasir Mas yang masih ada nilai moral dan berpegang kepada disiplin hidup dan agama diharap dapat menilai kerencaman politik Umno di Pasir Mas. Pilihan raya ini adalah peluang terbaik untuk ahli Umno mengajar sesetengah pemimpin Umno di Pasir Mas yang diam-diam sudah terlarut dalam ajaran politik sesat Ibrahm Ali yang tidak ada air muka, tidak ada maruah dan sanggup memakai bangkai demi survive politik.
Ibrahim termasuk juga Hanafi Mamat perlu dikalahkan demi membina Umno baru yang berwibawa dan bermaruah di Pasir Mas. Ini kalilah.
Posted by Suhaimi at 2:13 PM 0 comments
Gambar Tun Mahathir Salah Guna Harta Kerajaan Semasa Kempen PRU13?
BN dan UMNO sebenarnya masih lagi tidak serik-serik lagi. Walaupun sudah berulangkali dinasihatkan agar tidak menggunakan sebarang harta kerajaan semasa kempen PRU13 ini, mereka masih berdegil.
Terbaru, Dr. Mahathir dikesan dikatakan menaiki helikopter TLDM dari Kuala Lumpur ke Pengkalan TLDM Lumut untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Perpaduan Ummah Menjelang PRU13″ pada 23 April 2013 yang lalu. Apa pengisian dalam ceramah tersebut? Semuanya akan Berita Semasa dalam laporan berita yang seterusnya…
Apa yang kami kesalkan, mengapa penggunaan harta kerajaan semasa tempoh berkempen dibenarkan dan ditutup sebelah mata sahaja oleh pihak-pihak berkenaan?
Dr Mahathir selaku mantan Perdana Menteri Malaysia sepatutnya lebih tahu mengenai undang-undang dan larangan menggunakan harta benda kerajaan semasa berkempen. Kalau pun beliau dijemput, sebaiknya, Dr Mahathir mempunyai integriti, di mana beliau boleh menolak pelawaan untuk menaiki helikopter tersebut kerana datangnya adalah bertujuan untuk menyampaikan ceramah politik.
Bukankah SPR telah memberikan peringatan dan garis panduan kepada parti-parti politik yang bertanding…
Amalan kontemporari di Malaysia menunjukkan bahawa ramai ahli politik yang menyalahgunakan sumber awam untuk mempromosikan agenda politik mereka dan parti-parti politik mereka. Amalan ini mesti dihentikan untuk memastikan bahawa sumber-sumber awam yang digunakan untuk kebaikan bersama semua rakyat tanpa mengira anutan dan ideologi politik maisng-masing. Teringat kami dengan ungkapan emas Dato’ Hj. Fadzilah Kamsah :
“Manusia bila selalu buat salah, apa yang salah dia rasa betul”
Kami sebenarnya berharap agar parti-parti politik di Malaysia ini, menghormati undang-undang yang ditetapkan serta mematuhi peraturan semasa berkempen. Negara sudah lama amal sistem demokrasi, tetapi malangnya mentaliti sesetengah parti politik masih mentaliti diktator. Apa pendapat bals anda pula?
Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 1:59 PM 0 comments
Thursday, April 25, 2013
Tanah Iskandar Malaysia di Nusajaya 12.5 Ekar Bernilai RM13.4 Bilion Dijual RM182 Juta Sahaja. Tahniah Robert Kuok!
Sumber Beritasemasa
Ini kerana rakyat perlu dan berhak mengetahui dan pihak berwajib perlu menjawab persoalan yang bermain di fikiran rakyat Johor amnya dan rakyat Malaysia umumnya kerana…..
Jenaka politik di Johor suatu ketika dahulu yang cukup popular adalah :
“Hanya angin dan tanah kubur sahaja yang tidak dijual”
Itu kata-kata “nakal” orang politik dahululah….
Terbaru dan boleh Berita Semasa kategorikan sebagai berita mengejutkan apabila akhbar utama di Singapura (The Straits Times) melaporkan orang terkaya di Malaysia, Robert Kuok (KLIK SINI) & manusia terkaya di Asia Tenggara yang setakat ini memiliki kekayaan sejumlah RM46.1 bilion telah berjaya membeli tanah yang cukup bernilai Iskandar Malaysia di Nusajaya.
Pertama sekali, tahniah Berita Semasa ucapkan kepada Robert Kuok kerana….
“Rakyat Malaysia yang lain pun tidak dapat tawaran dan peluang sebegini rupa. Hanya ‘insan-insan terpilih sahaja yang layak.”
Butiran Pembelian Tanah Iskandar Malaysia di Nusajaya oleh Robert Kuok?
Sumber : Straitd Times Singapore
“Mudah rupanya untuk menjadi kaya di Malaysia”
Hairan, bagaimana tanah yang bernilai tinggi di Nusajaya yang sekarang sudah mencecah RM13.4 bilion (RM720 sekaki persegi) boleh dijual pada harga semurah ini, sekitar RM182 juta sahaja? Hebat….. Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 11:28 AM 0 comments
Ibupaba yang ada anak di IPT, dengar ini
Pelajaran ialah satu dari keperluan asas yang mesti dipenuhi oleh kerajaan tak kira kerajaan itu kaya atau miskin. Tidak masuk akal langsung untuk melanjutkan pelajaran anak anak kita dipaksa meminjam dan terpaksa membayar balik apabila tamat pengajian.
Mana tanggungjawab kerajaan untuk memenuhi keperluan asas ini? Sehingga ada anak anak yang terpaksa ke mahkamah kerana gagal membayar pinjaman dan lebih parah apabila kerajaan mecacatkan subsidi di IPTA untuk setiap kursus yag diikut seolah olah kerajaan prihatin dengan keperluan asas ini.
Satu pembohongan yang licik kerana sebenarnya subsidi yang dikatakan itu adalah hasil dari rakyat juga. Kerajaan yang baik mesti menanggung rakyatnya seperti rakyat menanggung kerajaan. Tiada alasan untuk kerajaan untuk mengubah prinsip ini seperti seorang ayah yang mesti bertanggungjawab menanggung anak anaknya.
Dari itu, untuk ibubapa yang ada anak anak mereka di IPT dan yang akan ada anak anak di IPT tidak lama lagi, sila ambil perhatian dengan tekanan yang dialami oleh anak anak mereka. Jangan mengharap anak anak yang sudah berjaya membina kerjaya masing masing untuk menanggung mereka sedangkan tekanan yang dihadapi semasa di IPT tidak cuba diatasi.
Ibubapa ada peluang untuk menolong anak anak mereka dengan berusaha mengubah keadaan. Ibubapa adalah pengundi yang ada hak memilih kerajaan yang bersedia mendengar rintihan anak anak mereka dan membuang kerajaan yang tidak mampu berbuat demikian.
Tak usah terpengaruh dengan dakwaan yang mengatakan pinjaman adalah mesti untuk melanjutkan pelajaran. Tidak perlu bimbang kerajaan akan bangkrap kalau menyediakan keperluan kewangan untuk belajar. Lagipun sejarah telah membongkar bagaimana ada pilih kasih kepada kewajiban membayar balik pinjaman ini.
Ada anak anak orang besar dan berpengaruh dalam politik kerajaan dihilangkan rekod pinjamannya dan tidak perlu membayar balik sementara anak anak orang biasa yang gagal membayar balik pinjaman diberikan surat saman malah ada yang perlu menjawab di mahkamah tinggi.
Ibubapa boleh memainkan peranan demi untuk anak anak mereka dengan kuasa undi yang ada. Ini kalilah untuk memastikan pinjaman PTPTN dihapuskan dan diganti dengan biasiswa agar segala tekanan kewangan untuk belajar akan terhapus.
Percayalah ada kerajaan yang mampu melakukan dan kerajaan itu ialah PR.
Ubah sekarang sebelum menjadi lebih parah. Ibubapa mampu mengubahnya!"
Posted by Suhaimi at 11:10 AM 0 comments
Tuesday, April 23, 2013
Najib pindah RM7 Billion wang 1MDB ke akaun sulit di Cayman Island?
Apa yang dikhuatirkan ialah jika Barisan Nasional kalah dalam PRU13, wang RM7 bilion ini tidak dapat dijejaki dan hilang begitu sahaja dan ini bermakna kerajaan menanggung kerugian besar ke atas hutang RM5 bilion yang diambil sebagai modal 1MDB.
Perkara ini telah didedahkan dalam laporan tahunan 1MDB dan turut dibangkitkan dalam satu laporan The Edge..
Ini Kenyataan Media Rafizi Ramli..
Najib pindah RM7 Billion wang 1MDB ke akaun sulit di Cayman Island?
KEADILAN memandang serius maklumat bahawa 1MDB, badan pelaburan milik rakyat yang dikawal sepenuhnya oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak telah memindahkan sejumlah RM7 bilion dana ke akaun sulit di Cayman Island.
Maklumat ini terkandung di dalam Laporan Tahunan 1MDB dan diulas di dalam keluaran terbaru akhbar perniagaan mingguan The Edge, yang turut sama mempersoalkan kewajaran sebuah badan pelaburan milik negara memindahkan RM7 bilion ke dalam akaun rahsia di pusat kewangan pesisir pantai seperti Cayman Island.
Akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai hanya digunakan bagi urusniaga yang dirahsiakan kerana pusat kewangan pesisir pantai mempunyai undang-undang yang melindungi urusniaga sebegini walaupun berunsur jenayah atau rasuah.
Sebelum ini pun, laporan antarabangsa telah mempersoalkan tokoh-tokoh yang rapat dengan Barisan Nasional seperti Mirzan Mahathir, Raja Nong Chik dan Michael Chia yang mempunyai akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai kerana ia disyaki bersabit dengan urusniaga yang tidak betul.
1MDB mendapat modal melalui terbitan bon sebanyak RM5 bilion yang dijamin oleh kerajaan. Dari modal ini, ia melabur di dalam beberapa pelaburan di luar negara terutamanya di dalam Petro Saudi International (PSI) yang diragui kewujudan dan aktivitinya.
Dari urusniaga dengan PSI yang penuh kerahsiaan inilah, sejumlah RM7 bilion dilaporkan dipindahkan ke akaun rahsia di Cayman Island, sebuah pusat kewangan pesisir pantai.
Pemindahan wang RM7 bilion oleh 1MDB ini perlu dijawab segera oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana beliau berkuasa penuh ke atas 1MDB.
Pemindahan wang ke sebuah akaun rahsia pesisir pantai seperti Cayman Island bertentangan prinsip ketelusan dan tata kelola baik yang sepatutnya diamalkan oleh sebuah badan pelaburan kerajaan seperti 1MDB.
Saya khuatir sekiranya Barisan Nasional kalah dalam PRU13, wang RM7 bilion ini tidak dapat dijejaki dan hilang begitu sahaja, bermakna kerajaan menanggung kerugian besar ke atas hutang RM5 bilion yang diambil sebagai modal 1MDB.
Saya memberi amaran keras kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa beliau akan bertanggungjawab ke atas setiap satu sen kerugian yang ditanggung 1MDB.
Pemindahan wang RM7 bilion ke akaun rahsia di Cayman Island adalah satu tindakan yang berunsurkan jenayah yang perlu disiasat segera.
Oleh yang demikian, untuk membolehkan satu siasatan dimulakan serta merta sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa dalam 2 minggu akan datang, saya akan membuat laporan kepada Bank Negara Malaysia, Polis diRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada hari Rabu dan Khamis minggu ini supaya wang RM7 bilion ini dibawa balik ke Malaysia secepat mungkin dan mereka yang bertanggungjawab memindahkan wang ke akaun rahsia di Cayman Island dihadapkan ke muka keadilan.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 4:33 PM 0 comments
SPR: Tujuh Negeri Catat Peningkatan Tinggi Pengundi Baru Untuk PRU13
Jumlah pengundi di Selangor, Johor, Perak, Sabah, Sarawak, Kelantan dan Kedah masing-masing meningkat sekurang-kurangnya seramai 150,000 pengundi.
Kesemua mereka mendaftar sebagai pengundi selepas pilihan raya umum 2008.
Daripada tujuh negeri berkenaan, Selangor mencatatkan peningkatan terbesar bilangan pengundi baru iaitu sebanyak 29.06 peratus iaitu daripada 1,565,494 pada tahun 2008 kepada 2,020,500 pada suku ketiga tahun lalu.
Mereka adalah sebahagian daripada lebih 2.4 juta pengundi baru di seluruh negara yang berdaftar sejak pilihan raya umum lalu yang disifatkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebagai 'tidak pernah berlaku sebelum ini'.
"Kadar peningkatan jumlah pengundi tidak pernah setinggi ini, bermakna usaha kami untuk meningkatkan pengundi berjaya," katanya.
Abdul Aziz berkata bilangan pengundi bagi pilihan raya akan datang kemungkinan besar akan mencatatkan kira-kira sebanyak 13.3 juta.
Tambah beliau jumlah itu akan menjadi lebih tinggi jika pengundian diadakan penghujung Jun depan apabila kumpulan yang mendaftar pada suku pertama tahun ini juga akan dimasukkan ke dalam daftar pemilih.
"Kami sedang memuktamadkan daftar pemilih bagi suku keempat 2012 yang akan diwartakan bulan ini. Ia mengandungi senarai pemohon yang mendaftar sebagai pemilih sehingga 31 Disember tahun lepas.
"Mereka yang mendaftar sebagai pengundi baru antara 1 Januari dan 31 Mac hanya akan dapat membuang undi mereka pada pilihan raya umum akan datang jika pengundian diadakan selepas daftar pemilih yang seterusnya dikemaskini pada Mei," katanya.
Abdul Aziz menjangkakan peratusan jumlah keluar mengundi akan mencatat antara 70 peratus dan 75 peratus iaitu sama seperti pada pilihan raya umum lalu.
Jumlah pengundi seramai 10.9 juta sewaktu pilihan raya umum 2008 meningkat perlahan-lahan kepada 11.1 juta pada 2010 sebelum ia meningkat mendadak pada kira-kira 700,000 setiap tahun.
Peningkatan mendadak itu berikutan keputusan SPR membenarkan parti-parti politik bertindak mendaftarkan pengundi.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata: "Peningkatan yang besar adalah satu perkembangan positif bagi Malaysia kerana ia menunjukkan kesedaran yang semakin meningkat bahawa mengundi adalah tanggungjawab yang penting kepada semua warganegara yang layak."
Wan Ahmad turut mengakui bahawa perlantikan wakil-wakil parti politik sebagai penolong pendaftar pengundi membantu meningkatkan jumlah pengundi. Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 11:59 AM 0 comments
Monday, April 22, 2013
Bekas MB Selangor Mat Taib muncul diprogram Pakatan
Kemunculan beliau sekali gus mengesahkan laporan sebelum ini bahawa seorang bekas menteri besar akan menyertai komponen Pakatan Rakyat.
Menurut calon kerusi Parlimen Hulu Selangor, Khalid Jaafar, Muhammad dijangka mengumumkan secara rasmi penyertaan beliau sebagai ahli Pas di Ibu Pejabat Pas Pusat hari ini.
"Saya melihat pengunjung hampir 2,000 orang yang hadir di majlis Jamuan Rakyat ini terkejut melihat kehadiran bekas Menteri Besar Selangor ini.
"Sambutan diterima cukup hangat daripada penduduk sekitar," katanya kepada Sinar Harian semalam.
Majlis tersebut dianjurkan oleh Persatuan Bengkulu Malaysia yang turut dihadiri Presidennya, Brigadier Jeneral Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab dan turut hadir ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Choh.
Turut hadir, calon kerusi Dun Batang Kali, Datuk Dr K Ramachandran.
Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib yang merupakan bekas Adun Batang Kali dan pernah menang tanpa bertanding sebanyak dua kali di kawasan itu.
"Beliau turut menjulang tangan saya bersama Datuk Ramachandran sebagai sokongan terhadap pencalonan kami di kawasan ini.
"Mat Taib turut dijangka menghadiri program bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Mei ini, insya-ALLAH," katanya.
Muhammad merupakan bekas menteri Kabinet dan Naib Presiden Umno.-SH Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 9:03 AM 0 comments
Arnoud van Doorn, Politikus Belanda Yang Anti Islam Akhirnya Memeluk Islam
Sumber Kelab GB
Van Doorn yang juga merupakan rakan karib kepada pemimpin parti itu, Geert Wilders, sebelum ini pernah mengakui dia telah keluar daripada parti tersebut pada penghujung 2011.
Menurutnya, dia mahu melakukan perubahan dengan mewarwarkan keputusannya kepada dunia melalui pengucapan kalimah Syahadah yang dimuatnaik di laman Twitter miliknya.
"Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah," katanya dalam laman sosial tersebut.
Van Doorn juga mengumumkan dalam bahasa Belanda bahawa dia ketika ini 'memulakan kehidupan baharu sebagai seorang Islam.'
Dalam wawancaranya bersama Al-Jazeera.net, van Doorn mengesahkan berita mengenai tindakannya itu.
"Sesiapa yang kenal saya secara dekat boleh membuat terkaan terhadap keputusan saya. Lebih setahun saya menperdalami Islam melalui buku dan ceramah.
"Ramai yang terkejut dengan keputusan ini, terutama mereka yang tahu mengenai pendirian anti-Islam saya," katanya.
Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas dia menperdalami Islam tanpa paksaan.
"Kita semua pernah melakukan kesilapan. Namun, saya melihat setiap pengalaman hidup ada sebabnya yang tersendiri dan pengalaman saya sangat berkait rapat dengan keputusan saya lakukan," katanya. - AGENSI
Posted by Suhaimi at 9:00 AM 0 comments
Sunday, April 21, 2013
Terbukti Pakatan Hargai Wanita
Debat PRU13 : Pelancaran Manifesto Barisan Nasional (KLIK SINI) dan pembentangan Manifesto Pakatan Rakyat (PR) (DI SINI) sudah pun dikemukakan kepada rakyat Malaysia umumnya dan secara amnya kepada penyokong-penyokong setianya.
Sudah semestinya kebanyakan penyokong tegar dan setia dari parti masing-masing baik daripada Barisan Nasional mahupun daripada Pakatan Rakyat akan terus bersetuju dan menerima kesemua tawaran daripada pimpinan parti mereka tanpa sebarang perbincangan dan diskusi yang sihat. Tetapi…..
Bagaimana pula dengan nasib ramai pengundi “atas pagar” yang masih tercari-cari dasar negara dan tawaran yang dirasakan terbaik untuk mereka menjelang Pilihanraya Umum ke 13 untuk dibuat penerlitian yang seimbang….
Sebenarnya, generasi yang atas pagar akan melihat pemimpin yang lebih berani untuk diundi. Debat PRU13 seharusnya di buat LIVE di TV kerana ia mencerminkan budaya demokrasi sebenar.
Setelah sehingga pukul 10:30 malam, Datuk Seri Najib Razak masih lagi tidak kelihatan.
Akhirnya debat PRU13 antara Najib Razak VS Anwar Ibrahim bertukar menjadi ceramah Pakatan Rakyat pada malam tadi, apabila wakil Barisan Nasional pun tidak keihatan pada majlis tersebut.
Sepatutnya, andaikata Datuk Seri Najib Razak tidak dapat hadir, mungkin boleh dihantar wakil untuk mempertahankan polisi dan manifesto masing-masing.
Ini kerana perlu diingat, bahawa, tiap-tiap majlis yang ada nama besar sebegini, ia menjadi perhatian ramai walaupun di dalam Youtube yang disiarkan secara langsung. Di situ sahaja, peratusan pengundi atas pagar dan generasi Y yang “sentiasa haus” dengan maklumat yang lebih telus dan terbuka yang mana mereka tidak perolehi melalui media arus perdana hari ini sedang mencari-cari hala tuju utk mengundi teramat tinggi.
Generasi Y contohnya, sebenarnya tidak perlukan hiburan yang berlebihan untuk mereka menjelang Pilihanraya Umum ke 13 contohnya nyanyi-nyanyi, adakan konsert hiburan, tidak perlu sebenarnya tetapi apa yang generasi Y perlukan sebenarnya adalah suasana dan wacana yang lebih bermentaliti tinggi untuk mereka berfikir mengenai halatuju dan dasar negara untuk 5 tahun seterusnya.
Gen-Y majoritinya adalah celik ilmu & sedar bahawa hiburan hanyalah sandaran sementara
Generasi Y tidak menganggap hiburan ini sebagai “candu” sehingga perlu sentiasa dihidangkan untuk mereka
Kita renungkan semula sejarah lampau di zaman nabi-nabi kita dahulu termasuklah Nabi Muhammad pun debat dengan kaum kafir Quraisy. Debat sudah digunapakai dikalangan pemimpin Islam dahulu lagi untuk berdepan dengan orang ramai untuk pertahankan kebenaran, dasar, pendirian dan polisi yang ingin mereka laksanakan untuk masyarakat zaman dahulu.
Sedang pemimpin wanita BN bersedih dan berdukacita di atas tindakan pemimpin tertinggi mereka tidak mengambil mereka sebagai calon pada PRU nanti, calon wanita Pakatan Rakyat di seluruh negara termasuk Kelantan semakin bertambah.
Bukan hanya mengekalkan calon-calon wanita yang telah mencapai kemenangan sebelum ini, tetapi juga menambah calon baru.
Namun Ketua Wanita MCA Kelantan yang juga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Ng Yen Yen, Naib Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Kamilia Ibrahim antara pemimpin tertinggi wanita BN yang tidak dicalonkan pada PRU ini.
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, Norhasimah Deraman, ketika diminta mengulas berhubung perkara itu menyifatkan Pakatan Rakyat terutama PAS lebih menghargai kaum wanita berbanding Umno dan BN.
Menurutnya, sebagai contoh di Kelantan, dahulu hanya tiga wanita yang dicalonkan iaitu Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, Wan Ubaidah Omar dan Rohani Ibrahim.
“Tetapi kini bekas anggota Dewan Negara yang telah tamat tempohnya selama dua penggal Mumtaz Md Nawi (gambar kiri atas) juga telah dipilih sebagai calon dan juga mengekalkan calon yang ada,”ujarnya.
Ianya jelas membuktikan kepada semua siapa yang lebih perihatin terhadap wanita kalau bukan Pakatan Rakyat.
Tambahnya, suasana itu bukan hanya berlaku di Kelantan, sebaliknya di negeri-negeri lain termasuk Johor, Kedah, Perak dengan mengekalkan calon yang sebelumnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua kaum wanita di negara ini supaya lebih sedar tentang perjuangan yang dibawa Pakatan Rakyat.
“Seharusnya Pakatan Rakyat yang perlu menjadi pilihan dan bukannya Umno dan BN,”ujarnya.~ hd
Posted by Suhaimi at 9:10 AM 0 comments
Debat Manifesto PRU13 Najib VS Anwar, Akhirnya Jadi Ceramah Manifesto Pakatan Rakyat. Najib Tak Datang
Debat PRU13 : Pelancaran Manifesto Barisan Nasional (KLIK SINI) dan pembentangan Manifesto Pakatan Rakyat (PR) (DI SINI) sudah pun dikemukakan kepada rakyat Malaysia umumnya dan secara amnya kepada penyokong-penyokong setianya.
Sudah semestinya kebanyakan penyokong tegar dan setia dari parti masing-masing baik daripada Barisan Nasional mahupun daripada Pakatan Rakyat akan terus bersetuju dan menerima kesemua tawaran daripada pimpinan parti mereka tanpa sebarang perbincangan dan diskusi yang sihat. Tetapi…..
Bagaimana pula dengan nasib ramai pengundi “atas pagar” yang masih tercari-cari dasar negara dan tawaran yang dirasakan terbaik untuk mereka menjelang Pilihanraya Umum ke 13 untuk dibuat penerlitian yang seimbang….
Sebenarnya, generasi yang atas pagar akan melihat pemimpin yang lebih berani untuk diundi. Debat PRU13 seharusnya di buat LIVE di TV kerana ia mencerminkan budaya demokrasi sebenar.
Setelah sehingga pukul 10:30 malam, Datuk Seri Najib Razak masih lagi tidak kelihatan.
Akhirnya debat PRU13 antara Najib Razak VS Anwar Ibrahim bertukar menjadi ceramah Pakatan Rakyat pada malam tadi, apabila wakil Barisan Nasional pun tidak keihatan pada majlis tersebut.
Sepatutnya, andaikata Datuk Seri Najib Razak tidak dapat hadir, mungkin boleh dihantar wakil untuk mempertahankan polisi dan manifesto masing-masing.
Ini kerana perlu diingat, bahawa, tiap-tiap majlis yang ada nama besar sebegini, ia menjadi perhatian ramai walaupun di dalam Youtube yang disiarkan secara langsung. Di situ sahaja, peratusan pengundi atas pagar dan generasi Y yang “sentiasa haus” dengan maklumat yang lebih telus dan terbuka yang mana mereka tidak perolehi melalui media arus perdana hari ini sedang mencari-cari hala tuju utk mengundi teramat tinggi.
Generasi Y contohnya, sebenarnya tidak perlukan hiburan yang berlebihan untuk mereka menjelang Pilihanraya Umum ke 13 contohnya nyanyi-nyanyi, adakan konsert hiburan, tidak perlu sebenarnya tetapi apa yang generasi Y perlukan sebenarnya adalah suasana dan wacana yang lebih bermentaliti tinggi untuk mereka berfikir mengenai halatuju dan dasar negara untuk 5 tahun seterusnya.
Gen-Y majoritinya adalah celik ilmu & sedar bahawa hiburan hanyalah sandaran sementara
Generasi Y tidak menganggap hiburan ini sebagai “candu” sehingga perlu sentiasa dihidangkan untuk mereka
Kita renungkan semula sejarah lampau di zaman nabi-nabi kita dahulu termasuklah Nabi Muhammad pun debat dengan kaum kafir Quraisy. Debat sudah digunapakai dikalangan pemimpin Islam dahulu lagi untuk berdepan dengan orang ramai untuk pertahankan kebenaran, dasar, pendirian dan polisi yang ingin mereka laksanakan untuk masyarakat zaman dahulu.
Hakikatnya pertahankan kebenaran di hadapan penyokong sendiri, itu orang panggil ‘ceramah’
Sangat-sangat berbeza dengan debat. Debat adalah salah satu platform dakwah.
Cendikiawan Islam pun menggunapakai debat sebagai tempat untuk mencambahkan ilmu antara satu sama lain. medan untuk bertukar-tukar pendapat. Ini kerana yang paling penting aia akan berbalik kepada membawa kebaikan kepada rakyat, negara itu sendiri
Lagi 7 tahun kita bercita-cita besar mengejar negara maju tahun 2020. Apa salahnya mentaliti kita semua pun dinaiktraf sama?
Andaikata, tidak mahu diadakan debat antara Najib VS Anwar dan menjadikannya ia sebagai satu realiti, buatlah alternatif lain. Apa salahnya di pihak Barisan Nasional dan juga dipihak Pakatan Rakyat disiapkan satu pasukan khas dan dibarisi pasukan pemikir dan pendebat (sekurang-kurangnya 2 atau 3 orang) yang membawa aspirasi dan mempertahankan polisi masing-masing di hadapan rakyat Malaysia di atas satu pentas yang sama.
“Bukannya cara baling batu sembunyi tangan”
Negara kita Malaysia mengamalkan sistem demokrasi. Debat merupakan salah satu cara untuk rakyat memikir, mengkaji, dan merenungi akan pemimpin dan parti mana perlu disokong untuk PRU-13 yang bakal menjelang. Perdebatan merupakan salah satu cabang sistem demokrasi diamalkan.
“THIS IS FREE COUNTRY”
Debat PRU13 bukannya tempat berkelahi sesama sendiri, bukan platform utnuk melacurkan perkara-perkara peribadi wakil pendebat…tetapi lebih kepada profesional. Debat secara berhemah, memperjuangkan manifesto masing-masing yang digembar gemburkan selama ini. Tidak salah melakukan satu transformasi pemikiran rakyat baru…yang kadang-kadang keliru dengan kepimpinan masing-masing. Bercelaru dengan pelbagai isu yang kadang-kadang memualkan seperti…………Anda boleh fikir sendiri.
Every politicians must have the confident
Walk your talk, make your manifesto believable in the eye of public
Walaubagaimanapun, kepada pihak penganjur kalau boleh pastikan speaker benar-benar hadir barulah diadakan Debat PRU13 seperti ini. Kalau tidak ia akan menjadi ceramah politik semata-mata yang biasa didengar di mana-mana sebelum ini.
“Tujuan debat bukan untuk cari kemenangan tetapi untuk cari kebenaran”
-Beritasemasa
Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 9:04 AM 0 comments
Najib lebih sayang Perkasa daripada Naib Ketua Wanitanya sendiri..
Sebaik mengesahkan bertanding, Kamilia bukan saja mengumumkan beliau keluar daripada UMNO dan melepaskan semua jawatannya, tetapi tentunya menjadikan jiwanya bertambah tenang selepas ini.
Jika beliau terus kekal di dalam UMNO, batinnya pasti lebih menderita lagi.
Keberanian beliau menunjukkan taringnya yang selama ini disembunyikan dengan bertanding Bebas, sekurang-kurangnya haruslah diberi pujian, lebih-lebih lagi di ketika yang sama UMNO dan BN memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada orang yang lain yang pernah menghina, menentang dan mempersenda UMNO.
Sebelum ini, Zulkifli Nordin yang melompat daripada PKR, diberi penghormatan oleh Najib bertanding atas tiket BN di Shah Alam kerana beliau dianggap rakan mesra kepada BN. Pemilihan beliau, walaupun tidak berapa mengejutkan melihat kepada tindakannya yang kerap membodek dan mengampu Najib serta aktif menyerang Anwar Ibrahim sejak keluar PKR, turut juga menyebabkan berlakunya pelbagai masalah seperti protes dan tutup bilik gerakan di Shah Alam yang ditandinginya itu.
Tetapi oleh kerana Najib begitu menyanjung dan menghargainya, malah Muhyiddin pula menyifatkan Zul Nordin sebagai calon yang "winnable", segala protes itu dibiarkan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri saja. Zul kekal bertakhta di hati Najib walaupun rekod lamanya menyerang dan mencerca UMNO begitu dahsyat sekali, termasuk tindakannya mengubahsuai lagu UMNO untuk mempersenda UMNO dan Mahathir.
Ramai ahli UMNO marah dan menganggap tindakan Zul Nordin mempersenda lagu UMNO itu perbuatan yang yang biadap dan kurang ajar, malangnya disisi Najib beliau tetap dianggap mulia.
Berbanding dengan Kamilia yang mencurahkan khidmat dan pengorbanan sejak puluhan tahun lalu dengan penuh setia dan jujur bersama UMNO, beliau tidak dianggap mulia dihati Najib berbanding Zul Nordin.
Begitu juga dengan Ibrahim Ali yang bertanding Bebas di Pasir Mas. Semua orang tahu rekod dan kelakuannya selama ini. Beliau telah melompat beberapa kali dan tindakannya keluar masuk UMNO umpama pergi ke tandas saja. Ketika di luar UMNO pula, serangan dan hentamannya terhadap UMNO bukan kepalang lagi. Bukan saja UMNO, semua pemimpin UMNO juga diserang dan dicaci-makinya.
Ibrahim walaupun tidak dipilih bertanding menggunakan tiket BN tetapi tindakan calon BN Pasir Mas, Johan Che Pa yang tidak mengemukakan borang penamaan calon untuk memberi laluan kepada Ibrahim bertanding satu lawan satu dengan Pas, jelas membuktikan calon BN itu memang diarahkan berbuat demikian.
Sejak seminggu lalu bila Ibrahim tidak dinamakan sebagai calon BN, sudah bertebaran SMS dan khabar angin yang mengatakan akan berlaku wayang kulit di Pasir Mas pada hari penamaan calon nanti iaitu dengan sebab-sebab tertentu calon BN dikatakan akan hilang kelayakan bertanding dan akhirnya Ibrahim akan menjadi calon Bebas yang disokong oleh BN.
Alasannya wayang kulit sedemikian terpaksa direka kerana kononnya Najib tidak mahu dilihat BN dikaitkan secara langsung dengan Ibrahim yang juga merupakan Presiden Perkasa demi menjaga hati pengundi Cina di seluruh negara.
Dengan terbukti wayang kulit itu menjadi kenyataan dan kekecewaan Ibrahim tidak dipilih sebagai calon BN hanyalah sandiwara saja, sekali lagi disisi Najib, watak seperti Ibrahim ini lebih bernilai dan menyentuh hatinya berbanding kesetiaan Kamilia terhadap UMNO selama ini.
Walaupun UMNO Kelantan dilaporkan kecewa dengan tindakan Johan Che Pa itu tetapi jika tiada arahan daripada Najib, mustahil beliau berani berbuat demikian. Tidak syak lagi Najib memberi arahan kepada Johan supaya jangan menyerahkan borang pencalonan demi untuk memberi laluan karpet merah kepada Ibrahim Ali.
Di mata kasar, tindakan Kamilia bertanding Bebas tidak menguntungkan dirinya. Meskipun sudah mengumumkan keluar UMNO, beliau pasti akan dipecat sekali lagi, selain kehilangan ramai kawan-kawan dan jika ada kontrak atau perniagaan dengan kerajaan, ia juga mungkin terjejas.
Namun sisi yang lain, tindakannya Kamilia ini memberi mesej yang jelas kepada pengundi, bukan saja di Kuala Kangsar tetapi juga di seluruh Malaysia tentang hodohnya wajah UMNO dan tidak beretikanya Najib dalam mengemudi UMNO dan BN. Kesetiaan dan kepatuhan kepada pemimpin dan parti tidak akan mampu mengatasi kehebatan membodek, mengampu dan mencium tangan pemimpin. Mesej ini jika mudah difahami akan memberi kesan penolakan yang besar kepada BN dalam pilihanraya kali ini.- Shahbudin Husin@nizar-coretanku.blogspot Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 8:50 AM 0 comments
Ibrahim Ali seperti 'ayah' - kata Che Johan
Che Johan Che Pa - calon BN bagi Parlimen Pasir Mas yang tidak menyerahkan kertas pencalonannya pagi tadi - berkata beliau menarik diri bagi mengelak berlakunya pertembungan tiga penjuru, yang akan menyebabkan peluang BN meraih kerusi itu tipis.
"Saya mengambil langkah untuk menarik diri... lebih-lebih lagi saya akan bertanding melawan Datuk Ibrahim Ali yang juga semua orang anggap seperti ayah dengan anak, sebagai mentor politik.
"Kalau saya mengambil keputusan meneruskan juga maka kedua-dua kami akan terkorban kalah dalam pilihan raya kali ini," katanya.
Che Johan berkata walaupun berat hati untuk membuat keputusan sedemikian, namun langkahnya itu demi kepentingan BN dalam usaha merampas kembali Kelantan daripada kerajaan PAS.
Che Johan berkata beliau sedia berjumpa dengan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menjelaskan sebab beliau mengambil tindakan mengejut itu, dan akan menjawab segala persoalan yang dibangkitkan nanti.
Ibrahim pula berkata beliau terkejut dengan tindakan Che Johan menarik diri dan tidak menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon.
"Kedudukan ini lebih meyakinkan saya untuk memenangi kawasan itu di samping menumbangkan PAS di kawasan ini," katanya.
Ibrahim turut menafikan wujud konsprirasi di sebalik keputusan Che Johan untuk menarik diri.
"Saya difahamkan Che Johan hadir ke dewan penamaan calon dengan membawa borang dengan penuh persediaan cuma tidak menyerahkan borang sehingga tempoh penamaan calon tamat," katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan Che Johan yang dikenali sebagai 'anak buahnya' dalam politik, terhutang budi dan mahu memberi laluan mudah kepadanya.
Ibrahim memenangi kerusi tersebut pada 2008 atas tiket PAS dengan mengalahkan calon BN Ahmad Rosdi Mahmad dengan majoriti 8,991 undi.- Bernama Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 8:39 AM 0 comments
Bendera, ejekan dan seluar dalam di Kuantan
Tetapi kali ini di Kuantan kali ini lain gayanya apabila sebahagian penyokong BN di Kuantan mengibarkan seluar dalam putih bersama bendera parti.
Babak itu berlaku pada jam 10.20 pagi di Dewan Wisma Sri Pahang di mana proses penamaan calon mengambil tempat dan ketika sebahagian penyokong BN mula beredar daripada tempat itu.
Ia kemudian menjadi bahan ejekan penyokong Pakatan Rakyat yang mengibarkan wang kertas RM50, secara tidak langsung menyarankan bahawa kumpulan itu "disewa" kerana tidak mampu menahan panas mentari pagi.
"Nak pergi dah sebab tak cukup duit ke?" tanya seorang penyokong Pakatan.
Soalan itu disambut dengan tampilnya beberapa penyokong BN menunjukkan seluar dalam lelaki berwarna putih yang disangkut di buluh, yang dilihat memperli Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang didakwa terlibat dalam skandal seks sebelum ini.
Selain itu, kelihatan juga seorang lelaki memakai seluar dalam di kepalanya.
Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 8:32 AM 0 comments
ROS hantar surat 9.30 malam 19/4/13, tak halang DAP guna lambang roket
Dua pegawai ROS yang hadir ke Ibu Pejabat DAP semalam memberi alasan bahawa surat yang sepatutnya difaks tidak dapat dihantar lebih awal kerana mesin faks ROS tidak berfungsi.
“Adalah jelas mereka mengeluarkan surat itu setelah berdepan dengan tekanan masyarakat yang amat melemaskan. Apa pun, kami akan tetap dengan rancangan awal,” kata Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke ketika dihubungi media.
Surat yang ditandatangani Pendaftar ROS, Datuk Abdul Rahman Othman itu menyebut, “Pendaftar Pertubuhan setakat ini tidak mengambil keputusan untuk membatalkan pendaftaran Parti Tindakan Demokratik (DAP). Pendaftar Pertubuhan juga tidak mempunyai apa-apa halangan untuk DAP menyertai Pilihan Raya Umum ke-13 menggunakan simbolnya.”
Dalam perkembangan serupa, penamaan calon hari ini berjalan lancar dengan calon DAP diterima bertanding menggunakan lambang roket. – Roketkini.com
Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 8:28 AM 0 comments
Saturday, April 20, 2013
Calon DAP guna logo PAS: Akhirnya Roket Mendarat Di Bulan – Nik Aziz
19 Apr: SAYA membaca kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi DAP, Karpal Singh pada petang ini bahawa calon DAP akan menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan logo PKR di Sabah dan Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini. Ini kerana sehingga jam 3 petang hari ini, DAP belum mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan juga tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.
Saya ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa parti itu pada saat-saat akhir penamaan calon esok hari. Sudah tentu tidak dapat dibayangkan kesedihan yang melanda kerana terpaksa mengenepikan lambang rasmi yang digunakan sejak 47 tahun lalu. Isu logo sekalipun mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak, tetapi ia melambangkan maruah dan harga sebuah perjuangan.
Daripada sudut yang lain, kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini saya sifatkan sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS sejak lebih separuh abad ia ditubuhkan. Dalam melayari bahtera politik tanah air, PAS dan DAP sering dilagakan oleh UMNO/Barisan Nasional (BN). Di hadapan bangsa Melayu, pemimpin UMNO menakut-nakutkan mereka dengan bahaya DAP dan begitu juga sebaliknya di hadapan bangsa Cina, mereka digembar-gemburkan dengan imej PAS sebagai taliban, radikal dan sebagainya. Natijahnya, Melayu Islam dan bukan Melayu terus hidup dalam keadaan syak wasangka antara satu sama lain.
Hari ini, benteng itu telah runtuh sepenuhnya. DAP tanpa takut-takut lagi telah merobohkan persepsi ini apabila bertindak berani memilih logo PAS untuk bertanding di kawasan yang diperuntukkan kepada mereka khususnya kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Cina. Saya kira, inilah saat di mana perjuangan PAS sudah tidak menjadi kegerunan lagi kepada bangsa Cina. Sekalipun ia masih belum diterima sepenuhnya, namun sedikit demi sedikit ia telah hilang.
Saya mengimbau kembali saat ketika Perjanjian Hudaibiyyah dimeterai antara Rasulullah SAW dan orang Musyrikin Makkah. Kabilah-kabilah Arab di sekitar Madinah yang masih belum memeluk Islam mengambil keputusan untuk bernaung di bawah naungan kerajaan Islam Madinah. Di saat itulah, sahabat Rasulullah SAW diuji dengan rasa terhina akibat melihat secara zahir bagaimana perjanjian itu berat sebelah. Namun kesabaran mereka segera diganjari oleh Allah SWT apabila perjanjian itu membuka peluang Rasulullah SAW menakluki kota Makkah apabila perjanian itu dilanggar di mana Bani Khuzaah yang masih belum memeluk Islam dan berlindung di bawah naungan Islam diserang oleh kaum Musyrikin.
Alhamdulillah, ketika UMNO masih menjaja keris tumpulnya merata-rata, perjuangan PAS sudah mula diterima di kalangan non muslim. Ketika UMNO main kayu tiga dengan perjuangan bangsa Melayu, PAS terus ke hadapan membawa misi dakwah dengan slogan PAS for All. Non Muslim di sana sini tidak lagi segan silu membawa bendera PAS dan sebaliknya tidak pernah kita saksikan mereka membawa bendera keris tidak bersarung milik UMNO.
Saya yakin, benih Islamphobia yang disemai UMNO semakin mati tunasnya. Keputusan DAP ini insya-Allah satu rahmat besar buat PAS. Ia sebenarnya rezeki buat perjuangan Islam. Mungkin UMNO/BN merasakan langkah ini bakal membantutkan gerak langkah Pakatan Rakyat, namun sesungguhnya ia mengandungi rahmat yang sangat besar. Jika Perjanjian Hudaibiyyah membuka jalan kepada pembukaan kota Makkah, maka tidak mustahil langkah kerajaan BN ini sedang membuka kepada pembukaan Putrajaya dan pembinaan Malaysia Baru. Tidak mustahil tarikh 6 Mei 2013 nanti, perayaan besar-besaran kemenangan rakyat akan berlangsung di seluruh negara menyaksikan keruntuhan BN.
Yakinlah keputusan ini membuka pintu sejarah yang akan dikenang zaman berzaman. Inilah saatnya di mana akhirnya roket berjaya mendarat di bulan!
Salam hormat,
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Posted by Suhaimi at 12:08 PM 0 comments
Kenapa Hanya DAP, Kenapa ROS Tidak Bertindak Terhadap Umno?
Ini kerana Umno boleh diisytiharkan sebagai parti haram kerana hampir 75 peratus daripada belasan ribu cawangan Umno di seluruh Malaysia tidak pernah didaftarkan semula dengan ROS sejak parti itu diharamkan pada Februari 1988.
Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, walaupun rakyat Malaysia telah memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Jalan Duta bagi mengarahkan ROS untuk mengambil tindakan terhadap Umno tetapi kenapa hanya DAP sahaja yang disiasat.
“Pada hari Selasa lepas, petisyen telah difailkan oleh sebilangan rakyat Malaysia di Mahkamah Tinggi Jalan Duta untuk mengarahkan ROS untuk bertindak ke atas Umno.
“Kerana Umno sebenarnya dialah sebuah pertubuhan haram.
“Mengikut Akta Pertubuhan 1966 bila mana-mana cawangan sesebuah parti tidak berdaftar, dengan sendirinya pertubuhan itu adalah haram dan wajib bagi ROS bagi bertindak,” katanya dalam satu sidang media di bilik gerakan Pas Putrajaya di sini hari ini.
Husam berkata demikian apabila memberi respons terhadap keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 17 Apr yang tidak mengikhtiraf jawatankuasa eksekutif baru DAP.
Keputusan tersebut telah menjejaskan kemampuan DAP untuk mempertandingkan calon di dalam pilihanraya umum ke – 13 (PRU 13).
Sebelum ini, Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin mendedahkan bahawa sebanyak 2,181 cawangan Umno di Kelantan termasuk di Tanah Merah, Jeli, Bachok, Tumpat, Kota Bharu adalah haram.
Menurut Badrul Hisham, melalui proses mahkamah, sebanyak 126 cawangan Umno di Tanah Merah didapati adalah cawangan yang tidak berdaftar dengan ROS.
Akan tetapi Umno Tanah Merah terus bermesyuarat dengan perwakilan daripada cawangan haram Umno (126 cawangan) dan perwakilan daripada mesyuarat haram tersebut telah menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno pada tahun itu (2008).
Husam berkata, Pas mengalu-alukan jika DAP mahu menggunakan logonya pada PRU-13 dan ini secara tidak langsung melambangkan persefahaman dan perpaduan di dalam Pakatan Rakyat (PR).
“Kita sangat mengalu-alukan, tertakluk kepada pilihan strategi DAP.
“Mereka boleh menggunakan loga Pas ataupun PKR dan ini melambangkan perpaduan di dalam Pakatan,” ujarnya yang merupakan calon Pas bagi kerusi Parlimen Putrajaya.
Posted by Suhaimi at 12:02 PM 0 comments
Thursday, April 18, 2013
Puhh Banyaknya Ketam
Jose Benedito, seorang warga Brazil menghabiskan masa sepanjang hari, malah seumur hidupnya dengan mencari ketam di kawasan berlumpur. Ini bukan kerja yang senang dan tak dapat pulangan yang banyak. 100 ekor ketam yang dijualnya berharga 11 dolar saja.
Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 11:04 AM 0 comments