Sumber Sinar Harian
Perubahan paksi bumi mengubah arah utara dan selatan.
KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.
Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.
Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.
Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013.
Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.
Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'.
Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.
Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.
Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.
Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.
Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.
Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.
Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.
Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.
Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?
Kiamat menurut Islam
Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat:
Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:
1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.
2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.
3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.
4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.
5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH.
(Hadis Riwayat Bukhari)
Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman?
Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.'
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran.
ALLAH SWT berfirman :
Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah Al-A’raf, Ayat 187)
Dan juga pada ayat:
Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya. (Surah Al-Ahzab, Ayat 63)
Monday, December 30, 2013
Kutub menyongsang pada 2015?
Posted by Suhaimi at 2:45 PM 0 comments
Friday, December 27, 2013
Senarai Kadar Kenaikan Tol 1 Januari 2014
Ironinya, kita telah sedia maklum kadar tol akan dinaikkan bermula 1 Januari 2014 di antara 50 sen sehingga RM2. Memanglah berita yang begitu tidak menggembirakan. Memberikan impak besar kepada pengguna yang menggunakan lebuh raya setiap hari.
Harga baru tol di 15 lebuh raya di seluruh negara.
Lebuh raya Sungai Besi Besraya : RM 1.30 kepada RM 3.00
Lebuh raya NPE : RM 1.60 kepada RM 2.50
Lebuh raya Damansara Puchong (LDP) : RM 1.60 kepada RM 2.60
Lebuh raya Akleh : RM 1.50 kepada RM 2.50
Lebuhraya Kajang SILK : RM 1.00 kepada RM 1.80
Lebuh raya KL-Putrajaya (MEX) : RM 2.50 kepada RM 3.80
Lebuh raya Kajang-Seremban (Lekas) : RM 1.90 kepada RM 2.50
Lebuh raya trafik KL Barat (Sprint) : RM 1.50 kepada RM 2.80
Lebuh raya Pantai : RM 1.50 kepada RM 3.00
Lebuh raya SKVE : RM 1.50/kilometer kepada RM 1.80/kilometer
Lebuh raya Koridor Guthrie (GCE) : RM 1.40 kepada RM 2.00
Lebuh raya SMART : RM 2.00 kepada RM 3.00
Lebuh raya Damansara : RM 1.00 kepada RM 2.50
Lebuh raya Kiara : RM 2.00 kepada RM 4.00
Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Senai - Desaru : Mengkaji kenaikan tol
Posted by Suhaimi at 11:37 AM 0 comments
Kadar simpanan asas KWSP dirombak Januari ini
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatkan ahlinya berhubung kuantum baharu Simpanan Asas, yang menetapkan RM196,800 sebagai amaun minimum ahli yang perlu ada dalam akaun KWSP mereka menjelang umur 55 tahun, berkuat kuasa bulan depan.
Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata kadar baharu itu ditanda aras dengan pencen minimum pekerja sektor awam, yang bersamaan RM820 sebulan untuk tempoh 20 tahun dari umur 55 hingga 75 tahun.
Beliau berkata ia akan disemak setiap tiga tahun berdasarkan kepada keperluan persaraan, kadar inflasi dan kos hidup.
"Dengan mengambil kira faktor kos hidup yang semakin meningkat, jangka hayat rakyat Malaysia yang panjang serta kadar inflasi, KWSP telah membuat keputusan meningkatkan Simpanan Asas untuk memastikan 13 juta ahlinya mempunyai tahap simpanan yang mencukupi bagi menikmati persaraan yang mampan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nik Affendi berkata Simpanan Asas semasa ialah RM120,000 pada umur 55 (RM500 sebulan bagi tempoh 20 tahun) mungkin tidak mencukupi bagi menampung persaraan ahli kerana berada di bawah garis kemiskinan.
Selain itu, katanya, statistik KWSP menunjukkan 71 peratus ahli bersara pada umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dalam akaun KWSP mereka.
Nik Affendi berkata kadar yang disemak semula ini memerlukan ahli mempunyai simpanan yang lebih tinggi dalam akaun KWSP bagi membolehkan mereka layak menyertai Skim Pelaburan Ahli KWSP di mana simpanan mereka boleh dilaburkan dalam unit amanah.
"Ini untuk memastikan ahli mempunyai simpanan yang mencukupi dalam akaun KWSP apabila mereka bersara bagi membiayai keperluan asas persaraan sebelum boleh memilih untuk melabur dalam pelaburan lain," katanya.
Beliau berkata antara inisiatif yang diperkenal KWSP untuk mempertingkat simpanan persaraan ahli ialah kadar caruman majikan sebanyak 13 peratus untuk pekerja yang bergaji RM5,000 dan ke bawah.
"Selain itu, kadar caruman penuh KWSP untuk pekerja sehingga umur 60 tahun dan Pengeluaran Fleksibel Umur 55 tahun yang membenarkan ahli untuk memanjangkan simpanan KWSP mereka bagi tempoh yang lama," katanya.
Bagi membantu ahli merancang persaraan mereka, Nik Affendi berkata KWSP akan memperkenal perkhidmatan penasihat kewangan kepada ahli mulai tahun depan dengan projek perintis di Lembah Klang sebelum diperluas ke seluruh negara dalam tempoh tiga tahun. - Bernama
Posted by Suhaimi at 11:26 AM 0 comments
Tuesday, December 24, 2013
Pasangan Shrek Diraikan Dalam Majlis Perkahwinan
Sumber : MyNewsHub
Menariknya, pasangan pengantin itu turut mewarnakan badan mereka dengan warna hijau .Tetamu yang hadir juga memakai pakaian seperti Gingerbread Man, Mickey Mouse dan Jack Sparrow daripada filem Pirates Of The Caribbean.
Selain meraikan majlis perkahwinan mereka, pasangan itu juga menganjurkan majlis tersebut dengan tema perkahwinan fantasi, bertujuan untuk mengumpul wang untuk tujuan penyelidikan kanser.
Menurut Gibb, majlis itu merupakan satu acara amal yang dilakukan selepas ramai kawan-kawan mereka meninggal dunia akibat kanser.
“Dalam masa 15 bulan,kami kehilangan tujuh pelanggan akibat kanser. Ia merupakan sesuatu yang menyedihkan apatah lagi mereka juga adalah rakan-rakan kami,’’ katanya yang mengusahakan perniagaan menggosok baju.
Ketika pasangan itu merancang mengadakan majlis perkahwinan fantasi berkenaan, mereka turut menerima berita sedih apabila kakak Nathan disahkan menghidap kanser payudara.
“Ia amat mengejutkan kami, justeru kami mahu melakukan sesuatu untuk membantu mereka,’’ katanya. Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 9:18 AM 0 comments
Tauke Bangla Menipu Pelanggan di Plaza Low Yat
Sumber perihalnegara.blogspot.com
Tokey kedai di Low Yat yang kantoi menipu pelanggan
Seorang pemilik yang juga penyewa kedai berbangsa Bangladesh membaiki telefon dilaporkan telah cuba menipu pelanggannya di tingkat 1,Plaza Low Yat, Kuala Lumpur.
Kejadian berlaku apabila seorang pelanggan lelaki berbangsa melayu itu telah menghantar telefon bimbitnya jenama iPhone 3GS kepada penyewa kedai yang dikatakan mempunyai 4 lot kedai untuk dibaiki.
"Saya menghantar telefon I-Phone 3GS ke kedai dia, lebih sebulan lalu untuk digantikan LCD dan penutup bahagian belakang. Hampir setiap hari saya menghubungi pekerja dia tetapi dikatakan telefon belum siap, sedang dibaik pulih. Selepas menunggu sekian lama, saya datang ke sini, mengambli telefon itu dan balik," jelas pekerja syarikat Ranhill itu.
"Beberapa hari selepas itu, saya menyedari, terdapat kelainan pada telefon saya. Penutup belakang dikatakan baru tetapi banyak kesan calar. Lalu saya memeriksa imei telefon itu dan dibandingkan dengan imei tercatat di kotak asal. Ternyata kedua nombor siri itu berbeza. Saya datang kembali bertemu dengan dia. Rupanya motherboard telefon ini telah diganti. Asalnya 16 Gb, ditukar kepada 8 Gb," jelas pelanggan berasal dari Selayang, Selangor itu.
Pemilik kedai yang besar kepala dengan pelanggannya sebelum kedatangan Mazidul akhirnya mengalah dan terdiam selepas Mazidul Akmal Sidek dan rakannya datang membantu dengan menyoal siasat pemilik kedai tersebut.
Apabila disoal siasat, beliau akhirnya mengaku telah menukar "motherboard" telefon pelanggannya itu. Setelah gagal menipu, pemilik kedai itu kemudiannya bersetuju menukarkan kembali kepada motherboard asal tanpa sebarang caj.
Di harap pihak Imigresen tampil membersihkan kawasan itu yang kini dikatakan telah mula dikuasai oleh pendatang asing seperti Bangladesh dan Pakistan.
Kita tak mahu satu hari nanti mereka mengambil alih pula peluang perniagaan dinegara ini kerana tiadanya kawalan, pemeriksaan serta kepekaan dari pihak berkuasa.
Posted by Suhaimi at 9:05 AM 0 comments
Monday, December 23, 2013
Malaysia bankrap 9 tahun lagi?
Sumber Tranungkite
"PERKARA paling menakutkan untuk kita bayangkan ialah jika negara jatuh bankrap yang sudah pasti akan membawa rakyat kepada suatu kehidupan yang memeritkan, terpaksa menganggur dan harga barang melambung.
Itulah gambaran diberikan Makmal Rasionalisasi Subsidi (MRS) yang menjangka hutang negara meningkat 100 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2019 jika dasar pemberian subsidi diteruskan.
Menurut MRS, Malaysia mungkin akan bankrap dalam tempoh sembilan tahun akan datang jika polisi yang diamalkan sekarang diteruskan dengan mengambil kira jumlah pembiayaan subsidi ditanggung kerajaan mencecah
lebih RM70 bilion setahun.
Subsidi boleh dimansuhkan jika rakyat mampu membeli barangan keperluan asas pada harga sebenar.
Malangnya, sebahagian besar rakyat masih tergolong dalam kelompok berpendapatan sederhana dan miskin.
Golongan ini masih memerlukan bantuan daripada kerajaan dalam bentuk subsidi untuk meneruskan kehidupan kerana kos sara hidup tinggi, terutama mereka yang tinggal di bandar besar.
Kerajaan seharusnya bersedia menyemak semula pendapatan semua sektor pekerjaan di negara ini kepada nilai munasabah supaya masyarakat boleh berkompromi sekiranya subsidi ditarik semula.
MRS ditubuhkan untuk mengkaji langkah sesuai dalam merasionalisasikan pemberian subsidi agar kesan pemansuhan atau pengurangannya tidaklah sehingga menjejaskan kehidupan rakyat disampaing berupaya mengukuhkan ekonomi negara.
Langkah yang seperti ini sangat penting untuk memastikan negara kekal berdaya saing sekali gus mewujudkan iklim pelaburan yang telus dan mapan.
Mengikut cadangan makmal itu, pemberian subsidi antara aktiviti perdagangan yang tidak menguntungkan.
Ia menimbulkan kesan ke atas ekonomi Malaysia yang sedang membangun.
Pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mengenai bahana yang akan menimpa negara dalam tempoh sembilan tahun akan datang jika negara masih mengekalkan subsidi termasuk antara kesan
jangka panjang yang dijangkakan jika polisi itu diteruskan.
Kalau benar disebabkan subsidi negara boleh jatuh bankrap, rakyat sudah tentu rela ia dihapuskan.
Ini kerana tiada rakyat yang mahu negaranya bankrap sekali gus lebih teruk menjejaskan berbanding kehidupan yang dilalui sekarang.
Bagaimanapun timbul persoalan dalam isu tingkat pendapatan, apakah dengan apa yang diperolehi majoriti hari ini, rakyat Malaysia mampu hidup selesa dalam keadaan kos hidup mencanak sedangkan tangga gaji di takuk lama?
Usaha kerajaan melalui Model Ekonomi Baharu (MBE) dilihat cuba menumpukan peningkatan pendapatan per kapita rakyat menjelang 2020 dan mempertingkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah serta sederhana
rendah kepada 40 peratus sepanjang MBE dilaksanakan.
Bagaimanapun, apakah kadar pergerakan gaji atau pendapatan rakyat seiring dengan pergerakan kos hidup secara purata tahunan?
Jika kenaikan pendapatan per kapita rakyat selari dengan penghapusan subsidi secara berperingkat oleh kerajaan, mungkin ia tidak akan menjejaskan kehidupan rakyat secara keseluruhannya.
Bagaimana jika penghapusan subsidi tidak selari dengan peningkatan pendapatan rakyat?
Apakah kerajaan boleh beri jaminan jika subsidi dihapuskan, negara lebih kompetitif dan pendapatan rakyat akan meningkat?
Atau adakah kerajaan perlu cari jalan memastikan negara kompetitif dan pendapatan rakyat meningkat serta kemudian baru hapuskan subsidi berperingkat?
Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi media semalam, bahawa kerajaan sedang mencari jalan melindungi dan mengurangkan kesan kenaikan kos hidup (dalam konteks ayat beliau merujuk kepada
kenaikan tol dan tarif elektrik) secara tidak langsung menjawab persoalan itu bahawa kerajaan pada masa ini belum menemui sebarang mekanisme sesuai untuk mengatasi masalah itu.
Atas sebab itulah, di sebalik tindakan mengurangkan atau menghapuskan subsidi yang sebagaimana disebut perdana menteri bahawa sesuatu yang tidak mungkin dapat dielakkan, rakyat di mana-mana juga menjerit dan
membantah kerana berasa hidup semakin terhimpit.
Inilah yang meresahkan sebahagian besar rakyat yang ber-pendapat kerajaan harus mencari langkah paling sesuai untuk menangani masalah ekonomi sebagaimana yang dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pada era kemelesetan ekonomi 1987 dan 1997, bukan dengan terus meletakkan beban kepada rakyat.
Lebih-lebih lagi isu pembaziran, ketirisan, rasuah dan kecekapan masih menjadi isu pentadbiran kerajaan.
Sedangkan negara semaju Amerika Syarikat (AS) pun masih memberi subsidi dalam pelbagai sektor industri dan perkhidmatan sebagai mekanisme perlindungan industri negaranya.
Subsidi tanaman jagung, kerajaan AS memberi sebanyak AS$73 billion sepanjang tempoh 2006 hingga 2009.
Walaupun ia menyebabkan barangan komoditi negara sedang membangun terjejas, tetapi dari segi pertanggungjawaban AS terhadap industri dan rakyat, tidak boleh dipertikaikan.
Dalam konteks negara kita, bolehkah kerajaan memberik statistik pulangan dari segi daya saing dan gandaan yang bakal diperolehi daripada langkah penghapusan subsidi? Bolehkah kerajaan mengunjurkan peningkatan pendapatan rakyat hasil tindakan ini?
Kalau kenaikan tepung tahun depan sebanyak 20 sen dan tahun seterusnya 25 sen, maka sehingga 2015, harga tepung akan meningkat kepada RM1.20 iaitu lebih 50 peratus kenaikan. Ini belum dikira lain-lain barang
kawalan. Apakah ini selaras dengan unjuran pendapatan per kapita rakyat ditetapkan MBE bagi tempoh sama?
Kalau pendapatan kita tinggi, secawan kopi berharga RM10 pun tidak menjadi masalah, satu kepala bufet RM100 pun tidak berbeban.
Sama juga dengan harga minyak, bagi yang mampu dan mempunyai kereta yang cukai jalannya RM2,000 atau RM10,000 pun tidak menjadi masalah jika minyak RM2.50 seliter.
Sejauh manakah MRS yang akan dilaksanakan membantu golongan miskin dan berpendapatan sederhana?
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan perlu menubuhkan jawatan kuasa yang serius dan komited memantau kenaikan harga barangan untuk menyekat kenaikan harga.
Katanya, bukan rakyat yang patut berjimat cermat tetapi kerajaan harus mengurus perbelanjaan lebih efektif.
Posted by Suhaimi at 11:38 AM 0 comments
GST akan turun harga, kekarutan Mat Maslan diperjelas!!
Ahmad Maslan diselar keluar kenyataan GST akan turunkan harga
Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyelar Datuk Ahmad Maslan berhubung kenyataan timbalan menteri kewangan itu bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan menurunkan harga barangan keperluan.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, berkata Ahmad perlu “kembali semula ke sekolah dan belajar Matematik untuk menajamkan kemahiran aritmetiknya” kerana dia gagal untuk menunjukkan logik dalam kenyataannya semalam.
“Mengatakan harga akan turun selepas GST dilaksana menunjukkan kualiti rendah beliau sebagai timbalan menteri kewangan,” kata Pua di Kuala Lumpur.
Pua berkata, memang benar GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan, tetapi, ia tidak bermakna cukai yang perlu dibayar rakyat Malaysia akan turun kerana dua jenis cukai akan digantikan dengan satu seperti dikatakan oleh timbalan menteri berkenaan.
Beliau berkata, walaupun cukai jualan kini merupakan 10%, ia hanya dilaksanakan di peringkat pengeluar dan hanya terhad kepada produk tertentu.
“Sedangkan GST akan dilaksanakan kepada semua produk kecuali beberapa yang dikecualikan. 10% yang dikutip daripada pengeluar mungkin tidak melebihi 6% daripada perucit,” katanya.
Memberikan contoh, Pua berkata, pengeluar mungkin menjual produk kepada pengedar dengan RM100 dan membayar 10% atau RM10 sebagai cukai jualan dan pengedar kemudiannya menjual kepada peruncit dengan RM150 yang kemudiannya menjual kepada pengguna dengan RM200.
“Apabila GST dilaksanakan, 6% akan dikutip daripada RM200 atau RM12 dijual peruncit akhir. RM12 sangat jelas lebih daripada RM10 walaupun kadar GST hanya 6% berbanding 10% cukai jualan,” katanya.
Pua berkata, sudah jelas kerajaan akan mengutip lebih banyak daripada GST berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
“Pada 2012, SST memberikan keuntungan kepada kerajaan sebanyak RM15.9 bilion. Dengan pelaksanaan GST, kerajaan dijangka akan mengutip RM33 billion apabila ia dilaksanakan sepenuhnya.
“Jika harga tidak naik, jika rakyat tidak membayar lebih disebabkan GST, bagaimana kerajaan boleh kutip lebih banyak cukai daripada rakyat,” kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bersetuju dengan kenyataan Pua dan terkejut dengan pendirian Ahmad berhubung GST.
Katanya, apa yang dikatakan Ahmad hanya justifikasi akademik semata-mata dengan asas pengeluar boleh menuntut kredit cukai maka mereka akan menurunkan harga barang.
“Ini hanyalah dongeng yang tidak akan menjadi realiti.
“Apa yang mereka tidak sedar pengeluar sekarang terdedah dengan pelbagai peningkatan kos kerana perkhidmatan dan barang yang digunakan dalam aktiviti pengeluaran mereka juga perlu dicukaikan dan ini sudah tentu memberikan kesan kepada kos.
“Ini bukan kebajikan tetapi perniagaan dan keputusan menurunkan harga bukan disebabkan undang-undang,” kata Ahli Parlimen Pandan penggal pertama itu.
Rafizi berkata, jika PR melihat GST daripada segi kepentingan politik, sudah pasti mereka akan membenarkan BN melaksanakannya dengan lebih awal.
“Mengapa? Kerana pelaksanaan GST akan meningkatkan pelbagai harga barang dan akan memberikan manfaat politik kepada PR,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, ini akan membebankan rakyat dan sebab itu PR menentangnya.
Ketua Wanita PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff mahu Ahmad merenung kembali bagaimana kenaikan tarif elektrik dan kadar tol sudah menyebabkan kekecohan sebelum bercakap tentang GST.
“Beliau harus fikir dahulu. Jika kita lihat negara lain yang melaksanakan GST, harga meningkat secara mendadak.
GST akan meningkatkan harga dan kadar 6% terlalu tinggi sedangkan kadar gaji orang ramai masih ditahap sama,” kata Ahli Parlimen Rantau Panjang itu.
Semalam, Ahmad berkata, pembangkang akan “gagal dan merana” kerana menyebarkan pembohongan tentang pengenalan GST pada 2015.
Ketua penerangan Umno itu berkata, kerajaan cuba untuk menurunkan harga barang dengan pengenalan GST sementara PR pula sebaliknya, menolak inisiatif tersebut.
“Mereka akan gagal dan merana kerana berbohong kepada rakyat,” kata Ahmad selepas merasmikan Bengkel Usahawan Melayu Innovatif di Kuala Lumpur semalam.
“Mengapa mereka tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun. Apabila harga barang dan perkhidmatan turun, pembangkang tidak mempunyai modal untuk menyerang kerajaan,” katanya.
Ahmad memberikan respon terhadap laporan The Malaysian Insider semalam mengenai kempen PR menentang GST yang akan menyaksikan road-show diadakan di seluruh negara. – The Malaysian Insider
Posted by Suhaimi at 11:28 AM 0 comments
Viagra Politik: MCA Dimalukan Kerana Sudah "Mati Pucuk"?
Sumber Kelab GB
DAP menyifatkan parti komponen BN, MCA telah dimalukan Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-60, semalam.
Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, penghinaan politik itu bukan daripada kekalahan pada pilihan raya umum lalu atau penolakan daripada rakyat tetapi dari kawan baik mereka sendiri.
“Jika MCA perlukan viagra politik daripada Kementerian Kesihatan seperti dinasihatkan Najib, ia hanya membuktikan kewujudan MCA bukan kerana prinsip mereka ataupun untuk berkhidmat kepada rakyat. Tetapi semata-mata berkhidmat untuk kepentingan Umno.
“Kegagalan MCA menegur Presiden BN dan Umno untuk komen yang sebegini menunjukkan betapa patuhnya MCA,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Guan Eng mempertikaikan tindakan MCA hanya membiarkan dirinya dimalukan di bangunan sendiri.
“Jika MCA tidak berani membantah apabila mereka dimalukan di bangunan mereka sendiri secara terbuka di hadapan perwakilan mereka, bagaimana rakyat boleh mengharapkan MCA melawan Umno untuk mempertahankan hak rakyat Malaysia?
“Rakyat menantikan jawapan bagaimana untuk bebas daripada penjara kemiskinan, rasuah dan hutang ekoran kegagalan pentadbiran BN,” katanya.
Tambahnya, “bolehkah viagra politik itu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat sehari-hari? Atau hanya bersandar pada dasar perintah Umno yang bermain dengan isu perkauman dan pelampau agama?
Semalam, Najib meminta MCA mengambil 'viagra politik' untuk mengembalikan semangat ahli parti yang semakin pudar.
Beliau berkata demikian setelah menyentuh soal prestasi MCA yang mengecewakan pada PRU13, baru-baru ini. -SH Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 11:19 AM 0 comments
Sunday, December 22, 2013
PR gesa sidang tergempar bincang pendedahan k'jaan jual aset negara RM1.4 bilion
Sebahagian yang hadir di pelancaran kempen anti-GST di Kampung Baru, Kuala Lumpur, malam semalam.
Pakatan Rakyat (PR) mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil mesyuarat tergempar di Parlimen untuk membincangkan penjualan aset negara seperti didedahkan oleh laporan Bank Dunia baru-baru ini.
“Kita perlu sesi ini untuk membincangkan tentang penjualan aset negara. Bila penjualan ini dilakukan dan mengapa kita tidak diberitahu tentang ini?
"Ini merupakan satu perkara yang amat mengejutkan kerana laporan itu menyebut penjualan aset negara sebanyak RM 1.4 bilion kerana ingin membuktikan kepada rakyat bahawa defisit negara ini terkawal," kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa melancarkan kempen PR menentang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Kuala Lumpur malam tadi.
Menurut Anwar, mesyuarat tergempar itu juga perlu membincangkan kemerosotan sistem pendidikan Malaysia dan ranking rendah yang diperolehi negara seperti yang didedahkan laporan sistem persekolahan dunia baru-baru ini.
Surat menuntut mesyuarat tergempar itu akan dihantar kepada Perdana Menteri Isnin ini, selepas mesyuarat Majlis Presiden PR, tambahnya.
Bercakap di sidang akhbar semalam, ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli telah memetik laporan Bank Dunia mendedahkan jumlah pendapatan kerajaan Malaysia sebanyak RM1.4 bilion hasil penjualan aset, manakala RM4.2 bilion berupa sekuriti hutang daripada aset-aset negara (securitization of government mortgages).
Rafizi mendakwa penjualan aset negara bertujuan mencapai sasaran defisit 4% bagi 2013. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 Disember, 2013.Rafizi mendakwa penjualan aset negara bertujuan mencapai sasaran defisit 4% bagi 2013. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 Disember, 2013."Ini adalah pendedahan yang cukup mengejutkan kerana pentabiran Najib sudah sampai ke peringkat menjual aset negara dan mencagarkan harta negara melalui securitization of government mortgages untuk menampung keborosan pembaziran kerajaannya.
"Saya syak rancangan menjual aset negara ini sudah pun berlaku kerana ia bertujuan mencapai sasaran defisit 4% bagi 2013 yang sebenarnya gagal," katanya.
Semalam, kempen menentang GST menyaksikan kehadiran pemimpin tertinggi PR yang lain seperti Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli dan Pengarah Strategi DAP Dr Ong Kian Ming
Hampir 500 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum hadir di majlis tersebut biarpun cuaca hujan.
Kempen anti-GST merupakan satu lagi usaha PR meraih sokongan umum menolak sistem cukai baru itu yang dikatakan tidak adil dan membebankan pada ketika rakyat terpaksa menangguh kenaikan harga barang.
Azmin dalam ucapannya menyentuh penggunaan jet rasmi kerajaan oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, sebagai contoh penyelewengan dan salah guna kuasa kerajaan.
"Kerana itu kita menyarankan Najib melantik Rosmah jadi Menteri luar Negeri memandangkan dia mempunyai hubungan yang kuat dengan negara Timur Tengah, malah sepanjang pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, isterinya Tun Siti Hasmah tidak pernah dilaporkan menggunakan jet rasmi kerajaan," katanya disambut dengan sorakan dari hadirin.
Sementara itu, Lim dalam ucapannya menegaskan, punca sesebuah negara itu muflis bukan kerana sistem cukai yang dilaksanakan, tetapi korupsi yang membarah dalam sebuah negara.
Abdul Hadi turut hadir di pelancaran kempen anti-GST semalam. - - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 Disember, 2013.Abdul Hadi turut hadir di pelancaran kempen anti-GST semalam. - - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 Disember, 2013.Abdul Hadi menggariskan prinsip Islam dalam hal cukai, iaitu ia hanya dikenakan pada sesetengah golongan, dan bukan semua, seperti dalam sistem cukai GST.
"Yang berlaku kini, apabila cukai dikenakan pada orang yang membeli satu lori gula dan juga kepada yang membeli 1 kilogram gula. Maka ia merupakan satu sistem yang tidak adil," katanya.
Dalam Bajet 2014 pada Oktober lalu, Najib mengumumkan GST akan dilaksanakan bermula April 2014.
Selain itu, pentadbiran Najib turut melakukan pemotongan subsidi minyak dan gula yang menyaksikan kenaikan harga bahan keperluan itu.
Terbaru, kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak 15 peratus dan harga tol di beberapa lebuh raya di Lembah Kelang bermula 2014. – 21 Disember, 2013.
Posted by Suhaimi at 4:46 PM 0 comments
Untung RM4b masih tak cukup?
KUALA LUMPUR – PKR mencadangkan supaya Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat rundingan semula dengan Penjana Tenaga Bebas (IPP) untuk mengurangkan kos ditanggungnya sekali gus berupaya menurunkan tarif elektrik yang dikenakan ke atas pengguna.
Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berkata, TNB banyak mengeluarkan belanja untuk membeli tenaga elektrik daripada IPP pada kadar yang tinggi sehingga terpaksa menanggung kos berlebihan.
“Ini satu faktor mengapa TNB selalu tidak cukup wang kerana mereka terpaksa bergantung kepada IPP untuk mengekalkan bekalan elektrik yang mencukupi.
“Jadi saya rasa lebih baik jika TNB berunding dengan IPP supaya kadar itu dapat dikurangkan daripada menaikkan tarif elektrik sedia ada yang membebankan pengguna,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Katanya, kenyataan bahawa kenaikan tarif yang berkuat kuasa 2014 masih tidak mencukupi untuk menampung kos dan perbelanjaan TNB sukar diterima kerana syarikat itu mengaut keuntungan lebih RM4 bilion.
Pada 30 Oktober lalu, TNB mengumumkan keuntungan bersih berjumlah RM4.61 bilion dicatatkannya keseluruhan tahun kewangan berakhir pada 31 Ogos 2013.
Ini mewakili peningkatan sebanyak 4.6 peratus berbanding RM4.41 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
“Kalau mereka kata tidak cukup, maknanya mereka tidak ada keuntungan dan kita faham kenapa mereka naikkan tarif. Tapi macam mana boleh kata tidak cukup padahal mereka untung RM4 bilion.
“Saya kurang faham mengenai perkara ini. Sepatutnya keuntungan itu mereka boleh gunakan untuk perbelanjaan yang diperlukan,” katanya.
Kelmarin, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga, Datuk Ir Ahmad Fauzi Hasan berkata, kenaikan tarif elektrik baru yang berkuat kuasa Januari 2014 masih tidak mencukupi untuk menampung kos dan perbelanjaan syarikat tersebut.
Posted by Suhaimi at 4:42 PM 0 comments
Pelajar tingkatan 3 Malaysia setaraf darjah 5 di Singapura.-Nurul Izzah.
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mempersoalkan perbezaan persepsi dalam sistem pendidikan Malaysia dalam pengamatan kerajaan dan badan antarabangsa.
Beliau memberi contoh laporan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) yang mencerminkan keadaan yang membimbangkan dalam sistem pendidikan Malaysia.
"Pada tahun 2011, Laporan TIMMS melaporkan kejatuhan kedudukan Malaysia untuk subjek Matematik iaitu dari 16 (1999), 10 (2003), 20 (2007), dan 26 (2011) sementara subjek Sains pula ialah 22(1999), 20 (2003), 21 (2007), dan 32 (2011).
"Kejatuhan markah purata bagi subjek Matematik iaitu 519 (1999), 508 (2003), 474(2007) ke 440 (2011); jatuh 79 mata sementara subjek Sains iaitu 492 (1999), 501 (2003), 471 (2007) ke 426 (2011).
"Yang menghairankan adalah kontradiksi yang diperlihatkan menerusi Laporan Lembaga Peperiksaan - rekod pelajar yang mendapat A dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut semakin meningkat dari tahun ke tahun di dalam peperiksaan PMR. Apakah yang sebenarnya berlaku?" kata beliau dalam ucapan aluan di kongres pendidikan NGO 'Teach For The Needs' (TFTN) hari ini.
Izzah menambah laporan PISA tahun lalu turut menyebut kegagalan sistem pendidikan Malaysia yang menurutnya perlu 'diterbalikkan' bagi memastikan kualiti pendidikan dapat ditingkatkan.
"Menjelang 2013, sebuah lagi laporan pendidikan diterbitkan. Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) telah mengeluarkan laporan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2012.
“Sekali lagi rakyat Malaysia dikejutkan dengan prestasi pelajar Malaysia yang semakin merudum. Terkini, pelajar tingkatan 3 Malaysia setaraf dengan pelajar Darjah 5 dari Singapura dan Korea Selatan!
Posted by Suhaimi at 4:30 PM 0 comments
Friday, December 20, 2013
Nilai Mata Wang Jatuh, Jika Kenaikan Harga Barangan Dan Perkhidmatan Secara Berterusan Tanpa Kawalan !
Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara berterusan tanpa kawalan, akan memberi kesan kepada nilai mata wang negara.
Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, nilai RM1 pembelian barang ketika ini dijangka turun kepada 80 atau 90 sen pada tahun hadapan dan 2015, berikutan kenaikan harga secara bertindan.
Beliau berkata, kejatuhan nilai wang itu juga akan menyebabkan kuasa beli pengguna semakin berkurangan.
“Jika dilihat kenaikan tarif elektrik dan tol serta pengurangan subsidi gula, ia memberi kesan kepada pengguna dengan kenaikan harga barang dan inflasi juga dijangka meningkat dan ini memerlukan pemantauan berkala daripada pihak kerajaan.
“Jadi tidak ramai pengguna akan membeli (barang dan perkhidmatan) mungkin sebab mahal,” katanya ketika ditanya berhubung kuasa beli pengguna dalam tempoh dua tahun akan datang.
Mohamad Fazli berkata, kesan kenaikan harga sesetengah barang dan perkhidmatan bermula bulan hadapan, secara tidak langsung akan menyebabkan berlaku fenomena gelembung hartanah, iaitu situasi di mana masyarakat tidak berkemampuan membeli hartanah kerana bebanan hutang isi rumah tinggi.
“Nilai hartanah ketika ini sudah tinggi dan tidak ramai mampu memiliki kediaman sendiri. Jadi, orang akan fokus kepada barang keperluan asas, iaitu makanan seperti beras, gula dan tepung,” katanya.
Bagi mengatasi kesan kenaikan harga, Mohamad Fazli menyarankan masyarakat berhemah ketika berbelanja seperti menyediakan rancangan perbelanjaan, mengutamakan pembelian barang keperluan dan membuat perbandingan harga sebelum membeli barang.
Menurutnya, pengguna perlu menjadi masyarakat yang bermaklumat dan bijak dalam membuat keputusan berkaitan penggunaan dan perbelanjaan mereka.
“Program Rasionalisasi Subsidi (SRP) ini ada pro dan kontra kepada kerajaan dan masyarakat.
Kerajaan pasti ada alasan sendiri jalankan program SRP disebabkan faktor kenaikan harga pasaran dunia dan untuk tujuan pembangunan.
“Masyarakat pula rasa sebaliknya, iaitu terbeban dengan kenaikan harga. Yang pasti, kenaikan akan berlaku dan kita perlu hadapinya.
Kita sendiri yang mencorakkan perbelanjaan kita dan kena berbelanja di bawah lingkungan pendapatan,” katanya.
Beliau turut menyarankan supaya kerajaan mengkaji secara menyeluruh kesan kenaikan harga ke atas masyarakat di bandar dan luar bandar.
Posted by Suhaimi at 11:50 AM 0 comments
Thursday, December 19, 2013
Kereta Lego sekala penuh dikuasakan 4 enjin Udara Termampat, 256 omboh!
Sumber Arenakereta.com
Dunia telah melihat beberapa mesin yang cukup menakjubkan diperbuat daripada batu bata Lego sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi projek ini , yang dibina oleh Steve Sammartino dan Raul Oaida , dikatakan sebagai yang paling mengagumkan. Lagipun, ia bukan sahaja ia dibina dengan skala penuh, kereta lego ini boleh bergerak dengan kuasa sendiri yang mampu membawa penumpang.
Dikuasakan oleh empat enjin dengan jumlah 256 omboh dan beberapa tangki udara tekanan tinggi, penciptanya mendakwa kereta lego ini berpotensi boleh pergi dengan kelajuan sehingga 20 batu sejam (30 km/h).
Projek yang dinamakan Super Awesome Mirco Project , telah dibina di Romania dan kemudian dihantar ke Melbourne , Australia. Ia nampaknya menggunakan lebih kurang 500,000 bata Lego hitam kuning untuk dibina. Walaupun kita mungkin tidak akan berapa gemar dengan kombinasi warna tersebut, namun, hasilnya tetap mengagumkan.
Posted by Suhaimi at 4:13 PM 0 comments
Wednesday, December 18, 2013
Kantoi!! Gara-gara gagal tepati janji kurangkan tol, BN padam manifesto dari website..
Di muka surat 12 di bawah perkara ‘Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar’ manifesto bertajuk ‘Rakyat Didahulukan – Menepati Janji, Membawa Harapan’ itu menjanjikan untuk mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat.
‘Kehilangan’ itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pengumuman kerajaan untuk menaikan kadar tol antara 50 sen hingga RM2 bermula 1 Januari tahun hadapan, bertentangan dengan janji menurunkan kadar tol seperti mana terkandung dalam manifesto itu.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata ini membuktikan BN ketika merangka manifesto itu sememangnya tiada niat untuk melaksanakan janji mereka.
“BN sebenarnya tidak niat atau rancangan pun hendak laksanakan tetapi terpaksa menciplak manifesto Pakatan Rakyat (PR) bagi menyaingi PR dan menunjukkan kononnya mereka tidak terpisah dengan rakyat; jadi saya kira rakyat boleh lupakan janji lain BN dalam manifesto mereka.
“Itu cuma taktik mereka untuk raih undi dan hari ini baru tujuh bulan menang pilihan raya, terbukti, bukan kata turunkan tol malah BN naikkan lagi,” kata Rafizi ketika dihubungi Selangor Kini hari ini.
Keadaan ini berbeza dengan Manifesto PRU-13 PR yang bertajuk ‘Harapan Rakyat – Pakatan Harapan Rakyat’ yang setiap perancangan dasar baru yang menguntungkan rakyat disertakan dengan plan perlaksanaan terperinci.
Kata Rafizi lagi, BN patut malu dengan tindakan mereka sebelum ini yang mendakwa Kerajaan PR Selangor tidak menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum ke 12 pada 2008 lalu.
“Dahulu mereka kecoh nak saman Kerajaan Selangor pasal manifesto tetapi sekarang dengan menggunakan hujah BN sendiri, BN patut redha kalau ada rakyat yang mahu menyaman mereka,” kata beliau lagi lapor Selangorkini..
Ni manifesto BN yang berjaya diselamatkan.. tengoklah sendiri setelah lebih enam bulan kembali berkuasa apa yang telah BN mungkiri..Manifesto BN Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 1:22 PM 0 comments
Penjelasan Fenaomena Salji di Mesir menurut sains dan hadis
Mesir sedang mengalami musim salji pertama dalam sejarah selepas 112 tahun manakala Vietnam juga mengalami jatuhan salji yang tidak begitu berat berbanding Mesir.
Kehadiran salji di beberapa tempat di Vietnam menarik ramai penduduk seluruh Vietnam ke kawasan terlibat untuk melihat fenomena bersejarah itu sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas selam berjam-jam seperti dilaporkan Al Jazeera.
Penjelasan tentang fenomena itu boleh dirungkai dengan membaca artikel di bawah.
PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH
Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari.
Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut.. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai.
Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.
Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas.
Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013.
Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!!
Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah.
Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam.
Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir.
Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku.
Khatulistiwa berada di Antartika
Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan " flip" di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan.
Semasa pergerakan " flip" peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis.
Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi laut akan ditenggelami air
Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan tenggelam terus. Begitu juga Australia barat.
Apabila berlaku "flip" pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api di matahari, angin solar, ribut surya dan "sun spot".
Manakala "flip" juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi, letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu.
Pergerakan kutub memang sedang berlaku. makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku.
Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku?
Mengikut anggaran saintis ianya akan berlaku pada 2015. Hanya Allah yang Maha Mengetahui kerana semuanya adalah perencanan Ilahi.
Samada merujuk kepada Komet ISON atau kejadian langit yang lain yang belum muncul, berikut adalah sabdaan Rasulullah SAW dan kata-kata sahabat tentang fenomena bintang berekor yang bakal disaksikan di akhir zaman.
Terdapat sabdaan Rasulullah s.a.w dan Saidina Ali tentang sejenis komet yang memberi indikasi sejarah. Samada hadis dan sabdaan tersebut merujuk kepada kehadiran Komet ISON, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.
Sabda Rasulullah S.A.W "
“..antara tanda muncul Imam Mahadi ialah munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya menerangi langit dan menyebabkan tenggelamnya kawasan pantai”
Kata Saidina Ali RA mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar),
"Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad.
Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit.
Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang- orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat".
Antara fakta Komet ISON ialah:
1. ISON digelar “ Komet abad ini”
2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013
4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.
5. ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam.
6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.
7. ISON adalah komet yang paling mudah dilihat oleh ramai orang.
8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.
9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.
10. Bumi akan merempuh debu2 komet ISON pada 14 Januari 2014.
Artikel ini ditulis bukan untuk menggempar dan menakutkan. Apa yang bakal terjadi akan tetap terjadi.
Semoga setelah membaca artikel ini, saudara- saudari serta anak-anak ku bertambah kesedaran dan keinsafan. Bertambah taat pada Allah.
Bertambah akan amalan agama. Di waktu yang sama terus peka dengan perubahan-perubahan serta lebih rajin membaca dan mengkaji fenomena perubahan kutub ini.- Harakatul Muqawamatul Islamiyyah
Posted by Suhaimi at 12:52 PM 0 comments
Syria, Mesir Dan Palestin Dilanda Salji
Sejak 112 tahun dahulu, buat pertama kalinya negara dari timur tengah seperti Syria, Mesir dan Palestin telah dilanda salji awal 2 minggu lalu.
Beberapa gambar lain turut dikongsi oleh pengguna sosial media Instagram dari sana.
Mesir dan Palestin antara negara timur tengah yang dilanda ribut salji pada Jumaat lalu.
Banyak berita yang tersebar menyatakan fenomena turunnya salji di Mesir adalah yang pertama sejak lebih 100 tahun, namun pakar meteorologi Mesir menyatakan ianya mungkin tidak selama itu.
Di Jurusalem atau Al-Quds Palestin, salji dikatakan turun dengan agak lebat dan melumpuhkan aktiviti seharian disana. Kali terakhir Jurusalem direkodkan dilanda ribut salji ialah pada tahun 1953.
Selain sebahagian Mesir dan Palestin, sebahagian Lubnan, Jordan dan Syria juga menghadapi situasi cuaca yang sama.
Apa yang dibimbangi ialah cuaca sejuk melampau ini jika berterusan membawa situasi meruncing dibeberapa penempatan pelarian Syria dimana setakat ini sudah pun ada kes kematian dilaporkan berikutan kurangnya keperluan dan kelengkapan bagi menghadapi cuaca tersebut.
Justeru itu usaha mendapatkan bekalan dan bantuan selimut dan baju tebal giat dijalankan dipenempatan-penempatan pelarian Syria terutamanya dikawasan yang dilanda salji.
Lagi gambar di bawah:
Posted by Suhaimi at 11:46 AM 0 comments
Kaunter Booth P1 Wimax Diserang Pengguna Kecewa
Gambar Kaunter Booth P1 Wimax Diserang Pengguna Kecewa
Nampaknya kemuncak kecewa oleh pengguna-pengguna P1 Wimax akhirnya meletus apabila kaunter booth P1 Wimax di Selayang Mall telah diserang.
Gambar yang dikongsi menunjukkan keadaan tak ubah seperti tongkang pecah menunjukkan betapa kecewanya pelanggan P1 Wimax terhadap perkhidmatan internet yang kononnya laju dan terbaik itu. Dengan pelbagai aduan pelanggan seperti cas yang tersembunyi, penipuan pemotongan perkhidmatan serta pelbagai masalah perkhidmatan yang melanda, tak menghairankan apabila keunter booth mereka di serang. Ramai yang bersetuju dengan kejadian ini kerana mereka menganggap P1 Wimax penipu.
Berikut adalah salah satu rungutan yang dikongsi di facebook:
Assalamualaikum,
Saya salah seorang dari mangsa penipuan P1 wimax. saya telah menggunakan perkhidmatan P1 Wimax selama 2 tahun. Selepas tamat tempoh 2 tahun tersebut, saya telah membuat pemotongan tetapi saya tidak diberikan sebarang borang pembatalan servis tetapi, pegawai yang bertugas meminta saya untuk membuat panggilan ke pusat utama P1 Wimax di Kuala Lumpur untuk pembatalan. Setelah membuat panggilan tersebut, pegawai berkenaan menyatakan bahawa akaun saya sudah ditutup.
Lapan bulan selepas itu, saya terkejut dengan pesanan ringkas di telefon bimbit saya menyatakan yang saya perlu membuat pembayaran sebanyak Rm1580 kerana tidak menggunakan perkhidmatan mereka tetapi tidak membuat pemotongan.
saya cuba mendapatkan penjelasan dari pihak P1 Wimax tetapi pelbagai helah diberi. Saya pergi semula ke Centre di Taman Daya Johor yang tidak memberi borang penamatan perkhidmatan, tetapi perkara sama juga berlaku dengan memberi saya pelbagai helah.
Saya telah membuat aduan di SKMM, pihak P1 ada membuat panggilan. Tetapi memeranjatkan saya apabila pegawai tersebut menyalahkan saya 100% dengan menyatakan saya tidak merekod perbualan antara saya dan pegawai tersebut semasa membuat penamatan perkhidmatan. Pada saya, itu bukan tanggungjawab saya tetapi lebih kepada pihak P1 Wimax.
Setelah saya TERTIPU oleh pihak P1, saya menyedari ada Page yang diwujudkan oleh mangsa P1 Wimax di facebook. Ternyata ramai yang TERTIPU oleh pihak P1 Wimax.https://www.facebook.com/groups/159121421506/ .
Saya memohon pada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada P1 Wimax kerana mereka sehingga kini mengaut keuntungan dengan cara menipu. Kini, saya sudah terperangkap di dalam CTOS dan sudah menyusahkan saya dalam urusan pinjaman.
Posted by Suhaimi at 11:39 AM 0 comments
Kisah Doktor Perancis Peluk Islam Lepas Bedah Mumia Firaun
Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.
Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.
Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.
Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-LEveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.
Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.
Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, dirawat segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?
Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.
Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!
Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Kisah Firaun dalam al-Quran
Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.
Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.
Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan, bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.
Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)
Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.
Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.
Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.
Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.
Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Quran, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.
Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.
Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden, katanya.
Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah. Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 11:34 AM 0 comments
Tuesday, December 17, 2013
Jangan Biarkan UMNO Jajah Pemikiran Orang Melayu
Sumber Kelab GB
Jadi kenapa kita biarkan UMNO membuli kita? Kenapa biarkan UMNO menghamba-abdikan pemikiran orang Melayu?
Boleh kah kita yang begini ramai ditenggelamkan oleh bangsa lain? Ertinya isu pokok orang Melayu bukanlah isiu hak dan kepentingan orang Melayu dirampas oleh bangsa lain. Ambil contoh DAP. Tunjukkan contoh DAP menolak raja2 Melayu yang kedudukan nya termetra dalam Perlembagaan Malaysia. Iaitu kedudukan raja2 Melayu dilindung oleh undang2 dan ramai nya orang Melayu yang setia kepada konsep Raja Melayu.
Saya kata setia pada konsep- sebab tidak dapat dinafikan bahawa ada orang Melayu yang membenci Raja Melayu. Ini fakta dalam sejarah pun. Ada Raja yang di tombak dan ada raja yang diperangi. Biasalah lah itu. Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.
Kita tidak boleh memaksa kesetiaan fisikal. Tapi saya rasa rata2 nya orang Melayu setia kepada konsep raja Melayu berpelembagaan. Raja2 Melayu pun kenalah faham konsep ini. Mana dia punah-sihat dan punai-sihat Tuanku2?
Ada atau tidak DAP rampas hak orang Melayu? Kalau ada sudah lama orang Melayu mengamuk. Sudah lama pemimpin DAP kena lokap.
Atau untuk lebih umum, ada orang Cina merampas hak Melayu kecuali perampasan itu mendapat komplot dari orang Melayu sendiri? Di Negeri Sembilan orang cina ambil alih ribuan ekar reseb Melayu itu adakah mereka lakukan sendirian? Kecuali rampasan tersebut disekongkoli oleh pemimpin Melayu sendiri. Boleh kah orang Cina beli tanah di Johor bharu dengan harga berbilion Ringit kalau tidak disetujui oleh bangsa Melayu sendiri?
Jadi janganlah UMNO mengada ngada mahu bercakap mengenai bangsa Melayu.
Sebab itu kita menyampah dan meluat dengar ucapan demi ucapan semasa Perhimpunan Agong UMNO yang mengambarkan bangsa Melayu diancam oleh bangsa lain. Apa jenis pemimpin negara yang kita ada? Cakap2 perpecahan dan perkelahian seperti ini mesti dibenteras dan diberhentikan. Sebab itu saya tetap berpendirian, sementara PM Najib seorang yang baik secara peribadi dan halus budiperkerti nya, dari segi kepimpinan dia a big zero. Kamu sula saya, saya tetap berfikiran begini. He is a weak leader. If Najib can become PM, anyone can.
Najib tidak ada lansung kepimpinan moral untuk memimpin negara bangsa Malaysia. Nak bercakap siapa Melayu lebih saya pun boleh. Nenek moyang saya bertombak berlembing mempertahankan bumi Melayu dan Raja nya dari dijajah oleh penjajah. Nenek moyang orang lain bergundek dalam istana. Maka kalau mahu cakap siapa Melayu lebih, bila2 masa pun boleh.
Sebagai MP Melayu dalam DAP saya tidak pernah pun berundur dari bercakap mengenai kepentingan bangsa Melayu dalam konteks negara Malaysia. Kita benci segala bentuk dominasi bangsa. Kita semua berkehendakkan sebuah kerajaan yang dibangunkan atas perintah ikut undang2 bukan negara yang diperintah mengikut citarasa kelompok dan gerombolan.
Isu orang Melayu bukanlah bahawa orang Melayu terancam. Atau diserang. Atau bangsa Melayu itu diancam oleh agama kristian.
Berapa ramai penganut agama kristian? Rapuh sangat kah aqidah orang Melayu sehingga orang kristian yang sejemput itu dapat menguasai minda orang Melayu.
Lihatlah struktur masyarakat melayu. Ketua kampong nya semua Melayu. Setiap kampong ada masjid dan surau. Tok imamnya Melayu. Penghulu nya Melayu. Pegawai daerah nya Melayu. Pengarah jabatan semua Melayu. Setiausaha kerajaan negeri yang bergelar semua nya Melayu. MB nya Melayu. Raja2 nya Melayu. Ketua polis daerah nya Melayu. Senaraikan sahaja kepimpinan- semua nya Melayu. Bagaimana masyarakat Melayu terancam?
Ancaman terbesar kepada orang Melayu ialah penghambaan minda orang Melayu. Minda orang Melayu jadi begini disebabkan mereka mewarisi beberapa tabiat perangai dan kebiasaan yang lemah dan rendah yang telah jadi lazim pada zaman nenek moyang dahulu kala itu, beratus ratus tahun lama nya mereka telah di perabdikan dan kena picit dan perah dan ramas di tangan pemetintah2 yang pada zaman dahulu itu-iaitu pemerintah2 daripada bangsa mereka sendiri.
Bukan saya yang kata. Ianya disebut oleh orang Melayu yang lebih tajam pemikiran nya yang tidak tercapai oleh saya iaitu pendita Zaaba dalam tahun 1927.
Yang jadi bahaya ialah penghambaan minda orang Melayu daripada tangan pemerintah bangsa sendiri. Pemerintah kita ialah UMNO. UMNO yang menjahanamkan bangsa Melayu.
Isiu besar orang Melayu bukanlah ancaman dari bangsa lain atau agama lain. Ancaman datang dari kesembingan dan kebodohan pemimpin Melayu kita.
Sejak saya kecil, saya tidak pernah pun orang tua kita, tok nenek kita menyebut menganai shiah dan sunni. Kita hanya menumpu perhatian kepada membetul dan mengukuhkan aqidah kita. Setahu saya, selagi orang itu mengucap 2 kalimah syahadah, dia tetap Islam dan yang menghukumkan dia ialah Allah. Maka hari ini , hairanlah kita perkara ini mahu dijadikan masaalah besar.
Alangkah bodohnya bangsa Melayu jika menerima tuduhan bahawa Mat Sabu itu syiah semata mata dia mengkagumi pemerintahan Iran dan Ayaotllah Khomeini.
Yang membenci Khomeini ialah bangsa Amerika dan Eropah yang benci terhadap apa2 yang berbaur Islam. Adakah Zahid Hamidi antek dan ejen Amerika dan kuasa barat yang sentiasa mencari jalan memecahbelahkan orang Islam? Kita cabar Ustaz Zahid mengeluarkan fatwa bahawa Mat Sabu itu kafir.
Bodohlah kita bansga Melayu kalau membenarkan pemikiran kita di-zulnordinkan. Apa jadi budak ini? Ancaman dari Melayu liberal dan tsunami kristian? Melayu liberal ini lahir dari mana? Mereka tidak ada emak dan bapa?
Sejak bila kita mahu berbunuhan sesama Melayu. Melayu liberal ini bagaimana rupa bentuk nya. adakah Melyau liberal ini Melayu yang meluat tengok gelagat sesetangah Raja2 Melayu. Berjuta orang Melayu mempuntai perasaan benci dan marah paa raja2 Melayu dalam hati mereka. Jadi kita belah dada mereka dan lihat ada perasaan anti raja Melayu dalam badan mereka?
Adakah Melayu liberal itu Melayu yang menentang dominasi Melayu UMNO? Berjuta orang melayu enggan menerima UMNO sebagai satu2 nya jurucakap dan penterjemah kepentingan bangsa Melayu.
Kalau orang Melayu tolak UMNO mereka akan hanya hilang sumber penghambaan minda mereka. -sakmongkol
Betul ke Umno penyelamat manusia dunia dan akhirat? - Aspan Alias
Isu Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan Syiah yang dihebohkan sekarang ini tidak ada kena-mengena dengan akidah atau perjuangan Islam. Itu hanya permainan politik pimpinan Umno yang kini semakin terhakis daripada pandangan rakyat. Pemimpin yang mengeluarkan isu Syiah sejak perhimpunan agung yang lalu sehingga sekarang ini tidak pun mengamalkan cara dan kehendak Ahli Sunnah Wal Jamaah itu.
Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam Umno itu telah dan masih melanggar pantang larang sebagai ASWJ itu. Ketandusan idea politik mereka menyebabkan ada pihak yang mahu di kalangan kita orang Islam ini bergaduh, kerana sejak beberapa ketika dahulu Umno itu ‘survive’ di atas perpecahan orang Melayu yang rata-rata beragama Islam itu.
Malahan Umno yang didaftarkan pada Februari 1988 dahulu diasaskan oleh perpecahan orang Melayu khususnya ahli Umno. Umno tidak mungkin ‘survive’ dalam situasi tenang dan aman, kerana jika keadaan politik itu aman, maka Umno takut rakyat memberikan fokus untuk menilai prestasi mereka terhadap rakyat.
Umno sentiasa merasakan mereka sedang berjalan dalam keadaan gelap gelita dan sunyi dan terpaksa membuat bising dengan menyanyi atau membakar mercun untuk memecah kesunyian yang amat mereka takuti. Semasa kampung saya belum mendapat kemudahan eletrik, keadaan pada malam hari amat gelap.
Sesiapa yang berjalan di dalam gelap itu merasakan di depan dan belakang mereka ada hantu atau harimau dan berbagai-bagai lagi yang mereka takuti. Selalu saya mendengar di jalan-jalan kecil yang sunyi dan gelap gelita itu anak-anak muda menyanyi dengan sekuat hati bagi memecahkan kesunyian dan menghilangkan sedikit rasa takut dan gementar itu.
Bermacam-macam lagi saya dengar. Ada yang menyanyikan lagu P Ramlee, malah ada juga menyanyikan lagu Mat Sentul. Ada yang membakar mercun dan berbagai-bagai cara untuk menghilangkan rasa takut itu sementara sampai ke rumah atau tempat lain.Pendeknya mereka akan berbuat bising untuk menghilangkan rasa takut itu.
Tetapi sekarang keadaan itu tidak berlaku lagi kerana elektrik sudah sampai di setiap rumah dan di jalan raya pula sudah ada lampu yang dipasang oleh Lembaga Letrik Negara atau sekarang ini TNB. Anak-anak muda sekarang tidak tahu kerana mereka tidak mengalami keadaan itu. Lahir mereka ke dunia ini sudah ada lampu eletrik dan air. ‘Air dalam bosi, potik ditopi di tongah menyalo’.
Tetapi masih ada lagi manusia yang masih mempunyai rasa takut dan tidak meyakinkan itu, tetapi bukan dirasai oleh orang kampung saya. Perasaan itu masih ada di dalam jiwa pemimpin Umno dan ramai ahli-ahlinya. Perasaan takut seolah-olah ada hantu di depan dan di belakang dan dalam kesunyian mereka itu membuatkan mereka mencari apa sahaja jalan untuk memecah kesunyian untuk menghilangkan rasa takut dan gementar itu.
Mereka sekarang tidak menyanyikan lagi lagu P Ramlee atau Mat Sentul, mereka menyanyikan lagu ala rap yang bertajuk Syiah dan Sunni. Mereka mahu menghilangkan rasa takut mereka dengan berbuat bising. Selalunya orang yang penakut ini akan bercakap besar dan garang seperti yang kita dengar di kalangan mereka yang entah macam mana duduk di atas dan memimpin kita itu. Pemimpin seperti ini terpaksa melakukan banyak perkara pelik bagi menutup kelemahan mereka yang mudah dilihat oleh orang ramai.
Kenapa Umno memilih untuk menjadikan isu agama sebagai cara mendinding diri mereka daripada kejatuhan itu diketahui ramai? Umno tahu cabaran kepadanya ialah PAS. Parti Islam itu merupakan parti yang digeruni oleh Umno walaupun dalam ucapan pemimpin mereka, mereka cuba untuk melindungi rasa takut mereka dengan kata-kata ego dan pengecut mereka. Mereka tidak berani untuk menunjukkan jiwa besar dengan mengakui kelemahan mereka.
Umno sarat dengan pemimpin palsu yang hanya menunjuk-nunjuk kehebatan mereka sedangkan rakyat semakin hari semakin memahami hakikat ini. Mereka menunjuk-nunjukkan kekayaan mereka yang rakyat tahu adalah hasil manipulasi wang rakyat juga dalam sistem pentadbiran yang begitu sarat dengan rasuah dan salah guna kuasa itu.
Bagi saya, isu Syiah dan Sunni ini elok kita abaikan sahaja kerana ia diperbesarkan oleh mereka yang mengaku Ahli Sunnah tetapi segala larangan ahli Sunnah itu dilakukan secara terbuka. Bagi mereka, Umno sahaja yang dibenarkan melanggar segala kehendak agama itu.
Umno seolah-olah maksum dan tidak ada siapa yang mesti meragui mereka. Merekalah pejuang bangsa, merekalah pejuang pembangunan negara dan yang lebih dahsyat lagi merekalah pejuang dan pelindung agama kita.
Mereka lebih hebat daripada aulia dan anbia yang ditugaskan menjaga dunia dan alam ini selepas kewafatan Nabi Muhammad lebih seribu tahun dahulu.
Bagi mereka Umno adalah segala-galanya. Tidak makbul doa seseorang itu dan tidak sampai hajat sesiapa pun tanpa dikehendaki oleh Umno. Umno sahaja yang menentukan nasib semua orang dunia dan akhirat.
Saya baru sahaja tahu yang dunia dan alam ini diwariskan kepada Umno untuk menjaganya. Kalau tidak ada Najib, Muhyiddin dan Zahid serta Tengku Adnan Mansor, tentu kacau-bilau dunia ini.
Kalau boleh, masukkan Anwar Ibrahim sekali sebaris dengan mereka, mungkin pasti kita semua selamat di dunia dan akhirat. Mati kita mungkin mati dalam iman, bak kata P Ramlee dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk. Di akhir kalam nak mati pun kita akan bangun seketika, dan senyum.
Mengikut jalan cerita dalam filem itu mereka yang sudah merompak pun mati mereka dalam iman. Itulah cerita yang dilakonkan kembali oleh pemimpin-pemimpin Umno sekarang ini. Selamat menonton! – aspanaliasnet Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 8:45 AM 0 comments
Penganalisis: Kemelesetan paling lewat 2016
Mkini
Ekonomi Malaysia bertambah teruk dan langkah kerajaan melalui Pelan Rasionalisasi Subsidi (SRP) serta cukai perkhidmatan dan barangan (GST) hanya membawa kepada kemelesetan ekonomi dalam tempoh tidak sampai tiga tahun akan datang.
Perkara itu diramalkan penganalisis ekonomi Azrul Azwar Ahmad Tajudin yang percaya ia berkait rapat dengan fenomena pecahnya gelembung sektor harta tanah (property bubble burst).
Menurutnya, perkara itu akan berlaku kerana tidak ramai yang mampu lagi membeli harta tanah kerana beban hutang isi rumah yang makin tinggi.
"Saya tak suka jadi penyampai berita buruk tetapi risiko akan ada risiko kemelesetan ekonomi paling lewat pada 2016 adalah sangat tinggi pada pendapat saya.
Dan antara faktor utamanya ialah pecahnya gelembung sektor hartanah. Dan kerana sebab itulah GST perlu ditangguhkan," kata beliau dalam forum "Apa yang salah dengan ekonomi kita" anjuran Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) di ibu negara malam tadi.
Pada tahun 2008, krisis subprima lantaran ketidakmampuan pembeli harta tanah dan peminjam menguruskan pinjaman menyebabkan beberapa institusi kewangan melibatkan hartanah di Amerika Syarikat runtuh.
Malah tinjauan terhadap Indeks Harga Harta Tanah Malaysia menunjukkan persamaan yang membawa kepada gelembung harga harta tanah di negara-negara yang pernah mengalaminya.
Azrul yang juga Pengurus Tugas Khas, Analisa Ekonomi dan Kewangan Pejabat Menteri Besar Selangor menambah, pelaksanaan GST bakal memberikan kesan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Kesan teruk 4% inflasi
Seterusnya, katanya, menyebabkan berlakunya kesan buruk berganda kepada isi rumah.
Beliau berkata, walaupun jangkaan inflasi hanya bertambah sebanyak 4 peratus di atas kertas, realiti hidup rakyat biasa bakal terjejas teruk.
Ini menurutnya akan menyebabkan orang ramai mengurangkan aktiviti pembelian dan menyebabkan transaksi ekonomi menjadi lembap dan seterusnya runtuh.
"Pemotongan subsidi ini akan jadi alasan kepada pengusaha untuk naikkan harga barangan dan perkhidmatan mereka. Walaupun di Malaysia kita ada akta lindungi pengguna, tetapi tidak kuat, jadi pengguna tidak dapat perlindungan sewajarnya.
"Kita juga akan lihat fenomena di mana pengguna atau rakyat akan ambil sikap tidak mahu berbelanja kerana takut kenaikan harga barang lain pula, ini akan menyebabkan KDNK dan pertumbuhan akan merosot itu antara impaknya," kata beliau.
Azrul menambah faktor hutang isi rumah berbanding pendapatan boleh guna juga meningkat sehingga 140 peratus, lebih tinggi daripada Amerika Syarikat, pada 123 peratus.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan GST pada sesi pembentangan Bajet Oktober lalu dan akan memulakan pelaksanaannya dalam bulan April 2015.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, berkata mekanisma pencukaian baru itu boleh menjamin pendapatan tambahan sebanyak RM20 bilion hingga RM27 bilion, apabila matang kelak.
Posted by Suhaimi at 8:39 AM 0 comments
PKR: Perjanjian konsesi bukan alasan naik tol
Mkini
Alasan bahawa tol mesti dinaikkan kerana ia sebahagian daripada perjanjian dengan syarikat konsesi terlalu dangkal dan tidak boleh diterima, kata PKR.
Pengarah strateginya Rafizi Ramli berkata, ini kerana, sebahagian besar syarikat pemegang konsesi dikuasai oleh anak-anak syarikat kerajaan sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Anggota Parlimen Pandan itu justeru berkata, kerajaan oleh itu mempunyai kuasa dan pengaruh untuk merunding semula terma berkaitan.
"Ini bermakna, kerajaan persekutuan mempunyai kuasa dan pengaruh untuk duduk berbincang dengan pemegang-pemegang konsesi sama ada melalui pemilikan saham pemegang konsesi ini atau bantuan kewangan yang telah pun diberikan kepada syarikat pemegang konsesi," katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar kelmarin berkata, kenaikan kadar tol yang dijangka tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.
Katanya, telah tiba masanya kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.
Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi juga berkata, tiga pemegang konsesi lebuh raya terbesar - Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus), Prolintas dan Gamuda - dikuasai oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.
Plus dikuasai Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Prolintas anak syarikat milik Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Hanya Gamuda merupakan syarikat swasta tetapi agensi-agensi kerajaan mempunyai sekurang-kurangnya 22.59 peratus pegangan (berdasarkan pemilikan saham akhir tahun 2010), kata Rafizi.
Sementara itu, Rafizi juga berkata, perlu juga diambil kira apabila sebahagian besar konsesi tol di negara ini juga mendapat bantuan kewangan penuh kerajaan semasa pembinaan.
Posted by Suhaimi at 8:32 AM 0 comments
Pelaburan berisiko RM15.8b Petronas dipersoal
Mkini
Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli mempersoalkan pembelian syarikat Kanada, Progress Energy Resources Corporation, berjumlah RM15.8 bilion oleh Petronas kerana terlalu berisiko untuk kerugian besar.
Petronas membeli syarikat itu antara lain untuk menguasai rizab gas asli dari batuan (shale gas) di kawasan British Columbia, Kanada.
Rafizi (kanan) yang pernah berkhidmat untuk Petronas berkata, kebimbangan itu ekoran kerugian demi kerugian pelbagai syarikat akibat pelaburan dalam rezab gas asli dari batuan semasa rundingan pembelian oleh Petronas.
Sebagai contoh, katanya syarikat gas asli terbesar Kanada, Encana Corporation rugi C$1.7 bilion (RM5.2 bilion) akibat pelaburannya pada Julai 2012.
Manakala syarikat British BG Group pula rugi AS$1.3 bilion (RM3.9 bilion) dalam bulan sama.
Keadaan itu, menurutnya, memaksa Encana dan BG melupuskan nilai pelaburannya dalam bidang itu.
Manakala pada tahun lalu juga, syarikat Australia, BHP pula rugi AS$2.5 bilion (RM7.5 bilion) apabila pelaburannya dalam bidang itu merudum sepanjang tahun itu.
"Kerugian-kerugian yang dihadapi oleh Encana, BG Group dan BHP diketahui umum dan berlaku sekitar bulan-bulan Petronas merundingkan pembelian dari Progress Energy itu.
"Secara logiknya, PETRONAS wajar lebih berhati-hati memasuki industri yang sedang mengalami kerugian besar," kata beliau.
Kenapa pengawasan PM saja?
Rafizi juga berkata, pelaburan RM Petronas juga pelaburan terbesar yang pernah dibuat dalam satu urus niaga oleh gergasi petroleum negara itu.
Juseru, beliau beranggapan, tidak logik Petronas beriya-iya menyertai pelaburan gas asli batuan dengan melibatkan pelaburan besar ketika syarikat lain rugi dan ketika harga jualan merudum dan tidak stabil.
Rafizi mencadangkan penubuhan badan pengawasan lebih kukuh untuk mengawal pelaburan besar Petronas dan bukannya diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semata.
"Oleh sebab itu, wajarlah Petronas dan perdana menteri melaporkan secepat mungkin kepada rakyat kedudukan sebenar pelaburan berjumlah RM15.8 bilion itu," kata beliau.
Posted by Suhaimi at 8:28 AM 0 comments
Monday, December 16, 2013
Kerana Buah Tin dan Zaitun, Beberapa Ahli Biologi Jepun Masuk Islam
Kebenaran A-Quran tidak dapat dibantah lagi, bahkan banyak orang bukan Muslim menjadi Muallaf setelah menelaah ayat-ayat Al-Qur'an. Beberapa ahli biologi asal Jepun yang menyatakan memeluk Islam, selepas Al-Quran menguatkan hasil penyelidikan dan kajian mereka.
Mereka memeluk Islam bermula dengan satu penyelidikan mengenai zat bernama methalonids. Zat protein ini keluar dari otak manusia dan binatang dalam jumlah yang sedikit.
Zat methalonids sangat penting bagi tubuh manusia dan dapat mengurangkan kolesterol. Selain itu, zat ini juga berguna untuk menguatkan jantung dan menguatkan sistem pernafasan.
Zat methalonids akan dihasilkan dalam jumlah yang lebih banyak selepas umur 15 tahun hingga 35 tahun. Selepas usia ini hingga usia 60 tahun, pengeluaran bahan-bahan ini akan berkurang kembali. Dengan demikian, zat methalonids termasuk zat jarang ditemui dalam tubuh manusia. Dalam tubuh haiwan, bahan ini juga didapati sangat sedikit.
Oleh itu, para penyelidik Jepun berusaha mencari bahan methalonids dalam buah-buahan dan mereka hanya mencari dalam dua jenis buah iaitu dari buah tin dan zaitun yang sudah disebutkan dalam Al-Quran sejak berabad-abad lalu.
Dari penyelidikan, jika mengambil salah satu dari dua buah tersebut tidak akan membuahkan hasil yang diharapkan. Menurut mereka, jika satu biji buah tin dicampur menjadi satu dengan enam biji buah zaitun, maka hasil yang diharapkan dapat tercapai dengan baik .
Pada suatu masa lalu, para penyelidik Jepun ini berhubung dengan seorang doktor berbangsa Arab Saudi. Doktor Saudi ini meneliti penggunaan kata tin dan zaitun dalam Al-Quran. Dia mencari kata " tin " disebutkan sebanyak satu kali dan kata " zaitun " secara tegas sebanyak enam kali dan satu kali secara tersirat. Akhirnya, doktor ini menghantar seluruh maklumat dari Al-Quran kepada mereka dan setelah yakin atas ketepatan maklumat, mereka pun menyatakan memeluk Islam.
*Diterjemahkan dari sumber islampos.com
Posted by Suhaimi at 12:56 PM 0 comments