Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Friday, February 21, 2014

Harga getah jatuh, 2,000 penoreh lancar demonstrasi

Selangorkini
demo getah1
PADANG TERAP 20 FEB : Hampir 2,000 penduduk terdiri daripada penoreh getah keluar beramai-ramai di Pekan Naka di sini semalam menuntut Kerajaan Pusat bertindak mengatasi masalah harga getah yang kini jatuh mendadak.

Mereka adalah sebahagian rakyat yang pendapatan mereka terjejas teruk akibat penurunan mendadak harga getah sejak beberapa bulan lalu.

Himpunan itu dinamakan sebagai Himpunan Sengsara Penoreh Getak, sebagai menyatakan luahan tekanan ekonomi yang terpaksa ditanggung.

Pelbagai spanduk turut dibawa termasuk yang bertulis “Harga barang naik, harga getah turun”, “BN menang rakyat senang?” dan “Getah turun ape cerita, terima kasih BN”.

Dalam pada itu, mereka turut mendesak Kerajaan Pusat menetapkan harga lantai getah kepada RM4 sekilogram bagi meringankan beban penoreh getah.

Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat yang turut serta dalam himpunan itu berkata, sebahagian besar penoreh getah kini terpaksa ikat perut kerana pendapatan bulanan mereka terjejas.

Pada kebiasaan kata Suhaizan, pendapatan bagi mereka yang mengambil upah menoreh dua relung getah adalah sekitar RM300 hingga RM400 sebulan dan ianya masih dibawah paras kemiskinan.

“Itu ketika harga getah tinggi, dan mereka menoreh 6 hari seminggu jika tidak hujan. Kalau musim hujan atau kemarau, pendapatan mereka kurang dari itu.

“Pada tahun 1974 harga sekati getah adalah 25 sen, sama dengan harga sekati gula pada waktu itu yang juga 25 sen. Sekarang harga gula RM2.85 sekilogram manakala harga getah skerap RM2.40.

“Beza harga dengan barangan keperluan itu tinggi, “katanya dipetik Harakah Daily.

Himpunan semalam adalah kali ketiga diadakan. Sebelum ini himpunan serupa diadakan di beberapa tempat termasuk di Baling.

Baca Seterusnya......

Robert Kuok, Ananda Krishnan Kekal Tempat Teratas Individu Terkaya Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, kekal lelaki paling kaya di Malaysia dengan kekayaan RM54.48 bilion berbanding RM46.1 bilion tahun lepas, diikuti ahli perniagaan T. Ananda Krishnan dan tokoh perbankan Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow.

Ananda, mengekalkan posisi kedua sejak 2004 dengan aset yang dimilikinya menerusi Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai RM33.19 bilion, peningkatan sebanyak 0.88 peratus daripada RM32.90 bilion tahun lepas.

Teh, kekal di tempat ketiga sejak tiga tahun lepas, dengan aset bernilai RM18.07 bilion, lapor Malaysian Business, majalah Perniagaan utama dalam terbitan 16 Februari.

Ia melaporkan gabungan kekayaan 40 individu paling kaya itu meningkat kepada RM217.82 bilion pada 18 Januari 2014 atau 11.73 peratus daripada RM194.86 bilion tahun lalu.

Semasa majalah itu mula menyenaraikan kekayaan 40 individu paling Malaysia pada 2002, gabungan jumlah aset mereka sebanyak RM41.7 bilion, dengan Robert Kouk Hock Nien berada di tempat teratas.

Majalah itu berkata tempat keempat dalam senarai itu ialah Tan Sri Quek Leng Chan melalui Hong Leong Group dan Guoco Group, dengan kekayaan bernilai RM14.11 bilion tahun ini.

Tempat ke-5 ialah Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Group yang melompat dari kedudukan keenam tahun lepas, mengatasi Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang jatuh ke tempat keenam.

Kekayaan Lee tahun ini berjumlah RM13.12 bilion, naik daripada RM10.56 bilion tahun lalu.

Syed Mokhtar berada di tempat keenam walaupun kekayaan beliau meningkat sebanyak 4.43 peratus kepada RM11.07 bilion daripada RM10.6 bilion pada tahun lepas.

Ketua Genting Group, Tan Sri Lim Kok Thay dan ibunya, Puan Sri Lee Kim Hua, mengekalkan kedudukan mereka, masing-masing di tempat ketujuh dan kelapan.

Kekayaan Lim meningkat 16.18 peratus kepada RM9.43 bilion manakala Lee meningkat sebanyak 3.2 peratus kepada RM7.47 bilion.

Datuk Mokhzani Mahathir melalui SapuraKenchana Petroleum berada di tempat kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 bilion.

Tokoh perbankan Tan Sri Azman Hashim melalui Arab-Malaysian Corporation menduduki tempat ke-10 dengan aset bernilai RM4.11 bilion tahun ini.

Malaysian Business berkata antara fakta menarik ialah sejak 2002, 81 usahawan menyertai senarai 40 individu terkaya di Malaysia dan 15 berjaya kekal di atas secara berterusan.

Keseluruhannya, peningkatan kukuh kekayaan mereka boleh dikaitkan dengan sumbangan prestasi pasaran dan harga inflasi, dengan kekayaan mereka sebahagian besarnya berasaskan kepada pegangan masing-masing.

Ia juga menggambarkan prestasi syarikat-syarikat mereka dan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang positif dalam tempoh 12 tahun.

Tahun ini terdapat 33 jutawan dalam senarai harta mencecah angka bilion, lebih dua daripada tahun lepas dan 29 daripada 40 dalam senarai merekodkan lebih tinggi daripada tahun lepas.

Daripada jumlah itu, 20 individu mencatatkan pertumbuhan lebih daripada 10 peratus.

Dua individu kembali memasuki senarai tahun ini, Datuk Tony Tiah dari TA Enterprise di tempat ke-38 dengan aset bernilai RM589.14 juta, manakala Tan Sri Rozali Ismail dari Puncak Niaga Holdings memasuki senarai 40 Teratas dengan RM543.74 juta.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kekayaan 40 Teratas dinilai berdasarkan nilai pegangan mereka dalam syarikat tersenarai pada 18 Januari 2014.

Malaysian Business majalah perniagaan utama di negara ini diterbitkan oleh Berita Publishing Sdn Bhd.- BERNAMA

Baca Seterusnya......

Menteri Pendidikan Malaysia "ceroi"

ABU HASSAN ADAM

Menteri Pendidikan harus lebih bertanggungjawab

TERLALU banyak aku dengar sungutan orang ramai yang berkaitan dengan sistem pendidikan negara kita yang dikatakan dalam keadaan amat membimbangkan. Amat ‘tenat’. Maknanya kemajuan pendidikan kita sudah semakin merosot.

Bukan sahaja diperkatakan oleh bijak pandai di Lembah Kelang tetapi sudah menjalar ke kampung-kampung. Dan persepsi ini amat merbahaya kepada kerajaan yang memerintah.

Dan yang paling malangnya pula ialah seolah-olah pihak kerajaan tidak begitu mengambil berat tentang keadaan pendidikan di negara ini. Seolah-olah Menteri Pendidikan kita selalu mengambil jalan mudah dalam melaksanakan dasar pendidikan di negara ini. Semacam begitu keadaannya. Mungkin aku tersilap memberikan persepsi yang sebegini.

Rakyat umum melihat bahawa kerajaan atau khususnya Menteri Pendidikan sentiasa dalam dilema.

Orang Perak kata‘ SURUNG-SENTAP’. Maknanya ‘ cakap pagi tidak boleh pakai petang’. Maknanya ‘berdolak-dalik’.

Maknanya tidak tegas dalam melaksanakan sesuatu dasar. Maknanya sesuatu dasar yang hendak diperkenalkan kepada umum itu tidak dibuat kajian secara terperinci. Lantas berlakulah ‘surung-sentap’ di mana dasar yang kononnya ‘hebat’ terpaksa dikaji semula.

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan bahawa pelaksanaan Penilai Berasaskan Sekolah (PBS) yang diperkenalkan pada tahun lepas dan pelaksanaannya yang sepatutnya dijalankan pada tahun ini terpaksa dikaji semula.

Ini yang aku namakan ‘surung-sentap’. Sepatutnya PBS yang dikatakan amat baik dan berkesan itu ( di negara-negara seperti Australia dan negara-negara maju lain) dikaji sehalus-halusnya sebelum dilaksanakan di negara ini.

Apakah tidak difikirkan tentang pelaksanaannya di kawasan pendalaman dimana masalah pencapaian internet merupakan perkara yang sangat rumit.

Atau apakah tidak difikirkan tentang kualiti guru kita di Malaysia yang akan melaksanakan program itu secara berkesan. Apakah tidak terlintas di kepala perancang pendidikan ini tentang ‘validity’ dan ‘reliability’ ujian yang diperkenalkan itu.

Kononnya sistem ini telah dijalankan di negara-negara maju seperti di Australia, Hong Kong, Finland dan lain-lain.

Inilah hujah yang sentiasa digunakan oleh pihak kementerian apabila hendak melaksanakan sesuatu projek.

Selalu sangat menggunakan alasan bahawa ‘negara-negara maju telah menggunakannya’. Dan kebiasaannya sesuatu idea baru yang hendak diperkenalkan di negara ini biasanya ‘dibawa’ oleh para pegawai yang menghadhiri kursus di luar negara.

Lantas mereka cuba mempraktikkan di negara ini tanpa melihat ‘kiri-kanan’ sama ada pelaksanaannya sesuai atau tidak dengan keadaan dan ‘iklim’ masyarakat di negara ini.

Aku teringat pada suatu keadaan yang berlaku pada awal tahun-tahun 1980an di mana Kementerian Pelajaran telah mengambil keputusan untuk memansuhkan mata pelajaran Sejarah dan menggantikannya dengan pelajaran “kajian Tempatan ‘ ( sekiranya aku tidak tersilap) Mata pelajaran Kajian Tempatan adalah gabungan mata pelajaran Sejarah dan Geografi.

Kertas soalan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan pada ketika itu adalah atas nama ‘Kajian Tempatan’ (maaf sekiranya tersilap).

Itu merupakan satu contoh bagaimana idea dari luar negara digunakan di negara kita. Kononnya telah begitu berjaya dilaksanakan di Amerika Syarikat, maka perlulah dilaksanakan di negara kita.

Sekiranya aku tidak silap, ‘umur’ kertas ‘Kajian Tempatan’itu hanya dua tahun. YB Saudara Anwar Ibrahim Menteri (Pendidikan Malaysia ketika itu’ yang menamatkan ‘riwayat’ mata pelajaran Kajian Tempatan itu.

Tindakannya yang paling awal ialah meletakkan semula pembelajaran mata pelajaran Sejarah ditempat yang sewajarnya. Ini merupakan antara sumbangan penting Saudara Anwar ketika menerajui Kementerian Pendidikan pada ketika itu walaupun berbagai-bagai perkara baru dilakukakannya untuk memajukan sistem pendidikan negara.

Saudara Anwar Ibrahim juga bertanggungjawab untuk memperkenalkan Falsafah Pendidikan Negara yang mana sebelum itu tidak wujud keadaan sedemikian.

Sehingga kini negara masih menggunakan falsafah pendidikan negara yang digubal ketika beliau meneraju pendidikan negara.

Malangnya penggunaan Bahasa Baku yang diperkenalkannya ‘terpaksa’ dimansuhkan oleh Menteri Pelajaran selepasnya yang merasakan bahawa penggunaan Bahasa Baku disekolah tidak perlu diteruskan disebabkan oleh sebab-sebab tertentu yang hanya diketahui oleh menteri pelajaran itu sendiri.

Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diperkenalkan pada tahun 2003 telah diumumkan mengenai pemansuhannya pada tahun 2009 yang mana pemansuhan sepenuhnya dalam masa tiga tahun bermula pada tarikh itu.

Lagi menampakkan dasar ‘surung-sentap’ kerajaan yang membuatkan rakyat keliru dan tidak tahu ke manakah arah tuju sistem pendidikan di negara ini.

Di samping itu rakyat di negara ini sering ‘dihantui’ oleh berita yang kurang mengembirakan berkaitan dengan hal pendidikan ( walaupun ada juga kejayaan yang dicapai oleh negara) PISA (Program for International Student Assessment ) umpamanyaadalah ujian untuk menguji kebolehan pelajar-pelajar yang berumur sekitar 15 dan 16 tahun dikalangan negara-negara OECD (Organization for Economic Coperation and Development) dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Pembacaan.

Jelas menunjukkan bahawa negara-negara Asia seperti Shanghai, Hong Kong, Singapore, Japan, Korea Selatan telah begitu maju dari segi pencapaian mereka dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Pembacaan.

Malah telah dikatakan bahawa pencapaian pelajar-pelajar di negara-negara Asia berkenaan adalah tiga tahun terkehadapan berbanding dengan negara-negara lain yang mundur termasuklah Malaysia.

Maknanya negara kita terkebelakang lima tahun berbanding dengan negara-negara yang menduduki tempat yang ke 20 teratas. Berbanding dengan Vietnam sekali pun kita masih mundur. Jangankan kita mahu menandingi negara-negara China, Hong Kong, Singapore, Jepun dan lain-lain.

Rakyat Malaysia tentunya mengharap sangat agar Menteri Pendidikan memberikan perhatian yang lebih terhadap perkembangan pendidikan negara.

Aku yakin bahawa pegawai-pegawai yang berada di Kementerian Pendidikan adalah terdiri dari pegawai yang cekap dan berkaliber dan penuh dedikasi. Yang diperlukan oleh mereka pastinya kepimpinan yang berkesan dari pihak politik untuk membolehkan mereka merangka satu dasar yang betul-betul konkrit berkaitan dengan pendidikan negara.

Yang pastinya jangan terlalu banyak sangat campurtangan politik dalam menguruskan pendidikan negara.

Baca Seterusnya......

Thursday, February 20, 2014

[BONGKAR] PRK Kajang - Myanmar Sudah Mari

Sumber Kelab GB


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mendedahkan satu perkembangan pelik yang berlaku di Kajang pagi ini.

Menurut satu kenyataan rasmi Pengasas SAMM, CheguBard, pasukan pemantauan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengesan beberapa bas persiaran menurunkan warga asing di hadapan KTM Kajang pagi ini.

SAMM mempersoalkan apakah ianya satu kebetulan apabila ribuan warga asing dipercayai warga Myanmar hadir ke Kajang dengan beg besar seolah-olah baru masuk ke negara melalui KLIA.

Dalam perkembangan yang sama, adakah kehadiran warga asing ini turut berkaitan dengan kelewatan melampau tarikh pilihanraya kecil yang jatuh pada akhir Mac dengan alasan yang tidak masuk akal, tanya chegubard.

SAMM juga tidak menolak kemungkinan kelewatan tarikh PRK ada kaitan, demi persiapan lebih rapi untuk penipuan pilihanraya kecil N25. Usaha SPR untuk menggunakan senarai pemilih yang baru (Mac 2014) juga agak meragukan.

Berikut ialah kenyataan penuh chegubard:


Kenyataan Media
19 Februari 2014

Perkembangan Pelik di Kajang, SPR Harus Minimakan Ruang Manipulasi

Satu perkembangan yang pelik telah berlaku di sekitar Kajang apabila pasukan pemantauan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengesan beberapa bas persiaran menurunkan warga asing di hadapan KTM Kajang pagi ini.

Apakah ianya satu kebetulan apabila ribuan warga asing dipercayai warga Myanmar hadir ke Kajang dengan beg besar seolah-olah baru masuk ke negara melalui KLIA.

Dalam perkembangan yang sama, adakah kehadiran warga asing ini turut berkaitan dengan kelewatan melampau tarikh pilihanraya kecil yang jatuh pada akhir Mac dengan alasan yang tidak masuk akal?

SAMM tidak menolak kemungkinan kelewatan tarikh PRK ada kaitan, demi persiapan lebih rapi untuk penipuan pilihanraya kecil N25. Usaha SPR untuk menggunakan senarai pemilih yang baru (Mac 2014) juga agak meragukan.

SAMM turut menggesa supaya SPR meminimakan ruang-ruang manipulasi antaranya dalam soal jumlah pengundi awal yang begitu ramai.

Menjadi persoalan, mengapa SPR menggunakan petugas dari pengundi DUN Kajang? Mengapa tidak SPR memanggil petugas dari sekitar Bangi, Semenyih dan Cheras untuk menjadi petugas pilihanraya?

Jika SPR memanggil pengundi Kajang sebagai petugas maka ia membuka ruang manipulasi dengan peningkatan besar jumlah pengundi awal. Ini sepatutnya boleh dielakkan.

Sebagai sebuah badan yang tercalar teruk menafikan demokrasi dalam PRU lalu, SPR harusnya terarah untuk menjadi lebih bersih bagi mengembalikan keyakinan orang ramai. Namun pemerhatian SAMM setakat ini, SPR tetap tidak berubah dan tidak punya usaha yang nyata untuk perbaiki kelemahan. SPR terus diperkudakan pemerintah.

Sebelum ini SAMM telah mendesak pihak SPR memperinci anggaran perbelanjaan RM1.6 juta untuk PRK Kajang yang disifatkan agak tinggi. Ia ekoran operasi SPR yang kerap menggunakan orang tengah dalam pelbagai urusan secara tidak langsung berlaku ketirisan dan pembaziran.

Akhir sekali, SAMM menyeru kepada orang ramai dan semua aktivis demokrasi agar turun ke Kajang untuk memastikan pilihanraya kecil kali ini berlangsung dengan bersih dan adil. Harus diingat, Inilah 'turning point' bagi pihak Barisan Nasional maka tidak mustahil penipuan terbesar dalam sejarah bakal berlaku di Kajang.

Sekian,

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


Baca Seterusnya......

Monday, February 17, 2014

'Durian runtuh' selepas Kelud meletus


DUA orang penduduk membersihkan debu yang dikeluarkan Gunung Kelud di Solo semalam.
KEDIRI - Penduduk bandar ini yang terletak sekitar 30 kilometer dari Gunung Kelud mendapat durian runtuh daripada bencana gunung berapi itu.
Sebahagian mereka dilihat menyodok abu dan batu gunung berapi untuk digunakan dalam sektor pembinaan atau sebagai baja tanaman.

Seorang penduduk berkata, terdapat orang tengah yang sanggup membayar sehingga AS$56 (RM185) untuk sebuah trak kecil berisi serpihan gunung berapi tersebut.

Namun, sebahagian besar bandar itu kelihatan kosong semalam dengan orang ramai tidak keluar rumah untuk mengelak daripada terhidu abu gunung berapi.
"Bau sulfur dan abu menusuk di udara sehingga menyebabkan kami sakit jika bernafas," kata seorang penduduk di sini Insaf Wibowo.

Baca Seterusnya......

Mengapa Hewan Turun Gunung Sebelum Kelud Meletus? Ini Penjelasan Sains dan Agama

Sebuah fenomena alam terjadi beberapa saat sebelum Gunung Kelud meletus. Harimau, kera, rusa, hingga ular tampak berbondong-bondong turun dari gunung yang kemudian mengalami erupsi pada Kamis (13/2) malam sekitar pukul 22.50 WIB itu.

"Petang kemarin, ada tanda-tanda alam di Jawa Timur. Alam memberikan isyarat, di samping data ilmiah yang kita pantau. Ada harimau, ular, dan kera yang turun dari Gunung Kelud. Alam memberi tanda bahawa sebentar lagi Kelud meletus," ucap Menteri Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM) Jero Wacik, seusai rapat terbatas dengan Presiden di Kantor Kepresidenan, Jumat (14/2) seperti dikutip Tribunnews.

Mengapa hewan-hewan itu seakan memberikan pertanda bahwa Gunung Kelud akan meletus sebentar lagi? Berikut penjelasan dari segi sains dan agama.

Kepala Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi, Surono, mengatakan fenomena ini sebenarnya bisa terjelaskan secara ilmiah. Menjelang letusan Kelud pada tahun 1990, Surono memasang alat pemantau akustik di gunung itu untuk kepentingan disertasinya di Universitas Grenoble, Perancis.

Dia memasang alat yang bisa memantau gelombang suara berfrekuensi rendah (0,1-50 Hz), menengah (200 Hz- 5.000 Hz), dan tinggi (di atas 15 kHz).

”Saya memasang tiga alat pendeteksi frekuensi itu untuk mengetahui mekanisme yang terjadi di tubuh Kelud saat kegiatannya meningkat,” ujarnya seperti dikutip sains.kompas.com.

Menjelang Kelud meletus pada 1990, gunung ini sangat tenang dan sepi dari gempa sehingga diperlukan indikator lainnya, yaitu suara. ”Sebelum gunung meletus, ada tekanan fluida (bisa berupa gas, uap air, atau magma) yang mendorong sumbat gunung,” katanya. Namun, tekanan ini masih bisa ditahan sumbat gunung itu. Batuan juga memiliki daya elastisitas tertentu.

Ketika ditekan, dia akan melentur sebelum pada suatu titik akan jebol. Dorongan tekanan tinggi yang membentur sumbat gunung itulah yang memunculkan frekuensi tinggi yang suara bisingnya hanya bisa didengar hewan tertentu.

”Pada saat itulah hewan-hewan yang tak tahan suara bising ini berlarian turun dari gunung,” kata Surono.

Suara dengan frekuensi tinggi ini tidak bisa didengar manusia yang hanya mampu mendengar suara dengan frekuensi 20 Hz- 20 kHz. Berbeda dengan binatang, misalnya kelelawar atau lebah, yang bisa menangkap suara dengan frekuensi hingga di atas 100 kHz.

Dari segi agama, inilah kasih sayang Allah kepada makhluknya. Gunung dan hewan-hewan yang membentuk ekosistem di atasnya adalah sama-sama makhluk Allah. Mereka memiliki kesamaan yakni tunduk kepada Allah, namun berbeda dalam cara ketundukannya. Mereka juga sama-sama “menolak” amanah dari Allah dengan alasan tidak sanggup menjalankannya.

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia...” (QS. Al-Ahzab : 72)

Gunung yang tidak sanggup menerima amanah tersebut, mendapatkan amanah lain sebagai penyeimbang bumi.

“Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan Dia meletakkan gunung-gunung (di permukaan) bumi supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembang biakkan padanya segala macam jenis binatang. Dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik.” (QS. Luqman : 10)

Fungsi gunung sebagai pasak ini telah dijelaskan secara ilmiah oleh Harun Yahya dalam beberapa buku dan video-nya.

Sebagaimana manusia dan makhluk hidup lain yang bisa sakit dan mati, gunung juga memiliki ajal dan takdir. Kapan ia meletus dan kapan ia berubah dari gunung berapi aktif menjadi separuh aktif, juga dari separuh aktif menjadi mati.

Saat gunung akan mengalami erupsi, Allah memberikan rahmatNya kepada makhlukNya yang lain diantaranya dengan mengirim frekuensi tinggi yang membuat hewan-hewan merasa terancam bahaya dan turun menjauh dari pusat letusan.

“Sesungguhnya Allah memiliki 100 rahmat. Salah satu di antaranya diturunkanNya kepada kaum jin, manusia, hewan, dan tetumbuhan. Dengan rahmat itulah mereka saling berbelas kasih dan menyayangi. Dengannya pula binatang liar mengasihi anaknya. Dan Allah mengakhirkan 99 rahmat untuk Dia curahkan kepada hamba-hamba-Nya pada hari kiamat.” (Muttafaq ‘alaih). Subhanallah

Sumber link & -tranungkite-

Baca Seterusnya......

Thursday, February 6, 2014

Anggota TUDM hadapi 7 pertuduhan Akta Angkatan Tentera, isu dakwat kekal

12364_630961973608383_385669783_n
SHAH ALAM, 5 FEB: Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal dihadapkan ke Mahkamah Tentera atas tujuh pertuduhan kerana membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal pada hari pembuangan undi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Mejar Zaidi Ahmad berkata, beliau menerima Perintah Sidang semalam dan akan berhadapan pertuduhan di Kompleks Mahkamah TUDM Pangkalan Udara Kuala Lumpur, pada 7 Februari ini.

Lima daripada pertuduhan berkenaan di bawah Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972 sementara dua lagi membabitkan Seksyen 51 akta sama.

Seksyen 50(2) adalah membabitkan kesalahan tidak patuh kepada pegawai atasan yang boleh dipenjara tidak lebih dua tahun, manakala Seksyen 51 pula tidak patuh kepada perintah tetap yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau hukuman ringan lain.

Semua pertuduhan berkenaan merujuk pada tarikh 1 Mei 2013 di dua lokasi berbeza iaitu perkarangan Balai Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kepala Batas dan Pangkalan Udara Butterworth.

Ketika dihubungi Selangor Kini, Zaidi menjelaskan, beliau adalah Pegawai Memerintah No 12 Skuadron (pesawat F-5E), namun sudah dilucutkan jawatan.

Katanya, selepas membuat laporan polis berhubung dakwat kekal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang digunakan ketika hari pembuangan undi tidak kekal seperti yang sepatutnya.

Sehingga kini, beliau tidak dibenarkan terbang walaupun masih mendapat gaji dan elaun seperti biasa.

Baca Seterusnya......

PRK Kajang Dilewatkan Untuk Meletihkan Anwar?

Dalam langkah yang dianggap sedikit luar biasa, SPR akhirnya mengumumkan tarikh pembuangan undi bagi pilihanraya kecil DUN Kajang ialah pada 23 Mac depan, manakala tarikh penamaan calon pula pada 11 Mac. Luar biasanya tarikh yang diumumkan ini ialah kerana SPR dimaklumkan secara rasmi mengenai kekosongan kerusi DUN Kajang pada 27 Januari dan hampir dua bulan dari tarikh itu iaitu 23 Mac, baru ditetapkan sebagai hari pengundian.

Meskipun perkara ini dibenarkan iaitu SPR mesti menetapkan tarikh pilihanraya dalam tempoh 60 hari daripada tarikh dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi DUN Kajang oleh Speaker Selangor, namun menetapkan tarikh sehingga ke penghujung tempoh tidak pernah berlaku sebelum ini.

Biasanya SPR akan menetapkan tarikh sesebuah pilihanraya hanya beberapa minggu selepas mereka dimaklumkan mengenai kekosongan sesebuah kerusi itu.

Dalam pilihanraya kecil terakhir iaitu di Kuala Besut berikutan kematian ADUNnya, Dr Abdul Rahman Mokhtar pada 26 Jun 2013, SPR yang membuat pengumuman mengenai tarikh pilihanraya kecil tersebut pada 5 Julai, telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 12 Julai dan pengundian pada 24 Julai.

Jarak masa daripada tarikh pengumuman dibuat dengan tarikh penamaan calonnya seminggu sahaja.

Begitu juga dalam pilihanraya umum ke 13 lalu di mana selepas saja Parlimen dibubarkan pada 3 April oleh Perdana Menteri, Najib Razak, beberapa hari selepas itu SPR telah menetapkan tarikh penamaan calon ialah pada 20 April manakala hari pengundian pula pada 5 Mei.

Jarak masa daripada Parlimen dibubarkan dengan tarikh penamaan calon hanyalah 17 hari sahaja.

Namun dalam pilihanraya kecil Kajang di mana SPR dimaklumkan secara rasmi mengenai kekosongan kerusi tersebut ialah pada 27 Januari, tetapi mereka menetapkan tarikh penamaan calon pada 11 Mac manakala pembuangan undi pada 23 Mac.

Ini bermakna jarak masa daripada tarikh kekosongan kerusi DUN Kajang dengan tarikh penamaan calon ialah selama 44 hari manakala jarak masa sehingga hari pengundian pula ialah 56 hari.

Terlihat ada ada sedikit keanehan di sini. Tetapi jawapan Pengerusi SPR, Abdul Aziz Yusof ialah, "SPR tidak menjangka langsung akan ada pilihanraya kecil ini. Buat masa ini kita menumpukan perhatian kepada urusan lain dibawah tanggungjawab SPR. Tetapi apabila pengumuman yang tidak disangka-sangka ini berlaku iaitu ada wakil rakyat neletakkan jawatan, kita kena ubah gear...ubah semua sekali untuk membuat persediaan," jelasnya.

Selain itu, tambahnya, SPR juga perlu menyediakan daftar pemilih yang lengkap, seberapa bersih yang mungkin, tempat mengundi, tempat penamaan calon, tempat pengiraan undi dan semua ini mesti dipersetujui pemilik bangunan.

Dalam masa yang sama, ujar beliau, SPR juga perlu menguruskan mengenai dakwat kekal yang turut memakan masa dan juga latihan untuk mengelakkan berlakunya kesilapan dalam mengisi borang dan sebagainya.

Ok, logik ke jawapan SPR itu atau ia satu lagi lawak jenaka dalam negara?

Penamaan calon bagi pilihanraya umum di seluruh negara yang memerlukan SPR membuat lebih persediaan dan latihan, boleh diadakan 17 hari selepas Parlimen dibubarkan tetapi hanya untuk satu DUN Kajang, SPR memerlukan 44 hari membuat persiapan.

Pelbagai spekulasi dan cakap-cakap kedengaran mengenai tindakan SPR menetapkan tarikh pilihanraya kecil DUN Kajang yang begitu lewat daripada kebiasaannya. Antaranya ia dikaitkan dengan kes rayuan kes liwat Anwar di Mahkamah Rayuan yang akan didengar pada 11 Februari ini. Wujud andaian bahawa kes tersebut akan digunakan sebagai bahan kempen pilihanraya dah ini merupakan kaitan yang tidak boleh diketepikan. Tambahan pula Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan sudah pun mengesahkannya.

Spekulasi lain ialah mengenai pemberian BR1M yang akan bermula pada pertengahan Februari ini dan tempoh pembayaran dijangka selesai dalam masa sebulan. BN dikatakan memerlukan BR1M sebagai salah satu bahan kempen utamanya di Kajang dan bagi menunjukkan kepada pengundi pemberian itu merupakan salah satu usaha kerajaan menangani kos sara hidup rakyat yang sedang meningkat.

Alasan lain mengapa pilihanraya kecil ini dilewatkan ialah untuk meletihkan Anwar dan jentera Pakatan Rakyat. Memandangkan mereka sudah mula turun padang mengadakan majlis penerangan, kempen dan program turun padang menemui pengundi sebaik saja DUN Kajang diisytiharkan kosong dan Anwar diumumkan sebagai calonnya, semua itu terpaksa diteruskan sehingga ke hari pengundian.

Ini bermakna untuk pilihanraya kecil Kajang ini, Anwar dan jentera Pakatan terpaksa meneruskan kempen dan bakal berkempen hampir dua bulan lamanya. In berbeza dengan UMNO dan BN yang belum pun menggerakkan jenteranya lagi.

Meskipun BN tiada harapan untuk menang, tetapi dengan melewatkan tarikh pilihanraya boleh membuatkan ramai orang keletihan, jemu, bosan dan mungkin sesetengahnya pula akan menyalahkan Anwar dan Pakatan kerana sengaja membenarkan ADUNnya meletak jawatan serta menimbulkan kesusahan dengan adanya pilihanraya kecil ini.

Strategi ini bersama bantuan BR1M dan keputusan Mahkamah Rayuan sekurang-kurangnya diharapkan melemahkan Anwar dan menjadikan undi diperolehinya turut menurun. Memandangkan mencapai kemenangan nampak mustahil, mengurangkan undi adalah pilihan yang dianggap terbaik bagi BN berbanding tidak meletakkan calon yang mungkin ditafsirkan sudah mengaku kalah sebelum berjuang. (SH 05/02/2014)

SHAHBUDIN HUSIN
http://shahbudindotcom.blogspot.com

Baca Seterusnya......

Tuesday, February 4, 2014

Insurans Kenderaan Naik Sebanyak 15% Februari 2014

Insurans Kenderaan Kereta dan Motor naik Februari 2014. berita kenaikan insurans kenderaan ni memang tak disebut dalam berita, tetapi dijangka tidak lama lagi harga insurans kenderaan akan naik sebanyak 15% bermula 15 Februari 2014 ini menurut sumber daripada kalangan kakitangan syarikat insurans sendiri.

Baca Seterusnya......

TMJ beri keterangan insiden Larkin

Sumber Mkini

Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim Ismail memberi keterangan berhubung insiden kekecohan di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Larkin Sabtu lalu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Laman Facebook JDTFC hari ini mengeluarkan gambar Ismail yang juga Tengku Mahkota Johor (TMJ) keluar dari kenderaan di hadapan pejabat PBNJ.

Dimuatkan juga keterangan bertulis: "TMJ hadir di Pejabat PBNJ untuk beri keterangan kepada pihak FAM."

Ia dipercayai berkaitan insiden pergaduhan pada perlawanan Piala FA antara kedua pasukan antara Johor Darul Takzim (JDT) dan T-Team pada Sabtu.

Dalam pertemuan itu, T-Team enggan meneruskan perlawanan pada babak kedua selepas mendakwa pemain importnya Evaldo Rodrigues Goncalves Cardoso dan Fabio Flor serta jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo dikasari pengurusan tertinggi JDT.

Insiden itu didakwa berlaku ketika mereka menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa pertama.

Laporan namakan presiden PBNJ

T-Team, yang ketinggalan 2-1 ketika itu, mendakwa mereka tidak dapat meneruskan perlawanan atas faktor keselamatan.

Sementara itu, polis Terengganu berkata, empat laporan polis diterima daripada T-Team berhubung insiden itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, jurucakap polis Terengganu mengesahkan, satu laporan oleh Fabio menamakan presiden PBNJ.

Bagaimanapun tidak dapat disahkan sama ada isi kandungan laporan polis itu sama seperti yang tersebar di laman media sosial termasuk di laman Facebook JDTFC sendiri.

Malam tadi, Bernama melaporkan Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata, pengurusan, dua pemain import serta jurulatih kecergasan T-team membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu antara pukul 9 malam dan 12.30 tengah malam Ahad.

Polis berkata akan menyiasat, memanggil dan merakamkan percakapan saksi-saksi kejadian.

Baca Seterusnya......

Sunday, February 2, 2014

PRK Kajang Membazir Kata Najib, Kos Berjuta Sewa Jet Tidak Membazir?

Sumber Kelab GB

Pilihan Raya Kecil Kajang satu pembaziran, kata PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan datang adalah pembaziran wang awam yang disebabkan oleh Pakatan Rakyat.

“Bagi menyelesaikan perebutan kuasa dalam PKR, Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil keputusan untuk membawa beban pilihan raya kecil di Kajang.

“Anwar membebankan rakyat dan masyarakat Kajang. Saya dimaklumkan bahawa penduduk Kajang tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku setakat ini,” katanya.

Bercakap kepada wartawan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini, Najib bagaimanapun enggan mendedahkan calon Barisan Nasional yang akan bertanding di Kajang.

“Saya tidak mahu bercakap mengenai siapa yang bakal menjadi calon BN sehingga saya tahu bila tarikh penamaan calon,” katanya.

Najib juga enggan mengulas berhubung cabaran Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali supaya Najib sendiri bertanding di Kajang menentang Anwar.

“Ini bukan masalah saya, ia masalah PKR. Ia adalah isu yang ditimbulkan oleh pertelingkahan dalaman parti.

“Saya tidak mahu terlibat dalam politik parti mereka. Jangan heret Barisan Nasional dalam isu itu,” katanya.

Semalam, Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor mencabar Najib melawan Anwar dalam PRK Kajang.

PKR itu terpaksa diadakan berikutan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh secara tiba-tiba meletakkan jawatannya pada Isnin.

“Umno, jika anda berani, mari bertanding. Jangan letak calon MCA, MIC atau Gerakan,” kata Azmin.

“Minta Najib bertanding di Kajang. Mari jika berani,” katanya ketika majlis taklimat jententera parti di Kajang, semalam.

Lee, yang menjadi Adun bagi penggal pertama mengundur diri bagi memberi laluan kepada Anwar untuk menyertai 56 kerusi dalam DUN Selangor.

Tetapi wujud spekulasi menyatakan Anwar akan menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sudah lama bercakar dengan Azmin. -TMI

Baca Seterusnya......

PRK Kajang: Apa Kata Prof Aziz Bari & Prof Muhammad Agus?

Sumber Kelab GB

Pendek akal jika kata PRK bazir wang rakyat – Dr Aziz Bari

KUALA LUMPUR 30 JAN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang tidak harus dilihat membazirkan wang rakyat bahkan ia dibenarkan perlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen, kata Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Aziz berkata, perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh juga tidak salah dari sudut undang-undang, mahupun prinsip moral.

“Bagi saya perletakan jawatan itu tidak salah; baik undang-undang atau moral. Perlembagaan mengizinkan dan terpulang kepada pengundi di DUN Kajang untuk memutuskan apa mereka hendak buat kepada parti yang diwakili oleh bekas Adun itu.

“Secara prinsipnya PRK tidak membazirkan duit rakyat. Orang pendek akal dan tidak faham demokrasi perwakilan sahaja yang kata begitu,”

“Jika pihak yang mengecam itu benar-benar sayangkan duit rakyat, mereka perlu menghalang sesiapa bertanding dalam PRK itu nanti,” kata Aziz dalam satu kiriman email kepada keadilan daily.

Menurut Aziz, dalam keadaan apa pun, rakyat mesti mempunyai wakil, samada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun parlimen.

“Sebab itu PRK atau Pilihan Raya Umum (PRU) perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas berlaku kekosongan; baik kerana perletakan jawatan, kematian, hilang kelayakan atau kerana dewan terbubar atau dibubarkan,”

“Anehnya ada peguam yang nampaknya cukup emosi dan marah-marah sampai terlupa kepada perlembagaan,” ujarnya yang juga bekas pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).

Ditanya mengenai pendapat mengatakan perletakan jawatan Lee Chin Cheh mengkhianati kepercayaan pengundi, Aziz berkata beliau tidak melihat tindakan itu sebagai suatu pengkhianatan.

“Saya rasa khianat itu hanya boleh dikatakan kepada wakil yang malas, tak peduli kebajikan penduduk atau tidur dalam dewan!

“Letak jawatan tidak khianat. Bahkan kalau bekas wakil rakyat itu berasa perletakan jawatan itu untuk memberi peluang kepada pengundi di Kajang mendapat ADUN yang lebih baik, yang lebih hebat, kita patut puji bekas ADUN tadi,” ujarnya.

Aziz berkata, kedudukan Anwar dalam DUN Selangor dijangka dapat membantu melonjakkan ekonomi di Selangor, berdasarkan rekodnya sebagai menteri kewangan dan hubungan rapat dengan pemimpin antarabangsa.

“Saya fikir khidmat beliau sebagai penasihat ekonomi dalam penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor adalah bukti komitmen beliau. Kedudukan Selangor sebagai negeri terkaya di Malaysia boleh mendapat lonjakan dengan adanya beliau dalam DUN Selangor.

“Mengenai hubungan luar itu sudah jelas; beliau boleh gunakan kedudukan dalam DUN untuk memastikan Selangor menjadi nadi penggerak enjin ke Putrajaya. Saya fikir ini yang menyebabkan para pemimpin Umno resah,” ujarnya.

Perhatian di kawasan luar bandar

Selain itu, menurut Aziz, tumpuan akan dapat diberikan kepada penduduk luar bandar yang disifatkannya terbiar dan tidak mendapat perhatian sewajarnya, sekiranya Anwar berjaya menduduki kerusi di DUN Selangor.

“Ini penting kerana dalam PRU13 kerusi, parlimen Selangor tidak bertambah dan ini bertumpu di kawasan-kawasan miskin luar bandar yang ramai penduduk Melayu seperti Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Tanjong Karang dan Kuala Selangor yang kesemuanya dimenangi oleh BN.

“Dalam pada itu kawasan-kawasan bandar jelas terbiar, tidak banyak beza dengan pentadbiran BN. Ini mungkin kerana kerajaan negeri terlalu asyik melihat baki dalam bank tanpa mempedulikan penderitaan rakyat miskin, baik di dalam apalagi di luar bandar,” kata Aziz merujuk rizab simpanan tunai Selangor.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim punya rekod cemerlang dalam memberi perhatian kepada kawasan luar bandar,” ujarnya lagi. -KD

Baca Seterusnya......