Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, July 24, 2014

PM Korea Letak Jawatan Bila Feri Karam, MH17& MH370- Bila Lagi Najib Mahu Letak Jawatan?

Sumber Kelab GB

Tragedi MH17: Mengapa ujian datang bertimpa-timpa?

MENGAPA ujian datang bertimpa-timpa ketika rakyat masih lagi menikmati erti keamanan? Selepas 57 tahun merdeka ramai berhujah baru sekarang Malaysia diuji bertalu-talu.

Selepas tragedi 13 Mei dan Memali yang mengorbankan banyak nyawa, kini episod baru pula menimpa MAS dan Sabah. Ia ternyata lebih dahsyat lagi.

Belum sempat makna di sebalik slogan 1Malaysia dituai, tiba-tiba negara kita diheret ke persada dunia dengan imej buruk yang disentap dalam sekelip mata.

Terbaru pesawat Boeing 777-200 Malaysia Airlines (MH17) sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur diyakini pakar ditembak jatuh dengan peluru berpandu pada 17 Julai lalu.

Pesawat kebanggaan negara itu ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine.

Sedangkan tragedi kehilangan pesawat MH370 juga milik MAS pada 8 Mac masih diselubungi misteri.

Nasib 239 penumpang dan anak kapal tidak tahu di mana kesudahannya. Biar pun Perdana Menteri pada 24 Mac 2014 menyebut MH370 telah berakhir di Lautan Hindi, namun sehingga detik sekarang tiada sebarang penemuan fizikal.

Ketika sedu keluarga mangsa MH370 masih bersisa, tiba-tiba direntap pula sebuah lagi pesawat negara terhempas dan hancur berkecai di Ukraine.

MH17 menerbangkan 298 penumpang termasuk anak kapal terhempas akibat ditembak. Apakah malang yang berganda itu kerana pemimpin negara yang ada sekarang kurang memiliki tuah (keberkatan).

Mengambil kira dua tragedi tersebut sebanyak 537 nyawa sudah melayang. Lebih mendebarkan lagi sebahagian besarnya ialah rakyat negara asing. Rakyat China dan Belanda paling ramai dilaporkan terbabit dalam dua episod nahas tersebut.

Ramai mempersoalkan di mana sikap kebertanggungjawaban sebenar pemimpin negara ketika kedua-dua ujian menimpa dalam tempoh begitu hampir.

Sedangkan pada 27 April lalu Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong Won meletak jawatan ekoran tragedi feri karam yang juga mengorbankan ratusan penumpang.


“Saya mohon maaf kerana gagal membendung kejadian itu daripada berlaku dan gagal bertindak dengan betul ketika kejadian.

“Saya percaya sebagai Perdana Menteri semestinya perlu mengambil tanggungjawab ini dan meletakkan jawatan," katanya dipetik media asing.

Ketika insiden tersebut Sewol, feri penumpang terbesar karam bersama 476 penumpang ketika dalam perjalanan menuju ke pulau peranginan Jeju, 16 April lalu.

Baca Seterusnya......

Tuesday, July 15, 2014

Malaysia Patut Henti Hubungan Dagang Dengan Israel


1. Hari ini telah masuk hari ke-7 serangan bersepadu darat, laut dan udara Israel ke atas Gaza. Serangan udara dan tembakan meriam ke atas orang awam Gaza diteruskan sehingga mengakibatkan angka kematian meningkat secara mendadak mencecah 160 orang disamping lebih 1000 pula mengalami kecederaan sehingga semalam. Semalam juga Israel mengumumkan akan memperhebatkan serangan darat dengan “gempuran paling kuat” pada bila-bila masa sahaja.

2. Umat Islam di serata dunia telah menunjukkan solidariti tidak berbelah bahagi kepada penduduk Palestin khususnya di Gaza. Ribuan berhimpun di United Kingdom, Yaman dan juga di Israel sendiri. Dijangka menjelang hujung minggu ini lebih banyak Negara akan mengadakan himpunan dan demonstrasi besar besaran. Turki pula, melalui Perdana Menterinya, Erdogan telah mengumumkan bantuan segera kemanusian akan dihantar ke Semenanjung Gaza. Menariknya, misi bantuan kemanusian itu juga akan diiringi oleh beberapa buah kapal perang. Ini merupakan signal jelas kepada Israel bahawa Turki bersungguh besar terhadap isu yang melanda umat Islam Palestin.

3. Malangnya, pemimpin dan negara umat Islam sekitar yang lain masih membisu dalam isu ini dan jika ada pun hanya mengeluarkan kenyataan bantahan dan kecaman yang bersifat umum untuk publisiti media tanpa ada dilakukan suatu tindakan affirmatif untuk sekurang-kurangnya memberi tekanan kepada Israel. Malah ada diantara Negara islam yang mengecam dan mengkritik tindakan Hamas mempertahankan diri dari serangan Israel dan melabel tindakan itu sebagai bersifat keganasan terhadap Israel. Mesir juga menghalang bantuan perubatan dari Eropah yang cuba memasuki Palestin bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan.

4. Sikap tidak bersungguh kebanyakan negara dan pemimpin Islam ini juga turut diikuti oleh Malaysia. Malaysia sehingga setakat ini hanya baru mengeluarkan kenyataan bantahan mengecam serangan Israel ke atas Gaza, mendesak OIC serta PBB untuk segera menghulurkan bantuan kemanusiaan dan melancarkan tabung kemanusian untuk Gaza di peringkat nasional. Namun sehingga ke hari ini belum ada tindakan agresif dari Malaysia untuk mendesak dunia menyekat kekuatan ekonomi Israel yang sudah tentu akan melumpuhkan operasi ketenteraan Israel. Malah Malaysia sendiri mempunyai hubungan dagang dengan Israel secara langsung.

5. Data yang dikeluarkan oleh Israel’s Central Bureau of Statistics menunjukkan bahawa pada tahun 2008, eksport Israel ke Malaysia mencecah $30.2 juta manakala barang import Israel bernilai $100.6 juta. Pada tahun 2009, Israel mengeksport $116.8 juta nilai barangan ke Malaysia dan mengimport barangan bernilai $68.5 juta. Pada 2010, nilai eksport Israel ke Malaysia meningkat kepada $798 juta dan import pula meningkat ke $85 juta. 2011 menyaksikan barangan eksport Israel ke Malaysia bernilai $716.4 juta dan barangan import bernilai $93.6 juta.

6. Satu laporan yang disusun oleh European Comission menunjukkan bahawa pada tahun 2010 Malaysia menduduki tempat ke-15 sebagai rakan dangan utama Israel dengan menyumbang kepada 0.8% daripada perdagangan Israel pada tahun tersebut.

7. Oleh yang demikian saya mendesak Perdana Menteri Malaysia agar dengan segera mendesak agar Israel hentikan sebarang bentuk operasi ketenteraan atau hadapi potensi boikot besar besaran dari Malaysia. Saya juga mendesak agar Malaysia sebagai anggota OIC mengajak seluruh Negara islam yang menganggotai OIC agar melaksanakan sekatan ekonomi yang sama.

8. Saya juga ingin mempersoalkan sikap pilih kasih PBB atas sikap memilih konflik untuk bertindak. Sehingga ke hari ini apabila ianya melibatkan kepentingan umat islam, maka PBB dan UN akan membisu dan membutakan mata. Malaysia juga sebagai anggota PBB sepatutnya menyelar sikap pilih kasih ini dan mendesak agar tindakan segera oleh PBB.

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Baca Seterusnya......

Tahukah kita syarikat terkuat sokong Israel terletak di N.Sembilan

Kenyataan dan Pendirian Rasmi PACE: Pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca Cola di Malaysia.

PACE merakamkan rasa dukacita terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca-Cola di Malaysia. Syarikat Coca-cola akan mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada TH (Tabung Haji) Properties di Nilai, Negeri Sembilan dan upacara pecahtanahnya telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak pada 15 Mac 2010.

Lebih meresahkan lagi perkembangan ini berlaku di saat-saat Masjid al-Aqsa dikepung dan pihak Zionis Israel terus mengancam keselamatan Masjid al-Aqsa dengan mengumumkan perasmian kuil Hover di persekitaran kejiranan Masjid. Tindakan regim Zionis ini jelas merupakan provokasi terancang sedang di masa yang sama rakyat Palestin di bawah umur 50 tahun dihalang dari memasuki masjid al-Aqsa yang berada beberapa ratus meter sahaja dari kuil tersebut.

Mungkin orang ramai akan bertanya apa hubungkait di antara pembukaan kilang Coca-cola di Malaysia dengan ketegangan yang berlaku di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa. Dua perkembangan ini saling berkaitan kerana Syarikat Coca-cola telah dikenal pasti sebagai penyokong kuat kepada ekonomi Israel dan kewujudan entiti haram Yahudi Zionis yang merampas negara Palestin dan mengusir rakyatnya keluar. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia berhak untuk menentukan dasar dan pendiriannya tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Namun Malaysia telah mempertahankan dasar luar yang konsisten terhadap penubuhan negara haram Israel sejak mencapai kemerdekaan iaitu tidak akan mengiktiraf entiti haram tersebut, meskipun Israel adalah negara anggota penuh PBB. Berdasarkan kepada hakikat ini, tindakan membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membina kilang pembotolan produk minumannya di sini adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip yang dipertahankan sekian lama. Oleh kerana Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.

Sokongan Coca-cola kepada Israel bukanlah berdasarkan dakwaan semata-mata bahkan terdapat dokumentasi lengkap mengenai penglibatan Syarikat Coca-cola di dalam membangunkan ekonomi Israel sejak tahun 1966. Pada tahun 1997, misi ekonomi Kerajaan Israel telah memberi penghargaan kepada Syarikat Coca-cola dalam majlis Penganugerahan Perdagangan Israel atas sokongan berterusan syarikat itu terhadap Israel selama 30 tahun dengan mengabaikan seruan boikot Israel oleh Liga Arab. Pada tahun 2002 Syarikat Coca-cola membuka kilang di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas di Kirvat (Qiryat) Gat dalam negara Palestin yang dijajah. Berita ini dilaporkan di dalam akhbar rasmi Israel Haaretz pada 19 Julai 2002. Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Ha'aretz pada 18 Oktober 2005, Coca-cola meningkatkan pelaburannya di Israel dengan menguasai 51% saham dalam Tavor Winery, sebuah syarikat pembuat arak di Israel. Ini hanyalah sebahagian dari rekod cemerlang Coca-cola di dalam menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Zionis Israel.
Fakta-fakta ini adalah hakikat yang tidak mungkin disanggah tentang betapa eratnya hubungan yang terjalin di antara Syarikat Coca-cola dan entiti haram Israel.

PACE dengan ini mengambil pendirian berikut:

1. PACE memohon agar Kerajaan Malaysia mengkaji semula keputusan untuk membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membuka kilang operasinya di Malaysia.

2. PACE juga memohon agar TH (Tabung Haji) properties tidak melabur atau terbabit dengan transaksi perniagaan yang meragukan kerana Tabung Haji terlibat secara langsung di dalam menjana pendapatan untuk urusan pengendalian jemaah Haji rakyat Malaysia. PACE mengajak semua pihak supaya prihatin dengan perkara ini kerana secara simboliknya ziarah, umrah dan ibadah haji ke tanah suci Makkatul Mukarramah tidak sewajarnya membawa kepada keruntuhan satu lagi tanah suci, masjid al-Aqsa al-Haram as-Syarif di Baitul Maqdis.

3. PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama supaya menyahut seruan boikot barangan Israel yang kini sedang berkumandang di seantero dunia. PACE menyokong kempen BDS (Boikot, Divestment and Sanctions - Boikot, pengalihan pelaburan dan sekatan) ke atas Israel yang diterajui oleh VPM (Viva Palestina Malaysia - sebuah koalisi NGO yang menganjurkan kempen boikot ke atas empat produk utama yang menyokong Israel iaitu Coca-cola, McDonald, L'oreal dan Nestle). PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya mengutamakan produk tempatan dan hanya membeli produk luar khususnya produk Amerika Syarikat apabila perlu sahaja dan sebagai pilihan yang terakhir.

4. PACE akan terus menyokong Kerajaan Malaysia yang secara konsisten mempertahankan dasar tidak mengiktiraf Israel dan sentiasa peka dengan penderitaan rakyat Palestin dengan membangkitkan hak mereka di pelbagai forum antarabangsa terutama di Persidangan Agung PBB dan OIC.

5. PACE berdoa dan mengharapkan negara Malaysia akan terus dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah dan penuh keberkatan dari Allah SWT.

Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor
Pengarah PACE - (Pusat Kecemerlangan Palestin)

Baca Seterusnya......

Wednesday, July 9, 2014

Tips Luar Biasa Cara Kurus Paling Berkesan Dari Jepun

Tips Luar Biasa Cara Kurus Paling Berkesan Dari Jepun | Perut besar atau buncit boleh disebabkan tumpukan lemak yang ada di perut atau otot perut yang tidak terlatih. Pelbagai usaha tentu akan anda lakukan untuk mengurangkan tumpukan lemak tersebut, dari mulai diet rendah kalori sampai senam dan bahkan yang paling ekstrim melalui sedot lemak.

Jepun mempunyai cara unik untuk melatih perut supaya tegang dan hasilnya perut boleh mengecil. Caranya hanya dengan meniup nafas kuat-kuat selama 5 saat. Beberapa orang yang melakukannya selama 2 minggu mempunyai hasil yang berbeza-beza, tetapi semuanya berjaya mengecilkan perut.
1. Sediakan sebatang straw
cara kurus luar biasa berkesan 1
2. Potong straw 5 cm
cara kurus luar biasa berkesan 2
3. Ratakan salah satu hujung straw
cara kurus luar biasa berkesan 3
4. Tutup separuh lubang straw dengan salotape
cara kurus luar biasa berkesan 4
5. Mulut straw setelah ditutup dengan salotape 1/2 bahagian
cara kurus luar biasa berkesan 5
6. Tarik nafas dalam-dalam dan tiup dengan kuat straw selama 5 saat
cara kurus luar biasa berkesan 6
7. Lakukan selama 3 minit setiap hari
cara kurus luar biasa berkesan 7
8. Caranya, meniup nafas kuat-kuat selama 5 saat
cara kurus luar biasa berkesan 89. Beberapa orang telah melakukannya selama 2 minggu dan hasilnya berbeza-beza, tetapi semuanya berjaya mengecilkan perut. Menurut pakar, saat kita bernafas, otot perut lebih digunakan ketika mengeluarkan nafas daripada menarik nafas. Dengan menggunakan straw yang ditutup separuh, kesan penggunaan otot perut semakin meningkat.
cara kurus luar biasa berkesan 9

Baca Seterusnya......

Saturday, July 5, 2014

HondaJet – Jet Honda terbang buat pertama kali

First Production HondaJet Takes to the Skies Banyak syarikat pembuat kereta mempunyai latar belakang dalam pembuatan pesawat. BMW, Bristol, Mitsubishi, Saab dan Spyker semuanya bermula dalam perniagaan kapal terbang. Tetapi bagi Honda pula, arahnya yang bertentangan, di mana ia mengembangkan bidang automotifnya (apatah lagi motosikal, ATV, enjin marin dan peralatan kuasa) dengan pelancaran HondaJet . Dan projek tersebut baru sahaja mengambil langkah besar ke hadapan.

Selepas memulakan pengeluaran setahun setengah yang lalu, gergasi industri Jepun baru-baru ini menyiapkan HondaJet kepada pelanggan pertamanya, dan kini telah membawa pesawat pengeluaran awal ini ke langit sebagai mercu tanda penerbangan pertamanya. Pesawat itu meninggalkan fasiliti pengeluaran di Greensboro dan bertolak pada pagi Jumaat lepas dari Piedmont Triad International Airport di North Carolin, tempat yang sama di mana Wright Brothers membuat penerbangan pertama mereka lebih satu abad yang lalu.

HondaJet telah menjalani  satu ujian penerbangan selama 84 minit, mendaki ke 15,500 kaki dan mencapai kelajuan 348 knot (lebih kurang 400 batu sejam). Pesawat ini direka untuk pelayaran pada maksimum 420 knot (483 mph) dan mencapai ketinggian maksimum 43,000 kaki.

Lebih 1,000 orang kakitangan berada di landasan ketika HondaJet mendarat untuk merayakan peristiwa itu. Langkah seterusnya adalah untuk menerima pensijilan FAA, dan kemudian penyerahan pesawat kepada pelanggan pertama mereka tahun depan. Tahniah diucapkan kepada Honda!

First Production HondaJet Takes to the Skies

SUMBER : Autoblog

Baca Seterusnya......