Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, August 28, 2014

Sikaya Yang ‘Dimiskinkan’ Oleh Hartanya


Percaya tidak, acap kali apabila harta bertambah, kita  seolah-olah rasa bertambah ‘miskin’. Apabila mendapat bonus atau naik gaji misalnya, tiba-tiba semakin banyak yang kita inginkan. Kita merancang untuk membeli kereta baru, menukar perabot baru dan lain-lain. Keinginan kita menjadi semakin besar dan  bertambah.

Akhirnya duit yang bertambah menjadi susut akibat keinginan yang meningkat. Sungguhnya, orang yang miskin, bukan kerana kekurangan harta tetapi mereka yang banyak keinginan! Itulah akibatnya apabila bukan iman yang mengendalikan hidup kita.

Diri kita akan hilang kendali seumpama kereta hilang brek dan tiada kawalan. Kita masih mencari dan terus mencari kemewahan dunia sedangkan usia sebenar semakin singkat dan pertemuan kita dengan Allah semakin dekat. Hati kita tidak pernah kita gilap sebab kita masih ghairah memburu harta yang tidak ada kesudahan dan penghujungnya. Tidak salah memburu harta… burulah. Namun ingat, itu cuba alat, bukan matlamat.


Berhati-hatilah menjaga hati. Jangan pemburuan yang dahsyat itu sampai menjejaskan kesihatan hati kita. Jika dapat, bersyukur. Jika gagal, bersabar. Jangan sekali-kali, apabila harta bertambah, kita jadi semakin kufur dan takabbur. Jangan juga apabila gagal memilikinya, kita rasa putus asa dan kecewa. Sungguh, kufur, takabbur, putus asa dan kecewa itulah parasit yang akan menghilangkan ketenangan di dunia dan akhirat.

Dalam pengalaman hidup kita tentu pernah melihat penghuni rumah besar tetapi hatinya sempit. Air mukanya muram, mudah marah dan pantang terusik… mudah marah dan melenting. Apabila kita bertamu di rumah, layanannya layu dan kemesraan dibuat-buat. Dia sentiasa memonopoli perbualan. Makan dan minum yang dihidangkan, bukan dari hatinya. Semuanya kaku oleh basa-basi yang dicorakkan adat dan kebiasaan semat-mata. Ironinya, sikaya kehilangan ‘sentuhan kemanusiaan’  di rumahnya yang lapang, akibat jiwanya yang  terhimpit. Namun, lihat  betapa ada simiskin yang begitu ceria melayan kita. Rumahnya sempit tetapi ahli keluarganya mempunyai hati yang lapang. Dengan penuh senyuman, kemesraan dan kasih sayang yang sudah serasi dengan jiwanya itulah dia melayan kita. Dia tidak mengajak orang kagum dengan rumah besar yang tidak dimilikinya, tetapi sebaliknya dia ‘membesarkan’ jiwa   dan hati tetamu yang sedang diraikannya. Di rumah yang kecil, terasa luas apabila penghuninya punya ketenangan.

Jiwa kita akan disapa ketenangan oleh tuan rumah yang punya ketenangan. Dia mungkin tidak punya harta, tetapi kaya ilmu dan akhlak. Sikapnya yang sangat suka memberi menyebabkan kita terhibur. Dia memberi senyuman, nasihat, doa dan kata-kata yang mesra. Sungguh, yang baik akan sentiasa kelihatan cantik!

Betapa kita pernah mendengar keluhan, dulu tangan-tangan sering berjabat salam, solat berjemaah dan zikrullah sentiasa bergetar di dalam rumah yang sederhana tetapi apabila rumah bertambah luas, harta bertambah, perabot sudah bertukar dengan yang mahal-mahal… solat jemaah, bacaan Al Quran dan jabat salam yang dulunya menjadi basahan, kini sudah semakin kurang kedengaran dan segala-galanya menjadi semakin tawar dan longgar. Benarlah sabda Nabi Muhammad SAW bahaya kaya hati alah kaya sebenar, bukan kaya harta.

Orang yang memiliki hati yang begitu, cukup dengan yang sedikit, pemurah dengan yang banyak. Para sahabat Rasulullah ada yang dipuji kemurahan hatinya walaupun miskin hartanya. Sehingga apabila tetamu datang, dikecilkan cahaya lampu rumahnya agar tetamu dapat makan dengan secukupnya sedangkan dia dan ahli keluarga pura-pura sama memakan makanan yang sedikit itu di dalam cahaya yang samar-samar. Sebaliknya sikaya yang kaya harta tetapi miskin jiwa itu sentiasa rasa tidak puas sehingga tega menindas.

Hartanya sudah lebih dari cukup, tetapi dia terus memeras keringat orang lain untuk menjadi lebih kaya. Jika dia memberi, dia memberi dengan muslihat untuk mendapat lebih banyak. Kalau dulu dia punya masa untuk sahabat dan saudara, tetapi kini dia diburu kesibukan yang tidak sudah-sudah… Dulu harta yang cukup, sekarang hartanya tidak cukup-cukup. Tanpa sedar, sikaya yang sedemikian sedang menyusuri jalan Qarun. Jika Qarun ditenggelamkan dalam Laut Mati… tetapi pengikut-pengikut Qarun akan ditenggelamkan dalam hati yang mati.

Hati yang mati sentiasa diburu kesedihan dan ketakutan. Sedih kerana ditinggalkan saudara, sahabat malah oleh anak-anak dan isteri sendiri. Apa tidaknya, siapa yang suka berdamping dengan orang yang sentiasa sibuk, fikirannya sentiasa di tempat lain dan jiwanya yang sentiasa bimbang dan gelisah? Dunia moden menamakan mereka orang yang produktif, tetapi hakikatnya mereka orang yang sakit! Sungguh, alangkah azabnya punya hati yang sedemikian. Hati yang hilang rasa ingin membantu orang lain, hati yang sukar untuk empati kepada kesusahan orang sekeliling, hati yang sudah hilang nikmat persaudaraan dan persahabatan.

Orang yang cuba menukar kualiti jiwa dengan kuantiti harta pasti menderita. Dari Anas bin Malik r.a diriwayatkan Rasulullah SAW pernah bersabda:” Anak Adam yang telah pikun (nyanyuk) dan masih menginginkan dua hal; menginginkan harta dan menginginkan panjang usia.” (riwayat Muslim).

Lihat diri kita dan lihat manusia di sekeliling kita… betapa ramai sahabat, saudara, pemimpin, ahli agama dan ahli keluarga malah diri kita sendiri yang telah berubah apabila harta dan wang semakin bertambah. Marilah kita ingatkan kepada mereka dan kita yang sudah lupa, keinginan terhadap harta adalah dahaga yang tidak pernah sirna!

Sumber Link

Baca Seterusnya......

Satu PENAMPAR Untuk 3 Soalan

 Al kisah di dalam sebuah masjid di sebuah negeri anta berantah.

Pemuda : Anda siapa dan apakah boleh anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-

Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud tuhan kepada saya?

Apakah yang dinamakan takdir?

Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?


Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)

Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak faham.

Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentulah saya merasakan sakit.

Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!

Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.

Imam : Itulah jawapan pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tapi kita tidak mampu melihat wujudnya.

Imam : Apakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.

Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.

Imam : Itulah yang dinamakan takdir.

Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.

Imam : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.

Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
I
mam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan...

*Sumber dari sebagairenungan.blogspot.com

Baca Seterusnya......

Monday, August 25, 2014

Cerita Tidak Boleh Bersalaman Dengan Bukan Mahram

Ada dua orang sahabat baik yang bernama Ahmad dan David.. Mereka begitu rapat sekali.. Kemana saja mereka sentiasa pergi bersama-sama.. Pada suatu hari, mereka ingin mengadakan suatu perjumpaan dengan rakan-rakan lama sekolah mereka..

Perjumpaan ini dihadiri oleh rakan-rakan mereka yang berbilang bangsa.. David melihat, Ahmad tidak bersalaman dengan kawan-kawan perempuan muslim mahupun pelajar perempuan lain.. Begitu juga dengan pelajar perempuan muslim lain..

David berasa hairan, sedangkan bagi agama mereka, mereka boleh untuk bersalaman atau bersentuhan sesama mereka.. Selepas majlis itu selesai, David berjumpa dengan Ahmad untuk menanyakan sebabnya tidak boleh bersalaman antara lelaki dan perempuan..

David datang kepada Ahmad dan bertanya,

“Kenapa wanita Islam tidak dibenarkan berjabat tangan dengan lelaki?”

Kemudian, Ahmad bertanya kembali kepada David, “Bolehkah kamu bersalam dengan Queen Elizabeth?”

David menjawab, “Sudah tentu tidak, hanya orang tertentu sahaja dibenarkan untuk bersalam dengan Queen Elizabeth.”

Ahmad tersenyum lalu berkata dengan jawapan yang ringkas. “Wanita muslim adalah ratu dan ratu tidak boleh bersalam dengan lelaki asing ."

*Sumber dari sebagairenungan.blogspot.com

Baca Seterusnya......

Kedai di Yaman Jual Air Kencing Unta Utuk Tonik Pemanjang Rambut

Obat rambut dari urin unta (Foto:IST)  
Tonik rambut dari air kencing unta
SANAA – Sebuah toko di Yaman menjual satu produk yang sangat pelik tapi benar. Produk ini dikatakan boleh  memanjangkan dan memperhalus rambut.

Namun, produk tersebut dibuat dari bahan yang sama sekali tidak terbayangkan. Produk untuk kesihatan rambut ini dibuat dari air kencing unta.

Demi mempromosikan barang dagangannya, toko tersebut memasang sebuah sepanduk besar. "Air kencing unta yang baik untuk memanjangkan dan memperlembut rambut di jual di sini. Ini adalah keajaiban dari segala mukjizat," tulis sepanduk di toko tersebut, seperti dikutip dari Emirates 24/7, Ahad (24/8/2014).

Ubat aneh ini pun ternyata tidak hanya dijual di Kota Aden. Beberapa kota besar di Yaman seperti Abyan dan Lahaj juga telah menjual ubat yang belum dipastikan mujarab ini.

Baca Seterusnya......

Chef mati dipatuk ‘kepala tedung’ yang sudah dipotong untuk dimasak

Foto
Guangzhou: Seorang chef  mati dipatuk ular tedung 20 minit selepas kepala reptilia berkenaan dipisahkan dari badannya untuk dimasak.

Dalam kejadian itu, tukang masak berasal dari Foshan, Peng Fan dilaporkan sedang menyiang seekor ular tedung. Restoran berkenaan memang dikenali ramai kerana menyediakan hidangan istimewa menggunakan daging ular tedung Indochina.

Media semalam melaporkan, Peng bercadang membuang kepala ular itu ke dalam tong sampah apabila dia dipatuk. Sumber berkata, badan ular itu biasanya dimasak sup manakala kepalanya dibuang begitu saja. Ia adalah hidangan popular di Guangdong dan banyak ditawarkan di restoran mewah wilayah berkenaan.

Pelanggan restoran itu, Lin Sun, 44, berkata, dia datang bersama isterinya ke restoran berkenaan untuk meraikan hari lahir apabila tiba-tiba suasana menjadi kecoh.

“Kami tidak mengetahui apa yang berlaku, tetapi dapat mendengar jeritan dari dapur. “Kami nampak pekerja restoran menghubungi doktor. “Apabila bantuan perubatan tiba, dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Selepas mendengar berita itu, dia dan isterinya segera meninggalkan restoran berkenaan. Mangsa patukan ular tedung Indochina biasanya mengalami sesak nafas kerana toksik dalam bisa ular melumpuhkan sistem pernafasan.

Jurucakap polis berkata, ia adalah kes luar biasa tetapi dikategorikan sebagai kemalangan.

“Tiada apa yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan Peng. “Sepatutnya vaksin antibisa boleh membantu, namun ia tidak sempat diberikan. Ia memang tragik,” katanya.

Pakar ular, Yang Hong-chang berkata, menyatakan semua reptilia boleh hidup sehingga satu jam selepas terputus sebahagian atau keseluruhan badannya.

“Memang ada kemungkinan ular itu masih hidup walaupun kepala dan badannya sudah terpisah. “Apabila kepala ular dipotong, sistem badannya terhenti namun masih ada tindak balas boleh berlaku dan ia mampu mematuk,” katanya.

Baca Seterusnya......

Monday, August 11, 2014

Indian Scout 2015 : Kembalinya Lagenda Permotoran Dunia (12 Gambar)

Vroom

Indian dan Harley Davidson ialah dua syarikat motosikal yang ternama dari Amerika Syarikat. Indian mungkin rare di Malaysia tetapi dari segi prestij ianya setanding dengan Harley. Salah sebuah motosikal keluaran mereka yang paling lagenda ialah Scout 101 keluaran tahun 1928.

Sehingga hari ini ramai masih mengatakan ianya motosikal terbaik keluaran Indian. Indian Scout versi 2015 cuba menyambung legasi nama lageda ini dan ianya kelihatan sangat bad ass. Ia diperkasakan enjin V Twin 69 inci padu dengan 100 kuasa kuda. Just look at this beauty.

Indian Scout 2015 dijual pada harga USD 10999 (RM 35 000) sebuah. Not bad really. Do want!



Baca Seterusnya......

Mengapa Melayu gagal dakwah Cina?

Oleh LanH

MAJLIS Aidilfitri kali ini menemukan saya dengan seorang pemimpin kanan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim). Organisasi ini sinonim dengan saudara kita (saudara baru) terutama di kalangan orang Cina.

Banyak maklumat mengenai usaha dakwah Perkim diberitahu kepada saya. Namun disebabkan sekarang ini 'musim sesetengah orang Melayu ghairah' menyambut Aidilfitri selama sebulan, eloklah saya berceloteh usaha dakwah yang berkaitan Ramadan dan Aidilfitri sahaja.

Pemimpin Perkim berkenaan memberitahu, jumlah orang Cina Malaysia yang memeluk Islam kurang memberangsangkan. Katanya, ada lebih kurang 40,000 Cina Muslim di kalangan 28 juta rakyat negara ini sedangkan orang Cina sendiri berjumlah lebih 8 juta.

Ya, angka ini sungguh kecil, mengapa tidak tertariknya orang Cina kepada Islam, mungkinkah orang Melayu-Islam yang merupakan kaum majoriti kurang atau gagal berdakwah kepada orang Cina?

Pemimpin Perkim itu memberitahu saya ada dua kelompok orang Cina yang perlu difahami oleh pendakwah. Golongan pertama adalah di kalangan cerdik pandai (intelektual) dan kedua di kalangan orang umum.

Secara amnya, kata beliau golongan bijak pandai Cina tertarik dengan Islam kerana menyedari kebenaran Islam yang mencabar daya keintelektualan mereka sebaliknya di kalangan orang umum mereka melihat keindahan budaya dan cara hidup orang Melayu sebagai faktor mereka memeluk Islam.

Kata pemimpin berkenaan,ada bijak pandai Cina yang melihat cara sesetengah orang Melayu menyambut Ramadan dan Aidilfitri menyebabkan mereka tidak tertarik dengan Islam. Golongan orang Melayu ini kuat melakukan pembaziran sedangkan mereka difahamkan Islam menganjurkan umatnya bersederhana dalam semua soal termasuk makan minum tetapi sesetengah orang Melayu melampaui batas.

Bijak pandai Cina tertanya-tanya jika berpuasa itu adalah untuk mengurangkan nafsu makan tetapi mengapa pula orang Melayu Islam terutama di Malaysia 'makan sampai nak mati' ketika berbuka puasa. Daripada bazar Ramadan sampailah ke majlis moreh di masjid semuanya adalah berkaitan dengan makanan.

Demikian juga dalam bab berhari raya. Sesetengah orang Melayu berhari raya 'sampai nak mati' juga. Ada hari raya pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima sehinggalah hari ke-30. Bingung sesetengah bijak pandai Cina ini memikirkan; mereka yang sudah mendapat hidayah Islam cuba melarikan diri daripada 'cara hidup orang Melayu ini' sebaliknya cuba mempraktikkan apa yang sebenarnya Islam anjurkan.

Berlawanan daripada orang Cina intelektual yang mendapat hidayah Islam selepas menyedari kehebatan agama langit itu dari segi keilmuan, kebanyakan golongan awam Cina pula mendapat nur akibat tertarik dengan budaya dan cara hidup orang Melayu yang lemah lembut selepas mereka berkawan dengan orang Melayu atau menjadi anak angkat mereka.

Pemimpin Perkim itu berkata, pembawaan sesetengah orang Melayu yang patuh kepada ajaran agama termasuk dari segi pemakaian dan pemakanan mereka yang sederhana menyebabkan mereka tertarik kepada Islam. Perayaan seperti hari raya yang menyaksikan semua golongan dapat merayakannya, menambat hati mereka. Apatah lagi jika wujud penambat hati 'dalam bentuk' seorang gadis atau pemuda!

Sesetengah watak dan sikap semula jadi orang Melayu itu seperti mudah tersenyum, peramah manakala anak-anak menunjukkan penghormatan kepada orang tua seperti mencium tangan ibu bapa juga menambat hati sesetengah individu Cina kepada Islam. Ada juga yang tertarik kepada suasana damai di masjid malah kepada alunan azan yang lima kali sehari semalam dikumandangkan dari menara masjid.

Hakikat hanya ada 40,000 Cina Muslim daripada 8 juta orang Cina di negara ini membimbangkan dan mencetuskan pelbagai pertanyaan. Ya, angka ini sungguh kecil, mengapa tidak tertariknya orang Cina kepada Islam, mungkinkah orang Melayu-Islam yang merupakan kaum majoriti kurang berdakwah kepada orang Cina?

Namun, alhamdulillah, akhir-akhir ini kita dapat saksikan betapa ramai orang Cina cuba mendekati dan memahami Islam terutamanya melalui parti Islam, PAS. Kini sudah ada kelab penyokong PAS di kalangan 'non-Muslim' malah golongan intelektual termasuklah di kalangan pemimpin DAP cuba memahami dan mengalami sendiri cara hidup orang Islam seperti menyertai pemimpin PAS bersahur dan berbuka puasa. Mereka juga cuba 'mendekati' masjid, malah sesetengahnya mengikuti majlis ilmu di situ.

Ini peluang terbaik untuk pemimpin Islam menunjukkan kesederhanaan Islam dalam semua bidang kehidupan. Pada pandangan saya dalam majlis makan minum, tidak perlulah berlebih-lebih dalam menjamu mereka, 'biarkan mereka lihat sendiri kesederhanaan kehidupan yang umat Islam harungi setiap hari sebagai seorang Muslim sejati'.

Insya-Allah mereka akan tertarik kepada Islam yang umatnya mempamerkan kesederhanaan dan bukan melayan mereka 'secara pura-pura' bagaikan 'raja' seperti dilakukan sesetengah Melayu. Kalau tidak masakan ada peribahasa berbunyi - kera dihutan disusukan, anak dikendong mati kelaparan!

Baca Seterusnya......

Jangan jadi ayam laga dilumur arang

Oleh Mohd Sayuti Omar

Kata orang lagi tinggi sesebuah pohon kayu itu maka makin terdedah ia dengan cabaran dan dugaan. Apabila ia besar dan tinggi, angin akan berhembus "menempuh" pucuk, dahan, ranting dan batangnya bukan lagi angin sepoi-spoi bahasa, tetapi ia mungkin ribu taufan yang ganas dan garang. Bagi sebatang pohon itulah ujian dan tribulasi kehidupannya.

Sebenarnya tepuhan dan terjahan angin itu bukan disengajakan, melainkan ia adalah sunah dalam kehidupan yang mesti berhadapan dengan cabaran. Hikmat disebalik terjahan dan rempuhan itu menjadi pemangkin kepada keutuhan pohon berkenaan. Itulah natijahnya kalau kita mengerti.

Ini sesuai dengan sebuah firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "tidak dikatakan seseorang beriman selaginya ianya tidak diuji". Maksud surah Al Ankabut ayat 2-3.

Ertinya ujian dan percubaan itu akan meletakkan markah keimanan kepada seseorang. Ujian juga sebagai penanda atau pengukur sekuat mana keimanan seseorang. Boleh dianalogikan kepada seorang murid sekolah, tahap kecerdikan dan akalnya tidak diketahui kalau selagi tidak dijalankan ujian ke atasnya.

Ujian dan cabaran adalah pengukuhan dan proses pematangan dalam melayari kehidupan. Bagi sebatang pohon atau sebuah perjuangan (organisasi) angin dan ribut itu adalah pemangkin kepada kekuatannya.

Memahami hakikat itu, apa yang berlaku dalam rumah tangga Pakatan Rakyat sehari dua ini, yang “berjibuh” dengan beberapa isu, adalah ibarat apa yang sedang dilalui oleh pohon yang tinggi itu. Pakatan Rakyat sedang dalam proses pematangan minda dan ujian ke atas kepantasan para ahlinya berfikir dan bertindak.

Pakatan Rakyat diuji setelah lebih setahun berlalunya PRU. Dalam proses uji kaji ini dapat diketahui sejauh mana ia kental dan utuh sebagai sebuah organisasi yang dicanangkan sebagai penyalin kepada Barisan Nasional (BN).

Selanjutnya ia juga menjadi ujian kesabaran, kepada para pemimpinnya sendiri baik sebagai pemimpin Pakatan Rakyat atau parti-parti gabungan Keadilan, PAS dan DAP.

Bagi para pemimpin pula ia menjadi ujian sejuah mana kecekapan mereka bertindak menyelesaikan masalah. Menguji sejauh mana ketelusan dalam kebersamaan dalam melawan UBN, yang kemudiannya menghindarkan sebuah pakatan seperti PR itu daripada tergelecah ke lembah daripada menjadi punah ranah. Kemelut yang berlaku kini yang agak membimbangkan sebenarnya proses bagi menguji parti itu dan pemimpinnya.

Lumrah sebuah organisasi atau parti politik tidak dapat mengelak berhadapan dengan krisis, perbalahan atau pun percanggahan pendapat yang semua itu dilahirkan atas satu tujuan untuk mencapai kejayaan atau menyempurnakan perjuangan. Tidak ada perbalahan atau percanggahan disengaja untuk memusanahkan apa yang dibina, melainkan semuanya untuk memperelokkannya.

Kenapa berlaku polimek ialah kerana masing-masing ada hak untuk memberi pendapat dan bersuara. Besuara itu pula merupakan kebebasan dan hasil demorkasi tulen yang didambakan. Semua pihak tidak mudah menolak pandangan sebaliknya perlu menerimanya dan dikaji akan sejauh mana kebenaran, pratikalnya atau baik buruknya.

Mental exercise
Justeru bagi penulis keributan atau kemelut yang berlaku di Selangor khasnya dalam Pakatan Rakyat yang didominasikan Keadilan berhubung jawatan MB Selangor bukan sesuatu yang serius melainkan ia sebagai sebuah "mental exercise" sahaja. Rumah Pakatan atau Keadilan masih belum dilanda ribut dan dibaham bah besar, apa lagi mahu roboh melainkan sedikit bergayang kerana ada hembusan angin.

Cuma dipihak musuh sengajakan mengembar-gemburkan dengan motif politik yang sudah kita ketahui hujung pangkalnya. Mereka tidak nampak hikmah dan rahmat di sebalik kemelut itu melainkan ia sebuah sengketa yang akan memecahkan Pakatan Rakyat lantaran itu yang mereka kehendaki? Jadi bagi mereka tidak faham dan arif dengan situasi ini mulai merasakan cemas, ada setengahnya bertindak memakan ubat sebelum mendapat pemeriksaan doktor mengesahkan jenis penyakit. Bimbang tak tentu hala (fasal) menyebabkan kemabukan ubat kerana terlalu banyak makan bagi mengelakkan demam yang belum demam.

Apakah Pakatan Rakyat akan pecah kemudian hancur berkecai macam badan pesat MH17? Tidak? Mereka yang mengemudikan Pakatan Rakyat bukanlah mereka yang tamak haloba. Mereka bukanlah manusia bernafsu besar sehinggakan melupai tanggungjawab dan kewajiban mereka selaku pemimpin yang ada akses langsung dengan Tuhan tahu akan halal dan haramnya. Mereka senantiasa ingat akan nawaitu dan tujuan kenapa mereka membentuk Pakatan Rakyat lalu.

Mereka masih “kabar” (sedar dan insaf) bahawa hasrat rakyat begitu besar diletakkan ke atas pundak Pakatan Rakyat untuk melihat pembaharuan politik dan perubahan dalam pemerintahan di negara ini. Apakah setelah perjalanan Pakatan Rakyat, menerusi dua kali pilihan raya umum (PRU) yang berjaya meletakkan bendera Pakatan Rakyat di atas gunung politik Malaysia, mereka ingin jatuhkan semula?

Penulis tidak berfikir serendah itu akalbudi dan tindakan siasah para pemimpin Pakatan Rakyat. Kalau itulah terjadi maka sia-sialah pengorbanan rakyat serta sokongan yang diberikan kepada Pakatan Rakyat selama ini. Pengrobanan harta benda, masa dan maruah, ada yang terpenjara dan cedera kerana ingin menumbangkan BN akan sia-sia saja. Apa guna kita menambak lembah untuk meninggikan tebing menyelamatkan kita dari lemas kemudian kita runtuhkan semula. Bukankah kerja itu seperti dilakukan seorang wanita yang diceritakan dalam al-Quran yang hari-hari menyimpul tali kemudian merombaknya kembali tanpa ada kesudahan.

Yang kena disedari dan sama-sama merasa bangga, ialah pertama kali dalam sejarah Malaysia UBN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dalam PRU ke-12 tahun 2008. Prestasi cemerlang itu dikekalkan dalam PRU ke-13. Kejayaan dalam PRU ke-13 lebih manis lagi apabila Pakatan Rakyat berjaya meraih undi popular sebanyak 53 peratus berbanding BN 47 peratus. Dan sekali lagi Pakatan Rakyat menafikan majoriti dua pertiga dalam parlimen.

Pacak kejayaan itu harus diingati dan senantiasa menjadi pendorong untuk megapai kejayaan lebih besar dua tiga tahun akan datang. Kejayaan itu juga perlu dijadikan azimat pendiding kepada setiap kali timbul seberangan masalah. Sebelum memanjang pertelagahan.. kenangkan akan kejayaan itu serta susah payah menggapainya, insya-Allah hati akan sejuk dan redup.

Sebagai pemimpin mereka sudah pasti mereka ada rasa dan impian berkenaan. Dengan pencapaian pada dua pilihan raya umum lepas menjadi UBN goyah dan pintu Putrajaya sudah tidak dapat ditutup dan dikunci oleh UBN lagi, jadi kenapa mereka harus memalingkan muka berundur ke belakang semula saat kemenangan kian menghampiri.

Atas realiti itu penulis tidak fikir, pucuk pimpian Pakatan Rakyat, baik; Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Mohamed Azmin Ali, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan lain, bersama, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan lain, ataupuan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohammad Sabu dan lain, tidak merasa bangga ata atas kejayaan yang sudah diraih.

Daya aspirasi
Kebanggaan itu seharusnya dipertahankan dan menjadi daya aspirasi untuk menjulang piala kemenangan di masa akan datang. Mereka juga tidak mungkin akan mudah terpesona dengan apa juga janji dan harapan baru yang dikemukakan oleh UBN secara berselindung dan penuh taktikal dan strategis.

Mereka sudah lama mengenali Umno parti tunggak BN. Kejahatan taktik jahat, penyelewengan parti itu dalam usaha mengekalkan kuasa sudah dibaca dan diarifi. Malahan perjanjian bersama parti itu sudah pun dibuat oleh PAS pada tahun 1971 tetapi akhirnya ia runtuh begitu sahaja. Begitu juga bagaimana parti itu menghalalkan tindakan-tindakan tidak bermoral kepada media arus perdana miliknya, sangat difahami oleh para pemimpin PAS.

Apakah mereka sedia untuk melalui keperihan itu sekali lagi dan sedia menanggalkan tali tambahan Pakatan Rakyat? Tidak. Penulis tidak berfikir begitu. Seperti mana dinyatakan tadi kemelut dan kegawatan yang berlaku kini adalah sengaja diperbesarkan oleh media milik Umno. Umno telah melakukan provokasi dan juga pujukan kepada pihak tertentu agar bersama mereka. Umno cuba menimbulkan akan kerumitan masalah yang berlaku dengan niat memecahkan perpaduan Pakatan Rakyat.

Selagi setiap orang daripada pemimpin Pakatan Rakyat atau ahli parti yang masih ingat dengan perbuatan jahat Umno sejak berpuluh dekad lalu mereka tidak akan bersama.

Jika diperhatikan ada perangai dan sifat Yahudi kepada Umno. Mereka boleh berjanji tetapi akan melanggar janji. Mereka akan mencabuli apa sahaja konvensyen dibuat asalkan mereka untung dan laba. Sifat dan perangai ini ada kepada Umno. Mereka laksana anjing akan menyalak kesayuan bila terjempit, sebaliknya akan merebat kaki kita bila sudah terlepas.

Jadi macam mana Pakatan Rakyat boleh untuk mempercayai dengan janji atau pun harapan ditawar dan dilafazkan Umno kalau demikian sifatnya? Ada orang mengira Umno sudah berubah dengan peralihan kepimpinan dan dengan nasib dialami sekarang. Sebenarnya tidak semudah itu boleh diterima, perubah itu boleh merubah hati budi Umno. Ia sudah membudaya, maka sesuatu yang membudaya amat sukar untuk dihapuskan. Laksana anjing yang gemar makan tahi kalau tidak makan mereka tetap menghidunya.

Jadi kepada penyokong dan ahli parti jangan mudah terbuai dengan provokasi pihak Umno yang sengaja mengadu dombakan sesama sendiri. Tidak perlu merasa gedebar dengan apa yang berlaku di Selangor kini dan juga sedikit pertelagahan pendapat dalam PAS. Perbahasan atau pun polemik mengenai sesuatu isu mengenai Pakatan Rakyat dalam media massa, baik cetak, eletronik atau maya jangan mudah dipercayai. Anggap sahaja apa-apa yang dimuatkan dalam media sosial itu adalah fitnah dan pembohongan untuk meruntuhkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat.

Ahli dan penyokong harus memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kebijaksanaan pemimpin. Sebagai pemimpin mereka lebih arif dan tahu macam mana untuk mengatasi apa juga masalah timbul. Dalam situasi seperti hari ini sepenuh kepercayaan kepada pemimpin perlu diberikan. Setiap langkah dan formula yang diambilnya hendaklah diterima dengan baik dan berlapang lada.

Jangan mudah terheret dengan apa-apa provokasi daripada pihak musuh terutamanya Umno. Perlu disedari mengapa Umno galak menghasut adalah kerana kedudukan mereka sendiri sangat lemah. Jika mereka tidak lemah mereka tidak akan menimbulkan provokasi atau membuat spekulasi yang boleh mencelaru-birukan pemikiran ahli dan penyokong Pakatan Rakyat. Perkara ini perlulah disedari dan difamahi benar-benar.

Kemelut dan riuh randah yang berlaku dalam Pakatan Rakyat, baik dalam Keadilan dan PAS adalah atas dorongan dan pengapi-apian daripada Umno. Apabila semua pihak menyedari hakikat ini, kegawatan yang ada kini tidak perlu dirungsingkan apa lagi mecemaskan sampai kita hilang kompas atau menjadi ayam laga yang dilumur arang yang akan berlaga sesama sendiri sampai cedera dan mati.

Baca Seterusnya......

Analisa Isu MB Selangor: Tembelang Hudud Pula Yang Pecah

 Sumber Tranungkite

"Saya pernah menjangkakan bahawa PAS jadi mangsa berhelah PKR dan DAP berkaitan hudud. Kenyataan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, menjelaskan bahawa punca keretakan PR ialah apabila PAS membawa usul hudud Kelantan ke Parlimen. Bagi PKR dan DAP, hudud berada di luar agenda persetujuan bersama PR. Apabila PAS bawa ke Parlimen, maka PAS sudah langgar persetujuan bersama itu. PAS diumpamakan sebagai budak nakal yang selalu membawa masalah dalam PR.

Bukankah itu bermakna PAS tidak boleh membawa apa-apa agenda berkaitan hudud selagi PAS berada dalam PR. Kalau begitulah maksud tersirat dan tersurat agenda bersama PR, maka apa erti PAS duduk bersama di dalam PR. PAS diikat dan terikat. Usahkan hendak dibawa ke Parlimen melalui demokrasi, bercakap tentang hudud pun PAS sudah dikata macam-macam oleh rakan Pakatan.

Dek isu MB Selangor ni, kini segala tembelang telah pun pecah. PAS faham lain. PKR dan DAP faham lain. PAS dengan hujah membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan. PKR dan DAP pula dengan hujah yang tidak membolehkan hudud dilaksanakan. Itu baru untuk Kelantan. Untuk orang Islam saja pulak tu. Boleh kita harap hudud dijayakan di peringkat nasional jika PR menawan Putrajaya? Fikir sendirilah.

Nampaknya prinsip bersama PR telah menipu PAS. Sebab itulah saya pernah mencadangkan agar agenda hudud yang diperjuangkan oleh PAS ini dinyatakan secara jelas. Berikut ialah petikan penulis dalam artikel berjodol Tahaluf Siyasi: Tercabar Dan Mencabar.

Penulis mencadangkan agar satu para ditambah dalam tahaluf siyasi itu iaitu PAS dibenarkan untuk melaksanakan syariah, khususnya hukum hudud melibatkan umat Islam sahaja melalui sistem demokrasi berparlimen. Ini bermaksud PAS hanya dapat melaksanakan hukum tersebut sekiranya mendapat undi majoriti di Parlimen. Para ini lebih jelas dan adil untuk PAS, Pakatan Rakyat dan rakyat umumnya. Justeru, pertelagahan dan kesangsian tidak akan berlaku lagi di dalam Pakatan. Inilah satu solusi yang terbaik untuk menguatkan Pakatan.

Tembelang sudah pun terdedah. Bila-bila masa pun apabila PAS bersuara tentang hudud, PAS dipersalahkan secara tersembunyi atau terbuka. PAS dilihat tidak betul oleh PKR dan DAP. PAS dikatakan punca keretakan PR. PAS dikatakan penyebab jika PR kehilangan banyak kerusi dalam PRU14. PAS dihentam habis-habisan termasuk oleh  AJK musang berbulu ayam.

Masanya telah tiba untuk PAS buat keputusan. Kecelaruan hari ini telah mendedahkan segala-galanya buat PAS hatta musuh dalam selimut telah menampakkan wajahnya.Kalau PAS ambil jalan keluar dari PR dan berjuang bersendirian, seiring dengan itu PAS juga perlu menunjukkan jalan keluar kepada AJK PAS Pusat yang menjadi duri dalam daging. Masih belum tertangkap si durjana ini?"

Baca Seterusnya......