Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Friday, January 30, 2015

Malaysia isytihar 239 penumpang & anak kapal MH370 meninggal dunia


SHAH ALAM, 29 JAN: Kerajaan Malaysia mengumumkan semua 239 penumpang dan anak kapal pesawat MH370 dianggap sudah meninggal dunia.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengumumkan perkara itu dalam satu rakaman yang disiarkan melalui RTM, jam 6 petang semalam.

Azharuddin berkata, pengisytiharaan itu akan dapat membantu waris mangsa mengemukakan tuntutan ganti rugi mereka.

Katanya, Malaysia menganggap penumpang itu tidak mungkin akan dapat terus hidup di kawasan pencarian, di selatan Lautan Hindi, selepas 327 hari berlalu.

“Maka, dengan berat hati dan penuh dukacita, bagi pihak Kerajaan Malaysia, kami dengan rasminya mengisytiharkan bahawa penerbangan Malaysia Airlines MH370 adalah satu kemalangan.

“Semua 239 orang penumpang dan anak kapal dalam penerbangan MH370 kehilangan nyawa mereka,” katanya yang dipetik Malaysia Kini.

Beliau berkata, pengisytiharaan itu dilakukan mengikut piawai Konvensyen Chicago.

Sidang media anjuran DCA itu sepatutnya diadakan, pada jam 3.30 petang di Putrajaya, namun dibatalkan ekoran kehadiran waris penumpang di majlis taklimat, kata DCA dalam kenyataannya, hari ini.

Anggota keluarga mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan Malaysia tidak membuat kesimpulan melulu berhubung isu itu, semalam.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang hilang ketika dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Beijing, pada Mac lalu dan sehingga kini belum dapat dikesan.

Baca Seterusnya......

Friday, January 23, 2015

Punca Sebenar Harga Gula Terkini 2015 Di Malaysia Masih Kekal RM2.84 Sekilo? Rakyat Malaysia Telah Bayar Lebih 2 Kali Ganda?

Sumber beritasemasa.com.my

harga gula
Punca Sebenar Harga Gula Terkini 2015 Di Malaysia Masih Kekal RM2.84 Sekilo? Rakyat Malaysia Telah Bayar Lebih 2 Kali Ganda : Sunyi sepi berita harga gula di Malaysia pada ketika ini. Lebih kuat bunyinya guruh dan titisan hujan di Borneo sekarang ini. Sehingga membuatkan Berita Semasa tertanya-tanya mengapa dan kenapa sehingga ke hari ini rakyat Malaysia, tidak mendapat tempias disebalik harga gula dunia turun?

Berdasarkan semakan Berita Semasa menunjukkan harga gula dunia dan pasaran antarabangsa telah turun sejumlah 20% sejak Julai 2014 lagi.


Hebat…formula ini. Sepatutnya rakyat Malaysia mendapat manfaat harga gula yang lebih murah sebaliknya Kartel syarikat gula yang terus memonopoli industri gula di Malaysia terus “diam membisu” sambil tersenyum lega harga gula masih kekal utuh sehingga ke hari ini disebalik harga gula dunia turun.

Jikalau anda semak pada carta yang Berita Semasa kongsikan di bawah ini, harga gula dunia mula menunjukkan trend menurun sejak daripada tahun 2011 lagi. Anda perhatikan sesuatu yang pelik telah berlaku di sini :


P/S : Persoalan Berita Semasa yang terakhir, mengapa dan kenapa acapkali rakyat marhaen perlu “terlebih lebih” untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan di Malaysia? Sampai bila?

Baca Seterusnya......

Berita Terkini Projek High Speed Rail (HSR) Kuala Lumpur KL – Singapore RM40 Billion (S$15.5 Billion)

Sumber beritasemasa.com.my

High Speed Rail
Berita Terkini Projek High Speed Rail (HSR) KL Kuala Lumpur – Singapore RM40 Billion (S$15.5 Billion) : Projek super mega ini mendapat persepsi pelbagai pihak apabila butiran dengan perkembangan projek Projek High Speed Rail Kuala Lumpur – Singapura masih lagi samar-samar. Jadi atau tidak? Apatah lagi…

Apatah lagi melihatkan situasi dan tekanan ekonomi yang dihadapi Malaysia pada ketika ini ditambah dengan saranan pakar ekonomi (SEPERTI DI SINI) supaya projek ini dihentikan.

High Speed Rail (HSR) Kuala Lumpur – Singapore : Projek Super Mega Diteruskan

Walaubagaimanapun, Datuk Seri Najib Razak dan pakar-pakar daripada pelbagai bidang telah memberikan input terbaik kepadanya dan menegaskan Projek High Speed Rail (HSR) Kuala Lumpur – Singapore yang bernilai sekitar RM40 bilion yang mana projek keretapi laju KL – Singapura ini akan melalui beberapa bandar di Malaysia seperti Nusajaya, Batu Pahat, Muar, Johor, Ayer Keroh, Melaka, Seremban, Negeri Sembilan, sekitar di Bandar Malaysia di Sungai Besi, KL akan diteruskan seperti mana yang dirancang sebelum ini.

Projek High Speed Rail (HSR) KL – Singapore : Konsortium Berminat!

Konsortium berpengkalan di China (China Railway Construction Corp Ltd (CRCC), The Third Railway Survey And Design Institute Group Corp (TSDI) and CSR Qingdao Sifang Co Ltd.) yang mempunyai kepakaran dalam reka bentuk kereta api berkelajuan tinggi, pembangunan dan pembinaan berminat untuk mendapatkan projek Projek High Speed Rail (HSR) Kuala Lumpur – Singapore sejauh 340 km dengan tujuan untuk akan mengurangkan perjalanan ke atas tanah di antara kedua-dua negara untuk 90 minit dari kira-kira enam jam.

Konsortium ini merupakan kontraktor kejuruteraan terkemuka dan terbesar di China melibatkan reka bentuk projek, pembinaan landasan kereta api di dataran tinggi, kereta api kelajuan tinggi, lebuh raya, jambatan, terowong dan sistem lalu lintas antara bandar.

Baca Seterusnya......

Punca Agensi Penarafan Kredit Antarabangsa Fitch Ratings Beri Amaran Kepada Malaysia?

Sumber beritasemasa.com.my
fitch ratings
Punca Agensi Penarafan Kredit Antarabangsa Fitch Ratings Beri Amaran Kepada Malaysia? : Kejatuhan nilai ringgit Malaysia dicatatkan sebagai terburuk di kalangan negara-negara di Asia yang mencatatkan kejatuhan sebanyak 10% untuk tempoh dalam hanya 3 bulan sahaja. Ini ditambah dengan pengumuman kerajaan Malaysia melalui Datuk Seri Najib Razak pada pagi semalam menyebabkan agensi penarafan keredit antarabangsa Fitch Ratings memberikan amaran yang mana Malaysia bakal berhadapan dengan taraf penarafan kredit akan diturunkan.

Hari ini Matawang Ringgit Malaysia diperdagangkan pada nilai yang paling rendah sejak tahun 2009. Ini semua gara-gara pengumuman kerajaan Malaysia mengumumkan kenaikan sasaran defisit fiskal daripada hanya 3.0% kepada 3.2% bagi unjuran tahun 2015. Berdasarkan rekod kerajaan malaysia telah mengumumkan pembentangan bajet defisit untuk 17 kali berturut-turut sejak pembentangan bajet pada tahun 1998 lagi.

Punca Agensi Penarafan Kredit Antarabangsa Fitch Ratings Beri Amaran?

Dan agensi Penarafan Kredit Fitch Ratings melihat kepada kebergantungan kerajaan Malaysia kepada hasil kerajaan Malaysia sehingga memberikan impak besar disebalik kejatuhan harga minyak dunia pada ketika ini dilihat “lebih cenderung” untuk menurunkan penarafan yang diberikan Malaysia sekarang ini A-.

Pengurus kanan Choong Yin peng, pengurus kanan bon dan penyelidikan ekonomi Hong leng Berhad mengatakan:

1) Pasaran pada ketika cukup bimbang sasaran defisit yang diletakkan kerajaan malaysia akan lebih tinggi lagi
       
2) Kenyataan terbaru Fitch ratings akan terus memberikan implikasi dan kesan besar kepada pasaran yang meletakkan pasaran Malaysia dalam keadaan “berjaga-jaga”

P/S : Jikalau Fitch Ratings turunkan rating kredit Malaysia, ini antara kesan yang akan diterima Malaysia seperti laporan (DI SINI).

Baca Seterusnya......

Tuesday, January 13, 2015

Kereta Firaun Dijumpai Di Laut Merah

Sumber: irfanirsyad.wordpress.com


Kenderaan Firaun itu dipercayai digunakan ketika mengejar Nabi Musa dan pengikutnya.Ahli Arkeologi bernama Ron Wyatt mendakwa bahawa dia telah menemui beberapa bangkai roda kereta tempur kuno didasar laut merah. pengikutnya.

Menurut pengakuannya,selain menemui beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda ditempat yang sama. Penemuan ini tentunya semakin memperkuatkan tekaan bahawa sisa-sisa tulang belulang itu merupakan bagian dari kerangka para bala tentara Firaun yang tenggelam di laut Merah.

Apalagi dari hasil pengujian yang dilakukan di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang ditemui,memang benar adanya bahwa struktur dan kandungan beberapa tulang telah berusia sekitar 3500 tahun silam, dimana menurut sejarah,kejadian pengejaran itu juga terjadi dalam kurun waktu yang sama.

Selain itu, keadaan bentuk roda juga dapat dilihat secara jelas. Mungkin Allah sengaja melindungi benda ini untuk menunjukkan kepada kita semua bahwa mukjizat yang diturunkan kepada Nabi2-Nya merupakan suatu hal yang nyata dan bukan merupakan cerita dongeng belaka.

Diantara beberapa bangkai kereta tadi, ditemukan pula sebuah roda dengan 4 buah jeruji yang terbuat dari emas. Diandaikan itulah sisa dari roda kereta kuda yang ditunggangi oleh raja mereka, Firaun.


Lokasi dipercayai Nabi Musa bersama para kaumnya menyeberangi Laut Merah

Pada bahagian peta yang didalam bulatan merah itulah ,menurut para ahli kira-kira disitulah lokasi dimana Nabi Musa bersama para kaumnya menyeberangi Laut Merah. Lokasi penyeberangan mereka dikatakan berada di Teluk Aqaba di Nuweiba. Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah Arab. Sementara itu di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis merah) kedalamannya mencapai 1500 meter. Anggaran jarak antara Nuweiba ke Arab sekitar 1800 meter.Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah dianggarkan 900 meter.

Dapatkah kita membayangkan berapa kekuatan yang diperlukan untuk dapat membelah air laut hingga memiliki lebar lintasan 900 meter dengan jarak 1800 meter pada kedalaman perairan yang rata-rata mencapai ratusan meter untuk waktu yang cukup lama, apatahlagi menurut sejarah, pengikut Nabi Musa pada ketika itu adalah berjumlah ribuan orang? (menurut tulisan lain anggaran jaraknya mencapai 7 km, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600.000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberang sekitar 4 jam).

Menurut pengiraan secara sains, anggaran keperluan tekanan (gaya per satuan luas) sebesar 2.800.000 Newton/m2 atau setara dengan tekanan yang kita terima jika menyelam di laut hingga kedalaman 280 meter. Jika kita kaitkan dengan kecepatan angin, menurut beberapa pengiraan, setidaknya diperlukan hembusan angin dengan kecepatan konstan 30 meter/detik (108 km/jam) sepanjang malam untuk dapat membelah dan mempertahankan belahan air laut tersebut dalam jangka waktu 4 jam!!! Sungguh luar biasa dan mengagumkan, Allah Maha Besar.

Secara ilmiah seharusnya roda tersebut telahpun hancur kerana usianya yang telah terlalu tua. Namun jika Allah menghendaki, tiada perkara yang mustahil untuk berlaku dan ianya akan dilindungi sebagaimana mayat firaun yang terawet dan masih elok ketika ditemukan untuk menjadi pengajaran bagi manusia tentang kewujudan dan kebesaran Allah SWT. WaAllahhu ‘alam.

Baca Seterusnya......

Sunday, January 11, 2015

100 bot terbang ditempah

Sumber Sinar

Kapal laut terbang Jebat M727 meluncur di persisir perairan Selat Melaka, semalam.
Kapal laut terbang Jebat M727 meluncur di persisir perairan Selat Melaka, semalam.

BANDARAYA MELAKA - Aron Rinani Sdn Bhd sudah menerima tempahan 100 bot terbang keluaran syarikat berkenaan dari beberapa negara luar meskipun pada masa ini bot terbang model Jebat M727 masih di peringkat ujian laut.

Presiden Rinani Group, Noor Azerai Ahmad berkata, tempahan itu membuktikan keyakinan banyak pihak terhadap kemampuan bot terbang berkenaan.

Menurutnya, pesawat itu mempunyai pelbagai kegunaan termasuk untuk tujuan mencari dan menyelamat, pengawasan laut, pengangkutan komersil serta pelancongan maritim.

Ekoran tempahan dan permintaan yang dijangka meningkat, katanya, Aron Rinani dijangka akan memulakan  operasi di kilang fasa kedua menjelang bulan hadapan.

“Pada masa ini, kilang fasa pertama di Masjid Tanah hanya mampu mengeluarkan tujuh unit setahun manakala kilang fasa kedua pula dijangka 50 unit setahun.

“Kumpulan pertama bot terbang Jebat M727 ini dijangka dapat diserahkan kepada pelanggan menjelang pertengahan tahun ini,” katanya.

Pembinaan pesawat Jebat M727 itu menjadi kenyataan ekoran satu memorandum persefahaman (MoU) antara Rinani Group dan syarikat Korea Selatan, ARON Flying Ships Ltd Februari lalu.

Antara ciri-ciri menarik bot terbang itu adalah mampu mencapai kelajuan melebihi 200 kilometer sejam dengan kepakaran teknologi Wing in Ground (WIG).

Tambah Noor Azerai, ekoran pembabitan Aron Rinani dalam pembinaan M727 di Melaka, sebuah bandar  bersepadu di Telok Gong, Masjid Tanah, akan dibangunkan dan dijangka beroperasi menjelang 2017.

Baca Seterusnya......

Friday, January 9, 2015

Mau Ketam Melayu Ke Atau Ketam Cina?

Sumber FB

Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik Cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina: Ada… ada… lu mau ketam Cina ka ketam Melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada Melayu dengan Cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam Melayu, mana ketam Cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup… ketam Cina.... sana dalam bekas tak ada tutup… ketam Melayu la…

Melayu: Apa pasal ketam Cina apek kasi tutup.... ketam Melayu apek tak kasi tutup?

Cina: Itu ketam Cina kalau satu ekor keluar.... yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam Melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam Melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi… jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar… yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

MORAL:
Begitulah cerita ketam Melayu dengan ketam Cina. Hakikatnya, jika orang Cina berniaga.... Cina lain tak kacau…dia tengok saja dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya itu pula, akan ajar Cina lain agar berjaya juga. Kalau orang Melayu, bila satu Melayu nak berjaya, Melayu lain akan guna apa saja supaya Melayu tu jatuh balik. Macam ketam Melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik. Lepas tu mula lah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab itu Melayu tak maju.

Baca Seterusnya......

Syarikat jual kereta dijangka ‘perang harga’

Sumber arenakereta.com

KUALA LUMPUR : Syarikat kereta di Malaysia dijangka melancarkan ‘perang harga’ dengan kadar diskaun lebih tinggi tahun ini bagi meningkatkan jualan kereta masing-masing ekoran permintaan pasaran yang lembap.

Menurut RHB Research Institute, langkah itu diambil demi mengekalkan penguasaan pasaran masing-masing, tambahan pula pasaran automotif tempatan yang semakin kompetitif dengan kehadiran model-model baharu dalam pelbagai segmen.

Jelas firma penyelidikan itu, kadar diskaun lebih tinggi itu disebabkan pemain-pemain industri menyedari jualan kereta mulai perlahan pada separuh kedua tahun 2014, didorong sikap pengguna yang menangguhkan pembelian kenderaan baharu atas alasan kenaikan kos hidup, lapor Utusan Online.

“Prestasi pada separuh kedua 2014 begitu mengejutkan industri, memandangkan jualan kereta pada Jun lalu amat memberangsangkan. Berdasarkan prestasi setakat 11 bulan pertama tahun lalu, TIV 2014 dijangka tidak mencapai sasaran,” jelas RHB Research Institute dalam nota kajiannya.

Firma itu menjangka pertumbuhan TIV tempatan tahun depan dijangka menurun iaitu buat pertama dalam tempoh tiga tahun, kepada 650,000 buah berbanding 2014 (sekitar 675,000), 2013 (655,793 buah), 2012 (627,753 buah) dan 2011 (600,123 buah).

Sebelum ini, Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad memberitahu Utusan Malaysia bahawa sasaran TIV 2014 yang diletakkan persatuan itu sebanyak 680,000 buah dijangka sukar dicapai, berdasarkan prestasi TIV dari Januari hingga November yang hanya berjumlah 601,805 buah.

Beliau menganggarkan kenaikan TIV tahun 2014 hanya satu peratus berbanding TIV pada 2013. Jumlah keseluruhan kenderaan yang terjual pada 2013 ialah sebanyak 655,793 buah dan kenaikan satu peratus itu dijangka meletakkan TIV 2014 sekitar hanya 662,000 buah kenderaan.

Menurut RHB Research Institute, trend jualan yang perlahan itu sedikit sebanyak merisaukan syarikat-syarikat pengeluar kereta dalam usaha mereka mengekalkan kadar jualan dan penguasaan pasaran masing-masing.

“Ini belum lagi mengambil persaingan daripada pelancaran beberapa model baharu tahun ini (2015) yang dijangka terus meningkatkan persaingan dalam industri” jelas firma itu.

Antara beberapa model yang dijangka dilancarkan tahun ini ialah Mazda CX-3, Honda City Hibrid, Mazda 2, Mazda 3, Peugeot 308, Toyota Camry Hibrid, Honda Vezel, Ford Mustang, Hyundai Sonata, Kia Sorento dan Nissan Almera FL.- freemalaysiatoday

Baca Seterusnya......

Dato’ Dr Nazri Khan : Kajian & Analisa Ekonomi Malaysia & Dunia 2015. Politik? Malaysia Bakal Dapat Presiden UMNO & PAS Baru 2015?

Sumber beritasemasa.com.my

presiden umno 2015
Dato’ Dr Nazri Khan : Kajian & Analisa Ekonomi Malaysia & Dunia 2015. Politik? Malaysia Bakal Dapat Presiden UMNO & PAS Baru 2015? : Figura ini cukup terkenal apabila acapkali kali membincangkan dan berkongsi pendapat tentang perkembangan dan halatuju ekonomi di mana beliau seringkali dipanggil memberikan analisa dan kajiannya melalui media-media arus perdana. Dato’ Dr Nazri Khan namanya. Kali ini…..

Kali ini Dato’ Dr Nazri Khan tampil berkongsi yang yang beliau jangkakan akan berlaku di sepanjang tahun 2015 ini berdasarkan pemerhatian yang dilakukan baru-baru ini….

Senarai Kajian & Analisa Dato’ Dr Nazri Khan : Ekonomi Malaysia & Dunia Serta Politik Negara?

BACA SINI : Gelombang Kenaikan Harga Barang Naik & Lonjakan Inflasi 2015 Berpunca GST Malaysia. Pasti Berlaku!

Apa yang anda boleh jangkakan dan harapkan akan berlaku pada tahun 2015, terutamanya melibatkan aspek ekonomi Malaysia?

 2015 : Rizab Perseketuan akan melancarkan pakej rangsangan ekonomi bernilai US$3,000,000,000,000 (US$3 trilion) dan akan mula menaikkan kadar feadah mereka untuk pertama kli dalam sejarah sepanjang 8 tahun terakhir ini

 2015 : Bank Jepun dan Bank Pusat Eropah akan mula menyuntik US$1 trilion yen dan juga 1 trilion Euro bagi meningkatkan ekonomi negara meraka dan kesatuan mereka.

 2015 : Malaysia akan mempengerusikan ASEAN seklaigus melancarkan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dan juga Bursa Saham ASEAN sekitar Oktober 2015

2015 : Pengabungan bank mega di Malaysia (antara CIMB, RHB dan juga MBSB) sekaligus diangkat menjadi bank terbesar di Malaysia dengan modal pasaran bernilai lebih daripada US$100 bilion bagi tahun 2015

2015 : Akhirnya, Malaysia akan mula melaksanakan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) pada kadar 6% dalam keadaan ekonomi negara berada pada “iklim yang cukup lemah“. Dato’ Dr Nazri Khan menjangkakan dengan pelaksanaan GST kelak bakal menyebabkan gelombang kenaikan harga barang di Malaysia

2015 : Terdapat lebih daripada 10 IPO berstatus “mega” di Bursa Malaysia termasuk 1MDB, Malakoff, Weststar, Iskandar Waterfront, Al Medini, Khazanah Theme Park, Ekuinas Ilmu, Sunway Construction, Sime Auto dan Ecoworld International

2015 : Selepas Bursa Malaysia berada pada paras tertinggi pada 8 Julai 2014, akhirnya prestasi Bursa Malaysia sehingga penghujung tahun 2014 digelar oleh pakar-pakar ekonomi sebagai yang terburuk dalam sejarah selepas prestasi bursa Malaysia pada tahun 2008, 1997 dan 1994.

 2015 : Bagi tahun 2015, isu-isu ekonomi antara yang hangat diperkatakan dan diperbincangkan di antara pakar-pakar ekonomi dan juga rakyat marhaen di bawah termasuklah kejatuhan nilai ringgit Malaysia, kejatuhan harga minyak dunia, kenaikan inflasi, kenaikan kadar faedah, hutang isi rumah yang terus melonjak tinggi, aliran keluar wang haram dan Model Ekonomi Baru bagi Rancangan Malaysia Malaysia ke-11. Kita akan melihatkan nilai ringgit Malaysia sedang menguji dolar Amerika dan Dolar Singapura di tahap yang rendah

2015 : Berkenaan dengan isu-isu politik pula yang hangat dan akan terus diperbincangkan adalah yang paling hangat pastinya 1MDB Berhad, Keputusan kes liwat Anwar ibrahim, Akta Hasutan, Hudud, kerajaan Perpaduan, Kumpulan Felda, Malaysia Airlines Berhad dan Model Politik Baru bagi UMNO. Dijangka suhu politik di Malaysia semakin bahang dan panas dek kerana konfrantasi antara Melayu liberal dan ektrem Melayu. Dan Dato’ Dr Nazri Khan menjangkakan akan ada Presiden UMNO dan Presiden PAS yang baru. What?
presiden pas 2015
2015 : Rakyat malaysia akan dipertonton di mana harga minyak bakal menjadi “lebih murah daripada air“. Dalam tempoh 5 bulan, harag minyak telah jatuh begitu mendadak dari setinggi USD110 kepada serendah US$50 setong. Kos untuk seliter minyak adalah sekitar RM1 brbanding seliter air RM2 seliter. Ironinya, RON95 dan milo tarik tidak banyak berubah.

2015 : Dunia telah menyaksikan matawang yang paling terjejas teruk adalah Rubel Rusia, Peso Chile, Argentina Peso, Peso Colombia dan Ukraine Hryvnia yang telah jatuh lebih daripada 20% sehingga menyebabkan Rusia terpaksa menaikkan kadar faedah kepada 17% daripada 10% selepas kejatuhan mata wang ruble. Ringgit yang sudah turun lebih 12% dan bakal menyertai kumpulan 5 negara di atas tidak lama sahaja lagi

2015 : Pengaruh China akan semakin meningkat di rantau ASEAN di man negara tembok besar China ini telah mula menanam modal sejumlah trilion ke dalam ekonomi Mekong bagi tujuan membina infrastuktur. Malaysia terus tercari-cari peluang dan ruang untuk mendapatkan “belas ihsan” China bagi menabur lebih banyak peruntukkan di Malaysia pula.

2015 : Tahun ini, akan menyaksikan kembalinya El Nino. Biro Meteorologi Australia mengesahkan kebarangkalian sebanyak 70% El Nino akan muncul sekitar Februari 2015 di Lautan Pasifik.

2015 : Greece meninggalkan Kesatuan Eropah jika parti radikal kiri, Parti Syriza menang pilihan raya umum Greece. Jika ini menjadi kenyataan, matawang Euro akan menghadapi masalah yang besar sekaligus memberikan impak yang cukup serius kepada ekonomi Eropah

Dato’ Dr Nazri Khan, Ketua Penyelidik Runcit Affin Hwang Investment Bank.

Baca Seterusnya......

Thursday, January 8, 2015

Qantas Syarikat Penerbangan Paling Selamat Dunia 2015

Sumber Mstar

KUALA LUMPUR: Qantas sekali lagi menduduki tempat teratas dalam senarai 10 syarikat penerbangan dan syarikat penerbangan tambang murah dengan rekod keselamatan yang baik bagi tahun 2015 daripada 449 syarikat penerbangan yang dipantau AirlineRatings.com.

Dalam sejarah 94 tahun penerbangannya, Qantas mengumpulkan rekod banyak rekod ulung yang luar biasa daripada segi keselamatan dan ia kini dianggap sebagai syarikat penerbangan paling berpengalaman di dunia.

Sistem penarafan keselamatan ini mengambil kira audit yang berkaitan daripada badan pentadbiran penerbangan dan persatuan-persatuan utama selain  audit kerajaan dan rekod kemalangan penerbangan, kata AirlineRatings.com, sebuah laman web yang menaraf keselamatan dan produk dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Rabu di Perth, Australia.

Senarai selebihnya bagi 10 syarikat penerbangan paling selamat mengikut turutan abjad adalah: Air New Zealand, Cathay Pacific Airways, British Airways, Emirates, Etihad Airways, EVA Air, Finnair, Lufthansa dan Singapore Airlines.

Qantas merupakan syarikat penerbangan yang berada di hadapan dalam hampir kesemua kemajuan dalam keselamatan penerbangan semenjak 60 tahun yang lalu, kata Geoffrey Thomas, editor AirlineRatings.com dalam kenyataan sama.

Selain daripada senarai 10 penerbangan terselamat, laman web itu juga mengkaji 10 penerbangan tambang murah paling selamat dengan keputusannya disenaraikan mengikut abjad seperti berikut: Aer Lingus, Alaska Airlines, Icelandair, Jetstar, Jetblue, Kulula.com, Monarch Airlines, Thomas Cook, TUI Fly dan Westjet.

Berlainan dengan sebilangan penerbangan tambang murah yang lain, syarikat-syarikat penerbangan ini lulus Audit Operasi Keselamatan Persatuan Pengangkutan Udara (IOSA) dan mencatatkan rekod cemerlang, tambah Thomas.

Daripada 449 buah penerbangan yang dikaji, hanya 149 mendapat tujuh-bintang bagi keselamatan dan 50 lagi syarikat penerbangan mendapat kurang daripada tiga bintang.

Manakala, hanya lima syarikat penerbangan mendapat satu bintang daripada AirlineRatings.com iaitu; Agni Air, Kam Air, Nepal Airlines, Scat dan Tara Air.

Baca Seterusnya......

Isu Tambang Bas Sekolah: Alasan SPAD Tidak Masuk Akal - PIBGN

Sumber Mstar

PETALING JAYA: Alasan yang dikemukakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk tidak memperkenalkan semula harga siling tambang bas sekolah kerana kebanyakan pengusaha tidak mematuhinya disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata, SPAD sebagai badan yang bertanggungjawab memantau industri pengangkutan awam di negara ini seharusnya mengambil tindakan terhadap pengusaha yang tidak mematuhi harga siling yang ditetapkan.

"Alasan yang diberikan tidak masuk akal sama sekali. Kalau ada pengusaha yang tidak patuh (harga siling), SPAD patut ambil tindakan... senarai hitamkan pengusaha dan bukannya memansuhkan harga siling," katanya kepada mStar Online.

Jelas beliau, alasan tersebut juga seolah-olah menunjukkan SPAD gagal dalam melaksanakan peranannya.

"Sepatutnya mereka melakukan pemantauan dan penguatkuasaan dengan lebih kerap supaya perkara tersebut tidak terjadi. Itulah peranan SPAD tetapi mereka ibarat 'melepaskan batuk di tangga'," katanya.

Mohamad Ali berkata, SPAD turut didakwa sengaja 'lepas tangan' apabila mengambil pendirian untuk tidak campur tangan dalam isu tersebut dan memberi kebebasan kepada pengusaha bas dan ibu bapa untuk menentukan harga.


Dr Mohamad Ali Hassan.

"Mereka (SPAD) sepatutnya memastikan kesemua pihak mendapat manfaatnya, tetapi dalam kes ini saya lihat ibu bapa yang akhirnya menjadi mangsa keadaan," katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai tindakan penamatan skim penggantungan bas sekolah baru-baru ini, beliau berkata, skim bantuan tersebut sepatutnya diteruskan sejajar dengan usaha SPAD demi memastikan industri bas sekolah yang mapan.

"SPAD harus tunaikan janji mereka untuk bantu pengusaha bas sekolah agar industri ini terus mapan. Malah mereka juga boleh berbincang dengan industri perbankan untuk mencari jalan penyelesaian kepada perkara tersebut," katanya.

Beliau berkata, tindakan tersebut dilihat mengeruhkan lagi keadaan yang sememangnya sudah keruh ketika ini.

"Dengan pelbagai masalah yang timbul ini sedikit sebanyak menjejaskan imej SPAD sekali gus menimbulkan rasa sangsi di kalangan orang ramai mengenai fungsi sebenar suruhanjaya itu," katanya.

Baru-baru ini, mStar Online melaporkan SPAD menamatkan Skim Penggantian Bas Sekolah berkuat kuasa 31 Disember lalu.

Tindakan tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pengusaha bas sekolah memandangkan ia akan memberi kesan kepada kira-kira 5,000 pengusaha yang memiliki bas sekolah berusia melebihi usia 25 tahun.

Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) Amali Munif Rahmat berkata, berikutan penamatan skim itu, dikhuatiri 500,000 pelajar di seluruh negara yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah akan berhadapan masalah untuk pergi dan balik dari sekolah.

"Jika tiada sistem baharu menggantikan skim pinjaman tersebut, kira-kira 500,000 pelajar yang menggunakan perkhidmatan tersebut akan terjejas," katanya.

Sementara itu, Mohamad Ali turut mengulangi cadangannya agar setiap sekolah mengikut jejak langkah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang melantik syarikat bas sekolah tertentu untuk beroperasi di sekolah masing-masing bagi mengelak lebih banyak masalah timbul pada masa hadapan.

"Soal perlaksanaan sistem ini boleh dibincangkan menerusi mesyuarat PIBG di sekolah masing-masing. Saya rasa ia tidak jadi masalah kerana sistem tersebut telah digunapakai di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sebelum ini," katanya.

Baca Seterusnya......

Kisah cinta Zizan, Emma Maembong berakhir

Sumber Sinar

KISAH cinta antara pelawak dan pengacara terkenal, Zizan Razak dengan pelakon cantik, Emma Maembong dilaporkan telah putus di tengah jalan.

Emma yang ditemubual media tempatan mengakui membuat keputusan untuk meninggalkan Zizan gara-gara tidak tahan dengan sikap pelawak itu.

“Mungkin selama ini orang melihat kami sebagai pasangan yang ‘sweet’ tetapi mereka tidak tahu apa yang saya lalui.

“Jika asyik berendam air mata saja, buat apa diteruskan hubungan ini. Sampai bila saya nak makan hati,” katanya.

Sementara, Zizan dilaporkan memberitahu tidak selesa untuk menjawab sebarang pertanyaan mengenai putus cinta itu buat masa ini.

“Maafkan saya. Saya harap dapat diberi ruang sedikit untuk sementara waktu ini sebab saya sendiri tak tahu nak cakap apa,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, kisah cinta pasangan ini menjadi tumpuan selepas tersebar khabar bahawa mereka akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Sumber Mstar- "Ia Satu Dugaan" - Zizan Jawab Isu Putus Cinta Emma Maembong

KUALA LUMPUR: Pelakon Zizan Razak meminta agar diberikan sedikit ruang untuk mengulas isu keretakan hubungannya dengan Emma Maembong selain menganggap ia sebagai satu dugaan.

Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak, 31, berkata, buat masa ini dia tidak selesa untuk menjawab sebarang pertanyaan berhubung pendedahan Emma tersebut.

"Maafkan saya. Buat masa ini saya Tidak selesa untuk menjawab sebarang pertanyaan berhubung isu itu (putus cinta).

"Saya harap dapat diberi sedikit ruang buat sementara waktu ini kerana saya sendiri tidak tahu untuk cakap apa," katanya ketika ditemui mStar Online selepas selesai persembahan Tahajjud Cinta Sirah Rasulullah di Panggung Sari, Istana Budaya pada malam Rabu.

Dalam pada itu, Zizan berkata, pendedahan Emma itu tidak menggangu tumpuannya sebaliknya menganggap ia sebagai dugaan yang perlu dihadapi dengan tenang.

"Sebagai manusia biasa pasti akan diberi dugaan dalam hidup dan saya tidak terkecuali.

"Masalah ini tidak menggangu saya sebaliknya saya terima dugaan ini dengan tenang," katanya.

Sementara itu Utusan Online pada Khamis melaporkan, antara punca perpisahan itu kerana berlaku pergaduhan antara mereka selepas Zizan menyuarakan hasrat untuk membeli sebuah kereta mewah.

Hasrat berkenaan tidak dipersetuju oleh Emma kerana dia tidak gemar lelaki yang suka membazir selain keinginan Zizan itu turut ditentang oleh ibunya sendiri.

Kekecohan mengenai status hubungan pasangan berkenaan timbul sejak beberapa minggu lalu dan Zizan sempat menyangkal dakwaan kononnya mereka sudah putus sebelum Emma tampil mengesahkan perkara itu dalam sebuah akhbar.

Selain konflik berkenaan, Zizan kini berhadapan dengan tindakan saman di mahkamah oleh rakan kongsi dan bekas pengurusnya iaitu Marina Juki dengan tuntutan lebih RM500,000 kerana pelanggaran kontrak.

Baca Seterusnya......

Skandal RM2.6 Juta: Audit Bebas Dapati Memang Wujud Penyelewengan - Azmin


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menegaskan tidak akan berkompromi dengan penyelewengan yang ada dalam pampasan wang sebanyak RM2.6 juta kepada lapan kakitangan bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata laporan audit yang dikemukakan memang tidak ada masalah dan menambah apa yang berlaku dalam pembayaran tersebut memang bercanggah dengan tatacara dan prosedur kewangan.

Azmin mendakwa perkara itu telah diteliti oleh pengurusan MBI. Tambahnya satu jabatan bebas telah ditubuhkan untuk melakukan siasatan dan terbukti daripada dokumen yang dibentangkan itu memang berlaku penyelewengan dan penyalahgunaan.

Kata Azmin, MBI telah melakukan cara yang cukup diplomatik bagi menyelesaikan perkara ini dengan baik.

“Sekiranya ada penyelewengan kita minta mereka pulang balik dan sekiranya ada hak mereka kita akan bayar. Namun pembayaran itu mesti mengikut garis panduan yang betul,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran misi bantuan pembersihan bencana banjir di negeri Kelantan oleh pihak berkuasa tempatan negeri Selangor.

Beliau juga berkata tidak akan mencampuri urusan jabatan audit dalam menjalankan siasatan dan yakin pasukan audit itu telah ambil semua langkah bagi memastikan ketelusan.

Sebelum ini, mantan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI) Faekah Hussin mengakui telah menerima surat tuntutan pemulangan keseluruhan wang yang diberikan oleh pengurusan MBI kepadanya sebelum pentadbiran baharu mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan negeri Selangor.

Faekah menyatakan kekesalannya serta menyifatkan pentadbiran MBI sekarang sebagai bertindak melampaui batas yang luar biasa berkaitan isu MSS (Mutual Severance Scheme).

Azmin dimaklumkan oleh pengurusan MBI bahawa mereka yang terlibat ini telah diberikan masa dua minggu untuk menjawab surat tuntutan berkenaan.

Sekiranya mereka gagal memberi respon, akan ada tindakan-tindakan yang telah diputuskan oleh pengurusan MBI.

“Tindakan itu akan diumumkan oleh pihak MBI selepas tempoh itu tamat,” jelasnya. Kerajaan Negeri Selangor pada 3 Disember, mendedahkan laporan pampasan wang sebanyak RM2.6 juta teleh diberi kepada lapan kakitangan bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Laporan itu turut mendedahkan bayaran pampasan sebanyak 30 peratus daripada gaji didarabkan dengan jumlah bulan yang telah berkhidmat.

Sebelum ini, Faekah dikatakan penerima jumlah terbesar pampasan tersebut. Faekah didakwa menerima bayaran sebanyak RM700,000. Manakala, Setiausaha Akhbar Khalid Ibrahim, Arfa’eza Abdul Aziz menerima pampasan RM358,000 dan RM55,000 ganti kepada notis tiga bulan dan Setiausaha Politik Mustapa Mohd Talib menerima RM265,000.

Pembantunya yang lain didakwa dibayar antara RM97,000 dan RM230,000 masing-masing sebagai pampasan dan di antara RM18,000 dan RM69,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan mereka. -FMT

Baca Seterusnya......

Peruntukan RM800 juta untuk banjir: PAC akan panggil Kementerian Kewangan

 Sumber AstroAwani.com

 Peruntukan RM800 juta untuk banjir: PAC akan panggil Kementerian Kewangan


PAC juga bercadang untuk memanggil Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mendapatkan maklumat mengenai bantuan terhadap mangsa banjir.

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Malaysia (PAC) bercadang untuk memanggil Kementerian Kewangan bagi memberi penjelasan mengenai peruntukan RM800 juta kepada mangsa banjir seperti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sebelum ini.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihaknya ingin mengetahui bagaimana anggaran sebanyak RM800 juta itu dibuat.

"Kami (PAC) bercadang untuk memanggil pihak Kementerian Kewangan selepas segala urusan membantu mangsa banjir di Pantai Timur selesai.

"Kami ingin mengetahui bagaimana anggaran sebanyak RM800 juta dibuat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Selain Kementerian Kewangan, PAC juga kata Nur Jazlan, bercadang untuk memanggil Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mendapatkan maklumat mengenai bantuan terhadap mangsa banjir.

Katanya, PAC melihat persiapan yang dibuat MKN untuk menghadapi banjir kali ini agak tidak teratur sedangkan mereka mempunyai peruntukan yang disediakan kerajaan.

"PAC berhasrat untuk membantu MKN bagi memastikan usaha mereka berjalan lancar di masa hadapan. Kami tidak mahu kerajaan dilihat tidak cekap," katanya lagi.

Semalam, Datuk Ahmad Maslan dilaporkan berkata hampir RM800 juta sudah dibelanjakan kerajaan menerusi MKN bagi membantu mangsa banjir di negeri-negeri yang terbabit musibah itu baru-baru ini.

Peruntukan berkenaan membabitkan pembekalan makanan, operasi logistik dan pembersihan rumah-rumah mangsa.

Baca Seterusnya......