Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Friday, April 24, 2015

Mencari Hang Nadim dan Bendahara dalam Pas

Sumber MSO
Ibarat dalam sebuah negeri apabila orang menjadi raja sudah tidak boleh diharap mentadbir dan menguruskan tanah jajahan dengan baik, sama ada kerana sakit atau "lus skru", maka harus ada satu puak ataupun seseorang dalam kalangan mereka yang cerdik dan bijak akal untuk menjadi penasihat bagi menyelamatkan keadaan negeri.

Mereka harus ditampilkan sebagai pemangku bagi mentadbirkan negeri.

Seperti mana dikisahkan dalam riwayat Singapura di langgar todak, ketika itu wujud seorang budak bernama Hang Nadim yang bijak akal mengatasi masalah todak yang mengganas. Raja atau sultan sendiri ketika itu sudah tidak tahu apa hendak dilakukan lagi, biul kerana ramai penduduk negeri itu mati kerana ditikam todak.

Saat raja sudah hilang akal dan ilmu itulah Hang Nadim muncul menyelamatkan keadaan. Menjadi super hero. Dengan kelebihan akalnya dengan mudah serangan todak itu dipatahkan apabila beliau mengarahkan penduduk menjadikan batang pisang sebagai perisai.

Malangnya kehadiran Hang Nadim itu tidak dihargai oleh sultan. Sebaik Hang Nadim berjaya menewaskan todak dia dihukum bunuh. Alasan sultan ialah bimbang budak yang cerdik itu akan menguasai negeri dan mengambil alih tempatnya. Pemikiran demikian tidak patut diwarisi kerana ia merugikan.

Malang dan sedihnya tidak ada siapa yang mempersoalkan tindakan sultan pada masa itu melainkan setelah ianya terkambus dek sejarah. Mungkin rakyat Singapura semuanya taksub dan wala' bengung kepada raja itu sehinggakan semuanya terminum air kencing pandir.

Begitu juga dalam riwayat dan sejarah Melaka, tindakan raja yang tanpa usul periksa dan dibuat atas pendapat yang naif akhirnya menyesalkan dirinya. Sultan Melaka telah mengarah bendahara membunuh Hang Tuah kerana panglima itu difitnah melakukan kesalahan. Tetapi kerana kebijaksanaan bendahara, Hang Tuan tidak dibunuh sebaliknya disembunyikan di hulu Melaka.

Hinggalah sultan menyesal perbuatannya lalu, beliau teringat kepada Hang Tuah tatkala Hang Jebat mengamuk menuntut bela atas pembunuhan saudaranya yang tidak berdosa itu. Saat inilah bendahara yang bijaksana dan kasyaf itu membawa balik Hang Tuah untuk berdepan dengan Hang Jebat.

Bayangkan apa jadi kalau tidak ada bendahara yang bijaksana itu, tentu Melaka jadi huru hara dan sultan itu sendiri hilang riwayat. Demikian juga dengan kecerdikan Hang Nadim yang melawan todak itu. Kalau bukan kerana kecerdikannya itu mungkin sultan juga disodong todak.

Cukup mengambil dua sejarah separuh dongengan itu untuk dipadankan dengan apa yang berlaku dalam negeri bernama Pas waktu ini. Keadaan Pas hari ini kucar kacir dan mulai hilang rasa hormat dan sanjungan orang ramai. Semuanya ialah seperti apa berlaku di Singapura dan Melaka tadi kerana keadaan raja atau sultan yang tidak bijaksana dan sombong, degil dan enggan mendengar kata.
Ada orang mengatakan keributan dalam Pas kini disebabkan agenda musuh.  Saya kurang bersetuju kerana sudah menjadi harapan musuh untuk memecahkan Pas dengan apa cara sekali pun termasuk memberi cenuai dan wang kepada orang Pas sendiri.

Kalau kita sudah tahu dengan kerja musuh untuk merusakkan Pas, kenapa kita tidak bertindak membendung kejadian itu. Apabila sudah tahu dan ahli tidak dapat dikawal maka kesalahan itu bukan lagi kepada musuh tetapi kepada diri sendiri. Kenapa hendak disalahkan kepada ibu yang mengandung?

Maka itu Pas kini memerlukan budak cerdik atau orang seperti Hang Nadim ataupun bendahara Melaka itu untuk menyelamatkan Pas. Mereka harus muncul dengan segera tidak kira datang dari gunung atau pun lembah. Sekiranya keadaan dalam Pas kini dibiarkan nescaya Pas akan menjadi caca merba dan sebuah parti yang tidak disanjung hormat lagi. Negeri Pas juga akan jadi padang jarak padang terkukur.

Ada beberapa nama yang saya lihat berpotensi untuk menjadi Hang Nadim atau bertindak sebagai bendahara Melaka dalam Pas. Tiga nama ini sangat sesuai apabila integriti mereka masih boleh dipercayai. Ianya dinilai dari sudut sikap dan cara mereka berpolitik yang cukup sedarhana dan tawaduk. Mereka ialah ketiga-tiga naib presiden Pas yang kalau dalam hierarki di Istana mereka adalah panglima; Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub dan Husam Musa. Inilah tiga budak cerdik dalam Pas pada waktu ini.

Cuba perhatikan mengenai sikap mereka dalam Pas, tenang dan sangat berjimat cermat dalam membuat kenyataan. Mereka tidak gelojoh, jauh sekali menunjuk hebatnya. Tuan Ibrahim dari kenyataanya menggambarkan dia seorang pendamai. Dia tidak suka kepada cara sesetengah ahli Pas yang bergasak sama sendiri yang merugikan Pas. Dalam penilaian saya dua atau tiga kali dia menyeru agar berbaik dan tidak membuka pintu kepada musuh.

Demikian juga dengan Salahudin Ayub. Dia lebih mengambil sikap mendiamkan diri dari bercakap. Salahudin mengelakkan diri terlibat atau pun terperosok dalam mana-mana kumpulan yang nampak agresif sehingga nampak kebundakannya. Salahudin juga menyesali apa yang berlaku tetapi tidak ada upaya untuk mengatasinya. Beliau seakan kecewa mengenang nasib Pas kini dan membimbangi masa depan.

Begitu juga dengan Husam Musa. Selepas diasingkan dari mainstream politik Pas Kelantan, Husam banyak bersendirian mengerjakan amal kebajikan. Dia seakan tidak pedulikan kepada apa yang berlaku dalam parti kerana menyedari power yang ada. Walaupun beliau diharap mencabar Abdul Hadi Awang tetapi saya tidak fikir Husam akan tergamak berbuat demikian. Husam juga sama seperti Salahudin dan Tuan Ibrahim bimbang dengan apa yang berlaku kini. Beliau akan meletakkan keselamatan parti lebih dari segala-galanya.

Bila saya menyebut tiga orang naib presiden ini, bukan bermakna mereka yang lain tidak cerdik. Cerdik atau menjadi sebutan saya kerana dengan kedudukan mereka sebagai pemimpin takah ketiga itu dapat mengawal diri. Mereka tidak excited untuk melonjak naik sebaliknya mengintai peluang dengan baik.

Sikap seperti inilah yang kita mahu dan dicontohi kerana mempunyai nilai kepimpinan. Mereka meletakan masalah kemaslahatan parti lebih penting daripada maslahat puak dan kumpulan. Mereka juga tidak membentuk apa-apa kumpulan untuk dilihat bagaikan kumpula rebana tertentu untuk berlawan dengan kumpulan rebana yang lain. Mereka sedar bertanding rebana tidak banyak laba kecuali dapat mendengar talun dan badan berpeluh balik rumah kalau kalah isteri marah.

Sehubungan itu saya yakin kalau mereka bertiga ini berkongsi idea dan tenaga mereka boleh muncul menjadi Hang Nadim dan bendahara Melaka dalam Pas menyelamatkan parti itu dari karam. Mungkin untuk bersendirian sukar, tetapi kalau menggunakan kedudukan mereka selaku naib presiden ia ada kekuatan dan suara mereka didengar.

Apa yang perlu mereka lakukan ialah menyeru agar ahli Pas di semua peringkat tidak ghairah untuk berlawan. Selain itu mereka bertiga juga harus "merantau" mencari penawar untuk mengubati tuan presiden yang kelihatan sakit sehinggakan tidak dapat berkhidmat dengan mampan lagi kini. Dan sebaik-baik tindakan mereka yang boleh mendatangkan keinsafan kepada orang lain mereka bertiga jangan bertanding apa-apa jawatan dalam muktamar Jun hadapan sebagai kompromi dan memberi laluan kepada yang lain yang berhajat.

Kalau mereka mengambil sikap demikian, sudah pasti orang yang ghairah untuk bertanding dengan apa jua alasan akan turut tergencat dan mudah-mudahan mereka akan ikut sama tidak bertanding dan dengan itu kemelut berebut jawatan dalam Pas kini boleh diatasi. Apakah mereka berani dan menerima pandangan ini sebagai bijaksana?

Baca Seterusnya......

Kaum misteri di Lautan Andaman

Sumber sinarharian
Kaum misteri di Lautan Andaman

Suku kaum misteri yang mendiami Pulau Sintinel Utara
 
DARI udara pulau ini kelihatan sangat menakjubkan dengan keindahan pantai dan hutan namun tiada pelancong atau nelayan yang berani menjejakkan kaki ke pulau yang terletak berdekatan Laut Andaman.

Pulau Sintinel Utara terletak di Teluk Bengal dan kepunyaan negara India didiami oleh satu kaum  misteri kira-kira 60,000 tahun lalu.

Sesiapa yang mendekati kawasan terbabit pasti akan diserang oleh suku kaum misteri tersebut yang menolak peradapan moden dan lebih suka untuk tidak mempunyai hubungan dengan dunia luar.

Interaksi yang melibatkan mereka hanyalah melalui keganasan.

Pada tahun 2006, suku kaum tersebut telah membunuh dua lelaki yang memancing berdekatan perkampungan mereka malah suku kaum itu turut akan melemparkan batu dan anak panah kepada kapal terbang dan helikopter yang membuat tinjauan di kawasan berkenaan.

Pulau tersebut tidak tercemar dengan arus kemodenan namun tiada banyak maklumat yang diketahui mengenai warganya, bahasa dan upacara ritual yang diamalkan mereka.

Adalah sangat bahaya untuk  mendekati suku kaum tersebut kerana kesukaran mereka untuk menerima orang luar.

Gambar atau video tidak pernah dirakam secara dekat dan jika ada hanyalah gambar yang berjaya diambil dalam kualiti yang rendah.

Menurut Pengarah Survival International, Stephen Corry berkata, suku kaum itu dikenali sebagai "suku kaum zaman batu" dan merupakan suku kaum yang paling terpinggir di dunia di mana kerajaan India sendiri tidak masuk campur dalam urusan mereka.

Baca Seterusnya......

Disangka amalkan ilmu pendinding

Sumber sinarharian
Disangka amalkan ilmu pendinding
Tingkap rumah Minangkabau yang dihuni pasangan suami isteri di kampung Ujung Tanjung, Tanjung Ipoh tidak pernah ditutup sejak 1970.
 
KUALA PILAH – Tingkap sebuah rumah Minangkabau berusia lebih 120 tahun yang terletak di tepi jalan Tanjung Ipoh tidak pernah ditutup sejak 1970 lagi.

Ia diakui sendiri oleh pemiliknya, Asmah Ujang, 80, yang tinggal bersama suaminya, Othman Siraj, 84.

Kata Asmah, tingkap diruang tingkat atas tidak pernah ditutup meskipun hujan ataupun ketika mereka keluar.

Katanya, tindakan berani mereka itu menimbulkan rasa pelik dan curiga di kalangan jiran dan rakan-rakan sehingga mendakwa mereka mengamalkan ilmu pendinding untuk menjaga keselamatan rumah. 

“Ada yang kata rumah saya rumah berhantu, tidak kurang pula yang menganggap saya menggunakan pemakai. Semua dakwaan itu tidak berasas.

"Sebenarnya pintu bahagian tengah untuk masuk ke anjung rumah ini agak rendah menyebabkan kepala kami sering terhantuk dan mendatangkan masalah terutama anak-anak. Sebab itu kami mengambil keputusan untuk membiarkan pintu ini terbuka 24 jam.

“Jika tingkap rumah sentiasa terbuka, ia boleh mendatangkan pengudaraan bersih dan memberi kesegaran,” katanya.

Menurut Asmah, rumah itu adalah rumah pusaka peninggalan arwah datuknya, Abd Rahman Abdullah yang dibina di atas tanah seluas satu hektar.

"Arwah datuk pernah bercerita, tanah ini dibeli dengan harga RM400. Rumah ini diperbuat dari kayu jenis Ponak yang memang terkenal dengan ketahanannya. Sebab itu, ia masih kukuh dan kayunya tidak dimakan anai-anai.

“Semua bahagian rumah ini adalah rumah asal kecuali atapnya telah ditukar dari atap nipah kepada asbestos pada 1965 dengan kos RM700,” katanya.

Sementara itu, Othman berkata, setiap bahagian rumah mempunyai namanya tersendiri seperti induk rumah, serambi, loteng serta hujung rumah dan ada bersangkutan dengan adat.

Baca Seterusnya......

Punca Nilai Ringgit Jatuh Turun RM3.63-RM3.70 2 Bulan Terakhir? Adakah Malaysia Ke Arah Krisis Ekonomi?

Sumber beritasemasa

ringgit jatuh
Punca Nilai Ringgit Malaysia Jatuh Teruk Turun Lagi RM3.63-RM3.70 2 Bulan Terakhir? Adakah Malaysia Ke Arah Krisis Ekonomi? Matawang Ringgit Malaysia lagi jatuh lagi bagus kata menteri. Nah…sekarang nilai ringgit Malaysia berada pada paras RM3.60 dan ke atas bukanlah berita yang mengejutkan bagi rakyat Malaysia dan pelabur luar contohnya. Sudah 2 bulan ringgit turun naik antara 3.65 hingga 3.70 bagi setiap 1 usd.

1) Jika dahulu, setiap nilai ringgit Malaysia RM1 boleh tukar kepada Rp2500. Sekarang? setiap matawang ringgit Malaysia RM1 boleh tukar menjadi Rp3700. Makin berbondong-bondonglah serumpun Malaya boleh hantar wang ke Indonesia.

2) ikalau dahulu nilai Ringgit Malaysia RM1 boleh dapat SGD1. Sekarang? SGD1 bersamaan RM2.70. Makin laris bisnes perniagaan warga Malaysia terutamanya warga Johor? Berbondong-bondong warga asing sapu hartanah rumah, kondo mewah dan kedai di Malaysia. Semakin kaya warga asing dek kerana tidak putus-putus apabila projek semakin banyak.

Bukankah ini yang dimahukan para menteri?

Punca Nilai Ringgit Jatuh Turun? Jawapan Tun Daim

Adakah negara kita berada dalam krisis ekonomi hari ini. Datuk Seri Najib Razak mengatakan negara kita bukan ke arah kemeselatan ekonomi. Ya….sama sekali Berita Semasa percaya kata Perdana Menteri. Tetapi…..tetapi mengapa matawang Ringgit jatuh dan berada pada paras yang begitu lemah pada hari ini? Apa sebabnya?

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti mengatakan baru-baru ini, matawang ringgit jatuh kerana “undervalue” dan tidak adil untuk menurunkan nilai matawang ringgit Malaysia sekarang ini.

Tun Daim Zainuddin mantan Menteri Ekonomi Malaysia di zaman Tun Dr Mahathir Mohammad mengatakan jikalau “fundamental” Malaysia adalah baik mengapa dan kenapa matawang Ringgit jatuh teruk sekarang? Mesti ada sebabnya mengapa jadi teruk begini.

Jawapannya adalah berpunca daripada orang luar sudah tiada keyakinan kepada Malaysia. Perlu berjaga-jaga di situ apabila mentadbir ekonomi Malaysia jikalau orang sudah tidak percaya kepada kerajaan Malaysia.

Penganalisis ekonomi menjangkakan yang mana matawang ringgit Malaysia akan berada pada paras RM3.80 bagi setiap USD1 tidak lama sahaja lagi.

P/S : Datuk Seri Najib Razak ada peluang semasa sesi soal jawab (DI SINI) mengapa tidak jawab persoalan isu matawang ringgit jatuh teruk? Rakyat perlukan jawapan. Jangan tinggalkan mereka tertanya-tanya.

PP/S : Sekarang ekonomi China dalam fasa yang semakin perlahan yang mana akan turut memberikan kesan kepada Malaysia kelak.

Baca Seterusnya......

Golongan Progresif PAS Dipinggirkan Untuk Menangkan Agenda UMNO

Sumber Kelab GB


Percaturan menghancurkan PAS Oleh Mujahid Yusof Rawa

Suasana sukar yang dilalui oleh PAS hari ini adalah merupakan antara ujian paling getir yang pernah dilaluinya. Suasana PAS dalam keadaan sekarang tidak meninggalkan kita banyak pilihan ia hanya dua iaitu antara PAS undur ke belakang atau PAS maju ke hadapan.

Pencapaian PAS tidak pernah difikirkan oleh pemimpin PAS sebelum ini apabila dengan izin Allah adanya Pakatan Rakyat telah membolehkan PAS berada pada tahapnya hari ini. Di Pulau Pinang walaupun berbekalkan hanya satu kerusi PAS dapat berperanan sebagai kerajaan berbanding dengan Johor yang ada empat kerusi PAS namun peranannya adalah sebagai pembangkang sahaja.

Pencapaian PAS dalam memecahkan tembok perkauman dipermudahkan dengan adanya PR di mana telah terbukti di tempat yang kerusi campuran PAS berjaya menembusi dengan sokongan pengundi Cina dan India. Sentimen pengundi Cina dan India banyak dipengaruhi oleh asakan PR dan manisfesto yang dibawa. PAS telah berjaya memanfaatkan sokongan ini apabila ia bersama PR dan berjaya mendapat sokongan pengundi bukan Melayu.

Umno Kecewa

Perkembangan dan pencapaian PAS sangat menyakiti Umno, sebab itulah sejak pasca 2008 lagi, Umno cuba melemahkan kebangkitan PAS. Taktik Umno menggunakan umpan “perpaduan Melayu” bagi melemahkan kemaraan PAS. Usaha sejak 2008 tanpa henti kononnya Melayu perlu bersatu-padu dan mengharapkan PAS dan Umno dapat melakukannya. Digerakkan slogan palsu ini bukan kerana Melayu perlu bersatu tetapi supaya PAS menjadi lemah dan memecahbelahkan kekuatan PR.

Slogan “perpaduan Melayu” naik satu tahap lagi dengan mempertaruhkan Islam sebagai umpan untuk PAS. Maka bermulalah episod isu Islam untuk menggoda PAS supaya PAS dipisahkan dari PR. Mereka membawa isu sentimen Islam dengan mempromosikan PKR sebagai liberal Islamnya manakala DAP adalah anti-Islam.

Serangan media ini bermula sejak 2008 hingga kini namun PAS tidak berganjak menyatakan komitmen kepada PR. Isu perpaduan Melayu dan Islam hanyalah usaha untuk melemahkan kemaraan PAS dan tanda kekecewaan Umno, tidak lebih dan tidak kurang.

Usaha Pecahkan Saf PAS

Salah satu taktik Umno melemahkan PAS ialah menyokong dari dalam PAS mereka yang sedia mengambil jalur keras untuk membawa Islam. Hujah yang selama ini dibawa oleh ISMA dan PERKASA sudah menyusup dalam PAS kononnya untuk memelihara dasar parti, PR tidak menguntungkan Islam dan mara ke Putrajaya hanya untuk memenuhi kehendak Anwar dan PAS menjadi kuda tunggangan DAP.

Begitu juga isu keputusan Tahaluf Siyasi PAS dituntut beberapa kali oleh Multaqa Ulama PAS untuk dibuat penilaian semula walaupun PAS berpegang dengan tahalufnya.

Percaturan kali ini bukan aturan dan aturcara yang ditetapkan oleh PAS dalam mencari penyelesaian. Kalau hendak dikatakan PAS tidak pernah berkonflik itu satu pembohongan tetapi PAS ada caranya sendiri, namun kali ini ‘orang luar’ yang mencaturkan PAS dan penyelesaiannya adalah mengikut skrip yang tamat ceritanya ialah “lemahkan PAS dan kemudian hancurkannya!”

Membentuk Kelompok

Walaupun selama ini isu kelompok memang tidak dapat dielakkan dalam PAS tetapi ia hanya perbezaan pendapat yang masih di bawah kawalan. Namun semenjak kebelakangan ini usaha memecahkan lebih berstruktur dan canggih.

Taktik musuh PAS cuba membahagikan dua kelompok antara yang mempertahankan keberlangsungan PR yang mereka gelar “Anwarinas” dan kelompok yang kononnya mempertahankan dasar PAS iaitu “ulama”. Umno tahu selagi kelompok yang mahu melihat PAS maju ke hadapan melalui PR menguasai parti maka amat sukar strategi Umno melemahkan PAS dari dalam.

Taktik pecah seterusnya ialah menanamkan kebencian kepada kelompok yang mahu bersama PR dengan tohmahan dan fitnah seolah kelompok ini lebih pentingkan kuasa dan sedia menggadaikan perjuangan PAS demi bersama PR.

Kelompok ini difitnah sebagai mengamal Islam liberal, tunduk kepada Lim Guan Eng dan menjadi barua kepada parti lain malah hilang wala’ kepada parti. Taktik ini berjaya didoktrinkan sehingga perpecahan dalam PAS bukan lagi perbezaan pendapat biasa tetapi perpecahan yang menguntungkan strategi musuh yang sudah merekrut unsur dalam PAS sendiri.

Alat paling berkesan ialah sosial media yang menjadi rujukan utama doktrin pemisahan kelompok oleh musuh. Anasir dalam PAS digunakan untuk mengapikan lagi kebencian sehinggakan tidak ada lagi perasaan hormat menghormati malah ramai yang menjadi mangsa doktrin ini tanpa disedari.

Grand Design dan End Game

Trend memisahkan kelompok dalam PAS ini sejak 2008 adalah untuk membina momentum bagi MAT (Mesyuarat Agung Tahunan) parti di mana ia adalah usaha penghapusan satu kelompok dalam PAS untuk membuka jalan supaya PAS akan lebih mesra Umno dan seterusnya meninggalkan PR.
Ini adalah “Grand Design” dan “End Game” yang ingin dicapai oleh elemen Umno dalam PAS. Para konspirator melontarkan isu hudud, isu persempadanan semula dan isu anti Islam sebagai umpan menarik PAS lebih jauh ke dalam perangkap jahat mereka.
Pencapaian objektif strategi mereka ialah pecahkan PAS supaya PAS tiada lagi dalam PR dan kerana itu lebih mudah untuk Umno menguasai PAS dan sekaligus melemahkan PAS yang sudah jauh ke hadapan kini.

Seruan Saya

Mari kita secara jujur dan ikhlas serta dengan mendapat petunjuk Allah untuk berfikir sejenak kegilaan apakah yang telah menimpa PAS hari ini. Ulama, wala’ dan dasar parti cuba dipertaruhkan bagi tujuan kelompok kecil yang bekerja untuk tuan-tuan besar di luar PAS yang mahu melihat PAS lemah dan kemuncaknya hancur.
Ketahuilah bahawa ia bukan soal ada “Anwarinas”, “liberal”, “anti hudud” atau “broker dan barua” dalam PAS seperti yang cuba dimomok-momokkan, ia adalah tentang satu konspirasi jahat dan para konspirator ada di kalangan ahli PAS dan pimpinan PAS sendiri di semua sektor parti. Tentera setia mereka ialah di kalangan facebookers hantu, bloggers upahan dan pengadu domba yang cap jarinya menyertai PAS belum pun kering lagi.

Pesan saya, jaga dan selamatkanlah PAS daripada para konspirator dan PAS pada saat ini memerlukan kepimpinan yang tegas dan kembali kepada landasan perjuangan yang betul, berhemah dan berperinsip.

Lebih utama PAS memerlukan ahlinya yang bijak membaca gerak geri para konspirator, umpama pepatah, “sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan betina”.


 MAZLAN ALIMAN MENULIS MENGENAI RAKAN SEPERJUANGANNYA, BACALAH DENGAN HATI

Salahudin Ayub, YB Aminolhuda Hassan, Hj Dzulkifly Ahmad, Hj Khairudin Abd Rahim dan Onn Jaafar adalah antara sahabat akrab sejak saya menyertai PAS pada tahun 1986. Kami membina karier dari bawah. Menampal poster, naikkan bendera atas pokok, kutip derma jihad dan kerja kerja asas sebagai aktivis parti. BerUsrah dan bertamrin bersama sama. Kami wujudkan Pusat Tarbiyyah Amaliyyah yang di ketuai sendiri oleh Aminolhuda bagi memperkasa tarbiyyah pemuda.

Bintang Salahudin lebih cerah dari saya; namun saya tahu keperitan yang beliau hadapi sewaktu beliau menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Johor sepenuh masa dengan elaun RM300 sebulan. Acapkali kesempitan wang, hingga susu anak pun tidak mampu di beli. Dia tidak lupa diri bila jadi Ahli Parlimen. Selalu membantu saya terutamanya menjelang hariraya dan naik sekolah. Kalau jumpa dia akan tanya secara berseloroh, 'duit belanja ada?' Lantas hulur sejumlah wang kepada saya kerana dia pernah alami keperitan dalam hidupnya. Dia mahu berkongsi sedikit keselesaan dengan rakannya yang lain.

Sejak zaman Al Marhum Ismail Ibrahim sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, kami adalah exco Pemuda PAS. Aminolhuda akan singgah dan tumpangkan saya untuk pergi bermesyuarat di Batu Pahat. Beliau sahabat yang ambil berat mengenai saya. Tidak berkira orangnya. Hj Khairudin, meskipun engineer; sebahagian besar gajinya adalah untuk jamaah. Sanggup jual kuih dan buka kedai makan nak tampung kos operasi Dewan Pemuda. Kadangkala nak tuang minyak kereta pun tak ada duit.

Dzulkifli Ahmad, saya anggap arkitek parti di Johor. Pemikiran dan cara bekerjanya hebat. Seorang perancang parti yang work smart. Bangunan PAS Johor yang sedang berdiri megah waktu ini adalah hasil 'buah tangannya'.

Apapun yang orang perkatakan mengenai Onn Jaafar, beliau adalah aktivis parti yang gigih. Walau dikata loklak, ceroi dan lain lain, kerja buatnya selesai sebagaimana arahan. Jika kita ni jam 1 pagi dah tidur; beliau masih menampal poster dan macam macam dilakukan hingga ke dinihari sejak 20 tahun dulu lagi. 'Ana ni tak reti bagi kuliah, tukang tampal poster pun tak pe lah'. Guraunya menceriakan kami.

Ukhuwwah yang terbina mengeratkan kami. Walau ada yang sudah berjawatan penting dalam parti dan bergelar YB, hubungan kekal terpelihara. Justeru, bila ada fitnah yang disebarkan, kami sama sama hadapi, walau terasa pedihnya. Menitik air mata mengingatinya.

Sekarang musim pemilihan parti, pilu tetap terasa bila kawan baik berubah sikap kerana berbeza pandangan. Seperti kata Dato' Mahfuz Omar, 'saya mengenali Salahudin sudah sekian lama. Sembahyang sunat dia lebih banyak dari saya. Tapi, bila orang fitnah dia baru baru ini (ada ceritanya) saya sangat terasa. Di mana letaknya akhlak kita?'.

Mahalnya nilai sebuah persahabatan. Jangan kerana jawatan dan berbeza pandangan, kita bersengketa dan berpecah. Hilang segala galanya meskipun di pupuk sekian lama.

Moga Allah pelihara persaudaraan ini hingga ke akhir hayat

Mazlan Aliman

Baca Seterusnya......

Thursday, April 2, 2015

Kenaikan Caj Rawatan Hospital (HUKM, PPUM, HUSM) Naik Gara-gara GST? Tiada Pengecualian Berubat Di sana!

Sumber Beritasemasa

hospital gst
Kenaikan Caj Bayaran Rawatan Hospital (HUKM, PPUM, HUSM) Naik Gara-gara GST? Tiada Pengecualian Berubat Di sana! Nampaknya minggu ini rakyat Malaysia akan disajikan satu demi satu pengumuman dan berita kenaikan harga barang naik dan servis serta perkhidmatan untuk rakyat Malaysia.

Bagi kalangan rakyat Malaysia yang seringkali mengunjungi dan memilih rawatan kesihatan daripada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan juga Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) anda bakal pembayaran lebih daripada biasa dek kerana pengumuman dan berita terbaru yang Berita Semasa perolehi daripada HUKM dan HUSM yang mana bermula 1 April 2015, Pusat Perubatan UKM (PPUKM) akan mula kenakan GST Malaysia 6% kepada pesakit dan pelanggan mereka bermula hari ini

Punca Kenaikan Caj Rawatan di HUKM dan HUSM Naik?
1) Pusat perubatan UKM (PPUKM) adalah hospital pengajar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

2) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak memberikan pengecualian pengenaan

3) GST kepada hospital pengajar - Sama seperti Pusat perubatan UM (PPUM) dan Hopital Sains Malaysia (HUSM)

Semuanya gara-gara dengan pelaksanaan GST Malaysia 6%. Anggaplah ia suatu jihad walaupun maklumat yang diberikan sangat tidak jelas melalui media arus perdana selama ini. Nah…inilah realiti bahang pelaksanaan GST Malaysia bermula hari ini.

Baca Seterusnya......

Kenaikan Yuran Universiti (IPTA, IPTS), Asrama Naik Lagi 2015 Gara-gara GST Malaysia 6%? Bersiap Sedia!

Sumber Beritasemasa

yuran universiti
Kenaikan yuran universiti (IPTA, IPTS), Asrama Naik Lagi 2015 Gara-gara GST Malaysia 6%? : Dengan kenaikan kos sara hidup hari ini, bukan sahaja golongan bekerjaya mula menghadapi tekanan bahkan kalangan pelajar universiti dan kolej juga tidak terkecuali untuk sentiasa berjaya dengan bahang kenaikan kos sara hidup di Malaysia terutamanya di kawasan bandar.

Pelajar universiti dan kolej hari ini bukan sahaja menghadapi kekurangan dana dek kerana berita yang diumumkan sendiri oleh PTPTN Malaysia mengatakan jumlah pembiayaan dan pinjaman bagi kemasukan pelajar baru bagi sesi 2015/2016 ini  akan mula berkurang sebanyak 5% bagi pelajar IPTA dan 15% bagi pelajar IPTS. Ini sekaligus bakal memberikan tekanan kepada para pelajar yang sentiasa bergantung harap kepada pinjaman PTPTN bagi menampung kos perbelanjaan yang tinggi terutamanya IPTS di Malaysia.

Aduan Yuran Universiti (IPTA, IPTS) Yuran Asrama Naik Lagi 2015?

Dan beberapa aduan yang mula diterima Berita Semasa yang mana kalangan pelajar sudah mula gusar dengan notis yang diterima mereka yang mana yuran universiti, yuran asraa dan yuran-yuran lain bakal naik semuanya gara-gara GST 6%?

Ini kerana walaupun pendidikan dikecualikan daripada pembayaran GST 6% tetapi kos operasi pengurusan dan pembekalan yang bakal bertambah disebalik pelaksanaan GST ini bakal menyebabkan beban kos yang naik itu akan dipulangkan semula kepada para pelajar mellaui kenaikan yuran universiti naik, yuran asrama naik dan lain-lain lagi.

Bagi Berita Semasa sendiri kegusaran kenaikan yuran universiti (IPTA, IPTS), yuran asrama naik lagi ini berasas, kerana jikalau anda merujuk kepada laporan Berita Semasa pada 1 Disember 2015 seperti di bawah ini di mana kerajaan Malaysia telah bertindak memotong sejumlah Bajet Pendidikan pada pembentangan Bajet 2015 yang lalu ditambah pula dengan bebanan disebalik pelaksanaan GST yang bermula hari ini.

 P/S : Tahun 2015 dan seterusnya, baik bagi pelajar baru mahupun pelajar lama haruslah mula merancang daripada awal pengurusan kewangan anda daripada mula pengajian supaya pembelajaran tidak terus terganggu dengan bebanan kewangan yang dihadapi anda kelak.

Baca Seterusnya......