Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, November 30, 2015

Taktik Terkini Penjualan Power Bank Palsu

Sumber: mymediahubonline.blogspot.com


powerbankpalsu
Satu masalah besar apabila anda menggunakan smartphone adalah baterinya yang tidak tahan lama. Bagi mengatasi masalah ini, powerbank dijual bagi membolehkan pengguna mengecas smartphone mereka dimana-mana sahaja tanpa perlu menggunakan elektrik.

Kebanyakan peranti terkini di pasaran menggunakan bateri ‘Li-Polymer’ sebagai sumber kuasa, manakala kebanyakan powerbank pula menggunakan bateri ‘cylindrical/prismatic Li-Ion’.

Masalah utama bateri Li-Ion dan Li-Polymer ini adalah ia akan menjadi sangat panas jika dicas terlalu lama. Terdapat satu cip IC untuk menghalang ‘overcharge’ pada papan litar untuk memotong cas apabila bateri tersebut sudah penuh. Jika IC tersebut rosak, bateri tersebut mungkin terbakar dan boleh meletup jika dicas terlalu lama.

Selain itu, satu lagi kekurangan bateri Li-Ion adalah jangka-hayatnya akan berkurangan dengan banyak jika ia beroperasi pada suhu 45°C ke atas. Bateri Li-Polymer pula lebih tahan panas, mampu beroperasi pada suhu sehingga 85°C tanpa sebarang masalah.

Sejak akhir-akhir ini, anda boleh melihat begitu banyak powerbank di pasaran yang ditulis mempunyai kapasiti yang sangat tinggi seperti 12,000mAh, 18,000mAh, 20,000mAh dan banyak lagi sehingga 30,000mAh, kebanyakannya dijual di internet. Jika jenama yang tidak dikenali dan harganya murah, anda perlu berhati-hati sebelum membeli.

Powerbank yang lebih pendek di dalam gambar di atas mempunyai 4 bateri Li-Ion 18650, manakala powerbank yang lebih panjang mempunyai 6 bateri Li-Ion 18650. Saiz bateri yang digunakan adalah 18.25x65mm, dan nombor siri kebiasaannya di dalam bentuk XXX18650-XX.

Kualiti bateri Li-Ion mempunyai perbezaan.

Bateri yang dibuat di Jepun seperti Sanyo dan Panasonic mempunyai kapasiti 3100mAh, dan mempunyai waranti setahun. Harganya mahal dan sudah pasti tidak akan dipilih untuk membuat powerbank yang murah seperti yang dijual di internet.

Bateri yang dibuat di Korea seperti Samsung juga agak baik. Nombor sirinya berbeza seperti ICR18650-30A, ICR18650-28A, ICR18650-26F, ICR18650-26D, ICR18650-24E, ICR18650-24F, ICE18650-22F, dan lain lain. 30F bermakna kapasitinya adalah 3000mAh, 22F bermakna 2200mAh dan seterusnya.

Samsung juga mempunyai bateri Li-Ion yang dibuat di China dan ianya mempunyai 4 gred. Gred yang paling tinggi adalah A01, khas untuk kegunaan Samsung sendiri. Gred yang lain adalah A02, A03 dan A04, ketiga-tiganya untuk dijual kepada pengguna. Jika sesebuah powerbank ditulis menggunakan bateri Samsung, baterinya berkemungkinan gred A02~A04, bergantung pada harganya.

Sesetengah bateri buatan China yang tiada jenama hanya mempunyai kapasiti 1600-1800mAh tetapi menggunakan nombor siri 18650, membuatkan pengguna berfikir ianya berkapasiti 3000mAh. Powerbank yang sangat murah kebiasannya menggunakan bateri jenis ini.

Powerbank 12,000mAh di atas, kapasitinya dikira seperti ini :

3000mAh x 4 = 12,000mAh.
Tetapi, jika kapasiti sebenar bateri di dalamnya hanya 2200mAh contohnya, anda hanya mendapat 2200mAh x 4 = 8800mAh.

Untuk powerbank yang mempunyai kapasiti 18,000mAh pula, kapasitinya dikira seperti ini :

3000mAh x 6 = 18000mAh
Tetapi, jika kapasiti sebenar bateri di dalamnya hanya 2200mAh contohnya, anda hanya mendapat 2200mAh x 6 = 13,200mAh.


Selain penipuan kapasiti sebenar, memandangkan semua saiz bateri Li-Ion adalah sama, ada juga powerbank yang menggunakan bateri yang telah dikitar semula


Gambar di atas diambil daripada sebuah powerbank yang baru dibeli, pemiliknya membuka untuk melihat bahagian dalamnya. Anda boleh lihat kesemua 6 bateri Li-Ion tersebut mempunyai warna yang berbeza, sesuatu yang tidak mungkin berlaku kepada bateri baru.

Dari bahagian tepi pula, anda boleh lihat pematerian yang telah karat dan telah dipateri lebih daripada sekali. Juga terdapat sisa-sisa gam yang digunakan pada permukaan bateri tersebut.

Persoalannya, adakah cip IC pada powerbank ini berfungsi dengan baik? Risikonya sangat tinggi, mudah terbakar jika dicas terlalu lama.

Ada kes yang lebih teruk, seorang pembeli membeli powerbank di internet dengan harga yang sangat murah, hanya ada sebiji bateri di dalamnya dan untuk menambah berat, mereka meletakkan 2 bungkus plastik berisi pasir.

Nasihat kami, berhati-hatilah ketika mahu membeli powerbank terutamanya daripada internet, yang menjual dengan harga yang sangat murah, kapasiti yang sangat tinggi serta tiada jenama.

Lebih baik anda membeli produk original daripada pengedar sah, harganya sedikit mahal bergantung kepada kapasiti, tetapi kualitinya terjamin, mempunyai waranti dan tidak membahayakan anda. Alah membeli, menang memakai.

Baca Seterusnya......

Thursday, November 26, 2015

1MDB jual Edra RM9.83 bilion kepada syarikat China

Edra Global Energy Bhd, anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), menjual semua asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya (CGN Group) untuk RM9.83 bilion, menjadikan perjanjian gabungan dan pembelian terbesar dalam sektor tenaga Asia setakat ini.

Transaksi itu, yang dijangka selesai pada Februari 2016 juga satu kejayaan besar dalam pelan rasionalisasi 1MDB, sebagaimana dibentangkan kepada kabinet pada 29 Mei 2015.

"CGN Group adalah pemenang jelas dalam tender antarabangsa ini, berdasarkan objektif diumumkan 1MDB sebelum ini, iaitu memaksimumkan nilai, terma komersil yang boleh diterima dan kepastian pelaksanaan transaksi," kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda, dalam kenyataan bersama hari ini.

Pembelian oleh CGN Group membawa komitmen pelaburan langsung asing yang penting ke Malaysia dan menunjukkan keyakinan kepada ekonomi, katanya.

1MDB, Edra dan anak syarikatnya telah memetrai perjanjian jual beli saham dengan CGN Group untuk jualan 100 peratus pemilikan dalam semua aset tenaganya, iaitu Edra Solar Sdn Bhd, Edra Energy Sdn Bhd, Powertek Energy Sdn Bhd, Jimah Teknik Sdn Bhd, Jimah O&M Sdn Bhd, Mastika Lagenda Sdn Bhd dan Tiara Tanah Sdn Bhd (syarikat operasi Edra).

CGN Group akan membayar dalam tunai, nilai ekuiti RM9.83 bilion dan akan menanggung semua hutang kasar berkaitan dan tunai syarikat operasi Edra, berdasarkan tarikh penilaian pada 31 Mac 2015.

Kenyataan itu berkata, tawaran indikatif untuk syarikat operasi Edra diterima pada Jun 2015 melalui proses tender yang ketat, berdaya saing dan antarabangsa yang dijalankan penasihat kewangan 1MDB, Maybank Investment Bank Bhd.

Rothschild bertindak sebagai penasihat kewangan kepada Edra.

"Pelaburan ini merupakan komitmen besar oleh CGN Group sebagai sebahagian daripada inisiatif jangka panjang dan kepelbagaian global," kata Pengerusi Lembaga Pengarahnya, He Yu.

He berkata, kumpulan itu amat kagum dengan rangka kerja pengeluar tenaga bebas yang dikawal selia rapi, stabil dan telus di Malaysia, yang memberikan syarikat itu keyakinan untuk membuat pelaburan jangka panjang di negara ini.

"CGN Group adalah pelabur yang beranggungjawab. Kami akan bekerjasama rapat dengan Edra, platform global berpangkalan di Malaysia dan dijalankan Malaysia, dan secara bersama akan membawanya ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Yang paling penting, CGN Group akan memastikan bekalan tenaga yang tidak terganggu, menggunakan teknologi mesra alam dan mematuhi terma tetap perjanjian pembelian tenaga, untuk faedah rakyat Malaysia, katanya.- Bernama

Baca Seterusnya......

Inilah Satu-Satunya Bandar Di Dunia Yang Mengharamkan Sebarang Alat Elektronik


Green Bank, yang terletak di Pocahontas County, West Virginia, Amerika Syarikat, mungkin satu-satunya bandar di mana telefon bimbit, Wi-Fi, radio dan televisyen tidak di boleh digunakan dan menyalahi undang-undang. Ini di sebabkan di bandar itu terletaknya teleskop terbesar di dunia steerable radio di bumi - Robert C. Byrd Green Bank Telescope (GBT), yang dikendalikan oleh National Radio Astronomi Observatory. Bnadar ini menjadi sunyi di sebabkan oleh GBT. Mungkin tak ramai yang sanggup tinggal di sana kan?

Walaupun sedikit pelepasan gelombang radio daripada peranti elektronik ianya boleh menghalang bacaan daripada teleskop radio. Oleh kerana itu, semua telefon bimbit, Wi-Fi, radio dan alat-alat komunikasi yang lain adalah menyalahi undang-undang di bandar ini. Kereta yang menggunakan petrol juga di larang sama sekali.

Sempadan zon bebas peranti terletak jauh di luar Green Bank. Rantau, yang dipanggil National Radio Quiet Zone, bersempadan dengan West Virginia, Virginia, dan Maryland. Pasti ramai daripada kita tidak boleh bayangkan hidup tanpa telefon bimbit atau sebarang alat elektronik. Walau bagaimanapun terdapat 140 penduduk yang tidak keberatan tinggal di sana. Kanak-kanak bermain di taman permainan dan remaja hanya duduk membaca buku. Jika mereka perlu menghubungi seseorang, mereka akan menggunakan telefon berbayar jenis lama.



Baca Seterusnya......

Ayam Silkie Berbulu Putih Daging Berwarna Hitam

Adakah anda pernah mendengar ayam bernama Silkie? Ayam ini benar-benar ada, berbentuk seperti ayam dengan warna kulit hitam dan bulu yang putih.

Ayam warna hitam yang unik ini adalah ayam yang ada di wilayah Asia. Paling banyak, jumlah ayam Silkie ini ada di negara China. Sebagaimana ayam pada umumnya, ayam ini juga menjadi salah satu bahan makanan yang dijual di China.

Ayam Silky banyak dijual hingga ke negara Eropah dan Amerika. Di sana, ayam Silkie lebih banyak digunakan untuk peliharaan dan hiasan. Sementara di China yang terkenal dengan pelbagai masakan berkhasiat, sangat mengagungkan ayam berwarna kehitaman ini. Mereka menyebutnya Wu Gu Ji atau Ayam Bertulang Hitam.

Daging ayam hitam mempunyai khasiat yang bagus untuk wanita. Selain untuk tujuan perubatan, ayam Silkie baik dimakan wanita yang baru melahirkan untuk menambahkan tenaga. Selain itu boleh membuat tenaga yin dalam diri menjadi lebih positif.

Ayam Silkie ini biasa dimasak sebagai kuahnya. Air rebusan inilah yang berkhasiat bagi tubuh. Selain itu, banyak yang mengambil ayam Silkie untuk membantu menambah massa otot, terutama bagi mereka yang sedang diet. Dagingnya juga bermanfaat untuk mencegah penuaan dan merawat penyakit diabetes hingga autisme.

Rasanya seperti apa? Menurut mereka, ayam hitam ini tidak jauh berbeza dari ayam biasa, namun rasanya memang lebih manis. Selain itu ayam ini jarang dimasak dengan cara dipanggang.




Baca Seterusnya......

Tuesday, November 17, 2015

Jumlah keseluruhan calon dapat 5A UPSR 2015

Sumber: mysumber.com


Seramai 38,344 calon UPSR tahun 2015 telah berjaya memperoleh 5A dalam semua mata pelajaran

Peratusan pelajar mencapai semua A menyaksikan peningkatan sebanyak 0.76 peratus tahun ini iaitu daripada 7.89 peratus pada tahun 2014 kepada 8.65 peratus tahun ini (2015)

Peratusan membabitkan seramai 38,344 daripada 443,407 calon tahun ini berbanding 36,304 daripada 460,407 calon tahun lalu.

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof dalam satu kenyataan media pada Selasa 17 November 2015, pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini meningkat sebanyak 0.02 mata Gred Purata Nasional (GPN) iaitu daripada 2.29 mata tahun lalu kepada 2.27 mata GPN tahun ini

Bagaimanapun, calon yang mendapat pencapaian Baik (minimum Gred C, tidak termasuk semua Gred A) menurun sebanyak 1.34 peratus iaitu 57.69 peratus tahun ini berbanding 59.03 peratus pada tahun lalu

Dalam pada itu, peratusan calon yang mendapat pencapaian semua mata pelajaran di bawah tahap penguasaan minimum (semua Gred D dan Gred E atau kombinasi kedua-dua gred) menurun sebanyak 0.21 peratus iaitu daripada 2.87 peratus tahun lalu kepada 2.66 peratus tahun ini

Sementara, empat mata pelajaran menyaksikan peningkatan Subjek Gred Purata (GPMP) iaitu Matematik, Bahasa Melayu (Pemahaman) , Bahasa Melayu (Penulisan) dan Sains manakala Bahasa Inggeris menurun

Baca Seterusnya......

Bagaimana TPPA jejaskan ubat mampu milik

Sumber Mkini

Teks penuh dokumen Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dikeluarkan pada 5 November lalu mengesahkan kebimbangan mengenai kesukaran yang akan dihadapi rakyat bagi mendapatkan ubat-ubatan.

Perkara-perkara yang terkandung di teks tersebut, termasuklah peruntukan mengenai perlanjutan tempoh paten, pasaran eksklusif bagi ubat-ubatan biologi dan hubungan data akan mengancam kebergantungan terhadap ubat-ubatan generik yang jauh lebih murah.

Data menunjukkan bahawa 84.7 peratus ubat-ubatan berjenama yang disarankan boleh diganti dengan ubat-ubatan generik.

Baru-baru ini, pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh kumpulan penyokong TPPA bahawa perjanjian perdagangan itu tidak akan memberi kesan terhadap harga ubat-ubatan.

Kenyataan-kenyataan ini dibuat oleh pihak yang langsung tidak mempunyai pengalaman dalam perihal kesihatan awam dan perolehan ubat-ubatan.

Ia juga bercanggah dengan bukti-bukti dan kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh ketua pengarah Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), pemenang nobel Doktor Tanpa Sempadan (MSF) dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ia juga bercanggah dengan badan-badan pelajar perubatan seperti Persatuan Pelajar Perubatan Amerika dan persatuan-persatuan profesional perubatan seperti Persatuan Perubatan New Zealand (NZMA) dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Kita tidak boleh terus menidakkan bahawasanya TPPA akan memberi impak terhadap akses kepada ubat-yang mampu dimiliki berdasarkan bukti-bukti yang sedia ada seperti peruntukan TRIPS+ dan kemasukan ubat-ubatan generik ke pasaran.

Kita seharusnya mengaku bahawa akses kepada ubat-ubatan mampu milik digadaikan dalam TPPA untuk mendapatkan bahan lain, sama ada benar atau yang tidak begitu menguntungkan.

Empat hari yang lalu, Ketua Pengarah WHO Margaret Chan berkata:

“Jika perjanjian-perjanjian ini membuka peluang perdagangan tetapi menutup pintu kepada ubat-ubatan yang mampu dimiliki, kita harus bertanya: Adakah ini satu kemajuan?”

BANTAH TPPA berserta dengan badan-badan kesihatan dan hal-ehwal pesakit menuntut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengambil kira secara serius bukti-bukti saintifik yang dikemukakan di peringkat antarabangsa mengenai isu TPPA.

Begitu juga dengan impaknya terhadap akses kepada ubat-ubatan serta pandangan pakar perubatan antarabangsa yang telah disebutkan di atas.

Kami menuntut anggota parlimen daripada kedua-dua belah pihak menyatakan tidak kepada TPPA dalam undian mereka.

Seterusnya kami menuntut kabinet menjaga kepentingan rakyat dengan menolak peruntukan-peruntukan TRIPS+ ini.

BANTAH TPPA juga ingin mengingatkan golongan pembuat keputusan, jika kesihatan rakyat terabai akibat kurangnya keprihatinan kerajaan, akan mendatangkan kesan buruk terhadap produktiviti, ekonomi negara dan bajet nasional.

4 kenyataan dangkal

Dalam lampiran ini, kami ingin mematahkan beberapa kenyataan yang dibuat oleh penyokong TPPA dalam pelbagai forum, termasuk di dalam ruang OpEd:

(1) Kenyataan: Data dan pasaran eksklusif ubat-ubatan biologi akan menggalakkan syarikat-syarikat farmaseutikal memasarkan produk baru mereka lebih awal di Malaysia. Seterusnya, ini akan memberi laluan bagi ubat-ubatan generik yang lebih murah dipasarkan lebih awal juga.

Realiti: Tiada bukti langsung bahawa peruntukan “TRIPS-plus” akan menyebabkan ubat-ubatan generik dipasarkan dengan lebih awal. Di samping itu, keputusan sebuah syarikat ubat-ubatan asal membuat permohonan pemasaran di Malaysia bergantung kepada saiz pasaran dan sebab-sebab lain.

(2) Kenyataan: Kerajaan bersetuju untuk memberi perlindungan data yang serupa kepada produk biologi dengan tujuan kesamarataan (tanpa diskriminasi).

Realiti: Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) tidak menetapkan apa-apa peraturan berkaitan dengan data ataupun pasaran eksklusif bagi ubat-ubatan.

Pelapor khas PBB bagi hak kesihatan pernah berkata negara membangun tidak perlu bersetuju dengan peruntukan tersebut mahupun TRIPS+.

Jika Malaysia begitu risau mengenai isu kesamarataan, ia harus menghapuskan peruntukan data eksklusif/pasaran eksklusif bagi molekul kecil (ubat-ubatan bukan biologi).

Jika Malaysia bersetuju menggunakan peruntukan TRIPS+, Malaysia dilihat melanggar tanggungjawabnya terhadap Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), yang mengambil-kira hak kesihatan.

Sangat jelas bahawa Malaysia ditekan oleh Amerika Syarikat untuk menerima peruntukan pasaran eksklusif bagi ubat-ubatan biologi.

Ubat-ubatan biologi berbeza dengan ubat-ubatan molekul kecil dan dilihat semakin penting dalam pasaran ubat-ubatan serta dijual dengan begitu mahal sehingga boleh mencecah AS$569,000/pesakit/tahun pada harga monopoli.

Oleh kerana sebahagian besar ubat-ubatan biologi diperoleh daripada sumber-sumber hidup, ia tidak boleh dipatenkan.

Tanpa perlindungan paten dan juga peruntukan eksklusif TPPA, maka ubat-ubatan generik boleh terus didapati dengan mudah di Malaysia dengan harga yang berpatutan.

(3) Kenyataan: Peruntukan ini perlu kerana mereka akan membuat syarikat lebih berinovasi.

Realiti: Peruntukan TRIPS+ tidak dapat menolong syarikat-syarikat farmaseutikal yang sedang menghadapi “krisis inovasi”.

Dengan sedikit pengubahsuaian kepada ubat-ubatan sedia ada, mereka boleh memohon untuk mendapatkan paten baru.

Di samping itu, kajian juga menunjukkan bahawa inovasi sebenarnya dihalang oleh hak harta intelek (IPR) yang lebih ketat ataupun ia langsung tidak merangsangkan inovasi.

Sebagai contoh, walaupun Itali menambah IPR, impak kepada kadar pengeluaran rekaan baru adalah sedikit atau langsung tiada.

Contoh yang kedua ialah Kesatuan Eropah yang mempunyai pasaran farmaseutikal yang mempunyai perlindungan paling kuat di dunia tetapi semakin kurang inovatif jika dibandingkan dengan rantau-rantau yang lain.

(4) Kenyataan: Semua penemuan, termasuk kegunaan baru, akan diteliti oleh pejabat paten bagi memastikan ia kegunaan baru dan jelas.

Realiti: Penggunaan paten baru dalam mana-mana bidang teknologi adalah sangat bermasalah kerana ia melanjutkan monopoli secara berterusan.

Tambahan pula, TPPA merendahkan standard untuk inovasi yang baru dan menggalakkan langkah mereka cipta bukan jelas untuk semua paten termasuk paten penggunaan baru.

Ini bermakna bahawa lebih banyak teknologi yang akan mendapat perlindungan paten sekurang-kurangnya 20 tahun sebelum pengguna, petani dan pengeluar boleh membelinya dengan harga lebih murah akibat persaingan generik.

KUMPULAN BANTAH TPPA AKSES KEPADA UBAT-UBATAN terdiri daripada Majlis Aids Malaysia dan Persatuan Kebajikan Barah Payudara (BCWA).

Baca Seterusnya......

Friday, November 6, 2015

Ayam Cemani : Ayam Yang Hitam Dari Bulu Sehinggalah Ke Warna Kulit

Sumber blogserius.blogspot

Ayam Cemani ialah baka ayam yang keseluruhan warna bulu dan tubuhnya bewaran hitam. Dalam bahasa Jawa cemani bermaksud hitam. Ayam ini dianggap sebagai ayam mewah kerana dijual pada harga mencecah USD2500 di Eropah kerana rupanya yang unik.

Di Jawa ayam cemani dimakan oleh wanita selepas bersalin keran dagingnya yang tinggi zat besi dapat menaikkan semula jumlah darah di dalam tubuh. Kami tak pernah nampak ayam cemani di Malaysia. Anda biasa nampak?





Baca Seterusnya......

Jom Lihat Lebuh Raya Dibina di Laluan Sungai Di China

Sumber Amusing Planet

Di Malaysia biasanya jika ada kawasan bukit bukau, jalan raya akan dibina melingkari permukaan bukit. Case in point ialah jalan raya menaiki Cameron Highlands. Kalau mahu cepat terowong dibina. Case in point Terowong Menora diantara Ipoh dan Kuala Kangsar.

Di Provinsi Hebei,China mereka mempunyai dilema yang sama ketika membina jalan raya diantara Xingshang County dan Jambatan Zhaojun. Jalan raya ini perlu melalui kawasan berbukit bukau.

Kerana jurubina tidak mahu menebuk terowong menembusi kawasan pergunungan dan memusnahkan keindahan semulajadi, mereka membina jalan raya di atas permukaan sungai. Empat daripada sepuluh kilometer jalan raya baru ini dibina di atas permukaan sungai. Kos pembinaan ialah sekitar 440 Juta Yuan (RM 292 Juta) dan adalah lebih mahal dari kos pembinaan biasa. Tetapi bagi penududuk setempat jalan raya "terapung" di atas sungai ini bukan sahaja unik tetapi memberikan pemandangan yang cantik apabila  digunakan.











Baca Seterusnya......

Ajar beruk kita dahulu sebelum ajar beruk orang

Sumber MSO

Mengutus surat kepada pembesar negeri agar menjelaskan sesuatu isu atau pun memaklumkan apa-apa yang mungkin tidak diketahui oleh pembesar negeri dengan harapan ia diambil perhatian dan tindakan sudah menjadi fenomena baru sekarang ini. Apabila pemimpin bersikap mendiamkan masalah, surat adalah mekanisme terbaik untuk mengatasinya.

Bagaimana pun sedih sedikit, hal ini berlaku bukan sahaja dalam grup whatsaap tetapi terecer keluar juga ke dalam media massa yang dapat diakses oleh ramai orang. Orang politik nampak percaya masalah perlu diselesaikan secara terbuka. Pergolakan dalaman perlu dipertontonkan kepada publik.

Jika dilepaskan dalam grup whatsaap ia boleh dianggap normal dan terpelihara lagi, tetapi apabila sudah diviralkan dalam medisa massa, ia dianggap melampau. Apakah perbuatan ini memberi kesan positif ataupun mencarik lagi "bekah" yanhg sudah ada?

Saya ingin merujuk atau mengambil contoh dalam beberapa kes yang berlaku di negeri saya, Kelantan Darulnaim dengan mengutik khusus kepada surat-surat Husam Musa kepada Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan. Kalau tidak silap hitungan saya sudah dua atau tiga pucuk surat Husam yang tersebar.


Surat Husam meskipun berbentuk peribadi tetapi ia membawa suara rakyat dan rintihan umum dengan beberapa perkara yang dibangkitkan. Jika dihalusi surat-surat itu membawa nawaitu baik untuk membaiki kepincangan yang terpancar pada matanya. Husam lebih mengetahui tentang apa yang berlaku kerana beliau pernah berada dalam kerajaan selama dua penggal.

Tetapi lain bagi orang berkenaan.. yang terkena dengan surat itu akan dibaca ia satu racun kepada mereka. Apakah kalau seseorang itu membawa wabak kepada kerajaan, sehingga boleh merosakkan kerajaan maka ia tidak boleh diracun? Lalang kalau sudah memudaratkan ia perlu diracun.

Kandungan dan isu surat-surat Husam yang mempersoalkan apa yang ada dalam sanubari rakyat sepatutnya diberi perhatian oleh Ahmad Yakob, Mohd Amar Nik Abdullah ataupun pihak berkuasa lain di Kelantan. Mereka tidak boleh membiarkan begitu sahaja, apa lagi cuba melakukan reverse psikoligi yang surat itu satu pengkhiatan kepada kerajaan Kelantan. Apakah niat untuk membetulkan kesilapan dan membersihkan merupakan dosa dan satu kesalahan?

Apabila surat-surat itu atau persoalan yang dibangkitkan didiamkan sahaja, ia sesuatu yang mendukacitakan. Di sinilah bermulanya segala masalah. Bukan sahaja menunjukkan pihak kerajaan tidak mengambil berat ke atas apa yang dibangkitkan, tetapi tidak mahu bertanggungjawab. Maka jadilah surat-surat itu seperti burung betina berada dalam sangkar yang hanya bisa mengelipkan mata apabila melihat burung jantan terbang di hadapan mata sedangkan nafsu gahirahnya sudah bergelora.

Apabila apa dibangkitkan Husam tidak dijawab, sedangkan ada kebenaran dan maklumat jelas yang dituntut disebalik itu, ia mengecewakan bukan sahaja Husam tetapi mereka yang membaca dan mengetahui akan isu dibangkitkan itu. Apa pun penulis surat itulah yang paling kecewa apabila ia tidak dipedulikan kerana nawaitu sucinya tidak dihargai. Natijah daripada mendiamkan surat itu menyebabkan akhirnya ia disebarkan kepada umum. Harus difahami penyebaran itu satu bentuk untuk mendapat kepuasan ke atas apa yang diharapkan tidak dicapai walaupun ia bagi saya tidak wajar.

Lantaran itu pihak kerajaan atau simpatisnya tidak perlu marah-marah kepada penulis surat itu melainkan kena menyalahkan diri sendiri kerana bersikap pandir kepada apa yang diajukan.

Banyak keburukan daripada kebaikan apabila berlaku fenomena demikian. Di pihak yang menulis tidak berpuas hati kerana ia tidak dipedulikan. Kepada kerajaan pula ia mendapat tanggapan buruk oleh rakyat, dengan apa yang didedahkan. Surat-surat itu membenlenggu rakyat umum kerana persoalan yang sampai ke pengetahuan mereka tidak dijawab. Implikasi dari situasi itu ialah kerajaan kerana ia bakal tidak dipercayai rakyat.

Keadaan kini bertambah buruk apabila Husam sudah dianggap musuh dan diserang tanpa hemah. Serangan ke atas Husam berlaku dan dilakukan oleh pihak-pihak yang mewakili orang dibangkitkan atau sayang kepada kerajaan Kelantan ia bukan tindakan terbaik. Ia bukan satu penyelesaian. Kalaupun Husam bersalah kerana tidak menjaga disiplin dalam berorganisasi, tetapi bukan semua kesalahan dilonggokkan ke atas kepalanya. Yang turut bersalah di sini ialah orang yang dituju atau bertanggngjawab oleh surat itu.

Secara jujur saya kurang senang dengan fenomena yang berlaku kini, kerana ia akan memborakkan lagi keadaan. Saya masih percaya meja rundingan adalah jalan islah dan penyelesaian terbaik. Sesungguhnya pintu dan jendela rundingan bagi menyelesaikan masalah berbangkit masih ada dan terbuka. Kedua pihak baik Husam dan pembesar negeri serta mereka yang menyerang Husam dari jauh atau dekat hendaklah memperakui kesilapan masing-masing.

Semua pihak harus kembali ke dalam kamar rundingan dan berbincang dengan penuh insaf dan semangat ukhwah Islamiyah. Pihak parti boleh memainkan menjernihkan keadaan ini. Parti boleh panggil Husam dan pihak-pihak tertentu di Kelantan khasnya MB dan TMB ke meja permesyuawarahn.

Di sini saya bukan hendak membela Husam, tetapi sekiranya apa yang dibangkit itu merupakan kebenaran, semua pihak kena akui. Saya tidak percaya kalau Husam berbuat begitu kerana dengki atau hasad melainkan atas nawaitu menjaga keutuhan dan kredibiliti sebuah kerajaan yang dibangunkan atas aspirasi rakyat bertunjang Islam. Membangkitkan kepincangan serupa berlaku semasa Husam berada dalam kerajaan ia bukan satu jawaban yang cerdik.

Kepada mereka di luar yang menyerang Husam, usahlah perlakukan demikian. Kalau anda mempunyai niat untuk menjaga kerajaan Kelantan cara yang ada ambil salah. Menyerang Husam sebagai membela pihak kerajaan, MB atau TMB tindakan anda itu tidak betul. Seharusnya anda mengkaji dan menyelidik terlebih dahulu apakah setiap tuduhan yang dibangkitkan itu benar atau tidak. Jika ia benar maka menjadi tanggungjawab anda menyelesaikannya.

Sampah tidak boleh disembunyikan dibawah karpet, atau cicak ditusuk dalam poket. Kesalahan dan kelemahan kerajaan juga tidak boleh ditegakkan dengan kata-kata. Ayat-ayat Quran dan Hadith tidak boleh dijadikan pagar untuk memansuhkan kepalsuan. Yang haq tetap haq. Apa yang penting ialah bertindak menyelesaikan mengikut kehendak agama yang ada yakini.

Saya syorkan disini, adakan perundingan dan mesyuawarah dengan Husam. Panggil Husam ke meja rundingan secara baik. Duduklah sebaik anak beranak ataupun bagaikan adik dengan abang atau ayah dengan anak. Pihak tertinggi parti boleh memainkan peranannya. Rasanya Husam sedia untuk hadir demi kebaikan. Jangan menaruh keraguan lebih dahulu sebelum berbuat demikian. Apabila sudah dipanggil tetapi beliau enggan hadir menjawab dan menerima penjelasan saat itulah baru beliau ada kemunasabahan untuk diserang.

Atau sekiranya Husam sudah dilihat sebagai musuh atau tidak lagi akan memberi guna kepada Pas, buat apa simpan Husam lagi. Lebih baik dikenakan tindakan disiplin dan rehatkan dia daripadas Pas. Habis cerita. Tetapi cara itu walaupun halal tetapi ia sesuatu yang kejam dan bakal mengegarkan politik Kelantan. Husam akan mendapat dsimpati dan Pas Kelantan khasnya tidak mendapat keuntungan besar.

Mereka yang dengki kepadanya mungkin akan ketawa gembira, tetapi Pas dan kerajaan peninggalan Tokguru yang dibangun bersama itu akan bersedih dan dukalara melihat itu kalau ianya berlaku. Musuh Pas (kalau jadi musuh lagi) Umno tentu bertepok tangan sambil menari ronggeng.

Saya terbaca ada orang di Terengganu ikut sama mencampuri urusan politik Kelantan dengan menjadi tentera umpahan menyerang Husam. Kononnya individu berkenaan mempunyai banyak rahsia tentang Husam. Elok kalau orang Terengganu  atau orang luar Kelantan tidak mencampuri urusan di Kelantan. Polimek di Kelantan dapat diuruskan sendiri oleh orang Kelantan dan pergerakannya sangat unik. Keadaan akan jadi bertambah buruk lagi kalau orang Terengganu mencampuri urusan di Kelantan.

Sebenarnya orang Terengganu tidak perlu menjaga keutuhan kerajaan Kelantan. Orang Terengganu tidak pun layak untuk bercakap fasal Kelantan, kerana mereka tidak ada track rekod tentang kejayaan mereka di negeri Penyu itu. Apa lagi kononnya untuk menjadi dewa penyelamat. Mereka harus tilik dahulu kepada diri mereka sendiri dan menilai apa yang berlaku di Terengganu. Daripada cuba bercakap mengenai kepincangan Pas di Kelantan elok kalau orang Terengganu mencari sebab musabab kenapa kerajaan Pas Terengganu hanya bertahan empat setengah tahun sahaja?

Kekalahan Pas di Terengganu dalam pilihan raya umum 2008 sehingga hanyut sebuah kerajaan, masih belum terjawab sampai kini. Cari jawaban dan rumusan dahulu kekalahan itu mungkin baru anda layak untuk mencampuri atau menjadi guru kepada politik Kelantan. Jangan sesekali kita hendak menjadi guru mengajar beruk orang memulas nyiur sedangkan beruk kita untuk naik pokok nyiur pun belum reti.

Sekali lagi saya ingin sebutkan semua pihak bertindaklah secara gentlemen dan bersemukakan dalam menyelesaikan apa masalah. Bukankah anton semua menerima dan mempercayai kepada al Quran. Seribu petunjuk ada dalam kitabullalh itu, atau anda hanya baca tetapi tidak mengerti jauh sekali mempraktisnya.

Baca Seterusnya......