Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Sunday, December 4, 2016

Perhimpunan Rohingya Serlah Kemunafikan PAS, UMNO

Sumber Kelab GB

Image result for himpunan solidariti Rohingya 4 dec
"Membisu di dalam Parlimen – beraksi aktif berdemonstrasi di luar"

1. Keputusan Kerajaan Malaysia dan pimpinan Barisan Nasional bersama PAS untuk mengadakan himpunan besar-besaran pada 4 Disember 2016 tentang isu pembunuhan beramai-ramai Muslim Rohingya, walaupun pada prinsipnya baik, tetapi membingungkan. Adakah UMNO sebagai parti pemerintah hanya mampu sekadar berdemonstrasi? Adakah mereka lupa mereka kerajaan dan sebagai kerajaan mereka wajib melakukan lebih dari berdemonstrasi!

2. Isu pembunuhan kejam rakyat Islam Rohingya sudah lama berlaku dan Kerajaan Malaysia lesu dalam isu ini di atas berbagai alasan tidak munasabah. Kenapa dan bagaimana mereka sekarang membuat keputusan untuk mengadakan himpunan ini agak menghairankan dan tidak konsisten dengan kenyataan dan juga pendirian kerajaan di Parlimen baru-baru ini.


3. Pada 24hb November 2016, saya sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu telah membawa usul di bawah 19 (a) untuk membahaskan isu pembunuhan orang Islam Rohingya di Myanmar.

Bagaimanapun, Speaker Dewan telah menolak usul tersebut atas alasan ia akan “mencampuri hal Negara lain”. Saya dan beberapa lagi ahli Parlimen pembangkang telah menggesa ia dibenarkan kerana pentingnya dan seriusnya isu pembunuhan beramai-ramai Islam Rohingya yang melibatkan tentera Myanmar. Dewan Mulia Parlimen adalah forum terbaik untuk membahas dengan teratur demi mendengar pendirian dan tindakan yang ingin dicadangkan untuk diambil kerajaan dari ahli-ahli Parlimen Malaysia baik dari Kerajaan atau pembangkang.

4. Tidak sampai seminggu setelah usul yang di bawa di Parlimen ditolak, Kerajaan dan Perdana Menteri sendiri pula mencadangkan himpunan besar-besaran untuk membantah apa yang berlaku di Myanmar. Adakah mereka ikhlas dalam bantahan mereka ini? Sedangkan membahas usul mengutuk kezaliman ini di Parlimen adalah jauh lebih bermakna dan peluang ini telah pun dinafikan apabila usul ditolak di Parlimen pada 24 November.

5. Adakah hanya setelah melihat kemarahan rakyat pada demonstrasi selepas solat Jumaat pada 25 November, kerajaan baru membuat keputusan untuk melakukan sesuatu dan itu pun sekadar mengadakan himpunan pada 4 Disember?

Sedangkan sebelum pada itu cadangan untuk menarik diri dari perlawanan bolasepak di antara Malaysia dan Myanmar pun ditolak oleh Kabinet Malaysia. Ini amat menyedihkan dan memalukan kerana sementara seperti disahkan pegawai Bangsa-bangsa Bersatu di Myanmar, umat Islam di Myanmar dibunuh secara berterusan oleh tentera Myanmar, kita sanggup terus bersukan di padang bola. Kita pernah tarik diri dari Sukan Olimpik di Moscow kerana serangan Russia ke atas Afghanistan pada tahun 1980’an. Maka kenapa kita tidak melakukan tindakan sama dalam kes Rohingya ini? Adakah demonstrasi ini sekadar bertujuan menunjuk kebersamaan dengan rakyat demi menutup hakikat bahawa kerajaan tidak bertindak?

6. Bagaimana pula dengan pendirian Malaysia kononnya yang menerajui ‘Global Movements of Moderates”, kumpulan sederhana, kalau kita tidak membuat pendirian dengan kerajaan yang menunjukkan sikap extremis ke Agamaan dan perkauman dengan pembunuhan "genocide" beramai-ramai orang Islam melalui program pembersihan ethnik? Tidakkah peranan kerajaan semestinya demi mengerakkan semua yang bersama GMM ini supaya bertindak ke atas kerajaan Myanmar?

7. Apabila usul Rohingya ditolak di Parlimen pada pagi 24 November 2016 oleh Speaker Parlimen, YB Dr. Siti Mariah dan Raja Bahrin dari Amanah, YB Tian Chua dari PKR dan YB Kula Segaran, YB Charles Santiago dan YB Chin Tong dari DAP berucap membantah penolakan usul ini. Tidak ada seorang pun Ahli Parlimen dari Barisan Nasional atau PAS berdiri untuk berucap menggesa usul ini di benarkan di dalam Dewan Parlimen yang mulia itu ! Tiba-tiba di luar Parlimen mereka ingin menjuarai isu ini? Sedangkan dalam Parlimen mereka diam.

Kenapa menyepi di dalam Dewan tetapi akan lantang bersuara di luar dewan? Adakah kerana himpunan di luar Dewan Parlimen akan di tonton oleh lebih ramai orang maka ia lebih penting dari perbahasan dalam Dewan parlimen? Sedangkan dalam Parlimen tindakan sebagai kerajaan boleh ditetapkan. Dan ini jauh lebih bermakna. Rakyat Malaysia ingin penjelasan.

8. Kami menuntut satu sessi Dewan Parlimen khas dengan segera untuk membahas isu pembunuhan Islam Rohingya. Kerajaan Malaysia perlu membuat pendirian yang tegas dan rasmi di Parlimen dan bukan di padang terbuka.

Kalau permintaan ini tidak dihiraukan maka rakyat akan membuat kesimpulan bahawa demonstrasi ini sebenarnya bukan bertujuan membantu Rohingya tetapi sekadar membantu UMNO dan PAS mengaut sokongan politik masyarakat Melayu.

Raja Bahrin Shah
Pengerusi
Biro Antarabangsa Amanah

Baca Seterusnya......

Thursday, November 3, 2016

Rakyat Marhaen Tertekan Di bawah Najib, Berdoa Agar Najib Disingkirkan Segera

Sumber Kelab GB


Rakyat berang harga bahan api, minyak masak naik serentak

Laman sosial Facebook malam ini dibanjiri komentar orang ramai yang mengecam tindakan kerajaan Umno-BN menaikkan harga bahan api dan harga minyak masak secara serentak berkuatkuasa esok.

Mulai 1 November, harga runcit RON95, RON97 dan diesel naik sebanyak 15 sen seliter menjadikan kenaikan paling tinggi direkodkan untuk tahun ini.

Pada masa sama, rakyat Malaysia sebelum ini digemparkan dengan kenaikan harga minyak masak akibat pemansuhan subsidi oleh kerajaan.

Hal ini menyebabkan harga 1 kilogram minyak masak paket plastik naik 40 sen kepada RM2.90 manakala minyak masak botol 5 kilogram naik RM1.90 kepada RM15.25.

Menulis di ruangan komentar pada status Facebook Najib Razak, Zunairah Abdullah menyifatkan Presiden Umno itu berbohong semasa pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober lalu.

“Minyak naik Datuk (Najib Razak), hari tu Datuk sembang tipu masa BR1M 2017. Ni semuanya pasal BR1M naik. Minyak pun naik. Minyak masak pun naik,” keluhnya.

Sementara itu, Chew Huey menulis, “Dah dijangka. Sikit hari nanti tol pun ikut naik. Kalau tak, mana mau cari duit untuk bayar BR1M” manakala Rizal Ahmad secara sinis menganggap rakyat Malaysia bertuah kerana mendapat kerajaan yang cakna.

“Alhamdulillah, janji ditepati. Minyak masak naik. Minyak petrol pun naik. Terima kasih kerajaan kesayanganku. Muahhhhhhh. Nasib baiklah dapat kerajaan yang prihatin,” sindir Rizal.

‘Rosmah dapat RM85 juta’

Terdapat juga netizen yang mengaitkan pertambahan peruntukan untuk institusi pendidikan awal kanak-kanak, Pusat Anak Permata Negara (Permata) yang dinaungi Datin Seri Rosmah Mansor pada Bajet 2017.

“Rosmah dapat RM85 juta. Menyusahkan rakyat!” bentak Aziman Azmi manakala Adam Johor menyoal, “Dunia minyak turun bulan November. Mengapa Malaysia naik? Tidak masuk akal,” tegasnya.

Hakikat pasaran minyak dunia tidak mencatatkan kenaikan harga mendadak turut diakui seorang penduduk Sabah, Rayner Gumisi.

Beliau menyifatkan akibat undi penyokong BN pada pilihan raya umum lalu, kerajaan pada masa ini hanya tahu menaikkan harga barangan keperluan sebagai cara kononnya bagi menangani masalah.

“Hanya ucapan tahniah yang dapat diucapkan kepada penyokong buta kerajaan. Semua naik untuk menyelesaikan masalah negara. Rakyat yang undi rakyat juga yang tanggung,” kata Rayner lagi.

Walau bagaimanapun, ruangan komentar status Facebook Najib itu juga dipenuhi catatan #RespectMyPM oleh penama yang dipercayai ramai netizen lain berdaftar atas akaun palsu.

Dalam perkembangan berkaitan, tekanan peningkatan kos sara hidup rakyat sedia ada turut diakui oleh pemuda yang terjun dari Jambatan Kedua Pulau Pinang, 26 Oktober lalu.

Pemuda Melayu berusia 39 tahun itu dalam catatan terakhirnya di Facebook meluahkan dirinya tertekan dengan kerajaan yang zalim dan menganggap hukuman terhadapnya yang menjual rokok seludup sebagai tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan berbanding kes jenayah berskala besar lain.

“Yang pengarah tibai berjuta (ringgit) boleh lepas pulak dengan duit jaminan. Celaka punya pimpinan kerajaan sekarang. Berniaga kedai runcit kampung je bukan untung besar pun, margin cukup nipis dibebani dengan cukai GST lagi,” dipetik daripada akaun Facebook ayah kepada dua cahaya mata berkenaan yang viral baru-baru ini. -mk 

Baca Seterusnya......

Antara Belanjawan Selangor dan Putrajaya

Sumber Mkini

 Image result for Antara Belanjawan Selangor dan Putrajaya
Ketika perbentangan bajet persekutuan kekal menarik minat pihak rakyat saban tahun, beberapa tahun kebelakangan ini sudah jadi kebiasaan untuk rakyat membanding pula antara bajet yang dibentang oleh Perdana Menteri, Najib Razak dengan belanjawan Selangor. Hanya berselang sepuluh hari selepas perbentangan Bajet 2017 di Parlimen, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali pula membentangkan belanjawan di Dewan Negeri Selangor, Isnin lalu.

Minat dan perbandingan yang dibuat oleh rakyat timbul selepas Pakatan Rakyat mentadbir Selangor pada 2008. Sebelum itu, boleh dikatakan kita tidak memperdulikan pun belanjawan negeri-negeri. Keadaan ini juga bukti bahawa masyarakat kita mahu melihat prestasi dan kemampuan antara dua blok parti yang membentuk kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri.

Tentulah jumlah peruntukan Putrajaya lebih besar dari Selangor, namun di dalam sesuatu belanjawan bukan hanya soal jumlah peruntukan yang menarik perhatian, tetapi turut dipertimbang adalah soal kemampuan mengurus wang pembayar cukai.

Selain itu, turut diperbandingkan ialah soal tatakelola, insentif, perancangan dan gagasan besar yang akan menentukan pertumbuhan ekonomi untuk tempoh sekurang-kurangnya setahun kehadapan. Belanjawan juga boleh mencerminkan sesebuah kerajaan itu jauh dari realiti atau terus dapat merasai denyut nadi rakyat.

Dalam waktu yang sama, kita agak hairan mengapa rakyat tidak pula mahu membanding belanjawan Selangor dengan negeri-negeri lain? Sepatutnya negeri diukur dengan negeri, di mana beberapa negeri yang setara dengan kemajuan Selangor pada dekad 1980-an dan 90-an seperti Perak dan Johor juga seakan tidak mendapat perhatian lagi. Mungkin kerana rakyat sudah dapat menduga bahawa belanjawan negeri lain jauh terkebelakang berbanding Selangor.

Sebagai contoh, bagi tahun 2016, belanjawan Perak hanya berjumlah sekitar RM1 bilion dengan peratusan peruntukan pembangunan tidak lebih daripada 40 peratus. Johor pula sekitar RM1.9 bilion di mana peruntukan untuk pembangunan hanya sekitar RM541 juta sahaja.

'Penyumbang terbesar KDNK'

Hari ini, Selangor terus kekal sebagai penyumbang terbesar kepada KDNK Putrajaya iaitu pada kadar 22.6 peratus. Maknanya, setiap satu ringgit di Putrajaya, 22.6 sen datangnya dari Selangor. Kuala Lumpur yang menjadi ibu negara juga tidak mampu menyumbang peratusan sebegitu besar.

Bagi tahun yang sama, Selangor sudah melonjakkan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM2.8 bilion dengan peruntukan untuk pembangunan adalah 50 peratus. Bagi tahun 2015 pula, keseluruhan belanjawan Selangor sudah pun mencecah RM2.4 bilion di mana 46 peratus diperuntukkan untuk pembangunan.

Selangor bukan sahaja berjaya meningkatkan rezab negeri tahun demi tahun, tetapi sejak tiga tahun ini peningkatan rezab itu dapat dilakukan seiring dengan jumlah peruntukan pembangunan yang besar terus dapat disalurkan.

Di saat Selangor terus mampu untuk menyimpan, Selangor juga mampu untuk meneruskan projek pembangunan kepada rakyat. Kekuatan ini bukan hanya hampir tidak dimiliki oleh negeri-negeri lain, tetapi jauh sekali untuk mampu dilakukan oleh kerajaan persekutuan di bawah PM Najib.

Bagi tahun hadapan, peratusan peruntukan pembangunan Putrajaya hanya sekitar 18 peratus berbanding Selangor yang mencecah 52.2 peratus. Jumlah besar untuk pembangunan juga terus meningkat saban tahun iaitu dari 46 peratus tahun 2015 menjadi 50 peratus tahun lalu, dan meningkat lagi tahun hadapan iaitu kepada jumlah 52 peratus seperti yang dicatat di atas.

Selain itu, Selangor juga terus berjaya meningkatkan jumlah keseluruhan belanjawannya daripada RM2.4 bilion tahun 2015, kepada RM2.8 bilion tahun ini, dan RM3.4 bilion tahun hadapan. Dalam masa sama, mungkin ramai tidak sedar bahawa dalam tempoh tiga tahun itu juga, jumlah peruntukan Putrajaya sebenarnya semakin merosot!


'Pengubahsuaian bajet'

Jumlah RM260 bilion yang diumumkan PM Najib tempoh hari yang dikatakan telah meningkat 3.4 peratus adalah dengan perbandingan angka yang telah diubahsuai. Bajet tahun ini dibentangkan Oktober tahun lalu, dan jangan kita lupa tiga bulan kemudian iaitu pada Januari 2016, PM Najib telah pula mengumumkan apa yang disebut sebagai “pengubahsuaian bajet”. Apa yang berlaku daripada “pengubahsuaian bajet” adalah pemotongan besar terhadap peruntukan awal yang berjumlah RM267 bilion.

Jumlah RM260 bilion bagi tahun depan adalah jauh lebih rendah daripada bajet 2015 yang berjumlah RM271.
Perbandingan antara 2015 dan 2017 ini juga jelas menunjukkan bahawa prestasi kewangan Putrajaya semakin menurun. Keadaan ini bertambah parah apabila beberapa perkara buruk berlaku seperti skandal 1MDB, nilai ringgit dan harga minyak mentah yang juga jatuh merudum.

Kita tidak faham bagaimana PM Najib sempat memetik sepotong ayat al-Quran dengan kisah Nabi Yusuf AS yang
memperingatkan tentang “untuk tujuh tahun subur dan tujuh tahun gersang”. Sejak Najib menjadi PM pada 2009, ternyata ekonomi Malaysia sekalipun tidak pernah pun berada di dalam keadaan subur.

Pertumbuhan KDNK Malaysia tidak pernah mencecah lebih dari 5.5 peratus setahun, berbanding penghujung 1980-an sehingga 1998 di mana pertumbuhan mencecah lebih 7-8 peratus. Bahkan, Malaysia juga terus tercicir jauh di belakang negara yang dahulunya setanding seperti Korea Selatan, Taiwan, India dan China.


Tentulah Selangor boleh menarik nafas lega apabila negeri itu tidak bergantung hasilnya kepada minyak - kalamana kita tahu, rupa-rupanya Malaysia yang sebelum ini mendakwa sebagai negara perindustrian rupa-rupanya kekal bergantung besar kepada hasil minyak. Keadaan ini juga menunjukkan betapa kegagalan Putrajaya untuk menjadikan Malaysia negara yang berasaskan teknologi tinggi dan inovasi sebagai teras pertumbuhan dan ekonomi.

Kemerosotan hasil minyak

Di ketika yang sama, jangan pula kita lupa bahawa kemerosotan hasil minyak bukan sahaja mengempiskan kantong Putrajaya, tetapi turut akan memberi kesan buruk kepada beberapa negeri yang turut bergantung hasil daripada royalti minyak seperti Terangganu, Sabah dan Sarawak.

Sebagai contoh yang mudah, kita boleh menduga bahawa belanjawan Terengganu yang bersaiz RM2.1 bilion tahun ini dijangka terjejas teruk tahun depan. Pendapatan baru Putrajaya melalui GST juga tidak akan menyelesaikan tekanan kewangan, sekurang-kurangnya kepada rakyat di negeri yang kehilangan royalti minyak itu tadi.

Daripada “pengubahsuai bajet” yang dilakukan PM Najib awal tahun ini, hari ini kita pun dihadapkan fakta banyak
kementerian telah mengalami pemotongan peruntukan. Apa yang membimbangkan ialah, pemotongan itu dilakukan kepada sektor penting dan strategik seperti pendidikan dan kesihatan. Kita mulai dapat mendengar keresahan rakyat apabila ramai yang terpaksa pulang atau berhenti daripada pengajian luar negara apabila pemotongan terhadap sektor pendidikan tinggi turut dilakukan oleh pentadbiran Najib.

Perkara ini turut didedahkan oleh MB Selangor tempoh hari apabila dinyatakan fakta bahawa universiti-universiti diSelangor mengalami potongan peruntukan di antara 17 sehingga hampir 30 peratus. Apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan negeri adalah dengan memperkenalkan tabung pendidikan bagi membantu mahasiswa di universiti-universiti di Selangor. Tabung itu diperuntukkan RM10 juta sebagai dana awal.

Paling mustahak di saat ekonomi negara terus malap, kesihatan rakyat adalah aspek penting yang tidak boleh diabaikan. Kesihatan yang terabai akan memberi kesan buruk kepada produktiviti, dan perkara terpenting sebelum pelbagai penyakit kronik hinggap seseorang itu adalah rawatan kesihatan asas.

Di sinilah sekali lagi Selangor muncul sebagai juru selamat apabila MB Azmin memperkenalkan program dan kad kesihatan yang dikenali sebagai kad Peduli Sihat. Shah Alam akan memperuntukan RM125 juta sebagai dana permulaan khusus untuk membantu golongan B40 iaitu dengan sasaran 250 ribu keluarga dan memberi manfaat kepada sejuta warga Selangor.

Kad Peduli Rakyat

Program dan kad Peduli Sihat dilihat akan lebih berkesan daripada klinik 1Malaysia, terutama apabila waktu operasi Klinik 1Malaysia yang tidak beropeasi 24 jam. Penyakit tidak memilih waktu. Seseorang yang ditimpa sakit juga tidak boleh memilih waktu untuk sakit.

Kerajaan Selangor juga mensasarkan seribu klinik di seluruh negeri akan bersama di dalam program Peduli Sihat itu. Skim dengan jumlah peruntukan besar berkenaan sudah tentu tidak mampu dilakukan oleh semua negeri lain selain Selangor.

Ramai juga orang di luar Selangor bertanya, mengapa kerajaan negeri mereka tidak mampu melakukan pelbagai program seperti pinjaman mikro kredit, bas percuma, pembela ibu tunggal dan kaum minoriti sehinggalah kepada perancangan ekonomi masa panjang yang prorakyat seperti Selangor?

Jawapan seperti itu tidak ada di Selangor. Jawapan seperti itu hanya boleh dijawab oleh rakyat di negeri masing-masing. Sudah tentu jawapannya akan muncul apabila tiba setiap kali kita melihat keputusan pilihan raya umum. Mahu kekal di bawah 'kegelapan' Putrajaya, atau di negeri-negeri pula mahu segera bangkit menandingi Selangor sebagai negeri termaju.

Baca Seterusnya......

Wednesday, April 13, 2016

PERLUKAH ANDA MENGAMBIL AIR BERALKALI (ALKALINE WATER)

Sumber dribnusina.blogspot

 Amalan mengambil air beralkali (alkaline water) sudah lama diamalkan dan pelbagai jenis penapis air dan alat penionan dijual di pasaran untuk menghasilkan air beralkali. Rencana ini akan memberi sedikit maklumat mengenai air beralkali dan saya akan cuba menerangkan kepada anda kedudukan sebenar air beralkali ini dari sudut perubatan moden.

Seperti mana yang anda ketahui, air mempunyai pH tertentu supaya ianya menjadi air yang berasid, neutral ataupun beralkali bergantung kepada bahan-bahan yang terkandung di dalamnya. Ada bahan-bahan mineral yang menyebabkan air menjadi beralkali dan ada yang menyebabkannya menjadi berasid.

Nilai pH air ditentukan oleh keseimbangan di antara bahan berasid dan beralkali di dalam air. Jika bahan berasid melebihi bahan beralkali, maka air itu akan menjadi berasid. Jika kedua-dua bahan ini seimbang, maka air menjadi neutral. Air mentah dan air paip yang dirawat selalunya neutral.

Tahap pH ditentukan oleh nombor dari 0 hingga 14, di mana pH kurang dari 7 adalah asid, manakala pH 7 neutral dan pH yang lebih dari 7 dikatakan alkali. Apakah pH yang sesuai untuk air minuman? Tajuk ini sedang hangat diperdebatkan. Ada yang mendakwa meminum air beralkali mempunyai khasiat yang banyak untuk kesihatan badan. Adakah dakwaan ini benar?

Air beralkali selalunya mempunyai pH 8-9 dan dijual di pasaran di dalam pelbagai bentuk. Air beralkali ini dihasilkan melalui tindakan elektrolisis ataupun pengionan (ionizer) di mana aliran elektrik digunakan untuk memisahkan molekul air kepada ion-ionnya iaitu ion hydrogen yang berasid dan ion hidroksid yang beralkali.

Katod (catode) yang bercaj negative akan menarik ion hydrogen (bercaj positif) dan persekitaran katod ini akan menjadi beralkali (sebab ion hidrogen sudah ditarik kepada katod). Manakala anod (anode) pula yang bercaj positif akan menarik ion hidroksid sehingga air di sekelilingnya menjadi berasid. Inilah konsep bagaimana air yang beralkali dan air yang berasid dihasilkan.

Di dalam mesin penapis ini, kedua-dua jenis air ini boleh dipisahkan. Malah bahagian air yang neutral juga dapat dipisahkan. Persoalannya adakah air beralkali ini mujarab, dapat menyembuhkan beberapa jenis penyakit seperti darah tinggi, diabetes, kanser dan lain-lain.

Rajah di atas menunjukkan proses elektrolisis yang menghasilkan air beralkali dan air berasid. Untuk memastikan proses elektrolisis berjalan dengan lancar dan berkesan, air yang digunakan untuk diproses perlu mempunyai bahan mineral dan logam  (Natrium, Kalsium, Magnesium dan lain-lain) supaya air tersebut lebih konduktif (conductive). Air tulin yang tidak mempunyai bahan mineral dan logam tidak akan cukup konduktif untuk menjalani elektrolisis. Jadi tidak benar jika ada yang mendakwa bahawa proses penghasilan air beralkali ini menggunakan air tulin.

 HAKIKAT KESEIMBANGAN ASID DAN ALKALI DI DALAM BADAN
 
Pada asasnya, badan manusia memerlukan kedua-dua medium iaitu asid dan alkali. Pendek kata badan manusia mempunyai bahagian yang lebih berasid dan yang lebih beralkali.

Contohnya pH cecair di dalam perut dan permukaan kulit manusia adalah berasid. Manakala usus kecil, pankreas dan jantung adalah bahagian badan yang lebih beralkali. Badan manusia mempunyai keupayaan untuk menstabilkan pH badan sehingga ianya menjadi tetap dan tidak mengalami perubahan yang besar, contohnya pH darah di antara 7.35-7.45. Badan menggunakan ginjal, usus, pankreas dan pernafasan yang berfungi untuk mengstabilkan pH darah.

Jadi hakikatnya kita tidak mampu untuk mengubah pH ini sesuka hati dari luar kerana apa sahaja keinginan kita untuk membuat perubahan ini, badan akan tetap bertindakbalas secara semulajadi sehingga pHnya kekal pada julat yang normal. Maksudnya badan telah diprogramkan untuk berupaya membuat kawalan diri secara automatic ataupun auto-regulation di dalam mengawal nilai pH.

Salah satu contoh bagaimana badan mengawal pH adalah melalui ransangan “chemoreceptors” dan pernafasan. Proses mengawal kestabilan pH ini sama macam alat pengapung air di dalam tangki air, apabila air kurang di dalam tangka, pengapung pun akan turun dan air pun masuk ke dalam tangki. Apabila air di dalam tangki penuh, pengapung ini akan menutup lubang air dan menghentikan aliran air masuk ke dalam tangki. Apabila pH darah menurun disebabkan oleh meningkatnya kandungan ion hidrogen, kemoreceptor di bahagian otak akan menghantar maklumat kepada otot pernafasan supaya pernafasan anda menjadi lebih cepat.

Apabila pernafasan lebih cepat, lebih banyak gas karbon dioksida dilepaskan keluar dan ini  akan mengurangkan penghasilan ion hidrogen supaya pH darah dapat distabilkan semula. Begitulah juga disebaliknya, proses ini berlaku tanpa disedari oleh anda.

ASID DAN JANGKITAN PENYAKIT

Asid diperlukan untuk tujuan membunuh mikroorganisma penyebab penyakit. Tidak benar jika dikatakan minuman alkali diambil untuk membunuh mikroorganisma di dalam perut kerana sebenarnya asidlah yang membunuhnya. Asid di dalam perut juga penting untuk menguraikan protin. Untuk pengetahuan anda, pH asid perut adalah di antara 1.5-3.5 dan nilai ini sentiasa dijaga supaya ianya dapat memanfaatkan manusia.

Jika asid perut menjadi terlalu berasid, sel-sel di lapisan kulit perut boleh mengeluarkan bahan beralkali dikenali sebagai bicarbonate, sebaliknya pula, jika pH cairan perut terlalu tinggi, kadar pengeluaran bicarbonate ini akan terencat. Apabila kita mengambil makanan, asid perut akan membunuh pathogen ataupun mikroorganisma penyebab penyakit.

Bayangkan jika mekanisma ini tidak wujud, tentu manusia akan senang dijangkiti penyakit. Satu contoh terbaik mengenai kepentingan asid di dalam perut adalah bagaimana anjing liar dapat hidup walaupun memakan bangkai yang dijangkiti oleh kuman. Asid perut anjing liar mempunyai keasidan 10 kali lebih tinggi dari manusia dan asid inilah yang membunuh bakteria yang dibawa oleh bangkai.

Asid membunuh bakteria, manakala ada organisma yang memerlukan persekitaran beralkali untuk hidup dan membiak. Contoh organisma ini adalah sejenis kulat yang dinamakan candida albican. Di dalam keadaan berasid, kulat ini hidup tidak aktif dan asid ini dihasilkan oleh bakteria yang baik dinamakan normal flora. Normal flora inilah yang menjadi faktor penting mengawal pembiakan kulat candida.

Jika anda mengambil antibiotik dan membunuh bakteria baik ini, asid tidak dapat dihasilkan dan akibatnya persekitaran tersebut akan menjadi lebih beralkali. Persekitaran yang lebih beralkali ini akan menyebabkan kulat candida menjadi aktif dan membiak sehingga menyebabkan keradangan. Keadaan ini berlaku di dalam faraj seseorang wanita dan jika kulat candida menjadi aktif, faraj akan menjadi kemerahan, gatal dan keluar keputihan yang banyak. Jadi persekitaran asid ataupun alkali diperlukan oleh tempat-tempat tertentu di dalam badan anda.

ADAKAH AIR BERALKALI BOLEH MENGUBATI KANSER

 Kanser adalah sejenis penyakit kronik yang kompleks. Proses kejadian kanser berlaku disebabkan oleh banyak faktor termasuk faktor kelainan genetik dan pendedahan kepada bahan penyebab kanser ataupun karsinogen. Rawatan kanser juga kompleks dan tidak semudah yang difikirkan oleh orang awam.

 Adalah tidak benar mengatakan bahawa kanser tidak boleh membiak di dalam persekitaran alkali, malah kajian menunjukkan bahawa pH di dalam sel kanser lebih beralkali dari pH di dalam sel-sel yang normal. Sebab mengapa perkara ini berlaku adalah kerana sel-sel kanser tidak dapat menghasilkan asid laktik sepertimana sel-sel normal. Sebaliknya sel-sel kanser menghasilkan lactate yang lebih beralkali, sel-sel kanser sebenarnya tidak dapat bertahan dengan keasidan yang tinggi sehingga sel-sel ini mengeluarkan ion hidrogen dari dalam sel keluar di persekitarannya. Akibatnya persekitaran sel-sel kanser menjadi lebih berasid. Persekitaran luar sel-sel kanser yang lebih berasid ini bukan bermaksud sel-sel kanser menyukai asid tetapi ianya adalah akibat dari adaptasi sel-sel kanser untuk meningkatkan pH di dalam sel-sel mereka.

Pendek kata sel-sel kanser lebih mudah hidup jika pH mereka lebih beralkali. Sebenarnya sel-sel badan manusia yang normal tidak boleh hidup di dalam keadaan yang melampau samada terlalu beralkali (dikenali sebagai alkalosis) ataupun terlalu berasid (asidosis). Malah alkalosis lebih merbahaya kerana ianya lebih sukar untuk dirawat berbanding dengan asidosis. Apabila mengalami asidosis iaitu pH darah terlalu rendah, kaedah rawatannya bukan dengan meminum air beralkali sebab air ini akan masuk ke dalam usus dan tidak mampu untuk menukar pH darah disebabkan oleh faktor-faktor yang saya sebutkan tadi. Sebaliknya rawatan asidosis adalah dengan memberi cecair beralkali terus ke dalam aliran darah melalui infusi salur vena.

Tanggapan orang awam bahawa mengawal pH darah semudah meminum air samada air berasid ataupun beralkali sebenarnya berasaskan kepada kefahaman yang sangat cetik mengenai fisiologi manusia. Fisiologi badan manusia adalah sangat kompleks dan hanya boleh difahami jika ianya dipelajari dengan mendalam sepertimana yang dilakukan oleh pelajar-pelajar perubatan.

Malah mengikut sebahagian pakar kimia, jika air yang hendak digunakan untuk tujuan pengionan mengandungi garam iaitu NaCI (Natrium Klorida), proses elektrolisis akan menyebabkan gas hidrogen dilepaskan dan ion hidroksida akan bergabung dengan Natrium di katod menjadi NaOH untuk menghasilkan air beralkali (lihat rajah di bawah). Manakala di bahagian anod pula sebahagian ion Clorin akan dioksidakan untuk menjadi Klorin, jika Klorin in bergabung dengan ion Hidroksida yang datangnya dari katod, ia akan membentu asid Hipoklorus (hypochorus acid, HOCl) yang boleh dikeluarkan sebagai air berasid.

Asid Hipoklorus adalah asid lemah dan agen pengoksidan. Jika berlaku percampuran di antara Asid Hipoklorus (HOCl) dengan Natrium Klorida (NaCl), Natrium Hipoklorida (Sodium Hypochloride) boleh terbentuk. Untuk pengentahuan anda, Natrium Hipoklorida adalah bahan kimia yang terkandung di dalam Klorox !!. Di samping itu, Asid Hipoklorus juga pernah dikaitkan dengan keupayaan untuk menyebabkan mutasi bahan genetik di dalam DNA serta epigenetik dan berpotensi menyebabkan kanser. Asid Hipoklorus juga boleh menyumbang kepada pembentukan bahan kimia yang dikenali sebagai 5-Chlorocytocine yang dikatakan boleh merencat gene perencat kanser (rujukan 1, rujukan 2). Walaupun tiada bukti kukuh mengenai Asid Hipoklorus dan kanser ke atas manusia tetapi ini sudah cukup mematahkan dakwaan pengeluar air beralkali bahawa air beralkali dapat membunuh sel kanser, kerana di sebaliknya pula, air beralkali berpotensi meransang perubahan sel badan kepada sel kanser.

Air yang telah menjalani pengionan atau elektrolisis ini juga bukan anti-oksidan, malah seperti yang saya nyatakan di atas, terdapat bahan-bahan kimia yang terhasil dari proses ini sebenarnya adalah agen pengoksidan bukan anti-oksidan.Pendek kata proses elektrolisis ke atas air boleh menghasilkan bermacam-macam bahan kimia bergantung kepada kandungan mineral dan logam di dalam air yang hendak diproses.
Proses elektrolisis ke atas air yang mengandungi garam ataupun Natrium Klorida. Asid Hipoklorus dihasilkan untuk menjadikan air berasid,manakala Natrium Hidroksida pula akan membuatkan air menjadi beralkali

BAGAIMANA MENGUKUR pH BADAN ATAU DARAH
Seperti yang telah saya sebutkan tadi, pH di dalam badan manusia berbeza-beza mengikut organ dan tisu. Ada organ yang lebih berasid, dan ada organ serta tisu yang lebih beralkali. Perut contohnya mempunyai rembesan cecair berasid dengan pH 1.5-3.5. Untuk mengukur pH, anda perlu menggunakan alat pengukur pH.

Sampel dari cecair-cecair badan pada bahagian tertentu perlu diperolehi dan diuji. Jika ujian pH hendak dilakukan ke atas darah, maka sampel darahlah yang perlu diambil. Jika anda ingin mengukur pH di dalam perut, maka sampel cecair dari dalam perutlah yang perlu diambil dan diuji.

Adalah tidak benar bahawa nilai pH yang diukur melalui sampel air kencing dan air liur itu menggambarkan pH badan keseluruhannya kerana ianya hanya menilai pH pada sampel itu sahaja. Malah jika badan lebih berasid, ginjal akan mengeluarkan lebih banyak bahan beralkali untuk mengstabilkan pH, pada ketika ini jika ujian pH dijalankan ke atas air kencing, tentu nilai pHnya lebih tinggi (lebih beralkali), sedangkan ini tidak langsung menggambarkan pH badan ataupun darah. Jangan mudah terpedaya dengan tipu helah penjual alat penapis air yang menggunakan tektik mengukur pH air kencing dan air liur untuk menentukan tahap pH badan anda. Saya boleh katakan jika ini yang mereka lakukan, sebenarnya anda sedang diperbodohkan.

KEPERLUAN ASID DI DALAM BADAN

Badan memerlukan asid dan alkali kedua-duanya sekali di dalam keadaan dan organ-organ tertentu. Di dalam perubatan moden, tidak ada istilah badan anda lebih berasid, ataupun badan anda lebih beralkali.

Sistem badan kita dijadikan sedemikian rupa supaya ianya sentiasa di dalam keseimbangan asid dan alkali. Tanpa keseimbangan ini, anda tidak boleh hidup dan di dalam keadaan normal, badan anda berkemampuan untuk menstabilkan pH badan melalui mekanisma-mekanisma yang telah saya sebutkan tadi. Asid diperlukan untuk banyak fungsi badan seperti menjadi benteng melawan jangkitan penyakit. Banyak komponen-komponen badan manusia diperbuat dari asid, protin dibina dari asid amino, molekul DNA (yang membawa bahan baka/genetik ) dibina dari “deoxyribonucleic acid”.

Banyak mikronutrin-mikronutrin yang anda perlukan untuk kesihatan badan seperti vitamin C (asid askorbik) dan asid folik adalah juga asid. Pendek kata, anda tidak mungkin dapat hidup tanpa adanya asid.


PENDAPAT PAKAR SAINS DAN PERUBATAN TERHADAP AIR BERALKALI

Kebanyakan pakar-pakar perubatan dan ahli-ahli sains berpendapat bahawa setakat ini tidak ada bukti kukuh yang menyokong pengambilan air beralkali untuk kesihatan badan, lebih-lebih lagi untuk tujuan merawat penyakit-penyakit tertentu. Walaupun ada kajian yang dilakukan tetapi kajian-kajian tersebut tidak mempunyai kualiti yang tinggi dan bukan kajian “randomized control trial”, pengkaji-pengkaji ini melihat maklumbalas pesakit-pesakit darah tinggi, diabetes dan lain-lain selepas mengambil air beralkali dan kemudian terus merumuskan hasil kajian mereka. Sepatutnya kumpulan “control” perlu diwujudkan dan sampel yang digunakan adalah cukup besar untuk mengaitkan hubungan di antara pengambilan air beralkali dengan kesihatan.

Setakat ini belum lagi ada kajian seumpama itu kerana sukar untuk dijalankan. Tetapi berdasarkan kepada fakta-fakta yang saya nyatakan di atas, majoriti ahli-ahli sains dan perubatan mempunyai pendirian bahawa belum ada bukti kukuh yang meyakinkan bahawa amalan pengambilan air beralkali akan meningkatkan kesihatan badan, mencegah penyakit, merawat penyakit apatah lagi memanjangkan hayat seseorang. Jika pun ada manfaat dari pengambilan air beralkali ini, ianya mungkin disumbang oleh pengambilan air yang mencukupi, kebersihan air dan juga mineral-mineral yang terkandung di dalamnya. Ramai doktor dan saintis berpendapat dakwaan kemujaraban air beralkali oleh syarikat-syarikat pengeluar air ini tidak disokong oleh kajian yang berkualiti tinggi dan kita masih lagi kekurangan maklumat dari segi mudarat yang mungkin boleh dibawa oleh pengambilan air ini.

Apa yang paling dibimbangi adalah kesan kemudaratan jangkapanjang kesan dari pengambilan air beralkali bukan sahaja disebabkan oleh sifat kealkalian air, tetapi juga disebabkan oleh proses elektrolisis atau pengionan air ini bakal menghasilkan bermacam-macam bahan kimia/molekul lain bergantung kepada kandungan air yang digunakan dan juga proses pemisahan air yang dilakukan. Mengikut seorang Pakar Gastroenterologist yang juga bekas presiden American Society for Gastrointestinal Endoscopy, Dr.John Petrini, beliau berkata “There is no basis for any health claims at all (tidak ada langsung asas kesihatan yang didakwa)”. R.John Petrini berkata lagi :” After it is digested, food and water goes into the stomach and, no matter what pH it was when it entered and then ends up leaving the stomach at a pH of about 6.8, Dr. Petrini says. And no matter what you eat, your body has effective mechanisms to keep your blood in a narrow range between 7.35 and 7.45”. Air diserap terutamanya di dalam usus dan bukan di dalam perut. Apabila air atau makanan beralkali diambil dan sampai di perut yang sangat berasid, sifat alkali bahan-bahan ini akan dihapuskan dan apabila ia meninggalkan perut ke usus kecil, pHnya menjadi 6.8 seperti yang disebutkan oleh Dr.Petrini di atas. Kemudiannya apabila melalui usus kecil, kandungan isi perut tadi akan bercampur dengan rembesan alkali dari pankreas.

Kesimpulannya, semua jenis air yang anda ambil tidak kira berapa nilai pHnya akhirnya akan menjadi air beralkali apabila masuk ke dalam usus kecil. Malah ada juga pakar-pakar yang berpendapat jika air beralkali yang diproses melalui elektrolisis ataupun pengionan, ion hidroksida yang dihasilkan boleh bergabung dengan mineral seperti Magnesium, Kalsium dan lain-lain untuk membentuk bahan (Magnesium hidroksida, Kalsium Hidroksida) yang berpotensi memudaratkan badan jika di dalam kuantiti yang banyak.

ADAKAH MANFAAT MEMINUM AIR BERALKALI?

Mungkin terdapat manfaat pengambilan air beralkali jika ianya dihasilkan dengan kaedah bersih dan mengekalkan bahan-bahan mineral yang ada. Walau bagaimanapun manfaat yang dibawa oleh pengambilan air beralkali ini lebih kepada tabiat mengambilan air yang mencukupi (memulihkan hidrasi badan), kandungan mineral yang ada di dalamnya dan bukan disebabkan oleh pH air berkenaan. Terdapat ahli-ahli sains yang cuba merationalisasikan manfaat air beralkali ini (walaupun bukan berasaskan kepada bukti saintifik yang kukuh) , di antaranya adalah seperti berikut:

1.   Mungkin ianya boleh memperbaiki kesihatan usus melalui keupayaan air itu untuk mempunyai potensi oksidasi-reduksi negative yakni menjadi agen reduksi (negative Oxidation-Reduction Potential). Mungkin dengan ciri-ciri ini ia boleh membantu melindungi usus dari mikroorganisma yang berbahaya. Walau bagaimanapun keupayaan membunuh bakteria bukan semestinya baik kerana terdapat bakteria baik yang mengawal usus dari pembiakan bakteria ganas. Jika bakteria baik ini dihapuskan, akan berlaku pembiakan bakteria ganas yang menyebabkan penyakit.

2.   Golongan ahli sukan lasak mungkin satu golongan yang dapat mengambil manfaat dari pengambilan air beralkali ini, menurut pendapat pakar, senaman yang lasak menyebabkan badan mereka menghasilkan banyak asid. MUNGKIN air beralkali dapat membantu. Inipun hanya andaian sahaja kerana di dalam air beralkali tersebut terdapat mineral-mineral yang boleh membantu meningkatkan kecerdasan badan dan peluang mengambil air yang mencukupi untuk memulihkan kecerdasan badan.

3.   Hasil kajian pernah diterbitkan mengenai kesan meminum air beralkali dengan pH 8.8 oleh haiwan, di mana pada pH 8.8 ini enzim pepsin dapat direncatkan, enzim ini bertanggungjawab menyebabkan penyakit acid refluk (reflux acid ataupun reflux oesophagitis). Walau bagaimanapun  ini adalah kajian makmal ke atas haiwan dan bukan kajian ke atas manusia. (klik di sini)

4.   Ada juga kajian kecil yang tidak berkualiti (bukan randomized control trial) yang melapurkan meminum air beralkali memperbaiki kesihatan pesakit darah tinggi, diabetes dan hiperkolestrolemia (berlebihan kolestrol). Kajian ini adalah kajian yang kecil dan didakwa kajian preliminari (awal). (klik di sini) 

KESIMPULAN

Kefahaman mengenai keseimbangan asid-alkali di dalam badan manusia perlu dimiliki oleh anda jika anda ingin memahami tajuk yang diperbincangkan di dalam rencana ini. Badan manusia berupaya mengawal pH di dalam darah dan lain-lain tisu serta organ secara semulajadi dan pH yang dikekalkan bergantung kepada organ-organ, ada organ yang perlu lebih berasid dan ada yang perlu lebih beralkali. Tidak tepat mengatakan bahawa anda menjadi lebih berasid apabila mengambil makanan berasid dan menjadi lebih beralkali bila mengambil makanan atau minuman beralkali. Badan anda sentiasa mampu mengekalkan julat pH yang optima untuk fungsi badan melalui sistem kawalan keseimbangan asid-alkali badan yang sangat cekap, tidak kira apa jenis makanan atau minuman yang anda ambil. Apa yang memudaratkan (sangat jarang berlaku) adalah apabila badan anda gagal mengawal keseimbangan asid dan alkali badan  sehingga pH darah anda terlalu berasid dikenali sebagai ASIDOSIS (contoh: komplikasi Diabetes yang tidak terkawal dikenali sebagai “Diabetic ketoacidosis”)  ataupun terlalu beralkali dikenali sebagai ALKALOSIS (contoh: penyakit paru-paru, hiperventilasi dan penyakit hati). Kedua-dua asidosis dan alkalosis memerlukan rawatan intensif di hospital kerana kedua-duanya boleh mengakibatkan kematian.

Daripada apa yang telah diterangkan di atas, jelas bahawa setakat ini belum terdapat bukti saintifik yang kukuh untuk menyokong amalan pengambilan air beralkali untuk tujuan kesihatan. Orang-orang awam perlu berhati-hati apabila didekati individu-individu yang mendakwa pakar kerana ramai pakar-pakar yang mementingkan imbuhan material lebih dari memperjuangkan fakta yg sebenar. Untuk menjaga kesihatan badan, mencegah dari penyakit kronik dan memanjangkan hayat, anda hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat, mempunyai berat badan yang unggul, mengurangkan stres, melakukan ujian saringan kesihatan dan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Mengamalkan gaya hidup sihat bermaksud mengambil makanan yang seimbang, mengambil air yang mencukupi (air biasa pun sudah memadai), bersenam, mengamalkan aktiviti seksual yang sihat, tidak merokok, tidak mengambil alkohol, tidak mengambil dadah dan mendapatkan berat badan yang unggul (mengelak dari menjadi obes). Jika anda sudah menghidapi penyakit-penyakit kronik, di samping mengamalkan gaya hidup sihat di atas, dapatkan rawatan dari doktor, ambil ubat secara tetap, jalani rawatan susulan dan lakukan ujian kesihatan yang berkala.

Secara peribadi, saya berpendapat jika anda ingin mengambil air, ambil air yang bersih dari pencemaran, neutral (ataupun sedikit beralkali dgn pH kurang dari 8) dan mempunyai mineral di dalam julat yang dibenarkan. Ciri-ciri air ini ada pada air paip yang dirawat, air telaga atau air mata-air yang bersih (termasuk air zamzam) dan juga air mineral biasa yang harganya RM1 satu botol. Kata kuncinya adalah MENGAMBIL AIR SECUKUPNYA DAN ELAKKAN DARI DEHIDRASI (rujuk di sini bagaimana mengambil air yang mencukupi). Sila baca rencana tulisan saya mengenai alat penapis air di sini. Anda boleh menjimatkan banyak wang anda jika anda menimba ilmu dan faham mengenai air serta bagaimana mengambil air dengan betul.


Pandangan ini adalah pendapat peribadi dan tidak mewakili mana-mana institusi ataupun pertubuhan.

Baca Seterusnya......

Nak Pandai Tulis Esei BI, gunalah Teknik Salin Karangan BerVISI

Sumber rahsiapandaibi.blogspot.my
 

"Boleh Pandai Menulis Esei BI dengan hanya menyalin karangan?".........TAK CUKUP! Tak cukup sekadar nak menyalin esei orang lain.....PERCAYALAH!

Teknik Salin Karangan BerVisi Memantapkan Penulisan Pelajar

Teknik ini AMAT BERKESAN!

Saya yang menciptanya.

Tapi Allah yang memberi ilham kpd saya

Jadi saya amat berbesar hati sekiranya sesiapa pun nak gunakan teknik ni di sekolah atau pusat tuisyen atau home tuition

Gunalah

Asalkan anak2 kita lebih bijak menulis sama ada BM atau BI!

p/s: Kalau anda dah dengar tentang Teknik ni, gunakanlah. Cubalah dgn anak2.Jangan biarkan sahaja. Sharelah dengan rakan2. Sebarkan kebaikan. In shaa Allah ada pahala yang menanti....


Berbalik kepada persoalan/tajuk blog post yang ni .......Tak cukup sekadar nak menyalin esei orang lain kalau nak pandai Penulisan BI

Pertama sekali, itu MYTH terbesar selama ini. Kita ingat kita suruh anak salin contoh essay je, dia akan jadi Pandai?

Eikkkkkkkk! It's not like that at all!

Kalau setakat 'menyalin contoh essays' dah boleh jadi Pandai dalam Penulisan BI, pastinya dah RAMAI pelajar yang pandai!

Tapi HAKIKATNYA masih ramai yang nak dapat 50% dalam essay mereka pun susah! Kenapa?

Hah, di sini saya akan kongsikan RAHSIANYA. Saya akan kongsikan Teknik Menyalin Essays yang BERKESAN.

Bukan setakat menyalin sahaja, tetapi ada STEPS/LANGKAH2 lain yang perlu dibuat.

STEP 1 : Sediakan writing pad atau test pad atau buku karangan yang besar tu. Kalau takde jugak, buku apa pun boleh. Asalkan besar. Buku tulis sekolah yang biasa tu TAKKAN JADI sebab itu menunjukkan cita2 kecik. Biar buku besar, jadi cita2 pun besar. Di sini lah BEZAnya Teknik saya dengan Teknik menyalin karangan yang biasa tu. Bagi saya, GIMIK tu penting. Biar buku nak salin tu BESAR, selari dengan hati kita yang BESAR nak tengok anak jadi pandai BI dan kesannya akan membuatkan semangat anak kita BESAR untuk berjaya. Bagi saya juga, saya cari DIARI LAMA2 kat kedai alatulis yang mereka dah tak boleh jual. Dah tak laku. So saya beli murah2 daripada tokey kedai. Dapatlah dalam RM4/5 untuk diari lama yang tebal lebih 300 m/s saiz F4. Saya namakan buku saya itu Big Blue Book (BBB) sebab kebetulan cover-nya berwarna biru.

STEP 2 : Beli buku Contoh Karangan/Essays untuk Tahun 4 5 6. Katalah takde duit nak beli buku ni, jangan delay niat nak gunakan teknik saya nak ajarkan ni. Guna buku apa pun boleh, buku aktiviti pun boleh, yang jenis ada Cadangan Jawapan bagi setiap soalan/aktiviti yang diberikan. Cari buku yang ada soalan Section C (kalau UPSR) dan tengok contoh jawapan. Mulakan dari situ.

STEP 3 : Minta anak salin sahaja word by word dari contoh karangan tu. OK, now di sini satu lagi perbezaan teknik saya dengan teknik orang lain. Di sini saya minta anak murid saya untuk salin AYAT DEMI AYAT, bukan words demi words. Maksudnya baca satu ayat, cuba masukkan dalam Memori Jangka Pendek dan salin ke dalam BBB tanpa melihat lagi pada ayat dalam karangan. Ulang sebut kuat2 setiap ayat sehingga siap salin. Pendeknya kemahiran belajar cara Visual, Auditori dan Kinestetik (VAKs) telah dilakukan serentak dalam teknik ini. Anak sepatutnya mengambil masa dalam 15 minit sahaja untuk salin karangan pendek seperti dalam contoh di atas. Jika lebih lama daripada itu bermakna anak kita mengelat!

STEP 4 : Now it gets more interesting. Pastikan anda dah belikan highlighter untuk anak. Pilihlah salah satu warna untuk highlight-kan VERBS yang ada dalam contoh essay yang baru sahaja disalin tadi. Kalau saya, saya suka warna OREN sebab warnanya terang dan jelas. Pada tahap ini, anak tidak boleh bertanya kepada anda yang mana satu verbs atau nak dapatkan kepastian sama ada sesuatu word itu verb ataupun tidak. Anda kena keras hati. Minta dia buat sendiri.

STEP 5 : Jangan tanda dulu jawapan anak. Now minta dia tuliskan semula apa yang dia tahu, dalam bentuk NOTA, tentang Apakah itu Verbs dan apakah JENIS2 Verbs. Barulah betul2 menguji pemahaman anak tentang asas grammar yang digunakan dalam karangan yang dia baru sahaja salin membuta tuli sebentar tadi. Now akan mula buat dia berfikir./ Sebagai contoh, gambar di atas, anak saya membuat notanya di bawah essay yang disalin. Not bad sebab hampir separuh jawapan yang saya nak, ada dalam notanya.

STEP 6 : Now baru tanda essay yang telah disalin. Kuncinya anda sendiri MESTI tahu yang manakah verbs dan yang mana bukan. Jika anda tak pasti, mudah sahaja, guna Cambridge Online Dictionary. Ini dictionary favourite saya. Memang terbaik! Nak perbezaan ejaan dan bunyi UK dan US English ada, nak contoh ayat ada, dan nak penerangan lanjut  tentang sesuatu perkataan pun ada! Jika anak anda telah warnakan verb yang betul, tanda BETUL dan jika tertinggal, anda bulatkan sahaja verb tersebut dengan menggunakan pen merah.

STEP 7 : Terangkan kepada anak KENAPA dia salah dan kenapa dia tertinggal beberapa verbs. Caranya adalah dengan mengajarnya tentang jenis2 verbs yang betul. Again, anda kena tahu apakah itu verbs dan jenis2 verbs. Selepas diajar, anak akan menjadi lebih confident, jadi baru boleh minta anak ulang STEP 1 hingga STEP 4 bagi essay yang baru. Contohnya seperti di bawah ini.


Dalam Essay #2 ini anak saya telah pelajari daripada kesilapan dalam Essay #1 tetapi masih ada yang tertinggal dan tersilap. Tidak mengapa. Jangan marah dia. Sebab dia BELUM TAHU. Sebab dia masih belum jelas apa itu verbs. Explain lagi. Bantu dia lagi. Akan ada keadaan di mana ada JENIS VERBS yang BARU, yang dalam Essay #2 ni baru muncul, seperti Root Verb selepas Infinitive 'To'. Maka ambil kesempatan ini untuk ajar dia ilmu baru. Ilmu bukan semuanya dapat diturunkan sekaligus atau pada satu masa sahaja. Jika begitu, pembelajaran tidak berlaku secara semulajadi. Hanya apabila proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara semulajadi, maka kesan pembelajaran akan dapat dimaksimumkan.

Kesilapan membezakan VERBS dengan ADJECTIVES itu perkara yang normal juga. Hanya kerana anak kita tidak jelas dengan Parts of Speech. Jadi keran ingatkan dia lagi dan lagi dan lagi.

Seterusnya, kita dah boleh sambung dengan Essay #3. Anda akan dapati bahawa ilmu anak semakin meningkat dalam usaha mengenalpasti verbs. Di samping itu, dia juga nampak semakin confident dengan dirinya kerana jauh di sudut hatinya dia mula berasa PANDAI. Dia mula merasakan betapa mudahnya BI ni.

Nah, itu baru sahaja 3 kali salinan. Bayangkan jika 100x, atau 300x atau 10,000x!

Agak2 anak kita akan PANDAI atau masih tidak pandai seperti teknik salin SAHAJA, macam yang kita minta mereka buat sebelum2 ini?

Anda tahu jawapannya.

Jadi, jom buat!

Please comment jika anda suka/tidak suka dan setuju/tidak setuju dengan apa yang saya tuliskan di sini.

Assalam.

Baca Seterusnya......

PAC tidak mampu sucikan nama Najib dari skandal 1MDB

Sumber MSO

Pembentangan laporan mengenai 1MDB oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di parlimen Khamis lepas tidak mudah menamatkan persoalan mengenai syarikat pelaburan strategi Kerajaan yang bermasalah itu. Persoalan skandal yang mengelilinginya tidak gampang dibuang. Ia seperti kekabu yang terkena air, tidak mudah untuk dianginkan semula.

Laporan itu dibahas hangat di Palimen kononnya secara terbuka dan adil. Apa diharap dengan pembentangan laporan yang disiapkan dalam tempoh setahun itu akan menghentikan tuduhan terhadap 1MDB amnya penglibatan Najib dalam skandal itu khususnya. Najib mahu "di"baptis"kan dengan laporan berkenaan.

Kenyataan salah seorang anggota PAC yang mengulas berdasarkan laporan PAC dibentangkan itu bahawa tidak ada kaitkan nama Najib dalam skandal itu diperbesar-besarkan dan dijadikan fokus utama oleh media PB. Walhal anggota dari oposisi itu hanya menyebut berpandukan apa yang dilaporkan sedangkan ada dokumen lain yang dikatakan disembunyikan.

Mungkin dalam dokumen lain yang tidak disertakan itu ada menyebut nama Najib? Salah satu dokumen yang tidak dikempilkan dalam laporan itu ialah laporan intrim Ketua Audit Negara dan juga laporan terakhir mengenai 1MDB. Begitu juga kegagalan atau keenganan PAC untuk memanggil sama pihak Bank Negara dan bekas CEO 1MDB Mohad Azem Abd Rahman dilihat suatu kecacatan laporan tersebut.

Bagi pihak Najib dan kerajaan serta partinya (Umno) mungkin berasa lega apabila Najib disahkan tidak terbabit dengan skandal yang didakwa ke atas 1MDB itu. Mereka akan memberi tahu rakyat dan menjadikan laporan PAC itu sebagai kitab suci (bukti) sahih bahawa Najib tidak terlibat. Pun begitu bagi pemimpin yang memahami mengenai isu itu dan macam mana laporan itu diperbuat, hanya menerima dimulut sahaja tetapi dalam hati.

Penerima BR1M dan one-off di kampung-kampung mungkin boleh menerima laporan itu seperti ikan lapam makan tahi di bawah pengkalan, sebab ia dicerita dalam tv dan surat khabar yang bagi mereka sumber itu sahih. Tetapi bagi rakyat, pegawai kerajaan, mahasiswa, pensiun dan cerdikpandai hanya tersenyum membaca laporan itu kerana mereka sudah arif mengenai bentuk eksploitasi dan penipuan yang mereka sendiri alami.

Pegawai kerajaan dan bekas pegawai kerajaan juga arif macam mana mereka menjadi "kuda hitam" oleh kuasa politik selama ini. Jadi laporan itu bukan mudah untuk mereka telan dan "mamoh" begitu sahaja.

Begitu juga bagi mereka (pemimpin) yang diberi upah dan "ufti" agar tidak menungkitkan isu itu, boleh tersenyum tetapi dalam hati tetap pedih. Mereka boleh mengatakan Najib baik, tetapi dalam masa sama juga akan mengatakan Najib juga jahat.

Sekiranya laporan PAC itu dapat memuaskan hati dan ia sebuah laporan yang akurat, sudah pasti tidak ada komentar terhadapnya. Apabila rumah sudah siap tetapi pahat terus berbunyi maknanya ada yang tidak lendik dan sempurna. Bukan niat pahat untuk mengkritik, tetapi pahat tahu mengenai seni dan hampir dengan proses pembinaan sebuah rumah.

Kini berbagai pihak mempertikaikan laporan PAC itu. Ulasan dari berbagai pihak, menunjukkan laporan PAC itu bukan memuktamadkan isu mengenai 1MDB. Ada juzu-juzu tertentu terus dipersoalkan. Misalnya mengenai kuasa Najib sebagai Pengerusi syarikat itu, yang boleh membuat arahan-arahan berhubung pengaliran wang ia menimbulkan keraguan macam mana Najib boleh dikatakan tidak terlibat dan dilepaskan begitu sahaja. Masakan sebagai pengerusi Najib hanya bersetuju tanpa membuat semakan?

Apakah sikap Najib dalam 1MDB sama seperti sikap Najib Razak di rumahnya yang boleh diarah menumbuk sambal?

Dan laporan itu tidak menyebut mereka memanggil beberapa pihak untuk disoal, termasuk PM selaku pengerusi juga menyebabkan kredibiliti laporan itu dipertikaikan. Kesimpulan mudahnya, laporan PAC mengenai 1MDB itu tidak akan memberhentikan pesepsi umum terhadap penglibatan Najib dalam skandal 1MDB yang membusukan nama negara di mata dunia itu.

Walhasilnya laporan PAC itu tidak menyelesaikan masalah. Najib tidak dapat menunjukkan kepada dunia dia sudah bersih dari dituduh terbabit dengan skandal melibat ratusan billion itu dengan laporan PAC itu. Laporan PAC itu hanya dimakan oleh golongan tertentu sahaja tetapi diketawa oleh golongan yang masak dengan maklumat. Laporan itu tidak lebih daripada formaliti yang perlu disiapkan untuk mengelakkan Malaysia dikatakan negara yang tidak bersistem dan jahil dengan prinsip-prinsip kenegaraaan.

Kedudukannya kini berhubung isu 1MDB samalah apa yang berlaku dengan kes pembunuhan kejam Altantuya Sharribuu. Walaupun tertuduh kes bunuh itu sudah didakwa dan dihukum, nanum persepsi umum bahawa kejadian itu ada sangkut paut dengan Najib gterus mengalir. Bila tersebut nama Altantuya pasti nama Najib juga disebut. Nah, begitulah nama Najib dengan 1MDB ia sangat sinonimas.

Baca Seterusnya......

Monday, March 28, 2016

Telur bantu tahan perut daripada lapar

Sumber Kosmo

TELUR merupakan antara makanan sihat kerana kandungan vitamin dan mineral yang tinggi.

Pengambilan telur dalam hidangan makanan setiap hari terutamanya pada waktu pagi dikatakan dapat mencegah individu daripada berasa lapar dan perasaan untuk mengunyah.

Menurut seorang pakar pemakanan dari Amerika Syarikat, Dr. Sam Christie, telur merupakan makanan yang padat kandungan protein.

“Pengambilan dua butir telur ketika sarapan mampu membuatkan anda mengehadkan pengambilan makanan pada waktu siang.

“Ini kerana, kandungan vitamin di dalam telur meninggalkan kesan pada penyerapan insulin dan kadar glukosa di dalam darah.

“Perkara tersebut menyebabkan individu merasa kenyang sepanjang hari sebaik mengambil telur,” jelasnya.

Ujar Christie lagi, selain telur, pengambilan makanan yang ditambah dengan serbuk kayu manis juga mampu membuatkan perut berasa kenyang sepanjang hari.

Baca Seterusnya......

Mataf Keliling Kaabah Diruntuh 1 April 2016

Sumber Mstar


Mataf, binaan berbentuk bulatan di sekeliling Kaabah, yang digunakan oleh jemaah haji dan umrah ketika menunaikan tawaf di Masjidil Haram akan diruntukan secara berperingkat mulai Jumaat ini.

Pengurus Tapak Binaan Premier Composite Technologies, Hairul Nizam Baharuddin, berkata kerja-kerja meruntuhkan mataf akan mengambil tempoh 29 hari dan dijadualkan mataf tidak lagi digunakan menjelang Ramadan.

Beliau yang bertindak sebagai jurutera pembinaan mataf dan projek perluasan Masjidil Haram berkata, kerja-kerja meruntuhkan mataf itu bagaimanapun tidak menjejaskan jemaah untuk mengerjakan tawaf.

Katanya, jemaah boleh mengerjakan tawaf seperti biasa tetapi dinasihatkan tidak menghampiri zon larangan sepanjang tempoh komponen mataf dibuka bagi tujuan keselamatan dan sebagai usaha mengelakkan kejadian tidak diingin.

“Ruang untuk menunaikan solat dan bertawaf menjadi sedikit terhad dan boleh menimbulkan kesesakan tetapi pastikan jemaah mematuhi arahan laluan ke ruang perkarangan Kaabah dengan bantuan sekuriti dan mutawif,” katanya.

Mataf dibina untuk mengurangkan kesesakan di Masjidil Haram dan lebih khusus untuk jemaah berkerusi roda, berusia dan mereka yang berkeluarga. Ia mula dibuka kepada jemaah seminggu sebelum Ramadan pada 2013 untuk memudahkan mereka tawaf dan solat.
Mataf mampu menampung kira-kira 8,000 jemaah pada satu-satu masa dan sering menjadi tumpuan jemaah untuk bertawaf selepas Subuh, Maghrib dan Isyak.

“Seluruh binaan mataf yang menggunakan teknologi bahan komposit kukuh dari simen dan batu bata tidak lagi digunakan menjelang Ramadan pada Jun ini kerana arahan meruntuhkannya sudahpun diperoleh daripada Kerajaan Arab Saudi,” katanya.

Menurut Hairul Nizam, berikutan kerja-kerja meruntuhkan mataf, kesesakan dan kesukaran untuk bertawaf dan bersolat dijangka dihadapi jemaah kerana projek perluasan serta naik taraf Masjidil Haram belum siap sepenuhnya.

Kawasan tawaf akan hanya tertumpu di perkarangan Kaabah dan ini boleh menjejaskan kelancaran ketika tawaf, terutama pada Ramadan dan musim haji tahun ini.

Baca Seterusnya......

Wednesday, February 24, 2016

Kadar Pengangguran di Malaysia Naik 3.3 Peratus. Tahun 2015 26 Ribu Kena Buang Kerja. Tahun 2016 Terus Bertambah!

Sumber: Beritasemasa

Pengangguran di Malaysia bagi tahun 2016 terus meningkat semula daripada bulan ke bulan di mana sehingga bulan Januari 2016 dicacatkan kadar pengangguran di Malaysia sudah pun mencecah 3.3 peratus. Naik 0.1 peratus daripada bulan sebelumnya.

Berita terkini yang Berita Semasa terima apabila berlaku lambakan pengangguran di Malaysia sekarang ini, sehinggakan lulusan ijazah farmasi, kedoktoran, pergigian masih lagi mengambil masa yang cukup lama untuk diserapkan penempatan latihan amali di hospital kerajaan.

Jikalau sudah terlalu ramai, mengapa masih lagi banyak slot untuk pengambilan jurusan-jurusan tersebut? Mengapa tidak dikawal? Menteri cukup banyak di Malaysia. Semua mahu kuasa. Kementerian Pendidikan Tinggi, apa tindakan anda sekarang ini?

Ini bukan sahaja bersandar kepada jurusan kedotoran, pergigian, farmasi di Malaysia semata, tetapi semua kursus pengajian di Malaysia. Kolej berlambak-lambak. Universiti berlambak-lambak yang kadang-kadang menawarkan kursus yang kurang permintaan pada masa sekarang.
       
Hakikatnya, kesilapan kerajaan tiada kawalan begitu banyak lambakan kolej swasta hari ini. Dan berterusan sehingga ke hari ini.

Hari ini, graduan perubatan, pergigian, pendidikan bukan jaminan kerja. Apatah bidang lain seperti kejuruteraan. Tiada jaminan kerja selagi masalah keseimbangan penawaran dan permintaan dalam pasaran kerja tidak disemak dan dikawal oleh kerajaan.

Terkini, statistik daripada Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) mendedahkan di mana :

Statistik Terkini Penganguran di Malaysia? Data MEF?

P/S : Selepas mendengar sendiri ucapan Zahid Hamidi mengenai isu kedatangan 1.5 juta pekerja Bangladesh, Berita Semasa boleh jangkakan halaju dan apa kan terjadi kepada nasib Malaysia umumnya dan rakyat Malaysia umumnya dalam tempoh 4,5 tahun akan datang.

Baca Seterusnya......

Monday, February 22, 2016

Apa Sebenarnya Penyakit Paru-paru Berair?

Sumber: bestoneoffour


Ada orang berpendapat bahawa mandi malam adalah penyebab utama seseorang menghidap penyakit paru-paru berair. Kononnya air ketika kita mandi akan masuk melalui liang-liang roma sebelum terkumpul dibahagian paru-paru. Sejauh mana kebenarannya?

Punca Penyakit Paru-paru berair

Paru-paru berair terjadi apabila berlakunya pengumpulan cecair berlebihan dalam paru-paru kita.

Jangkitan paru-paru berair terbahagi pula kepada dua iaitu Pulmonari Edema (PE) dan Pneumonia.

1. Pulmonari Edema

Pulmonari Edema adalah pengumpulan air berlebihan pada ruang tisu dan organ. Kesannya, paru-paru bengkak dan berair.

Punca berlakunya penyakit ini adalah disebabkan oleh kecederaan pada permukaan paru-paru dan kegagalan fungsi kiri jantung. Maka, kepercayaan sesetengah pihak bahawa ianya berpunca daripada kemasukan air ketika mandi adalah salah.

2. Pneumonia
Manakala penyakit Pneumonia pula disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus dalam paru-paru yang menyebabkan keradangan berlaku.

Malah, Pneumonia juga boleh dijangkiti melalui udara yang disebarkan menerusi air liur dan hingus pesakit. Sekali lagi, ia bukan berpunca dari mandi malam.

Nanah

Cecair yang terdapat dalam paru-paru pula bukanlah sama seperti air yang kita minum atau air paip yang dikatakan masuk kedalam paru-paru ketika mandi, tetapi ia adalah cecair yang dipenuhi nanah yang banyak malah adakalanya bercampur darah dan bendalir tubuh.

Tanda-tanda Penyakit Paru-paru berair

Tanda-tanda yang boleh dilihat biasanya pesakit akan mengadu mengalami batuk, sakit dada dan sukar bernafas apabila melakukan kerja-kerja ringan.

Pada peringkat awal, rawatan akan dilakukan dengan menggunakan imbasan x-ray pada dada. Kemudian, pemeriksaan darah dan pemeriksaan fungsi paru-paru akan dilakukan.

Kesimpulan

Oleh itu, jika anda mengalami masalah sukar bernafas, mudah penat dan merasa tidak cukup oksigen meskipun hanya melakukan kerja-kerja ringan, segeralah datang berjumpa doktor supaya anda mendapat rawatan sebelum terlambat kerana penyakit ini boleh membawa maut.

Baca Seterusnya......

Tuesday, February 16, 2016

Pelaburan FGV: Rafizi dakwa Tabung Haji rugi RM933 juta

Sumber Mkini

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli hari ini mendakwa Lembaga Tabung Haji menanggung kerugian atas kertas RM933 juta melalui pelaburan dalam Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Di sebalik kerugian itu, katanya, Tabung Haji masih mengekalkan sahamnya dalam syarikat perladangan yang disenaraikan itu walaupun pendapatannya menurun kerana wujudnya campur tangan politik.

"Tindakan Tabung Haji yang langsung tidak mengambil apa-apa tindakan melindungi dana pendeposit dalam keadaan sudah jelas pelaburan di dalam FGV merugikan bukanlah satu sifat profesional yang biasa ditunjukkan sebuah institusi pelaburan bertaraf antarabangsa seperti Tabung Haji.

"Tindakan terus memegang saham FGV sehingga menyebabkan kerugian terkumpul RM933 juta sudah tentu berkait rapat dengan kedudukan FGV sebagai inisiatif utama pentadbiran (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak," katanya pada satu sidang media di Sungai Besi hari ini.

Beliau berkata sepanjang Tabung Haji terlibat di dalam FGV, keuntungan hasil dari penjualan saham syarikat itu hanyalah RM7.6 juta.

Jumlah itu, katanya adalah terlalu sedikit berbanding jumlah terkumpul yang dibayar oleh Tabung Haji untuk membeli saham-saham FGV pada harga RM1.3 bilion

Menurut Rafizi yang juga adalah ahli parlimen Pandan, berbeza dengan institusi pelaburan kerajaan yang lain seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) yang mengurangkan kerugian mereka dan mengambil langkah mengurangkan pegangan di antara 2012 hingga 2015.

Justeru, katanya rakyat mempunyai hak untuk mendesak supaya semua campur tangan politik di dalam Tabung Haji dihentikan segera.

Katanya, sebagai langkah awal untuk memberi jaminan kepada rakyat bahawa Tabung Haji akan dibebaskan dari campur tangan politik ialah dengan menukar Pengerusi Tabung Haji sedia ada dengan seorang yang lebih layak dan lebih ahlinya di dalam hal ehwal pelaburan Islam.

Baca Seterusnya......

1.5 Juta Pekerja Bangladesh Campur 7 Juta Pendatang Asing VS Rakyat Malaysia 30 Juta?

Sumber Beritasemasa


Bagi Berita Semasa sendiri saiz dan jumlah 1.5 pekerja Bangladesh yang bakal “berkampung” dan merebut sedikit sebanyak kekayaan Malaysia apabila dibandingkan dengan keadaan Malaysia adalah sesuatu yang luar biasa.

Sebagai kerajaan Malaysia yang telah diamanahkan perlulah mencari alasan yang terbaik bagaimana untuk membangunkan negara.

Mungkin mencari penyelesaian mudah seperti ini, dan kemudian menyalahkan orang lain atas dasar dan mekanisme yang dirangka oleh meraka yang berkuasa.

Belum campur lagi dengan lambakan pekerja asing berjumlah 2 juta hari ini. Bertambah teruk lagi lambakan pendatang tanpa asing PATI terus bermaharajalela di bumi Malaysia kita ini.

Mungkin menteri boleh bertanya kepada kalangan majoriti rakyat Malaysia yang beratur panjang setiap awal pagi menunggang motosikal di tambak Johor, untuk bekerja di Singapore. Apa agaknya kerja mereka di sana? Jurutera? Majistret? Doktor? Profesion tinggi?

Sekarang ini dilaporkan seramai 7 juta pendatang izin dan tanpa izin di Malaysia, iaitu hampir 1/4 daripada jumlah penduduk Malaysia.

Malaysia Sudah Bersedia Dengan Tambahan 1.5 Pendatang Asing?

P/S : Adakah kita mahu tunggu rumah anak bangsa kita dirompak, berlaku peningkatan jenayah di Malaysia dikalangan warga asing barulah kita mahu berfikir menggunakan akal yang waras tindakan terdahulu adalah satu kesilapan?

PP/S : Majikan memang mahu kurangkan kos, suka ambil pekerja asing sebab mahu untung lebih. Tetapi kerajaan yang telah dipilih rakyat perlulah ambil kira beban rakyat yang mahu sara keluarga, bayar cukai GST, cukai pendapatan, cukai pintu, cukai tanah, rumah, kereta, motor, tol dan sebagainya.

PPP/S : Bayar gaji berbelas ribu setiap bulan, dicampur pelbagai elaun yang ditanggung rakyat, hanya ini idea yang mampu dihasilkan?

Baca Seterusnya......

Monday, January 11, 2016

Ekonomi merudum: Bukan silap, kelemahan negara, kata PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, faktor-faktor luaran yang di luar kawalan akan mempengaruhi ekonomi negara dan ia bukan kesilapan atau kelemahan negara.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata faktor-faktor itu adalah seperti harga minyak dunia, kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat dan kelembapan ekonomi China.

"Kita sekarang berdepan dengan keadaan mencabar. Soal ekonomi berlegar sebagai soal utama dalam kalangan rakyat.

"Semua kena faham ia bukan kesilapan kita, bukan kelemahan kita tetapi faktor-faktor di luar kawalan kita. Sebab itu, apabila kita memasuki tahun 2016 ini, kita mesti beri tumpuan kepada apa yang kita boleh lakukan sebagai sebuah negara, kerajaan dan pentadbiran," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang pertama bagi tahun ini, di Putrajaya hari ini.

Hadir sama barisan menteri dan timbalan menteri di JPM, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Pada perhimpunan itu, Najib menjelaskan, kesan penyusutan ketara harga minyak mentah Brent yang menjunam daripada kira-kira AS$100 setong kepada antara AS$32 dan AS$33 setong ketika ini.

"Sudah tentu sebagai sebuah negara pengeluar minyak, ia memberi kesan kepada kita. Saya telah umumkan kesannya dalam RM30 bilion kekurangan hasil negara.

"Apabila kita bentangkan bajet, kita letak paras (harga minyak) pada AS$48 setong tetapi sekarang ia menjunam kepada antara AS$32 dan AS$33 setong. Dengan ini, kita perlu 'recaliberated' (pengubahsuaian) pada Bajet 2016," katanya.

Beliau juga berkata tindakan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat untuk 'normalise'kan (menormalkan) kadar faedah menyebabkan Dollar Amerika lebih kukuh berbanding nilai mata wang di seluruh dunia, termasuk Ringgit.

Selain itu, katanya, kelembapan ekonomi China juga memberi kesan kepada ekonomi Malaysia.

Beliau memberikan contoh seperti apabila berlakunya pengurangan pembelian kereta akan menyebabkan kurangnya pembelian tayar, sekali gus mengakibatkan pengurangan pembelian getah.

- Bernama

Baca Seterusnya......

TPPA / TTIP vs BRICS


Dendam USA ISRAEL pada BRICS.

USA mahu berperang dengan Russia dan China untuk selamatkan Bank Dunia, IMF dan bank-bank barat dikuasai oleh USA dan ISRAEL.

Penubuhan BRICS bakal memusnahkan ekonomi dan sistem perbankkan lintah darat bank-bank barat.

USA cuba sedaya-upaya tidak benarkan pakatan BRICS antara Russia China India Afrika Selatan dan lain-lain negara ujudkan institusi kewangan baru. Ini merampas sumber pendapatan USA dan ISRAEL. BRICS pakejnya lebih menarik dari TPPA/TTIP yang ditaja oleh USA.

Tindakan USA dan ISRAEL:

1- USA dan ISRAEL menggunakan bonekanya iautu Malaysia Ukraine dan Filipina untuk tujuan jahat rancangan memerangi Russia dan China.

2- 8hb. March 2014. #MH370 pesawat MAS milik Malaysia telah di hijack oleh USA mejoriti penumpangnya adalah warga China. USA cuba menggugut China melarang penubuhan BRICS bank dan AIIB asia investment berpengkalan di Shangai. USA juga menggunakan bonekanya Filipina sebagai pengkalan tentera USA untuk niat menyerang China.

3- 17hb. July 2014. #MH17 pesawat MAS milik Malaysia ditembak jatuh oleh boneka USA iautu Ukraine. USA memburukkan Russia kononnya tembak jatuh MH17. Russia dilabelkan sebagai pengganas agar negara lain tidak berminat menyertai BRICS dan memilih TPPA atau TTIP jika di Eropah.

Tindakan Russia dan China.

1- 15hb. July 2014. China teruskan membuka BRICS bank dan AIIB asia investment berpengkalan di Shangai. Yuan digunakan menggantikan Usd. Pinjaman Kadar bunga paling rendah diplenet 0.6%-2%. Ini automatik membunuh bank-bank barat dan IMF yang memberi pinjaman kadar bunga yang tinggi maximum hingga 10%. Semua bank lintah darat dikuasai oleh USA dan ISRAEL akan musnah dan bangkrupsi.

2- December 2014. Russia mengenakan sekatan ekonomi terhadap Ukraine dan Eropah yang menyokong USA dan ISRAEL.

3- March 2015. Russia membongkarkan semua rahsia kejahatan USA NASA dan Pentagon menipu masyarakat dunia. Russia memanggil pulang semua pakarnya dari NASA dan Pentagon. Tiada manusia berjaya sampai ke bulan ini semua pembohongan dari USA. Hanya nabi Muhammad sahaja manusia pertama berjaya melepasi angkasa lepas hingga ke plenet muntaha.

4- 30hb. September 2015. Russia masuk ke Syira menyerang semua terrorists ISIL yang ditaja oleh USA. Russia akan membalas dendam hapuskan semua askar terrorist USA merompak minyak Syira Iraq Afghanistan Libya hingga ke Afrika. Ini akan dilakukan secara berperingkat-peringkat oleh Russia hingga timur tengah bebas dari penjenayah USA-NATO-ISRAEL. Russia akan musnahkan semua pendapatan haram USA ISRAEL hingga mereka ini bangkrupsi.

5- 23hb. September 2015. China disokong Russia merampas pulau Spratly di laut China Selatan. China merampas pulau ini kerana USA mengugut untuk menyerang China. China percaya sejak zaman perang candu sekutu British menyerang datang dari arah laut China Selatan. China membina 9 kubu besar dan 1 landasan kapalterbang dipulau Spratly untuk pertahanan negara mereka jika di serang USA.


Rancangan Russia dan China.

1- Setelah semua kegiatan perniagaan haram sekutu USA dan ISRAEL ini dimusnahkan dan timur tengah bebas dari cengkaman penjenayah barat. Barulah projek mega BRICS infrasuktur menghubungkan 3 benua ini dijalankan.

2- Pembinaan projek mega BRICS The Slik Road highway dan keretapi laju menghubungkan China- Mongolia- Russia- Belarus- Poland- Germany.

3-Pembinaan projek mega BRICS laluan Lautan Maritime Slik Road (MSR) China- Teluk Parsi- Laut Mediterranean melalui asia tengah dan laut Hindi. Ini akan menghubungkan 3 benua Asia Eropah dan Afrika jalinan rakan ekonomi global BRICS.

Kesimpulannya semua perniagaan penjenayah USA-NATO-ISRAEL di dunia ini perlu dihapuskan dulu barulah projek mega BRICS dijalankan. Ini bertujuan untuk mengelakkan lanun-lanun boneka terrorist USA-NATO-ISRAEL menganggu dan sabotaj projek mega anggota menyertai BRICS...

Jenayah USA-NATO-ISRAEL membawa padah laporkan pada kerajaan Russia jika ujudnya boneka ISIL terrorist USA. Tolak pembohongan TPPA/TTIP ditaja terrorists USA.

Baca Seterusnya......

Mengapa Thailand, Filipina tak sertai TPPA? soal pakar

Sumber Mkini

Seorang pakar ekonomi negara, Jomo Kwame Sundaran melontarkan soalan mengapa Malaysia begitu berminat untuk menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sedangkan negara-negara seperti Thailand dan Filipina memilih untuk menjauhkan diri.

"Mengapa Thailand tidak berminat? Mengapa Filipina yang begitu rapat dengan Amerika Syarikat, tidak berminat?

"Adakah terdapat begitu banyak manfaat yang Filipina dan Thailand tidak nampak?" soalnya selepas menghadiri forum TPPA 2016, anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia.

Dalam kes Indonesia, jelas beliau, ada yang berhujah bahawa negara itu mempunyai kerajaan yang baru dan ditambah semangat nasionalisme yang menebal menyaksikan mereka menarik diri daripada TPPA.

"Bagi Singapura pula, mereka mempunyai lebih banyak konsesi daripada apa yang terdapat dalam TPPA. Jadi bagi mereka, perjanjian itu tidak membebankan langsung.

“Brunei adalah sebuah negara yang kecil yang tidak cuba untuk membangunkan. Harapan mereka minyaknya akan kekal selama-lamanya.

"Dalam kes Vietnam, mereka telah buat pengiraan Mereka pernah berperang dengan China kira-kira 35 tahun yang lalu, mereka mempunyai banyak masalah dengan China, mereka sangat kecewa dengan kerajaan China, jadi mereka membuat keputusan strategik iaitu bersama Amerika Syarikat," kata bekas pegawai kanan ekonomi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu.

Dengan memeterai TPPA, Jomo berkata, Najib akan menguburkan ikrar bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussin yang mahu menjadikan ASEAN sebagai 'zon keamanan, kebebasan dan berkecuali (ZOPFAN).

Menurutnya, bukan menjadi rahsia bahawa agenda utama TPPA bagi Amerika Syarikat adalah untuk mengecualikan China.

"Kita boleh fahami, mengapa Vietnam, bekas seteru ketat Amerika berminat untuk menyertai TPPA iaitu untuk menguatkan hubungan dua hala dengan jiran gergasinya yang sukar itu.

"Tetapi mengapa kerajaan Malaysia begitu berminat untuk menyertai sedangkan manfaat ekonominya adalah meragukan serta risiko yang besar yang terlibat?” soalnya.

Baca Seterusnya......