Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, November 14, 2012

Tunang Buat Laporan Polis Palsu Wang Hantaran Kahwin Di Rompak

 
BaTU PAHAT: Pening memikirkan wang hantaran tidak cukup, seorang lelaki melakukan tindakan bodoh untuk menyelesaikan masalahnya apabila membuat laporan polis palsu kononnya dia disamun ketika mengeluarkan wang untuk dijadikan hantaran kahwin di bank, sebelum menghilangkan diri
.
Lakonan lelaki berusia 24 tahun itu menyebabkan tunangnya serta keluarga menanggung malu apabila majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung Jumaat lalu, dibatalkan dan ditukar ditukar kepada majlis doa selamat.


Tunang lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Noor, 23, berkata, bakal suaminya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) empat hari sebelum hari persandingan pada 29 Oktober lalu dan memaklumkan dia menjadi mangsa samun.

“Dalam SMS itu dia memberitahu disamun ketika mengeluarkan wang daripada bank di Sungai Dulang sebanyak RM18,000 untuk perbelanjaan majlis perkahwinan kami termasuk wang hantaran RM12,000.

“Curiga dengan mesej yang diberikan, saya membuat pemeriksaan di bank berkenaan dan diberitahu tunang saya tidak mempunyai akaun di bank itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Baca Seterusnya......

Tuesday, November 13, 2012

Orang kaya vs orang miskin.


Orang miskin : Mohon kerajaan kurangkan cukai kereta supaya kami boleh gunakan lebihan wang untuk tampung perbelanjaan lain.

BN : Tak boleh. Nanti negara bankrup.

Orang kaya : Motor besar sebiji mana cukup. Kalau ada 2, 3 jenis oke juga.

BN : Saya bercadang untuk turunkan cukai motor berkuasa besar.

Orang miskin : Harga barang semakin mahal.. kami terbeban.. mohon kerajaan berbuat sesuatu..

BN : Tak boleh. Hari neh gula naik. Esok tepung pula. Dan tiap2 hari BARANG NAIK. Rakyat jangan malas berusaha cari rezeki.

Orang kaya : Barangan mewah imported makin mahal la..

BN : Dengan ini saya umumkan penurunan cukai untuk barangan mewah..

Orang miskin : Mohon kerajaan pertimbangkan permintaan kami untuk mendapatkan perubatan berkualiti dengan harga yang setimpal..

BN : Tak boleh. Nanti interfere sistem ekonomi.

Orang kaya : Kalau semua orang diwajibkan bayar insurans kesihatan pun bagus juga.. tak seme sakit tapi seme bayar insurans.. hehe

BN : Baiklah. Kita wujudkan sistem 1care. Seme wajib bayar insurans untuk mengubati penyakit masing2 kecuali penyakit kritikal.

Beginila cara kita dilayan di malaysia. Majoriti rakyat bukan orang kaya. Tetapi minoriti yang kerajaan jaga dan pentingkan. Memang BODOH kalau lue orang pangkah bn lepas neh. Lue fikirlah sendiri.-Sumber Facebook

Baca Seterusnya......

Isteri Solehah Bahagia Ke Syurga

Selangkah ke alam perkahwinan bererti selangkah kita menuju ke satu dunia baru. Dunia di mana kita bersama dgn pasangan bakal melayari kehidupan sendiri dengan tanggungjawab sendiri.

Bagi seorang perempuan, tanggungjawabnya sudah terletak pada suaminya. Malahan, suaminya perlu didahulukan berbanding kedua org tuanya. Sebagaimana sabda Rasulullah salallahu'alaihiwasallam yg bermaksud :

Sekiranya Aku boleh menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain , nescaya aku akan menyuruh si isteri untuk sujud kepada suaminya. - (Hadis Sahih riwayat Abu Daud dalam Kitab an-Nikah bab 41 , Tirmizi no : 1159 , Ahmad : 4/381 dan Al-Hakim : 2/187.Ianya disahihkan serta dipersetujui oleh Az-Zahabi)

Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa..” (surah al-Furqan ayat 74)

Apabila kita berkahwin dgn pasangan kita, bererti kita juga harus 'berkahwin' dgn semua anggota keluarganya. Keluarga suami seperti keluarga kita dan ibunya juga perlu dianggap seperti ibu kita sendiri. Allah subhanahuwata'ala juga telah menetapkan bahawa seorang isteri itu wajib menghormati suami dan keluarga suami. Dalam Islam juga telah digariskan bahawa lelaki akan terus bertanggungjawab terhadap ibunya walaupun sudah bernikah dan sebagai isteri, kita tidak boleh menafikan hukum yg telah Allah tetapkan. Mencalarkan hati ibu mertua, samalah ertinya dia telah mencalarkan hati suaminya. Jika kita sering merungut kpd suami kerana melebih-lebihkan ibunya sendiri drpd kita dan jika suami tidak redha perbuatannya, maka derhakalah isteri itu dan dia tidak akan mendapat keredhaan drpd Allah. Na'uzubillah.

Sabda Rasulullah salallahu'alaihiwasallam yg bermaksud :
" Wanita yang menyulitkan suami dalam urusan penghidupan atau memaksa sesuatu yang tidak terpikulkan olehnya, maka Allah tidak akan menerima ibadah dan amal kebaikannya sampai dia bertaubat "

Bagi seorang isteri, dia akan mendapat pahala untuk seluruh kebaikan yg dilakukan suaminya, tetapi tidak menanggung dosa atas setiap dosa suaminya itu. Untuk menjadi isteri yg solehah, kita harus tahu dan sentiasa tanamkan dalam fikiran kita bahawa tanggungjawab seorang anak lelaki walaupun sudah berkahwin dia masih punya tanggungjawab dan kewajipan kpd kedua ibu bapanya. Dan sbg isteri yg solehah kita perlulah sentiasa mengingatkan suami akan tanggungjawabnya itu.

Demi diriku dalam genggaman-Nya , seseorang perempuan itu tidak dikatakan telah menunaikan hak Tuhannya melainkan setelah ia menunaikan terlebih dahulu hak suaminya. (HR al-Baihaqi dalam al-Kubra : 29207)

Jika dilihat dlm kaca-kaca TV sering memaparkan kisah-kisah antara menantu dan ibu mertua. Ada antaranya mertua tidak senang dgn menantu, tetapi yg lebih parah adalah kisah menantu yg tidak senang dgn mertua sendiri. Kita perlu ingat, jika tidak kerana ibu mertua kita tiadalah wujud suami kita. Seharusnya kita berterima kasih kpd mertua yg telah melahirkan, membesarkan dan mendidik suami kita sehingga menjadi manusia yg berguna. Anggaplah ibu mertua kita spt ibu kita sendiri dan sayangilah dia spt kita sayangkan ibu kita sendiri.

Sentiasalah ingat bahawa syurga seorang anak adalah di telapak kaki ibunya manakala syurga seorang isteri adalah apabila taatkan suaminya. Taat bererti patuh kepada perintah dan kehendak suami kecuali apabila suami menyuruh melakukan dosa dan ia menduduki tempat kedua selepas taat kepada Allah dan Rasul.

Akhir kalam, marilah kita berusaha untuk menjadi isteri dan anak yg soleh dan solehah yg diberkati Allah. Wallahu'alam.

Baca Seterusnya......

Kisah Allah Menciptakan Jibrail A.S

Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa,

“Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibrail mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika Jibrail menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini”.

Setelah memandang dirinya yang tampak begitu indah dan sempurna, maka malaikat Jibrail pun berkata kepada Allah,
“Wahai Rabbku, apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik daripada aku?”
Kemudian Allah pun menjawab pertanyaan malaikat Jibrail,

“Tidak”.

Mendengar jawapan Allah, maka malaikat Jibrail pun berdiri dan melakukan solat dua rakaat untuk bersyukur kepada Allah. Pada setiap rakaat solat yang dikerjakan oleh malaikat Jibrail, dia menghabiskan masa selama 20,000 tahun lamanya.

Setelah malaikat Jibrail selesai melaksanakan solatnya, kemudian Allah pun berfirman kepadanya,

“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembahKu seperti ibadah yang kamu lakukan, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia, yang paling Aku cintai bernama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.

Seandainya mereka mengerjakan solat dua rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang, dengan pikiran yang melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai daripada solatmu. Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan solat itu atas perintahKu sedangkan solat kamu bukan atas perintahKu”.

Setelah mendengar hal tersebut, Jibrail pun kembali bertanya kepada Allah,

“Ya Rabbku, apakah yang Engkau berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka kepadaMu?”

Maka Allah berfirman yang ertinya,

“Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal mereka”.

Malaikat Jibril kemudian meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa tersebut.

Setelah Allah memberikan izin kepadanya, maka malaikat Jibrail pun mengembangkan sayapnya dan terbang menuju syurga Ma’waa. Satu hayunan sayap malaikat Jibrail adalah sama dengan jarak perjalanan selama 3000 tahun. Maka terbanglah malaikat Jibrail selama beberapa lama perjalanan, malaikat Jibrail akhirnya kepenatan dan turun untuk singgah dan berteduh di bawah sebuah pohon. Di sana ia bersujud kepada Allah lalu berkata,

“Ya Rabbku, apakah aku telah menempuh setengah atau sepertiga atau seperempat dari perjalanan menuju ke syurga Ma’waa?”

Maka Allah pun berfirman,

“Wahai Jibrail, meskipun kamu mampu terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa puluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan”.

Sabda Rasulullah,

“Sebelah kanan sayap Jibrail terdapat gambar syurga berserta dengan segala isinya termasuk bidadari-bidadari, istana, pelayan dan sebagainya manakala sayapnya yang sebelah kiri terdapat gambar neraka dan segala isinya yang terdiri daripada beberapa macam ular yang cukup bisa, kala jengking dan neraka yang bertingkat-tingkat serta penjaganya yang terdiri daripada malaikat yang garang dan ganas yakni malaikat Zabaniyah“.

Kata Rasulullah lagi,

“Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang kecil pada badan manusia kemudian mereka akan menarik rohnya dari kedua telapak kaki hingga lutut dan mereka pun keluar. Setelah itu datang lagi sekumpulan malaikat masuk menarik roh dari lutut ke perut. Begitulah seterusnya dari perut ke dada dan dada ke kerongkongnya. Itu saat nazak seseorang”.

“Kalau orang yang nazak itu orang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang itu dapat melihat kedudukannya di syurga sehingga terlupa orang-orang di sekelilingnya. Jika orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap sebelah kiri untuk menunjukkan tempatnya di neraka sehinnga ia menjadi sangat takut serta lupa kepada keluarganya”,

Kata Rasulullah.

Kita sebagai umat Islam mesti mengakui kebenaran ini dan ia adalah sama seperti kita beriman kepada perkara ghaib. Tidaklah mustahil bagi Allah untuk menciptakan segala sesuatu kerana Dia maha pencipta. Cukuplah sekadar kita melihat langit yang tidak bertiang, bukankah ia perkara mustahil bagi manusia untuk membuatnya?

Baca Seterusnya......

Semakan keputusan upsr 2012 secara online dan sms

tarikh semakan keputusan upsr 2012 secara online dan sms
Semakan keputusan UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) bagi tahun 2012 boleh disemak pada 19/11/2012. UPSR merupakan peperiksaan untuk menilai pencapaian pelajar akhir tahun enam di pendidikan sekolah rendah. UPSR mempunyai subjek wajib seperti subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Seramai 517,139 calon yang telah mengambil peperiksaan UPSR 2012 tahun ini. Calon boleh membuat semakan keputusan UPSR 2012 (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2012) di sekolah masing-masing pada 19 November 2012. Tarikh keputusan UPSR 2012 diumumkan ialah 19 November 2012 bermula pukul 10 pagi. Cara semakan keputusan UPSR juga boleh dibuat secara online dan SMS.

Semakan keputusan UPSR Online (UPSR 2012 result):

  • Pergi ke laman web SAPS, saps.moe.gov.my
  • Klik butang Semakan Ibu Bapa yang berwarna merah.
  • Masukkan No Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah dan   seterusnya klik butang Semak Laporan
Semakan Keputusan UPSR Secara SMS (Sistem Pesanan Ringkas):
  • Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888

Baca Seterusnya......

Artifak emas abad ketiga Sebelum Masihi ditemui


MAHKOTA emas yang ditemui di sebuah makam dekat Kampung Sveshtari, Bulgaria pada Khamis lalu. 

SOFIA - Sejumlah artifak emas pada abad ketiga Sebelum Masihi dipamerkan oleh pihak Muzium Arkeologi Bulgaria di sini kelmarin.

Antara artifak yang ditemui itu ialah patung emas berbentuk muka kuda, cincin, mahkota dan gelang emas.

Sekumpulan ahli arkeologi menemui artifak itu semasa melakukan kerja-kerja penggalian di sebuah makam dekat Kampung Sveshtari di utara negara ini pada Khamis lalu.

Artifak tersebut milik suku kaum Thrace, Getae pada akhir abad keempat atau permulaan abad ketiga Sebelum Masihi.

Menurut ketua pasukan arkeologi itu, Diana Gergova, makam tersebut mungkin mempunyai kaitan dengan pemerintah Getae, Cothelas.

Dia berkata, ia kemungkinan ditanam pada satu majlis pengebumian.

Baca Seterusnya......

Saham FGVH Jatuh Di Bawah Harga Senarai

 Saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) merosot ke paras paling rendah sejak disenaraikan pada 28 Jun lalu.

Saham itu didagangkan pada harga penutup RM4.60 pada 9 November, hanya 5 sen lebih tinggi daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) RM4.55 sesaham.

Pagi ini, saham FGVH terus merosot ketika diniagakan pada pukul 10.46 di paras terendah RM4.53 sebelum kembali naik pada sesi penutup tengah hari.

Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Rebim Birham mendakwa kejatuhan saham FGVH telah dijangka sejak awal berdasarkan penyenaraian yang tidak telus serta menggunakan secara ‘paksa’ tanah-tanah peneroka sebagai modal.

“Pihak pelabur melihat penyenaraian FGVH ini lebih kepada tindakan politik dan bertujuan meraih untung jangka pendek untuk individu atau golongan tertentu. Pihak yang berkepentingan menjual saham sebaik sahaja harga naik.

“Oleh itu, pelabur jangka panjang enggan terus melabur atau menambah pelaburan. Pelabur antarabangsa yang dijangka akan masuk pula tidak berminat apabila mendapati senario politik tidak lagi menyebelahi BN.

“Bagi menyekat kejatuhan berterusan ini, kita desak Pengerusi Felda Isa Samad yang bertanggungjawab ke atas penyenaraian meletak jawatan segera agar tempatnya boleh diisi oleh orang lain yang lebih berkelayakan,” kata Rebin ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman pula berkata kepada Harakah Daily, kejatuhan berterusan saham FGVH menambah penderitaan peneroka yang sebelum itu telah diperdaya membeli saham tersebut.

“Jika harga saham RM4.78 pun dikira peneroka sudah rugi setelah ditolak interest dan bayaran kepada bank. Kalau harga hari ini RM4.61 bermakna ia sudah jauh jatuh, sudah negatif,” katanya.

Tambahnya, apabila rugi pemegang saham tidak dapat menjual saham, akhirnya mereka bukan menikmati durian runtuh tetapi menghadapi malapetaka.

Baca Seterusnya......