Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, January 24, 2013

Miros guna Quadcopter

ABDUL RAHMAT (dua dari kanan) dan pegawai Miros menunjukkan Quadcopter yang digunakan untuk menyiasat kes kemalangan di Kajang semalam.
KAJANG – Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) kini menggunakan teknologi helikopter kawalan jauh bagi menyiasat kes kemalangan maut yang berlaku di negara ini dengan lebih berkesan dan menyeluruh.

Ketua Penyelidik Unit dan Rekonstruksi Kemalangan Miros, Abdul Rahmat Abdul Manap berkata, penggunaan gajet terbaharu dikenali Quadcopter dan dilengkapi bersama kamera resolusi tinggi itu mampu mengenal pasti data kemalangan maut dengan lebih mudah.

Ujarnya, analisis kes-kes seperti itu bukan hanya tertumpu kepada aspek kenderaan dan gaya pemanduan sahaja, malah ia turut merangkumi reka bentuk jalan raya, papan tanda serta elemen persekitaran.

“Miros menjalankan siasatan menyeluruh termasuk kaitan faktor keadaan jalan, papan tanda yang tidak sesuai atau halangan pokok yang mungkin menjadi penyumbang kepada kemalangan.

“Penggunaan Quadcopter dapat merakam imej menyeluruh dalam radius lebih luas di kawasan kemalangan melalui sudut yang lebih tinggi dengan dikawal oleh pegawai-pegawai Miros,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.


Baca Seterusnya......

Kereta hibrid bergerak guna udara



KERETA hibrid keluaran PSA Peugeot Citroen yang bergerak menggunakan tenaga udara mampat.


PARIS - Gergasi pengeluar kereta Perancis, PSA Peugeot Citroen menyatakan rancangan untuk menjual kereta hibrid berkuasa udara mampat menjelang 2016.

Menurutnya, kereta hibrid itu mampu menjimatkan petrol sebanyak 45 peratus manakala penjimatan 85 peratus dapat dicapai bagi pemanduan dalam bandar.

Penjimatan tersebut, kata PSA Peugeot Citroen, dapat dicapai ekoran kereta itu bergerak menggunakan tenaga udara mampat untuk hampir keseluruhan pemanduan bandar melibatkan kelajuan kurang 70 kilometer sejam.

Kebanyakan kereta hibrid masa kini dijana oleh petrol dan tenaga elektrik.

Teknologi terbaharu itu juga tidak memerlukan kereta tersebut dicaj semula seperti kereta elektrik kerana udara mampat itu disedut dari persekitaran.

Kereta hibrid terbaharu itu juga lebih murah untuk diselenggara kerana tidak memerlukan pertukaran sel elektrik seperti kereta hibrid masa kini.


Baca Seterusnya......

Rizab minyak didaratan : Pusat dan Petronas bakal melopong


Ura-ura mengatakan terdapat rizab minyak dalam jumlah besar di Kota Bharu dan beberapa lokasi berhampiran di Kelantan bakal terjawab apabila kerajaan negeri bersetuju untuk melantik sebuah syarikat yang akan mengkaji secara sah kewujudan hasil bumi itu.

Pengerusi Jawatankuasa, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, kelulusan berkenaan perkara itu dicapai pada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini dan proses pelantikan syarikat berkenaan akan dilakukan dalam waktu terdekat.

“Kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk melantik satu syarikat bagi mengkaji isu ini.“Bila ia disahkan satu hari nanti, bahawa kita mempunyai rizab minyak di darat, apakah Kerajaan Pusat bersetuju bahawa 100 peratus milik kerajaan negeri sebagaimana hujah digunakan sekarang, iaitu jika ditemui telaga minyak di daratan pusat tidak mempunyai hak,” katanya kepada media  selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Husam berkata, beliau akan berunding dengan syarikat yang berkemahiran dalam perkara itu bagi mempercepatkan proses penemuan minyak di daratan negeri ini, termasuk mengguna pakai setiap undang- undang yang ada bagi menghasilkan sendiri pengeluaran minyak tersebut.

“Kita mempunyai rizab daratan, sekiranya Petronas terus berdegil ia akan menjadi satu pertikaian baru dan Kelantan akan menggunakan semua instrumen yang ada untuk mengusahakan sendiri minyak di daratan ini tanpa mengambil kira kedudukan Petronas,” katanya.

Mengulas mengenai anggaran keluasan kawasan yang ditemui, Husam berkata, ia lebih besar dari rizab di lautan.

“Saya tak boleh buat sepekulasi. Yang pentingnya adalah, Kelantan pada asasnya mempunyai rizab minyak di daratan,” katanya.


Baca Seterusnya......

Thursday, January 17, 2013

Gambar JMF di Perlawanan Johor VS Kelantan. Perlawanan Bola Sepak @ Perang?

Sumber Beritasemasa

Gambar Johor Military Force JMF Isu JMF: Gambar JMF di Perlawanan Johor VS Kelantan. Perlawanan Bola Sepak @ Perang?
Isu JMF Johor : Kami fikirkan dengan ada FRU cukup untuk menjaga keadaan dan persekitaran di dalam stadium ketika perlawanan berlansgung. Sangkaan kami meleset. Rupanya ketika berlangsungnya perlawanan Johor VS Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke IV tempoh hari memerlukan kelibat “tentera swasta” merujuk kepada Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johor Military Force JMF) sekitar 6 orang lengkap beruniform dan bersenjata rifle M4 carbin untuk menjaga keselamatan pegawai dan pemain Johor. Hebat…..


Pasukan bola sepak Angkatan Tentara Malaysia (ATM) sendiri pun tidak bertindak sebegitu rupa. Mengapa JMF pula….? Ini hanya perlawanan bola sepak bukannya peperangan. Berlawanan bola sepak pun dengan bangsa sendiri dan rakyat Malaysia. Jadi?

Nampaknya, kelihatan apabila melibatkan “tugas luar”, mereka menggunakan uniform Regimen Gerak Khas (RGK). Siapa berikan mereka kebenaran untuk menggunakannya semasa mereka ini dihantar ke Kelantan? Jika tahu siapa pemerintah Kem Iskandar, anda akan tahu jawapannya……
Regimen Gerak Khas RGK Johor Isu JMF: Gambar JMF di Perlawanan Johor VS Kelantan. Perlawanan Bola Sepak @ Perang?
Berdasarkan semakan kami, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai hak dan kuasa untuk menahan JMF semasa berada di Kelantan. Boleh ditahan atas 3 sebab :
  1. memiliki senjata tanpa permit
  2. membawa senjata tanpa permit/kebenaran
  3. memasuki negeri Negeri Kelantan tanpa kebenaran apatah lagi dilihat beruniform lengkap dan bersenjata
Dan kerajaan negeri Kelantan mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang melarang “tentera swasta” ini (merujuk kepada JMF) daripada memasuki negeri Kelantan.

JMF hanya untuk negeri Johor sahaja. Jikalau diikutkan JMF in hanyalah di dalam kategori Perkhidmatan Sokongan di dalam Senarai Perkhidmatan Kerajaan. Jadi timbul 3 persoalan kami di sini…
  1. Bagaimana pendirian FAM dalam perkara ini?
  2. Apa kelebihan JMF kerana dibenarkan masuk ke stadium dengan bersenjata?
  3. Adakah kuasa JMF lebih tinggi dari Polis & tentera Diraja Malaysia?
Mengapa masuk negeri orang dengan cara yang sebegini rupa? Setiap pemegang senjata api kena PATUH pada terma dan syarat yang diberikan oleh PDRM. Tidak kira ADUN atau Ahli Parlimen atau….

Koleksi 6 Gambar JMF (Johor Military Force) Di Perlawanan Johor VS Kelantan

Isu ini perlu dipandang serius & keselamatan orang awam. Kami tidak mempersoalkan andaikata ia berlaku di dalam jajahan takluk negeri Johor sepertimana termaktub dalam undang2 tubuh negeri Johor. Tetapi apa yang berlaku sekarang ini ia berlaku jaaa…….uh dari negeri Johor. Ke mana perginya anggota keselamatan kita sehinggakan pelrunya pengawal keselamatan bersenjata Johor berkawal di stadium?

Sejauh mana kuasa Pengawal Keselamatan Johor sehinggakan ianya boleh merentas ke negeri-negeri lain? Hakikatnya ianya hanyalah berkisar tentang BOLASEPAK!!! Bolasepak sahaja. Negara ini ada undang-undang yang telah dipersetujui oleh semua. Sebarang urusan keselamatan (Polis) & urusan pertahanan (Tentera) adalah bidang kuasa Persekutuan, walaupun untuk negeri Johor. Jadi hormatilah!

P/S : FAM perlu mengeluarkan kenyataan hitam putih tentang perkara ini kerana ia melibatkan soal keselamatan & undang-undang.


Baca Seterusnya......

Monday, January 14, 2013

Keindahan ladang Bunga TULIP Di Belanda

Terang jalur ungu, kuning, merah, merah jambu, oren dan hijau membuat campur aduk Technicolor gemilang, ini adalah, sebenarnya ladang bunga Tulip di Belanda utara .

Dengan lebih daripada 10,000 hektar dikhaskan untuk penanaman bunga-bunga halus, landskap Belanda pada Mei kaleidoskop warna pening.  

Ditanam pada akhir Oktober dan awal November, dan ciptaan ini berwarna-warni kini bersedia untuk dipilih dan dijual sebagai tandan bunga di kedai bunga dan pasar raya. Lebih daripada tiga bilion tulip berkembang setiap tahun dan dua pertiga daripada bunga yang meriah dieksport, kebanyakannya ke Amerika Syarikat dan Jerman.












Baca Seterusnya......

Kisah Islamnya Ilmuan Kafir Setelah Mengetahui Bakteria Dalam Air Liur Anjing

 
Seorang ilmuan besar yang mendalami bidang bakteria berkunjung ke Mesir untuk mensekolahkan anaknya dan dia sendiri memperolehi pekerjaan dalam bidangnya tersebut. Pada suatu hari dia membaca buku hadith yang berkaitan dengan masalah kesihatan. Tiba-tiba dia tidak percaya ketika membaca hadis Nabi saw,

“Jika seekor anjing menjilat perkakas rumah salah seorang di antara kamu, maka cucilah alat (tempat) itu tujuh kali, satu kali di antara yang tujuh itu dicampur dengan tanah ..”

Sejenak dia berdiam menatap hadis itu. Dalam dirinya mula timbul soalan-pert anyaan: Perintah mencuci tujuh kali itu memang perlu dilakukan, dan merupakan kewajipan, namun mengapa Nabi masih menyuruh membasuh tempat itu satu kali dengan tanah? Tidakkah dengan memakai air sahaja sudah cukup?

Soalan itu terus mengganggunya. Kemudian dia mengambil sebuah alat rumah dan membiarkannya dijilati anjing. Lalu mencucinya dengan air tujuh kali. Selepas itu ia teliti dengan menggunakan mikroskop, dan yang terlihat: Berjuta-juta bakteria masih melekat di tempat itu. Bermakna mencuci dengan air tidaklah cukup untuk menghilangkan bakteria atau kuman-kuman penyakit anjing yang melekat ditempat tersebut.

Sekarang dia cuba sekali lagi, mencuci tempat itu dengan debu tanah. Dan setelah diteliti, ternyata, kuman-kuman telah hilang seluruhnya.

Soalan yang timbul dibenaknya sekarang: Siapa yang memberitahu hal ini kepada Muhammad? Padahal penemuan rahsia bakteria baru diketemukan oleh Pasteur (1822-1895). Bukankah jauh sekali jarak antara Muhammad dengan Pasteur? Bermakna penemuan Pasteur hanyalah mengulang penemuan lama, di mana Muhammad telah mengetahui bahawa bakteria atau kuman penyakit itu ada pada anjing dan dapat dihilangkan hanya dengan menggunakan debu dan dibasuh dengan air enam kali. Siapa yang memberitahu hakikat ilmiah ini kepada Muhammad?

Subhanallah, Allah SWT lah yang memberi petunjuk kepada Nabi Muhammad SAW, segala hal yang bermanfaat bagi umatnya.

Dan akhirnya keyakinan ilmuan tersebut mengukuhkan nya untuk masuk Islam bersama puterinya yang kala itu ikut bersamanya ke Kaherah.

Maha Suci Allah, yang atas kurnia dan rahmatNya terbukalah setiap jalan kebaikan ..

Wallahu a’lam bishawab

sumber: halimislam.com


Baca Seterusnya......

Himpunan Kebangkitan Rosmah: Najib terpaksa bagi beras untuk kumpul 15,000 orang

 
Selain Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung di Stadium Merdeka , satu lagi himpunan yang bertemakan rakyat juga telah berlangsung di semenyih dan ianya adalan anjuran Barisan Nasional.

Dengan bertemakan "Himpunan Rakyat bersama Perdana Menteri” ianya telah diadakan pada hari yang sama dengan hari “Himpunan Kebangkitan Rakyat “ iaitu pada 12 Jan (Sabtu) di Dataran TESCO, Bandar Rinching Semenyih pada jam 9.00 pagi.


SMS mengenai perkara ini telah disebarkan beberapa hari yang lalu kepada kebanyakkan penduduk Selangor oleh Barisan Nasional Selangor.

Bernama melaporkan lebih dari 15,000 ahli Barisan Progresif India (IPF) dan ahli-ahli dari lain-lain komponen Barisan Nasional telah hadir dalam majlis tersebut sebagai menunjukkan sokongan mereka terhadap Najib. baca di ( SINI )

Tapi Pencacai UMNO laporkan lebih dari 40,000 hadir dengan bermodalkan sekeping gambar..


Kalau BN Pusat yang anjur boleh tenggelam pusat bandar Kuala Lumpur?.. Kah.. kah..kah.. kesiannya kat dia..

Berikut pula adalah video dari TV3 yang memaparkan Najib sedang berucap dalam majlis itu, jangan dengar apa Najib auta tu lihat berapa orang yang hadir dalam majlis Najib itu sebenarnya..
Video sila lihat di ( SINI )
Berapa orang??.. Kameraman pun malu nak fokus kepada hadirin..

Tetapi adakah anda yakin bahawa kehadiran mereka adalah benar-benar kerana untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap Najib??.. gambar-gambar di bawah memberikan jawapannya...


Lautan? Manusia juga hadir..

Mereka dilayan umpama pelarian..
Hanya untuk mendapatkan sedikit imbuhan..
Ada yang pengsan kerana bersesak-sesak untuk mendapatkan habuan
Habuannya hanya sekampit beras dan juga tepung.


Baca Seterusnya......