Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Saturday, May 4, 2013

Seruan untuk anggota polis dan tentera, ayuh bersama rakyat perbetul negara!


Assalamualaikum Semakin hampir dengan hari mengundi, semakin terbongkar taktik penipuan BN. Banyak yang boleh diperkatakan tentang bukti kepada percubaan menipu dan semua lapuran akhbar media perdana tidak boleh dipercayai.Paling menyakitkan hati saya dan saya kira ramai rakyat Malaysia ialah pengakuan pemimpin UMNO bahawa Bangla serta warga asing yang diangkut dari Sabah itu adalah mpengundi berdaftar.Macam mana Bangla yang lahir di Bangla, datang ke Malaysia untuk mencari sesuap nasi tiba tiba boleh jadi pengundi berdaftar?

Rasa sungguh geram kepada pengerusi SPR yang berkata rakyat Malaysia tiada hak untuk menghalang Bangla  mengundi kerana mereka ada IC.
Apatah lagi sebelum ini akhbar media perdana melapurkan PR sengaja menuduh kerana takut kalah dan untuk melakukan huru hara.Geram sungguh rasa hati dengan puak puak ini.Juga tambah sakit hati apabila percubaan mengalihkan peti undi di balai polis cuba dinafikan sebagai kertas undi kosong yang dibawa untuk semakan.Apa, ingat rakyat buta dan tidak dapat melihat apa yang berlaku?

Apa tujuan BN melakukan semua ini? Apakah mereka mahu melihat pertumpahan darah apabila rakyat bangkit menetang semua penipuan ini? Perbuatan memberi IC dan mendaftar pengundi dari warga asing tidak boleh dibiarkan.Pengalaman di Lahad Datu menjadi pengajaran besar buat kita semua agar tidak berulang lagi di masa hadapan.Negara perlukan perubahan dan perubahan ini tidak mampu lagi ditangguh.Negara perlu diselamatkan dari kuasa asing menerusi warga asing.Untuk itu rakyat tidak perlu takut kepada bangsa asing yang merupakan warganegara Malaysia tetapi patut insaf dengan bahaya warga asing yang bukan warganegara tetapi diberi kewarganegara semata mata untuk menjaga kepenting BN.

Rakyat boleh melakukan perubahan sekarang dengan memilih mengundi PR dan kalau majoriti rakyat memilih PR, undi warga asing tidak akan memberi kesan tetapi yang ditakuti ialah sekiranya undi yang menghampiri 50% rakyat diberikan kepada BN, ada kemungkinan BN akan terus berkuasa dengan pertolongan warga asing.

Oleh itu setiap undi kepada BN bakal membawa kemusnahan negara dalam jangka panjang dan yang menanggung kemusnahan itu ialah generasi anak cucu kita.Jadi jangan biarkan anak cucu menyalahkan kita kerana memberi undi kepada BN.

Satu perkara yang membuatkan BN naik toncang ialah penglibatan anggota Polis dan Tentera yang ada senjata membantu mereka melakukan kemusnahan ini.Kelibat Bangla di KLIA masih dikawal rapi oleh anggota Polis yang semuanya warga negara yang sah.Alangkah pelik dan malang bagi kita, warga negara yang sah yang bekerja sebagai anggota Polis mengawal dan memberi banyak keistimewaan kepada warga asing yang merempat di negara mereka? Saya ingn bertanya kepada anggota polis sekelian, apakah perasaan anda bersubahat dengan BN? Bangga?

Sedarlah wahai anggota Polis sekelian, Anda sebenarnya bekerja untuk rakyat bukan untuk warga asing, patut menjaga keselamatan rakyat bukan warga asing malah warga asing jugalah yang telah membunuh rakan rakan anda di Lahad Datu.

Lantaran itu saya menyeru anggota Polis agar kali in tidak lagi patuh kepada BN yang hanya akan menghancurkan negara  satu hari ini.Kali ini anda diperlukan menjaga keselamatan rakyat  dan membantu rakyat membawa pengkianat negara ke muka pengadilan.

Seiring dengan itu juga, saya menyeru anggota Tentera yang sudah mempunyai ramai mantan pemimpinnya bersama PR agar turut memastikan tiada rakyat yang terkorban seandainya terpaksa bertembung dengan warga asing di hari mengundi nanti.-Tranungkite

Baca Seterusnya......

PECAH BERITA! Apa Muslihat OCPD Kuantan Hari ini?

Calon KEADILAN parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mempertikaikan arahan Ketua Polis Daerah (OCPD) Kuantan yang membenarkan peti undi awal serta dakwat kekal yang akan digunakan dalam pengundian umum esok dibuka tanpa kehadiran wakil calon.

Kesal dengan kejadian tersebut, Fuziah yang sudah hilang kepercayaan kepada polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta supaya ia dihentikan serta-merta kerana ia juga bertentangan dengan arahan SPR sendiri.

Janji SPR yang membenarkan wakil calon berada bersama dengan peti undi awal sepanjang masa sehingga hari mengundi nampaknya cuma tinggal janji.

Fuziah sendiri bergegas ke ibu pejabat polis (IPD) Kuantan dan meminta supaya kesemua proses membuka peti undi awal dan dakwat kekal dijalankan dengan kehadirannya

Jika tidak, peguam Fuziah akan melakukan tindakan undang-undang ke atas OCPD Kuantan dan Pegawai SPR terbabit.

Berikut merupakan kenyataan media Fuziah yang disiarkan di laman sosial Facebook miliknya sebentar tadi:

Kenyataan Media Fuziah Salleh. Naib Presiden KEADILAN 4hb Mei 2013.

Hari ini semua lokap yg menempatkan peti undi awal akan dibuka di atas keperluan mengeluarkan kertas-kertas undi serta dakwat kekal yang juga ditempatkan didalam lokap.

Sewaktu aktiviti ini berlaku peti-peti undi awal didalam keadaan tidak selamat.

Di dalam keadaan Umno dan BN merasa terdesak sekarang ini. Apa sahaja boleh berlaku.

Di Kuantan, arahan OCPD Kuantan bertentangan sama sekali dari arahan pengerusi SPR yang menjanjikan bahawa peti-peti undi awal boleh dijaga sepanjang waktu dari 30 April 2013 pada hari mengundi awal sehingga kertas undi di kira.

Akan tetapi arahan pengerusi SPR tidak diendahkan dan wakil calon diarahkan pulang oleh OCPD.

Kini saya di balai polis Kuantan.

Pengawai SPR sudah hadir untuk buka lokap.

OCPD tidak membenarkan saya masuk.

Saya pula bertegas, lokap tidak boleh dibuka tanpa saya.

Keselamatan peti undi awal tergugat.

Tahanan boleh mati di dalam lokap. Ini kan pula peti undi yang tidak boleh melawan.

Saya sudah hilang kepercayaan dengan institusi Polis.

Adakah Umno @ BN akan mencuri keputusan undi awal melalui institusi polis?

Kemungkinan ini tidak mustahil berlaku.

Fuziah Salleh. Naib Presiden KEADILAN

Baca Seterusnya......

Satu Lagi Kapal selam canggih Singapura mula operasi


Singapura: Sebuah lagi kapal selam paling canggih republik ini diisytiharkan siap untuk pertempuran kelmarin.
Ia sekali gus mengukuhkan lagi kekuatan tentera laut republik berkenaan dalam peperangan di bawah permukaan air.

RSS Swordsman ditauliahkan selepas dua tahun menjalani ujian dan latihan tembakan torpedo di Sweden dan di perairan lebih panas dan kakis di sini.
Kapal berkuasa diesel-elektrik sepanjang 60.5 meter itu adalah kapal selam kedua kelas Archer yang akan menyertai Skuadron 171 Tentera Laut Republik Singapura selepas RSS Archer diisytiharkan beroperasi pada 2011.

Skuadron kapal selam itu juga mempunyai empat kapal selam kelas Challenger.

Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam yang hadir pada majlis pentauliahan di Pangkalan Tentera Laut Changi berkata, upacara itu menandakan berakhirnya usaha tentera laut republik berkenaan untuk menggantikan sebahagian kapal selam kelas Challenger yang dibina pada 1960-an.
Menurutnya, kapal selam baru itu akan mengukuhkan keupayaan tentera laut Singapura mempertahankan laluan maritim Singapura .

“Daripada 80 peratus perdagangan dunia hari ini yang dilakukan menerusi jalan laut, lebih separuh daripadanya belayar menerusi Asia Tenggara.
“Tetapi industri perkapalan global kini berdepan dengan ancaman lanun dan keganasan maritim,” kata Tharman yang juga Menteri Kewangan.

Menurutnya, pertelingkahan merebut wilayah perairan juga berpotensi untuk menggugat kestabilan rantau ini, sekali gus mengancam kapal perdagangan.

“Untuk menangani ancaman seumpama itu dengan penuh yakin, Singapura membina pasukan pertahanan yang kuat menerusi pelaburan berterusan dan membenarkan pembelian senjata seperti kapal selam,” katanya.-Metro

Baca Seterusnya......

Mejer Zaidi Ditukarkan Kerana Buat Laporan Polis Dakwat Kekal Yang Tidak Kekal.

Sumber Kelab GB

Pegawai Pemerintah Skuadron No 12 Pengkalan Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Butterworth, Mejar Zaidi Ahmad ditukarkan serta merta ke Kuala Lumpur bermula hari ini kerana membuat laporan polis isu dakwat kekal yang tidak kekal.

Bagaimanapun, beliau memohon perpindahan itu ditangguhkan sehingga Isnin, 6 Mei minggu depan ekoran beliau sedang disiasat oleh Lembaga Siasatan TUDM di sini.

“Surat arahan telah dikeluarkan oleh TUDM di mana saya ditukarkan ke Kuala Lumpur hari ini. Tetapi saya minta tangguh ke Isnin kerana di sini pun sedang diadakan satu Lembaga Siasatan berhubung kes saya,” katanya dipetik Harakah Daily.

Kata Zaidi lagi, bukan sahaja pertukaran dibuat akibat arahan tersebut, malahan secara rasminya telah dilucutkan dari jawatan Pegawai Pemerintah No 12 Skuadron Pengkalan Udara Butterworth dan terlepas peluang dinaikan pangkat ke Leftenan Kolonel TUDM.

Dua hari lepas, Zaidi, isterinya Shafinah Abdul Hamid dan Juruteknik TUDM, Jamal Ibrahim membuat lapuran polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di Kepala Batas.

Laporan itu dibuat kerana dakwat kekal yang dicalit di jari telunjuk tangan kirinya semasa pembuangan undi awal luntur apabila dibasuh dengan sabun dan pencuci tangan.

Mereka antara pengundi awal yang menyangkal kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) kononnya dakwat yang digunakan boleh bertahan seminggu.

Baca Seterusnya......

Friday, May 3, 2013

Ribuan di 'Super Friday', janji minggu depan tiada tol

Dalam panas terik petang ini, lebih 5,000 hadirin yang majoritinya kaum Cina memenuhi Stadium Sultan Abdul Halim di Alor Setar bagi mendengar ceramah raksasa 'Super Friday' - kempen besar terakhir Pakatan di Kedah sebelum pilihan raya Ahad ini.

NONEKehadiran ramai kaum Tiong Hua dalam majlis anjuran DAP itu memecah 'kesunyian' mereka yang sebelum ini tidak menyatakan sokongan dengan terbuka dalam pilihan raya umum ke-13 kali ini.

Walaupun tanpa kehadiran Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi masalah pengangkutan dan kesesakan jalan raya, perhimpunan itu tetap menaikkan semangat penyokong Pakatan dengan ucapan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

NONEDalam riuh vuvuzela, Lim berucap menegaskan janji Pakatan, antaranya akan menghapuskan tol Lebuh Raya Utara-Selatan dengan segera - seminggu selepas pilihan raya.

"Kamu mahu tunggu ka? Mahu sokong BN? Saya tidak boleh tunggu, atau mungkin tak ada lagi. Kamu mahu tunggu?.

"Kalau 5 Mei ini, kamu pilih Pakatan Rakyat, minggu depan lebuh raya percuma... Mari kita undi beramai-ramai, tumbangkan BN, baru kita selamat ," kata Lim sambil diiringi tepukan dan laungan "Ubah".

'ABCD -Asalkan Bukan Calon Dacing'

Katanya, tol itu tidak perlu dipertahankan lagi kerana syarikat konsesi didakwanya telah pun untung banyak dan perjanjian konsesi juga dibuat sehingga 2038.

Sementara itu, menyentuh isu 13 Mei yang dimainkan dengan kemaraan DAP, Lim menjelaskan bawah kepimpinan pemimpin utama Pakatan, termasuk Penasihat DAP Karpal Singh, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang peristiwa itu tidak akan berulang.

"Kalau Mat Sabu, Nik Aziz, Datuk Seri Hadi, Karpal Singh atau Datuk Seri Anwar Ibrahim (menang), kamu ingat kita mahu gaduh? Tak ada. Kita nak sama-sama masuk Putrajaya. Betul tak," katanya sambil disambut laungan "betul" oleh hadirin.

NONESementara itu, Mohamad - 'ayam sabung' PAS - pula berkata hari ini sekali lagi mengulangi keyakinan mereka untuk menawan Putrajaya.

Beliau juga memperkenal slogan baru kepada penonton sebagai 'panduan' mengundi pada hari minggu ini ala slogan Asal Bukan Umno (ABU) yang popular sebelum ini.

"ABCD -Asalkan Bukan Calon Dacing," katanya yang terkenal dengan kelucuan ketika berceramah itu.

Calon-calon Pakatan di kawasan berdekatan turut hadir ke program itu, termasuk Gooi Hsiao Loong (PKR-Alor Setar), Mohd Eekmal Ahmad (PKR-Bakar Bata), Tan Kok Yew (DAP-Derga ) dan Teoh Boon Kok (DAP-Kota Darul Aman).-Mkini

Baca Seterusnya......

Seorang Cyber-trooper Bertaubat, Seru Rakan Lain Henti Buat Kerja Dosa

Sumber Kelab GB

Kuala Lumpur: Setelah menyerang setiap artikel Harakahdaily bertubi-tubi samada di Facebook Harakahdaily atau di web, akhirnya cybertrooper Umno yang terkenal “Lans Koperal Tangkap Lalat” akhirnya bertaubat.

Berikut ialah apa yang ditulis di dalam satu ruangan komen beliau –

“Assalamualaikum.

Tadi saya hampir terlibat dengan kemalangan yang mungkin meragut nyawa saya. Saya nyaris mati dilanggar lori besar tadi, dan saya yakin, Allah selamatkan saya untuk memberi peluang kepada saya bertaubat.

Saya tahu saya banyak berdosa.

Saya nak mintak maaf dekat Harakahdaily, kerana selama ini menghentam semua berita yang Harakahdaily terbitkan. Saya meminta maaf kepada semua penyokong/pimpinan PAS/DAP/PKR atas komen2 saya yang mengarut/merapu/mencerca/menghina anda semua selama ini.

Saya minta maaf, saya tahu kalau saya mati tadi, segala apa yang saya buat selama ini akan datang balik menghantui saya. Saya fikir, cukuplah saya menjadi macai menghina anda semua, tapi akhirnya saya masuk neraka.

Saya benar2 bertaubat. Saya takkan merapu lagi. Apa yang saya tulis selama ini, semua saya tahu bohong, tapi saya gila duit. Tapi kini saya sedar, duit yang banyak, kalau mati masuk neraka tak guna juga.

Saya minta maaf Harakahdaily. Saya dah bertaubat.

Saya akan minta rakan2 cybertroopers BN yang lain untuk turut berhenti buat kerja ini.


Gambar berikut ialah snapshot komen beliau.



Facebook beliau boleh dilayari di sini: https://www.facebook.com/lanskoperal.tangkaplalat Atas dasar kebebasan bersuara, Harakahdaily tidak pernah menghalang Lans Koperal Tangkap Lalat untuk menulis komen merapu di laman milik Harakahdaily.

Baca Seterusnya......

Patung Gergasi Itik Berlabuh Di Hong Kong

Patung permainan itik getah gergasi
 
Sebuah patung permainan itik getah gergasi setinggi bangunan enam tingkat dilihat terapung menyusuri sepanjang pelabuhan Hong Kong semalam.Kehadiran itik getah gergasi itu menceriakan beratus-ratus orang yang hadir berhimpun di pelabuhan tersebut. Mereka ingin melihat secara dekat patung yang diinspirasikan daripada permainan di bilik mandi itu.



Itik getah berwarna kuning terang setinggi 16.5 meter itu diilhamkan oleh seorang artis Belanda, Florentijn Hofman.Ia telah ditunda di sepanjang pelabuhan yang berlatar belakang bandar ikonik Hong Kong oleh sebuah bot tunda bersaiz lebih kecil daripada itik tersebut.


Sejak tahun 2007, replika itik itu telah mengembara ke 13 buah bandar berbeza di sembilan negara bermula dari Brazil sehingga Australia dalam perjalanannya mengelilingi dunia.Seorang pengunjung, Peggy Shieh, 28, sanggup datang dari Taiwan untuk melihat replika itik itu selepas mengetahui mengenainya di laman sosial Facebook."Ia mengembalikan semula memori sewaktu kecil saya," katanya.-Kosmo

Baca Seterusnya......