Baca Seterusnya......
Monday, November 12, 2012
Pakej Salam 1Felda dari Perodua
Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 12:20 PM 0 comments
ZAINI HASAN TERTEKAN!!! Fitnah Utusan terhadap PKNS makan diri

Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Zaini Hassan nyata tertekan akibat fitnah yang dimainkan beliau sendiri menerusi lidah propaganda UMNO, Utusan Malaysia.
Fitnah demi fitnah yang ditaburkan menerusi pemesongan fakta bagi mempengaruhi kaum Melayu untuk berprasangka buruk terhadap Pakatan Rakyat dengan menggunakan agensi Kerajaan Negeri, PKNS, sebagai punching bag.
Sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri, PKNS, telah dipertanggungjawabkan untuk mengangkat martabat Melayu dan Bumiputra khususnya di Negeri Selangor.
Dalam masa empat tahun pemerintahan Pakatan Rakyat, PKNS telah berjaya menempatkan diri sebagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) terbaik di dalam negara berbanding dengan negeri-negeri lain dan dianugerahkan “Best SEDC” pada tahun 2011.
Ini dibuktikan dengan kemampuan PKNS untuk membayar zakat dan cukai kepada Lembaga Zakat, Kerajaan Negeri dan Pusat berjumlah hampir RM300 juta dalam masa tidak sampai empat tahun.
Namun begitu, Zaini Hassan dan Utusan Malaysia menutup mata dan telinga dan tidak memperakui pencapaian PKNS hasil daripada titik peluh dan keringat warga kerja PKNS yang 99% terdiri daripada orang Melayu.
PKNS telah mencatatkan keruntungan demi keuntungan hasil dari operasi yang bersandarkan tahap ketelusan dan akauntabliti yang tinggi dengan diperakui sendiri oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Transparency International.
Keuntungan sebanyak RM420 juta yang dicatat oleh PKNS pada tahun 2011 telah membolehkan PKNS untuk terus menerus melaksanakan tanggungjawab mereka dengan pembinaan rumah-rumah mampu milik bagi nikmat rakyat Negeri Selangor, amnya dan masyarakat Melayu dan Bumiputra, khasnya.
Di samping itu, warga kerja PKNS turut mendapat habuan bonus sebanyak 7 bulan pada tahun 2011, sesuatu yang hanya dapat dicapai oleh syarikat-syarikat swasta, GLC dan Multi National Company. Keuntungan PKNS dikongsi dengan warga kerja yang juga kaum Melayu dan Bumiputra.
Zaini dan Utusan tidak mahu orang awam untuk diberitahu mengenai projek-projek rakyat seperti pembinaan 12,000 unit rumah-rumah mampu milik di seluruh Negeri Selangor daripada 2008 sehingga 2020.
Zaini dan Utusan juga mahu menidakkan kebijaksanaan rakyat dengan memadamkan fakta bahawa 80% daripada pembeli rumah-rumah PKNS adalah terdiri dari kalangan orang Melayu.
Tidak cukup dengan perasaan hasad dengki, Zaini dan Utusan terus menerus memfitnah bahawa kononnya PKNS menyelamatkan hutang tokeh Cina tuanpunya Kumpulan Talam yang juga kroni UMNO sedangkan hakikat sebenarnya, PKNS tidak menggunakan satu sen pun daripada tabung dana PKNS bagi urusniaga Kerajaan Negeri untuk mengutip hutang bernilai RM392 juta daripada Kumpulan Talam.
Malah, PKNS mendapat yuran perkhidmatan sebanyak RM70,000 kerana bertindak sebagai Special Purpose Vehicle bagi Kerajaan Negeri mengutip hutang daripada Talam.
UMNO terus memutar belitkan fakta bagi mengaburi kejayaan Kerajaan Negeri Selangor mengutip kembali hutang berjumlah RM392 juta tersebut daripada Talam bagi manfaat rakyat Negeri Selangor.
Perkakas-perkakas UMNO menggunakan NGO-NGO yang tidak bermaruah seperti Sohaimi Shahadan menerusi GPRS, Azwanddin Hamzah menerusi JMM dan Hamidzun Khairuddin menerusi GAPS untuk menghasut rakyat bagi melakukan demo terhadap PKNS saban hari.
Azwanddin dan Hamidzun bertindak sebagai front-men Ezam Mohd Noor yang bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Selangor dengan cuba membuktikan kepada Najib Razak bahawa tindakan mereka itu akan membolehkan UMNO kembali menguasai tampuk kepimpinan Negeri Selangor.
Tindakan mereka ini telah dilambung tinggi oleh Zaini dan Utusan yang kini terperangkap dengan fitnah rekaan mereka sendiri.
Tidak cukup dengan permainan politik jijik mereka, Zaini dan Utusan menambah lagi dosa fitnah mereka dengan mendakwa kononnya PKNS akan menjual aset-aset komersil mereka sedangkan PKNS hanya memindah milik aset-aset tersebut kepada anak syarikat milik penuh PKNS sendiri.
Terdesaknya Zaini dan Utusan untuk mencalarkan Pakatan Rakyat, mereka sanggup mempergunakan nama Istana dan mengheret Sultan Selangor bagi memajukan politik perkauman sempit mereka.
Apa yang telah mereka capai adalah untuk menabur pasir ke atas periuk nasi lebih 1,500 orang warga kerja sebuah institusi yang telah berjaya mengangkat martabat kaum Melayu dan Bumiputra serta seluruh rakyat Negeri Selangor.
Akibat daripada keceluparan Zaini dan Utusan, PKNS tidak mempunyai pilihan lain selain daripada mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang memfitnah dan mencemarkan imej serta kredibiliti PKNS.
Jadi siapakah pejuang Melayu sebenarnya?
Penulis upahan seperti Zaini Hassan dengan alat propanda UMNO, Utusan Malaysia atau politikus upahan seperti Sohaimi, Azwanddin, Hamidzun dan Ezam ATAU sebuah institusi yang telah berjuang sepanjang 48 tahun untuk mengangkat kedudukan Melayu dan Bumiputra menerusi program-program pembangunan usahawan dan pembinaan rumah-rumah mampu milik untuk rakyat?
Siapa pula yang cuba untuk mencalarkan, menekan dan memfitnah institusi yang memperjuangkan agenda Melayu dan Bumiputra?
Jawapannya amat jelas, terang dan nyata.
Semoga Allah S.W.T. melindungi rakyat Negeri Selangor, kaum Melayu dan Bumiputra daripada dipengaruhi oleh fitnah-fitnah yang berleluasa akibat puak-puak desperado oportunis politik yang tidak bermaruah ini. –KLd
www.kldailyblog.wordpress.com
Posted by Suhaimi at 12:01 PM 0 comments
Thursday, November 8, 2012
China Bina Tangga Ke Syurga?
Namun tidak semua orang boleh menaiki tangga ini, hanya orang-orang dibawah usia 60 tahun dan tidak memiliki masalah jantung atau paru-paru yang diperbolehkan naik tangga ini.
Pejabat pelancong China di Linzhou, Henan provinsi, berharap tangga ini akan memberikan pengunjung pengalaman nyata dari pergunungan. Keluasan Gunung Taihang meliputi 250 mil dari utara ke selatan dan berjalan melalui Shanxi, Henan dan provinsi Hebei. Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 4:16 PM 0 comments
Donald Trump Bengang Barack Obama Menang Pilihanraya
Sebelum ini Donald Trump mempertikaikan sama ada benar Obama dilahirkan di Hawaii dan ini menyebabkan White House mendedahkan secara terperinci sijil kelahiran Obama sebagai menjawab dakwaan personaliti televisyen Donald Trump itu.Di bawah perlembagaan Amerika, seorang calon presiden mestilah dilahirkan di Amerika.
Donald Trump yang pada mulanya menunjukkan keghairahan untuk memasuki perlumbaan sebagai calon presiden (Parti Republikan) kemudiannya menjadi ‘sejuk’ dan tidak lagi menyatakan sebarang minat.
Jadi , mungkin ini sebabnya Donald Trumph mempertikaikan keputusan pilihanraya yang memihak kepada Barack Obama.
Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 4:11 PM 0 comments
Tidur Diatas "Tilam" Pasir
Di Batang-Batang Indonesia,
penduduknya tidak memerlukan tilam empuk. Penduduk perkampungan nelayan
ini tidur diatas pasir sejak turun temurun. Menurut penduduk kampung
tidur di atas pasir lebih selesa dan sihat untuk tubuh badan mereka.
Disamping itu apabila cuaca sejuk pasir yang panas memanaskan tubuh
mereka dan vice versa.
Bila difikirkan ada logiknya penduduk
Batang-Batang tidur di atas permukaan pasir pantai. Kita semua pernah
lepak tepi pantai dan tidur dengan nyenyak.
Adakah anda sanggup tidur bertilamkan pasir setiap hari? Kami tak sanggup pasal pasir melekat pada tubuh.
Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 4:04 PM 0 comments
Monday, November 5, 2012
Mohon BR1M 2.0 Secara Online
Sumber Beritasemasa
Borang BR1M 2.0 Boleh Diperolehi Di :
- kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
- pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah
- Jabatan Pembangunan Persekutuan
- Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
- selain memohon BR1M secara online di eBR1M
Permohonan BR1M 2.0 Kedua Secara Online di eBR1M
KLIK LINK ini : ebr1m.hasil.gov.my
Pemohon BR1M 1.0 tidak perlu memohon sekali lagi melalui borang BR1M 2.0 KECUALI jika :
- Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertukar alamat atau
- Kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula untuk membolehkan mereka menerima bantuan BR1M pusingan kedua yang akan diagihkan awal tahun 2013
Syarat Kelayakan Penerima BR1M 2.0 Kedua ialah :
Untuk kriteria penerima BR1M yang layak memohon bantuan BR1M 2.0 kedua sebanyak RM500Untuk kriteria penerima BR1M yang layak memohon bantuan BR1M 2.0 kedua sebanyak RM250
- Ketua isi rumah (lelaki atau perempuan) berpendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah. Merangkumi individu yang telah berkahwin, termasuk yang tinggal bersama ibu bapa;
- Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah serta individu bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah di dalam rumah yang sama
- Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas (lahir 1953 atau sebelumnya) dengan pendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah juga layak memohon.
- Individu bujang termasuk balu, janda atau duda berumur 21 tahun ke atas (lahir 1992 atau sebelumnya) yang merupakan warganegara Malaysia
- Tidak mempunyai tanggungan dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 ke bawah
- Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250
Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 7:05 PM 0 comments
AES Di Kuasai Kroni UMNO
“Ibunya, Puan Sri Datin Atkah Abdullah pula adalah bekas Timbalan Ketua Wanita Umno Johor dan Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Pusat.
“Selain itu, Rozana juga adalah sepupu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Teja itu pada sidang media di Parlimen hari ini.
Menurut Lih Kang, pemegang saham kedua terbesar, Andreas Toh pula mendapat kontrak pada 2005 dari Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.
“Kebetulan, kedua-dua kementerian ini di bawah menteri dari MCA. Adakah ada hubungan rahsia antara Andras Toh dengan MCA yang membolehkan beliau mendapat dua kontrak lumayan ini,” soal beliau.
Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha adalah Menteri Pengangkutan manakala Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek adalah Menteri Kesihatan pada 2005.
Turut ditunjukkan dalam sidang media itu, salinan maklumat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Maklumat tersebut menyatakan, Rozana adalah Pengarah Beta Tegap dan memiliki saham bernilai RM5.8 juta manakala Andreas Toh bertindak sebagai pengarah dan pengurus serta memiliki saham bernilai RM4.2 juta.
Dalam sidang media sama, Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata, maklumat ini sekali lagi menunjukkan hubungan syarikat kroni yang mendapat kontrak dari kerajaan.
Beliau mendesak kerajaan menjelaskan kenapa syarikat swasta dan kroni dilantik mengendalikan AES.
“Sampai hari ini, kita tidak mendengar satu sebab pun kenapa sistem ini dikendali pihak swasta. Apa masalahnya dengan polis yang mengendali saman trafik sebelum ini.
“Kami juga sekali lagi meminta kerajaan agar batalkan dan nilai semula sistem pelaksanaan AES ini,” kata Bendahari Agung KEADILAN itu.
Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan, kutipan saman jalan raya akan dikongsi antara kerajaan dengan Beta Tegap dan satu lagi syarikat pengendali, Ates Sdn Bhd.
Kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun dan bakal mendapat keuntungan sehingga RM700 juta hasil kutipan saman. ~kd
Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 6:56 PM 0 comments

