Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, January 14, 2013

Suhakam puas hati kejayaan himpunan KL112

Sumber Harakahdaily
KUALA LUMPUR:
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berpuas hati dan ingin mengalu-alukan kejayaan perhimpunan aman ‘Himpunan Kebangkitan Rakyat’ yang diadakan di Stadium Merdeka di Kuala Lumpur dan di Kota Kinabalu, semalam.

“Kejayaan ini jelas menunjukkan bahawa dengan adanya sifat keikhlasan dan tolak ansur di kalangan parti yang berkenaan, hak demokratik berhimpun secara aman boleh dilaksanakan dalam negara ini dan bukannya seperti mana yang diragui oleh skeptis,” ujar Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam.



Tambahnya, Suhakam memuji sikap profesional yang ditunjukkan oleh pihak polis, penganjur dan peserta dalam mengendalikan perhimpunan itu yang mana mencerminkan imej yang baik terhadap negara.

Suhakam, ujarnya dalam kenyataan semalam turut memuji pemimpin atasan polis atas kecerdasan dan kebijaksanaan mereka dalam menangani keadaan berkenaan perhimpunan.

Menurutnya, Suhakam juga berbesar hati dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh kedua-dua pihak polis dan penganjur perhimpunan dalam usaha mengawal keadaan perhimpunan dan persuraian peserta untuk mengelakkan sebarang kejadian dan penahanan yang tidak diingini.

“Menyedari akan perhimpunan tersebut telah menggambarkan bahawa perhimpunan aman boleh direalisasikan menerusi penglibatan terbuka di antara pihak penguatkuasa, penganjur dan peserta perhimpunan, Suruhanjaya berharap bahawa usaha positif ini akan terus meningkatkan persefahaman di antara semua pihak yang terlibat terhadap peranan masing-masing dalam memastikan pengendalian perhimpunan yang aman seterusnya memberi kelonggaran kepada sekatan yang sedia ada,” katanya lagi.

Jelasnya, dalam melaksanakan peranannya sebagai badan pemantau yang bebas, Suruhanjaya telah menggerakkan pasukan pemantaunya untuk memerhatikan keadaan perhimpunan di beberapa lokasi utama di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.

“Ia akan meneruskan peranan penting ini disamping menjalankan siasatan mengenai sebarang pelanggaran hak asasi manusia yang dikemukakan kepadanya,” katanya.

Sumber: Harakahdaily



Baca Seterusnya......

Kalimah Allah Tidak Boleh Diterjemah Ke Dalam Mana2 Bahasa - Majlis Syura PAS

 
KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana ia tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

"Tindakan menterjemahkan kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna dan tidak menepati kehedak sebenar," kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada malam Ahad.

Beliau menegaskan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan bagi penganut bukan Islam boleh membawa kepada kekeliruan yang nyata justeru tindakan tersebut perlulah ditegah.

"Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya.

"Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut.

"Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah," menurut kenyataan itu lagi.

Bagaimanapun, Nik Aziz dan Haron Din sepakat menegaskan kalimah Allah adalah alami kerana Allah Tuhan sekalian alam dan sesiapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab jahiliah yang bukan Islam menyebutnya.

"Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan Yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, tunggal tidak beranak dan tidak diperanakkan," katanya.

Mesyuarat Majlis Syura PAS yang bersidang pada malam Ahad, diadakan khas bagi membincangkan mengenai isu kalimah Allah dan Amanat Hadi pada malam Ahad bermula pada pukul 9 malam dan berakhir kira-kira dua jam kemudian.

Pemimpin PAS dan ahli Majlis Syura yang hadir bagaimanapun enggan memberikan sebarang kenyataan sebaliknya hanya kenyataan media sahaja diedarkan kepada kira-kira 20 wartawan yang menunggu.

Selasa lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam namun ia tidak boleh disalah guna untuk kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan umat Islam.

Isu penggunaan kalimah Allah kembali menjadi polemik apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menerusi mesej sempena sambutan Hari Krismas mendesak Kerajaan Pusat membenarkan perkataan Allah digunakan dalam kitab Bible bahasa Melayu.

Kenyataan Guan Eng ini mendapat kritikan keras oleh pelbagai pihak terutamanya dari kepimpinan Umno dan ulama bebas.

Malah sekutu mereka dalam pakatan pembangkang iaitu PAS kali ini turut tidak bersetuju dengan desakan berkenaan.

Bukan itu sahaja, pemimpin tertinggi PAS sendiri termasuk Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib, Haron Din, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyatakan pendirian tegas mereka, tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut bukan Islam.

Dalam perkembangan lain, Majlis Syura PAS turut mendesak kerajaan supaya membenarkan Abdul Hadi menjelaskan mengenai isu 'Amanat Hadi' dan ia perlu disiarkan secara langsung selama satu jam di TV1 dan TV3.

Kalimah Allah Tidak Boleh Diterjemah Ke Dalam Mana-Mana Bahasa - Majlis Syura PAS

Baca Seterusnya......

Saturday, January 12, 2013

Saksi dakwa kereta peronda JPJ sebabkan kemalangan

Saksi-saksi kemalangan jalan raya yang membabitkan 10 kenderaan dan mengakibatkan 15 orang cedera di Ayer Tawar, Perak petang ini mendakwa ia disebabkan oleh kereta peronda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang cuba memintas sebuah lori.

Bagaimanapun, pihak polis menafikan dakwaan itu, dan berkata kereta peronda JPJ itu telah dilanggar oleh lori.

Ahli Parlimen Berus, Datuk Ngeh Koo Ham, yang tiba di tempat kejadian kemalangan sejurus selepas ia berlaku, telah diberitahu oleh saksi bahawa kenderaan pacuan empat roda JPJ itu menyeberangi pembahagi jalan untuk memintas sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

NONEPerbuatan secara tiba-tiba itu menyebabkan lori, yang didakwa
membawa lebih muatan kelapa sawit, membrek secara mengejut dan dilanggar oleh kenderaan lain di belakangnya, kata Ngeh kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Menurut polis, 10 kenderaan - kereta peronda JPJ, dua bas sekolah, dua buah lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta, terbabit dalam kemalangan tersebut.

Ngeh berkata, salah sebuah daripada 10 kenderaan tersebut - Kancil hijau - terbakar selepas melanggar kenderaan lain.

"Mujurlah dua lelaki Cina dan seorang lelaki India memecahkan pintu kereta dan menyelamatkan seorang wanita Melayu yang terperangkap di dalam kereta tersebut, dan memadamkan api.

"Orang ramai sangat marah dan menuntut pegawai JPJ bertanggungjawab terhadap tindakan berbahaya seperti itu. Mereka kemudian memecahkan kenderaan JPJ, menterbaliknya dan membakarnya. Keadaan tidak ganas, mereka hanya marah, "kata Ngeh yang juga pengerusi DAP Perak.

Selepas api dipadamkan menurut Ngeh, orang ramai yang marah enggan membenarkan pihak berkuasa untuk mengambil kenderaan yang terbakar itu tanpa memberi penjelasan yang memuaskan hati mereka.

ngeh koo ham"Mereka kemudian menterbalikkan kenderaan itu untuk kali kedua."

Keterangan para saksi sama dengan yang diberitahu oleh Ngeh, begitu juga dengan gambar dan video kejadian, yang telah dimuat naik dan dikongsi dalam media sosial.

Ngeh mendakwa tindakan masyarakat tempatan itu adalah kemuncak kepada 'penindasan' yang lama oleh kedua-dua pihak polis dan pegawai JPJ.

Beliau mendakwa perniagaan tempatan, termasuk pengusaha dan pemandu lori, telah dipaksa membayar rasuah bulanan kepada polis dan pegawai penguatkuasa JPJ, dan sekiranya gagal berbuat demikian, mereka akan menjadi mangsa.

Oleh itu, katanya, ketegangan semakin memuncak di kawasan tersebut.

"Saya menggesa kerajaan supaya segera menyelesaikan isu ini, "katanya.

NONETimbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Ahmad Mat Isa mengesahkan
kepada Malaysiakini bahawa 15 orang mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan tersebut.

Beliau menafikan khabar angin bahawa empat orang mati dalam kemalangan tersebut, dan menjelaskan bahawa tiada kematian dilaporkan setakat ini, dan tiada pelajar di antara mereka yang cedera kerana dua bas terlibat tidak membawa pelajar.

Ahmad menyangkal dakwaan bahawa tiga pegawai JPJ di dalam kenderaan pacuan empat roda telah bertindak secara melulu dan mereka tidak cuba memintas lori terbabit.

Sebaliknya, beliau mendakwa ketiga-tiga mereka adalah dalam perjalanan pulang ke Manjung dari pejabat JPJ Ipoh.

Kenderaan peronda mereka berhenti di hadapan lampu isyarat di depan sebuah sekolah di Ayer Tawar, tetapi dilanggar oleh sebuah lori di belakang kenderaan mereka, menyebabkan kenderaan lain di belakang melanggar lori tersebut, kata Ahmad.

Jika tiga pegawai tersebut menjalankan tugas penguatkuasaan, sepatutnya ada alat penguatkuasaan seperti kon trafik di dalam kereta.

NONEKatanya, menurut laporan polis dan siasatan polis, mendapati tidak
barangan seumpama itu dalam kereta berkenaan.

Beliau menjelaskan bahawa ketiga-tiga pegawai JPJ itu melarikan diri dari tempat kejadian selepas dikelilingi orang ramai. Mereka menaiki pengangkutan awam untuk ke balai polis Manjung untuk membuat laporan.

Pihak polis masih menyiasat tindakan menterbalikkan kenderaan JPJ itu dan siapa yang melakukannya, tambah Ahmad.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya.


Baca Seterusnya......

Isu Kalimah Allah : Sultan Selangor Haramkan di Selangor. Dr Asri : Sila Tukar Lagu Negeri!

Sumber Beritasemasa

Dr Asri Kalimah Allah Isu Kalimah Allah : Sultan Selangor Haramkan di Selangor. Dr Asri : Sila Tukar Lagu Negeri!
Isu Kalimah Allah di Selangor : Mengikut sejarah yang telah tertulis. Negara Malaysia sudah merdeka sejak lebih 50 tahun lamanya. Manakala Sabah dan Sarawak sudah berada dalam persekutuan Malaysia selama tempoh 40 tahun. Masyarakat Kristian di Sabah & Sarawak yang tidak pandai dan mahir bahasa Inggeris didakwahkan dalam bahasa Melayu. Jauh lebih lama berbanding kalangan yang menggunakan kitab bible dari Indonesia yang telah menggunakan nama Allah. Tiada….
“Tiada Masalah, Tiada Isu Kalimah Allah yang timbul”

Setiap penerbitan perlu mendapatkan permit kebenaran Kementerian Dalam Negeri. Hakikat sebelum ini, Bible Melayu, suratkhabar untuk pengedaran orang Kristian perlu dapatkan kebenaran Kementerian Dalam Negeri (KDN). Maknanya ada pengawasan. Akhbar dan Bible mereka tidak boleh berbuat sesuka hati. Sentiasa akan dipantau daripada masa ke semasa.
“Tiada Masalah, Tiada Isu”

Isu Kalimah Allah : Bila Timbul Isu?

Bila agaknya mula menjadi isu? Apabila persatuan Kristian dilihat menyokong perjuangan BERSIH (KLIK SINI). Sejak itu Kementerian Dalam negeri (KDN) “mula bangkit” dan buat hal. Herald tidak diberikan permit, kitab Bible dalam bahasa Melayu ditahan di pelabuhan atas alasan mereka menggunakan kalimah Allah. Dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mula menimbulkan alasan tidak bersandarkan nas, bersandar emosi dan sentimen semata yang mana Allah untuk orang Islam.
Sultan Selangor Isu Allah  Isu Kalimah Allah : Sultan Selangor Haramkan di Selangor. Dr Asri : Sila Tukar Lagu Negeri!
Sememangnya semenjak merdeka hingga beberapa tahun lepas, pihak gereja tidak ambil pusing mengenai politik di Malaysia. Allah digunapakai oleh masyarakat Kristian yang didakwahkan dalam Bahasa Melayu tanpa sebarang masalah. Kementerian Dalam Negeri (KDN) sendiri membenarkannya selama ini dan tidak buat “kacau”

Bukan kami untuk memberikan kebenaran samada boleh atau tidak, kalimah Allah ini dibenarkan. Ramai lagi pakar agama dan ilmu tokoh agama yang berhak memberikan ulasan daripada sudut nas di Malaysia. Tetapi…..tetapi yang masalahnya sekarang ini, isu ini telah dipolitikkan. Apabila pihak gereja mula sahaja dilihat cenderung kepada aspirasi pembangkang, tiba-tiba sahaja Allah adalah hak ekslusif. Begitulah agama dipolitikkan sekarang ini di Malaysia
Isu Nama Allah Selangor Isu Kalimah Allah : Sultan Selangor Haramkan di Selangor. Dr Asri : Sila Tukar Lagu Negeri!
Asri Lagu Negeri Selangor Isu Kalimah Allah : Sultan Selangor Haramkan di Selangor. Dr Asri : Sila Tukar Lagu Negeri!
Sebenarnya isu ini sudah reda seketika, tiba-tiba Lim Guan Eng tampil ibarat seorang pejuang untuk kembali menghangatkan kembali keadaan dengan menuntut semua penganut Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam bible mereka. (KLIK SINI UNTUK BUTIRANNYA)

Kemudian, pemimpin Pakatan Rakyat pun sebulat suara bersetuju dan sehaluan dengan pendapat Lim Guan Eng.

Kalimah Allah di Selangor Diharamkan Untuk Kristian

Akhirnya atas perintah Diraja, Sultan Selangor mengharamkan penganut agama lain menggunakan kalimah Allah, khusus di negeri Selangor. Menteri Besar Selangor akur dengan perintah Sultan Selangor.

Terkini Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengatakan lagu kebanyakkan negeri-negeri yang menggunakan kalimah “Allah” termasuk lagu negeri Selangor terpaksa ditukar dengan keputusan mengharamkan penggunaan kalimah Arab tersebut bagi orang-orang bukan Islam sebagai memberi respon kepada perintah Di Raja yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor.
Kalimah Allah di Selangor Isu Kalimah Allah : Sultan Selangor Haramkan di Selangor. Dr Asri : Sila Tukar Lagu Negeri!
Nampaknya pandangan Dr. Asri kali ini lebih vokal. Kata beliau, Malaysia didominasi Islam mempunyai 13 buah negeri dan tiga wilayah persekutuan. Kebanyakan lagu negeri mengandungi perkataan “Allah” di dalam liriknya.

Lagu kebangsaan, “Negaraku”, tidak mengandungi perkataan Arab “Allah” tetapi menggunakan perkataan Melayu, “Tuhan”. Undang-undang tertinggi negara menyatakan Islam adalah agama persekutuan tetapi membenarkan juga agama-agama lain untuk diamalkan secara bebas.

Tidak bolehkah untuk isu agama ini, pemimpin Kristian & tokoh agama Islam dan juga pelbagai pihak termasuk pemimpin politik baik daripada Pakatan rakyat mahupun Barisan Nasional duduk di bawah “satu payung” untuk bertemu dan berbincang. Ketepikan sebentar fahaman & ideologi politik masing-maisng. Buangkan sikap ego. Sebenarnya isu kalimah Allah ini boleh dislesaikan dengan mudah, tetapi entahlah “ramai pihak” suka melihat isu ini menjadi bertambah “kronik” & “panas”

P/S : Realiti di Malaysia, masyarakat kita mudah “keliru” dan melatah. Jadi, harapan kami selesaikan isu yang ada satu persatu terlebih dahulu.

P/S : Masalah lain tak selesai lagi, datang pula isu lain….Apa respon balas anda pula?


Baca Seterusnya......

Suruhanjaya Pilihan Raya SPR. Mahkamah Sahkan Mereka Dapat IC Palsu Tetapi Layak Mengundi?

Sumber Beritasemasa

Daftar Mengundi 2013 Suruhanjaya Pilihan Raya SPR. Mahkamah Sahkan Mereka Dapat IC Palsu Tetapi Layak Mengundi?
Suruhanjaya Pilihan Raya SPR Malaysia : Datuk Najib tidak ada banyak masa. Tinggal berapa bulan sahaja lagi. Tiada lagi teka-teki yang boleh dimainkan lagi. Hakikatnya, Pilihanraya Umum ke 13 mesti adakan antara sekarang sehinggalah 24 April 2013.

Ini kerana mandat yang rakyat berikan kepada Datuk Najib dan barisan kabinet serta kerajaan sedia ada hari ini hampir 5 tahun lepas akan berakhir sehingga 24 April ini sahaja. Dan ni bermakna….


Ini bermakna kuasa Parlimen akan tamat pada tarikh tersebut secara automatiknya. Belum pernah dalam sejarah pilihanraya di Malaysia sejak Tanah Malaya merdeka pada tahun 1957 sehinggalah sekarang, Pilihanraya Umum diadakan sebegini lambat. “Tidak diketahui apa sebabnya”. Mungkin Datuk Najib ada strategi dan sebab tersendiri?

Pilihanraya Umum ke 13 semakin dekat. Tetapi….tetapi, senarai daftar pemilih dan pengundi yang terus dimiliki Suruhanjaya Pilihan raya SPR Malaysia masih terus diragui. Macam-macam berita pelik yang dilaporkan mengenai daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya Raya SPR Malaysia ini. Hanya di Malaysia….

Kalau sebelum ini kita ada mendengar laporan yang Berita Semasa sediakan mengenai daftar pemilih di Malaysia. Antaranya ialah :
  1. Daftar pemilih yang merupakan Manusia Tertua di Malaysia & Tertua di Malaysia (KLIK SINI)
  2. Malaysia memiliki bukan sedikit bilangan, tetapi 1538 orang yang berumur 1000 dan ke atas. Anda mampu? (KLIK SINI)
  3. Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya yang berjaya diklonkan pun ada (KLIK SINI)
  4. Macam-macam. Ada lagi dan anda boleh melakukan carian laporan berita yang berkaitan melalui kemudahan yang kami sediakan di sebalh kira halaman Berita Semasa ini

Suruhanjaya Pilihan raya SPR : Penipuan @ Kesilapan Terbaru 2013?

Dan yang terbaru…..seperti yang anda lihat pada laporan berita asal yang disediakan oleh akhbar Daily Express dan disimpan dalam arkib Jabatan Pendafaran Negara (JPN), kami berjaya memperolehi butiran nama dan nombor kad pengenalan. Akhirnya, dalam bahasa mudah untuk difahami, individu bernama Salleh Bin Samsul ini dibuktikan bersalah kerana “berjaya” mendapat nombor kad pengenalan secara tidak sah. Hebat…

Walaubagaimanapun, yang tambah menarik perhatian kami ialah Salleh Bin Samsul (670110-12-5035) ini berjaya diterima sebagai daftar pemilih dan boleh mengundi dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak? Tahniah kami ucapkan…….
SPR 2013 Suruhanjaya Pilihan Raya SPR. Mahkamah Sahkan Mereka Dapat IC Palsu Tetapi Layak Mengundi?

Lagi Penipuan Dalam Daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya SPR Malaysia

Tidak cukup setakat itu sahaja. Dorina Binti Daneil ( 750414-12-5392) berjaya menempatkan dirinya dalam senarai daftar pemilih Suruhanjaa Pilihanraya SPR walaupun sudah didapati bersalah. Semakan yang kami telah lakukan ada bertarikh hari ini 10 Januari 2013.
Tempat Mengundi 2013 Suruhanjaya Pilihan Raya SPR. Mahkamah Sahkan Mereka Dapat IC Palsu Tetapi Layak Mengundi?
Pada 25 Mac lepas, satu kes sama telah dibicarakan di Mahkamah Majistret Sandakan yang melibatkan seorang wanita warganegara asing yang berjaya memperolehi MyKad palsu.
Nora A.Mustaham, 33, mengaku bahawa beliau berjaya mendapatkan dokumen pengenalan diri My Kad dengan nama Dorina Dancil. My Kad yang bernombor 750414-12-5392 dikesan di Kuala Lumpur, apabila beliau membeli tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sandakan.
Walaupun berjaya menaiki pesawat ke Sandakan, Nora telah ditahan oleh pihak imigresen yang mendapati bahawa My Kad tersebut adalah palsu semasa beliau berada di kaunter ketibaan Lapangan Terbang Batu 7 Sandakan.
Namun demikian, Nora hanya dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan.
Sudah dibukti bersalah memiliki kad pengenalan palsu pun, nama masih ada lagi sehingga ke hari ini dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya SPR?
SPR Gov My1 Suruhanjaya Pilihan Raya SPR. Mahkamah Sahkan Mereka Dapat IC Palsu Tetapi Layak Mengundi?
Dan daftar pemilih yang meragukan seterusnya tidak berhenti setakat ini sahaja apabila warga Filipina yang bernama Hassanuddin Bin Mania (741029-12-5463) yang telah pun dijatuhkan hukuman oleh mahkamah kerana memilki kad pengenalan palsu, tetapi boleh masih lagi layak mengundi seperti anda, anda semua di sini?
Lokasi Mengundi 2013 Suruhanjaya Pilihan Raya SPR. Mahkamah Sahkan Mereka Dapat IC Palsu Tetapi Layak Mengundi?
Pilihanraya sudah semakin hampir, tetapi  senarai pengundi Suruhanjaya Pilihanraya SPR masih lagi banyak meragukan. Ini yang diketahui, yang lain-lain?

Jikalau di negara India yang mana penduduk berjumlah lebih 1.2 bilion, SPR mereka sendiri yang akan turun padang berjumpa dengan rakyat bagi membantu membuat semakan daftar pemilih di sana. Tetapi lain pula yang berlaku di negara yang penduduk hanya 28 juta iaitu Malaysia? Mengapa jadi begini?
Sampai bila daftar pemilih seperti ini mahu dipertontonkan kepada rakyat Malaysia?
Apa pendapat dan pandangan anda pula dengan masalah daftar pemilih dalam Suruhanjaya Pilihan Raya kali ini?


Baca Seterusnya......

Bantuan RM100 Pelajar Sekolah 2013 : Guru-Guru Mesti Pilih Pemimpin BN Di Majlis Penyerahan?

Sumber Beritasemasa

Bantuan Persekolahan RM100 2013 Bantuan RM100 Pelajar Sekolah 2013 : Guru Guru Mesti Pilih Pemimpin BN Di Majlis Penyerahan?
 Garis Panduan Penyediaan Banner
Realiti apa yang berlaku di Malaysia apabila sebuah parti diangkat menjadi kerajaan, “hukumnya” akan menjadi persamaan seperti di bawah ini :
“Parti = Kerajaan = Negara”
Dan inilah yang akan berlaku pada kebanyakan majlis-majlis penyerahan Bantuan RM100 pelajar sekolah di negeri Johor bermula 15 Januari 2013 sehingga selesai bantuan persekolahan RM100 di seluruh Malaysia. Bagaimana pula di negeri lain? 
Bantuan RM100 Jabatan Pelajaran Johor Bantuan RM100 Pelajar Sekolah 2013 : Guru Guru Mesti Pilih Pemimpin BN Di Majlis Penyerahan?
Ingat guru-guru semua dan pihak sekolah yang terlibat, anda hanya dibenarkan wakil rakyat Barisan Nasional ataupun Pemimpin kerajaan sahaja. Lain daripada itu tidak dibenarkan.
Bantuan RM100 KPM MOE Bantuan RM100 Pelajar Sekolah 2013 : Guru Guru Mesti Pilih Pemimpin BN Di Majlis Penyerahan?
Dan banner untuk majlis penyerahan bantuan RM100 pelajar sekolah ini nanti mestilah digantung sehinggalah berlangsungnya Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Format banner mestilah seperti mengikut garis panduan yang disediakan Jabatan Perdana Menteri (JPM)
Bantuan RM100 PPD Kota Tinggi Bantuan RM100 Pelajar Sekolah 2013 : Guru Guru Mesti Pilih Pemimpin BN Di Majlis Penyerahan?
Di dalam ucapan pemimpin Barisan Nasional semasa majlis penyerahan Bantuan RM100 awal persekolahan ini nanti, mungkin akan ada sedikit “nasihat”, “amanat” dan “peringatan” untuk disampaikan terutamanya kepada kalangan ibubapa yang dijemput hadir, sesuai dengan suasana Malaysia yang sedang memasuki fasa terakhir di mana Pilihanraya Umum ke 13 sudah semakin hampir. Sangat-sangat hampir.
Bantuan RM100 Bajet 2013 Bantuan RM100 Pelajar Sekolah 2013 : Guru Guru Mesti Pilih Pemimpin BN Di Majlis Penyerahan?
Bantuan RM100 PPD Johor Bantuan RM100 Pelajar Sekolah 2013 : Guru Guru Mesti Pilih Pemimpin BN Di Majlis Penyerahan?
Semua maklumat dan paparan di atas kami perolehi sendiri daripada kebanyakan portal Pejabat Pelajaran di negeri Johor

P/S : Selepas selesai majlis penyerahan bantuan RM100 pelajar sekolah edisi tahun 2013 ini , akan ada pula selepas ini majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0)? Mungkin?

PP/S : Bagaimana pula majlis penyerahan bantuann RM100 pelajar sekolah di negeri-negeri lain pula? Apa kata guru-guru semua?


Baca Seterusnya......

Friday, January 11, 2013

Apabila Pelajar Wanita Universiti Di China Di Arah Kencing Berdiri


XIAN - Pihak pentadbir Shaanxi Normal University di China pening memikirkan bagaimana untuk mengatasi pembaziran penggunaan air di universiti itu di saat masalah bekalan air semakin meruncing di republik tersebut.

Di universiti itu sahaja, 6,000 milimeter air telah digunakan oleh para pelajar dan kakitangan universiti itu, hanya untuk ‘flush’ 300 milimeter air kencing mereka.

Akhirnya pihak universiti menemui satu kaedah yang dianggap menjimatkan air serta ‘mesra alam’.
Mereka telah memperkenalkan TANDAS BERDIRI UNTUK WANITA!

Walaupun mendapat reaksi yang tidak menyenangkan daripada kaum wanita, pihak universiti berkeras mengatakan ia antara kaedah terbaik setakat ini bagi menjimatkan air.

Mereka berpendapat, dengan cara ini, 160 tan air boleh dijimatkan sekiranya kaum wanita di situ menggunakan tandas tersebut berbanding tandas yang sedia ada.

Mungkin kita tertanya-tanya, bagaimana ‘kaedah’ tersebut dibuat?
Rupanya setiap tandas wanita itu telah dibekalkan sejenis kertas yang direka khas bagi membolehkan sisa kumuhan mereka disalirkan terus dari vagina ke dalam mangkuk tandas yang disediakan.

Kertas itu kemudian boleh dibuang ke dalam tong sampah di dalam tandas itu.

Memang ia satu idea yang karut tetapi tidak bagi pentadbir universiti itu, malah mereka tidak menolak kemungkinan mengembangkan lagi tandas seumpama itu di masa hadapan.

Bagi membuatkan wanita lebih ‘tenang’, tandas berdiri wanita itu dicat dengan warna yang lembut serta dihias dengan lukisan bunga-bungaan.

Salah seorang siswi yang ditemui selepas menggunakan tandas itu memberitahu;
” Bila saya masuk dalam tandas berdiri itu, dekat dua tiga minit ‘mencuba’ tetapi masih tak boleh ‘keluar’. Rasanya kena berlatih banyak kali baru boleh menyesuaikan diri,”
Katanya sambil malu-malu.


Baca Seterusnya......