Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, April 18, 2013

Manifesto Barisan Nasional Selangor (BN) 2013 (PRU13): Tawaran Air Percuma. Akhirnya Tak Bankrap & Muflis Lagi!

Itu dahulu, sekarang? Tidak lagi….mengapa? Malam tadi, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak terus melakukan serangan politik terhadap Pakatan Rakyat Selangor daripada sudut tawaran mereka kepada rakyat Selangor melalui pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) Selangor sempena PRU13

Tema Manifesto Barisan Nasional (BN) Selangor 2013?

    “Keamanan, Kestabilan, Kemakmuran”.

Antara Janji Manifesto Barisan Nasional (BN) Selangor 2013?










Lagi Manifesto BN (Barisan Nasional) Selangor) 2013 : Dana Khas?
Kalau dahulu dilaksanakan pemberian air percuma di Selangor kepada anda, anda semua yang tinggal di Selangor bakal menyebabkan negeri anda bankrap, musnah, muflis.

Berkemungkinan pada masa itu, tiada penyelidikan dan kajian terperinci dilakukan. Tetapi sekarang setelah meneliti kemahuan rakyat Selangor dan membuat kajian terperinci dengan harapan dapat merampas kembali negeri Selangor daripada Pakatan rakyat, akhirnya


 Sumber Utusan Malaysia Apr 2008 & Nov 2010
Bagaimana rakyat Selangor, dengan intipati manifesto Barisan Selangor (BN) 2013 kali ini? Berminat? Adakah dengan tawaran terbaru Barisan Nasional kepada rakyat Malaysia bakal menyebabkan kedudukan dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat kembali beralih kepada Barisan Nasional pula?

Hakikatnya, menjadi impian besar Barisan Nasional (
KLIK SINI) untuk merampas kembali negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat. Persoalannya, adalah akan menjadi kenyataan kelak?- Beritasemasa

Baca Seterusnya......

UMNO Lidah Berbelit Nak Membodohkan Rakyat

Maka puak-puak macai mula memanfaatkan isu tersebut sebagai modal memburuk-burukkan TGNA dan PR. Di'spin'nya kenyataan TGNA. Walhal TGNA bukan tuju kat penerima BR1M pun. Rujuk video INI! 

Kalau ye pun, aku tak nampak pun apa yang masalahnya dengan perumpamaan tersebut. Bukankah sejak bangku sekolah kita telah diajar dengan peribahasa dan simpulan bahasa? Aku tertarik dengan dialog di bawah yang banyak dikongsikan di laman sosial sekarang ini.

Kadangkala kita memang sering mengumpamakan seseorang itu dengan sifat binatang. Ada yang kaki belit macam ular, ada yang bijak macam kancil, ada yang busuk macam kambing, ada yang ganas macam harimau, ada bising macam murai dan banyak lagi peribahasa atau simpulan bahasa yang menggunakan haiwan sebagai perumpamaan. Berikut adalah contoh ayat:-

Penulis hebat, Hamka juga pernah menggunakan haiwan sebagai perumpamaan.

Malah dalam Al-Quran sendiri Allah SWT ada memberi perumpamaan menggunakan haiwan.

Baca Seterusnya......

TIDUR BERBANTALKAN LENGAN SUAMI (CELAH KETIAK)


Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin.

Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang?

Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya.

Tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang.

Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)…

FAKTA….serius….

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah cukur ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

Jadi...pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?

Baca Seterusnya......

Tuesday, April 16, 2013

Siapa yang kianati melayu, PAS atau UMNO?

Menjelang PRU 13, timbul satu dakwaan dari UMNO untuk melayu yang mengatakan PAS kianati melayu. Ianya merupakan satu bahan kempen demi memenangi hati pengundi melayu khususnya di Terengganu yang majoriti pengundinya melayu.

Saya tidak faham apakah tujuan UMNO berkempen cara ini sedangkan tawaran untuk memakmurkan negara tidak langsung dibangkitkan, harga minyak yang terlalu mahal, pijaman pendidikan yang membebankan, kemudahan kesihatan yang teruk tidak langsung disentuh, sebaliknya mencanangkan PAS kuda tunggangan DAP dan PAS kianati melayu.

Saya tidak mahu menyentuh mengenai dakwaan PAS kuda tunggangan DAP kerana suasana di Terengganu yang tidak pernah menyaksikan aksi DAP tetapi akan fokus kepada PAS kianati melayu kerana yang sebenarnya, sejak lebih 50 tahun lalu, bukti yang dapat dilihat ialah UMNO yang sebenarnya kianati melayu.

Saya masih ingat ketika di sekolah menengah dulu dan masih belum layak mengundi, PAS keluar dari BN dan ketika itu PAS berada dalam keadaan yang amat dhoif sekali. Ketika PRU pertama selepas PAS keluar BN(tahunnya lupa), PAS cukup cukup kesian. Kalau di Kemaman tempat saya membesar dan belajar apa erti politik yang melibatkan parti melayu yang bernama UMNO, suasana ketika berkempen amat menyedihkan. Di kampung saya ketika itu cuma ada satu markaz PAS dan petugasnya cuma seorang, itupun rakan sekolah saya yang masih belum layak mengundi. Poster PAS bertimbun kerana tiada siapa yang sudi untuk menampalnya sementara yang ada cuma beberapa orang warga emas yang sudah tidak larat bekerja.

Sementara calon Parlimennya yang saya masih ingat ialah Pak Subky Latif yang datang dari jauh untuk bertanding di Kemaman. Bayangkan betapa susahnya PAS ketika itu tetapi apa pula tindakan UMNO?UMNO tahu PAS juga adalah parti melayu kerana umumnya orang Islam di Malaysia adalah melayu. Saya cuma merujuk kepada keadaan di Kemaman ketika itu yang sudah menunjukkan tanda tanda pengkianatan melayu oleh UMNO.

JKK mereka merupakan orang yang paling berkuasa ketika itu. Apa saja maklumat JKK akan menjadi undang undang. Kalau JKK meng"cop" seseorang itu sebagi pembangkang, maka semua hak warga negara akan gugur. Saya masih ingat seorang kawan yang setelah beberapa tahun selepas PRU pertama itu, diterima bekerja di pejabat daerah Kemaman, tetapi kemudiannya datang JKK yang paling berkuasa di kampung mendakwa dbeliau anak penyokong PAS tegar dan tidak layak diterima bekerja di jabatan kerajaan. Akhirnya rakan yang malang ini diberhentikan kerja dan sehingga hari ini beliau mengikut suaminya berniaga di Pasar Malam.

Aksi JKK yang menjadi bukti jelas pengkianatan melayu oleh UMNO. Siapa jua yang membangkang kerajaan akan digugurkan dari segala kemudahan yang disediakan kerajaan walaupun dalam mengutip cukai tiada pengecualian diberikan. Sebenarnya perkara inilah yang menyebabkan antara sebab kenapa saya tidak pernah menyokong UMNO, kerana pada saya, merekalah pengkianat melayu sebenarnya.

Itu tidak termasuk kontraktor melayu yang bekerja untuk UMNO untuk menindas melayu. Dalam seramai senarai kontraktor yang ada di bumi Kemaman ini, berapa ramai yang tidak menyokong UMNO?sebut saja mana mana kontrak kerajaan, berapa banyak komisyen yang mesti masuk ke tabung UMNO? Dan dalam kontrak itu, boleh dilihat dengan jelas kelemahan binaan yang berpunca dari komisyen yang terpaksa dibayar kontraktor kepada UMNO.

Saya menegaskan UMNOlah sebenarnya pengkinat melayu sejak dulu lagi. Hari ini pengkiantan UMNO menjadi semakin besar dan jelas. UMNO berupaya menjadikan seseorang yang disukai mereka sebagai usahawan jadian, jutawan jadian tanpa segan dan silu kepada melayu yang menjadi majoriti di Terangganu.

Kalau di Kemaman nama seperti Haji Dol cukup terkenal sekarang sebagai usahawan jadian UMNO. Bukan setakat itu, UMNO menerusi pemimpin atasannya, turut menjadikan seorang berbangsa Cina dan pernah menjadi pesalah PCO, sebagai jutawan jadiannya. Nama AGU yang pernah disebut oleh TV 3 seketika kemelut perlantikan MB dulu(kalau tak silap), kini sudah menjadi orang penting dalam mengaut harta rakyat yang sebahagiannya disumbangkan kepada UMNO.

Di MPK pula ada nama seorang kontraktor Cina yang menentukan mana mana projek yang mesti dilaksanakan MPK, sedang MPK sibuk mencabut bendera PAS di atas jambatan Geliga dan di mana mana bahagian bandar yang menyakitkan mata pemimpion UMNO.

Apakah erti semuanya ini? Ertinya inilah pengkianat melayu sebenarnya, yang menyebabkan rakyat berbangsa melayu hidup susah dan melarat bukannya PAS, malah PAS meninggalkan dua jasa besar kepada rakyat Terengganu setelah menyerahkan kerajaan kepada UMNO pada tahun 2004, ia itu menghapuskan tol di jambatan Sultan Mahmud dan mengharamkan judi empat ekor dan spot toto yang kekal sehingga hari ini.

Mana mungkin PAS yang sudah menyelamatkan ribuan malah mungkin jutaan wang rakyat melayu dikatakan pengkianat melayu?Waraslah wahai pengundi Terengganu! "

Baca Seterusnya......

Artis Korea Song Ji Hyo Edit In Photoshop


Cantikkan artis korea Song Ji Hyo nie tutup aurat.-FB

Baca Seterusnya......

Monday, April 15, 2013

Info Sihat


Info sihat hari ini, jom kongsi. 10 tabiat/perkara yang menyebabkan kerosakan otak..

1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" -Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz

Baca Seterusnya......

TG Nik Abdul Aziz

Beliau Berumur 82 Tahun...

Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.

Beliau sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".

Politik Beliau Yang Menarik yang Perlu Anda Semua Mengetauinya.
Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Beliau (PAS) sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut. Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.

Beliaulah Menteri Besar Kelantan Darul Naim iaitu Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat .

"ISLAM DIJUNJUNG, KELANTAN TERSOHOR"

Baca Seterusnya......