Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, December 30, 2008

MEMAJUKAN MELAYU MELALUI GENETIK

MEMAJUKAN MELAYU MELALUI GENETIK
(Utusan Malaysia- 28/07/2001)

Oleh:DR. RAHMAT HAROUN

TULISAN Mustafa Yusof (Utusan Malaysia, Sabtu 21
Julai) berjudul `Pelajar Melayu kecewakan pensyarah'
mendorong saya untuk mencari beberapa rumusan.

Fenomena kemunduran Melayu bukan terbatas kepada
pencapaian dan sikap mereka terhadap dunia akademik.
Ia tidak terhad kepada kaum pelajar Melayu tetapi ia
merangkumi setiap bidang yang diceburi oleh insan
Melayu pada umumnya.


Demikian pula dalam bidang-bidang lain, di mana orang
Melayu diberi dana mengurus bank, bank rugi, diberi
kesempatan mengendali syarikat gergasi penerbangan
nasional juga rugi, malah diberi keutamaan untuk
menerajui korporat nasional dengan pemberian
projek-projek mega yang sepatutnya menguntungkan, juga
gulung tikar dan terpaksa diserahkan kepada kerajaan.

Apa yang kita hadapi sekarang ini harus diteliti
melalui berbagai aspek dan faktor.

Faktor pertama ialah genetik.

`Genotip' bangsa merupakan pemurnian gen selama lebih
4,000 tahun. Sedangkan genotip Melayu, tidak sampai
pun seribu tahun. Perkahwinan saudara rapat
mempengaruhi ekspresi gen, lebih cenderung untuk
menghasilkan baka yang kurang unggul. Amalan budaya
perkahwinan kaum Cina bertentangan dengan kebiasaan
perkahwinan orang Melayu yang lebih mementingkan
kerabat terdekat. Orang Cina tidak kahwin dengan sheh
atau surname (marga) yang sama. Stok Melayu menjadi
lebih baik, bila ada haploid luaran (sama ada dari
India, Arab, Eropah mahupun Cina).


Kedua, pemakanan dan pemantapan baka Melayu yang
terbahagi kepada tiga peringkat iaitu pranatal,
pascanatal dan pemakanan peringkat pertumbuhan. Apakah
ada makanan bestari yang boleh membuat anak Melayu
lebih pintar? Apakah pemakanan yang diamalkan oleh
orang Melayu membuat mereka kurang cerdik dan kurang
bersaing.

Untuk menghasilkan generasi Melayu yang cemerlang,
persiapan harus dilaksanakan mulai pada malam konsepsi
lagi. Pengumpulan semen suami lima hari sebelum jatuh
subur isteri bertujuan memastikan baka suami dalam
jumlah yang cukup tinggi sehingga saingan antara
beratus juta spermatozoa yang dikeluarkan oleh lelaki
mampu menghasilkan satu spermatozoa juara yang
terunggul untuk mempersenyawakan telur wanita.

Seawalnya lapan minggu selepas kehamilan, saraf
pendengaran di susunan saraf pusat otak embrio
berkenaan mulai tumbuh dan berkembang. Usaha untuk
berkomunikasi sehala dengan embrio tersebut perlu
dilakukan oleh pasangan suami isteri melalui nyanyian,
percakapan, membaca ayat suci yang ditujukan kepada
rahim ibu. Komunikasi vokal dan verbal ini boleh
merangsangkan dan perkembangan jaringan dendrit
sel-sel di otak di segala penjuru otak embrio
tersebut.

Makin banyak sel-sel otak (neuron) dan dendrit makin
pintar individu berkenaan kelak. Ukuran kepintaran
(IQ) individu berkenaan bergantung pada bilangan
neuron yang berjumlah ratusan bilion dan jaringan
dendrit yang menghubungi sel-sel otak itu (ibarat
jaringan kawat telefon) yang dapat mencapai ribuan
trilion dalam satu laluan saraf sahaja.

Sayangnya jika tidak dipupuk, jaringan-jaringan
tersebut akan musnah dan akan kurang berhubung antara
sel-sel saraf tersebut, maka kurang pintar orang itu.
Maka amat penting komunikasi verbal dan vokal ini
diteruskan sepanjang kehamilan. Dendangkan janin anda
dengan alunan muzik kompleks seperti muzik klasik atau
pendengaran ayat-ayat suci dan doa-doa hampir dengan
rahim ibunya nescaya usaha anda untuk menghasilkan
bayi yang pintar akan tercapai.

Di samping itu, ibu yang mengandung harus mengambil
makanan bergizi tinggi dengan makro dan mikro yang
seimbang sehingga dapat mendukung perkembangan otak
janin yang lebih sempurna.

Di peringkat pascanatal, begitu anak Melayu itu lahir,
pemberian susu ibu merupakan suatu keharusan yang
mutlak kecuali susu ibu kering atau tidak mencukupi.
Dikatakan kanak-kanak yang menerima susu ibu tidak
hanya memiliki IQ yang tinggi daripada yang tidak,
malah ukuran emosi (EQ) juga dikatakan lebih mantap
kerana sentuhan-sentuhan keibuan mententeramkan bayi,
memperkukuhkan jaringan antara sel-sel otak menjadi
lebih ekstensif dan intensif. Bayi-bayi Melayu perlu
diusap sekerap mungkin dengan maksud dan tujuan yang
sama.

Penyebarluasan dan penumpuan dalaman jaringan sel-sel
saraf diperkukuhkan lagi dengan pendedahan terhadap
kesemua deria pancaindera sebaik sahaja bayi Melayu
itu lahir ke dunia. Dahulunya di fasa pranatal, hanya
perangsangan vokal dilaksanakan, di fasa pascanatal,
bayi baru lahir dapat dirangsang otaknya melalui
pelbagai pancaindera lain seperti visual, sentuhan,
belaian, usapan, pengecapan dan pembauan. Tindakan ini
dijangka akan menghasilkan ribuan trilion sambungan
antara saraf dan antara dendrit. Jika tindakan
sebegini tidak dilakukan secara berterusan,
sambungan-sambungan ini akan putus sehingga tidak
dapat menghasilkan mereka yang mempunyai IQ dan EQ
tinggi.

Pendekatan perangsangan pancaindera ini bertujuan
untuk membina ribuan trilion sambungan antara sel otak
dan dendritnya ke tahap paling maksimum atau optimum.

Membiarkan kanak-kanak demam panas tinggi meskipun
tanpa kejang-kejang boleh memutuskan sambungan yang
telah terbina. Apatah lagi terjadi jangkitan sel otak
seperti encephalitis dan meningitis, suhu badan yang
sangat tinggi sahaja dapat memati berjuta sel otak
dalam satu serangan. Bayi-bayi dan kanak-kanak kerana
pengetahuan ibu bapa yang kurang terhadap bahaya
tersebut dan kesempitan kewangan mungkin mengambil
keputusan merawat sendiri sehingga mengakibatkan
pemutusan sambungan-sambungan sel-sel otak.

Bayangkan berapa kerap bayi-bayi dan kanak-kanak
Melayu mengalami panas badan yang dianggap enteng oleh
sebahagian ibu bapa. Sedangkan kaum Cina mempunyai
kedudukan kewangan yang baik di samping kesedaran
kesihatan yang jauh lebih tinggi, maka sambungan saraf
mereka jauh lebih terpelihara daripada kanak-kanak dan
bayi Melayu.

Selain rangsangan sentuhan dan usapan, bayi-bayi baru
lahir harus secepatnya dirangsang deria penglibatan
mereka dengan ribuan warna. Jika anda ingin anak anda
menjadi pelukis, dedahkan mereka dengan kekayaan
warna-warni melalui pelbagai ikhtiar. Mata manusia
dapat mengenal sejuta jenis warna. Setiap warna
mempunyai memorinya sendiri di otak manusia. Setiap
memori mempunyai jaringan masing-masing. Makin banyak
warna yang didedahkan melalui pelbagai cara
(mainan/cat dinding/warna pakaian dan sebagainya),
makin banyak terbina jaringan yang menyalur keterangan
untuk disimpan dan dikeluarkan dalam masa yang lebih
pendek dari sekelip mata.

Begitu juga dengan deria kecapan di lidah kanak-kanak,
ia perlu dirangsang agar mengelak prejudis terhadap
makanan tertentu. Deria kecapan di lidah janganlah
dibiasakan dengan rasa-rasa asas sahaja seperti manis,
masin, masam, pahit dan pedas. Kalau itu sahaja yang
diberi, dikemudian hari mereka terikat dengan
keterbatasan cita rasa sehingga membuat mereka menolak
makanan bergizi tinggi dan menjadi ketagihan pada satu
atau hanya beberapa cita rasa asasi.

Pendedahan awal kepada rasa-rasa yang kompleks seperti
buah-buahan dan sayur-sayuran dapat menghindarkan
mereka daripada tidak meminati makanan-makanan
tersebut. Umpamanya hirisan-hirisan timun, tomato dan
buah-buahan diletakkan sahaja di atas lidah untuk
diperkenalkan tanpa membenarkan mereka menelan pada
bayi-bayi tetapi boleh dikunyah apabila diberikan
kepada kanak-kanak yang lebih besar.

Proses perkenalan itu boleh diperkukuhkan dengan
penyebutan nama bahan itu meskipun kita berhadapan
dengan bayi seusia enam bulan. Dengan berbuat
demikian, terakam tidak hanya isyarat melalui saraf
pengecapan dalam masa yang sama, apabila bahan makan
dibaukan ke hidung bayi, proses pengenalan itu menjadi
cukup lengkap. Terpeta di memori otaknya dan dijangka
berkekalan. Kaedah ini akan membuat kanak-kanak itu
menjadi gemar dengan buah-buahan dan sayur-sayuran
yang merupakan sumber mikro-nutrien and vitamin yang
penting untuk metabolisme otak. Kelima-lima deria
pancaindera dapat dimanipulasikan sehingga
perangsangan optimum sel-sel otak tercapai melalui
pengisian komputer hayat.


Pemakanan anak-anak Melayu berusia bawah 12 tahun
hendaklah diberikan perhatian istimewa. Ternyata
pemakanan yang berasaskan kanji atau karbohidrat serta
gula berlebihan seperti yang diamalkan oleh orang
Melayu mungkin menyebabkan mereka menjadi agak lembap.


Kadar protein makanan Melayu biasanya rendah dan ia
perlu dipertingkatkan jika orang Melayu ingin pintar.
Banyak ikan, banyak daging tanpa lemak, banyak ayam,
susu dan lebih penting banyak makan produk-produk
kacang soya seperti tahu, tempe dan tofu.

Lawatan ke sekolah-sekolah luar bandar, akan mendapati
rata-rata ukuran fizikal mereka jauh lebih kerdil
daripada orang Melayu bandar yang sedikit lebih baik
dalam pengambilan protein dalam diet mereka.

Walaupun tidak menyetujui IQ seseorang ditentukan oleh
saiz tengkoraknya, namun dipandang dari sudut
survival, mereka bertubuh kasa dan besar seperti orang
Barat itu mempunyai banyak kelebihan. Otot dan otak
harus seiring untuk menjadi manusia cemerlang.
Keunggulan otak dan otot harus seimbang, ini
diperlihatkan oleh banyak pemain bola sepak Barat yang
mempunyai kombinasi tersebut. Tanpa kecekapan otak
yang bertindak pantas, kesempatan serpihan saat yang
diambil dengan refleks otak akan menentukan
kemenangan. Dengan kata lain bermain bola sepak secara
cemerlang pun harus punyai IQ yang tinggi.

Langkah ketiga adalah mengenai pendidikan prasekolah.
Untuk menghasilkan pelajar Melayu yang cemerlang,
pendidikan prasekolah harus dimulai lebih awal. Secara
formal, ia perlu dimulai pada usia 3 tahun. Sebenarnya
seperti mana yang saya tekankan, pengajaran harus
bermula pada masa dalam kandungan lagi secara tidak
formal. Kajian (di luar negara) membuktikan
kanak-kanak yang memulakan pendidikan seawal tiga
tahun mencapai kecemerlangan akademik lebih tinggi
dibandingkan mereka yang memulakan pendidikan
pra-sekolah pada usia lima tahun. Demikian jugalah
dengan penguasaan pelbagai bahasa dapat dipupuk secara
lebih berkesan pada usia prasekolah tiga tahun.

Di Malaysia, pendidikan prasekolah bermula pada
peringkat lima tahun. Ia perlu dapat pandangan serius
para pendidikan semua. Sebelum keputusan itu boleh
dibuat, kita perlu meninjau perbezaan prasekolah
Melayu dan Cina kerana perbezaan itulah yang mencorak
produk di peringkat tinggi kelak. Yang paling ketara
ialah kanak-kanak Melayu diajar abjad rumi mahupun
jawi berjumlah 26 sahaja. Sedangkan kanak-kanak Cina
diajar tulisan kanji di mana penghafalan ciri-ciri
kaligrafinya dapat merangsang lebih banyak rangkaian
saraf di peringkat usia muda.

Dengan sendirinya di peringkat awal lagi, kanak-kanak
Cina didedahkan kepada kompleksiti sedangkan
kanak-kanak Melayu kepada simplisiti. Kanak-kanak
tadika dikatakan boleh menguasai dan merakam antara
1,000-4,000 karakter Cina. Ini boleh menumpukan
pendalaman dan menambah kepadatan jaringan dendrit
antara sel-sel otak.

Keempat ialah mengenai sikap orang Melayu baik pelajar
mahupun bukan pelajar. Di zaman penjajah dan di
peringkat awal pascakemerdekaan, orang Melayu selalu
diperolok-olokkan kerana sikap `tidak apa' mereka.

Mungkin banyak yang tidak setuju andainya saya
mengatakan sikap dan perangai orang Melayu itu
sebenarnya merupakan ekspresi genetik mereka. Melayu
itu malas, Cina itu rajin. Suatu generalisasi yang
tidak diterima dan yang diterima, bergantung kepada
siapa kita bertanya. Apakah ciri-ciri rajin vesus
malas itu terletak pada DNA kromosom atau DNA
mitokondria?

Buat masa ini masih belum terjawab oleh mana-mana
pakar genetik. Kalau kita mengandaikan kerajinan
seseorang itu bergantung pada jumlah tenaga (dalam
bentuk ATP) yang dimiliki sepanjang hari maka orang
Cina diandaikan mempunyai tenaga yang lebih dan
berpanjangan daripada orang Melayu. Dapat diibaratkan
semacam bateri tahan lama dengan bateri jangka pendek.
Kesimpulan nanti, berkesudahan dengan perbezaaan
jumlah mitokondria Melayu yang kurang dibandingkan
dengan orang Cina.

Sebagai contoh, (dan masih banyak contoh-contoh lain)
di sebuah sekolah menengah harian di Selangor yang
mempunyai jumlah pelajar Cina dan Melayu yang
seimbang, sekolah tersebut telah menganjurkan maraton
matematik yang dipanggil RelaMath di mana para pelajar
dalam masa sebulan disuruh membuat penyelesaian
matematik sebanyak mungkin.

Pelajar matematik terbaik Melayu menampilkan 300
penyelesaian matematik sedangkan pelajar matematik
terbaik Cina mengatasi dengan 8,000 penyelesaian.
Inilah yang dikatakan kekuatan innate (dalaman,
tersembunyi dan sebahagian) sesuatu bangsa yang sudah
tentu merupakan manifestasi perlembagaan genetik
masing-masing.

Kelima, beberapa aspek budaya Melayu yang negatif
perlu ditinggalkan. Budaya Melayu yang lemah-lembut
tidak perlu ditonjol-tonjolkan. Barangkali itu
merupakan propaganda penjajah yang tidak mahu orang
Melayu bangun menentang mereka. Tidak juga saya
menyetujui harus kurang ajar. Dalam mengejar
kecemerlangan akademik, minda Melayu kerap terpengaruh
oleh sebahagian peribahasa Melayu yang negatif. Di
dunia akademik kelantangan menyuarakan pandangan atau
pendapat yang bernas dianggap suatu kualiti yang
terpuji. Sedangkan kebanyakan minda Melayu masih
terkongkong dengan peribahasa, `diam-diam ubi berisi'.


Sebab itu pelajar-pelajar Melayu diam (dalam bidang
akademiklah!). Secara bawah sedar, diam itu bermakna
`mengikut resmi padi, makin berisi makin menunduk ke
bumi'. Sebab itu orang luar sukar menilai pantas
kemampuan akademik pelajar Melayu sehingga tampaknya
seolah-olah mereka tidak tahu apa-apa. Sedangkan
pelajar Melayu itu berharap seorang penilai itu harus
mengorek tanah dahulu untuk mengetahui pelajar itu
berisi atau sebaliknya. Diam bermakna berada dalam
kawasan selamat.

Banyak eksekutif Melayu yang bekerja di bawah pengurus
besar atau ketua eksekutif Barat, tidak dapat kenaikan
pangkat oleh kerana orang Barat tidak berusaha
menggali. Eksekutif bukan Melayu lebih vokal dan
menurut ukuran Melayu, mereka lebih menunjuk-nunjuk.

Penampilan dan penonjolan diri bukanlah ciri Melayu
yang terpuji. Terdapat psyche (jiwa) pelajar Melayu
yang telah terbentuk melalui pendidikan ala madrasah
atau sehala, Galilah ubi mereka, jadikan mereka
tembikai berkulit durian.

Kebanyakan pelajar Melayu adalah late developer
(berkembang lewat) sedangkan pelajar Cina early
developer (berkembang awal). Sering saya ketemui late
developer ini berjaya meraih ijazah falsafah
kedoktoran (Ph.D) meskipun mengambil masa yang lama.

Untuk Melayu jadi cemerlang di pelbagai bidang, tidak
ada formula mudah. Untuk mencapai matlamat itu, ia
boleh terlaksana dengan mengelakkan perkahwinan
kerabat terdekat, meningkatkan komunikasi dengan janin
anda, perangsang otak yang optimum, memperbaiki taraf
pemakanan pranatal, pascanatal dan pada peringkat
pertumbuhan, pendidikan tadika mulai usia tiga tahun,
pendedahan pelbagai bahasa di bawah lima tahun,
peningkatan kadar protein dalam gizi dan merubah
norma-norma Melayu ke arah yang lebih progresif dan
proaktif.

* DR. RAHMAT HAROUN ialah seorang doktor perubatan di
Kuah, Langkawi.

===================================================
Shichida Methods...

Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg
dia antaq anak die 2 thn pergi Sichida kelas...yakni
kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak
befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah
kanan ni lebif effektif sebenarmya dari otak sebelah
kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya.
Kelas ni mahal nak mampus, kalau kelas tadika juanna
yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih
tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, kelas
sichida ni satu semester aku rasa sama macam kos satu
semester si Noni buat master....tapi boss aku ni atas
kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu
utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat
aje...dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar
aku dan staff melayu yg lain.

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak
korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak
aku...dah nampak keberkesanannya.
1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap
kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang
kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak
kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during
tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak
kiri dah tidur dah....Boleh gak practisekan kat
husband ke, tapi kena buat seikhlas hati...kalau
tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah
tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam
picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam
punya situation. Aku buat kak nana
sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak
lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia
suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun
awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n
ahad...tu ...kelemahan sikit lah..........

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar nana
ABC-Z guna card seminggu je sekarang dah kenal semua
huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. Buat
card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang
cepat-cepat..macam..a..b..c..d ..e,
insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad
laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja
keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk
tu...kita boleh buat card 1,2,3,
gambar-gambar...potonglah gambar kat mana-mana
dsb....guna english jgn guna melayu........

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so
ajar anak korang main tanah liat, main water colour,
melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite
yang kene mengemas tapi takpe.........satu lagi cuba
korang lukis gambar,
contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die
orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat
sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan
otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun
pandai-pandai....sebab depa makan guna
chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and
as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........sebab
depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri.......kalau
termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and
mintak maaf kat die.....

5. Satu lagi develop they all punya imagination by
start bercerita kat dieorang dan suruh depa sambung
cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu
takpa.........kita pun bukan tak biasa merapu.......

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang
dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu.
First few times boleh bagi option macam....bagi tau
colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence
by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak
tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah
kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat
ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak
payah lama-lama. kalau lama-lama kang jadi cam
Rajib...he...he..
Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam
and relaks...tak boleh buat time tengah nak masak ka,
basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi....Buat kena
ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini
semua satu cara yang Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau
Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita
kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab
bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku pun
tengah try lagi ni...

0 comments: