Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, January 14, 2009

Isu Solat Jumaat di Kalangan Pekerja Kilang

Solat Jumaat ialah solat dua rakaat yang dilakukan secara berjemaah dalam waktu Zuhur, pada hari Jumaat di masjid atau tempat-tempat tertentu dan didahului dengan dua khutbah. Hukum solat Jumaat ialah fardu ke atas setiap lelaki Muslim yang memenuhi syarat-syaratnya seperti beragama Islam, akil baligh, berakal, merdeka, bermastautin dan tidak sakit. Oleh itu, jelaslah bahawa solat Jumaat adalah wajib ke atas setiap umat Islam kecuali hamba yang dimiliki, perempuan, kanak-kanak dan orang yang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Barang siapa yang dapat menunaikan sembahyang Jumaat, maka baginya di sisi Allah pahala seratus orang yang mati syahid. Dan barang siapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya.”

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu pada mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli.” (Al-Jumaah: 9)

Kewajipan solat Jumaat ke atas lelaki Muslim amat jelas. Hikmah dan kebaikan solat Jumaat juga sering disebarluaskan demi menjaga kepentingan solat Jumaat di kalangan lelaki Muslim. Kebenaran daripada al-Quran yang manakah yang hendak disembunyikan, demi mengejar keseronokan duniawi sehingga berkira dengan masa yang tidak sampai dua jam untuk menunaikan solat Jumaat bersama jemaah yang lain.

Solat Jumaat jika dilakukan dengan sempurna bukan sahaja berfungsi sebagai penghapus dosa, mencegah perbuatan keji dan mungkar serta memantapkan jiwa dan sifat tawaduk dalam diri seperti solat wajib yang lain, malah ia juga berfungsi sebagai majlis ilmu.

Tidak menghormati solat Jumaat dengan berjalan ke sana sini, berseronok bersama pasangan dan sebagainya merupakan perbuatan yang keji. Masyarakat harus tahu hakikat itu. Bertindak menegur mereka yang lalai dan sengaja leka dengan hakikat kewajipan bersolat Jumaat adalah tanggungjawab yang dituntut.

Hukum melaksanakan solat Jumaat adalah fardu ain. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Jumaah, ayat 9. Solat Jumaat termasuk dalam fardu utama dalam syariat Islam, selain satu pertemuan besar mingguan bagi umat Islam. Siapa yang mempermudah- mudahkan kefarduannya, Allah mengecap orang itu sebagai munafik.

Seluruh umat Islam hendaklah melakukan fardu Jumaat dengan penuh keimanan dan keyakinan yang teguh, sebagaimana sabda Rasulullah saw maksudnya: “Daripada Thariq bin Syihab, Nabi Muhamad bersabda:
“Solat Jumaat hak yang wajib melakukannya atas tiap-tiap orang Islam, kecuali hamba-hamba yang dimiliki, kaum perempuan, kanak-kanak dan orang sakit.” (Riwayat Abu Daud). Demikian pentingnya kefarduan solat Jumaat.

Yakinlah dengan janji Allah, jika manusia mensyukuri nikmat-Nya dengan mengabdi dan menyembah-Nya, pasti Allah akan menambah nikmat dengan berlimpah ruah.
Sebaliknya, jika manusia mengingkari nikmat itu, azab Allah akan datang dengan tidak diduga. Bahkan dalam al-Quran dijelaskan, jika selesai mengerjakan solat Jumaat, bertebaranlah di muka bumi untuk mencari rezeki. Ini membuktikan keluasan nikmat yang Allah buka kepada hamba-Nya yang sudi dan mahu mengabdi kepada-Nya.
Firman Allah maksudnya: “Apabila kamu selesai menunaikan solat (solat Jumaat) maka bertebaranlah kamu di permukaan bumi dan carilah kurnia Allah serta ingatlah Allah banyak-banyak semoga kamu beroleh kejayaan.” (Al Jumaah ayat 10)

Jelas sekali solat Jumaat adalah wajib dan masalahnya sekarang ialah para pekerja kilang di kebanyakkan kilang-kilang di seluruh negara hanya di benarkan menunaikan solat Jumaat 2 minggu sekali. Negara kita sudah Merdeka 51 tahun, tetapi bab solat tak dapat diselesaikan sehingga kini. Isu solat ini bukan baru tetapi sudah lama .

Isu solat Jumaat dikalangan pekerja kilang pernah di suarakan kepada majlis agama Islam, tetapi ia tidak pernah di beri perhatian yang serius. Apakah fungsi majlis agama Islam untuk menyelesaikan masalah berkaitan solat Jumaat.

Dimohon AHLI-AHLI PARLIMEN ISLAM agar menyuarakan isu solat Jumaat di kalangan pekerja kilang di Parlimen secepat mungkin.

0 comments: