Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, December 15, 2009

Kekuatan Doa Orang Yang Teraniaya

Seorang wanita tua dan miskin dari kalangan Bani Israel tinggal di dalam sebuah rumah buruk berhampiran dengan kawasan istana raja. Setiap hari raja merungut kerana rumah tersebut dianggap mencemarkan pemandangan kawasan persekitaran istana. Lebih lebih lagi bila ada tetamu agung datang berkunjung untuk melihat keindahan istana. Raja berasa sangat malu. Sudah berkali-kali raja dan pihak istana memberitahu si wanita tua itu agar berpindah rumahnya tempat lain dan berjanji akan memberi pampasan yang cukup kepadanya. Namun wanita itu tidak mahu berpindah juga.

"Kalau tetap berdegil juga, robohkan secara paksa". kata raja kepada pegawainya.
"Baik kita tunggu sehingga dia pergi".Kata pegawai memberi cadangan
"baik, kita lihat bila dia pergi"

Suatu hari wanita itu keluar berpergian ketempat yang agak jauh,maka raja memerintahkan para pegawainya agar segera bertindak.Dalam sekelip mata saja rumah wanita tua telah hancur dan tapaknya dibersihkan.Raja merasa sangat lega kerana sudah tidak ada lagi yang mencacatkan pemandangan di sebelah kawasan istananya.

Apabila wanita malang itu pulang dari keperluannya, dia terkejut besar apabila mendapati rumahnya sudah tiada lagi dan tapaknya pun sudah dibersihkan.Dia sangat sedih dan menangis, kerana tidak punya tempat lain untuk berteduh.

"siapa yang meruntuhkan rumahku?" Tanya wanita itu.
'Orang-orang dari istana raja". jawab orang berada disitu
"MasyaAllah tergamak baginda berbuat sekejam ini".


Dia hanyalah seorang awam yang lemah, tidak punya kekuatan untuk menyatakan bantahan kepada raja .Satu-satunya yang dapat dilakukan adalah membuat pengaduan kepada ALLAH iaitu Raja dari segala raja yang ada dimuka bumi ini.

Dengan linangan air mata dan hati yang pilu, Dia berdoa dengan khusyuk.."wahai Tuhanku, Wahai pelindung ku. Sekalipun aku pergi , Engkau tetap hadir untuk membantu orang-orang yang lemah dan untuk membela orang-orang teraniaya'.

Hanya itu saja kata-kata yang mampu diucapkan olehnya, kemudian dia duduk diatas tapak rumahnya seperti menunggu sesuatu.

Tidak lama kemudian, raja keluar dari istana bersama para pengawalnya, berjalan dengan sombong melalui tapak rumah yang telah dirobohkan.

"Apa lagi yang kamu tunggu disini?" kata raja kepada perempuan tua itu

"Aku sedang menunggu saat-saat keruntuhan istanamu" jawab perempuan dengan berani.

"Apa?..Ha...ha...ha..Engkau jangan mengigau, siapa yang sanggup meruntuhkan istanaku itu?..kata raja

"Tuhan yang Maha Kuasa"

'Ada-ada saja kamu ini". Kata raja sambil memperli.

Pada sebelah malamnya, tiba-tiba bangunan-bangunan istana raja runtuh seperti dilanda gempa bumi.Raja dan semua orang yang didalamnya tidak dapat menyelamatkan diri kerana sedang nyenyak tidur, mereka terperangkap dan mati.

Orang ramai datang menyaksikan keruntuhan istana yang berlaku hanya sekelip mata saja. Diantara mereka ada yang menemukan sekeping kertas berisi beberapa rangkap syair yang berbunyi:

Apakah engkau menghina dan memperli doa?
Padahal engkau tidak tahu keampuhanya
Ia laksana panah malam yang tidak pernah luput
Tapi ada masanya, sedang masa terhad
Kehendak ALLAH telah berlaku seperti yang kamu lihat
Kerajaan dan kekuasaan disisi mu tiada kekal

0 comments: