Sekurang-kurangnya lima peratus daripada pembinaan jalan raya baru di negara ini di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 akan menggunakan kaedah turapan simen konkrit.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng berkata penggunaan kaedah diamalkan sekarang terutama daripada segi jangka hayat dan kualiti jalan.
"Ia juga terbukti mampu meningkatkan ketahanan dan kualiti permukaan jalan kerana kandungan ketumpatan dalam turapan simen konkrit lebih tinggi berbanding turapan jalan tar," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Zainun A Bakar yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang membina jalan menggunakan turapan konkrit berbanding turapan premix (tar) yang diamal sekarang dalam Rancangan Malaysia Ke-10.
Bagaimanapun, dalam jangka panjang, penggunaan kaedah itu mampu membantu kerajaan mengurangkan perbelanjaan khususnya daripada aspek penyelenggaraan jalan kerana ia dapat mengurangkan kerosakan dan meningkatkan jangka hayat jalan.
"Sehubungan itu, Kementerian Kerja Raya sedang mengenal pasti lokasi-lokasi jalan yang sesuai untuk menggunakan turapan baru ini dalam Rancangan Malaysia ke-10 nanti," katanya.
- Bernama
0 comments:
Post a Comment