Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Saturday, October 31, 2009

Kanak2 Dan Penyakit Diabetes (Kencing Manis)

DIABETES merupakan antara penyakit kronik yang paling biasa menyerang kanak-kanak. Ia boleh menyerang pada mana-mana usia, termasuk bayi dan kanak-kanak kecil.

Jika tidak dikesan dari peringkat awal di kalangan kanak-kanak, penyakit ini boleh menyebabkan kecederaan otak yang serius dan juga boleh membawa maut.

Namun, penyakit diabetes di kalangan kanak2 sering kali terlepas pandang sepenuhnya, sama ada salah diagnosis sebagai selesema atau tidak didiagnosis langsung.

Setiap ibu bapa, guru, jururawat sekolah, doktor mahupun sesiapa sahaja yang terlibat dalam penjagaan harian kanak-kanak perlu prihatin dan membiasakan diri mengenali tanda-tanda amaran ancaman diabetes kanak-kanak.

Jenis Diabetes

Diabetes adalah sejenis penyakit kronik yang boleh menyebabkan hilang upaya dan sering membawa maut (akibat komplikasi).

Ia berlaku akibat daripada masalah dalam pengeluaran dan bekalan hormon insulin di dalam badan.

Badan memerlukan insulin untuk menggunakan tenaga yang tersimpan di dalam makanan. Apabila seseorang menghidap diabetes, badan mereka tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup (diabetes jenis pertama) atau badan mereka gagal menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan (diabetes jenis kedua).

Diabetes jenis pertama adalah sejenis penyakit autoimun (sistem imuniti badan menyerang sel sendiri) dan tidak boleh dicegah.

Di seluruh dunia, diabetes jenis pertama adalah jenis diabetes yang paling banyak menyerang kanak-kanak dengan anggaran sekitar 500,000 kanak-kanak di bawah umur 15 tahun menghidapinya.

Bagaimanapun, akibat daripada peningkatan kadar obesiti di kalangan kanak-kanak dan gaya hidup yang lebih banyak duduk daripada bergerak, bilangan kanak-kanak dan remaja yang menghidap diabetes jenis kedua juga meningkat dengan pantas di seluruh dunia.

Di sesetengah negara (seperti Jepun), diabetes jenis kedua telah menjadi diabetes yang paling banyak berlaku di kalangan kanak-kanak, mengatasi jenis pertama.

Lindungi kanak-kanak

Tiada kanak-kanak yang sepatutnya mati akibat penyakit diabetes. Ianya satu penyakit yang membawa maut dengan empat juta kematian setiap tahun akibat masalah berkaitan dengan diabetes.

Kanak-kanak seringkali menjadi mangsa, terutamanya di negara-negara yang kurang kemudahan penjagaan dan rawatan diabetes, sering kali, menemui ajal pada usia muda.

- Sekitar 500,000 kanak-kanak di bawah umur 15 tahun menghidap diabetes jenis pertama di seluruh dunia.- Setiap hari, 200 orang kanak-kanak disahkan menghidap diabetes jenis pertama.

- Setiap tahun, 70,000 kanak-kanak di bawah umur 15 tahun disahkan menghidap diabetes jenis pertama.- Bilangan kes diabetes jenis pertama di kalangan kanak-kanak sedang meningkat pada kadar tiga peratus setahun.

- Peningkatan kes diabetes jenis pertama paling tinggi di kalangan kanak-kanak di bawah umur persekolahan pada kadar lima peratus setahun.

- Finland, Sweden dan Norway mempunyai kadar kes diabetes jenis pertama di kalangan kanak-kanak yang tertinggi di dunia.

- Diabetes jenis kedua telah dilaporkan di kalangan kanak-kanak seawal usia lapan tahun dan laporan terkini menunjukkan diabetes dikesan di kalangan kanak-kanak yang sebelum ini dianggap tidak berisiko.

- Di kalangan penduduk pribumi di Amerika Syarikat, Kanada dan Australia, terdapat sekurang-kurangnya seorang penghidap diabetes muda daripada 100 kanak-kanak. Dalam sesetengah komuniti, terdapat satu penghidap diabetes muda bagi setiap 25 kanak-kanak.

- Lebih separuh kanak-kanak yang menghidap diabetes mengalami komplikasi dalam tempoh 15 tahun.

- Kajian global menunjukkan diabetes jenis kedua boleh dielakkan dengan membolehkan individu menurunkan antara tujuh hingga 10 peratus berat badan mereka, di samping meningkatkan kadar aktiviti fizikal mereka kepada tahap sederhana.

- Diabetes jenis kedua di kalangan kanak-kanak kini menjadi satu ancaman kesihatan umum dan berpotensi menyebabkan masalah serius kelak.- Diabetes jenis kedua menyerang kanak-kanak di negara membangun dan juga negara maju.

Baca Seterusnya......

Thursday, October 29, 2009

Bukti Laporan Audit, Pakatan Rakyat mampu perintah Malaysia


PENDEDAHAN demi pendedahan berkenaan ketirisan kerajaan menguruskan perbelanjaan terus dilaporkan melalui Laporan Audit Negara saban tahun. Namun, teguran-teguran itu nampaknya tidak mengubah apa-apa, apabila ketirisan dan kebocoran terus berleluasa. Bersama Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, wartawan ANIS NAZRI meminta cadangan-cadangan yang boleh diterima pakai bagi memastikan soal ketirisan dan kebocoran ini tidak akan berulang pada tahun-tahun berikutnya.

Baru-baru ini, Laporan Audit Negara mendedahkan lagi ketirisan-ketirisan dalam perbelanjaan Kerajaan Pusat seperti yang berlaku pada tahun-tahun sebelumnya. Biarpun berkali-kali teguran dan pendedahan dibuat, kerajaan tidak mengambil langkah untuk mengawal perbelanjaan mengelakkan ketirisan berulang. Pada pandangan Dato', apa perlunya laporan tersebut?

MAHFUZ OMAR: Sudah beberapa tahun laporan audit ini dijalankan. Saban tahun didedahkan soal ketirisan, kebocoran yang boleh dikaitkan dengan amalan rasuah dalam urusan perbelanjaan di peringkat agensi dan kementerian.
Sepatutnya apabila audit dilaporkan, perlu ada proses pemulihan dalam sektor awam dan kerajaan, tapi malangnya walaupun sudah lama pembentangan ini dijalankan, saya lihat kerajaan tidak berasa apa-apa. Mereka tidak rasa terbeban, tidak rasa tanggungjawab untuk mengambil iktibar dengan laporan audit, sekaligus saya lihat ianya banyak menghabiskan wang rakyat.
Wang rakyat sudah banyak hilang akibat ketirisan berlaku, sekali lagi ia akan hilang lagi akibat daripada kerajaan terpaksa peruntukkan wang untuk membuat audit. Tapi apabila kerajaan tidak ambil teguran dari audit, berlakulah dua kali tiris wang negara.

Bagi pendapat Dato' apa langkah sewajarnya yang boleh kerajaan lakukan jika mereka benar-benar ingin mengelakkan ketirisan ini terus berlaku?

Isunya sekarang, kerajaan tidak serius. Sepatutnya, kerajaan perlu tengok teguran semua pihak. Perlu ada pembaikan tapi sampai sekarang tiada apa-apa. Kenyataan Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang kononnya tidak akan bertolak-ansur, akan mengambil tindakan, semuanya hanyalah sebagai 'lipstik'. Jika ada tindakan diambil pun, ianya di peringkat 'ikan bilis' sahaja.

Maknanya, diperingkat pemimpin atasan dibiarkan...

Kita lihat begini, kerajaan perlu bertindak agresif. Selain mengambil tindakan, kerajaan perlu menyediakan satu sistem pemantauan untuk melaksanakan sesuatu projek. Mesti ada satu badan pemantau untuk melihat bagaimana satu pelaksanaan itu dikeluarkan, bagaimana proses rundingan itu dibuat, sama ada dibuat secara terus atau terbuka. Mekasnisme ini yang perlu dijaga, jika mekanisme ini tidak jelas ia akan berulang lagi pada tahun-tahun akan datang.
Saya percaya tidak ada satu tindakan serius, khususnya pemantauan seperti yang saya katakan tadi. Kalau kerajaan buat itu (pemantauan), ia akan menutup ruang untuk kroni-kroni mereka mengambil kesempatan. Sebab itu pemimpin kerajaan tidak mengambil langkah tersebut. Kalau ambil juga, habislah kerana kaedah kroni yang digunapakai sekarang dianggap rezeki.

Di sinilah kita lihat kerajaan tidak serius kerana ada kepentingan...

Sekali tengok macam mereka tidak bimbang. Mungkin mereka fikir rakyat tidak akan persoalkan, dan dalam masa sama mereka rasa rakyat boleh dibeli, khususnya ketika pilihan raya. Itu merupakan satu penghinaan kepada rakyat jika mereka berfikiran begitu.
Tapi saya yakin, rakyat hari ini sudah berbeza dari 20 tahun, 10 tahun dahulu. Rakyat sekarang berpolitik dalam abad ke-21 yang terdedah dengan pelbagai maklumat, dan saya yakin rakyat akan buat penghakiman atas kegagalan kerajaan menguruskan dana negara ini.

Maknanya, ketirisan yang berlaku ini terus meningkat setiap tahun, atau ada sedikit penambahbaikan bagi pandangan Dato'?

Secara umumnya pendedahan itu menunjukkan berlakunya peningkatan dalam hal ketirisan. Sudah teruk, dan ketirisan ini atau kita panggil rasuah ini sudah berakar umbi dari atas sampai ke peringkat rendah, sehinggakan melibatkan jabatan agensi kerajaan.
Sebab itu saya ingin mencadangkan supaya harus dipinda akta atau undang-undang berkaitan audit. Bagi saya, baguslah audit ini, cuma saya lihat ada kelemahan sedikit apabila audit ini bidangnya hanya menyiasat semata-mata.

Apa cadangan Dato' supaya keadaan ini (ketirisan dan kebocoran) tidak berulang lagi pada tahun-tahun berikutnya?

Saya mencadangkan supaya ada satu peruntukan khas bahawa setiap laporan yang dibuat audit ini terus membawa kepada pendakwaan. Audit ini bukan sahaja dari sudut akaun, tetapi juga satu penyiasatan sehingga sampai tahap mengenalpasti siapa yang terlibat.
Kalau tunggu pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat, ia akan makan masa. Sudahlah makan masa, selepas itu mereka kata tiada kes, tiada bukti. Maka, terlepaslah sedangkan duit sudah hilang.
Sebab itu harus ada timbalan pendakwaraya, contohnya diletakkan di Jabatan Audit bagi membolehkan mengambil tindakan ke atas mereka yang terlibat. Letakkan seorang wakil seperti yang dilakukan di SPRM. Apabila jabatan audit melihat ada ketirisan, terus boleh dibawa ke pihak pendakwaan.

Selain mendedahkan banyaknya lebihan perbelanjaan, Jabatan Audit Negara turut memuji negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan juga Kelantan. Apakah signal yang boleh dilihat kerajaan pusat berhubung perkara ini?

Bagi saya kerajaan Barisan Nasional (BN) harus ada keinsafan. Kalau Pakatan Rakyat boleh membuat perbelanjaan berhemah, kenapa Kerajaan Pusat tidak boleh? Ini bertolak kepada sikap amanah yang ada di kalangan pemimpin.
Patutnya, kerajaan kena rasa malulah. Kalau di Pulau Pinang, pemimpinnya yang bukan Islam boleh dapat pujian, malulah Umno yang beragama Islam ini. Begitu juga dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang lain. Kerajaan perlu mengambil contoh dan belajar bagaimana proses belanjawan berhemah dilakukan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Umpamanya di Kedah. Kita amalkan 'open tender' untuk menambahkan pulangan pendapatan kepada kerajaan. Balak di Kedah, kalau dahulu satu ekar dalam RM 1000 lebih. Tapi sekarang sudah beri hasil pulangan sebanyak RM19 000 untuk satu ekar. Berapa banyak ganda yang dapat kita dapatkan hasil dari rundingan terbuka yang dijalankan.

Tidakkah ini patut disedari oleh BN?

Bukan sahaja kerajaan harus melihat pencapaian Pakatan Rakyat, tapi rakyat sendiri juga harus melihat secara serius bahawa negara kita perlukan satu corak, gaya pengurusan ekonomi yang dibuat Pakatan Rakyat yang bertitik-tolak dari sikap amanah. Kalau rakyat mahu suasana seperti itu, mahu tidak mahu mereka kena pilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang untuk mentadbir negara ini.

Adakah ini boleh dijadikan bukti bahawa Pakatan Rakyat memang mampu dan diberi peluang untuk mentadbir negara?

Pakatan Rakyat memang mampu. Cuma sebelum ini tidak pernah diuji, diberi peluang untuk membuktikan kebolehan. Selama ini orang sangka Umno sahaja boleh perintah. Tetapi apabila diberi peluang di beberapa negeri, termasuk di Kelantan yang masuk 19 tahun, Alhamdulillah ia dapat dibuktikan pengurusan yang lebih baik dan berhemah.

Sumber Dari DetikDaily

Baca Seterusnya......

Wednesday, October 28, 2009

Pas Tidak Akan Berpecah


Saya menyinggung politik dalam Pas kerana saya melihat parti ini penting dalam Pakatan Rakyat. Dan Pakatan pula penting dalam politik baru Malaysia. Seterusnya politik baru ini kritikal dalam membina sistem dua parti yang akan menentukan sama ada perlembagaan kita dapat diperkasakan atau terus dimanipulasi untuk kepentingan politik sebagaimana yang kita saksikan selama ini.

Sesiapa yang menafikan bahawa perlembagaan telah dikembirikan selama 52 tahun ini adalah jahil dan menipu dirinya sendiri. Selain tindakan UMNO, istana dan mahkamah dalam krisis politik di Perak apa yang dilakukan sejak merdeka juga sebenarnya telah menghambat perkembangan kemerdekaan. Jika ada yang tidak percaya silalah teliti laporan Suruhanjaya Reid dan draf yang mereka sediakan dan bandingkan dengan dokumen perlembagaan yang ada hari ini. Kaji juga keputusan-keputusan mahkamah sejak merdeka.

Memang Pakatan belum tentu tidak jadi macam Barisan Nasional. Tapi saya fikir kita perlu realistik dan beri mereka peluang. Jika mereka gagal kita akan letakkan kembali Barisan di tempatnya sekarang. Dalam sistem demokrasi yang kita amalkan ini sahaja cara yang kita boleh lakukan.

Inilah gambar besar yang kita harus perhatikan. Bukan soal remeh temeh yang para pencacai politik cuba paparkan dalam blog-blog mereka. Apakah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah nyanyuk dan menyusukan kera di hutan tidak relevan. Begitu juga dengan mereka yang cuba menonjolkan betapa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi mangsa dan perlunya orang baik ini dipertahankan.

Rakyat yang sedar kepentingan negara tidak bicara soal individu. Kita bicara soal arah dan masa depan negara. Tentang perlunya sistem negara ini diperbetulkan. Proses ini sudah pasti panjang dan berliku. Apa yang berlaku dalam Pas adalah salah satu daripada mata rantainya. Proses sama sudah bermula dalam PKR. Ini baik. Tak perlulah kita bertengkar tentang namanya. Kalau nak kata krisis pun katalah. Yang penting ia ubat yang akan menyembuhkan penyakit-penyakit yang ada.

UMNO baru sahaja mendapat suntikan baru dan ia pastinya tak senang dengan perkembangan itu. UMNO mahu Pas terus kekal dengan bisul yang sekarang cuba diubati oleh Nik Aziz. Sebab itu media miliknya ramai-ramai mengatakan bahawa krisis Pas dan PKR itu adalah tanda bahawa musuh ketat mereka sudah mula buang tabiat. Sebagaimana orang Pas dan PKR mengejek pergelutan dalam UMNO. Sebagai rakyat yang prihatin kepada hidup mati negara kita tidak harus terjebak dengan gelagat dan permainan ahli-ahli politik seperti mereka. Kita perlu fokus kepada gambar besar tadi. Kita perlu lupakan soal-soal yang tidak wujud dan remeh seperti kedudukan dan perpaduan Melayu, Islam dan macam-macam lagi. Lagipun sejak bila yang UMNO prihatin sangat dengan Melayu dan Islam ini?

Gambar besar yang dikatakan tadi merujuk kepada imej Pas dan ini berkait dengan persepsi rakyat kepada parti itu. Dalam senario dan landskap yang ada sekarang Pas cuma boleh mendapat sekitar 40 peratus undi Melayu. Ini bermakna ia perlu mengekalkan sokongan bukan Melayu jika hendak mengekalkan kedudukannya sekarang. Ini bukan soal menjual maruah Melayu dan Islam. Sebaliknya ia adalah cabaran kepada Pas bagaimana hendak menjelaskan konsep-konsep negara kebajikan dan Pas untuk semua yang telah dimulakannya. Abdul Hadi gagal di sini. Atau memang tidak mampu. Dalam keadaan sebegitu dia dan kawan-kawannya sembunyi-sembunyi berkira dengan UMNO.

Kita tak peduli apa namanya. Kita juga tak peduli sama ada mereka masih lagi meneruskannya atau tidak. Yang jelas aktiviti itu telah membolehkan UMNO memberikan ciuman maut buat Pas dan sekarang virusnya merebak dalam parti. Ia menyebabkan syak wasangka dan menimbulkan kemarahan bukan Melayu. Abdul Hadi dan kumpulannya perlu ingat bahawa UMNO mahu memujuk bukan Melayu dan sekiranya Pas boleh digambarkan berada bersamanya itu sudah cukup baik. Dalam keadaan itu hanya tinggal DAP dan PKR sahaja yang perlu ditangani.

Imej Pas sudah tercalar dan Nik Aziz sebagai seorang pemain yang licik dapat menghidunya. Abdul Hadi dan kawan-kawannya semacam terlupa siapa yang mengundi mereka dalam PRU ke 12. Jika tidak masakan Datuk Dr Hassan Ali terus berdegil dan cuba menjaringkan gol sendiri! Saya sudah beritahu bahawa beliau boleh lakukan apa yang dibuatnya itu. Tapi kenalah letak jawatan dan jadi penyokong kerajaan sahaja.

Sehingga ini nampaknya usaha Nik Aziz belum disekat secara rasmi meskipun ada suara-suara yang mempersoalkan. Tak kiralah apa cara dan namanya. Muktamar khas atau sekadar mesyuarat majlis syura atau mesyuarat jawatankuasa agung membincangkan isu itu. yang penting persepsi rakyat diperbetulkan sebelum pilihan raya kecil yang akan dating. Dalam senario politik yang ada sekarang pastinya UMNO gian hendak bertanding. Saya fikir orang Pas dan Pakatan takut sekarang. Saya dapat tahu Nasrudin Hassan ada berkata tidak takut berlengan di Bagan Pinang. Tetapi inikah jenis kepemimpinan yang hendak kita pamerkan?


Oleh kerana isu besar yang hendak ditangani berkait dengan imej dan persepsi saya fikir elok Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pecat Hassan Ali dari kerajaan kerana kesalahannya cukup besar dan cukup jelas: melanggar perlembagaan negara dan negeri. Memang ini tak pernah dilakukan oleh UMNO Barisan. Tetapi inilah yang hendak ditunjukkan; yakni bahawa Pakatan serius dalam mendaulatkan perlembagaan yang menjadi tunjang dan nadi kepada demokrasi dan apa sahaja yang bersifatkan merakyatkan di negara ini. Saya tak fikir ada siapa yang boleh menghalang. Lagipun bukankah telah ada ketetapan yang menyekat gelagat seperti yang dilakukan oleh Hassan Ali itu? Di sisi undang-undang itu kuasa mutlak Khalid. Kalau Khalid tidak buat dia boleh dipersalahkan kerana tidak menjunjung perlembagaan.

Berbalik kepada Pas Datuk Seri Azizan Razak dikatakan tidak berminat. Mungkin itu cara orang politik: malu tapi mahu. Lagipun takkan dia hendak kata mahu. Pas perlu paksa Azizan. Lagipun dalam parti ramai yang kuat-kuat dan bertenaga. Khalid Samad contohnya. Dan ramai lagi.

Oleh sebab yang menjadi masalah ialah imej maka mereka yang terpalit dengan imej-imej yang negatif itu kenalah berundur. Ini bukan soal sudah tak buat kerja itu atau sudah bertaubat. Yang penting imej parti sudah rosak dan dalam politik hukumannya ialah letak jawatan dan beri laluan kepada orang lain. Saya tahu orang Pas ada yang marah. Tetapi mereka kena fikir bahawa itulah risiko yang perlu diambil apabila parti dirakyatkan. Dahulu mereka ejek UMNO. Sekarang baru mereka tahu susahnya mentadbir parti yang besar. Apa yang menjadi masalah sekarang ialah ada orang Pas yang berfikir seperti zaman Pas masih parti kecil dahulu. Mereka inilah yang gagal meletakkan keutamaan. Bagi mereka yang berfikiran sempit ini apa sahaja cadangan untuk memperbaiki parti akan dilihat sebagai agenda anasir UMNO yang menyusup ke dalam parti.

Apakah Pas akan pecah? Saya tak fikir begitu. Dan saya tak fikir saya yang kerdil ini boleh menggoncang Pas. Lainlah kalau Pas ini harimau kertas. Sejarah politik ini cukup jelas bahawa parti serpihan tak lama. Pas bukan parti serpihan. Kalau pemimpin tertentu disingkirkan pun saya tak fikir akan ada yang ikut. Mungkin mereka akan merajuk beberapa hari. Lepas itu mereka akan balik. Kalau dalam UMNO pun begitu apalagi dalam Pas. Lagipun para pemimpin bermasalah yang disebut oleh Nik Aziz itu bukan hero; kebanyakannya sakit nak menang pilihan raya. Jadi kalau letak jawatan atau disingkirkan pun tidak akan ada kesan pada parti. Orang Pas tak perlulah percaya ramalan dan analisis media UMNO.

Ada juga yang mempersoalkan tidakkah penyingkiran bermakna membelakangkan keputusan perwakilan muktamar yang membuat pemilihan? Saya fikir ini tidak timbul kerana kita bukan mempertikaikan keputusan pemilihan. Kita mengatakan ada di antara yang terpilih telah gagal. Dan kita cadangkan supaya diminta berhenti atau letak jawatan. Kalau Pas berdegil dan tidak mahu membuat anjakan tunggulah keputusan rakyat nanti.

Apakah perubahan drastik itu semestinya menyelesaikan kelesuan? Kita tidak tahu. Tetapi apa yang penting sesuatu perlu dilakukan kerana jika Pas tidak berbuat apa-apa ia telah melakukan dua kesalahan; yakni sudah sedar ada sesuatu yang tak kena tetapi tidak berbuat apa-apa. Apa pun pemimpin baru itu akan diadili juga. Tidakkah kita beroperasi dalam sistem demokrasi? -Abdul A

Oleh Prof Dr. Abd Aziz Bari (UIA)

Baca Seterusnya......

Friday, October 23, 2009

TGNA - Cadangkan PAS adakan EGM Untuk Selesaikan Pemimpin Bermasaalah


Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak di zaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri.

Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata.

Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.

Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.

i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.

Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:

“Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” (Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)

Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.

ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:

“ Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)

iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:

“ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” (Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)

Apa isunya?

Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan.

Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :

“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”

“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”

“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”

“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”

“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”

“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”

“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”
Pandangan Saya

Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :

Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah. Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah.

Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain.

Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu.

Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.

Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana.

Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas; ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .

Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009

Baca Seterusnya......

Sunday, October 18, 2009

The Merce E 200 CDI BlueEFFICIENCY and E 200 CGI BlueEFFICIENCY


Mercedes-Benz is adding to the engine line-up for the new E-Class by introducing two economical four-cylinder models. The Mercedes E 200 CDI BlueEFFICIENCY developing 100 kW/136 hp consumes 5.2 litres of diesel per 100 kilometres, while the new Mercedes E 200 CGI BlueEFFICIENCY has an output of 135 kW/184 hp and consumes 7.2 litres of petrol per 100 kilometres.

The diesel powerplant in the E 200 CDI BlueEFFICIENCY has a displacement of 2143 cc, an output of 100 kW/136 hp, and consumes 5.2 to 5.5 litres of diesel per 100 kilometres (CO2 emissions: 137 - 145 g/km), enabling the Saloon to accelerate from zero to 100 km/h in 10.2 seconds and reach a top speed of 210 km/h.


The petrol engine in the new E 200 CGI BlueEFFICIENCY boasts a displacement of 1.8 litres and an output of 135 kW/184 hp. It takes 8.5 seconds to accelerate from zero to 100 km/h and has a top speed of 232 km/h. This model consumes 7.2 litres of premium unleaded petrol (RON 95) per 100 kilometres (CO2 emissions: 169 g/km), not least thanks to the ECO start/stop function, which is fitted as standard in conjunction with the six-speed manual transmission.


These are all-new four-cylinder powerplants with direct injection. One of the main features of the new diesel engine is latest-generation common-rail direct injection. The likewise new four-cylinder petrol engine with direct injection is fitted with a turbocharger as well as adjustable intake and exhaust camshafts.

Like all the other engine variants for the new E-Class, which have already been awarded the Environment Certificate by TÜV Süd (Technical Inspection Authority in southern Germany), the two new powerplants comply with the EU5 limits.

Other key attributes of the world’s best-selling luxury saloon, alongside its exceptionally ecofriendly design, include a unique combination of driver assistance systems, such as drowsiness detection, Adaptive Highbeam Assist and automatic emergency braking, which can help to prevent accidents. Further classic E-Class hallmarks include a high level of long-distance comfort, high-quality interior materials, build quality displaying unerring attention to detail and perfect ergonomics.

Baca Seterusnya......

Monday, October 12, 2009

Mengelakan Sakit Mental

BERBAGAI faktor telah dikenal pasti sebagai penyebab kepada penyakit mental seperti kekecewaan, kegagalan dalam pelajaran, tekanan hidup serta faktor persekitaran dan masyarakat sekeliling.

Sebenarnya masalah sakit mental perlu diberi perhatian yang sewajarnya dan kita tidak sahaja perlu mengetahui faktor penyebab tetapi apa yang lebih penting kita juga perlu mengetahui bagaimanakah cara untuk mengelakkan penyakit mental daripada menghampiri kita.

Sedar atau tidak penyakit mental hampir sama dengan penyakit yang lain yang mana kita perlu menghindarinya setiap masa dalam kita menjalani hidup ini.

Malahan sesiapa sahaja terdedah dengan penyakit mental. Ada cara yang senang untuk kita ikuti bagi mengelakkan diri kita sendiri terjebak dengan penyakit mental atau diserang penyakit mental.

Yang pertama adalah apabila kita melakukan sesuatu perlulah bersandarkan kepada agama. Dalam hal ini, agama perlu dijadikan sebagai pedoman dalam apa sahaja yang kita lakukan.

Ilmu agama perlu kuat kerana kita memerlukan kekuatan agama dalam diri untuk kita menangkis segala gejala negatif yang merosakkan diri dan jiwa.

Apabila kekuatan agama ada dalam diri kita, secara tidak langsung ia akan mendidik jiwa kita untuk bersabar, mengelakkan diri dari membunuh diri sendiri, memilih mana yang baik mana yang salah dan apa yang lebih penting kekuatan agama membimbing kita menentukan apa yang terbaik untuk diri kita.

Seterusnya apabila kita menghadapi sesuatu masalah, janganlah mudah melatah dengan mengurungkan diri, tidak bercakap dengan orang, suka menyendiri, dan memarahi orang lain.

Jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah adalah dengan berkongsi masalah dengan orang lain yang hampir dengan kita, seperti ahli keluarga dan rakan-rakan dan akhir sekali jika didapati masalah itu terlalu kompleks dan memerlukan pendapat orang luar, cubalah berjumpa dengan kaunselor pula.

Anda sedari atau tidak, sebenarnya masalah kita adalah kita sendiri yang menyelesaikannya. Orang lain tidak mampu untuk menghuraikan kesemua masalah kita, kerana hanya kita yang tahu siapa diri kita. Jadi apa yang diperkatakan tadi, hanyalah sebagai faktor pembantu dalam penyelesaian sesuatu masalah.

Namun ia sangat berperanan dalam membantu menyelesaikan masalah kita. Apa yang penting di sini adalah berkongsi masalah dengan orang lain akan menyebabkan kita tenang dan memberikan kita pilihan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Ketiga, apabila ditimpa kekecewaan seperti gagal mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan, gagal dalam percintaan, dan gagal mendapat kerja yang diimpikan tidak seharusnya mengheret kita untuk melayani kekecewaan tersebut seperti cuba membunuh diri, merosakkan diri dengan mengambil dadah, pil ekstasi, pil penenang dan sebagainya.

Setiap dari kita perlu tahu bahawa apa yang berlaku pada kita ada hikmah di sebaliknya yang kita tidak tahu. Apa yang kita tidak dapat pada hari ini, mungkin kita akan dapat sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang. Cuma kita perlu berusaha ke arah itu.

Keempat, selalulah kita mempunyai hubungan yang baik dan mesra dengan ahli keluarga, rakan-rakan, guru-guru dan masyarakat sekeliling.

Harus disedari bahawa prinsip suka menyendiri akan cenderung ke arah sakit mental.

Ini kerana menyendiri akan menyebabkan kita mudah mengikut rasa dan nafsu, apatah lagi kita akan mudah mengikut telunjuk syaitan.

Justeru itu dalam hidup ini, kita perlu mempunyai hubungan yang akrab dengan keluarga dan rakan-rakan.

Sedarlah kita perlu hidup bermasyarakat, dan tidak perlu kita menjadi “kera sumbang” kerana siapalah kita tanpa masyarakat.

Baca Seterusnya......

Banjir Sebar Kuman LEPTOSPIROSIS


BAHAN makanan yang terdedah pada air banjir mudah tercemar. Air tercemar seperti kencing atau najis haiwan punca penyakit berbahaya membawa maut kepada mangsa banjir.

LEPTOSPIROSIS antara penyakit yang kerap dikaitkan dengan banjir. Penyakit ini berpunca daripada bakteria leptospira yang bukan saja terdapat dalam air kencing dan najis tikus malah pada haiwan mamalia termasuk kucing.

Oleh itu setiap kali banjir antara panduan yang kerap diingatkan kepada mangsa ialah memasak makanan dan minum air daripada sumber yang bersih.

Manusia boleh berhadapan dengan leptospirosis sekiranya terdedah atau berhubung secara langsung dengan air atau air banjir yang tercemar dengan air kencing atau najis haiwan yang dijangkiti leptospira.

Leptospirosis sebenarnya satu daripada penyakit bawaan air. Ada pelbagai lagi jenis penyakit boleh menyerang jika tiada langkah diambil, antaranya demam kepialu, kolera dan hepatitis A.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Anis Salwa Kamarudin, berkata selain penyakit bawaan air, penyakit bawaan vektor juga perlu diberi perhatian, antaranya termasuk denggi, malaria dan demam kuning.

“Banjir memang dikaitkan dengan peningkatan risiko jangkitan. Bagaimanapun, risiko ini boleh ditangani jika mangsa banjir berhati-hati.

“Bagaimanapun, sehingga kini belum ada kes risiko jangkitan penyakit bawaan air banjir di Malaysia sehingga menyebabkan satu ‘outbreak’ kerana Kementerian Kesihatan mempunyai pelan tindakan tersusun,” katanya.

Mengikut catatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dalam 14 kes banjir besar yang terjadi di seluruh dunia antara 1970 dan 1994, hanya satu kes saja yang menyebabkan wabak cirit-birit yang besar iaitu di Sudan pada 1980. Kejadian itu dikaitkan dengan penempatan populasi yang rumit.

“Penyakit bawaan air juga boleh terjadi jika mangsa banjir mempunyai hubungan terus dengan air yang tercemar. Misalnya bila banjir, mereka menjadikan bencana alam itu sebagai pesta main air. Sedangkan air banjir itu tercemar dengan pelbagai bakteria, apatah lagi jika ada luka pada badan,” katanya.

Beliau berkata, masalah itu menyebabkan jangkitan pada luka selain masalah kulit, sakit mata (konjuktivitis) selain jangkitan pada telinga, hidung dan tekak. Bagaimanapun, penyakit seperti ini tidak cenderung menjadi epidemik.

Menurut WHO, jangkitan yang boleh menjadi epidemik tentu saja leptospirosis kerana pemindahan bakteria itu daripada air yang tercemar kepada manusia boleh berlaku melalui kulit dan membran mukus.

Beberapa kes membabitkan leptospirosis menjadi igauan mangsa banjir membabitkan kes di Brazil (1983,1988 dan 1996), Nicaragua (1995) dan Thailand (2000).

“Selain berwaspada dengan penyakit bawaan air, penyakit bawaan vektor juga perlu diberi perhatian. Ini kerana banjir secara tidak langsung meningkatkan kes bawaan vektor melalui pertambahan jumlah dan rangkaian habitat,” katanya.

Air bertakung yang disebabkan hujan lebat dan limpahan sungai boleh menjadi sarang nyamuk. Ketika banjir mungkin nyamuk tidak dapat bertelur tetapi keadaan sebaliknya berlaku apabila banjir pulih.

Ada banyak kes banjir di seluruh dunia yang menyaksikan malaria menjadi epidemik menakutkan antaranya banjir di Costa Rica pada 1991 dan Republik Dominika pada 2004.

Risiko kesihatan lain disebabkan banjir

Lemas, kecederaan dan trauma.

Suhu badan yang terlalu rendah (hypothermia) juga mungkin menjadi masalah terutama di kalangan kanak-kanak jika terperangkap dalam banjir terlalu lama.

Peningkatan risiko jangkitan pernafasan selain batuk dan demam.

Leptospirosis

Jika tidak dirawat, leptospirosis boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, meningitis, kegagalan hati malah dalam kes yang lebih teruk ialah kematian.

Leptospirosis didiagnos dengan ujian makmal terhadap contoh darah atau air kencing.

Leptospirosis selalunya terjadi kerana pendedahan pada air yang dicemari air kencing binatang yang dijangkiti bakteria leptospira.

Selain tikus, organisma letospira boleh juga menjangkiti kucing, kuda, anjing, babi dan haiwan lain.

Manusia dijangkiti melalui hubungan langsung dengan air, makanan atau tanah yang tercemar.

Biasanya seseorang yang sudah terdedah dengan sumber tercemar letospira mula jatuh sakit dalam dua hari hingga empat minggu.

Ia boleh berlaku dalam dua fasa.

Fasa pertama ialah demam, sejuk, sakit kepala, sakit otot, muntah atau cirit-cirit. Pesakit akan pulih sebelum kembali jatuh sakit.

Fasa kedua keadaan pesakit lebih teruk termasuk kegagalan buah pinggang, hati atau meningitis. Fasa ini disebut juga sebagai penyakit “Weil’ (Weil’s disease)

Leptospirosis berlaku antara beberapa hari hingga beberapa minggu atau lebih. Tanpa rawatan, tempoh untuk pulih mengambil masa beberapa bulan.

Leptospirosis berlaku di seluruh dunia tetapi lebih biasa ditemui di negara beriklim tropika.

Mengenal tanda-tanda leptospirosis

Demam

Sakit kepala

Loya, muntah

Sakit otot

Ruam kulit

Sakit pada abdomen

Batuk

Sakit pada betis

Jaundis

Air kencing kehitaman (seperti teh pekat)

Panduan untuk mengendalikan makanan dengan selamat

Jaga kebersihan

Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum mengendalikan, menyediakan makanan dan selepas ke tandas.

Cuci peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan

Cuci keseluruhan tempat permukaan penyediaan makanan

Lindungi kawasan dapur dan makanan daripada lipas, lalat, tikus dan haiwan lain.

Asingkan makanan mentah daripada makanan yang sudah dimasak

Asingkan daging, ikan dan makanan laut daripada makanan yang sudah dimasak

Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong yang berlainan untuk bahan mentah dengan bahan yang sudah dimasak

Masak dengan sempurna

Masak dengan sempurna terutama daging, telur dan makanan laut

Pastikan sup dan bubur dimasak hingga mendidih

Pastikan daging cincang, daging panggang dan ketulan daging dimasak secukupnya

Bagi masakan yang perlu dipanaskan, pastikan ia dilakukan dengan sempurna

Simpan makanan pada suhu yang selamat

Jangan biar makanan pada suhu bilik melebihi dua jam

Simpan semua makanan yang mudah rosak dalam peti sejuk

Kekalkan suhu makanan yang dimasak melebihi 60 darjah celsius sebelum dihidang

Gunakan air dan bahan mentah yang selamat

Pilih makanan segar dan bermutu

Pastikan makanan itu dikendalikan dengan selamat

Cuci buah-buahan atau sayur-sayuran dengan sempurna

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Baca Seterusnya......

Wednesday, October 7, 2009

Membentuk pelajar lemah menjadi cemerlang


PENDIDIKAN sangat penting dan kerana itu, tidak hairanlah pada setiap masa, dunia pendidikan negara mendapat perhatian yang tinggi. Sering kali kita mendengar pelbagai pandangan diutarakan bagi memperbaiki sistem pendidikan negara.

Namun, sehingga kini usaha merealisasikan pandangan itu masih terlalu jauh apatah lagi untuk melihat hasilnya. Rungutan yang diterima pula mempunyai pelbagai sifat, daripada rungutan terhadap sistem pendidikan, mutu guru, kandungan pelajaran, kaedah pengajaran serta tumpuan pendidikan.

Segala rungutan akhirnya mengelirukan masyarakat dan menimbulkan rasa tidak yakin ibu bapa terhadap dunia pendidikan itu sendiri. Paling terbaru adalah usaha mengehadkan jumlah mata pelajaran yang boleh diambil pelajar dan menilai semula mata pelajaran teras.

Semua usaha itu dialu-alukan. Sememangnya, perhatian kerajaan terhadap meningkatkan keupayaan pelajar amat digalakkan. Namun, penulis tidak begitu pasti adakah usaha dicanangkan itu mengambil kira pelajar lemah di sekolah?

Apa yang diperhatikan kini, pelbagai usaha penambahbaikan mutu pendidikan lebih banyak menyentuh atau menjurus kepada pelajar mempunyai kemampuan belajar yang baik atau dalam bahasa mudahnya, pelajar pandai.

Namun, langkah memperbaiki sistem pendidikan untuk pelajar lemah jarang sekali disentuh. Adakah ini bermakna pelajar sebegini tidak diiktiraf dalam dunia pendidikan negara? Untuk tujuan penulisan ini, penulis ingin merujuk pelajar lemah yang tidak begitu menyerlah dalam pelajaran atau tidak dapat menguasai pelajaran.

Secara umumnya, mereka ini menguasai kemahiran asas pembelajaran (3M) iaitu membaca, mengira dan menulis namun mereka adalah pelajar yang jarang sekali memperoleh A dalam pelajaran. Dengan kata lain, mereka sering kali dirujuk sebagai ‘pelajar tidak pandai’.

Pelajar tidak pandai ini disebabkan pelbagai punca. Ada pelajar itu sememangnya sudah sedia menghadapi masalah ketidakupayaan pembelajaran. Ada pula menghadapi masalah sikap dan tidak ketinggalan sememangnya tidak menyukai sesuatu mata pelajaran akibat pengalaman pembelajaran tidak baik atau tidak menyeronokkan.

Walaupun pelajar lemah tidak menyerlah dalam pelajaran dan mungkin, setiap kali peperiksaan hanya mendapat markah ‘cukup makan’, tidak bermakna mereka tidak mempunyai potensi atau kemampuan untuk berjaya.

Malangnya, dalam keadaan kini, potensi atau keupayaan pelajar tidak dikenal pasti kerana dunia pendidikan lebih banyak menumpukan kepada pelajar berkeupayaan tinggi. Hasilnya, jarang sekali mendengar masalah atau nasib pelajar lemah terbela setelah gagal atau hanya mendapat markah minimum dalam peperiksaan utama.

Oleh kerana itulah persoalan diskriminasi dunia pendidikan terhadap pelajar lemah ditimbulkan. Apakah yang terjadi kepada mereka selepas tidak memperoleh keputusan baik dalam peperiksaan? Adakah program atau perancangan khusus dilakukan untuk pelajar ini?

Atau mungkinkah mereka hanya dibiarkan menentukan nasib sendiri. Jika ini benar terjadi maka tidak hairanlah pelbagai masalah berkait dunia remaja semakin berleluasa.

Tidak dinafikan, ada perancangan tertentu untuk pelajar yang kurang menyerlah dalam pelajaran. Jika tidak masakan kerajaan memperkenalkan sekolah vokasional atau sekolah kemahiran. Namun, berapa ramaikah pelajar lemah berpeluang memasuki sekolah begini?

Pasti tidak semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk memasuki sekolah kemahiran. Apa pula terjadi kepada pelajar yang tidak terpilih? Ini pasti menimbulkan persoalan terhadap pelaksanaan dasar atau perancangan yang tidak menepati sasaran dikehendaki.

Justeru, kita hendaklah bijak mengenal pasti keupayaan anak atau pelajar dan seterusnya membangunkan keupayaan mereka ke tahap tertinggi. Jika pelajar tidak mampu cemerlang dalam pelajaran, maka keupayaan lain dimiliki pelajar itu mestilah dikenal pasti.

Kemungkinan besar pelajar itu pandai dalam lukisan atau muzik. Maka, kelebihan itulah yang perlu digilap. Inilah yang berlaku kepada beberapa insan ternama di dunia seperti Albert Einstein (14 Mac 1879 – 18 April 1955).

Einstein menghadapi masalah disleksia yang menyebabkan beliau mempunyai daya ingatan tidak baik dan sentiasa gagal menghafal walaupun satu perkara mudah seperti mengingati bulan dalam satu tahun. Walaupun Einstein mungkin tidak dapat belajar dengan baik, sumbangan beliau dalam dunia saintifik dan teori sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.

Begitu juga penulis terkenal Agatha Christie (15 September 1890 – 12 Januari 1976). Walaupun menghadapi masalah dalam pembelajaran, ia tidak menghalang beliau menjadi kreatif dan belajar untuk menulis.

Hasilnya, beliau berjaya menulis pelbagai buku misteri yang terjual sehingga 4 bilion naskhah di seluruh dunia. Malah, tulisan beliau menjadi sumber ilham ramai penulis muda di seluruh dunia.

Manusia mempunyai pelbagai keupayaan dan keupayaan yang perlu digilap. Dalam dunia pendidikan negara, perbezaan keupayaan sememangnya diakui wujud namun sejauh mana usaha mengenal pasti dan memupuk perbezaan keupayaan itu dilaksanakan masih menjadi tanda tanya.

Apa yang sangat diperlukan adalah usaha campur tangan awal dalam pengenal pasti keupayaan pelajar. Ini harus dilakukan seawal mungkin dan seterusnya kaedah pendidikan yang menjurus kepada keupayaan itu mestilah dilaksanakan segera.

Jika ini dapat dilakukan, maka keupayaan semua pelajar dapat digembleng dan diarahkan kepada jalan yang baik. Seterusnya, ini membuktikan betapa kita mengiktiraf keistimewaan yang dimiliki setiap pelajar.

Baca Seterusnya......

Memperkasa kepemimpinan lelaki sebagai ketua keluarga

‘Kedayusan’ pengurusan keluarga, kecetekan ilmu agama punca pelbagai gejala dalam masyarakat

LELAKI mengalami kepupusan kerana ramai dimasukkan ke pusat serenti sedangkan perempuan pula ramai ke universiti. Kenyataan itu adalah sindiran tajam, sinis dan pedih telinga kepada golongan Adam untuk mendengarnya.

Hakikat itu hendaklah dijadikan agenda utama bagi memperkasakan kepemimpinan lelaki sebagai ketua keluarga, masyarakat dan negara. Memperkasakan golongan lelaki perlu disemarakkan bagi memacu perubahan dan kemajuan sesebuah tamadun serta bangsa dan.

Penggemblengan tenaga dan idea semua pihak amat diperlukan dalam memperkasakan lelaki dengan segala kekuatan. Allah menuntut umat Islam memperkasakan kepemimpinan lelaki mengimarahkan bumi ini selaras tuntutan syariat Islam.

Firman Allah yang bermaksud: “Kaum lelaki adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah melebihkan lelaki(dengan beberapa keistimewaan) atas perempuan dan kerana lelaki sudah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan salih itu ialah yang taat(kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa juga yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolongan-Nya.

Dan perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan(jika mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.”(Surah An-Nisa’, ayat 34)

Ayat itu menunjukkan kelebihan dan tanggungjawab lelaki antaranya, kelebihan lelaki dengan beberapa ketinggian dan kemuliaan seperti suami bertanggungjawab mendidik isteri dan anak-anak memahami ilmu keagamaan dan adab tatasusila serta cara hidup Islam.

Di samping itu, antara tugas hakiki golongan Adam ialah memberi nafkah kepada isteri, anak-anak dan seluruh ahli keluarga yang di bawah tanggungannya. Oleh itu, tepatlah pemilihan lelaki sebagai pemimpin.

Sejarah penciptaan Adam sebagai manusia pertama yang sanggup menerima amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba Allah adalah ketentuan sudah ditetapkan. Allah sebagai Khaliq membentangkan amanah kepada manusia pertama diciptakan seterusnya generasi lelaki yang dilahirkan selepas itu.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami sudah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.”(Surah al-Ahzab, ayat 72)

Imam al-Qurtuby dalam tafsirnya menyatakan, Islam mengajarkan umatnya khususnya lelaki menjadi manusia bertanggungjawab dengan amanah yang dibebankan ke atas dirinya. Amanah itu meliputi seluruh hidup dan orang berada di sekelilingnya.

Semua manusia mempunyai tanggungjawab masing-masing sama ada kecil atau besar. Semua tanggungjawab itu akan ditanya di akhirat kelak dan disebabkan itu hendaklah dilaksanakan dengan penuh amanah serta ikhlas.

Daripada Ibn Umar, katanya: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepemimpinannya. Ketua adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepemimpinannya. Kaum lelaki pemimpin kepada keluarganya dan akan ditanya mengenai kepemimpinannya. Perempuan adalah pemimpin dalam rumah tangga suaminya dan akan ditanya kepemimpinannya. (Orang suruhan) adalah pemimpin (penjaga) hartanya dan dia juga akan ditanya mengenai penjagaannya. Setiap kamu adalah pemimpin yang akan ditanya kepemimpinannya.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kegagalan dalam kepemimpinan akan mewujudkan kepincangan pengurusan keluarga, akhirnya melahirkan permasalahan sosial yang teruk dan memberi impak kepada masyarakat serta negara. Ia juga dilihat berpunca daripada kecetekan ilmu dan kefahaman peranan serta matlamat diciptakannya.

Kepincangan dilihat bilamana ayah tidak berani menegur anaknya yang tidak bersembahyang, tidak berani menegur isteri yang tidak menutup aurat kerana takut dan bimbang di sebalik ‘kedayusan’ tertanam dalam dirinya.

Perbaikilah diri dan fahamilah matlamat hidup di dunia sementara ini demi perjalanan yang tidak pasti nasib sama ada beroleh keuntungan atau kerugian di akhirat sana. Manusia akan terlalai dengan dunia, rugi nasibnya di dunia, pasti di akhirat akan lebih merana.

Jadilah manusia beruntung di dunia yang pasti beroleh keuntungan di akhirat. Hayatilah firman Allah yang bermaksud: “Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah, ayat 71)

Baca Seterusnya......

Hukuman syariah ikut jenayah, bukan jantina


Islam tidak bezakan penjenayah lelaki dan perempuan kecuali dalam kes takzir.

APABILA timbul polemik mengenai hukuman terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno atas kesalahan minum arak, ada pihak mempertikaikan kenapa hukuman sebat dikenakan terhadap wanita menurut undang-undang Syariah sedangkan dalam undang-undang sivil, pesalah wanita tidak disebat.

Dalam Islam, tanggungjawab jenayah wanita sama seperti lelaki. Jika ketika jenayah dilakukan, wanita mempunyai kapasiti sebagai taklif, yakni ada daya sedar dan pilihan di samping baligh dan berakal. Islam tidak membezakan kedudukan antara wanita dan lelaki sebagai penjenayah, tidak kira sama ada jenayah membabitkan nyawa, tubuh badan atau harta.

Imam Syafie dalam kitab al-Umm menyebutkan: “Tidak ada khilaf ahli ilmu yang aku temui bahawa darah antara orang yang membunuh dan kena bunuh adalah sama jika mereka merdeka dan Islam. Apabila lelaki membunuh wanita dengan sengaja, dia akan dibunuh.

“Begitu juga wanita akan dibunuh apabila dia membunuh seorang lelaki. Tidak boleh diambil daripada wanita itu atau keluarganya sesuatu untuk diberi kepada pihak lelaki jika ia dihukum bunuh. Hukumannya seperti lelaki dalam kes membabitkan kematian.”

Dalam ayat itu hukuman hudud terhadap penjenayah wanita tidak dibezakan dengan penjenayah lelaki. Firman Allah, “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, sebatlah mereka 100 sebatan” (An-Nur: 2). Wanita disebut dulu kerana pada waktu itu zina banyak dilakukan wanita terang-terangan. Ia juga amaran keras agar menjaga nafsu kerana nafsu wanita lebih kuat berbanding lelaki.

Dalam sejarah awal Islam, ada beberapa kes jenayah membabitkan wanita dihukum seperti lelaki. Antaranya ialah pembunuhan wanita mengandung oleh madunya.

Mereka ialah isteri lelaki suku Hudzayl. Wanita itu memukul madunya dengan batu dan kayu sehingga ia dan kandungannya mati. Apabila diadukan kepada Rasulullah, Baginda memutuskan wanita membunuh itu membayar ghurrah (ganti rugi) atas kematian anak dalam kandungan. Keluarganya pula diperintahkan membayar diyat kerana kematian si ibu.

Kes zina pertama terkenal dengan nama ‘al-Asif’ bererti pengambil upah yang dizalimi dan dibebankan dengan kerja yang tidak wajar dan jahat. Abu Hurairah dan Zayd Ibn Khalid meriwayatkan, seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah katanya: “Sesungguhnya anak lelaki saya mengambil upah kepada lelaki ini dan berzina dengan isterinya. Saya ingin menebus dosanya dengan memberi 100 kambing dan seorang khadam. Saya bertanya ramai ulama mengenai hal ini. Mereka memberitahu hukuman ke atas anak saya ialah 100 sebatan dan buang daerah setahun.”

Nabi SAW bersabda: “Demi Tuhan, aku akan memberi keputusan antara kamu mengikut apa yang ditetapkan kitab Allah. Seratus kambing dan khadam yang kamu tawarkan perlu dipulangkan. Sesungguhnya atas anak kamu 100 sebatan dan buang daerah setahun. Pergilah kamu wahai Unays dan tanyalah wanita berkenaan. Jika dia mengaku maka rejamlah dia.”

Kes jenayah yang membabitkan wanita sama ada bunuh, zina mencuri atau murtad membuktikan Islam tidak membezakan hukuman antara penjenayah lelaki dan wanita. Asalkan si penjenayah faham erti perbuatannya, kesan dan akibat, berakal, baligh, pilihan sendiri dan niat jahat melakukannya.

Merujuk hukuman mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri, termasuk dijatuhkan terhadap Kartika Sari, walaupun ia hukuman takzir, fuqaha berpendapat kedudukan wanita dalam hukuman takzir tidak terkecuali.

Mereka boleh menjadi subjek kepada semua jenayah takzir. Pandangan fuqaha berasaskan prinsip persamaan kedudukan antara wanita dan lelaki dalam hal jenayah.

Hukuman pesalah wanita dalam kes takzir boleh berbeza dengan pesalah lelaki bukan atas sifat jantina, tetapi nilai khusus mengenai kesalahan dan hukuman takzir.

Sumber Dari:Berita Harian

Baca Seterusnya......