Sumber arenakereta.com
Enjin-enjin moden terutamanya enjin petrol telah menggunakan sistem unit komputer elektronik yang bertindak sebagai otak untuk sesebuah kenderaan tersebut. Bila kita sebut tentang sistem unit komputer elektronik ini, ia sebenarnya telah lama wujud dalam industri otomotif seawal 20 tahun yang lepas. Tetapi, sejajar dengan teknologi yang semakin hebat, penggunaan sistem elektronik juga semakin meluas bagi setiap pengeluaran kenderaan.
Kebolehan sesebuah enjin untuk berfungsi sebaiknya amatlah bergantung kepada tahap kesihatan mekanikal dan elektrikalnya. Selalunya kita bincangkan tentang kepentingan kesihatan sesebuah enjin berdasarkan ciri-ciri mekanikalnya dari segi penjagaan rapi enjin semata-mata. Tetapi, kita terlupa bahawa wujudnya sistem elektrikal yang mengawal perkara paling penting bagi enjin tersebut iaitu sistem suntikan bahan api dan juga pembacaan sensor yang terdapat dalam sistem kereta tersebut.
Seperti yang kita semua tahu, keupayaan sesebuah bahagian elektrikal juga akan merosot ditelan zaman. Contoh paling mudah yang kita dapat bayangkan ialah keupayaan wayar dan juga kapasitor bagi sistem unit komputer elektronik dan juga wayar-wayar yang menyambungkan kesemua sensor ke unit komputer elektronik untuk bacaan sensor tersebut.
Di bawah ini sedikit sebanyak info tentang “ripple effect” terhadap aplikasi elektrikal:-
- Kekerapan riak dan harmonik yang berada di dalam sistem audio itu akan didengar pada peralatan seperti penerima radio.
- Kehadiran riak boleh mengurangkan ketepatan dalam bacaan sistem unit komputer elektronik.
- Dalam litar digital, ia mengurangkan ketepatan sensor, di mana litar logik memberi output yang tidak betul dan data adalah rosak.
- Arus riak tinggi amplitud memendekkan jangka hayat kapasitor elektrolitik.
Gambar di atas ini boleh dijadikan rujukan sebagai “ripple effect”. Perkara ini hanya dapat dilihat jika kita menggunakan osiloskop untuk melihat sistem penghataran elektrik. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini yang diperkenalkan dalam dunia otomotif ialah penggunaan “grounding cable”. Tetapi, sejauh mana kebenaran dalam penggunaan “grounding cable” untuk membantu sistem elektrikal sesebuah kenderaan itu? Ada juga yang mengatakan benda ini dapat membantu mengembalikan prestasi enjin, meningkatkan penjimatan minyak; dan juga membantu sistem bunyi menjadi lebih sedap.
Admin tidak mempunyai pengalaman dalam penggunaan “grounding cable” ini, tetapi pernah juga terdengar dari mekanik yang mengatakan sesetengah kereta lama sampai tahap tidak boleh menghidupkan enjin kerana sistem pembumian elektrik yang lemah. Pelik? Inilah kenyataan.
0 comments:
Post a Comment