Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, March 31, 2015

Bahaya Syiah dan Ancamannya Terhadap Akidah Umat Islam

Sumber FB Musafir Senja Al Dimasyqi

Aku telah menghabiskan sepuluh tahun dari umurku bersama Syiah dan aku pelajari sejarah mereka, aku teliti sepak terjang mereka dan tokoh-tokoh utama mereka. Demikian pula perseteruan mereka terhadap Ahl Sunnah Wal Jama'ah. Itu semua aku lakukan selama pengembaraan ilmiahku dalam rangka mendapatkan gelaran Master dan Doktor di bidang sejarah Syiah, tepatnya di negeri Iraq dan Iran.

Aku renungi dengan saksama sekta Syiah Batiniyyah yang menghalalkan darah kaum muslimin, dan menyebarkan fahaman Syiah dengan api dan besi [kekuatan senjata], sampai mereka berhasil memaksa bangsa Iran sejak 400 tahun untuk memeluk Syiah. Mereka memaksa jutaan warga Ahl Sunnah di Iran untuk menganut fahaman Syiah, sampaikan para sejarawan mengatakan bahawa jumlah Ahl Sunnah yang dibunuh oleh Syiah di masa Daulah Safawiyyah [Syiah Rafidhah] mencapai SATU JUTA NYAWA.

Mereka disembelih dengan pedang oleh tangan-tangan Syiah Rafidhah, sehingga beralihlah Iran yang Sunni menjadi Syiah Majusi sejak 400 tahun lalu.

Lebih dari itu, pada saat-saat paling kritis dalam sejarah, kaum Syiah Rafidhah justeru bekerjasama dengan kaum Yahudi dan Nasrani untuk melawan Ahl Sunnah Wal Jama'ah. Inilah penyebab terhentinya perluasan wilayah Daulah Utsmaniyyah di benua Eropah, setelah mereka berhasil menakluk belahan timur Eropah. Daulah Utsmaniyyah sempat menjejakkan kakinya di jantung Eropah, dan mengepung kota Wina [Austria], namun akhirnya mereka harus kembali ke negara Timur [Asia] dan melupakan impian penaklukan Eropah dan masuknya warga Eropah ke pangkuan Islam.

Oleh kerana itu, salah seorang sejarawan Barat terkenal berkata,

“Andai bukan kerana pengkhianatan dan serangan kaum Syiah Safawiyyah [Rafidhah] terhadap Khilafah Utsmaniyyah dari arah belakang, nescaya Utsmaniyyah akan mengusai Eropah seluruhnya, dan beralihlah Eropah menjadi Benua Islam.”


Diantara tragedi yang membuatku merenung cukup lama, dan hampir-hampir tidak percaya hal itu mampu dilakukan oleh seorang manusia, apalagi yang mengaku muslim.. Ialah apa yang dilakukan oleh Syiah Qaramithah [salah satu kelompok Syiah Batiniyyah] di sekitar Baitullah [Masjidil Haram] pada tahun 317 H, tepatnya pada hari Tarwiyah [tanggal 8 Dzulhijjah] ketika mereka menyerang jemaah haji dan membunuh lebih dari 30 ribu nyawa. Kubah perigi air zam-zam mereka hancurkan, pintu Ka'abah mereka cungkil, kiswahnya mereka tanggal dan siapa pun dari jemaah haji yang bergayutan di kiswah Ka'abah, mereka sembelih. Lalu mereka kuburkan jasad kaum muslimin tersebut di perigi zam-zam. Setelah itu, mereka mencungkil Hajar Aswad dari tempatnya, dan membawanya ke negeri mereka [Ahsa'].

Setelah merenungi tragedi ini, barulah aku meyakini kebenaran ucapan Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah tentang kaum Syiah Batiniyyah bahawa,

“Mereka itu lebih kafir dari Yahudi dan Nasrani, dan memerangi mereka lebih wajib daripada memerangi orang-orang kafir, sebab mereka tergolong kaum murtad.”

Hari ini, setelah kita menyaksikan penyembahan terhadap Bashar Al Assad yang berlaku di Syria, dan pembantaian serta pembunuhan terhadap Ahl Sunnah Wal Jama'ah yang belum pernah dilakukan kaum Yahudi mahupun Tatar [Mongol] sekalipun. Ditambah lagi penghancuran dan penghinaan ke atas masjid-masjid, yakinlah aku bahawa Bashar Al Assad dan Syiah Nusairiyyah adalah anak cucu dari Syiah Batiniyyah Qaramithah tersebut.

Benarlah firman Allah ;

ذريةً بعضها من بعض

“Sebahagiannya merupakan keturunan sebahagian lainnya..”

Seakan-akan sejarah sedang terulang kembali !

- Dr. Majdi Ar Roba'iy -

SEJARAH KITA PERLU TAHU...(317-339 Hijrah) 929-952 Masihi. TENTERA SYIAH MENYERANG KAABAH...
Hari Al Tarwiyah (hari kelapan dalam bulan Zulhijah), tentera Syiah Qurmuty (diketuai oleh Hamadan Ibn Al-Ashath Al-Qurmuti) menyerang konvoi haji pada tahun 317 Hijrah, membunuh semua jemaah haji, kemudian beliau menyerang Kaabah, menarik keluar batu hitam (Hajar Aswad) dan memecahkan kepada 8 bahagian kecil. Menarik keluar pintu Kaabah dan kemudian memecahkannya, menarik keluar kisa’a Al-Kabah dan memotongnya kepada banyak pecahan dan memberikannya kepada sahabat-sahabat beliau, kemudiannya beliau mengarahkan pengikut-pengikut beliau untuk memusnahkan Mizab Al-Kabah [saluran untuk menyalurkan air (sekiranya hujan) dari atas Kaabah]. Pabila pengikut beliau cuba untuk memusnahkan saluran ini, dia (pengikut yang diarahkan) terjatuh dari bumbung Kaabah dan mati. Beliau (Hamadan) kemudiannya menyuruh pengikutnya mencampakkan mayat-mayat jemaah haji yang telah mereka bunuh ke atas bumbung Kaabah, Mizab (saluran air) mengalirkan darah orang Muslim buat pertama kalinya dalam sejarah. Beliau kemudian mencampakkan mayat-mayat selebihnya kedalam telaga Zam-Zam sehingga penuh dan kemudian menutup telaga ini dengan batu yang besar.

Wanita Qurmuti (pengikut syiah) akan membawa air kononnya untuk menyiram mayat-mayat jemaah haji ini atau memberi minum kepada jemaah haji yang tercedera, akan tetapi apabila mereka berjumpa dengan jemaah haji yang masih hidup, mereka akan membunuhnya tanpa memberi air. Mereka (wanita Qurmuti) percaya bahawa mereka perlu membunuh sekurang-kurangnya 3 orang Sunni (Nasibi, gelaran yang mereka berikan pada orang Sunni) yang dahaga untuk mereka mendapat tempat di Jannah. Mayat-mayat yang lain pula ditanam di dalam Masjidil Haram dimana mereka (jemaah haji) dibunuh tanpa solat jenazah, ghosul mahupun dikafankan.

Kemudian beliau (Hamadan) berdiri di depan pintu Kaabah dan menjerit ke langit dan berkata: “ Akulah yang berani mencabar ALLAH, akulah yang berani mencabar Tuhan, DIA mencipta kamu dan aku membunuh kamu semua (jemaah haji)”.
Pengikutnya yang turut memusnahkan Hajar Aswad juga menjerit ke langit: “Dimana burung-burung Ababil ENGKAU? Dimana batu Sijjil (batu dari tanah yang terbakar) ENGKAU?” Merujuk kepada peristiwa serangan bergajah yang dipimpin oleh raja Abrahah sebelum kedatangan agama Islam.

Kemudian beliau membawa Hajar Aswad ke timur (Al-Qatif) dengan menggunakan 70 ekor unta, setiap unta yang membawa batu hitam (Hajar Aswad) jatuh sakit dan kemudian mati di tengah padang pasir. Kemudian mereka membina ‘AinulKuaibah’ dan meletakkan batu hitam itu (Hajar Aswad) di situ selama 22 tahun dan menyuruh orang ramai mengerjakan haji di situ (AinulKuaibah), tetapi tiada siapa yang pergi.

Selama 22 tahun orang Muslim tidak mengerjakan haji.

Kemudian, Khalifah (Al-Muktadir Billah) menyerang pengikut-pengikut Qurmutiah dan membunuh mereka dalam peperangan antara 80 ribu askar menentang 3 ribu askar Qurmutiah. Satu kumpulan kecil Qurmutiah, lebih kurang 10 buah keluarga dapat melarikan diri ke Syria (Bilad Al-Sham) kemudian ke Jabal Al-Arab, sebuah gunung di Arab dan menyembunyikan diri supaya tidak dibunuh, salah sebuah keluarga tersebut adalah ((Al-Assad)).-"kitab al- Bidayah Wa an- Nihayah oleh Al-Hafidz Ibnu Katsir"

Imam Al-Ghazali berkata: “ Syiah Qurmutiah adalah rofidah (keluar dari Islam) dari luar , kafir dari dalam”.

Imam Ibn-Taimyah berkata: “ Syiah adalah batiniyah (ajaran yang menyimpang dari agama Islam) dan musuh kepada Islam, dan yang lebih teruk kekafirannya adalah Qurmotiyah, mereka akan berlakon bahawa mereka adalah Muslim Shiah dan bila mereka mendapat peluang, mereka akan membuka pintu kepada musuh-musuh Islam untuk mengkhianati kita, mereka (Qurmotiyah) telah jauh tersasar dari Quran dan Hadis.

Salah sebuah peninggalan Qurmotiyah ini adalah ‘Ainul Kuaibah”, di Al Ahsa (bangunan yang mereka dakwa untuk menggantikan Kaabah yang mana mereka meletak batu hitam (Hajar Aswad) dan menyuruh umat Islam menunaikan haji di situ.

# Dari golongan inilah lahirnya Syiah Nusairiyyah di Syria.

0 comments: