Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail berkata, baginda tidak boleh bergantung dengan elaun sebanyak RM27,000 semata-mata dan perlu menyertai bidang perniagaan.
“Biar saya berterus terang, kita (amalkan) raja berperlembagaan. Saya perlu menyara hidup, sama seperti orang lain.
“Saya tidak boleh bergantung kepada elaun RM27,000 sebulan sahaja. Saya mesti menyara hidup, seperti rakyat Malaysia biasa,” katanya dalam satu wawancara dengan akhbar The Star.
Sultan Ibrahim berkata, penglibatan keluarga diraja Johor bukan perkara baru kerana ini menjadi amalan sejak zaman moyangnya.
“Saya tidak pernah cuba menyembunyikan urusan perniagaan saya dengan menggunakan proksi, seperti dilakukan sesetengah orang. Saya terbuka dan telus,” katanya.
Katanya, penglibatan kerabat diraja dalam perniagaan yang halal merupakan perkembangan yang sihat.
Tambahnya, penglibatan dalam urusan yang diragui akan mencemarkan nama institusi beraja.
“Saya pasti rakyat Johor tidak mahu melihat saya sebagai seseorang yang menjual darjah kebesaran untuk menyara hidup,” katanya. – Malaysiakini
Temubual penuh Sultan Johor – The Star
Thursday, March 19, 2015
Elaun RM27 000 sebulan tak memadai – Sultan Johor
Posted by Suhaimi at 10:58 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment