Rasulullah s.a.w. mempunyai ramai para sahabat, tidak sahaja dari kalangan lelaki, malah perempuan juga kanak-kanak. Akan tetapi dari kalangan para sahabat yang ramai itu 10 daripadanya disebut secara jelas bahawa mereka adalah dari kalangan ahli Syurga.
Berikut ini adalah 10 orang sahabat Rasulullah s.a.w. yang dijamin masuk syurga.
1. Abu Bakar as-Siddiq r.a.
Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w.. Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran (Surah At-Taubah ayat ke-40) sebagaimana berikut : “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah s.a.w.dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimah Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau diriwayatkan 142 hadits.
2. Umar Bin Khatab ra.
Beliau adalah khalifah kedua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum Islam, beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadah di hadapan Rasul s.a.w. (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu mengurangkan ancaman kaum Quraisy terhadap Nabi dan sahabat baginda. Dijaman kekhalifaannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Farsi dan Rom Timur dapat ditaklukinya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun kerana dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah s.a.w. dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak di dalam masjid Nabawi di Madinah.
3. Usman Bin Affan ra.
Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada masa pemerintahannya seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh para sahabat semasa Rasul s.a.w. masih hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w. sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.
4. Ali Bin Abi Thalib ra.
Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan teknik perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal kerana keberaniannya di dalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah s.a.w.sejak kecil dan hidup bersama sehingga Rasul s.a.w. diangkat menjadi Nabi dan sehingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Kufah, Iraq.
5. Thalhah Bin Ubaidillah ra.
Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah s.a.w. sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.
6. Zubair Bin Awaam
Memeluk Islam juga kerana Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habsyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau juga gugur dalam ‘Peperangan Jamal’ dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.
7. Sa’ad bin Abi Waqqas
Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah s.a.w.dengan kedua ibubapanya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.
8. Sa’id Bin Zaid
Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh Rasul s.a.w. untuk mengintip gerakan musuh (Quraisy). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.
9. Abdurrahman Bin Auf
Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul s.a.w.. Turut berhijrah ke Habsyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.
10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah
Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habsyah pada musim kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah s.a.w.. Meninggal dunia pada tahun 18H di Urdun (Syam), dan dimakamkan di Urdun yang sehingga hari ini masih diziarahi oleh kaum Muslimin.
Monday, January 11, 2010
10 Sahabat Rasullulah SAW Yang Dijamin Syurga
Posted by Suhaimi at 6:01 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment