Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, February 16, 2010

Ramai gagal menyimpan, pendapatan tidak mencukupi

KUALA LUMPUR 22 Jan. - Biarpun para pengguna merentasi Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika semakin yakin terhadap ekonomi enam bulan akan datang, tetapi pengguna Malaysia pula adalah sebaliknya.

Di Malaysia, ketidaktentuan ekonomi telah mendorong para pengguna mengekal atau meningkatkan tahap simpanan untuk perbelanjaan kecemasan.

Berdasarkan Tinjauan MasterCard, hampir 90 peratus golongan pengguna yang berumur 18 hingga 29 tahun begitu berhati-hati dengan simpanan untuk kegunaan ketika terdesak.

Majoriti pengguna di Malaysia iaitu 32 peratus merancang untuk menyimpan antara satu hingga 10 peratus daripada pendapatan dalam tempoh enam bulan akan datang.

Tiga kategori utama simpanan itu ialah persaraan (59 peratus), pelaburan (38 peratus) dan membeli atau menaik taraf hartanah (29 peratus).

Tinjauan itu dijalankan pada 1 Oktober hingga 9 November 2009, membabitkan 10,623 pengguna di Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika.

Melalui hasil tinjauan itu didapati ketidaktentuan ekonomi dan perbelanjaan kecemasan merupakan sebab utama yang menyebabkan pengguna merancang untuk meningkatkan simpanan mereka.

Filipina yang mewakili 91 peratus pelanggan yang mempunyai sikap berhati-hati yang tinggi terhadap ketidakstabilan ekonomi berbanding Morocco (30 peratus).

Majoriti pelanggan serantau menyimpan sehingga 10 peratus pendapatan mereka, 23 peratus lagi memperuntukan 11 hingga 20 peratus simpanan mereka untuk tujuan sama.

Hanya lima peratus sahaja pengguna serantau tidak membuat sebarang simpanan.

Lebih menarik, golongan mudah merupakan pengguna yang mempunyai semangat tinggi terhadap simpanan dengan 84 peratus pengguna di bawah umur 30 tahun mahu menyimpan berbanding 81 peratus dari kalangan yang berumur 30 hingga 44 tahun.

Penasihat Ekonomi Asia Pasifik MasterCard Worldwide, Dr. Yuwa hendrick-Wong berkata, daripada perspektif ekonomi, keutamaan kepada simpanan boleh dikategorikan kepada dua aspek, satu simpanan untuk perbelanjaan masa depan seperti pembelian atau menaik taraf hartanah dan persaraan.

''Jenis kategori ini akan terus menjadi tabiat utama menyimpan di rantau Asia Pasifik,'' katanya.

Satu lagi adalah mereka yang menyimpan sebagai persediaan untuk menghadapi kemungkinan pada masa depan kerana berhati-hati dengan unjuran ekonomi jangka sederhana.

Ini disebabkan kefahaman bahawa kemeruapan pasaran berada dalam keadaan tidak stabil, tambah Hendrick-Wong.

Dalam pada itu, tinjauan itu juga mendapati punca utama pelanggan kurang menyimpan adalah disebabkan pendapatan tidak mencukupi (55 peratus), inflasi tinggi (34 peratus) dan kadar faedah yang rendah (15 peratus).

0 comments: