Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Saturday, February 13, 2010

Susu Ibu Anugerah Allah Yang Tidak Ternilai


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).(QS. Luqman, 31:14)

Susu ibu adalah suatu cecair ciptaan Allah yang tiada tandingannya untuk memenuhi keperluan pemakananan bayi dan melindunginya daripada serangan penyakit. Keseimbangan zat-zat dalam susu ibu adalah yang terbaik dan susu ibu adalah makanan yang paling baik bagi tubuh bayi yang masih muda. Pada masa yang sama, susu ibu juga sangat kaya dengan zat-zat makanan yang mempercepatkan pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf.

1 Makanan-makanan bayi tiruan yang dirumuskan menggunakan tekhnologi terkini tidak mampu menandingi keunggulan makanan ajaib ini.

Senarai khasiat susu ibu bertambah setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa bayi yang diberi susu ibu terselamat dari serangan penyakit sistem pernafasan dan penghadaman. Ini disebabkan ciri-ciri imunisasi dalam susu ibu memberi perlindungan khas melawan serangan penyakit. Ciri-ciri tambahan dari susu ibu yang memberikan perlindungan terhadap penyakit adalah wujudnya persekitaran yang kondusif untuk ‘bakteria baik’ . Wujudnya bakteria ini melambatkan proses perkembangan bakteria, virus dan parasit berbahaya. Tambahan lagi, telah dibuktikan bahwa terdapat unsur-unsur di dalam susu ibu yang dapat membentuk sistem kekebalan melawan penyakit-penyakit berjangkit dan membantunya agar berfugsi dengan betul.

2 Oleh kerana telah ‘dirumus’ secara istimewa, susu ibu merupakan makanan yang paling mudah dicerna bayi. Meskipun sangat kaya dengan zat , susu ibu sangat mudah dihadam oleh sistem pencernaan bayi yang masih mentah. Oleh sebab itu bayi memerlukan lebih sedikit tenaga dalam mencerna susu ibu , sehingga ia dapat menggunakan lebihan tenaga untuk kegiatan tubuh yang lain dan juga untuk pertumbuhan dan perkembahan organ.

Susu ibu dari bayi yang tidak cukup bulan mengandungi lebih banyak zat lemak, protein, natrium, klorida, dan besi untuk memenuhi keperluan bayi. Bahkan telah dibuktikan bahwa fungsi mata bayi berkembang lebih baik pada bayi-bayi tidak cukup bulan yang diberi susu ibu dan mereka memperlihatkan pencapaian yang lebih baik dalam ujian kecerdasan. Mereka juga mempunyai banyak lagi kelebihan lainnya.

Salah satu perkara yang menyebabkan susu ibu sangat diperlukan bagi perkembangan bayi yang baru lahir ialah kandungan ’omega-3′ dan asid linoleat alfa.. Selain sebagai zat penting bagi otak dan retina manusia, zat tersebut juga sangat penting bagi bayi yang baru lahir. Omega-3, khasnya, sangat penting dalam tempoh mengandung dan pada tempoh awal usia bayi untuk perkembangan otak dan sarafnya secara nomal. Pakar-pakar menekankan pentingnya susu ibu sebagai pembekal semulajadi yang sempurna untuk omega-3.

3 Selanjutnya, penyelidikan yang dijalankan oleh saintis dari Universiti Bristol membuktikan bahawa di antara manfaat susu ibu untuk jangka masa panjang adalah kesan positifnya terhadap tekanan darah, yang mengurangkan risiko serangan jantung . Kumpulan penyelidik tersebut merumuskan bahwa perlindungan yang diberikan susu ibu adalah dari kandungan zatnya. Menurut hasil penyelidikan itu yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Circulation, bayi yang diberi susu ibu mempunyai keberangkalian lebih kecil mengidap penyakit jantung. Telah dibuktikan bahwa wujudnya asid lemak tak tepu (unsaturated) berantai panjang (yang mencegah pengerasan pembuluh arteri), serta fakta bahwa bayi yang diberi susu ibu menelan sedikit natrium (yang berkait rapat dengan tekanan darah) yang dengannya tidak mengalami penambahan berat badan berlebihan, merupakan beberapa di antara manfaat susu ibu bagi jantung.

4 Selain dari itu, kumpulan penyelidik yang diketuai Dr. Lisa Martin, dari Pusat Kedoktoran Hospital Kanak-kanak Cincinnati di Amerika Syarikat, menemui kandungan hormon protein yang tinggi yang dikenali sebagai adiponectin di dalam susu ibu.

5 Kadar Adiponectin yang tinggi di dalam darah berkait rapat dengan rendahnya tahap risiko serangan jantung. Kadar adiponectin yang rendah dijumpai pada orang yang gemuk (obes) dan yang memiliki risiko tinggi terkena serangan jantung. Oleh kerana itu telah diketahui bahwa risiko terjadinya kelebihan berat badan (obesiti) pada bayi yang diberi susu ibu berkurang dengan adanya hormon ini. Selain dari itu, mereka juga mengesan wujudnya hormon lain yang disebut leptin di dalam susu ibu yang memainkan peranan utama dalam metabolisme lemak. Leptin dipercayai sebagai molekul pengesan tahap kandungan lemak dalam badan. Jadi, menurut Dr. Martin, hormon-hormon yang diperolehi bayi melalui susu ibu mengurangkan risiko penyakit-penyakit seperti kelebihan berat badan (obesiti) , diabetes jenis 2 dan kekebalan terhadap insulin, dan penyakit pada pembuluh nadi utama jantung.

Fakta Tentang “Makanan Paling Segar”

Fakta tentang kelebihan susu ibu tidak berhenti hanya di sini. Fungsi pentingnya terhadap kesihatan bayi berubah seiring dengan tahap-tahap perkembangan yang dilalui bayi dan jenis zat-zat makanan yang diperlukankan pada tahap tertentu. Kandungan susu ibu berubah bertujuan untuk memenuhi keperluan yang sangat khusus ini. Susu ibu tersedia pada setiap saat dan berada pada suhu yang paling sesuai. Dengan kandungan gula dan lemaknya susu ibu memainkan peranan utama dalam perkembangan otak . Di samping itu, unsur-unsur seperti kalsium yang dimilikinya berperanan besar dalam perkembangan tulang-tulang bayi.

Meskipun disebut sebagai susu, cecair ajaib ini sebenarnya sebagian besarnya tersusun daripada air. Ini adalah ciri terpenting, oleh kerana selain makanan, bayi juga memerlukan cairan dalam bentuk air. Keadaan yang benar-benar bersih dan sehat mungkin tidak wujud pada air atau bahan makanan, selain daripada susu ibu. .. Namun susu ibu – yang 90% adalah air – , memenuhi keperluan air bayi dalam bentuk yang paling bersih dan sihat.

Susu Ibu Dan Kecerdasan

Penyelidikan ilmiah menunjukkan bahwa perkembangan dan kemampuan otak pada bayi yang diberi susu ibu lebih baik daripada bayi yang tidak diberi susu ibu. Perbandingan di antara bayi yang diberi susu ibu dengan bayi yang diberi susu buatan kilang oleh James W. Anderson – seorang pakar dari Universiti Kentucky – membuktikan bahwa IQ [tahap kecerdasan] bayi yang diberi susu ibu 5 peratus lebih tinggi daripada bayi yang tidak diberi susu ibu. Berdasarkan hasil penyelidikan ini juga dirumuskan bahahwa susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi kecerdasan bayi, dan anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat pada IQ.

Apakah Susu Ibu Dapat Memerangi Kanser?

Berdasarkan hasil peyelidikan menyeluruh yang telah dilakukan, terbukti bahawa susu ibu , yang dibincang dalam ratusan artikel dan penerbitan,, melindungi bayi terhadap kanser. Fakta ini telah diketahui dan diakui walaupun mekanismanya belum difahami sepenuhnya. Ketika sejenis protein susu ibu membunuh sel-sel tumor yang telah dibiakkan di dalam makmal tanpa merosakkan sel sihat yang lain, para penyelidik menyatakan bahawa terbukanya sebuah tirai yang bermakna . Catharina Svanborg, Profesor imunologi klinikal di Universiti Lund, Sweden, mengetuai kumpulan penyelidik yang menemui rahsia susu ibu yang mengkagumkan ini. Kumpulan penyelidik yang berpengkalan di Universiti Lund ini menjelaskan kemampuan susu ibu dalam memberikan perlindungan melawan bermacam jenis kanser sebagai penemuan yang ajaib.

Pada mulanya para penyelidik memerhatikan tindakbalas pada sel-sel selaput lendir usus yang diambil dari bayi yang baru lahir dengan susu ibu. Mereka mendapati bahawa gangguan yang disebabkan oleh bakteria Pneumococcus (yang dikenali sebagai pneumonia) dengan mudah dihentikan oleh susu ibu. Selain dari itu , bayi yang diberi susu ibu kurang mengalami gangguan pendengaran dibandingkan bayi yang diberi susu formula, dan menderita jauh lebih sedikit jangkitan saluran pernafasan. Penyelidikan lanjutan mendapati bahwa susu ibu juga memberikan perlindungan melawan kanser. Setelah membuktikan bahwa penyakit kanser ‘getah bening’ yang dihidapi oleh kanak-kanak adalah sembilan kali lebih tinggi menjangkiti kanak-kanak yang diberi susu formula, mereka mendapati bahwa hasil yang sama untuk kanser-kanser yang lain. Menurut hasil penyelidikan tersebut, susu ibu megesan dengan tepat wujudnya sel-sel kanser dan kemudian membunuhnya. Zat yang dikenali sebagai alpha-lac (alphalactalbumin) , yang terdapat dalam jumlah yang besar di dalam susu ibu, yang bertanggungjawab mengesan wujudnya sel-sel kanser dan membunuhnya. Alpha-lac dihasilkan oleh sejenis protein yang membantu pengeluaran gula laktosa di dalam susu.

Keberkatan Tanpa Tandingan Ini Adalah Kurnia Allah

Fakta yang menakjubkan adalah bahawa susu ibu sangat bermanfaat bagi bayi apabila penyusuan dilakukan selama dua tahun.

Fakta penting ini, hanya baru diketahui tetapi telah diwahyukan Allah empat belas abad silam di dalam ayat-Nya: ”Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan… “ ( Al Baqarah, 2:233)

Para ibu bukanlah orang yang memutuskan untuk membuat susu ibu, sumber zat makanan terbaik bagi bayi yang lemah yang memerlukan makanan di dalam tubuhnya. Ibu bukan pula yang menentukan bermacam kadar kandungan zat yang terkandung dalam susu ibu. Allah Yang Mahakuasa-lah, Yang mengetahui keperluan setiap makhluk hidup dan memperlihatkan kasih sayang kepadanya, Yang menciptakan susu ibu untuk bayi di dalam tubuh sang ibu.

0 comments: